13 status fungsi bhs melayu

Upload: fauziah-ali

Post on 13-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sjrah bhsa mlyu

TRANSCRIPT

  • 1.3 STATUS & FUNGSI

    BAHASA MELAYU

  • Bahasa adalah satu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh

    manusia secara arbitrari (sewenang-

    wenangnya) untuk menyampaikan fikiran,

    pendapat, dan perasaan.

    ( Edward Sapir , 1921 )

  • Suatu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota sesebuah

    masyarakat sebagai alat untuk berhubung,

    bekerjasama, dan bergotong-royong.

    ( Bloch and Trager )

  • Bahasa atau la langue sebagai satu gejala sosial yang dipunyai oleh seluruh

    masyarakat yang menggunakan bahasa.

    Manakala pertuturan atau la parole pula

    adalah penghasilan seseorang individu.

    ( Ferdinand de Saussure , 1959 )

  • Oleh itu, bahasa adalah berlainan dengan

    pertuturan kerana bahasa boleh

    melibatkan tulisan dan lisan, manakala

    pertuturan pula hanya melibatkan lisan

    sahaja.

  • Peranan Bahasa : Bahasa mempunyai fungsi yang pelbagai : Dalam konteks keanggotaan dalam masyarakat, bahasa

    berfungsi sebagai alat untuk menjamin dan mengekalkan hubungan di antara keanggotaan masyarakat tersebut.

    Dalam konteks sosial, bahasa digunakan sebagai alat

    untuk mengenal penerima dengan lebih mendalam. Misalnya, bagaimana ia bercakap dan apa yang

    dipercakapkan akan memberikan tanda-tanda dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya seperti sikap, pendirian, pekerjaannya, tempat asalnya, dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya.

  • 1.3.1 Bahasa Kebangsaan

    Bahasa yang diberi fungsi untuk menunjukkan identiti kebangsaan bagi sesebuah negara.

    Dipilih daripada salah sebuah bahasa tempatan

    atau peribumi yang telah lama digunakan sebagai alat perhubungan di kalangan penduduknya serta dapat menggambarkan ciri-ciri kebangsaan negera berkenaan.

  • Misalnya, bahasa Melayu di Malaysia diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan.

    Bahasa-bahasa lain tidak diiktiraf kerana tidak memperlihatkan identiti kebangsaan

    dan merupakan bahasa pendatang.

  • 1.3.2 Bahasa Rasmi

    Maksud RASMI urusan pemerintah dengan rakyat yang dikendalikan melalui

    penggunaan bahasa yang ditetapkan.

    Justeru, bahasa rasmi bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah

    negara terutamanya dalam urusan-urusan

    rasmi kerajaan.

  • Juga digunakan dalam sebaran am, media massa, borang permohonan, minit

    mesyuarat jabatan dsb.

    Tidak semestinya diambil daripada bahasa kebangsaan atau bahasa tempatan.

    Misalnya, di Malaysia atau Tanah Melayu, bahasa Inggeris pernah diberi status

    sebagai bahasa rasmi sebelum diambil

    alih oleh bahasa Melayu pada tahun 1967.

  • Di India, bahasa Inggeris masih diberi status sebagai bahasa rasmi untuk

    mengelak perbalahan kaum.

    Di Singapura, bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi tetapi bahasa

    kebangsaannya terdiri daripada bahasa

    Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina

    dan bahasa Tamil.

  • 1.3.3 Bahasa Perpaduan

    Bahasa yang digunakan sebagai alat untuk menyatukan rakyat yang berbilang

    kaum.

    Di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa yang berupaya untuk menjdi agen

    penyatuan masyarakat.

  • Bahasa Melayu melambangkan kedaulatan dan perpaduan negara kerana

    ia menjadi asas kebudayaan kebangsaan

    dan menyatupadukan rakyat.

    Satu kebudayaan kebangsaan dan bahasa kebangsaan pula sebagai

    lambang ekspresinya, maka perpaduan

    rakyat yang berbilang kaum dapat dicapai.

  • 1.3.4 Bahasa Ilmu

    Bahasa yang berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai

    alat menyampaikan ilmu pengetahuan

    moden, iaitu ilmu sains, teknologi,

    ekonomi, kejuruteraan, kedoktoran dan

    undang-undang, di samping sastera dan

    agama. di pusat-pusat pengajian.

  • Justeru itu, bahasa Melayu harus berfungsi sebagai bahasa akademik yang

    lengkap dengan laras-laras bahasa untuk

    memperkatakan pelbagai hal baharu

    dalam aneka bidang ilmu moden.

  • i. sebagai bahasa yang boleh mendokong

    perkembangan bangsa dalam segala

    lapangan dan membantu pembentukan

    dan perkembangan identiti kebangsaan.

    ii. sebagai alat komunikasi masyrakat serta

    sebagi alat perpaduan dalam negara

    berbilang bangsa dan agama.

    ( Dato Hj. Hassan Ahmad )

  • Ciri-ciri bahasa Ilmu : Keintelektualan bahasa : Keupayaan bahasa itu menyampaikan buah

    fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran;

    Dicapai melalui perbendaharaan kata. Ada dua cara keintelektualan perbendaharaan kata :

    i. Pengembangan perbendaharaan kata;

    ( lexical development ); ii. Penukaran bentuk dan corak

    perbendaharaan kata.

  • Kesempurnaan bahasa :

    Sifat-sifat yang menjadikan satu-satu bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan

    berkesan dalam situasi atau konteks

    penggunaannya;

    Bahasa yang sempurna adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan,

    kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan

    dan keindahan.

  • Renungan :

    Sejauh manakah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu:

    peringkat sekolah?;

    Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran?;

    bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar?;

    bahasa Melayu di maktab perguruan?;

    bahasa Melayu di peringkat universiti?;

    peristilahan bahasa Melayu?; dan

    penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu?

  • Bahasa Melayu Baku:

    BAKU : Mengikut kamus Dewan ( 1984 ),

    baku berasal daripada perkataan Jawa POKOK (basis), DASAR (principle) atau

    BENAR (true, accurate).

    Bahasa Baku bermaksud bahasa yang menjadi pokok, dasar atau yang benar.

    Juga dikenali sebagai bahasa standard.

  • Konsep Bahasa Melayu Baku:

    Satu bahasa yang sudah dikodofikasikan bentuknya, diterima dan berfungsi sebagai model atau norma untuk komuniti yang lebih luas.

    ( Garvin dan Mathiod )

    Satu ragam bahasa yang menunjukkan adanya keseragaman dalam bentuk dan fungsi.

    ( Einer Haugan )

  • KESIMPULAN

    bahasa baku adalah satu ragam bahasa yang seragam. Seragam dari aspek

    tatabahasa, ejaan, kamus (makna) dan

    sebutan.

    ATAU : bahasa baku bermaksud bahasa yang bersistem, teratur dan mempunyai

    sistem rujukan betul dan salah.