kajian umcedel menepati keputusan pru-13

50
1 PENEMUAN UMcedel MENEPATI KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-13

Upload: umcedel

Post on 10-Jun-2015

1.399 views

Category:

News & Politics


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

1

PENEMUAN UMcedel

MENEPATI KEPUTUSAN

PILIHAN RAYA UMUM

KE-13

Page 2: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

2

Page 3: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA

(UMCEDEL) Ditubuhkan pada: 14 April 2010

Tel: 03-79675710

ANTARA KAJIAN/SURVEI YANG TELAH DILAKUKAN

Persepsi Masyarakat Terhadap Islam Hadhari dan Kesannya kepada PRU Ke-12. Persepsi Pengundi Muda di Selangor Pasca PRU Ke-12. Pilihan Raya Kecil Pematang Pauh, Ogos 2008. Isu Dan Pola Pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terenganu 2009. Persepsi Masyarakat Terhadap Parti Dan Kepimpinan PKR 2010. Persepsi Terhadap Politik Dan Pilihan Raya Di Negeri Perak Menjelang PRU Ke-13. Persepsi Terhadap Politik Dan Pilihan Raya Di Negeri Selangor Menjelang PRU Ke-13. Persepsi Terhadap Politik dan Pilihan Raya Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (Kajian pada 15 November hingga 1 Disember 2011).

Persepsi Pengundi Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (Kajian Pada 15 April hingga 31 Mei 2012).

Persepsi Pengundi Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (Kajian Pada 1 Septermber hingga 16 September 2012).

Persepsi Pengundi Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (Kajian Pada 26 September hingga 11 Januari 2013). Lanskap Politik Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (Kajian pada 4 Mac hingga 24 Mac 2013)

Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 Parlimen Temerloh (Kajian Pada 31 Mei hingga 2 Jun 2013). Sejak tahun 2008, UMCEDEL telah membuat survey yang dilakukan secara bersemuka melibatkan lebih 22,850 orang responden.

Sila lawati laman sesawang UMCEDEL

http://umcedel.um.edu.my 3

Page 4: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

MENGAPA UMcedel

DIKENALI?

4

Page 5: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

5

Page 6: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

6

Page 7: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

7

Page 8: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

8

Page 9: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

JEMPUTAN PENCERAMAH

9

ADVANCED LEADERSHIP AND MANAGEMENT (ALMP) siri 1-4

Page 10: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

SEMINAR DAN WACANA YANG

TELAH DIANJURKAN

MENYUBURKAN AMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA: PERANAN MAHASISWA

(14 APRIL 2010)

PERSIDANGAN KEBANGSAAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA: PROSPEKTIF & CABARAN MENJELANG PRU KE-13

(8 MAC 2011)

WACANA POLITIK DAN PERPESI SEMASA PENGUNDI MENJELANG PRU KE-13

(10 MEI 2012)

PASCA PRU KE-13: KE ARAH MANA POLITIK MALAYSIA

(16 MEI 2013)

10

Page 11: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

MENGAPA KAJIAN

UMcedel TIDAK BOLEH

DIPERTIKAIKAN

11

Page 12: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

CARTA ORGANISASI UMCEDEL

PENGARAH

Amer Saifude Ghazali

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman

TIMBALAN PENGARAH SETIAUSAHA

Dr. Rosmadi Fauzi

Page 13: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

FELO PENYELIDIK (TEMPATAN)

Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak

Prof. Dr. Danny Wong Tze-Ken

Prof. Dr. Azami Zaharim

Prof. Madya Dr. Kumaran Suberamaniam

Prof. Madya Dr. Bidin Yatim

Prof. Madya Dr. Abdul Latiff A Mohd Ibrahim

Prof. Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin

Prof. Madya Dr. Joseph Fernando

Page 14: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

FELO PENYELIDIK (TEMPATAN)

Dr. Surinderpal Kaur A/P Chanan Singh

Dr. Zulkanain Abdul Rahman

Dr. Suffian Mansor

Dr. Thock Ker Pong

Dr. Balakrishnan R. K. Suppaiah

Page 15: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

Prof. Dr. William Case Dr. Maung Zarni

Dr. Syeda Naushin Parnini

Page 16: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

• Buku

• Jurnal

• Monograf

16

Page 17: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13
Page 18: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

18

Page 19: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

19

Page 20: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

20

Page 21: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

21

ADAKAH KEPUTUSAN PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013 MEMANG SUDAH

DIJANGKAKAN?

Page 22: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

22

Page 23: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

23

Page 24: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

24

Page 25: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

25

9%

TIDAK PASTI

N=1407

KAJIAN PADA 3 APRIL 2013 – 20 APRIL 2013

SEMENANJUNG MALAYSIA

Page 26: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

26

53%

(5,035,611)

46%

(4,322.139)

LAIN-LAIN 1%

(89,986)

UNDI POPULAR PRU KE-13 DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Page 27: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

Overall Results (MALAYSIA)

5,237,986 (47.38%) 133 Parliaments

5,624,011 (50.87%) 89 Parliaments

Total Votes = 11,054,887

VS

VOTER TURNOUT (84.8%)

Page 28: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

28

Page 29: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

UMcedel Vs PRU ke-13 Terbukti kajian yang dilakukan oleh UMcedel menyamai keputusan PRU ke-13.

UMcedel telah menyatakan BN tidak mungkin berjaya mendapat mojoriti 2/3 dan jurang antara BN dan PR adalah terlalu dekat.

Kajian terakhir dilakukan pada hari pembubaran dan penamaan calon menunjukkan PR berjaya mengatasi BN. Walaupun kajian akhir ini menerima kritikan teruk tetapi begitulah pola sebenar pengundi dan terbukti apabila keputusan PRU ke-13 undi popular berpihak kepada PR.

Kajian Umcedel menunjukkan PR mendapat 48 peratus dan BN mendapat 43 peratus dan golongan tidak pasti hanya tinggal 9 peratus. Kajian ini hanya melibatkan semenanjung Malaysia tanpa melibatkan kajian di Sabah dan Sarawak yang tidak dapat dilaksanakan kerana masalah dari segi kos kewangan dan perhubungan.

Keputusan PRU ke-13 menunjukkan PR lebih popular daripada BN apabila PR mendapat 53 peratus undi popular di semenanjung dan BN mendapat 46 peratus. Manakala 1 peratus undi parti bebas.

Oleh yang demikian, kajian Umcedel menepati keputusan PRU ke-13 apabila perbezaan hanya 5 peratus untuk PR dan 3 peratus untuk BN.

Kaedah kajian Umcedel yang menggunakan pendekatan temubual secara bersemuka dan persampelan secara rawak membolehkan sampel responden terdiri daripada pelbagai latar belakang etnik, umur dan status mengundi adalah tepat untuk menggambarkan keseluruhan sokongan rakyat Malaysia.

29

Page 30: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

KAJIAN UMcedel BUKAN UNTUK BERPIHAK MANA-

MANA PARTI POLITIK

30

Page 31: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

BARISAN NASIONAL

31

Page 32: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

MINGGUAN MALAYSIA: 21/1/2012

BERITA HARIAN: 11/5/2012

DATUK SERI NAJIB TERUJA DENGAN KAJIAN UMcedel

32

Page 33: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

33

KUANTAN 21 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar selepas melancarkan program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di Tanjung Lumpur, di sini hari ini terpulanglah kepada tafsiran masing-masing sama ada pemberian pelbagai bentuk bantuan sejak kebelakangan ini khususnya BR1M menandakan PRU-13 semakin hampir. Sementara itu, berhubung kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang mendapati sebahagian besar daripada

2,559 responden percaya Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa, Najib berkata, beliau mengakui teruja dengan laporan itu dan percaya ia didorong oleh proses transformasi oleh kerajaan.

DATUK SERI NAJIB PERNAH TERUJA

DENGAN KAJIAN UMcedel

20 JANUARI 2012

Page 34: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

34

SIARAN TV THAILAND MERUJUK KAJIAN UMcedel

Page 35: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

35

Datuk Seri Najib Bidas Kajian UMcedel: 28 April 2013

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak bersetuju dengan tinjauan oleh satu jabatan dalam Universiti Malaya yang menyebut beliau

berada empat mata di belakang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tidak bersetuju dengan tinjauan itu, kami ada tinjauan sendiri.

Tinjauan saya menunjukkan kami mendahului,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyertai satu jamuan bersama 1,000 penduduk di Rawang, Selangor.

DATUK SERI NAJIB DATUK SERI ANWAR

Page 36: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

36

PM tak setuju tinjauan Umcedel, yakin BN menang PRU13 28 April 2013 RAWANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan sebagai karut satu tinjauan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), dan menegaskan beliau yakin Barisan Nasional (BN) berada di laluan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Najib berkata beliau tidak setuju dengan kajian Umcedel itu yang menunjukkan beliau berada empat mata di belakang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri. "Saya tidak setuju dengan tinjauan itu (oleh Umcedel). Kami ada tinjauan kami sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami (BN) berada di hadapan. "Saya yakin kita boleh memenangi PRU13," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru Sungai Terentang di sini hari ini. Najib mengulas tinjauan itu dibuat awal April melibatkan 1,407 responden yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Tinjauan itu menunjukkan 43 peratus pengundi berpendapat Anwar layak jadi perdana menteri sementara 24 peratus tidak setuju dan selebihnya tidak pasti. Sementara bagi Najib, 39 peratus pengundi berkata beliau layak menjadi perdana menteri sementara 31 peratus tidak setuju dan 30 peratus selebihnya tidak pasti. - Bernama

Page 37: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

37

Penganalisis: Kajian Umcedel tidak gambarkan aspirasi rakyat 26 April 2013

KUALA LUMPUR - Kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim calon popular untuk menjadi perdana menteri, tidak menggambarkan aspirasi keseluruhan rakyat dan pengundi. Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Dr Azmi Hassan menegaskan hasil kaji selidik itu tidak mewakili aspirasi 28 juta rakyat negara ini serta 13.2 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini. "Kalau berdasarkan jumlah pengundi yang layak mengundi pada PRU13 ini, kaji selidik itu terlalu kecil kerana responden hanya 0.010 peratus daripada jumlah pengundi," katanya ketika dihubungi Bernama. Kaji selidik itu yang dilaporkan beberapa portal berita, hanya melibatkan 1,407 responden sahaja berbanding lebih 13 juta pengundi. Kaji selidik itu tidak menyatakan kaedah kaji selidik, profil responden serta lokasi kaji selidik. Sambil menegaskan hasil kaji selidik itu tidak logik dan rakyat tidak harus mempercayainya, Dr Azmi menarik perhatian pergolakan dalam pembangkang sendiri jelas mencerminkan ia tidak layak menjadi pemerintah. Sentimen Dr Azmi turut dikongsi Penyandang Kursi Pengajian Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Datuk Dr Zainal Kling yang berkata kaji selidik itu tidak sekali-kali melambangkan pandangan keseluruhan rakyat mahupun bayangan pola pengundian kelak. "Ianya boleh dipersoalkan termasuk dari segi kaedah, individu yang terlibat di dalam kaji selidik itu dan tidak mustahil pembangkang ada meletakkan orang mereka di dalam institusi yang membuat kajian tersebut," katanya kepada Bernama. Beliau juga berkata tidak mustahil ini antara taktik pembangkang untuk mengalih perhatian umum daripada kemelut yang dihadapi mereka ketika ini seperti percanggahan pendirian berhubung pelaksanaan hukum hudud, klip video seks melibatkan individu yang mirip pemimpin pembangkang serta masalah calon bertindih dalam PRU13. "Macam-macam mereka buat. Inilah antara perang psikologi mereka kerana moral mereka telah jatuh ketika ini," katanya. Zainal tidak menolak kemungkinan akan ada lagi cubaan licik mereka untuk meraih simpati pengundi dan berkata pastinya BN perlu bersiap sedia untuk 'melawan' perang psikologi tersebut. Hasil kaji selidik itu turut dipertikai penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Zainal Abidin Borhan yang menegaskan ia tidak memberikan gambaran tepat mengenai keadaan semasa. "Setiap penyelidikan ada kaedah dan kita nak tahu kaedah bagaimana yang digunakan sama ada temu bual melalui telefon, e-mel atau bersemuka. Kita juga nak tahu adakah jumlah yang terlibat hanya daripada Universiti Malaya ataupun termasuk orang luar," soalnya. "Biarlah 5 Mei ini menjadi penentu," katanya. - Bernama

Page 38: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

38

Page 39: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

39

Page 40: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

40

Page 41: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

41

Kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) dipertikaikan ramai pihak, terutamanya daripada kalangan golongan intelektual di negara ini. Pertikaian itu dari sudut ‘TIMING‘, jumlah PERSAMPELAN dan NIAT pengendali UMCEDEL itu. Profesor Dr Azmi Hassan, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempertikaikan dari sudut jumlah persampelan yang tidak mewakili aspirasi 28 juta rakyat negara ini serta 13.2 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini. “Kalau berdasarkan jumlah pengundi yang layak mengundi pada PRU13 ini, kaji selidik itu terlalu kecil kerana responden hanya 0.010 peratus daripada jumlah pengundi,” - Profesor Dr Azmi Hassan. Fakta yang PALING MEMALUKAN ... 1) Sebahagian BESAR borang kajiselidik telah diisi oleh PELAJAR-PELAJAR di dalam dewan kuliah sahaja. 2) Sampel kajian juga tidak menyeluruh kerana ia lebih MENSASARKAN golongan pelajar yang MENYOKONG Anwar Ibrahim. 3) Sampel yang mengambilkira PELAJAR-PELAJAR SEMENANJUNG sahaja juga TIDAK mencerminkan kajian yang menyeluruh.

Page 42: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

PAKATAN RAKYAT

42

Page 43: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

43

Page 44: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

44

Pas yakin kedudukannya di Kelantan tidak tergugat Wartawan Sinar Harian 28 September 2012 KOTA BHARU- Pas Kelantan tidak bersetuju dengan penemuan Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaya (Umcedel) yang membayangkan kuasa parti itu berhadapan dengan 'risiko' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, hal ini kerana berdasarkan kaji selidik yang dilakukan parti tersebut masih tetap berkuasa di Kelantan dan belum tentu Barisan Nasional (BN) akan merampas pemerintahan Pas di negeri ini. Menurutnya, berdasarkan kajian yang dijalankan sehingga kini peratusan sokongan rakyat terhadap Pas tidak menunjukkan sebarang penurunan malah penyokong tetap bersama dengan parti. “Kita menghormati kajian tersebut tetapi kita juga mengadakan kajian sendiri, setakat ini Alhamdulillah pengaruh Pas di negeri ini masih kuat, rakyat masih bersama kita. “Namun, tanggapan mengenai trend sokongan ini kita jadikannya sebagai satu peringatan dan motivasi untuk meningkatkan gerak kerja jentera bagi memastikan BN tidak boleh merampas Kelantan,” katanya kepada media semalam mengulas kajian Umcedel yang menunjukkan sokongan BN di Kelantan positif. Terdahulu beliau merasmikan Seminar Media Baru dan Pengendaliannya Menurut Perspektif Islam serta Pelancaran E-Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) sempena Karnival Mahabbah IKIMfm di sini, semalam. Kajian tersebut menunjukkan peratusan jangkaan memihak kepada BN di Kelantan bertambah daripada 27 peratus pada Mac-April lalu kepada 32 peratus bulan ini. Bagaimanapun sokongan jangkaan kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas, yang mentadbir Kerajaan Negeri, susut tiga mata daripada 44 peratus kepada 41 peratus sepanjang tempoh itu. Dalam pada itu kelmarin Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin juga tidak menganggap hasil kajian itu memberi kelebihan kepada parti, sebaliknya mereka akan tetap menggembleng tenaga untuk memastikan hasrat merampas Kelantan berjaya.

Page 45: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

45

SINAR HARIAN PKR bersikap positif kajian Umcedel Saifuddin Nasution 28 April 2013 PKR berasa bangga dengan angka survei dari Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menunjukkan bahawa usaha berterusan parti untuk menjanakan perubahan yang bermakna kini menjadi kenyataan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebetulnya tidak menolak dan memandang rendah hasil kajian pendapat umum Umcedel. Sebaliknya, beliau patut menghormati hasil kajian tersebut yang dijanakan oleh sebuah badan akademik Universiti Malaya, institusi pengajian tinggi yang terunggul di Malaysia. Lagipun, Najib telah memuji Umcedel pada Jun 2012 apabila hasil kajian pendapat umum Umcedel memihak kepada pihak BN. Kajian pendapat umum apabila dikendalikan secara professional dan berpandukan metodologi amalan terbaik merupakan barometer yang releven dan boleh dipercayai. Namun, kami akan menghormati keputusan pilihanraya seperti yang diputuskan oleh rakyat pada 5 Mei. Pihak kami berasa bangga dan rendah hati bahawa 43 peratus orang Malaysia yang ditemubual antara April 3-20 (yang mencerminkan hampir separuh penduduk negara) percaya kepada kebolehan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri berbanding angka 39 peratus untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Adalah menggembirakan bahawa 54 peratus daripada pihak orang Melayu yang ditemubual yakin kepada Datuk Seri Anwar. Hal ini jelas menafikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai sokongan di kalangan orang Melayu. Pakatan Rakyat kini berjaya meraih sokongan daripada semua sektor dan komuniti. Pihak kami akan berpegang teguh kepada kepercayaan rakyat dan berjanji akan berkempen bersungguh-sungguh sehingga hari pengundian. Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR

Page 46: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

46

Umcedel: Pengundi cenderung pilih Anwar jadi PM SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

25 April 2013 KUALA LUMPUR - Populariti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi Datuk Seri Najib Tun Razak dari aspek siapa lebih layak jadi perdana menteri kali ini, demikian menurut hasil kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel). Kajian membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon. "Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman. Baki adalah mereka yang tidak pasti pendirian. "Populariti Anwar ini meningkat apabila beliau memulakan siri jelajah ke seluruh negara," ujar beliau. Menurut hasil kajian itu lagi katanya, 54 peratus daripada pengundi Melayu turut memilih Anwar sebagai perdana menteri manakala 34 peratus pula memilih Najib. Anwar turut popular di kalangan pengundi kali pertama yang cenderung memilih beliau sebagai perdana menteri. Berdasarkan hasil kajian yang membabitkan pelbagai latar belakang umur, kaum, pekerjaan dan pendidikan itu di Semenanjung Malaysia, Najib mengungguli aspek pemimpin yang rapat dan mesra pengundi atau rakyat. Sementara kajian membabitkan manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) pula menunjukkan kecenderungan pengundi lebih kepada manifesto pembangkang. "Manifesto yang diterima rakyat, BN 38 peratus, PR 42 peratus sementara 22 peratus tidak pasti," kata Mohammad Redzuan. Kajian itu juga menunjukkan 61 peratus pengundi Cina percaya kepada manifesto PR. Kajian Umcedel turut meliputi sama ada isu politik semasa seperti video seks turut mempengaruhi pengundi untuk memilih mana-mana parti politik menunjukkan 62 peratus daripada mereka merasakan ia tidak memberi sebarang kesan. Sebanyak 11 peratus menyatakan "ya" manakala 27 peratus lagi mengatakan "tidak pasti" sama ada ia memberi kesan atau mempengaruhi mereka. Kajian juga menunjukkan 39 peratus mengatakan video seks ini adalah propaganda Umno sebagai gimik pilihan raya, 22 peratus mengatakan tidak, sementara 39 peratus lagi tidak pasti. "Kajian terbaru kita menunjukkan pengundi Cina sudah membuat pilihan berbanding orang Melayu," katanya. Menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini sebagai sengit, kedua-dua parti popular, BN dan PR katanya, hanya dipisahkan oleh lima peratus dan 10 hari yang terakhir ini adalah peluang untuk merebut hati pengundi. "Peratusan pengundi atas pagar telah menurun daripada 21 peratus pada Mac kepada sembilan peratus pada bulan ini. "Kita lihat pengundi Cina, yang sebelum ini majoriti pengundi atas pagar, sudah membuat keputusan siapa yang akan mereka undi," ujar beliau. Namun katanya, hari-hari terakhir akan memberikan impak besar sama seperti pada Mac 2008. "Dalam konteks pilihan raya di Malaysia, apa-apa pun boleh berlaku. Dalam 10 hari ini macam-macam boleh berlaku," kata beliau..

Page 47: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

47

Mohammad Redzuan Othman UMCEDEL Sepatutnya Lepaskan Jawatan dan Jadi P.A Anwar Ibrahim Posted On 14 Feb, 2013 –

Dalam jangkamasa yang terdekat dan terlalu hampir dengan PRU13, banyak pihak yang mulai memperlihatkan kecenderungan terutama untuk membantu pihak yang disokong. Mereka yang ada nama, berjawatan mahupun yang berselindung di sebalik pelbagai agensi, entiti atau persatuan akan mempergunakan apa yang mereka ada semaksima mungkin demi tujuan berkenaan. Menariknya, golongan yang seringkali menggelarkan diri mereka sebagai ahli akademik mempunyai pendekatan yang lebih bombastik dan kelihatan seperti sangat bijak walaupun pada masa yang sama, ia sebenarnya bersifat tidak pijak tanah. Salah seorang daripada ahli akademik yang dimaksudkan adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman dari UMCEDEL (Pusat Pilihanraya dan Demokrasi Universiti Malaya). Dia juga merupakan bekas Setiausaha Agung PMIUM dan orang tengah yang membawa Nurul Izzah dan ramai pemimpin PKR ke dalam aktiviti Universiti Malaya. Malah dia juga merupakan orang perantaraan antara Naib Canselor UM dengan Anwar Ibrahim. Pada 19 Februari nanti, dari jam 8:30 pagi sehingga 5:30 petang, Redzuan Othman telah menggerakkan promosi besar-besaran untuk Pakatan Rakyat dengan menggunakan UMCEDEL dengan membuat pembentangan ‘SEMINAR POLITIK DAN PILIHANRAYA MENJELANG PILIHANRAYA UMUM KE-13′ yang diadakan di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Dia sendiri akan membuat pembentangan yang bertajuk, ‘SOSIO-POLITIK PRA PRU’ dari jam 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi. Pembentangan kedua akan dilakukan oleh STEVEN GAN dari Malaysiakini, ZULKIFLI SULONG dari Harakah Daily dan JALIL ALI dari Sinar Harian. Tajuk pembentangan adalah ‘HARAPAN BN DAN PR DALAM PRU KE-13′ dan pembentangan akan dilakukan dari jam 10:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Selepas dua pembentangan yang sah-sah sangat berpihak kepada Pakatan Rakyat itu, sebuah forum pula akan diadakan. Tajuk forum adalah KECEMERLANGAN BN ATAU PR? dari jam 2:30 petang sehingga 5:00 petang. Ahli panel forum adalah YB Kamalanathan dari MIC, YB Nurul Izzah dari PKR dan Husam Musa dari PAS. Ahli panel keempat sepatutnya dari Barisan Nasional tetapi belum lagi dinamakan calonnya. Barangkali elok juga kalau dipanggil Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi atau lebih dikenali dengan frasa POLITIK BARU, merangkap Ahli Parlimen Temerloh yang sangat tidak peduli dengan kebajikan rakyat yang diwakilinya dalam kawasan Parlimen sendiri, sebagai calon keempat. Apatah lagi Saifuddin Abdullah juga merupakan salah seorang penyokong Anwar Ibrahim yang sangat tegar tetapi masih enggan melepaskan semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional tetapi tidak pernah menyorokkan sokongannya kepada Anwar Ibrahim dan PKR.. Tiada biazanya antara Mohammad Redzuan Othman dengan Saifuddin Abdullah. Kedua-duanya mempergunakan jawatan yang disandang untuk kepentingan pihak yang mereka sokong iaitu Anwar Ibrahim dan PKR. Apatah lagi, Saifuddin Abdullah merupakan salah seorang calon dari UMNO-BN yang hendak melompat masuk Pakatan dalam DRAMA 16 SEPTEMBER 2008. Pun begitu, selepas kegagalan drama fantasi tersebut, Saifuddin Abdullah tidak langsung membayangkan mahu melepaskan semua jawatan yang disandangnya dan masuk PKR secara rasmi. Apa yang dimusykilkan, mengapa tiada satu pun wakil media cetak yang menyokong Barisan Nasional dijemput oleh UMCEDEL untuk membuat pembentangan. Sebaliknya yang dijemput cumalah wakil dari media-media yang memang nyata menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali PKR. Walaupun YB Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor diletakkan sebagai salah seorang panel, namun berdasarkan kepada hierarki dan senioriti, sepatutnya UMCEDEL menjemput tokoh-tokoh pimpinan dari UMNO memandangkan UMNO lebih dominan berbanding MIC. Malah dalam banyak gerak kerja yang dilakukan Barisan Nasional, UMNO yang kelihatan lebih banyak bergerak berbanding MIC yang masih lagi dalam proses cantas-mencantas dengan Presidennya sendiri berebut tempat di Cameron Highland, kerusi yang dianggap paling selamat untuk MIC. Redzuan Othman semakin mengesahkan bahawa Universiti Malaya sudah pun menjadi sarang untuk PKR memanjangkan hayat, terutama di kalangan mahasiswa dan generasi muda. Dan tidak hairan jugalah mengapa status akademik Universiti Malaya menjunam teruk sepertimana menjunamnya moraliti Anwar Ibrahim!

Page 48: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

UMcedel TIDAK SEPERTI PENGKAJI

POLITIK LAIN

48

Page 49: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

49

RESPON KEPADA SINAR HARIAN ONLINE PADA 27 APRIL 2013

Nota ini merujuk kepada pandangan beberapa orang penganalisis politik berkaitan dengan hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh

UMCEDEL berkaitan pilihan pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang disiarkan dalam www.sinarharian.com.my online pada 27 April

2013.

Hasil kaji selidik ini telah dihebahkan semasa persidangan akhbar pada 25 April 2013 di Universiti Malaya yang telah dihadiri oleh pemberita

daripada dalam dan luar negara termasuk beberapa orang diplomat antarabangsa. Kesempatan juga telah diberikan kepada wartawan dan diplomat

untuk mengemukakan persoalan dan meneliti lebih lanjut kajian yang kami jalankan.

Beberapa penjelasan kepada kajian tersebut:

1. Berlaku kekeliruan berkaitan istilah populasi dan sampel. Populasi merujuk kepada keseluruhan komponen samada jumlah penduduk negara

atau jumlah pengundi. Sementara sampel adalah sebahagian komponen yang akan mewakili keseluruhan populasi. Standard dan prosedur statistik

yang menjadi amalan kajian di peringkat tempatan dan antarabangsa adalah mendapatkan sampel. Contoh yang paling mudah, doktor tidak perlu

mendapatkan sebahagian besar atau kesemua darah pesakit untuk mengetahui penyakit namun hanya cukup dengan setitik darah sahaja.

2. Pemilihan responden seramai 1407 adalah mewakili keseluruhan komponen pengundi berdasarkan pecahan etnik, jantina, struktur umur, lokasi

tempat tinggal, status pekerjaaan dan pendidikan. Sampel yang dipilih adalah responden yang telah mendaftar sebagai pengundi dan pernah

mengundi dalam pilihan raya. Jumlah sampel tersebut adalah standard sampel yang digunakan oleh badan penyelidik antarabangsa seperti MORI,

YouGov dan Gallup. Malah beberapa badan penyelidik akademik serantau seperti Election Study Center di National Chengchi Universiti di

Taiwan, Lembaga Survey dan Lingkungan Survey di Indonesia juga mengggunakan jumlah sampel yang hampir sama. Metodologi yang

digunakan dalam kajian adalah secara bersemuka menggunakan soalan yang berstruktur.

3. UMCEDEL adalah badan penyelidikan akademik yang bernaung di bawah Kluster Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Malaya yang

dianggotai oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa. Kepakaran ahli UMCEDEL termasuk dalam bidang statistik, sains politik, politik

antarabangsa,sistem maklumat geografi, sejarah dan geografi pilihan raya. Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai

oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik.

4. Masyarakat juga tentunya menantikan kajian daripada penganalisis-penganalisis politik yang terlibat secara langsung di lapangan untuk

mendapatkan gambaran sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi dan bukannya bergantung kepada pemerhatian politik melalui media

semata-semata.

5. Pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang www.umcedel.um.edu.my untuk mendapatkan butiran lanjut kajian tersebut dan beberapa

kajian yang telah kami jalankan. Pihak kami juga bersedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih

lanjut kajian kami. Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat

dikesali.

Sekian.

Sekretariat UMCEDEL

27 April 2013

Page 50: Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13

PROF. DATO’ DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN DEKAN/PENGARAH

PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA UNIVERSITI MALAYA (UMCEDEL)

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

[email protected]

50