format peraturan khusus keselamatan makmal dan bengkel.doc

2
PP/BK/KKP/PKKMB-00 PERATURAN KHUSUS KESELAMATAN MAKMAL / BENGKEL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PERATURAN AM MENGGUNAKAN MAKMAL KOMPUTER Fakulti / Jabatan : F S KTM & P TM Makmal / Bengkel : MA K M A L K O M P UT E R Pengenala n Sejajar dengan peruntukan Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994(Akta 514), adalah menjadi tanggung jawab setiap Pusat Tanggung Jawab (PTJ) bagi mewujudkan satu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berterusan dan teratur selaras dengan kehendak undang- undang negara. Ia adalah selari dengan penyediaan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta peralatan-peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi supaya tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Tujua n Peraturan am keselamatan makmal diadakan bertujuan untuk: 2.1 Menjamin kelancaran dan keberkesanan da pembelajaran di dalam makmal. 2.2 Meminimumkan risiko kecederaan dan kerosakan 2.3 Melindungi bangunan dan harta benda dari kebakaran/kerosakan. 2.4 Mengelakkan berlakunya pembaziran. 2.5 Mewujudkan suasana yang kondusif. 2.6 Panduan untuk penggunaan ramai.

Upload: nor-rozitaaini-yaacob

Post on 19-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PP/BK/KKP/PKKMB-00PERATURAN KHUSUS KESELAMATAN MAKMAL / BENGKEL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIAPERATURAN AM MENGGUNAKAN MAKMAL KOMPUTERFakulti / Jabatan : FSKTM & PTM Makmal / Bengkel : MAKMAL KOMPUTER

PengenalanSejajar dengan peruntukan Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

1994(Akta 514), adalah menjadi tanggung jawab setiap Pusat Tanggung Jawab (PTJ) bagi mewujudkan satu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berterusan dan teratur selaras dengan kehendak undang-undang negara. Ia adalah selari dengan penyediaan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta

peralatan-peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi supaya tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

TujuanPeraturan am keselamatan makmal diadakan bertujuan untuk:

2.1Menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajarandan

pembelajaran di dalam makmal.

2.2Meminimumkan risiko kecederaan dan kerosakan

2.3Melindungi bangunan dan harta benda dari kebakaran/kerosakan.

2.4Mengelakkan berlakunya pembaziran.

2.5Mewujudkan suasana yang kondusif.

2.6Panduan untuk penggunaan ramai.

Peraturan Am1. Beg hendaklah ditinggalkan di luar makmal komputer.

2. Makanan dan minimuman mestilah ditinggalkan di luar makmal komputer.

3. Dilarang membuat bising semasa menggunakan makmal komputer.

4. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.

5. Dilarang mengubah atau membuat sebarang installasi perisian tanpa pengetahuan juruteknik.

6. Pengguna dilarang melayari internet yang tidak bermoral atau menyentuh sensitiviti masyarakat, kaum dan negara.

7. Semua hasil kerja hendaklah disimpan di dalam storan pengguna sendiri seperti pendrive dan

external hard disk.8. Dilarang mengalih atau memindahkan sebarang peralatan atau perkakasan komputer tanpa kebenaran.

9. Semua suis peralatan yang digunakan perlu ditutup sebelum keluar dari makmal komputer.

10. Susun semula kerusi dengan kemas dan pastikan tiada sampah yang ditinggalkan sebelum keluar dari makmal komputer.

11. Laporkan setiap masalah kerosakan atau kehilangan terhadap semua peralatan perkakasan dan perisian kepada juruteknik makmal.

12. Pastikan pintu makmal komputer sentiasa ditutup.