fiqh dakwah-satu pemahaman

Upload: adam

Post on 30-May-2018

264 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    1/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    FIQH DAKWAH : SATU PEMAHAMAN

    MUQADDIMAH

    ( Surah Yusuf ayat 108 )

    Medan dakwah merupakan satu lapangan yang luas selari dengan objek dakwah

    yang dibawa oleh para rasul iaitu agama Islam. Justeru itu para duat selaku juru dakwah

    mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar dalam rangka menyalur dan

    menyampaikan risalah dakwah dengan lebih terarah dan terencana. Oleh itu pemahaman

    yang mendalam dan mendasar mengenai Fiqh Dakwah adalah perlu agar

    penyebarluasan risalah ini mencapai tahap yang maksimum.

    1. PEMAHAMAN FIQH DAKWAH

    Fiqh dakwah merupakan cantuman dua rangkaikata iaitu Fiqh dan Dakwah. Setiap

    kalimah mempunyai maknanya tersendiri.

    FIQH : Mengetahui (tahu) dan memahami (faham).

    DAKWAH : Seruan kepada sesuatu iaitu galakkan melakukan sesuatu.

    Dakwah ilallah : Seruan kepada beriman kepada Allah Taala dan beriman dengan

    apa yang dibawa oleh para rasul dengan membenarkan segala perkhabaran yang dibawa,

    patuh dan tunduk dengan segala titah perintah Allah Taala dan meninggalkan segala

    larangannya, justeru agama Islam merupakan agama penamat, syumul dan lengkap.

    Ini bermakna dakwah ilallah ialah seruan untuk tunduk dan patuh kepada agama

    Islam secara keseluruhannya (total). Meyakini Islam adalah agama yang benar, yang

    1

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    2/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang diwahyukan oleh Allah Taala

    sebagaimana firmanNya :

    (Surah Fussilat : 43)

    Maksudnya : Yang tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan

    dan belakangnya, yang diturunkan dari Allah yang maha bijaksana lagi maha terpuji.

    Fiqh Daulah merupakan satu proses pemahaman secara mendalam dan mendasar

    terhadap sejarah dakwah, sebab-sebab dakwah dijalankan, rukun-rukun dakwah,

    matlamat dan tujuan dakwah, uslub dan method yang digunakan, wasilah yang

    dipraktikkan dan kesan rangka tuju dakwah tersebut.

    Pemahaman yang jelas dan mendasar mengenai Fiqh Daulah ini memungkinkan

    juru daie mempersiap siagakan diri dengan senjata yang mampan, keupayaan diri,

    kemampuan mengutarakan bukti dan hujjah untuk berhadapan dengan madu yang

    pelbagai, suasana dan iklim yang berbeza, bangsa keturunan dan bahasa yang berbeza.

    Justeru itu perkara-perkara di atas wajib dikuasai bagi siapa yang mahu menjadi

    kemudi risalah, pengikut baginda Rasulullah s.a.w. Lantaran itu, ia menjadi satu kewajiban

    yang tertanggung di bahu manusia selagi ia bergelar muslim, merialisasikan tugas

    tersebut berdasarkan kemampuan dan keupayaan.

    2. KEWAJIPAN MENYAMPAIKAN DAKWAH

    Sesungguhnya kewajipan menyampaikan dakwah Islamiah merupakan satu

    tuntutan secara syarie. Kewajipan ini tertanggung di atas bahu umat Islam tidak mengira

    tua atau muda, lelaku mahupun perempuan, kecil atau besar, samada pemerintah atau

    rakyat jelata secara khususiah atau umum. Tuntutan ini mesti direalisasikan mengikut

    kadar keupayaan diri, berdasarkan kemampuan tenaga dan darjah kemantapan iman

    serta rasa sensitiviti terhadap realiti umat Islam di samping iklim persekitaran masyarakat

    yang dilingkunginya.

    2

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    3/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    Ini jelas berdasarkan firman Allah di dalam Surah At Taubah ayat 71.

    Islam juga menjelaskan kaedah penyebarluasan dakwah ini adalah merangkumi

    semua golongan muslimin.

    ( Surah Ali Imran : 110 )

    Di dalam ayat di atas para ulama menjelaskan ibarat adalah merangkumi seluruh

    umat muslimin tidak mengira jenis keturunan, bahasa, budaya, warna kulit dan bangsa.

    Kesemuanya adalah sama menerima tuntutan tersebut.

    Tidak syak lagi di sana terdapay banyak nas dari Al Quran dan As Sunah yang

    menjelaskan kewajipan menyampaikan risalah dakwah Islamiah secara qatie (dalil qatie).

    Nas Al Quran :

    (Surah Ali Imran : 104)

    Di dalam ayat di atas pada kalimah adalah iaitu menunjukkan kata perintah dan

    perintah untuk melakukan sesuatu menurut kaedah usul adalah suatu yang wajib

    dilakukan. Ibarat di dalam ayat yang dimaksudkan daripadanya adalah sekelompok atau

    segolongan daripada ulamak dan duat yang bertugas untuk menyeru amar maruf dan

    mencegah amal mungkar dan menjaga pandangan umum di setiap rantau dan cerukmujtamak Islam sekalipun kewajipan tersebut pada asalnya tertumpu kepada setiap

    3

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    4/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    individu daripada umat Islam mengikut kadar kemampuan, persediaan dan momentum

    iman.

    Ibnu Katsir di dalam mentafsirkan ayat di atas menyatakan perlunya satu kelompok

    di kalangan umat Islam memikul tugas mencegah kemungkaran dan menyeru kepada

    maruf sekalipun tugas tersebut terbeban kepada setiap individu muslim, setiap daripadamereka melaksanakan tugas tersebut mengikut keupayaan mereka

    Di dalam hadis rasul, apakah yang dimaksudkan dengan dan juga ibarat

    Bukankah ia bermakna setiap individu yang berintima dengan jemaah muslimin mesti

    memberi janji setia dan patuh taat kepada ketua/amir? Anggota mesti mendengar dan

    patuh kepada setiap arahan di dalam keadaan senang ataupun susah dan tidak sekali-kali

    bertindak keluar dari jemaah kecuali arahan yang dikeluarkan berbentuk maksiat ataumenyeru kepada kekufuran. Justeru ia menyatakan kebenaran di mana sahaja ia berada

    tanpa menghiraukan celaan dan kejian melainkan hanya takut kepada Allah.

    Jelasnya, kewajipan menyampaikan risalah dakwah Islamiah ke serata

    pelusuk rantauadalah satu tuntutan sebagaimana wajibnya beriltizam terhadap jemaah

    Islam di atas dasar wajibnya memberi peringatan kepada manusia.

    3. SEBAB DAKWAH

    Sebab ialah setiap sesuatu yang terhasil daripadanya kesan atau perubahan

    ataupun pergerakan. Dengan erti kata lain ia merupakan satu hal keadaan yang didahului

    dengan hajat atau keperluan iaitu samada peristiwa, perubahan atau

    pergerakan.Sebagaimana yang kita ketahui sesuatu keputusan yang berlaku dihukumkan

    dengan sebab dan diikat dengan logikal akal.

    Asbab dakwah terbahagi kepada dua :

    1. Terbit daripada akidah yang mantap dan nas agama.

    2. Pemahaman yang sahih mengenai dakwah berdasarkan akidah.

    1. Sebab yang pertama ( Terbit Daripada Akidah yang Mantap)

    1.1 Tuntutan pengabdian manusia hanya kepada Allah.

    Allah s.w.t menuntut manusia dan jin supaya meletakkan ubudiah hanya

    kepadanya tanpa ada unsure pensyirikannya. Allah s.w.t tidak meninggalkan

    4

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    5/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    tuntutan tersebut begitu sahaja tetapi Allah s.w.t mengutuskan kepada manusia

    para rasul untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berupa suruhan

    dan larangan untuk disampaikan kepada manusia.

    Di antara tugas tersebut ialah menunjukkan akal manusia kepada mengenal

    Allah s.w.t samada zat, sifat dan nama, mengajar manusia perkara-perkara ghaib,menjelaskan perkara-perkara halal dan haram guna untuk kesempurnaan hidup,

    menjelaskan konsep ukhuwwah di dalam kehidupan dan mendidik diri serta akhlak

    yang baik.

    Tugas tersebut dijelaskan dengan firman Allah Taala di dalam Surah Az

    Zariat ayat 56-57 :

    1.2 Tuntutan bertaaruf / kenal mengenal.

    Sesungguhnya Allah s.w.t menghendaki manusia agar bertaaruf di antara satu

    sama lain untuk melengkapkan konsep kemasyarakatan dalam bentuk yang lebih

    berfaedah dan bermakna, iaitu konsep faham memahami, tolong menolong, ziarah

    menziarahi yang akan membangkitkan suasana harmonis di dalam kelompok

    masyarakat.

    Firman Allah Taala :

    (Surah Al Hujrat : 13)

    Nas tersebut menjelaskan :

    1. Allah Taala telah menjadikan manusia daripada asal yang satu iaitu Adam

    Alaihissalam dan Hawa.

    2. Fitrah kejadian manusia adalah berhajatkan kepada persaudaraan iaitu

    memerlukan orang lain semenjak tarikh kemanusiaan yang awal iaitu Adam

    Alaihissalam.

    3. Taaruf merupakan maslahat kepada manusia dalam pola kehidupan

    masyarakat.

    5

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    6/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    1.3 Tuntutan menjadi khalifah di muka bumi dan megimarahkannya.

    Allah s.w.t telah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Justeru

    terbeban kepada mereka tanggungjawab dan kewajipan mengimarahkan bumi dan

    seisinya dengan melaksanakan garis panduan yang ditetapkan oleh Allah s.w.tyang berupa syariat dan perundangan Islam.

    Firman Allah Taala :

    (Surah An Nur : 55)

    (Surah Hud : 61)

    Nas di atas menerangkan :

    1. Allah s.w.t telah menjanjikan kepada orang mukmin untuk

    menjadikan mereka khalifah di muka bumi sebagaimana

    sebelumnya Allah telah melantik orang-orang mukmin dan mereka

    yang beramal soleh.

    2. Allah s.w.t menegaskan akan menegakkan bagi mereka agama yang

    diredhoi olehnya.

    3. Tuntutan mengimarahkan muka bumi.

    2. Sebab Yang Menuntut Kefahaman Mengenai Dakwah Dengan Pemahaman

    Yang Sahih Berdasarkan Akidah dan Agama.

    Kefahaman yang sahih terhadap akidah dan agama adalah bertitik tolak atau

    terbit daripada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w, merangkumi skop yang

    6

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    7/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    menyeluruh daripada keduanya samada dari sudut ilmu, penafsiran dan penjelasan

    daripada keduanya.

    Kefahaman yang jelas terhadap akidah dan agama ini berdiri di atas asas

    dan rukun yang melingkari individu muslim tersebut sejak zaman berzaman. Asas

    dan rukun tersebut adalah :

    2.1 Sesungguhnya umat Islam keseluruhannya adalah umat yang

    satu dalam konteks akidah, ibadah, muamalah dan akhlak.

    Kesatuan yang terbina ini merentasi sempadan daerah dan

    tempat, warna kulit dan bangsa, budaya dan bahasa. Di atas

    faktor yang berlaku konsep dakwah perlu dimainkan kembali

    untuk mengikat kesatuan yang sedia ada.

    2.2 Fenomena yang melingkari umat Islam dengan perspektif

    kehidupan yang berbeza dari aspek pemerintah,

    kemasyarakatan, keintelektualan, dan sosio ekonomi dalam

    konteks bernegara menyebabkan mereka terhalang untuk

    meletakkan syariat Islam sebagai perundangan yang tertinggi.

    Ini mengakibatkan berlakunya pelbagai masalah dan kezaliman

    lantaran mereka jauh daripada perundangan yang sebenar.

    Kesannya gejala kerosakan dan kebejadan semakin

    bertambah, begitu juga perpecahan dan kemunduran.

    2.3 Sesungguhnya umat Islam dituntut untuk beramal mengikut

    kemampuan yang ada dengan berpandu arah oleh Al Quran

    dan Sunnah. Justeru itu ia menuntut untuk merubah suasana

    yang tidak baik yang berlaku di dalam kehidupan masyarakat

    sekitarnya dengan uslub yang dibenarkan oleh Islam.

    4. RUKUN DAKWAH

    Sejajar dengan konsep dakwah iaitu seruan kepada agama Islam selaku penamat

    yang dibawa oleh junjungan besar Muhammad s.a.w, yang merupakan wahyu daripada

    Allah s.w.t. Ia selari dengan apa yang dijelaskan oleh Al Quran dan Sunnah Nabawiyyah

    dengan skop perbincangan yang luas yang merangkumi peristiwa-peristiwa yang terjadi

    7

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    8/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    kepada Rasulullah dan sirah perjalanannya yang panjang, maka rukun dakwah yang

    terbina adalah diasaskan di atas dasar agama Islam itu sendiri.

    Rukun dan asas tersebut (secara teori dan praktikal) adalah :

    1. Aqidah2. Ibadah

    3. Akhlak

    Ketiga-tiga asas di atas terikat dengan ikatan yang kukuh di antara satu sama lain

    dimulai dengan asas aqidah yang sahih mencernakan ibadah yang sejahtera. Binaan

    ibadah yang sejahtera melahirkan peribadi yang luhur dalam konteks individu dan

    masyarakat. Amal soleh tercetus apabila ibadah yang dilakukan berdasarkan akidah yangmurni.

    4.1 Aqidah

    Aqidah ialah perkara yang wajib dipercayai oleh setiap individu muslim dengan

    keyakinan yang thabat untuk didirikan di atasnya konsep ibadah, akhlak bagi setiap

    individu dan masyarakat. Ruang lingkup perbicaraan aqidah adalah :

    1. Beriman kepada Allah.

    2. Beriman kepada para Malaikat.

    3. Beriman kepada para Rasul.

    4. Beriman kepada Kitab.

    5. Beriman kepada Hari Qiamat.

    6. Beriman kepada Qada dan Qadar.

    4.2 Ibadah

    Iaitu penerjemahan daripada aqidah yang murni, merealisasikan konsep aqidah

    dalam bentuk yang praktikal. Ibadah tersebut ialah yang di fardukan oleh Allah

    Taala kepada setiap individu muslim. Dasar-dasar ibadah adalah:

    1. Dua kalimah syahadah (Syahadatain)

    2. Mendirikan solat

    3. Mengeluarkan zakat

    4. Puasa di bulan Ramadan

    5. Mununaian haji bagi sesiapa yang berupaya

    8

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    9/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    6. Ibadah dalam pengertian yang luas

    4.3 Akhlak

    Iaitu perilaku yang murni dihiasi dengan norma-norma akhlak muslim yang mesti

    diimplimentasikan dalam kehidupan masyarakat individu muslim adalah sepertiberikut:

    1. Cabang iman

    2. Amar maruf dan Nahi mungkar

    3. Al-Adlu Wal-Ihsan

    4. Jihad fisabillah

    Di dalam hal di atas (konsep akhlak) perkara-perkara di atas kadang-kadangmenjadi fardhu di dalam keadaan tertentu, kadang-kadang pula menjadi sunat di

    dalam keadaan yang tertentu. Dalam keadaan yang lain pula ia terkadang menjadi

    amalan yang biasa dan pilihan. Namun begitu kesemuanya merupakan akhlak-

    akhlak Islam yang luhur.

    5. MATLAMAT (TUJUAN ) DAKWAH

    Hala tuju dakwah yang hendak dicapai secara umumnya adalah senada dan

    seirama dengan tujuan agama Islam diturunkan kepada Bani Basyar iaitu untuk mencapai

    kemaslahatan manusia dan menyingkirkan sebarang agen-agen perosak dan pembinasa

    yang boleh mencacatkan keharmonian kehidupan manusia samada di dunia dan akhirat.

    Imam Al Iz bin Abd Dissalam mengatakan :

    Sesunguhnya syariat itu adalah kemaslahatan baik mencegah dari kerosakan

    maupun mencapai kemaslahatan

    Tuju sasar dakwah secara umum terbahagi kepada dua:

    1. Fardi

    2. Jamaie

    9

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    10/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    Di antara matlamat dan rangka tuju dakwah yang hendak dicapai adalah seperti

    berikut :

    5.1 Menunjuk manusia kepada pengabdian yang total kepada Allah s.w.t bertepatan

    dengan apa yang disyariatkan kepada mereka. Ini merupakan tugas asas dan asalkebangkitan para rasul di muka bumi ini. Namun begitu tugas tersebut berpindah

    kepada para duat selaku galang ganti kepada tugas yang ditinggalkan oleh para

    rasul seraya para duat merupakan pewaris para nabi dan rasul.

    Justeru itu, para duat berperanan sebagai penerang, penafsir dan petunjuk

    jalan kepada manusia kepada persoalan dasar dan asas iaitu konsep tauhid dan

    menjelaskan konsep Islam sebagai satu cara hidup.

    Firman Allah Taala :

    5.2 Menunjuk manusia agar bertaaruf (kenal mengenal) di antara satu sama lain. Ia

    merupakan satu perintah dari Allah Taala untuk dilaksanakan oleh manusia

    seluruhnya.

    Para duat diwajibkan menjelaskan perkara tersebut kepada manusia tidak

    boleh hidup berseorangan. Interaksi dan komukasi di antara manusia merupakan

    naluri yang ada di dalam jiwa manusia.

    5.3 Mengubah suasana yang buruk dan iklam yang bejad di dalam realiti kehidupan

    manusia kepada iklam Islamiah bagi menjamin kemaslahatan kehidupan yang

    sejahtera di dunia dan akhirat.

    Para duat diperlukan untuk mencernakan misi tersebut. Menjelaskan

    konsep Jahiliyyah kepada manusia agar mereka berupaya menanggapi perkara

    tersebut sehingga mereka dapat menyusun kehidupan dengan teratur.

    5.4 Mendidik individu muslim dengan tarbiyyah Islamiah Syumuliah yang merangkumi

    tarbiah rohiah, jasadiah, fikriah dan aqliah.

    5.5 Membentuk Bait Muslimah dengan mendidik individu-individu tersebut bertepatan

    dengan Manhaj Islam dan system kekeluargaan yang berteraskan kepada roh

    Islami. Justeru itu institusi ini dapat melahirkan jil muslim yang bersifat taqwa,

    menjadi tunas baru demi terbentuknya masyarakat Islam yang diimpikan.

    10

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    11/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    5.6 Membentuk Mujtamak Muslim yang merealisasikan norma-norma Islam dari segi

    dasar dan akhlak. Dengan erti kata lain, masyarakat yang mengimplimentasikan

    system dan peraturan mengikut neraca timbangan Islam yang mampu

    mengaplikasikan konsep amar maruf dan nahi mungkar, al adl wal ihsan di dalamkehidupan masyarakat.

    5.7 Usaha untuk mewujudkan Negara Islam yang melaksanakan syariat Allah terhadap

    manusia. Negara Islam yang mengamalkan keadilan individu, menjaga maslahat

    umum, mengekang fasad dan melaksanakan amanah, menyebar agama Islam

    kepada seluruh manusia dan menyebarluaskan pendidikan Islam.

    5.8 Usaha untuk membebaskan negara Islam keseluruhannya daripada cengkaman

    mana-mana musuh dalam realiti yang ada atau keadaan yang melingkunginya.

    Membebaskannya daripada mengikut arus atau perancangan oleh pemuka-pemuka

    arkitek barat.

    Negara yang awal yang mesti dibebaskan ialah Palestin di mana ramai di

    kalangan manusia tertipu dalam tempoh yang panjang.

    5.9 Usaha untuk mewujudkan kesatuan yang jitu di antara negara-negara Islam dalam

    konteks kesatuan fikrah dan ilmu, kesatuan matlamat dan hadaf, kesatuan ekonomi

    dan siasah di antara negara Islam.

    Satu impian untuk meletakkan negara-negara Islam di bawah Payungan

    Khilafah Islamiah iaitu daulah Islamiah yang menjalankan syariat dan perundangan

    Islam.

    5.10 Usaha untuk melebarluaskan Dakwah Islamiah seluruh alam maya, timur dan barat,

    di negara Islam dan bukan Islam sejajar dengan Agama Basyariah.

    6. USLUB DAKWAH DAN WASILAH

    Perbezaan di antara USLUB dan WASILAH :

    1. Uslub (Jalan Dakwah) ialah amal yang dilakukan oleh daei untuk

    11

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    12/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    menjayakan misi operasi dakwah.

    2. Wasilah (Media Dakwah) ialah amal yang dilakukan oleh para daei

    untuk menjayakan uslub dakwah.

    A. Uslub Dakwah.Di antara uslub dakwah :

    1. Menerangkan dan menafsirkan usul dakwah.

    2. Membandingkan di antara dakwah yang benar dan bathil.

    3. Menolak syubhat dan tipu daya.

    4. Mengikat persaudaraan, tarbiyyah dan mempersiap siagakan

    (madu)5. Berita gembira dan balasan kebaikan.

    6. Pengumpulan, pembikinan, dan perlaksanaan tugas.

    vii. Ancaman dan ingatan.

    B. Wasilah Dakwah.

    Pembahagian Wasilah Dakwah :

    i. Menyampaikan dengan perkataan.

    ii. Menyampaikan dengan amal perbuatan.

    iii. Menyampaikan dengan qudwah hasanah.

    USLUB merupakan strategi/cara untuk sampai kepada matlamat dakwah.

    WASILAH pula merupakan perlaksanaan strategi (amalan perlaksanaan itu sendiri). Garis

    panduan bagi kedua-duanya adalah Al Quran, Sunnah Nabawiyyah dan Sirah

    Nabawiyyah. Method/uslub dakwah adalah tidak jumud dan kaku tetapi ia bersifat

    pragmatif yang berubah mengikut keadaan tuju sasar iaitu madu berdasarkan :

    i. Watak.

    ii. Suasana

    iii. Pemikiran.

    iv. Kefahaman.

    12

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    13/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    Method dakwah akan berubah berdasarkan watak yang didokongi oleh madu, biah

    yang berbeza-beza, kadar pemikiran yang dimiliki seperti golongan intelektual, golongan

    pelajar, orang kampung dan lain-lain serta kapasiti kefahaman yang dimiliki oleh

    kelompok-kelompok tersebut.Ini merupakan satu realiti yang mesti ditanggapi oleh para daei. Lantaran itu para

    daei mesti bersikap rasional dan matang untuk menentukan method mana yang perlu

    diambil dalam rangka menjayakan misi suci ini.

    6.1 Menerangkan dan menafsirkan usul dakwah.

    Usul dakwah ialah usul agama itu sendiri iaitu satu ilmu yang menentukan padanya

    bagi menetapkan hakikat agama dengan mendatangkan dalil dan hujah ke atasnyadan menolak segala syubhat daripadanya. Ia merangkumi :

    i. Perkara-perkara aqidah : zat Allah s.w.t, sifat dan nama serta

    perbuatan. Percaya kepada malaikat, kitab, rasul-rasul, hari akhirat

    serta qada dan qadar.

    ii. Perkara-perkara ibadah : persoalan tauhid, solat, puasa, zakat dan

    haji.

    iii. Perkara-perkara muamalat : akad, nikah, talak, jual beli, gadaian,

    syafaah, salam, sewa menyewa, wakalah dan kifalah.

    iv. Perkara-perkara hudud dan kisas, jihad, harabah.

    v. Persoalan fadhilat-fadhilat pada perkara yang diwajibkan

    daripadanya dan perkara-perkara sunat seperti sedekah, amanah,

    silaturrahim, kasih saying, sabar dan lain-lain lagi.

    Uslub Al Quran menjelaskan dan menerangkan perkara-perkara tersebut, di mana

    i. Surah-surah yang diturunkan di Mekah menjelaskan perkara

    akidah.

    ii. Surah-surah yang diturunkan di Madinah menjelaskan perkara

    syariat dan manhaj duat tidak dapat tidak perlu merencanakan

    uslub tersebut dengan mengenal pasti madu untuk mengeluarkan

    mereka daripada kesesatan kepada jalan petunjuk.

    13

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    14/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    6.2 Membandingkan di antara dakwah yang benar dan batil.

    Satu uslub yang baik untuk mengiqnakkan madu menerima dakwah Islamiah.

    Bentuk-bentuk muqaranah :

    i. Berhadapan dengan ahli kitab Yahudi dan Nasrani.ii. Berhadapan dengan golongan yang sesat dan mengikut hawa

    nafsu.

    Justeru itu dalam berhadapan dengan mereka, para daei perlu meraikan perkara-

    perkara tersebut :

    i. Dilaksanakan / berhadapan dengan topik-topik yang ditentukandengan adil. Tujuan muqaranah adalah untuk mencari kebenaran.

    ii. Jidal dilaksanakan dengan baik, bukan semata-mata untuk

    mengalahkan dan membantah hujah. Mengiqnakkan perbalahan

    dengan hujah dan dalil.

    iii. Melazimkan dengan akhlak-akhlak Islam.

    iv. Merupakan orang yang ahli iaitu orang-orang yang betul-betul

    fakeh dan alim dalam perbahasan.

    Muqaranah yang digambarkan di dalam Al Quran, Sunnah dan Duat sepanjang

    zaman dan tempat adalah melingkungi perkara tersebut :

    i. Supaya manusia menggunakan akal mereka untuk merenung dan

    menghayati sesuatu perkara / fenomena yang berlaku lantas

    bersedia menerima kebenaran dan menolak kebathilan.

    ii. Memberi peringatan kebada manusia dengan apa yang telah

    berlaku kepada umat Islam yang terdahulu dengan menggunakan

    pertimbangan akal sehingga mereka menerima cahaya keimanan

    bila mana mereka menerima kebenaran tersebut sebaliknya tetap

    di dalam kesesatan dan kekufuran bila masih berpegang teguh

    dengan kejahilan.

    6.3. Menolak syubhat dan tipu daya.

    14

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    15/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    Telah berlaku sejak dibangkitkan para rasul dan nabi-nabi sehingga kini. Di antara

    bentuk-bentuk syubhat yang dilakukan adalah :

    a. Terhadap Al Quran itu sendiri : bukan daripada Allah.

    b. Terhadap Islam dari sudut manhaj dan nizam :- bersifat tempatan dan daerah.

    -2 pemisahan di antara agama dan daulah.

    -3 tersebar dengan pedang, fundamentalis.

    -4 hudud dan kisas keji.

    -5 poligami pemuas nafsu.

    c. Terhadap Rasulullah :

    -6 mereka Al Quran.-7 wahyu bukan daripada Allah.

    -8 kahwin ramai.

    d. Terhadap peribadi sahabat dan salafussalih.

    6.3 Mengikat persaudaraan dan tarbiyyah dan mempersiap siagakan (madu).

    Mengikat madu dengan hubungan baik, ditaut dengan konsep dakwah di antara

    daei dan madu dengan ukhuwahfillah. Seterusnya diikat dengan tarbiah yang

    selari dengan manhaj Islam dari aspek spritual, mental dan syakhsiah.

    Justufikasinya madu dapat melaksanakan setiap perintah yang dituntut oleh Islam

    di dalam semua lapangan dan bidang. Justeru itu mereka dapat disediakan untuk

    melaksanakan tugas dakwah ini. Ini merupakan Uslub Qurani iaitu Allah Taala

    telah mendidik kesemua para rasul dengan proses tadi sebelum mereka ditaklifkan

    dengan tugas membawa risalah tauhid. Firman Allah s.w.t :

    (Surah Al Qisas : 14)

    15

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    16/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    (Surah Thaha : 22)

    6.4 Pengumpulan, pembikinan dan pelaksanaan tugas.

    Uslub ini merupakan pelengkap kepada proses sebelumnya iaitu dalam 3

    peringkat :

    i. Pengumpulan - proses taaruf, taqarrub dan kasih sayang kerana

    Allah Taala dari segi ruhiah, jasadiah dan aqliah.

    ii. Pembentukan - mengikat kecenderungan untuk diketengahkan bila

    diperlukan.

    iii. Pelaksanaan - meletakkannya di tempat yang telah ditentukan

    sebelum ini berdasarkan pengkhususannyasebelumnya.

    6.5 Berita gembira dan balasan kebaikan.

    Merupakan Uslub Qurani untuk mengubati jiwa manusia agar cintakan keamanan

    dan kesejahteraan, justeru menjauhkan diri mereka daripada kemerbahayaan diri

    dengan uslub ini (takhwif dan tahdid). Lantaran itu ia mampu menarik manusia

    untuk menerima kebenaran dan takut akan balasan buruk di samping takut akan

    hilangnya keamanan dan kesejahteraan daripada dirinya.

    B. Wasilah Dakwah

    Wasilah ialah satu amalan (media) yang merealisasikan matlamat dakwah seperti

    mana yang digariskan sebelum ini, justeru itu secara umumnya wasilah dakwah Islamiah

    dan penyampaian media kepada manusia boleh diskopkan kepada tiga aspek :

    1. Penyampaian dengan perkataan.

    2. Penyampaian dengan amalan.

    3. Penyampaian dengan contoh teladan.

    B.1 Media perkataan.

    Merupakan jihad dengan kalimah dan media penyampaian adalah melalui khutbah,

    pengajian, risalah, makalah, majalah, kitab dan seumpamanya.

    B.2 Media amal.

    16

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    17/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    Penyampaian melalui amal perbuatan merangkumi aspek tersebut :

    1. Amar maaruf nahi mungkar.

    2. Mendirikan institusi perkhidmatan.

    B.3 Media qudwah.Ia merupakan wasilah secara praktikal yang meletakkan juru dakwah sebagai cermin

    yang mampu diteladani secara praktis. Penonjolan peribadi syakhsiah muslim sejati

    yang ditunjukkan oleh para daei mampu menarik madu untuk menerima dakwah

    dengan lebih efektif.

    7. MARHALAH DAKWAH

    Marhalah dakwah diklasifikasikan kepada 4 marhalah :

    1. Marhalah Taarif.

    2. Marhalah Takwin.

    3. Marhalah Tanfiz.

    4. Marhalah Tamkin.

    7.1 Marhalah Taarif.

    Marhalah Tarif juga dinamakan Marhalah Tabligh. Kedua-duanya mema-

    inkan peranan yang sama dalam mencapai matlamat ini iaitu menyampaikan kefa-

    haman mengenai Islam dalam konteks yang lengkap dan menyeluruh.

    Ia merupakan marhalah pertama atau awal di dalam Marhalah Dakwah

    ilallah kepada penyediaan individu untuk diproses menjadi individu yang

    mengamalkan ajaran Islam bukan sekadar yang wajib sahaja secara berterusan

    sehingga terhasilnya individu yang luhur akhlaknya, sempurna ibadahnya dan

    tuntas aqidahnya.

    7.2 Marhalah Takwin.

    Marhalah ini juga dinamakan Marhalah Penyediaan. Marhalah ini merupa-

    kan marhalah terpenting dalam konteks Marhalah Dakwah. Ia juga dikenali seba-

    gai marhalah pembentukan golongan teras yang diproduk khusus untuk amal

    Islami. Ia merupakan satu marhalah yang mendidik individu-individu yang terpilih

    17

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    18/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    dengan tarbiah Islam yang lengkap. Individu-individu tersebut diambil daripada

    marhalah yang pertama.

    7.3 Marhalah Tanfiz.

    Marhalah ini merupakan marhalah praktikal dan jihad yang berteruan dan talimenali dalam rangka usaha mencapai matlamat dakwah. Ia merupakan satu jihad

    yang berpanjangan walau cabaran dan rintangan mengundang, walau seribu liku

    kesusahan menimpa namun beban dakwah akan terus dibawa. Justeru itu

    marhalah ini merupakan kemuncak kepada marhalah-marhalah sebelumnya. Di

    mana ia merupakan marhalah jihad dan jihad merupakan kemuncak kecintaan

    terhadap Islam. Ia merupakan marhalah pelaksanaan secara praktis daripada

    setiap teori yang telah diprogramkan melalui dua marhalah yang sebelumnya iaituMarhalah Taarif dan Takwin.

    7.4 Marhalah Tamkin.

    Dinisbahkan Marhalah Tamkin ini ialah natijah atau hasil yang ditelurkan/

    diperolehi daripada proses pembikinan yang baik dengan petunjuk Allah Taala.

    Sesungguhnya petugas Islam di medan dakwah tidak akan sampai ke tahap ini

    (Marhalah Tamkin) kecuali telah merealisasikan dengan baik di peringkat marhalah

    sebelumnya dan mengimplimentasikan tuntutan dan matlamat yang telah

    digariskan. Sebarang kecacatan yang berlaku di peringkat sebelumnya akan

    mengakibatkan lambat sampai kepada marhalah ini dan kecewa di marhalah ini

    ataupun sampai ke marhalah ini tetapi akan mengalami kekecewaan.

    Kesimpulannya Marhalah Tarif merupakan satu peringkat mewujudkan

    tasawur Islam. Marhalah Takwin pula merupakan peringkat penyediaan rijal-rijal

    yang thabat dan mantap untuk membawa beban dakwah. Manakala Marhalah

    Tanfiz merupakan peringkat melaksana segala dasar-dasar Islam menjadi mujahid

    yang membawa panji-panji Islam.

    8. KEWAJIPAN PARA DUAT

    Di antara beberapa tugas yang mesti dilakukan oleh juru dakwah ialah :

    18

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    19/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    8.1 Menyampaikan risalah dakwah kepada manusia.

    Sesungguhnya duat ilallah merupakan pewaris para nabi pembawa ilmu,

    pemegang amanah agama. Oleh kerana itu mereka merupakan golongan pilihan

    untuk menyampaikan risalah dakwah iaitu untuk membawa manusia kepada

    pengabdian yang total kepada Allah Taala. Para duat ilallah merupakan kurnianikmat kepada manusia kerana akan berterusan sepanjang zaman satu kelompok

    manusia yang mewakafkan diri untuk dakwah. Mereka tidak sekali-kali

    menyembunyikan kebenaran. Firman Allah Taala :

    (Surah Al Baqarah : 146)

    8.2 Menjelaskan kepada manusia hanya agama Islam sahaja merupakan agama

    ikutan.

    Warid daripada nas Islamiah daripada Al Quran dan Sunnah Nabawiyyah,

    tuntutan agar manusia meletakkan agama Islam sebagai agama penamat dan

    lengkap. Firman Allah Tala :

    (Surah As Saba : 28)

    Dan firmanNya lagi :

    (Surah Al Araf : 158)

    19

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    20/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    8.3 Mengajar manusia perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan dunia.

    Perkara-perkara agama yang wajib diajar :

    1. Konsep Tauhid : Tiada pengabdian kecuali kepada Allah.

    2. Cabang-cabang iman.3. Rukun Islam, makna ihsan, penjelasan mengenai halal dan

    haram dan sebagainya.

    8.4 Menggalakkan manusia agar melakukan amal kebajikan.

    Supaya manusia dapat hidup dengan harmoni jauh daripada kacau bilau,

    huru-hara dan ketakutan. Lantaran itu Allah s.w.t menyuruh orang-orang mukmin

    supaya melakukan kebajikan. Firman Allah Taala :

    (Surah Al Hajj : 77)

    8.5 Menanamkan di jiwa manusia konsep / hakikat penggabungan diri mereka kepada

    Islam.

    Para duat dituntut agar menanamkan sifat penggabungan yang global

    terhadap Islam di kalangan umat Islam. Hakikat Islam yang bersifat universal harus

    dijelaskan untuk mengikis sebarang pesimis yang negatif terhadap Islam.

    9. SIFAT PARA DAEI

    Terbahagi kepada dua :

    1. Sifat Fitriah

    2. Sifat Muktasabah

    9.1 Sifat Fitriah : Iaitu sifat yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Di antaranya :

    20

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    21/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    1. Iman.

    2. Ikhlas.

    3. Taqwa.

    4. Cerdik.

    5. Sabar dll.

    9.2 Sifat Muktasabah : Iaitu sifat yang perlu dicari. Di antaranya :

    1. Keilmuan.

    2. Kefaqihan.

    3. Cergas di medan dakwah.

    4. Keyakinan.5. Cita-cita tinggi.

    10. PERSIAPAN PARA DAEI

    Persiapan di dalam sesuatu pekerjaan sebelum melaksanakannya adalah perkara

    yang penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Lebih-lebih lagi di dalam konteks

    dakwah. Persiapan secukupnya kepada para duat adalah perlu sebagai benteng untuk

    membawa beben dakwah. Di antara persiapan-persiapan tersebut ialah :

    10.1 Persiapan Diri dan Akhlak.

    a. Persiapan diri :

    1. Menyucikan diri dengan berpaling daripada dosa dan maksiat.

    2. Menyucikan diri dengan melakukan ketaatan. Firman Allah Taala:

    3. Sifat wara.

    4. Sifat redha.

    b. Persiapan akhlak :

    i. Menyucikan diri daripada sifat marah. Firman Allah Taala :

    21

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    22/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    (Surah Al Anfal : 16)

    ii. Beriltizam dengan adab-adab Islam.

    (Surah Al Mukminun : 1-4)

    iii. Membiasakan diri dengan sifat tasamuh dan sabar.

    iv. Tetap berakhlak dengan akhlak Islam di mana jua berada.

    10.2 Persediaan Keilmuan Yang Berbentuk Teori dan Praktikal.

    a. Cabang ilmu secara teori :

    i. Ilmu-ilmu Islam samada usul dan furu.

    i.a. Ilmu Usul adalah Al Quran, Sunnah, Sirah, Lughah

    dan lain-lain.

    i.b. Ilmu Furu adalah fiqh, akhlak, tarikh Islam, tarikh para

    sahabat dan tabien dan lain-lain lagi.

    ii. Ilmu Dakwah.

    iii. Ilmu Fiqh dan Usul.

    b. Cabang ilmu secara praktikal :

    b.i. Khusus untuk pendakwah.

    i. Menziarahi tokoh-tokoh pendakwah untuk

    mengambil faedah dan manfaat daripadanya.

    ii. Menziarahi tokoh-tokoh pendakwah untuk

    mendengar taujihat secara waqie.

    iii. Menghadiri tamrin atau nadwah yang

    22

  • 8/14/2019 Fiqh Dakwah-satu Pemahaman

    23/23

    Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

    berbentuk dakwah.

    iv. Latihan secara amali dalam lapangan dakwah.

    b.ii. Khusus untuk madu.

    i. Mempelajari ilmu kemasyarakatan / sosiologisecara praktikal menurut teori Islam.

    ii. Mempelajari ilmu psikologi secara praktikal

    menurut teori Islam.

    iii. Mempelajari ilmu kemahiran berbahas.

    11. PENUTUP

    Skop perbicaraan dakwah adalah terlalu luas sebagaimana luasnya medan dakwah

    itu sendiri dalam realiti yang sebenar. Para duat mesti memahami dengan jelas Fiqh

    Dakwah agar perjalanan yang dilalui menepati matlamat yang digariskan berdasarkan

    wahyu hidayah Allah s.w.t.

    Sekian, wassalam.

    Al Faqir ila Allah s.w.t :

    N.O Damanhuri.

    _______________________________________________

    Rujukan :

    1. Fiqh Ad Dakwah : Al Ustaz Abd. Halim Mahmud.

    2. Usul Dakwah : Abd. Karim Zaidan.

    3. Asas-asas Dakwah dan Adab Pendakwah : Dr. Mohd Said Al Wakil.

    4. Kewajipan Menyampaikan Dakwah : Mustafa Masyhur.

    HAK CIPTA TERPELIHARA

    TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,

    MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN

    ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN

    MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN

    DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

    MANHAL PMRAM 2000