folio akaun 2011 spm part 1

Upload: cyieda

Post on 08-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 FOLIO AKAUN 2011 SPM PART 1

    1/9

    SMK TARCISIAN CONVENT

    JLN ABDUL MANAP30100 IPOH

    TUGASAN PROJEK KERTAS 3756/3SPM 2011

    Saya memperakui bahawa Tugasan Projek yang dikemukakan untuk memenuhi syarat

    Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan 3756/3

    adalah tulen.

    Tandatangan Calon

    Nama Calon NUR SYAHIDA BT SHAHAROM

    No. Kad Pengenalan 941209-08-5522

    Angka Giliran AC056A156

    Dengan ini disahkan bahawa Projek Prinsip Perakaunan telah dilaksanakan dan maklumat

    adalah benar.

    Tandatangan Guru Pentaksir

    Nama Guru Pentaksir Puan Nurlaila bt. Abdul Ghaffar

    Tarikh

  • 8/6/2019 FOLIO AKAUN 2011 SPM PART 1

    2/9

    PENGHARGAAN

    Bismillahirrahmanirrahim.....

    Allahamdulillah....

    Tugasan projek ini dapat saya laksanakan dengan sempurna serta lancar dengan

    bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Dengan mengambil kesempatan ini, ingin

    saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama

    pihak-pihak yang telah memberi sumbangan yang sungguh bermakna ini kepada saya

    sehingga tugasan ini dapat disiapkan.

    Saya juga ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada guru Prinsip Perakaunan

    saya, Puan Nurlaila bt. Abdul Ghaffar kerana memberi peluang kepada saya membuat projek

    ini di samping memberi bimbingan dan panduan kepada saya. Sokongan penuh ibu bapa saya,

    Shaharom b. Hj. Ikhsan dan Aishah bt. Abdul Hamid dalam penghasilan tugasan ini amat sayahargai.

    Penghargaan ini juga saya tujukan kepada pemilik Kedai Perabot Simee kerana rela

    mengorbankan masa dalam memberi maklumat dan tunjuk ajar yang banyak membantu saya

    untuk menjayakan tugasan projek ini.

  • 8/6/2019 FOLIO AKAUN 2011 SPM PART 1

    3/9

    TAFSIRAN NISBAH

    Nisbah Keberuntungan

    (i) Peratusan Mark Up / Tokokan 45.19%Peratusan tokokan 45.19% bermaksud bagi setiap ringgit (RM1.00) kos jualan

    barang yang dibeli ditokokkan sebanyak45.19%, yang bermakna harga jualansetiap ringgit kos jualan barang yang dibeli adalah lebih kurang RM1.45.

    (ii) Peratusan Margin / Tambah Harga 31.12%Peratusan margin 31.12% bermaksud bagi setiap ringgit (RM1.00) nilai jualan

    barang yang telah diserahkan kepada pelanggan, operasi perniagaan

    memperolehi sumbangan sebanyak sebanyak31.12%, yang bermakna operasi

    perniagaan memperolehi anggaran untung kasar sebanyakRM0.31 bagi setiap

    ringgit jualan barang.

    (iii) Peratusan Untung Bersih atas Jualan 22.04%Peratusan margin utung bersih 22.04% bermaksud bagi setiap ringgit

    (RM1.00) nilai jualan barang yang telah diserahkan kepada pelanggan, operasi

    perniagaan memperolehi untung bersih sebanyak22.04%, yang bermakna

    operasi perniagaan memperolehi anggaran untung bersih sebanyakRM0.22

    bagi setiap ringgit jualan barang.

    (iv) Peratusan Pulangan atas Modal 5.18%Peratusan pulangan atas modal 5.18% bermaksud bagi setiap ringgit (RM1.00)modal yang telah disumbangkan atau aset yang dibiayai oleh pemilik

    perniagaan ke dalam perniagaan, pulangan kepada pemilik perniagaan adalah

    lebih kurang 5.18%, yang bermakna pemilik perniagaan memperolehi

    pulangan sebanyakRM0.0518 bagi setiap ringgit pelaburan yang dilaburkan.

  • 8/6/2019 FOLIO AKAUN 2011 SPM PART 1

    4/9

  • 8/6/2019 FOLIO AKAUN 2011 SPM PART 1

    5/9

    Cadangan Meningkatkan Prestasi Semasa Perniagaan Perabot

    Mengiatkan aktiviti promosi untuk memperkenalkan perniagaan kepada pelanggan

    umum. Ini boleh dilakukan dengan mengiklankan perniagaan dalam media massa seperti surat

    khabar, melibatkan perniagaan dalam ekspo perabot dan sebagainya.

    Meningkatkan perkhidmatan sebelum, sewaktu dan selepas jualan untuk lebih

    berupaya memuaskan keperluan pelanggan yang berbagai bentuk dan aspek. Ini juga

    membolehkan perniagaan lebih memahami keperluan dan citarasa pengguna yang berbeza.

    Menawarkan tempoh jaminan produk yang lebih panjang. Ini bertujuan untuk

    meningkatkan keyakinan pelanggan untuk berurusan.

    Menawarkan perkhidmatan penasihatan serta bimbingan pembelian kepada pelanggan.

    Ini memastikan pelanggan hanya membeli produk yang bersesuaian dengan keperluan mereka

    dan mengelakkan unsur pembaziran yang tidak dikehendaki.

    Mengatur strategi pemasaran yang lebih mantap untuk mempromosikan perniagaan

    serta menandangani saingan dari perunci perabot yang lain.

  • 8/6/2019 FOLIO AKAUN 2011 SPM PART 1

    6/9

    Cadangan Meningkatkan Prestasi Jangka Panjang Perniagaan Perabot

    (i) Menawarkan rangkaian produk perabot yang lebih komprehensif serta lengkap darisegi barisan produk yang ditawarkan mahupun kedalaman produk yang ditawarkan.

    (ii)Mengkaji untuk membekalkan produk yang memenuhi citarasa dan trend keperluanpelanggan. Ini termasuklah menawarkan produk yang berteknologi tinggi, mesra alam

    dan compact.

    (iii)Memperbaiki system pengurusan dalam operasi perniagaan bagi memastikan

    pengurusan perniagaan adalah optimum. Ini bertujunan untuk memastikan tahap

    pengurusan kos operasi adalah terendah.

    (iv)Mencari peluang untuk mencecah ke pasaran antarabangsa. Ini adalah kerana pasaransaiz tempatan adalah terhad serta diyakini bahawa perabot buatan tempatan adalah

    bermutu tinggi dan mempunyai daya saing dengan produk keluaran antarabangsa yang

    lain.

    (v)Melaburkan keuntungan operasi ke dalam aktiviti berkaitan penyelidikan danpembangunan produk bagi memastikan perabot yang dihasilkan berkualiti dan

    selamat.

  • 8/6/2019 FOLIO AKAUN 2011 SPM PART 1

    7/9

    Rumusan

    Tugasan ini telah memberi peluang kepada saya untuk mengenali seluruh kitaran perakaunan

    yang telah diajar oleh guru perakaunan saya sewaktu di tingkatan empat pada tahun lepas.

    Proses catatan dan pengeposan yang komprehensif diaplikasikan dalam tugasan ini. Sayatelah berjaya menyediakan satu set laporan kewangan untuk permiagaan milikan tunggal saiz

    sederhana. Dalam proses ini juga, saya telah mengaplikasikan pengetahuan pelarasan di akhir

    tempoh yang kritikal.

    Selain menyediakan laporan yang boleh dipercayai, mudah difahami serta informatif, saya

    telah berjaya menganalisi laporan yang telah disediakan. Di sini, saya telah menafsirkan aspek

    keberuntungan, kecairan dan aktiviti operasi perniagaan yang telah berlaku dalam bulan

    Januari 2011.

    Sebelum mengakhiri tugasan saya ini, saya berbangga untuk menghasilkan tugasan saya

    menggunakan aplikasi komputer. Saya amat berterima kasih kepada guru perakaunan saya,

    iaitu Puan Nurlaila bt. Abdul Ghaffar yang telah banyak mengorbankan masanya untuk

    membantu saya menyiapkan tugasan ini. Saya adalah seorang pelajar yang bukan sahaja

    bertanggungjawab melaksanakan tugasan ini tetapi saya juga adalah seorang pelajar yang

    berakauntabiliti tinggi, serius dan tepat masa dalam menyiapkan tugasannya.

  • 8/6/2019 FOLIO AKAUN 2011 SPM PART 1

    8/9

    Belanjawan Tunai

  • 8/6/2019 FOLIO AKAUN 2011 SPM PART 1

    9/9

    PENGENALAN PERNIAGAAN

    Saya Nur Syahida bt. Shaharom telah menubuhkan Cyieda Furniture AA Enterprise pada 1

    Januari 2009 dengan modal permulaan sebanyak RM60,000 wang sendiri. Perniagaan saya

    ialah perniagaan milikan tunggal yang menjual barangan perabot seperti set bilik tidur, set

    meja makan dan set ruang tamu. Saya dibantu oleh seorang pekerja yang dibayar gaji bulanan

    RM1,200.

    Saya memilih untuk menubuhkan perniagaan yang menjual perabot kerana :

    (i) Saya mempunyai pengalaman bekerja dan mengendalikan perniagaan perabot sebelum ini.(ii)Hanya terdapat 2 buah kedai bersaiz kecil menjual perabot di lokasi perniagaan saya(iii)Untung yang lumayan dapat diperolehi daripada jualan perabot.

    Saya percaya saya dapat menjalankan perniagaan milikan tunggal menjual perabot dengan

    baik kerana saya yakin adanya permintaan yang tinggi terhadap barangan perabot berkualiti

    dan rekabentuk terkini dan sekaligus menarik perhatian orang ramai untuk membeli perabot.

    Sya sedar bahawa dengan melibatkan diri dalam perniagaan menjual perabot, saya akan

    berhadapan dengan risiko-risiko seperti persaingan dari syarikat perabot yang besar, kos yang

    tinggi, risiko kebakaran dan lain-lain. Perniagaan saya turut menghadapai risiko keusangan

    stok dan kerosakan stok yang terkawal. Selain itu juga, perubahan teknologi yang pantas

    berserta dengan perubahan citarasa dan trend semasa yang kerap berubah juga merupakan

    salah satu cabaran perniagaan perabot saya. Walaubagaimanapun, saya yakin saya dapat

    mengatasi segala halangan yang mungkin dihadapi dalam dunia perniagaan.