folio tokoh muslimah

26

Upload: bellasyabila

Post on 22-Nov-2015

120 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Muslimah Islam

TRANSCRIPT

Riwayat Hidup Nama beliau ialah Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusa Berasal daripada keturunan bangsawan Quraisy dan seorang peniaga yang kaya Beliau adalah wanita pertama yang memeluk Islam Berkahwin dengan Rasulullah ketika berumur 40 tahun dan merupakan isteri pertama baginda Dikurniakan enam orang anak iaitu dua lelaki dan empat perempuan Meninggal dunia pada tahun ke-10 kerasulan bersamaan 620 MasihiSIFAT PERIBADI Sentiasa taat pada perintah Allah S.W.T. Beliau seorang wanita mulia, cantik dan cerdik Seorang yang pintar dalam perniagaan Seorang yang amat lemah lembut dan amat saying kepada Rasulullah S.A.W. Mempunyai semangat juang yang tinggi serta berani memperjuangkan kebenaran Seorang isteri dan sahabat yang setia kepada Rasulullah S.A.W.

SuMBANGAN Sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada Rasulullah S.A.W. Mengorbankan harta dan kekayaannya demi kemajuan Islam Menjadi isteri yang solehah, jujur dan setia Menjadi penawar kepada Rasulullah ketika baginda dalam kesusahan Sanggup menghadapi tentangan dan cabaran ketika melindungi Rasulullah S.A.W. daripada orang-orang Musyrikin Mekah.

Wanita pertama yang memeluk Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah Siti Khadijah binti Khuwailid. Ummul Mukminin (ibu orang mukmin) ini lahir di Mekah pada 556 Masihi.Khadijah adalah seorang wanita terhormat, yang dihormati dan dipandang tinggi serta suka menolong orang yang lemah dan yang memerlukan. Baginda s.a.w pada ketika itu yang digelar al-Amin memperdagangkan barangan Siti Khadijah serta mendapat keuntungan. Siti Khadijah melamar Rasulullah s.a.w kerana tertarik dengan peribadi baginda.Usia Siti Khadijah ketika itu ialah 40 tahun dan Rasulullah 25 tahun. Siti Khadijah benar-benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa itu.Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Romawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk.Siti Khadijah berasal daripada Bani Quraisy, iaitu kaum satu suku yang dipandang tinggi oleh masyarakat Arab ketika itu. Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar.Isteri Rasulullah ini adalah wanita Muslim yang patut dicontohi oleh umat Islam. Tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dengan memberikan dorongan dan semangat kepada Rasulullah s.a.w dilaksana sebaik mungkin.Meskipun tanggungjawabnya sebagai pengurus rumah tangga amat besar, namun berjaya membantu ekonomi keluarga, juga masyarakat sekitarnya.Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Ketika aku miskin, Khadijah memberiku kekayaan. Ketika orang menganggapku gila, ia tetap percaya kepadaku.Siti Khadijah juga yang menenangkan Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh kasih saying selepas pulang daripada menerima wahyu yang pertama di Gua Hira melalui Jibril.Siti Khadijah memiliki pemikiran tentang keIslaman yang cukup penting. Beliau sering berkata bahawa manusia adalah makhluk yang merupakan sumber penjelmaan daripada kebesaran Allah s.w.t. Allah memerhatikan kelakuan manusia dan memberikan ganjaran.Menurutnya, Allah menyukai perbuatan yang dilakukan dengan keluhuran hati dan menolong sesama insan terutama kepada golongan lemah.Siti Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia setelah kaum kafir Quraisy memulaukan Nabi Muhammad dan pengikutnya. Tekanan daripada kaum Quraisy itu membuatkan Siti Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia. Jasadnya disemadikan di Mekah, lalu dikenali dengan nama al-Hajun.Perkahwinan Siti Khadijah dengan Rasulullah s.a.w dikurniai dengan dua orang putera dan empat orang puteri; Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqaiyah, Ummu Kalthum, dan Fatimah (Fatimah az-Zahra). Fatimah kemudiannya berkahwin dengan Ali bin Abi Talib, manakala Ruqaiyah berkahwin dengan Uthman bin Affan. Setelah Ruqaiyah meninggal dunia, Ummu Kalthum pula diperisterikan oleh Uthman. Manakala Qasim dan Abdullah meninggal dunia semasa masih kecil.

RIWAYAT HIDUP Nama penuh beliau ialah Sumaiyah binti Khabbat Beliau merupakan hamba kepada Huzaifah bin Mughirah Beliau adalah ibu kepada Ammar dan isteri kepada Yassir Sumaiyah dan keluarga memeluk Islam pada awal perkembangan Islam Tuan Sumaiyah sangat memusuhi Islam. Setelah mengetahui keislaman beliau, tuannya memaksa beliau agar kembali pada agama nenek moyang mereka Tuannya telah menyeksa beliau dengan kejam. Beliau dipakaikan baju rantai daripada besi dan dijemur di tengah panas. Namun beliau tetap mempertahankan akidah Islam yang dianutinya Rasulullah S.A.W. amat terharu dan simpati terhadap keluarga Sumaiyah. Sumaiyah adalah wanita pertama mati syahid kerana ditikam oleh Abu Jahal

SIFAT PERIBADI Beliau memiliki keimanan kuat dan mantap terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Seseorang yang tabah dan sabar dalam menghadapi segala seksaan yang dilakukan terhadap diri, suami dan anaknya Sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan akidah Islam

JASA dan pengorbanan Berani menyatakan kebenaran Sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan akidah Memberi teladan kepada umat Islam dalam mempertahankan akidah Menyalakan obor semangat kepada umat Islam dalam mempertahankan akidah

Sumayyah binti Khabbat, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.Sumayyah binti Khabbat adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.

Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga.Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat Ahad..Ahad.. seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah. Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khabbat syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi? (Surah Al Ankabut, ayat 2).

Riwayat hidup Nama penuh beliau ialah Aisyah binti Abu Bakar Beliau merupakan puteri Saidina Abu Bakar Dilahirkan di Mekah pada tahun 614 Masihi Beliau merupakan isteri kepada Rasulullah S.A.W dan berkahwin pada bulan Syawal Mendapat gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan Beliau wafat pada 17 Ramadhan tahun 58 Hijrah ketika berusia 67 tahun di Madinah Jenazahnya dimaqamkan di Al-Baqi, MadinahSIFAT PERIBADI Rajin menuntut ilmu pengetahuan Sabar, cekal dan tabah mengharungi kehidupan Cerdik dan memiliki daya ingatan yang kuat Seorang yang dermawan kepada orang yang susahSUMBAngan Menyebarkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai Meriwayatkan sebanyak 1210 buah hadis daripada Rasulullah S.A.W. Menjadi rujukan bagi para sahabat dalam sesuatu perkara seperti masalah hukum Seorang pejuang islam yang bersama-sama Rasulullah dalam menentang musuh

Aisyah adalah salah seorang puteri tersayang Sayidina Abu Bakar, Ia lahir di Mekkah 614 M,. Orang tuanya sudah memeluk agama Islam. Sejak kecil anak gadis itu telah dididik sesuai dengan tradisi paling mulia, agama baru itu, dan dengan sempurna dipersiapkan dan diberinya hak penuh untuk kemudian menduduki tempat yang mulia.

Aisyah masih muda sewaktu dinikahkan dengan Nabi, tetapi memiliki kemampuan sangat baik sehingga dapat menyesuaikan diri dengan tugas barunya. Kehadirannya membuktikan bahawa ia seorang yang cerdas dan setia, dan sebagai isteri, sangat mencintai tokoh dermawan paling besar bagi umat manusia. Di seluruh dunia, Aisyah diakui sebagai pembawa riwayat paling banyak bagi ajaran Islam seperti apa yang telah disunahkan oleh suaminya. Aisyah dianugerahi ingatan yang sangat tajam, dan mampu mengingat segala pertanyaan yang diajukan para tamu wanita kepada Nabi, serta juga mengingat segenap jawapan yang diberikan oleh Nabi. Diingatnya secara sempurna semua kuliah yang diberikan Nabi kepada jemaah di masjid.. Ia mengajukan juga pertanyaan-pertanyaan kepada Nabi tentang soal-soal yang sulit dan rumit sehubungan dengan ajaran agama baru itu. Hal-hal inilah yang menyebabkan ia menjadi ilmuwan dan periwayat yang paling besar bagi sunnah Nabi dan ajaran Islam.

Orang datang untuk meminta nasihat-nasihatnya yang bijaksana tentang segala hal yang penting. Kesederhanaan dan kesopanannya menjadi obor penyuluh bagi wanita Islam sejak waktu itu juga. Aisyah pada zamannya terkenal sebagai dermawan. Pengabdiannya kepada masyarakat, dan usahanya untuk mengembangkan pengetahuan orang tentang sunnah dan fiqih, tidak ada tandingannya di dalam catatan sejarah Islam. Jika orang menemukan persoalan mengenai sunnah dan fiqah yang sukar untuk dipecahkan, soal itu akhirnya di bawa ke Aisyah, dan kata-kata Aisyah menjadi keputusan terakhir. Kecuali Ali, Abdullah bin Abbas dengan Abdullah ibn Umar, Aisyah jug termasuk kelompok intelektual di tahun-tahun pertama Islam.Ibu agung agama Islam ini menghembuskan nafasnya yang terakhir 17 Ramadhan, 58 H (13 Julai, 678 M). kematiannya menimbulkan rasa duka terutama di Madinah dan di seluruh dunia Islam.

Riwayat hidup Nama penuh beliau ialah Fatimah binti Muhammad Rasulullah S.A.W. Beliau berketurunan Quraisy dan merupakan puteri Rasulullah S.A.W. Beliau dilahirkan pada 20 Jamadilakhir 605 Masihi di Mekah Beliau berkahwin dengan Ali bin Abi Talib dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Hasan, Husin dan Zainab Beliau mendapat gelaran Az-Zahra yang bermaksud putih berseri Beliau wafat pada 4 Jamadilawal 11 Hijrah ketika berusia 28 tahun Jenazahnya dimaqamkan di Al-Baqi, MadinahSifat peribadi Sabar menghadapi musibah seperti kematian ahli keluarga Sentiasa taat kepada ayahandanya seperti menjaganya selepas kematian bondanya Siti Khadijah Reda menghadapi kesusahan hidup seperti kekurangan makanan Sentiasa taat pada suami seperti menjaga maruahnya dan tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan Berjaya mendidik anak-anaknya menjadi insan yang soleh Tidak berbangga walaupun anak Rasulullah

Sumbangan terhadap Perjuangan islam Memberi bantuan semasa Rasulullah menjalankan dakwah Pendorong kepada Rasulullah untuk terus berdakwah walaupun menerima tentangan daripada Musyriqin Quraisy Membantu suaminya iaitu Saidina Ali menyebarkan dakwah Bersama=sama wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam Perang Uhud Menyediakan makanan untun tentera Islam yang menggali parit dalam Perang Khandak

Fatimah adalah puteri yang paling dicintai Nabi S.A.W. sehingga beliau bersabda :Fatimah adalah darah dagingku, siapa yang menyusahkannya juga menyusahkanku dan siapa yang mengganggunya juga menggangguku.Puteri kesayangan Rsulullah mendapat gelaranAssidiqah(wanita terpercaya), Athahirah(wanita suci)al-Mubarakah(yang diberkati Allah), Al-Batuul, iaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab, hasab dan nasab.Dia popular dengan sebutan Fatimah Azzahra (bunga yang mekar semerbak), sayyidatunnisa-i ahlil jannah (Penghulu para wanita di surga).Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.

Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajat dan beribadah kepada Allah SWT.Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain.Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam.Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.a, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri.Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik.Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka.Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya. Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghalang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang padan sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai Bapa kepada janda dan anak yatim di Madinah.Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali.Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan Haji Wida pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.a yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa, gembiralah hatinya.Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi, Madinah. Begitu sekali wanita yang utama,agung dan namanya harum tercatat dalam Al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang.Sebaliknya,dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru,wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya,dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya,biarpun diri mereka menderita.Itulah Sayyidah Fatimah Azzahra, wanita termulia sepanjang jaman. Dia adalah hasil pendidikan sempurna madrasah Rasulullah Saw. Tidak ada orang yang sangat mirip jalan, cara bicara, akhlak dan kemuliaanya dengan rasulullah Saw selain Fatimah. Fatimah adalah sempurna, cerdas, sederhana, berakhlak mulia dan dibebaskan dari segala dosa.

Rasulullah SAW yang Mulia, berdiri di puncak bukit Uhud dan memandang musuh yang melangkah maju mengarah pada dirinya. Beliau memandang ke sebelah kanan dan tampak olehnya seorang wanita mengayun-ayunkan pedangnya dengan gagah perkasa melindungi dirinya. Beliau memandang ke kiri dan sekali lagi beliau melihat wanita tersebut melakukan hal yang sama menghadang bahaya demi melindungi sang Pemimpin orang-orang beriman.Kata Rasulullah SAW.kemudian, Tidaklah aku melihat ke kanan dan ke kiri pada perrempuran Uhud kecuali aku melihat Nusaibah binti Kaab berperang membelaku.Memang Nusaibah binti Kaab Ansyariyah demikian cinta dan setianya kepada Rasulullah sehingga begitu melihat junjungannya itu terancam bahaya, dia maju memutar-mutarkan pedangnya dengan perkasa sehingga dikenal dengan sebutan Ummu Umarah, adalah pahlawan wanita Islam yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi Islam termasuk ikut dalam perang Yamamah di bawah pimpinan Panglima Khalid bin Walid sampai terpotong tangannya. Ummu Umarah juga bersama RasulullahShallallahu alaihi Wassalamdalam menunaikan Baitur Ridhwan, iaitu suatu janji setia untuk sanggup mati syahid di jalan Allah.

Nusaibah adalah satu dari dua wanita yang bergabung dengan 70 orang lelaki Ansar yang berbaiat kepada RasulullahShallallahu alaihi Wassalam. Dalam baiat Aqabah yang kedua itu ia ditemani suaminya Zaid bin Ahsim dan dua orang puteranya: Hubaib dan Abdullah. Wanita yang seorang lagi adalah saudara Nusaibah sendiri. Pada saat baiat itu Rasulullah menasihati mereka, Jangan mengalirkan darah dengan sia-sia.

Dalam perang Uhud, Nusaibah membawa tempat air dan mengikuti suami serta kedua orang anaknya ke medan perang. Pada saat itu Nusaibah menyaksikan betapa pasukan Muslimin mulai kucar-kacir dan musuh melangkah maju sementara Rasulullah SAW berdiri tanpa perisai. Seorang muslim berlari mundur sambil membawa perisainya, maka RasulullahShallallahu alaihi Wassalamberseru kepadanya, Berikan perisaimu kepada yang berperang. Lelaki itu melemparkan perisainya, yang lalu dipungut oleh Nusaibah untuk melindungi Nabi.

Ummu Umarah sendiri menuturkan pengalamannya pada Perang Uhud, sebagaimana berikut: saya pergi ke Uhud dan melihat apa yang dilakukan orang. Pada waktu itu saya membawa tempat air. Kemudian saya sampai kepada Rasulullah SAW. yang berada di tengah-tengah para sahabat. Ketika kaum muslimin mengalami kekalahan, saya melindungi Rasulullah SAW, kemudian ikut serta di dalam medan pertempuran. Saya berusaha melindungi Rasulullah SAW dengan pedang, saya juga menggunakan panah sehingga akhirnya saya terluka.Ketika ditanya tentang 12 luka ditubuhnya, Nusaibah menjawab, Ibnu Qumaiah datang ingin menyerang Rasulullah ketika para sahabat sedang meninggalkan baginda. Lalu (Ibnu Qumaiah) berkata, mana Muhammad? Aku tidak akan selamat selagi dia masih hidup. Lalu Mushab bin Umair dengan beberapa orang sahabat termasuk saya menghadapinya. Kemudian Ibnu Qumaiah memukulku.Rasulullah juga melihat luka di belakang telinga Nusaibah, lalu berseru kepada anaknya, Ibumu, ibumubalutlah lukanya! Ya Allah, jadikanlah mereka sahabatku di surga! Mendengar itu, Nusaibah berkata kepada anaknya, Aku tidak perduli lagi apa yang menimpaku di dunia ini.Subhanallah, sungguh setianya beliau kepada baginda RasulullahShallallahu alaihi Wassalam.

Ksatria Berkuda Hitam! Itulah dia Khaulah binti Azur. Seorang muslimah yang kuat jiwa dan raga. Susuk tubuhnya tinggi langsing dan tegap. Sejak kecil Khaulah suka dan pandai bermain pedang dan tombak, dan terus berlatih sampai tiba waktunya menggunakan keterampilannya itu untuk membela Islam bersama para mujahidah lainnya.Dalam salah satu peperangan melawan pasukan kafir Romawi di bawah kepemimpinan Panglima Khalid bin Walid, diriwayatkan, tiba-tiba saja muncul seorang penunggang kuda berbalut pakaian serba hitam yang dengan tangkas memacu kudanya ke tengah-tengah medan pertempuran. Bagai singa lapar yang siap menerkam, susuk berkuda itu mengibas-ngibaskan pedangnya dan dalam waktu singkat menumbangkan tiga orang musuh.Panglima Khalid bin Walid serta seluruh pasukannya tercengang melihat ketangkasan susuk berbaju hitam itu. Mereka bertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang tertutup rapat seluruh tubuhnya dan hanya terlihat kedua matanya saja itu. Semangat jihad pasukan Muslimin pun terbakar kembali begitu mengetahui bahwa The Black Rider, si penunggang kuda berbaju hitam itu adalah seorang wanita!Keberanian Khaulah kembali teruji ketika dia dan beberapa mujahidah tertawan musuh dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung dan dikawal ketat selama beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mau menyerah dan terus member semangat kepada sahabat-sahabatnya. Katanya, Kalian yang berjuang di jalan Allah, apakah kalian mahu menjadi hamba orang-orang Romawi? Mahu menjadi orang-orang kafir? Di mana harga diri kalian sebagai pejuang yang ingin mendapatkan syurga Allah? Dimana kehormatan kalian sebagai Muslimah? Lebih baik kita mati daripada menjadi suruhan orang-orang Romawi!Demikianlah Khaulah terus membakar semangat para Muslimah sampai mereka pun bulat tekad melawan tentara musuh yang mengawal mereka. Rela mereka mati syahid jika gagal melarikan diri. Janganlah saudari sekali-kali gentar dan takut. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyak takbir serta kuatkan hati. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat.Dikisahkan bahwa akhirnya, karena keyakinan mereka, Khaulah dan kawan-kawannya berhasil melarikan diri dari kurungan musuh!

Nailah binti al-Farafishah adalah isteri Khalifah Ustman bin Affan. Dia terkenal cantik dan pandai. Bahkan suaminya sendiri memujinya begini: Saya tidak menemui seorang wanita yang lebih sempurna akalnya dari dirinya. Saya tidak segan apabila ia mengalahkan akalku.

Subhanallah!Mereka menikah di Madinah al-Munawwarah dan sejak itu Ustman kagum pada tutur kata dan keahlian Nailah di bidang sastrea. Kerana cintanya, Ustman paling senang memberikan hadiah untuk isterinya itu. Mereka mempunyai satu orang anak perempuan, Maryan binti Ustman.Ketika terjadi fitnah yang memecah belah umat Islam pada tahun 35 Hijrah Nailah ikut mengangkat pedang untuk membela suaminya. Seorang musuh menghendap masuk dan menyerang dengan pedang pada saat Ustman sedang memegang mashaf atau Al Quran. Titisan darahnya jatuh pada ayat 137 surah Al Baqarah yang berbunyi, Maka Allah akan memelihara engkau dari mereka.Seseorang pemberontak lain masuk dengan pedang terhunus. Nailah berhasil merebut pedang itu namun si musuh kembali merampas senjata itu, dan menyebabkan jari-jari Nailah terputus Ustman syahid karena terkena pedang pemberontak. Air mata Nailah tumpah ruah saat memangku jenazah sang suami. Ketika kemudian ada musuh yang dengan penuh kebencian menampari wajah Ustman yang sudah wafat itu, Nailah lalu berdoa, Semoga Allah menjadikan tanganmu kering, membutakan matamu dan tidak ada keampunan atas dosa-dosamu!Dikisahkan dalam sejarah bahwa si penampar itu keluar dari rumah Ustman dalam keadaan tangannya menjadi kering dan matanya buta! Sesudah Ustman wafat, Nailah berkabung selama 4 bulan 10 hari. Ia tak berdandan dan berhias dan tidak meninggalkan rumah Ustman ke rumah ayahnya.Nailah memandang kesetiaan terhadap suaminya sepeninggalnya lebih berpengaruh dan lebih besar dari apa yang dilihatnya terhadap ayahnya, saudara perempuannya, ibunya dan juga kerabatnya. Ia selalu mendahulukan keutamaannya, mengingat kebaikannya di setiap tempat dan kesempatan. Ketika Ustman terbunuh, ia mengatakan, Sungguh kalian telah membunuhnya padahal ia telah menghidupkan malam dengan Al Quran dalam rangkaian rakaat.