fiqh demokrasi dan pru 13

12
 FIQH DEMOKRASI DAN PRU13 MEMAHAMI FIQH DEMOKRASI DAN KAITANNYA DENGAN PRU13 Dr. Zulkifli Hasan (Exco Shariah Dan Kewangan Islam, ABIM) Pendahuluan  Ta r ikh PRU 13 masih la g i men ja di tand a t an y a. Ra k y at Mal ay sia hin g g a kini ter t un g g u- tung gu t arikh PRU 13 yang b akal m enentukan halatuju Negara. P RU13 m erupakan sebahagian daripada proses demokrasi. Ia bukan segalanya tetapi sangat signifikan kepada sesebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan sepatutnya dipandang serius kepentingannya oleh segenap lapisan masyarakat. Demokrasi sering kali dikaitkan dengan ideologi barat yang tidak boleh diterima dan diamalkan oleh sesetengah pihak. Hatta ada segelintir golongan yang menolak demokrasi secara total dan ada juga yang menganggapnya sebagai perbuatan m enyekut ukan Tuhan. Dalam konteks dun ia m asakini khu susnya setelah t erbinanya konsep negara bangsa, konsep demokrasi ini juga seharusnya difahami dengan makna yang lebih luas dan terbuka. Malahan, jika diteliti secara objektif, didapati kebanyakan negara maju dan negara-negara yang menguasai teknologi tinggi, berpengaruh, berkuasa dan terkehadapan adalah terdiri daripada negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Manakala negara yang tidak mengamalkan demokrasi termasuk negara yang melaksanakan Shari’ah adalah negara-negara yang mundur dan bermasalah. Keadaan atau fakta ini sahaja boleh menggambarkan secara tidak langsung pengaruh dan kesan demokrasi yang positif. Ulama kontemporari terutamanya ulama haraki secara umumnya menerima demokrasi sebagai salah satu wadah dan saluran untuk melaksanakan Islam sebagai satu gaya hidup. Demokrasi yang mengutamakan hak asasi, kebebasan dan keadilan adalah sama sekali tidak bercanggah dengan syariat Islam malahan ia sangat seiring dengan

Upload: angkatan-belia-islam-malaysia-abim

Post on 03-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7/28/2019 Fiqh Demokrasi Dan PRU 13

http://slidepdf.com/reader/full/fiqh-demokrasi-dan-pru-13 1/12

 FIQH DEMOKRASI DAN PRU13

MEMAHAMI FIQH DEMOKRASI DAN KAITANNYA DENGAN PRU13

Dr. Zulkifli Hasan (Exco Shariah Dan Kewangan Islam, ABIM)

Pendahuluan

 Tarikh PRU 13 masih lagi menjadi tanda tanya. Rakyat Malaysia hingga kini tertunggu-

tunggu tarikh PRU 13 yang bakal menentukan halatuju Negara. PRU13 merupakan

sebahagian daripada proses demokrasi. Ia bukan segalanya tetapi sangat signifikan

kepada sesebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan sepatutnyadipandang serius kepentingannya oleh segenap lapisan masyarakat.

Demokrasi sering kali dikaitkan dengan ideologi barat yang tidak boleh diterima dan

diamalkan oleh sesetengah pihak. Hatta ada segelintir golongan yang menolak

demokrasi secara total dan ada juga yang menganggapnya sebagai perbuatan

menyekutukan Tuhan. Dalam konteks dunia masakini khususnya setelah terbinanya

konsep negara bangsa, konsep demokrasi ini juga seharusnya difahami dengan makna

yang lebih luas dan terbuka. Malahan, jika diteliti secara objektif, didapati kebanyakan

negara maju dan negara-negara yang menguasai teknologi tinggi, berpengaruh,

berkuasa dan terkehadapan adalah terdiri daripada negara-negara yang mengamalkan

demokrasi. Manakala negara yang tidak mengamalkan demokrasi termasuk negara

yang melaksanakan Shari’ah adalah negara-negara yang mundur dan bermasalah.

Keadaan atau fakta ini sahaja boleh menggambarkan secara tidak langsung pengaruh

dan kesan demokrasi yang positif.

Ulama kontemporari terutamanya ulama haraki secara umumnya menerima demokrasi

sebagai salah satu wadah dan saluran untuk melaksanakan Islam sebagai satu gaya

hidup. Demokrasi yang mengutamakan hak asasi, kebebasan dan keadilan adalah

sama sekali tidak bercanggah dengan syariat Islam malahan ia sangat seiring dengan

7/28/2019 Fiqh Demokrasi Dan PRU 13

http://slidepdf.com/reader/full/fiqh-demokrasi-dan-pru-13 2/12

tuntutan maqasid Shari’ah. Bersesuaian dengan signifikannya isu ini, artikel ini

menghuraikan pandangan peribadi penulis mengenai konsep Demokrasi dalam Islam

dan menyentuh secara khusus aspek al Hurriyyah dan kaitannya dalam konteks amalan

politik di Malaysia. Penulisan ini tidak bermaksud untuk membincangkan secara

mendalam konsep demokrasi dalam Islam tetapi bermaksud untuk memperjelaskan

teras utama dan teori asas yang sewajarnya menjadi perhatian semua dalam

membincangkan topik ini.

Konsep Demokrasi

Penulis melihat demokrasi itu sebagai sesuatu yang progresif dan dinamik iaitu sistem

yang berpusatkan kepada kuasa rakyat atau ”al-sha`b masdar al-sultah (rakyat adalah

sumber kekuasaan)’ bagi menjamin hak-hak dan kebebasan. Dalam konteks demokrasi

Islam, ia lebih daripada sekadar hak dan kebebasan tetapi merujuk kepada amanah

menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Oleh kerana Islam meletakkan musyawarah

sebagai asas atau teras sama ada dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan sebagainya

maka penulis beranggapan bahawa demokrasi yang diamalkan pada waktu ini juga

menepati ciri-ciri syura ini dalam bentuk yang baru.

Dalam erti kata lain, demokrasi yang berstruktur dan bebas ini boleh juga dianggap

sebagai proses penginstitutian konsep syura dalam bentuk yang lebih segar, moden

dan sesuai dengan waqi’ moden. Walaupun diakui bahawa ada segelintir pihak

dikalangan gerakan Islam sendiri yang menolak demokrasi, namun penulis menerima

konsep demokrasi ini sebagai suatu perkara yang relevan malahan menepati kehendak

Shari’ah. Penulis menganggap bahawa prinsip-prinsip demokrasi yang bertepatan

dengan hak asasi manusia sesungguhnya juga terkandung dalam ajaran Islam, seperti

keadilan (‘adl), persamaan (musawah), musyawarah (syura) dan sebagainya.

Kebaikan dan Keburukan Sistem Demokrasi di Malaysia

Apabila membicarakan kebaikan dan keburukan sistem demokrasi di Malaysia, mahu

tidak mahu penulis ingin menyentuh daripada aspek budaya dan amalan politiknya.

Secara umumnya Malaysia mempunyai infrastruktur demokrasi yang baik seperti

7/28/2019 Fiqh Demokrasi Dan PRU 13

http://slidepdf.com/reader/full/fiqh-demokrasi-dan-pru-13 3/12

Suruhanjaya Pilihanraya, badan eksekutif, legislatif dan kehakiman yang dijamin oleh

Perlembagaan. Namun yang menjadi isunya di sini ialah dari aspek budaya dan

amalannya. Kebaikan dan keburukan sistem demokrasi ini bergantung kepada dua

aspek ini.

Sehingga kini, budaya dan amalan politik di Malaysia masih berteraskan kepada

sentimen perkauman dan peribadi. Bagi menjamin demokrasi yang lebih baik dan

bertepatan dengan prinsip Islam, Malaysia memerlukan tranformasi politik yang

berpaksikan ilmu dan etika. Penulis berpendapat sekiranya budaya dan amalan

demokrasi sedia ada di Malaysia ini tidak dihijrahkan atau ditransformasikan, maka kita

hanya akan terus-terusan mewarisi dan mengamalkan sistem demokrasi yang kurang

upaya dan natijahnya ialah implikasi keburukan itu pasti mengatasi apa sahaja

kebaikan yang ada.

 Al -Hurr iyyah (Kebebasan) dalam Politik Islam

 Al-Hurriyyah atau kebebasan merupakan salah satu daripada matlamat demokrasi.

Dalam isu ini penulis sangat tertarik untuk merujuk karya Sheikh Rashid Ghanoushi

bertajuk Al-Hurriyah al-‘Ammah fid-Dawlah al-Islamiyyah (Kebebasan Umum dalam

Negara Islam). Buku ini penulis anggap sebagai karya penting dalam wacana pemikiran

politik Islam kontemporari. Dalam buku ini, Sheikh Ghanoushi melihat demokrasi

sebagai natijah daripada proses dan perjuangan yang sangat panjang untuk

mendapatkan kebebasan dan hak. Kebebasan dan hak ini jugalah yang menjadi asas

kepada politik Islam. Islam secara jelas menjamin kebebasan. Hal ini juga diungkapkan

secara serius oleh Sheikh Rashid Ghanoushi dalam buku terbarunya bertajuk ”Al

Dimuqratiah wa al Huquq al insan fi al Islam” diterbitkan oleh Al J azeera Centre.

Dalam konteks realiti dunia masa kini, al hurriyyah atau kebebasan yang dijamin melalui

proses demokrasi yang berpaksikan ilmu dan etika itu merupakan unsur utama yang

mesti dicapai sebelum dapat meneruskan agenda menegakkan syiar Islam. Penulis

sangat yakin berdasarkan dalil yang sahih dan sejarah yang panjang bahawa Islam itu

hanya akan subur dan segar di mana sahaja al Hurriyyah itu didokong. Al hurriyyah

7/28/2019 Fiqh Demokrasi Dan PRU 13

http://slidepdf.com/reader/full/fiqh-demokrasi-dan-pru-13 4/12

yang penulis maksudkan di sini bukan bermakna kebebasan yang ditafsirkan

berdasarkan pendekatan sekular ataupun ’humanistic approach’ tetapi ia merujuk

kepada al Hurriyah yang didefinisikan oleh epistemologi Islam bersandarkan wahyu.

 Asal Usul Sistem demokrasi

Adalah tidak adil mengatakan bahawa demokrasi itu sepenuhnya berasal dari barat

bahkan menyatakan bahawa demokrasi itu suatu konsep yang boleh membawa

kesyirikan sepertimana yang difahami oleh segelintir umat Islam juga adalah tidak tepat.

Walaupun, demokrasi itu dipelopori oleh masyarakat barat tetapi harus difahami

kedinamikan sistem demokrasi yang ada pada hari ini. Ia telah melalui satu proses yang

amat panjang bahkan melibatkan pertumpahan darah, perang saudara, konflik agama,

krisis antara bangsawan dan rakyat dan sebagainya.

Sekiranya dilihat secara teliti, perjuangan untuk mendapatkan demokrasi itu merupakan

usaha suci rakyat semata-mata untuk mendapatkan kebebasan dan hak daripada

golongan penindas bahkan membebaskan mereka daripada sistem perhambaan secara

langsung atau tidak langsung. Ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam yang secara

 jelas menjamin kesamarataan hak dan kebebasan.

Pengaruh daripada ketinggian dan ketamadunan Islam yang hebat di zaman

pentadbiran Umayyah, Abasiyah, Uthmaniah dan Andalus yang sudah pasti terjaminnya

’al hurriyyah’ pada waktu itu juga, sangat memberikan kesan yang hebat kepada

tercetusnya gerakan kebangkitan di Eropah yang akhirnya menatijahkan demokrasi.

Penulis sangat yakin bahawa idea dan prinsip-prinsip demokrasi yang diperjuangkan

oleh masyarakat barat juga menerima pengaruh intelektual Islam dengan terbuktinya

karya-karya agung ilmuan Islam yang menjadi rujukan di barat.

7/28/2019 Fiqh Demokrasi Dan PRU 13

http://slidepdf.com/reader/full/fiqh-demokrasi-dan-pru-13 5/12

Fiqh Demokrasi dan Hubungan Dengan Bukan Islam

Bagi maksud perbincangan ini, penulis ingin mengutarakan beberapa konsep yang

perlu dijadikan dasar dan tasawwur sama ada di negara majoriti penduduk Islam dan

 juga di mana orang Islam adalah minoriti. Konsep ‘al Ukhuwat al Muwatinun’ dan ‘al

Ukhuwat al Insaniyyah’ yang dianjurkan oleh pemikir kontemporari seperti Yusuf al

Qaradhawi, Tariq Ramadhan, Fahmi Huwaidiy dan Muhammad Fathi Uthman perlu

dijadikan topik perbincangan dan diberikan ruang yang sewajarnya untuk dijadikan satu

pendekatan politik yang lebih segar dan berkesan khususnya dalam mengolah semula

konsep ukhuwah dan hubungan dengan bukan Islam.

Di antara isu yang hingga ke hari ini ditimbulkan ialah hak-hak kaum minoriti di

sesebuah negara yang majoritinya penduduk Islam dan ini termasuk Malaysia.

Hakikatnya, ramai yang mengklasifikasikan kaum minoriti bukan Islam ini sebagai ahlu

Zimmah. Menjelaskan konsep ahlu Zimmah dalam konteks masyarakat pada hari ini,

 Yusuf Al Qaradhawi di dalam bukunya ‘Al Din wa al Siyasah’ berpandangan bahawa

istilah ini lebih bersesuaian digantikan dengan ‘al Ukhuwat al Muwatinun’. Pandangan

ini amat bertepatan kerana istilah ahlu Zimmah ini asalnya terpakai kepada kaum

minoriti yang membayar jizyah untuk mendapat jaminan perlindungan manakala pada

hari ini kaum minoriti seperti di Malaysia adalah berbeza.

Istilah ‘al Ukhuwat al Muwatinun’ ini dilihat mampu memberikan tasawwur baru kepada

metod dan pendekatan politik kepada golongan bukan Islam. Siddiq Fadhil seorang

intelektual dan ulama haraki ini juga berpandangan bahawa konsep saudara senegara

adalah amat bertepatan dalam merujuk kaum minoriti bukan Islam di Malaysia. Beliau

memetik beberapa ayat Al-Qur’an yang tidak hanya menyebut persaudaraan

keagamaan (Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara) – al-Hujurat:10,

malahan ada juga persaudaraan setanahair seperti yang dirakamkan oleh Allah

Subanahuwata’ala di dalam beberapa ayat seperti (…akhuhum Nuh…) – al-Shu`ara’:

105, 106, (akhuhum Lut) al-Shu`ara’: 160,161, (akhuhum Hud) al-Shu`ara’: 124, dan

(akhuhum Salih ) al-Shu`ara’:1 42. Kata akhuhum dalam ayat-ayat ini secara jelas

member makna saudara. Malahan dalam aspek ini, Yusuf Al Qaradhawi mengesyorkan

7/28/2019 Fiqh Demokrasi Dan PRU 13

http://slidepdf.com/reader/full/fiqh-demokrasi-dan-pru-13 6/12

skim cukai yang sama rata ‘dharibah takaful’ dengan mengambil kira status sebagai

warga negara atau saudara senegara dan bukan lagi dalam bentuk jizyah. Ini disepakati

oleh Fahmi Huwaidi di dalam bukunya ‘Muwatinun la Dhimmiyun’ yang berpandangan

bahawa istilah ahlu zimmah ini perlu digantikan dengan istilah yang lebih tepat dalam

konteks negara bangsa.

Kerap kali menjadi topik hangat mengenai Islam mutakhir ini merujuk kepada isu

tohmahan ketidakupayaan syariat untuk melindungi hak-hak asasi manusia. Tohmahan

ini juga merupakan salah satu faktor menjadikan dakwah Islam dilihat tidak bersifat

universal dan sering mendapat salah tanggapan umum. Persepsi seperti ini boleh

diperbetulkan melalui konsep ’al Ukhuwat al Insaniyyah’ atau saudara sesama insan

yang dibicarakan dengan terperinci oleh Yusuf al Qaradhawi. Istilah ini bukanlah

perkara baru bahkan ia sebenarnya bertepatan dengan ruh ayat 70 surah al Isra yang

bermaksud ”Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam”.

Ayat ini dengan tegas mengatakan bahawa Allah memuliakan manusia dan mengiktiraf 

hak-hak asasi yang sebahagian besarnya adalah menjadi kewajipan setiap individu.

Melalui intipati ayat ini, kerajaan, parti-parti politik, institusi dan mana-mana gerakan

dakwah perlu memberi perhatian kepada pengutamaan dalam melindungi dan

memperjuangkan hak-hak asasi manusia agar dapat dilihat keuniversalan Islam itu

secara hakiki.

Hakikatnya, jika dihayati dasar-dasar dan perintah Allah di dalam al Quran dan sunnah

rasulNya, terlalu banyak nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang secara jelas menyentuh

kewajipan menjamin hak-hak asasi. Dalam aspek ini, Muhammad Fathi Uthman di

dalam bukunya ’Huquq al Insan baina al Shari’ah al Islamiyah wa al Fikri al Qanun al

Gharbi’ menyatakan bahawa Islam lebih unggul melindungi hak-hak asasi manusia

berbanding agama lain tidak kira sama ada ia bersifat peribadi, pemikiran, politik,

undang-undang, sosial dan ekonomi.

7/28/2019 Fiqh Demokrasi Dan PRU 13

http://slidepdf.com/reader/full/fiqh-demokrasi-dan-pru-13 7/12

Sehubungan dengan itu, parti-parti politik, gerakan dakwah Islam, institusi dan individu

boleh mengambil pendekatan yang lebih terbuka dengan mengambil kira nilai-nilai yang

bersifat universal. Gerakan dalam bentuk yang lebih universal ke arah menjamin

keharmonian dan kerukunan masyarakat merupakan pendekatan yang amat relevan

dalam konteks masyarakat masa kini.

Fiqh Demokrasi dan Tahaluf Siyasi

Antara perkara yang sehingga kini masih menjadi perdebatan ialah isu perkongsian

kuasa dengan bukan Islam atau dalam istilah tersohornya iaitu ‘tahaluf siyasi’. Ironinya,

di saat amalan politiknya sudah jelas termasuk di Malaysia bahawa sudah terlaksana

konsep perkongsian kuasa ini untuk sekian lamanya, masih ada segelintir umat Islam

yang kembali mempersoalkan keharusan ‘tahaluf siyasi’ ini. Hinggakan sudah ada

gerakan dan arus baru yang cuba mempengaruhi umat Islam menentang bentuk

perkongsian kuasa dengan bukan Islam walaupun dari segi fiqh waqi’nya adalah tidak

realistik.

Isu tahaluf siyasi ini sebenarnya boleh difahami dengan mudah sekiranya fiqh sirah itu

difahami secara menyeluruh ditambah dengan kefahaman konsep al ukhuwat al

muwatinun dan al ukhuwat al insaniyah yang dibicarakan diatas. Terdapat beberapa

peristiwa penting di mana Rasulullah mendapatkan khidmat orang bukan Islam

termasuk kisah Hifl al Fudhul dan amalan para pemerintah Islam terdahulu di mana

kesemua ini secara tidak langsung membuktikan keharusan untuk bertahaluf siyasi ini.

Antara bentuk ‘tahaluf siyasi’ yang paling awal dalam sejarah Islam ialah ketika

Rasulullah menganggotai Hilf al fudhul iaitu sebuah pakatan di kalangan orang-orang

musyrikin untuk memelihara keamanan dan melindungi golongan mustad`afin. Siddiq

Fadhil di dalam ucapannya semasa Konvensyen Wadah Percerdasan Umat menukilkan

peristiwa ini sebagai bukti jelas keharusan untuk bertahaluf siyasi ini. Malahan beliau

merujuk kepada hadith yang disabdakan oleh Rasulullah yang bermaksud “Andainya

sesudah Islam (sekarang ini) aku dipanggil untuk menyertai (pakatan) seperti itu lagi,

nescaya aku akan menyahutnya”.

7/28/2019 Fiqh Demokrasi Dan PRU 13

http://slidepdf.com/reader/full/fiqh-demokrasi-dan-pru-13 8/12

Kisah Hisham ibn Amr al Amiriy yang memperjudikan nyawa dan kehidupannya apabila

membantu Rasulullah dan keluarga ketika peristiwa pemulauan selama tiga tahun juga

mesti dijadikan rujukan dalam memahami isu ini. Hisham ibn Amr al Amiriy masih lagi

tidak beriman kepada Allah tetapi secara sukarela membantu Rasulullah atas dasar

kemanusiaan dan inilah yang dinamakan sebagai ‘al ukhuwat al insaniyah’. Ini diikuti

oleh kisah Abdullah Ibn Urayqith yang menjadi penunjuk jalan Rasululullah ketika

berhijrah ke Madinah. Abdullah Ibn Urayqith adalah orang bukan Islam dan Rasulullah

bersetuju dengan Abu Bakar al Siddiq untuk menggunakan khidmatnya dalam peristiwa

hijrah yang paling agung itu.

Mungkin penjelasan oleh Yusuf al Qaradhawi dalam bukunya Min Fiqh al Dawlah fi al

Islam mengenai isu ini adalah antara yang terbaik untuk dirujuk. Yusuf al Qaradhawi

menjelaskan bahawa isu memilih wakil rakyat tidak termasuk dalam bab imarah atau

wilayah malahan wakil rakyat bukanlah dianggap sebagai wali. Kedudukan ini

mengharuskan untuk umat Islam melantik wakil mereka dari kalangan bukan Islam.

Wakil rakyat hanyalah individu yang mewakili masyarakat dalam kawasan tertentu yang

bertanggungjawab untuk menyuarakan kepentingan rakyat dan tidak berautoriti untuk

menentukan hukum hakam sesuatu perkara.

Dalam konteks di Malaysia, wakil rakyat sama sekali tidak terlibat dalam menentukan

hukum hakam kerana bidangkuasanya hanya melibatkan hal ehwal masyarakat

setempat yang diwakilinya. Bukan itu sahaja, Yusuf al Qaradawi juga berpandangan

bahawa memberikan ruang orang bukan Islam untuk menganggotai majlis perwakilan

 juga adalah salah satu tuntutan untuk berlaku adil kepada semua.

Fiqh Intikhabat (Pilihanraya) dan Kewajipan Mengundi

Secara umumnya, masih ramai yang mengambil mudah tentang kewajipan mengundi.

Mungkin keadaan di Malaysia yang majoritinya Muslim antara faktor perkara ini diambil

mudah. Berbanding di Malaysia, kuasa undi Muslim di Negara majoriti orang bukan

Islam adalah sangat signifikan seperti di Eropah dan Amerika. Hinggakan ramai ulama

termasuk Rashid Ghanoushi yang mewajibkan umat Islam untuk mengundi walaupun

7/28/2019 Fiqh Demokrasi Dan PRU 13

http://slidepdf.com/reader/full/fiqh-demokrasi-dan-pru-13 9/12

calon yang dipilih itu bukan Islam. Dalam situasi ini, umat Islam adalah diperlukan untuk

mengundi calon yang kurang mafsadahnya sama ada kepada Muslim mahupun kepada

Islam itu sendiri.

Bagi membicarakan aspek ini, mengundi harus dilihat sebagai sesuatu yang lebih

daripada tanggungjawab sebagai warganegara. Kewajipan mengundi wakil rakyat

mahupun ahli parlimen perlu dianggap sebagai ibadah dan ianya sangat dekat dengan

konsep kesaksian. Dalam aspek ini, Yusuf al Qaradawi menekankan bahawa mengundi

itu merupakan salah satu bentuk penyaksian yang tidak boleh ditolak apabila sampai

masanya. Malahan tidak mengundi boleh dianggap sebagai menyembunyikan

penyaksian yang bertentangan dengan tuntutan Islam.

Amat menarik untuk meneliti pandangan Siddiq Fadhil dalam analisanya mengenai

konsep kesaksian dalam konteks pilihanraya ini. Beliau berpandangan bahawa

kesaksian melalui peti undi ini merujuk kepada “pernyataan sikap dan penilaian yang

 jujur terhadap kelayakan seseorang calon dan partinya, berdasarkan kriteria asas:

qawiyyun amin (kuat dan dapat dipercaya) dan hafizun `alim (berintegriti moral dan

berkompetensi intelektual)”. Dalam aspek ini, beliau juga menekankan kelayakan bukan

sahaja merujuk kepada calon yang ingin dipilih tetapi juga pengundi-pengundinya yang

harus memenuhi syarat kesaksian iaitu saksi yang adil (keadilan).

Secara ringkasnya, dapatlah difahami bahawa fiqh intikhabat ini menuntut umat Islam

untuk menyatakan penyaksian mereka kepada calon-calon pilihanraya yang layak

melalui tanggungjawab untuk membuang undi. Islam melihat mengundi bukan hanya

tanggungjawab sebagai warganegara tetapi ia merupakan ibadah dan kewajipan yang

mesti dilaksanakan bersesuaian dengan konsep kesaksian dalam Islam. Kegagalan

untuk menyatakan penyaksian ini melalui undi boleh dianggap sebagai salah satu

bentuk penyembunyian kesaksian yang dilarang dalam Islam. Bayangkan sekiranya

umat Islam cuai untuk melaksanakan kewajipan ini dan akhirnya calon yang dipilih

membawa mafsadah kepada agama dan Muslim itu sendiri, pada waktu itulah kita akan

memahami betapa pentingnya kesaksian ini dizahirkan melalui undi.

7/28/2019 Fiqh Demokrasi Dan PRU 13

http://slidepdf.com/reader/full/fiqh-demokrasi-dan-pru-13 10/12

Fiqh Demokrasi dan Demonstrasi Aman

Antara elemen fiqh siyasi yang dibicarakan secara mendalam oleh ramai fuqaha

kontemporari termasuk Yusuf al Qaradhawi, Rashid Ghanoushi, Tariq Ramadan dan

ramai lagi ialah keharusan untuk berdemonstrasi dan protes secara aman. Walaupun

telah ada fatwa yang melarang rakyat untuk berdemonstrasi bersandarkan hujah

bidaah, perbuatan yang terkeluar dari kaedah Islam, sadd al zarai’ dan lain-lain, penulis

sangat tertarik dengan metod Yusuf al Qaradhawi menyantuni pandangan ekstrim ini

dengan penuh berhemah. Dengan melihat fiqh waqi’ sesuai dengan perkembangan

dunia Islam, beliau mengambil pendekatan yang sangat dinamik dan pandangan beliau

ini adalah sangat signifikan dalam mempengaruhi gerakan kebangkitan Islam di dunia.

Amat menarik pandangan Yusuf al-Qaradhawi ini apabila beliau secara santai

menjawab tohmahan ini dan menolak pandangan yang menyatakan demonstrasi aman

ini adalah haram. Bagi menguatkan hujah ini, beliau memetik peristiwa Umar al Khattab

di awal pengIslamannya di dalam buku bertajuk ’Thaurah Shaab’. Beliau menukilkan

bagaimana Umar al Khattab meminta restu Rasulullah untuk menyatakan kebenaran di

 jalanan bersama-sama dengan beberapa sahabat yang lain. Rasulullah telah memberi

keizinan dan restu baginda dan sejurus itulah Umar al Khattab mengetuai sahabat-

sahabat yang lain berdemonstrasi secara aman menyatakan kebenaran di depan kaum

Musyrikin Mekah pada waktu itu. Peristiwa itu dirakamkan sebagai antara demonstrasi

 jalanan yang paling awal dalam sejarah Islam.

Keharusan berdemonstrasi aman ini bukan sahaja dapat dibuktikan melalui peristiwa

Umar al Khattab di atas malahan ia juga bersandarkan kepada kaedah usul fiqh dan

qawaid fiqh. Dengan menggunakan kaedah masalih mursalah, perantaraan mempunyai

hukum yang sama dengan tujuan, sadd al zarai’ dan dalil daripada al sunnah, adalah

boleh disimpulkan bahawa demonstrasi jalanan dan protes secara aman adalah harus.

Bahkan adalah berdosa besar kepada pihak berkuasa yang mencederakan

pendemonstrasi ini dan mereka dianggap sebagai golongan yang zalim dan bakal

menerima azab Allah.

7/28/2019 Fiqh Demokrasi Dan PRU 13

http://slidepdf.com/reader/full/fiqh-demokrasi-dan-pru-13 11/12

Penutup

Artikel ini secara ringkas memilih dan membicarakan beberapa isu berkaitan dengan

fiqh demokrasi dan kaitannya dengan PRU13. Isu-isu terpilih yang diketengahkan ini

adalah sangat relevan bagi memahami konsep demokrasi, pilihanraya, kewajipan

mengundi, hubungan dengan bukan Islam dan lain-lain bersesuaian dengan semangat

untuk melalui PRU13 yang bakal menjelang tiba.

Penulis merujuk kepada pandangan-pandangan ulama dan pemikir kontemporari yang

amat bersesuaian dan bertepatan dengan konteks semasa dan masyarakat setempat.

Fiqh demokrasi dan fiqh intikhabat ini perlu difahami secara jujur dan ikhlas oleh umat

Islam dan seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan. InsyaAllah, satu masa nanti umat

Islam akan dapat menyaksikan kebangkitan Islam yang pastinya akan menjadi rahmat

untuk sekalian alam.

Penulis akui bahawa sesuatu yang idealistik itu agak sukar untuk dicapai dalam masa

yang singkat bahkan perlu melalui perjalanan yang berliku-liku. Imam Hasan Al Banna

yang menubuhkan Ikhwanul Muslimin pada 1928, bibit kejayaannya hanya dapat

disaksikan ketika kejayaan Revolusi Tahrir pada 2011. Sebagai seorang Muslim,

warganegara Malaysia, sudah tentu penulis mengimpikan satu sistem politik demokrasi

Malaysia yang sihat dan beretika.

Bukan itu sahaja, penulis mengharapkan politik Malaysia satu hari nanti dibudayakan

dan disistemkan dengan politik berasaskan fakta, ilmu, kebenaran dan etika yang

semuanya ini bersandarkan kepada prinsip-prinsip Islam. Pada waktu itu, semua dasar,

polisi, perancangan dan agenda politik dipandu oleh rasa amanah dan tanggungjawab

atau taklif menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.

7/28/2019 Fiqh Demokrasi Dan PRU 13

http://slidepdf.com/reader/full/fiqh-demokrasi-dan-pru-13 12/12

Rujukan

Al Qaradhawi, Yusuf. (2012). Thaurah Shaab. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Al Qaradhawi, Yusuf. (2010). Aku dan Al Ikhwan al Muslimun (Terjemahan). Kuala

Lumpur: Mutiara Ilmu.

Al Qaradhawi, Yusuf. (2010). Al Watan wa al Muwatanah. Kaherah: Dar al Shuruq.

Al Qaradhawi, Yusuf. (1999). Min Fiqh al Dawlat fi al Islam. Kaherah: Dar al Shuruq

Bayat, Asef. (2010). Islam and Democracy: What is the Real Question?. Amsterdam:

Amsterdam University Press.

Ghanoushi, Rashid. (1993). Al-Hurriyah al-‘Ammah fid-Dawlah al-Islamiyyah. Beirut:

Markaz Dirasat al Wahdat al Arabiyah.

Ghanoushi, Rashid. (2012). Al Dimuqratiah wa al Huquq al Insan fi al Islam. Qatar: Al

 J azeera Center.

Huwaidiy, Fahmi. (1999). Al Islam Wa al Dimuqratiyyah. Kaherah : Al Ahram.

Huwaidiy, Fahmi. (1999). Muwatinun La Dhimmiyyun. Kaherah: Dar al Shuruq.

 J ohn L. Esposito, J ohn Obert Voll. (1996). Islam and Democracy. Oxford: Oxford

University Press.

Ramadhan, Tariq. (2001). Islam, the West, and the Challenge of Modernity. Leicester:

Islamic Foundation.

 Tamimi, Azzam. (1993). Rachid Ghannouchi: A Democrat Within Islamism. Oxford:

Oxford University Press.

Uthman, Muhammad Fathi. (2010). Huquq al Insan Bayn al Shari’ah al Islamiya wa al

Fikru al Qanuni al Gharbi. Kaherah: Dar al J amiah al J adidah.