fiqh strategi dakwah

24
IDGU6122 FIQH STRATEGI DAKWAH Disediakan Oleh: Siti Noor Rohaniza Habari No. Matrik: IGB130026

Upload: biruviolet

Post on 25-Nov-2015

68 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

TENTANG DAKWAH & STRATEGI

TRANSCRIPT

Slide 1

Idgu6122fiqh strategi dakwah

Disediakan Oleh:Siti Noor Rohaniza HabariNo. Matrik: IGB130026Pendekatan dakwah yang digunakan ibarat anak kunci bagi pendakwah untuk membuka pintu hati dan akal sasaran supaya mereka menilai, berfikir dan seterusnya menerima isi dakwah yang disampaikan itu.

Tanpa pendekatan dan strategi yang sesuai, isi kandungan dakwah mungkin tidak akan dapat disampaikan dengan baik walaupun seorang pendakwah itu merupakan seorang alim mahupun ulama yang kaya dengan ilmu.

"Sesungguhnya dakwah bukanlah satu seni kepandaian yang dapat diusahakan sebagaimana seni-seni yang lain, tetapi membentangkan dakwah adalah satu seni utama yang menjadi kewajipan ke atas pendakwah mengelok serta menghalusinya bagi membolehkannya melaksanakan tanggungjawab dakwah. Isi dakwah yang terdiri dari hukum hakam dan perundangan, peraturan-peraturan dan akidah, akhlak dan muamalah serta lain-lain, mungkin boleh dibaca melalui beberapa baris perkataan yang ditulis, tetapi ianya tidak memberi pengaruh dan kesan ke atas pembacanya sebagaimana kesan pengolahan dan pembentangan yang baik. Bahkan boleh jadi pembentangan yang baik menguasai tiga suku dari kesan yang mempengaruhi seseorang berbanding dengan sesuku lagi bagi memahami dan meneliti secara cermat kepada prinsip-prinsip dakwah dan syariah".

- Syaikh Muhammad Ibrahim Syaqrah

1.0: Fiqh strategi dakwahFiqh ilmu

Strategi - suatu perancangan dan langkah yang diambil secara teratur dan sistematik untuk mencapai matlamat

Dakwah - usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia ke arah mengenali Islam, menerima dan menghayatinya menerusi kaedah, cara dan pendekatan yang tertentu.

Fiqh Strategi Dakwah

- ialah ilmu tentang suatu perancangan yang teratur yang memperhitungkan pelbagai faktor untuk mencapai sesuatu matlamat dalam dakwah, yakni usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia ke arah mengenali Islam, menerima dan menghayatinya menerusi kaedah, cara dan pendekatan yang tertentu.

i) Strategi pada pertahanan & kawalan

Himayah al-siyasah wa al-qiyadah - kawalan siasah (politik) dan kepimpinan.

Himayah al-mal wa al-iqtisad - kawalan harta dan kewangan

Himayah dari gangguan ke atas tubuh badan -daripada beberapa orang sahabat baginda yang terkenal dengan kebengisannya seperti Saidina Umar al-Khattab dan Hamzah bin Abu Thalib.

ii) Strategi dalam gerak kerjaPerancangan strategi dalam gerak kerja boleh diatur dan disusun melalui penelitian terhadap aspek-aspek berikut:

Mengetahui realiti secara tepatMerancang tempat yang sesuaiBergerak dan bertindak dengan gerakan/ tindakan yang sesuaiBergerak dan bertindak tanpa dapat dikesan jika berada dalam keadaan yang berkenaan.Memilih golongan yang sesuai (sama ada pemilihan penggerak dakwah atau sasaran dakwah)

iii) Strategi dalam tabligh & penyampaian kandungan dakwahTABLIGH:

Mengetahui realiti secara tepatMerancang masa dan tempat yang sesuaiMemilih tajuk-tajuk yang sesuaiMemilih uslub yang sesuaiMemilih media (wasilah) yang sesuaiMencari tarikan-tarikan yang sesuaiMemilih pihak-pihak yang sesuaiMerancang program-program yang sesuaiMemantau pencapaian matlamat yang ditentukanMelihat kelemahan-kelemahan yang timbulSamb...ISI KANDUNGAN DAKWAHDari aspek perancangan isi dan tajuk, susunan tertibnya adalah seperti berikut:

Akidah Syariah Akhlak Teori tentang peraturan-peraturan dalam IslamPerbandingan antara peraturan-peraturan Islam dengan peraturan-peraturan konvensionalPerlaksanaan peraturan-peraturan Islam dalam kehidupan harianKeperluan untuk berada dalam al-jamaah al-Islamiyyah

3.0: Unsur-unsur strategi dakwahUnsur utama dalam strategi ialah; adanya perancangan dan langkah yang tersusun, yang ia hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut;-

Pengetahuan yang jelas dan tepat tentang suasana dan keadaan yang bersangkutanSusunan perancangan dan langkah yang jelasPemilihan yang tepat dengan tindakan yang sesuaiJangkaan-jangkaan yang akan berlaku dan langkah-langkah mengatasinyaPihak-pihak yang berkaitanMempunyai matlamat dan jangka masa tertentu

Samb...- Walaubagaimanapun, terdapat 4 elemen strategi yang perlu dianalisis terlebih dahulu bagi menghasilkan solusi dan tindakan yang tepat dalam sesebuah perancangan strategi.

- 4 elemen tersebut ialah;-

Kekuatan (Strength)Kelemahan (Weakness) Peluang (Opportunity) S.W.O.TAncaman (Threat)

4.0: Contoh strategi dakwah dalam sirah nabi muhammad s.a.wStrategi dakwah bi sirru wa hazar awal dakwah baginda s.a.w

Sistem dakwah dan pendidikan berpusat memilih satu tempat untuk berkumpul & sebagai pusat pengajian utama

Strategi memilih markaz/ pusat gerakan dakwah rumah Al-Arqam bin Abi al-Arqam al-Makhzumi

Strategi dalam mawdu al-dawah (isi kandungan dakwah) konsep ihsan

Samb...Membentuk satu jemaah yang berstruktur dan semangat berpasukan - menumpukan kepada matlamat jemaah atau pasukan iaitu untuk mengubah dunia dengan menegakkan Islam pada diri sendiri dan menyebarkannya ke seantero dunia, menerima ahli daripada pelbagai kemahiran dan latar belakang, fokus kepada usaha untuk menjayakan tugasan secara bekerjasama, mengkoordinasi kerja dan menyumbangkan kemahiran tersendiri, dan merancang serta merangka misi dakwah secara bersama-samaSamb...Hijrah- perintah Allah s.w.t

- strategi mengundurkan diri dari bumi Mekah untuk berpindah ke tempat lain bagi memastikan kelansungan gerak kerja dakwah Islamiyyah.

- Tujuan :- untuk memelihara iman yang telah tersemai dalam diri orang Islam supaya terus teguh, untuk mencari tempat yang aman supaya kumpulan Islam yang baru terbentuk tidak tergugat dan terbantut , untuk menyebarkan dakwah di luar Mekah.

Samb...Strategi pergerakan kerja untuk hijrah

- Keluar untuk memberitahu Saidina Abu Bakar tentang rancangan hijrah baginda pada waktu tiada kecurigaan iaitu waktu tengah hari.

- Keluar dengan menutupi kepala dan sebahagian muka supaya tidak dikenali.

- Keluar dari rumah menggunakan pintu belakang dan masuk ke rumah Saidina Abu Bakar juga melalui pintu belakang untuk mengelak daripada dilihat oleh musuh.

- Menggantikan Ali r.a ditempat tidurnya untuk keluar menuju ke rumah Saidina Abu Bakar pada malam penghijrahan baginda untuk mengelirukan pihak musuh.

Samb....- Tidak terus menuju ke arah Madinah, tetapi menuju ke arah bertentangan untuk berlindung selama tiga hari untuk mengelirukan pihak musuh yang pasti akan mencari baginda di arah menuju ke Madinah.

- Menugaskan Abdullah Abu Bakar menjadi pengintip untuk mengetahui segala maklumat orang Mekah tentang Nabi s.a.w dengan laporan setiap hari.

- Mengupah seorang musyrik sebagai penunjuk jalan ke Madinah untuk mengelirukan pihak kafir Quraisy.5.0: antara keperluan dalam strategi & matlamat tidak menghalalkan cara Kaedah dalam Usul Fiqh:

1. al-ghayah la tubarrir al-wasilah

Sebagaimana matlamat itu sendiri harus sesuai dengan hukum syarak, maka sesuatu cara/ jalan untuk mencapai matlamat tadi juga mestilah dibenarkan oleh syarak. Samb...Dalam Islam, semua perbuatan, amalan dan niat dan cara-caranya mesti dibenarkan syarak dan matlamatnya juga jelas tidak bertentangan dengan syarak.

Dilarang menggunakan kaedah untuk mencapai sesuatu matlamatnya yang baik (dibenarkan syarak) dengan cara dan jalannya haram.

Halal dan haram dalam Islam adalah ditentukan oleh Allah s.w.t, bukannya ditentukan oleh matlamat yang ingin diraih.Samb...Kaedah dalam Usul Fiqh:

2. Keadaan terdesak (dharurat) boleh mengharuskan yang haram.

- dalam keadaan tertentu Islam menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu matlamat yang lebih utama dan besar kepentingannya berbanding cara yang diambil.

- 4 bidang yang dibenarkan oleh Islam menggunakan cara yang haram iaitu dalam bidang muamalat, keluarga, jenayah dan harta.

Samb...Contoh: Hadis Nabawi:Tiadalah dikira sebagai pembohong, mereka yang mendamaikan di antara manusia, dan dia berkata yang baik dan berharap hasil yang baik juga.(Hadis Riwayat Muslim)

Diberikan keringanan untuk untuk berbohong di dalam tiga keadaan;-Peperangan-Memperdamai antara manusia yang bertelagah-Suami kepada isteri dan isteri kepada suami (untuk menuju kepada yang baik sahaja dan tidak sampai memudaratkan keduanya).

Samb...Namun Imam At-Tabari tidak bersetuju dan berpendapat;

...yang dibenarkan bukanlah berbohong tetapi adalah tawriah iaitu menyembunyikan hal yang benar dengan cara-cara bijaksana seperti kata-kata yang membawa banyak maksud.

(Syarah Sohih Muslim, di hadis no. 2605)KesimpulanRasulullahs.a.w merupakan contoh pemimpin dan suri teladan yang terbaik dalam berdakwah. Jika Rasulullah s.a.w sendiri tunduk dan patuh kepada perintah dan larangan Allah s.w.t di dalam menegakkan agama-Nya, maka sudah semestinyalah kita sebagai umatnya juga wajib berbuat demikian.

Ambillah jalan serta langkah yang betul dan direstui oleh Allah s.w.t dan rasul-Nya walaupun jalan tersebut dipenuhi pelbagai halangan dengan penuh kesabaran. Ingatlah bahawa setiap Muslim perlu berusaha menegakkan Islam demi mencapai matlamat akhir, iaitu keredhaan Allah s.w.t dan syurga-Nya.

Sekian, Terima Kasih.. (^_^)