fokus peperiksaan kaedah pengajaran pendidikan islam

Upload: adisarwajagat

Post on 17-Jul-2015

3.259 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

FOKUS PEPERIKSAAN HBIS 1103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

TOPIK 1 : STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN. 1. Perbezaan ringkas antara strategi, pendekatan, kaedah dan teknik. Pendekatan Kaedah Cara mengajar berdasarkan objektif Siri tindakan guru yang sistematik yang telah ditentukan Bercorak jangka pendek Berlandaskan teori, prinsip Mendokong pendekatan yang dipilih Mendokong sesuatu teori Teknik Strategi Merujukkemahiran guru Kebijaksanaan guru memilih melaksanakan kaedah mengajar pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran. Pengendalian yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah Lebih mengambil kira objektif jangka panjang. Di gunakan dalam langkah pengajaran Mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dsb.

2. Maksud pendekatan induktif, pendekatan deduktif dan pendekatan bersepadu Pendeatan induktif : satu pendekatan pengajaran yang memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep atau benda. Ia memerlukan kepada contoh pada awal pengajaran dan dibuat generalisasi . Guru tidak digalakkan memberi definasi. Pendekatan deduktif : Pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hoskut tertentu. Sesuatu pembelajaran dimulakan dengan mempelajari peraturan-peraturan tertentu kemudian peraturan itu di aplikasikan untuk menuju ke satu fakta. Murid terlibat mencari jalan penyelesaian dan memastikan penyelesaian adalah betul. Pendekatan sepadu : Menyerapkan beberapa kemahiran sewaktu menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran belajar dan memperolihi ilmu di ajar serentak semasa guru mengajar kemahiran yang diserap dalam mata pelajaran dijadikan fokus sampingan tetapi terancang. 3. Faktor-faktor yang berinspirasikan perkembangan isi pelajaran ialah : perkembangan isi pelajaran . 4 prinsip

Isi pelajaran : kandungan isi pelajaran yang telah ada di dalam sukatan pelajaran, kemudian di huraikan dalam sukatan pelajaran. Menyusun isi pelajaran :i) Isi pelajaran hendaklah sesuai dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai dalam sesuatu pengajaran. ii) Isi pelajaran hendaklah sesuai dengan sukatan pelajaran. iii) Isi bersesuaiain dengan peruntukan masa. Kriteria dalam Pemilihan isi pelajaran :i) Dipilih berdasarkan objektif yang ditentukan. ii) Berdasarkan pengetahuan sedia ada .iii) Sesuai dengan tahaap pencapaian murid. Prinsip dari mudah keapada susah : Isi kandugan yang akan disampaikan kepada murid-murid perlu ditingkatkan supaya yang mudah di dedahkan kepada pelajar sebelum yang susah di perkenalkan.

TOPIK 2 : STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM 1. Tiga Ciri-Ciri Pendekatan pendidikan Bersepadu : Gabungjalin : Guru merancang pengajaran mata pelajaran yang telah ditetapkan di samping itu guru menyelitkan dan menghubungkaitkan dengan mata pelajaran lain dalam bidang yang sama. Merentas kurikulum : Merancang secara sampingan mata pelajaran dalam bidang yang lain seperti mengajar mata pelajaran tauhid di bawah tajuk Allah itu ada, guru boleh mengaitkan dengan mata pelajaran geografi. Penyerapan : Iaitu penyerapan nilai , secara tidak langsung guru menyerapkannya semasa penyampaian mata pelajaran agama , dalam penyampaian mata pelajaran ibadah tajuk wudhuk contohnya guru menyerapkan nilai bersih, rajin sabar dsb. 2. Kesepaduan dalam pendidikan : Kesepaduan kurikulum :Iaitu sepadu atau cantum ilmu akal dan ilmu wahyu. Setiap individu paercaya akan mati , kematian di hubungkaitkan dengan kebangkitan semula dengan ada nya pembalajaran. Ini menunjukkan ilmu akal dan ilmu wahyu telah disepadukan. Kesepaduan Isi pelajaran : Menghubungkan isi pelajaran akademik atau fardhu kifayah dengan akidah, fiqh, sirah, ibadah dan akhlak. Kesepaduan kaedah pengajaran : Menggabungkan berbagai kaedah yang boleh disepadukan dalam satu-satu mata pelajaran dengan mengaitkan dan memperkukuhkan dengan ilmu wahyu.

3. Kebaikan dalam pendekatan induktif : Pendekatan induktif merangsang kebolehan mental dan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Memupuk sikap berdikari di kalangan pelajar dalam usaha mempelajari dan memahami sesuatu konsep Pelajar dapat belajar bagaimana menghadapi masalah , merancang strategi penyelesaian. 4. Empat Ciri pendekatan deduktif : Pembelajaran sentiasa mementingkan pengetahuan yang akan di perolihi Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan yang lebih kompleks sifatnya. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal. 5. Kebaikan pendekatan deduktif : Memudahkan tugas guru denga hanya mengemukakan prinsip asas. Menjimatkan masa guru dan pelajar. Pendekatan ini sesuai untuk pelajar yang tidak dapat membuktikan fakta-fakta dengan sendiri. Tidak ada risiko mendapatkan hasil yang salah. 6. Perbezaan Kaedah Pendekatan murid dan pendekatan guru dan pemusatan Bahan. Pemusatan pelajar : Pelajar aktif, pelajar di beri peluang yang secukup , guru sebagai pembimbing. Melibatkan murid secara aktif dan menyeluruh, guru sebagai fasilitator . Pemusatan Guru : Guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal aktiviti P&P . Kumunikasi sehala , guru memberi huraian dan penjelasan. Guru boleh menggunakan pelbagai BBM guru boleh mengemukakan soalan. Berpusatkan bahan (BBM) : bahan bantu mengajar . Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sebagai media pengajaran yang membantu guru dan pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

TOPIK 3 : PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM 1. Jelaskan empatprinsip-prinsip Perkembangan Isi pelajaran. Dan berikan maksud : i. Mudah kepada kompleks

Guru dapat mengekal dan menarik minat pelajar dalam pembelajaran dengan memberikan bahan-bahan yang senang terlebih dahulu dan mudah kemudian di ikuti dengan bahan yang kompleks dan susah.

ii.

iii.

iv.

v. vi.

Yang diketahui kepada yang tidak di ketahui Pengetahuan yang lepas pelajar berperanan sebagai asas yang membolehkan pengetahuan yang baru bergantung kepadanya. Maklumat guru tentang pengetahuan lepas akan dapat membantu menyusun strategi yang sesuai untuk menyampaikan pengetahuan yang baru. Konkrit kepada yang mujarrad Pelajar hendaklah terlebih dahulu di ajar perkara-perkara yang konkrit atau lebih dekat dengan kehidupan mereka sebelum di ajar kepada perkara-perkara yang lebih mujarrad atau lebih jauh daripada kehidupan mereka. Konkrit kepada yang abstrak Pelajar-pelajar perlu belajar untuk memahami idea-idea yang abstrak /tinggi. Untuk memudahkan memahaminya guru mestilah mengajar dengan berbagai kaedah dan aktiviti dan contoh yang konkrit/jelas dibantu dengan bahan bantu Mengajar bagi mencapai pemikiran yang tinggi/abstrak. Mengaitkan perkara-perkara yang mujarrad dengan perkara-perkara yang konkrit Keseluruhan kepada perkara-perkara yang tertentu dan sebaliknya.

TOPIK 4 : KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM 1. Jelaskan maksud kaedah perbincangan. Dan nyatakan 2 prinsip kaedah perbincangan. i. Kaedah perbincangan merupakan satu strategi pengajaran berbentuk perbualan dikalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan pelajar di beri peranan aktif untuk menyatakan pandangan dan pendapat . 2. Dua prinsip utama kaedah perbincangan : i. Kebebasan bersuara : Individu bebas bersuara untuk menyatakan pendapat kepada sesiapa sahaja yang menyertai perbincangan tersebut. ii. Mencari persefahaman : Setiap individu mencari kata sepakat berdasarkan kepada kefahaman masing-masing dengan saling berbincang dan mencari satu ketetapan terhadap sesuatu isu .

3. Empat langkah kaedah perbincangan : i. Merancang dan menentukan isu utama. ii. Memastikan setiap pelajar berpeluang memberi pendapat atau mengemukakan soalan. iii. Menggalakkan penilian secara objektif semasa idea berkenaan di kemukakan. iv. Merumuskan idea perbincangan tersebut. 4. Maksud kaedah syarahan. Kaedah syarahan merupakan kaedah yang berlaku apabila guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian , penjelasan. Ia merupakan satu bentuk penyampaian mengenai sesuatu isi pengajaran secara lisan. Ia berpusatkan guru . 5. Lima tujuan kaedah syarahan : i. Untuk merangsang pelajar meneruskan pembelajaran ii. Untuk membuat rumusan pelajaran. iii. Membuat penelitian dan ulangkaji. iv. Mengembangkan isi pelajaran v. Menyampaikan maklumat yang telah dirancang. 6. Lima langkah kaedah syarahan : i. Syarahan hendaklah diberikan pada masa yang sesuai. ii. Guru hendaklah menyampaikan syarahan yang ringkas. iii. Guru perlu menyampaikan syarahan dengan menggunakan intonasi suara yang sesuai. iv. Syarahan perlu di ikuti dengan ujian bertulis. v. Syarahan perlu digabungjalinkan dengan teknik-teknik seperti soal jawab , perbincangan dsb. 7. Kaedah tunjuk Cara : Kaedah ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemontrasikan .kaedah tunjuk cara ini melibatkan aktiviti penerangan, demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran dan penglihatan serta amali dan percubaan pelajar. kaedah ini lebih mengutamakan pemerhatian murid. Dalam pengajaran ibadah kaedah tunjuk cara amat sesuai kerana ia melibatkan ibadat-ibadat amali yang dilakukan. 8. Kaedah bercerita. i. Kaedah bercerita adalah satu teknik pengajaran dimana guru menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran dengan cara bercerita yang menarik dan menghiburkan. ii. Prinsip-Prinsip bercerita : Cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai.

Cerita mestilah menggunakan bahasa yang sesuai Plot cerita hendaklah teratur serta mempunyai permulaan dan kesudahan. Penyampaian mestilah menarik iii. Lima langkah kaedah bercerita dalam pengajaran sirah : Sebelum sesi bercerita : memilih cerita yang bersesuai dengan tema. Permulaan pengajaran : Menarik perhatian pelajar dengan menggunakan beberapa teknik set induksi mengemukakan persoalan. Semasa sesi bercerita : gaya dan nada suara sesuai . pandang semua pelajar. Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan. Selepas sesi bercerita ; Beri peluang kepada pelajar bertanya dan mengemukakan persoalan. 9. Maksud Kaedah talaqqi musyafahah dan maksud kaedah Tikrar (Ulangan). Talaqqi Musyafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka dimana murid menerima pengajaran dengan melihat pergerakan bibir guru dan mengikut bacaan guru. Kaedah tikrar atau ulanagn ini boleh kita samakan dengan kaedah latih tubi. Pendekatan kaeadah ini adalah melakukan pembacaan atau mengingati secara berulang kali.

TOPIK 5 : KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI 1. Kaedah pengajaran dan pembelajaran Suku Kata dan perkataan Jawi. i. Kaedah huruf : Kaedah huruf ialah kaedah yang mementingkan murid supaya mereka mengenal nama-nama huruf dan bunyi-bunyi huruf. ii. Kaedah mengeja : Kaedah mengeja ialah murid di kehendaki menyebut huruf dan mengeja serta menggabungkan suku kata-suku kata tersebut. Selain dari itu murid juga boleh mengeja terus sesuatu perkataan. iii. Kaedah bunyi : kaedah menyembunyikan suku kata dan menyambungkannya dengan suku kata yang lain. iv. Kaedah pandang sebut : Kaedah yang memerlukan bahan bantu mengajar atau gambar kerana kaedah ini dapat dilaksanakan dengan membunyikan perkataan melalui gambar atau cerita. 2. Maksud Perkataan berimbuhan dan pinjaman. i. Perkataan berimbuhan ialah perkataan yang dimasukkan kata imbuhan awalan, sisipan dan akhiran dan apitan dari kata dasar bagi sesuatu perkataan atau dinamakan juga sebagai kata terbitan.

ii.

Perkataan pinjaman ialah ialah perkataan yang di serapkan dari bahasa asing seperti bahasa Arab dan bahasa-bahasa Eropah.

3. Huraikan empat teknik pengajaran jawi : i. Tekni imla : Beberapa aktiviti imla yang boleh dilaksanakan oleh guru Menulis perkataan-perkataan , rangkai kata atau ayat-ayat yang di sebut oleh guru. Menulis perkataan-perkataan , rangkai kata atau ayat-ayat yang di perdengarkan melalui pita rakaman. ii. Tekni Menghafaz. : teknik mengingati kembali apa yang di pelajari dengan memikir dan menyebut sesuatu yang telah di pelajari secara berulang kali. iii. Tekni Latih tubi : Ialah satu cara mengajar dengan mengulang-ulang fakta atau sesuatu kecekapan yang di ajar.

TOPIK 6 : SUMBER PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM 1. Apakah Maklsud Sumber Pengajaran. i. Menurut Ikhsan (2006) Sember pengajaran merujuk kepada bahan bahan yang perlu di gunakan oleh guru bagi menggerakkan proses P&P kea rah mencapai objektif sesuatu P&P yang ditetapkan. ii. Menurut Jamaluddin (2000),Sumber pengajaran merujuk sumber pengajaran kepada teknologi pendidikan . Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu bahan bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Menurut Ikhsan (2005) Cara Murid belajar boleh di kategorikan : i. Melalui pembacaan daripada bahan-bahan bacaan ii. Mendengar pengalaman orang lain iii. Mengamati dan kemudian meniru sesuatu perbuatan iv. Melalui pengalaman langsung . 3. Lima Rasional menggunakan Sumber atau bahan dalam proses P&P i. Memotivasikan pelajar ii. Mengaitkan dengan kehidupan iii. Alat sokongan dan perkongsian iv. Memartabatkan profesion v. Mangurangkan kos. 4. Apakah matlamat dan faedah penggunaan sumber P&P i. Pelajar dapat menguasai konsep atau kemahiran tertentu yang di ajar oleh guru ii. Menggalak dan memperkukuhkan pembelajaran yang dilalui oleh pelajar.

5. Enam Kesan atau faedah menggunakan bahan-bahan sumber dalam proses P&P i. Menjadikan pendidikan lebih produktif ii. Pengajaran bersifat individual iii. Pengajaran berasaskan kajian saintifik iv. Pengajaran yang bersemangat dan bertenaga v. Pengajaran yang hampir kepada keadaan sebenar vi. Pendidikan yang lebih seimbang. 6. Jelaskan mengenai bahan bercetak dan bahan bukan cetak : i. Bahan cetak (Buku , akhbar, Majalah, buku bacaan, nota , peta, skrip , rencana, kertas . fotografi). ii. Bahan Bukan cetak : Perkakasan (Bukan Tayang (pelbagai jenis papan tulus) dan Audio visual (radio , television) . Perisian (Transprensi (OHP) , filem, , carta, slaid, filem jalur, Disket, CDrom). Bahan 3 Dimensi (Glob, replika, Model, Boneka, Drama, Radas, Diorama , permainan).

TOPIK 7 : PEMULIHAN DAN PENGAYAAN 1. Carta aliran pengajaran pemulihan Lihar Modul m.s. 135. 2. Empat langkah utama dalam menjalankan pengelolaan pengajaran pemulihan iaitu ; i. Penentuan objektif : Objektif yang hendak dicapai dalam pemulihan yang dijalankan di dalam kelas hendaklah sesuai dengan aras murid. ii. Perancangan : Merancang strategi yang sesuai . BBM, dan penglibatan aktif murid. iii. Pengajaran : Mengikutstrategi yang terpilih . Semasa murid lain melakukan aktiviti pengayaan atau latihan . Tempat yang sesuai iv. Penilaian : Pemerhatian soal jawab Latihan. 3. Jelaskan Strategi pengajaran pemulihan : i. Pengajaran individu : Membimbing murid secara individu kemahiran asas kawalan kelas yang baik. ii. Pengajaran kumpulan kecil : Masalah yang dihadapi murid adalah masalah yang sama - murid lain di beri tugasan ahli kumpulan perlu di tukar mengikut kelemahan.

Pengajaran rakan sebaya : Murid cerdas membantu murid lemah Murtid cerdas perlu dilatih dan diyakini kemahirannya. 4. Contoh bahan pemulihan : a) Kad huruf b) kad huruf berbentuk c) kad huruf timbul d) kad huruf bergambar e) kad padanan f) carta suku g) kad selit h) kad lipat i) kotak huruf. iii. 5. Maksud pengayaan : Pengayaan adalah satu aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu , semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.

6. Contoh Pengayaan bagi mata pelajaran Tilawah. Tilawah : Tajuk Surah al-Ikhlas (hafazan) objektif murid dapat menghafaz surah al-Ikhlas. Aktiviti : i. Guru memberi satu lembaran kerja yang mengandungi surah al-Ikhlas ii. Guru meminta murid untuk membariskan surah al-Ikhlas itu mengikut Rasm Uthmani. iii. Masa untuk menjalankan aktiviti di atas hendaklah di tetapkan.

TOPIK 8 : PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

1. Konsep /Maksud Pengujian, Pengukuran dan Penilaian i. Pengujian : Merujuk kepada teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Ia terdiri dari satu set soalan atau tugasan yang berkehandakkan murid memberi satu set tindak balas . ii. Pengukuran : Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru . Guru mungkin menggunakan alat pengukuran yang terdiri daripada ujian , soal selidik , senarai semak dsb. iii. Penilaian : Penilian ditakrifkan sebagai proses mentaksirkan perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif atau kualitatif. Ia melibatkan proses menentu, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna atau membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. 2. Nyatakan tujuan penilaian : i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. iii. Mengetahui keberkesanan pengajarannya.

iv. Merancang dan mengubahsuai pengajarannya. v. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta. 3. Nyatakan tiga perbezaan penilaian formatif dan penilaian sumatif Penilian formatif - Melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran satu bahagian pengajaran. - Keputusan yang diperolihi digunakan untuk memperbaiki pembelajaran bukan untuk memberi gred. - Objektif ujian formatif untuk mengesan kejayaan atau kegagalan pembelajaran murid. - Contoh penilaian formatif ialah seperti lembaran kerja dan ujian bulanan. Penilaian sumatif - Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian akhir semester atau akhir tahun. - Maklumat tentang perkembangan murid yang diperolihi dari semasa kesemasa melalui penilian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. - Penilaian dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. - Penilian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, dan SPM di kendalikan oleh lembaga peperiksaan. 4. Nyatakan komponen utama dalam merancang Jadual Penentuan Ujian (JPU). i. Paksi kandungan ; dalam paksi kandungan dicatatkan bahan yang diajar. Bahan itu boleh dicatatkan secara ringkas atau secara topik demi topik seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran. ii. Paksi Aras Kemahiran :Dalam paksi ini mengandungi objektif pengajaran yang merupakan perubahan tingkah laku dan kemahiran-kemahiran yang diharapkan pada tiap-tiap topik dalam paksi kandungan. iii. Paksi Pemberatan : Pemberatan adalah kaedah yang patut diberikan pada tiaptiap topik dan kemahiran. Untuk ujian pemberatan bilik darjah pemberatan bolehlah didasarkan kepada rasa penting terhadap sesuatu topik atau tajuk yang diajar. 5. Maksud Ujian objektif dan Ujian Subjektif i. Ujian objektif : Ujian ini dipanggil objektif kerana pemeriksa yang lain akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas jawapan objektif yang sama. jawapan adalah pendek . ii. Ujian Subjektif : ialahujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan calon memberi jawapan secara lisan atau bertulis. Jawapan calon mungkin bebas atau terhad. Sekiranya bebas, jawapan itu adalah dalam bentuk esei dan sekiaranya terhad ia mungkin merupakan satu ayat sahaja.

6. Nyatakan empat kelebihan dan tiga kelemahan ujian subjektif : i. Empat kelebihan : - Mudah untuk dibina atau ditadbir - Boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran. - Cara untuk mengetahui bagaimana seorang calon dapat menerangkan idea-idea nya. - Peluang untuk meneka jawapan adalah kurang. ii. Empat kelemahan - Unsur subjektif semasa pemarkahan akan mempengaruhi keesahan dan kebolehpercayaan ujian itu. - Hanya dapat meliputi bidang yang terhad kerana bilangan esei terbatas. - Pelaksanaan mengambil tenaga dan masa yang panjang. - Pemarkahan ujian esei mungkin di pengaruhi oleh faktor-faktor yang kurang relevan yang panjang atau pendek. 7. Nyatakan empat tujuan penilaian perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) i. Mengenalpasti murid yang lemah dalam kefahaman dan amalan PAFA. ii. Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam PAFA, 100% lulus. iii. Menimbul dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati dalam amalan kehidupan seharian. iv. Merangsang tanggungjawab guru untuk memastikan murid-murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan. 8. Jelaskan 4 cara pelaksanaan atau peraturan penilaian PAFA di sekolah : i. Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari tahun 1 hingga tahun 6 (UPSR). Tingkatan 1 hingga tingkatan 3 (PMR) dan tingkatan 4 hingga tingkatan 5 (SPM). ii. Penilaian akhir PAFA dijalankandalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilian Menengah Rendah (PMR) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). iii. Penilian PAFA dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah. iv. Penilaian dijalankan sendiri oleh guru Pendidikan Islam mengikut masa yang sesuai sebagai proses penilaian biasa .

TOPIK 9 : PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Nyatakan faktor faktor dalam Persediaan Rancangan Pengajaran. Faktor-Faktor Penerangan Objektif pelajaran Menepati kehendak sukatan pelajaran. Eksplisit, jelas, tepat, realistik

Pengetahuan sedia ada murid

Pengetahuan asas murid Pra syarat pembelajaran ilmu pengetahuan Kemahiran Kaedah Teknik Aktiviti Secara eksplisit unsur-unsur kemahiran berfikir Penulisan reflektif mengenai proses pengajaran dan pembelajaran.

Isi pelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran

Peneyebatian kemahiran berfikir Ulasan

2. Jelaskan kepentingan menyediakan RPH . Dan huraikan maksud kesesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. i. Kesesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan : Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bermatlamat kepada perkembangan sahsiah pelajar supaya seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta : - Percaya kepada Tuhan - Berilmu pengetahuan - Barakhlak mulia - Berketrampilan - Berkeupayaan memberi sumbangan Setia kepada negara. Menepati dengan sukatan pelajaran : Sukatan mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada empat bidang iaitu ; Asuhan Tilawah al-Quran (Membaca- menghafazmemahami) , Asas Ulum As Syariah (Aqidah- Ibadah dan sirah) Asas Akhlak Islamiah (Adab dan Akhlak Islam) , Pelajaran Jawi (Membaca dan menulis). iii. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran 3. Bagaimanakan anda hendak mengetahui tentang kriteria keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. AMS 2004. 185 OUM i. Tercapainya objektif pengajaran ii. Penyampaian isi secara sistematik dan lancar iii. Menggunakan bahasa yang berkesan iv. Penggunaan alat bantu mengajar v. Kaedah pengajaran berpusatkan murid vi. Penilian proses pengajaran dan pembebelajaran. 4. Nyatakan empat ciri pengajaran berkesan : Ahmad Mohd Salleh (2004) 186 OUM. ii.

i. ii. iii. iv.

Guru dapat menguasai kaedah pengajaran dan pembelajaran dan menggunakannya sesuai dengan objektif pengajaran. Guru dapat menguasai isi pelajaran dengan baik dan disampaikan dengan penuh yakin Guru berjaya menyampaikan pelajaran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan murid. Guru berjaya memotivasikan murid.

5. RPH : Tilawah al-Quran (ayat Kefahaman) CONTOH : Mata pelajaran : Tahun: Tarikh: Masa: Bilangan Pelajar: Bidang: Tajuk: Pengetahuan Sedia Ada: Hasil Pembelajaran : Aras 1 Aras 2 Aras 3 Kamehiran berfikir : Penerapan Bahan Bantu Mengajar: Format Rancangan Pengajaran haruian (RPH) Langkah Pendahuluan 1 minit Set Induksi 2/4minit Langkah 1 5/7 minit Langkah 2 7/9 minit Langkah 3 12/15 minit Penutup 5/5 Isi Pelajaran Doa Syahadah Aktiviti P&P Murid Guru Isi Guru Soalan Murid Tajuk Guru Isi Guru Soalan Penyampaian guru Isi gabungjalin Guru penyerapan Murid Isi Murid soalan Guru Isi Guru murid Penutup kognitif Penutup social Catatan

Nilai;

Kerja lanjuttan. Aplikasi Rancangan Pengajaran Pendidikan Islam Ruj Modul ms 192-193.

TOPIK 10 : PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM 1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran Mikro dan Penagjaran Makro. i. Pengajaran Mikro : Pengajaran Mikro di adakan sebagai simulasi bagi situasi sebenar dalam kelas biasa. Ia memperlihatkan kebolehan pelatih mempraktikkan kemahiranpengajaran yang diperolihi yang melibatkan kemahiran dan teknikteknik penyoalan , penerangan, penegasan, dan peneguhan serta variasi dalam pembukaan, perkembangan dan penutup pengajaran ii. Pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup.. 2. Grapik pera minda perinsip pengajaran Mikro dan Makro Prinsip-prinsip Pengajaran Mikro Pengajaran Makro Objektif Guru mempunyai satu atau dua Objektif lebih besar Pengajaran objektif yang hendak dicapai. Pembelajaran Jumlah pelajar Pelajar yang telibat antara 10-15 Pelajar lebihr amai satu kelas. orang Strategi Guru perlu mengguna satu atau Mempelbagaikan strategi dan pengajaran dua strategi atau teknik teknik pengajaran Jangka masa 5-20 minit Masa antara 35-45 minit pengajaran Bahan Guru tidak perlu menyampai Guru perlu menyampai pelajaran keseluruhan isi pelajaran keseluruhan isi pelajaran memadai dengan sebahagian isi pengajaran. Perbincangan Perlu di ikuti oleh sesi Penilaian kendiri di buat selepas dan refleksi perbincangan . Ada tiga pihak guru selesai melaksanakan terlibat ; guru, pelajar yang pengajaran. mengambil bahagian dan pensyarah. 3. Bincangkan matlamat pengajaran Mikro dan makro : i. Memberikeyakinan kepada guru : Setelah melalui sesi pengajaran mikro dan makro guru akan lebih yakin berhadapan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah.

Menguasai Kemahiran Mengajar : hasil pengajaran Mikro dan makro dapat mendedahkan para guru kepada beberapa jenis kemahiran mengajar, malah guru akan benar-benar menguasaikemahiran tersebut setelah berpengalaman untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran. iii. Mengenal pasti potensi guru : Setiap guru mempunyai potensinya sendiri, seperti memiliki suara yang jelas dan lantang Guru akan dapat mengetahui potensi yang ada pada diri masing-masing dan menggunakannya sebagai satu medium dalam sesi pengajaran & pembelajaran dengan sebaik mungkin. iv. Mengenal pasti potensi guru v. Mengenal pastikelemahan guru vi. Mewujudkan semangat kekitaan dan kerjasama 4. Huraikan setiap langkah dalam model ini. Merancang Mengajar Mengulas Merancang semula Mengajar semula Mengulas semula 5. Jelaskan 5 perkara yang perlu anda sediakan sebelum menjalankan pengajaran Mikro. i. Set Induksi : Satu kumpulan tindakan atau aktiviti untuk memperkenalkan sesuatu. Set induksi juga merupakan satu proses yang diperkenalkan pada peringkat permulaan pengajaran dengan tujuan menarik perhatian serta mendorong murid dalam P&P ii. Variasi Rangsangan : Tindakan guru yang dirancang atau yang berlaku secara sepontan untuk membentuk dan memastikan perhatian murid dalam sesuatu pelajaran dengan mengubah-ubah atau mempelbagaikan variasi dalam penyampaiannya. iii. Kemahiran menerang : Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat , konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid. iv. Kemahiran Menyoal : Teknik penyoalan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat permulaan kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid mengingat kembali pelajaran lepas. Pada peringkat perkembangan pengajaran ia digunakan untuk mencungkil pemikiran murid. Peringkat penutup ia digunakan untuk menilai pencapaian objektif. v. Kemahiran Penutup : Kemahiran ini adalah kemahiran menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti rumusan , pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian ini. Kemahiran penutup di gunakan untuk membantu murid mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja di

ii.

pelajari dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka. Komponen kemahiran penutup : i. Penutup kognitif : Membuat rumusan , mengulang isi penting. ii. Penutup social : Menimbulkan perasaan , memberi peneguhan , perasaan ingin tahu , motivasi. 6. Nyatakan lima prinsip kemahiran menerang : i. Perancangan bentuk penerangan yang sesuai. ii. Jangka masa menerang yang sesuai iii. Pemeringkatan/penyusunan idea iv. Penggunaan bahasa yang sesuai v. Berkait rapat dengan objektif pengajaran. 7. Huraikanempat komponen Kemahiran menerang. i. Arah permulaan : Penerangan guru perlulah ; menarik dan mengekalkan perhatian murid , membangkitkan kesediaan murid untuk belajar. ii. Kemahiran ilustrasi : Penggunaan contoh dan sumber pelajaran; Contohyang diberikan perlu mencukupi dengan isi pengajaran , contoh dan ilustrasi yang diberikan sesuai dengan umur pelajar. iii. Penyusunan idea : Penerangan mengenai sesuatu idea atau isiutama perlu di buat secara sistematik dan berperingkat ; idea dikembang secra teratur. iv. Penutup : Rumusan dan kesimpulan; isi-isi penting dinyatakan secara bertulis, isi penting di susun secara teratur. 8. Aspek-aspek yang diberikan perhatian dalam Rancangan Pengajaran Makro: Bahagian A o Maklumat guru pelatih o Maklumat murid (Bilangan , tahun dan jantina) o Tarikh /masa o Mata pelajaran o Tajuk/kemahiran o Pengetahuan sedia ada o Penggabungjalinan kemahiran o Penyerapan ilmuPenyerapan nilai o Hasil Pembelajaran o Sumber/Bahan bantu Mengajar BBM o Penyebatian KBKK Bahagian B o Pendahuluan o Set Induksi

o -

Perkembangan Langkah Langkah pertama Langkah kedua Langkah ketiga

o Penutup Bahagian C o o o o Catatan guru pelatih Refleksi Ulasan pensyarah penyelia Ulasan guru pembimbing.

SEKIAN.

DI SUSUN US HAJI AHMAD MOHD SALLEH.