folio psk
TRANSCRIPT
~Tugasan 1 ~
Amalan kitar semula di
seksyen 28 Shah Alam Selangor Darul Ehsan ….
Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk
dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, folio geografi ini telah Berjaya disiapkan dengan ilham,
kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Alam
Megah 2 , Puan Faziah Bt Mohamed kerana telah memberikan kebenaran kepada saya
untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu
Puan Zaiton Bt Abu Hassan yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat
sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya , Encik Md Salleh B
Shamsudin dan Puan Rosnah Bt Suyadi kerana memberikan sokongan dan dorongan
kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka
habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu, Nur Aliah bt Kassim, Noramalina , Nur
Azzain , Amir Fyrdaus , Syafiq nadzrin dan Amir Ihsan yang telah banyak membantu
saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman Alam Megah ,
Seksyen 28 yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian
ini dijalankan. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala yang besar kepada
semua hamba-hambaNya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan folio ini.
Amin…..
Pendahuluan
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan
Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Amalan Kitar
Semula. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan
yang mempunyai amalan kitar semula.
Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai pusat kitar
semula dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan April
sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang
lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah
khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.
Objektif kajian
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif – objektif tersebut :
Untuk menghuraikan konsep kitar semula dengan lengkap dan relevan ,
Menyatakan jenis-jenis bahan dan menghuraikan amalan kitar semula di kawasan
kajian.
Menghuraikan kepentingan kitar semula di kawasan kajian.
Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar semula di kawasan kajian,
Menghuraikan langkah/cadanganuntuk mengatasi masalah dalam melaksanakan
kitar semula di kawasan kajian.
Menerapkan nilai/unsure patriotisme dalam dapatan kajian.
Kaedah kajian
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan
digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan
bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja
kursus ini. Antara kaedah yang saya gunakan ialah pemerhatian. Saya telah membuat
pemerhatian untuk mengenalpasti amalan kitar semula yang terdapat di kawasan
kampung saya.
Yang kedua ialah temu bual. Saya telah menemu bual beberapa orang penduduk
kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang amalan kitar
semula. Temu bual dijalankan kepada penduduk Seksyen 28 yang telah lama menetap
disitu kerrana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan di situ.
Yang ketiga ialah soal selidik. Saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik
yang perlu diisi oleh penduduk Seksyen 28 yang perlu diisi oleh penduduk Seksyen 28
yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan.
Yang terakhir ialah rujukan. Saya telah membuat rujukan di perpustakaan dan
melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula.
Dapatan kajian
Konsep Kitar Semula
Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai
dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-
barang terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber,
memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan pencemaran, dan mengurangkan
pembaziran. Antara barang yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi,
aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca boleh digunakan semula setelah melalui
proses pembersihan.
Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula
Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di kampung saya ialah
kertas, plastik dan kaca.
Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kampung saya ialah menjual
bahan-bahan kitar semula ini di pekan Parit Sulong. Kebanyakan daripada penduduk
kampung akan membawa sendiri bahan tersebut ke pusat memproses bahan kitar semula.
Terdapat juga penduduk kampung yang mengunakan semula bahan kitar semula ini
untuk menjimatkan perbelanjaan. Contohnya, digunakan untuk membuat keceriaan di
dalam rumah, menggunakan kedua-dua helaian kertas dan membuat perhiasan rumah
seperti bunga kertas dan pasu kaca yang telah dibersihkan.
Selain itu, terdapat penduduk kampung yang sudi bekerjasama memberi sumbangan
kepada pihak sekolah bahan-bahan kitar semula mereka untuk menambah pendapatan
Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) bagi menampung program-program pelajar di
sekolah memandangkan bahan kitar semula mempunyai nilai ringgit yang tinggi di
pasaran.
Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang
cuba untuk mengurangkan penggunaan bahan seperti kertas dan plastik. Sebagai
contoh terdapat penduduk yang tidak menggunakan plastik, polisterin ketika
membungkus barang atau makanan. Kertas juga dijimatkan supaya tidak membazir
begitu sahaja.
Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnya
menambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula.
Kepentingan Kitar Semula.
1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya
berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang
dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru
akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi
ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?
2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika
dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar
semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal
penyakit daripada merebak.
3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah
merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula
dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti
kehidupan kita.
4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga
i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik 3 jam televisyen.
ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan
sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan
kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan
mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana
ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.
iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.
iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan
sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.
Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapka unsur tanggungjawab dan
sayangkan kepada negara seperti peribahasa negara bersih rakyat sihat.
Masalah /halangan Amalan Kitar Semula
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.
1. Sikap
Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini.
Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat
sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan
berlakunya pencemaran udara.
2. Kurang Pengetahuan
Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan kitar
semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan
kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya
semula. bagi mereka amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak
mempunyai apa-apa kepentingan.
3. Harga Terlalu Rendah
Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang
rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk I kilogram. Harga yang
rendah menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada
menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak menguntungkan.
4. Kurang Pusat Pengumpulan.
Di kawasan Parit Sulong hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula.
Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula
memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal di kawasan
hujung kampung. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang
dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil
barangan kitar semula daripada penduduk kampung.
5. Kurang Kerjasama
Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula
ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan
kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar
semula tidak akan tercapai atau terlaksana.
Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan
amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapat
menyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber.
Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula
Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah
atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan
dengan baik.
Langkah tersebut ialah seperti :-
1. Kempen
Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari
Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif
utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi
melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan
untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan program yang dilaksanakan ini
dapat member keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami
kemusnahan.
2. Pendidikan
Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan
kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat
menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh
mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar
semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan
tersebut.
3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan.
Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar
semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting
supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula
sesuka hati. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran.
Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi
yang strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke
dalam tong yang betul.
4. Gotong Royong
Penduduk kampung boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan
kawasan kampung. Pastikan penduduk kampung mengumpulkan bahan kitar semula ini
dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Ketua kampung memainkan
peranan yang penting supaya penduduk bekerjasama mengamalkan amalan kitar semula
ini.
Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar
semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai
sikap bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami
kemusnahan.
Rumusan
Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan
rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan dapat
diselamatkan daripada ditebang. Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada sebarang
ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam
setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar
semula mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.
BORANG SOAL SELIDIK / TEMU BUAL KERJA KURSUS SEJARAH 2010
Nama : Md Salleh Bin Shamsudin
No. K / P : 670829 – 04 – 5159
Pekerjaan : penyelia Akaun
Alamat : G-5 Blok 19 Taman Alam Megah , Seksyen 28 40400 Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Soalan 1 : Bagaimanakah persiapan anda menjelang perayaan pada tahun ini ? Pakaian raya : Akan dibeli sebelum perayaan
Kuih raya : Akan dibuat sebelum perayaan
2 : Betul atau tidak kanak-kanak merupakan golongan yang paling gembira Sekali Semasa perayaan ini disambut ? Mengapa ?
Betul , kerana dapat menyambut dengan semua saudara dan mendapat duit Raya.. 3. Apakah makanan yang paling istimewa dihidangkan semasa menyambut Perayaan ini ?
Makanan yang paling istimewa dihidangkan semasa menyambut perayaan Terutamanya ketupat . 4. Amalan rumah terbuka sering diadakan oleh golongan tertentu pada masa Perayaan ini. Perlu atau tidak ? mengapa ?
Perlu , unutk mengeratkan perhubungan setiap ahli keluarga….
TERIMA KASIH
BORANG SOAL SELIDIK / TEMU BUAL KERJA KURSUS SEJARAH 2010
Nama : Abd Rahman b Abu
No. K / P : 641014-01-5829
Pekerjaan : executive
Alamat : No 43, lorong kelisa 7, kg bukit lancing, shah alam , Selangor.
Soalan 1 : Bagaimanakah persiapan anda menjelang perayaan pada tahun ini ? Pakaian raya : Akan dibeli sebelum perayaan
Kuih raya : Akan dibuat sebelum perayaan
2 : Betul atau tidak kanak-kanak merupakan golongan yang paling gembira Sekali Semasa perayaan ini disambut ? Mengapa ?
Betul , kerana dapat menyambut dengan semua saudara dan mendapat duit Raya.. 3. Apakah makanan yang paling istimewa dihidangkan semasa menyambut Perayaan ini ?
Makanan yang paling istimewa dihidangkan semasa menyambut perayaan Terutamanya ketupat . 4. Amalan rumah terbuka sering diadakan oleh golongan tertentu pada masa Perayaan ini. Perlu atau tidak ? mengapa ?
Perlu , unutk mengeratkan perhubungan setiap ahli keluarga….
TERIMA KASIH
Rujukan
Orang sumber : Abd Rahman B Abu , 46 tahun , 641014-01-5829 , executive , No 43, lorong kelisa 7, kg bukit lancing, shah alam , Selangor.
Buku ilmiah : 1.Ensiklopedia kebudayaan , muka surat 1-7 , oleh Jasiman Ahmad , Nora
Hj Samat , ISBN 983-2253-23-3 , Dicetak oleh Image Design Enterprise Kuala Lumpur ,
penerbit Jade Grenn Publications SDN.BHD , Cetakan pertama 2001.
2.Pengetahuan Popular Perayan orang Melayu , A. Aziz Deraman ,
Wan Ramli Wan Mohamad , muka surat 19-24 , penerbit Fajar Bakti
SDN.BHD 1995 , Dicetak oleh Laser Pres sdn.bhd , Selabgor Darul
Ehsan.
Majalah : Masjid , syawal 1423/disember 2003 , oleh Mohd Zamir Bahall , ISSN 1511-
9149 , 9771511914001.
Internet : www.wikipedia.org/harirayaaidilfitri
.
Rujukan
Orang sumber : Md Salleh b Shamsudin , 43 tahun , 670829-04-5159 , penyelia Akaun
G-5 Blok 19 Taman Alam Megah Seksyen 28 , Shah Alam 40400 Selangor Darul Ehsan.
Buku ilmiah : 1.Ensiklopedia kebudayaan , muka surat 1-7 , oleh Jasiman Ahmad , Nora
Hj Samat , ISBN 983-2253-23-3 , Dicetak oleh Image Design Enterprise Kuala Lumpur ,
penerbit Jade Grenn Publications SDN.BHD , Cetakan pertama 2001.
2.Pengetahuan Popular Perayan orang Melayu , A. Aziz Deraman ,
Wan Ramli Wan Mohamad , muka surat 19-24 , penerbit Fajar Bakti
SDN.BHD 1995 , Dicetak oleh Laser Pres sdn.bhd , Selabgor Darul
Ehsan.
Majalah : Masjid , syawal 1423/disember 2003 , oleh Mohd Zamir Bahall , ISSN 1511-
9149 , 9771511914001.
Internet : www.wikipedia.org/harirayaaidilfitri
.