pendidikan sivik dan kewarganegaraan tahun 5

Upload: nanade

Post on 15-Oct-2015

213 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SKPK

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5 Saturday, 13 April 2013TARIAN TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIATarian Tradisional Kaum Melayu

Tarian Mak YongTarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

Tarian ZapinTarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.

Tarian Tradisional Kaum Cina

Tarian NagaTarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu,sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa,bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.

Tarian SingaTarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan menirupergerakansinga dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakankepala kostum, manakala pasangan penariakan memainkan bahagian belakangkostum singa tersebut. Kedua-dua penariitu akan bergerak seakan-akan singa di ataspentas yang disediakan. Tarian singa iniakan diiringi oleh gong,dram, dan dentumanmercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Tarian KipasTarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

Tarian Tradisional Kaum India

Tarian Bharatanatyam

Tarian ini adalah berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).Nritta merangkumi tiga elemen, posisi berdiri yang asas,pergerakan tangan dan kaki dan juga seni pergerakan tangan.Tempoh masa adalah berdasarkan rentak yang mempunyai kadar yang sama di kenali sebagai Jatis.Muzik bagi tarian ini adalah berdasarkan kepada nada yang penting ataupun ragas seperti Bhairavi, Kalyani dan Kambodhi.

Tarian Bhangara

Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk meraikan penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah Punjab di India.Setiap pergerakan di dalam tarian ini membawa maksud yang tersendiri dalam usaha untuk memaparkan suatu pergerakan yang artistik. Penari bagi tarian ini yang biasanya terdiri daripada kalangan lelaki dan wanita akan mengenakan pakaian yang pelbagai serta berwarna cerah.Terdapat penekanan yang banyak terhadap skil dan kebolehan serta ketahanan seseorang penari itu.Suatu ciri utama adalah pergabungan di antara ciri-ciri stunt melangkaui daripada keupayaan artistik dan keupayaan fizikal.Lagu yang di gunakan untuk tarian ini adalah gabungan lagu asli dengan di iringi instumen tradisional seperti tholl ( drum ), harmonika, tamborin dan klapper muzik.Tarian Banghra di Malaysia sangat popular dalam manaia juga dipersembahkan untuk majlis perkahwinan,hari-jadi dan majlis kekeluargaan.

Tema 4 : Kenali BudayaMalaysiaMasyarakat di Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Setiapa kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri.Contohnya terdapat perbezaan antara tarian,muzik,bahasa dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum.Seni tari merupakan sebahagian daripada budaya kita.Dalam masyarakat tradisional,tarian dipersembahkan semasa majlis keramaian.Budaya ini wujud sehingga ke hari ini.Walaubagaimanapun,terdapat tarian tradisional yang diubah suai mengikut perkembangan semasa.Tarian biasanya diiringi dengan muzik.Alat-alat muzik terdapat dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum.Keunikan budaya Malaysia juga dapat diketahui melalui pelbagai bahasa dan dialek.Bahasa merupakan satu cara berkomunikasi.Terdapat pelbagai bahasa di Negara kita seperti Bahasa Melayu,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.Dialek pula wujud apabila sekelompok manusia mengubah suai bahasa mengikut budaya tempatan.Misalnya terdapat pelbagai dialek dalam Bahasa Melayu seperti dialek Kelantan,Kedah dan dialek Negeri Sembilan.Dialek yang ada dalam masyarakt Cina seperti Kantonis,Hokkien,Hakka,Teochew dan Foochow.Kaum India menggunakan bahasa Tamil,Malayalam dan Telegu.Walaupun budaya masyarakat kita berbeza,namun kita masih boleh hidup dalam keadaan harmoni.Negara kita menjadi teladan kepada Negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk.

JENIS JENIS TARIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. Perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam. Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal.TARIAN ZAPIN

TARIAN MAK YONG Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang. TARIAN GAMELAN Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.

TARIAN SUMAZAU Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.TARIAN NAGA Sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut Keturunan Naga sebagai lambang identiti etnik. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.

TARIAN IBAN Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai. Penari memakai tarian tradisi seperti sirat, gagung, atau baju burung serta topi yang dihias dengan bulu burung. Tarian ini ditarikan dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah,penari akan melompat bersama iringan lagu dimana setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.TARIAN KIPAS Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai Fung Shui iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka.

TARIAN KATHAK Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud seni bercerita . Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah.TARIAN BHARATA NATYAM Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.

TARIAN KUDA KEPANG Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan merekaTARIAN ULEK MAYANG Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian . Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut .TARIAN INAI Tarian Inai atau Terinai merupakan sejenis tarian tradisional. Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ia dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk di atas pelamin. Tarian Inai ini popular di Perlis, utara Kedah dan Kelantan. tarian ini jarang dipersembahkan berbanding tarian istana yang lain. Ini disebabkan ia dikhususkan bagi peristiwa tertentu seperti perkahwinan, berkhatan dan pertabalan diraja.

JENIS JENIS ALAT MUZIK KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah.Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung.Lehernya ialah persambungan dari badannya.Ia dipetik sama seperti bermain gitar.Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.GAMBUS

Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap.Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi.Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus.Tali sape dipetik menggunakan jariSAPE

Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu.Ia dikenali juga dengan nama anak umbang di kalangan bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut main peteri.Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang. Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan kepala.Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm.REBAB

Gong ini diperbuat daripada besi.Ada juga gong yang diperbuat daripada gangsa yang bercampur timah. Jenis gong yang biasa digunakan dipanggil tawak-tawak.Gong dimainkan dalam pelbagai persembahan muzik tradisi misalnya dalam persembahan Mak Yong. Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar.Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut getah dihujungnya dan bunyinya berdengung GONG

Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang. Saiz canang kecil.Bahagian tepi canang melengkung ke dalam. Pada bahagian muka canang ada tombol kecil. Canang disusun di atas para khas dan dipalu. Pemalu canang diperbuat daripada kayu.Bahagian yang dipalu ialah bahagian tombol canang. Biasanya canang dimainkan secara berpasangan. Canang dimainkan untuk mengiringi persembahan wayang kulit dan wayang Melayu.CANANG KESI

Sejenis alat idiofon dari keluarga simbal yang dibentuk daripada kepingan tembaga. Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam.Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasang dengan tali. Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan.Digunakan dalam ensemble paluan tradisional yang pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.

BONANG CAKLEMPONG

Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz caklempong kecil. Bentuk caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah. Muka caklempong licin.Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil. Caklempong dimainkan dengan cara menyusunnya sebaris di atas para khas.Caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian piring, tarian lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main puteri, mengarak pengantin, persembahan randai dan lagu-lagu tempatan.Kebiasaanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di Perak dan Kelantan serta masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz caklempong kecil. Bentuk caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah. Muka caklempong licin.Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil. Caklempong dimainkan dengan cara menyusunnya sebaris di atas para khas.Caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian piring, tarian lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main puteri, mengarak pengantin, persembahan randai dan lagu-lagu tempatan.Kebiasaanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di Perak dan Kelantan serta masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. MONG DAN KENUNG

Mong diperbuat daripada perunggu.Dimainkan dalam satu set yang diatur atas regangan tali-tali pada para khas.Pemalu berbalut digunakan untuk memalu tombol mong. Mong dimainkan oleh seorang pemain sahaja.Kebiasaannya mong dimainkan untuk mengiringi persembahan menora, wayang gedak, wayang Jawa dan gamelan.

GEDUK

Adalah sejenis gendang yang mempunyai dua muka. Muka geduk diperbuat daripada belulang lembu atau kerbau.Pada mulanya belulang diletakan pada badan geduk menggunakan perekat. Kemudian belulang itu dipancang dengan baji kayu atau besi. Badan geduk disebut temalang yang diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dan bentuknya agak cembung sedikit.Bahagian dalam temalang disebut lompang. Dua bilah buluh dipasang pada satu sisi temalang. Bilah-bilah tersebut lebih panjang daripada temalang dan berfungsi sebagai kaki.

REBANA

Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu. Ianya sering digunakan dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget, Inang, Masri, Zapin, Cinta Sayang dan Ayam Didik.Peranannya dalam ensemble adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat dikategorikan sebagai irama asas (basic) penambahan (additire) dan menyilang iaitu cross rythmn.

Sepasang gendang bulat besar, anak dan ibu.Temalang atau badannya diperbuat daripada kayu merbau dan kedua-duanya ditutup dengan kulit harimau.Kedua-dua gendang dipalu dengan tangan atau pemukul yang diperbuat daripada kayu merbau.Lilitan rotan halus diselitkan di antara tebing dan belulang untuk menetapkan ketegangannya.GENDANG SILAT

SERUNAI

Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya.Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidaknya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering.Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai.Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng.

BAHASA DAN DIALEK MASYARAKAT MALAYSIADIALEK MASYARAKAT MELAYU :Bahasa MelayuBakuApa khabar?Terima kasih

KelantanApokaba?Trimo kaseh

MelakaApa kabau?Terima kasih

Negeri SembilanApokoba?Terima kasih

SarawakApa khaba?Trimak kaseh

SabahApa kabar?Tarima kasih

DIALEK MASYARAKAT CINA :Bahasa BakuApa khabar?Terima kasih

KantonisLei hou ma?To che

HokkienLu ho bo?Kam sia

HakkaNi hao mao?Mn koi

DIALEK MASYARAKAT INDIA :Bahasa MelayuBakuApa khabar?Terima kasih

TamilNalamaga irukkinrirkala?Nandri

MalayalamSugamthanne?Valare upagaram

TeleguKshemamaDhanya vadhalu

CARA MENGEKALKAN WARISAN BUDAYA MASYARAKAT1. Generasi muda haruslah mengenali asal-usul sendiri.2. Mengadakan kempen,ceramah,wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya.3. Pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional untuk mengembangkan budaya ini.4. Menggalakkan pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia.5. Media massa tempatan perlu sentiasa menyiarkan tayangan yang berkaitan dengan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas.

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIAMalaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna. Dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu hinggalah kain songket di Raja yang antik.Pada zaman dahulu penduduk pribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama kain tenunan dan batik melayu oleh orang kenamaan dan kerabat diRja.Dengan ketibaan pedagang asing pakaian serta kain seperti sutera cina,pelikat dan jubah arab diperkenalkan di negara ini.Kini pakaian tradisional seperti kebaya Melayu,sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas di Malaysia.Budaya pemakaian tradisional semakin dilupakan.Oleh itu,budaya memakai pakaian tradisional seharusnya dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.Jika dilihat,kebanyakkan remaja Melayu di zaman era globalisasi ini lebih menyukai pakaian ala-ala barat.Mereka tidak sedar dengan perbuatan yang sebegitu sebenarnya sedikit sebanyak menghakis budaya pemakaian pakaian tradisional sesebuah kaum itu sendiri.Dalam erti kata lain,berbanggalah dengan pakaian tradisional kita sendiri kerana itu dapat melambangkan identiti sesebuah masyarakat itu sendiri.Pakaian Masyarakat Melayu

Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat.

BAJU KURUNGBaju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.Pakaian Masyarakat CinaSamfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.

Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama Cheongsam bererti pakaian panjang, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas seperti bunga, burung, naga, dan sebagainya

Pakaian Masyarakat IndiaDhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

Pakaian Masyarakat SabahPakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang .

Pakaian istiadat suku Kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol.

Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

Pakaian Masyarakat Sarawak

Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas Kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang.Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu.Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanyabidangdiperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni.ADAB MENZIARAHI JIRANSebelum menziarah:1. Memilih masa yang sesuai.2. Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.3. Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah.Semasa menziarah:1. Memberi salam dan bersalaman.2. Meminta izin untuk masuk.3. Memendekkan tempoh ziarah.4. Mengawal pandangan.5. Merendahkan suara.Selepas menziarah:1. Meminta izin apabila hendak beredar.2. Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar.