folio anti dadah 14.doc

Upload: wan-ahmad-amru

Post on 04-Nov-2015

179 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Biodata

Nama:

Wan Ahmad Amru Bin Wan Huzairul Azril

Kelas:

4 TiaraUmur:

9 tahun

Tarikh lahir:

26 Mei 2005Tempat lahir:

Hospital BentongHobi:

Bermain Bola Sepak

Cita-Cita:

AngkasawanMakanan Kegemaran:Roti CanaiMinuman kegemaran:Milo Ais

Moto:

Usaha Tangga Kejayaan TAJUK : DADAH DURJANA

1. MAKSUD DADAH Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, dadah bermaksud ubat-ubatan atau bahan ( seperti ganja, heroin , marijuana ) yang merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya secara berlanjutan. Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk, merawat atau mencegah penyakit.Pada asalnya dadah digunakan untuk membuat ubat secara sintetik bagi merawat penyakit. Bahan ini hanya diedarkan oleh pihak hospital dan pihak-pihak yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara fitrahnya dadah hanya digunakan untuk mengurangkan kesakitan atau simptom pada dos yang telah ditetapkan oleh pakar Dadah akan mengakibatkan ketagihan, kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan. 2. JENIS JENIS DADAH

Dadah yang paling popular disalahgunakan ketika ini ialah dadah jenis narkotik iaitu heroin, morfin, candu , kodien dan metadon. Dadah jenis ini diperoleh dari candu mentah . Gambar pokok poppi untuk hasilkan canduTetapi menerusi pasaran gelap, dadah jenis morfin diperoleh dalam bentuk mentah seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah atau dalam bentuk blok, serbuk dan pil. Selain itu terdapat dadah jenis ganja yang dikenali sebagai Kanabis, juga terkenal dengan nama Marijuana. Kanabis ialah herba yang merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan dijadikan dalam bentuk blok yang sering kita lihat di media massa televisyen. Rupa tumbuhan kanabis ini seperti tembakau tetapi lebih kehijau-hijauan.

Pokok ganja Daun kanabis yang kering

Pokok Kanabis Serbuk Marijuana Dadah bentuk pilDadah jenis kokain berasal dari daun pokok Erythroxylon cocayang ditunjukkan di bawah banyak ditanam di sekitar Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Syarikat. Pokok Erythroxylon coca Kokain serbuk 3. TEMPAT KEGEMARAN PENAGIH DADAH.Penagih-penagih akan mencari tempat yang sesuai bagi menjalankan aktiviti mereka. Antara tempat yang menjadi sarang penagih dadah ialah kelab-kelab malam, pub, dan pesta remaja. Ini bagi mereka yang berduit yang mana mereka inginkan tempat untuk berseronok sambil berkhayal dengan kesan dadah yang diambil.

Lorong gelap Tempat sunyiBagi penagih remaja yang terdiri dari pelajar dan mereka yang tidak bekerja, tempat tumpuan ialah seperti rumah lama yang ditinggalkan, lorong-lorong gelap, bangunan yag tidak didiami, di bawah jambatan, pondok usang dan kawasan ini biasanya gelap serta berjauhan dari orang ramai.

Penagih dibawah jambatan Bangunan lama4. KESAN KEPADA PENAGIH DADAHAkibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri, si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, Penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kesihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya. Prestasi mutu kerja, merosot , dan menjadi malas. Adakalanya bertindak agresif dan melakukan cenderung untuk melakukan jenayah. Rasa tertekan Menjadi malas5. TANDA-TANDA PENAGIH DADAH

Berikut adalah diantara tanda-tanda penagih dadah Marah-marah atau meradang tak tentu sebab. Turun berat badan, selalu menguap, dan tidak bermaya. Hilang selera makan atau selera bertambah. Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair, dan kuyu. Apabila bercakap tidak bertentang mata. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat. Parut atau bekas suntikan di lengan. Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi. Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan. Selalu menggaru terutamanya di bahagian hidung dan kelakuan aneh. Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak, dan tempat di mana tiada orang.

6. CARA MERAWAT PENAGIH DADAH1. Penubuhan pusat-pusat pemulihan seperti Cure & Care yang terletak di setiap negeri yang terpilih. Di sini merupakan pusat aktiviti harian bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan berhubung dengan permasalahan dadah.2. Pendidikan seperti pameran, ceamah dan motivasi untuk mencegah permasalahan dadah dari peringkat awal. Kempen Anti Dadah turut perlu diadakan untuk memastikan maklumat tentang bahayanya dadah dapat disebarkan dengan baik kepada setiap individu.

3. Peranan keluarga dalam memastikan anak-anak tidak terjebak kepada penyalah gunaan dadh. Keluarga juga perlu memberi sokongan kepada anak-anak yang menjadi bekas penagih dadah agar tidak melakukan kesilapan yang sama .

4. Peranan masyarakat dalam membantu kerajaan membenteras penyalah gunaan najis dadah. Antaranya ialah membuat laporan sekiranya mereka terlihat golongan yang leka melakukan aktiviti haram tersebut, melaporkan sarang penagihan dadah atau membantu menghalang mereka dari terus melakukan gejala yang tidak mendatangkan manfaat itu. Bantuan Masyarakat Cara Tradisional Motivasi7. HUKUMAN TERHADAP PENGEDAR DADAH

Untuk membenteras penyalahgunaan dadah, kita perlulah mengambil tindakan tegas terhadap pengedar dadah. Mereka merupakan agen perosak masyarakat yang mana mereka mendapat keuntungan daripada hasil jualan dadah. Manakala di pihak penagih, hidup mereka menderita dan musnah. Oleh itu pihak kerajaan telah mengenakan hukuman yang berat terhadap golongan ini supaya mereka sedar bahawa tindakan mereka merosakkan bangsa sendiri.Antara hukuman yang dikenakan ialah :

1. Hukuman Penjara dan denda.

2. Hukuman Sebatan

3. Hukuman Mati Mandatori.

Hukuman dikenakan berdasarkan kesalahan dan berat dadah yang dibawa. Dengan mengenakan tindakan yang berat terhadap pengedar dadah diharapkan dapat mengarasi masalah penagihan dadah di negara ini. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentulah penagih akan sukar mendapat bekalan dadah.8. KESIMPULANKerajaan telah mengistiharkan bahawa dadah merupakan musuh nombor satu negara. Hal ini keranan penyalahgunaan dadah banyak meninggalkan kesan yang negatif dan boleh merosakkan individu, keluarga , masyarakat dan Negara. Oleh itu usaha membenteras penyalahgunaan dadah perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan melibatkan semua lapisan masayarakat agar ianya tidak terus berleluasa. Setiap inidividu perlu memberi kerjasama dalam setiap perlaksanaan yang dilakukan oleh agensi kerajaan dan badan badan bukan kerajaan yang lain agar generasi muda bebas dari pengaruh dadah durjana . SEKIAN , TERIMAKASIH

10