fizik amali 2

Upload: aslina-awang

Post on 17-Feb-2018

275 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 fizik amali 2

    1/4

    1

    AMALI 2

    TAJUK : HABA

    TEORI : Muatan Haba Tentu

    Dalam Fizik muatan haba tentu, merupakan jumlah haba yang diperlukan untuk

    meningkatkan seunit suhu per unit jisim sesuatu bahan. Definisi muatan haba tentu

    yang lazim digunakan di dunia ialah jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk

    meningkatkan suhu 1 kg sesuatu bahan dengan 1 K.

    Ia juga merupakan kuantiti haba yang dibebaskan oleh 1 kg bahan itu apabila

    suhunya diturunkan sebanyak 1 K

    Unit S1 bagi muatan haba tentu ialah J kg-1 K-1

    Suatu konduktor haba yang baik memerlukan sedikit haba untuk menaikkan

    suhunya,maka muatan haba tentunya adalah rendah, contohnya muatan haba tentu

    kuprum, suatu konduktor haba yang lemah ialah 4200 J kg-1 K-1

    Muatan haba tentu , c sesuatu jasad hanya bergantung kepada jenis bahan

    kandungan jasad itu dan tidak bergantung pada jisimnya, m

    Muatan haba tentu bagi sejenis bahan, contohnya air,unsur kimia,sebatian dan lain-

    lain adalah tetap.

    TUJUAN :Untuk menentukan muatan haba tentu , c, kaca dengan menggunakan guli

    kaca.

  • 7/23/2019 fizik amali 2

    2/4

    2

    LANGKAH-LANGKAH:

    1. Masukkan 15 biji guli ke dalam bikar yang mengandungi air panas. Panaskan

    bikar ini sehingga airnya mendidih dan dibiarkan air itu mendidih sehingga

    eksperimen ini selesai.

    2. Sukatkan 50.0 cm3 air pili dan isikannya ke dalam bekas polistirena. Tentukan

    suhu awal 0 bagi air dalam bekas polisterina dan rekodkan nilainya dalam

    Jadual 1 yang telah disediakan

    3. Keluarkan satu biji guli kaca, N = 1,dari air yang sedang mendidih dengan

    menggunakan sudu plastik dan masukkan guli itu dengan segera ke dalam

    bekas polistirena seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 di atas.

    4. Kacau air dalam bekas polistirena secara perlahan-lahan dan tentukan suhu

    maksimum ,m yang dicapai oleh air itu. Rekodkan nilai

    m dalam Jadual 1.

    5. Tuangkan kesemua isi kandungan bekas polistirena ke dalam bekas plastik

    yang disediakan.

    6. Isikan semula 50.0 cm3 air pili yang baru ke dalam bekas polistirena. Ulangi

    prosedur di atas untuk mendapatkan nilai polistirena. o dan m bagi

    bilangan guli kaca panas, N, seperti berikut:

    N = 2, 3, 4, dan 57. Pastikan anda menggunakan 50.0 cm3 air pili yang baru bagi setiap ulangan.

  • 7/23/2019 fizik amali 2

    3/4

    3

    PEMERHATIAN

    Lengkapkan Jadual 1 dengan menghitung nilai:

    a = (m -o),k = (100 -m) dan

    N m/ C o/ C a/ C k/ C

    1 28 27 1 72

    =0.014

    2 30 27 3 70

    = 0.0433 31 27 4 69

    = 0.058

    4 32 27 5 68

    = 0.074

    5 34 27 7 66

    =0.106

    JADUAL 1

    Lukiskan satu graf

    melawan bilangan guli kaca, N, pada kertas graf

    sera tentukan kecerunan rbagi graf anda.

    Kecerunan r=

    =

    =

    = 0.023

    Jadi kecerunan r= 0.023

  • 7/23/2019 fizik amali 2

    4/4

    4

    Aplikasi bahan dengan muatan haba tentu rendah dan tinggi

    1. Bahan dengan muatan haba tentu rendah (konduktor haba yang baik)

    a. Logam digunakan untuk membuat badan peralatan rumah seperti

    seterika,cerek elektrik dan pelbagai lagi peralatan lain.

    b. Selain itu juga kuprum digunakan sebagai sirip-sirip penyejuk pada peti

    sejuk.

    2. Bahan dengan muatan haba tentu tinggi (konduktor haba yang lemah)

    a. Air digunakan sebagai agen penyejuk di dalam sistem enjin kereta dan

    sebagai enjin pemanas di dalam sistem pemanasan rumah di negara-

    negara yang beriklim sejuk.

    b. Bahan penebat yang baik digunakan untuk membuat pemegang alatan

    rumah seperti pemegang cerek.

    Langkah Berjaga-jaga

    1. Perlu sentiasa berhati-hati apabila mengeluarkan guli daripada bikar yang

    mengandungi air yang sedang mendidih.

    2. Semasa mengambil bacaan bebuli, termometer tidak boleh menyentuh dasarbekas (bikar)

    3. Pastikan sebelum bacaan diambil merkuri termometer tidak lagi bergerak dan

    kedudukan mata masih berada selari dengan aras meniskus merkuri.