fiqh al-waqi`: teks dan konteks dalam pembinaan fiqh malaysia siddiq fadzil

Upload: angkatan-belia-islam-malaysia-abim

Post on 17-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 FIQH AL-WAQI : TEKS DAN KONTEKS DALAM PEMBINAAN FIQH MALAYSIA Siddiq Fadzil

    1/7

    FIQH AL-WAQI`: TEKS DAN KONTEKS

    DALAM PEMBINAAN FIQH MALAYSIA

    Siddiq Fadzil

    Mukadimah

    Minat penulis untuk merenung idea fiqh Malaysia (Melayu) diilhamkan oleh sebuah buku berjudul Fiqh

    IndonesiaPenggagas dan Gagasannya oleh Nourouzzaman Shiddiqi yang terbit pada tahun 1977. Buku

    tersebut mengungkapkan gagasan Muhammad Hasbi ash-Shiddieqy tentang fiqh Indonesia yang

    didefinisikannya sebagai fiqh yang ditetapkan sesuai dengan keperibadian Indonesia, sesuai dengan

    tabiat dan watak Indonesia. Beliau tidak senang dengan budaya bertaqlid kepada fiqh Hijazi, fiqh Misri

    atau fiqh Hindi kerana lain lubuk lain ikannya, lain Padang lain belalangnya. (Shiddiqi, N. 1977:230-231).

    Hukum dan Perubahan

    Kata-kata dari khazanah tradisional wisdom kepujanggaan bangsa yang dipetik oleh ash-Shiddieqy di atas

    membayangkan kesedaran Melayu tentang al-waqi` atau realiti yang berubah dan berbeza mengikut

    tempat. Perubahan dan perbezaan waqi` inilah yang menghasilkan perbezaan fatwa dan seterusnya

    perbezaan fiqh. Justeru al-waqi` merupakan salah satu komponen penting dalam pembentukan fiqh

    (dialog tiga pihak: nass-waqi`-mujtahid). Nass sebagai asas dan premis dasar perlu difahami mengikut

    kaedah dan cara pendekatan yang benar, termasuk al-tafsir al-maslahiy dan seterusnya al-tatbiq al-

    maslahiy. Syari`at memang berciri waqi`iy - objektif, realistik dan dinamik: salihatun li al-tatbiq fi kulli

    zaman wa makan (sesuai dilaksanakan pada setiap zaman dan di setiap tempat) dengan pengertian pada

    setiap zaman dan setiap tempat ada hukumnya sendiri yang sesuai dengan maslahahnya. Bagaimanapun

    salahiyyat al-Islam dapat diaktualisasikan apabila prinsip taghayyur al-ahkam bi taghayyur al-zaman wa

    al-makan (perubahan hukum kerana perubahan masa dan tempat) dilaksanakan.

    Ramai kalangan ulama ketika berbicara tentang perubahan dan perbezaan hukum kerana perubahan dan

    perbezaan masa dan tempat, merujuk kata-kata al-Qarafi dalam kitabnya al-furuq, yang berupa pesan-

    pesannya kepada para ahli fiqh dan fatwa agar sentiasa mengambilkira realiti adat dan budaya lokal yang

    berbeza-beza dan berubah-rubah, jangan membeku sepanjang hayatmu pada teks yang tersurat

    dalam kitab-kitab kamu. Apabila seseorang dari luar daerahmu datang meminta fatwa, jangan kau

    paksakan ke atasnya `uruf negeri kamu, tetapi tanyakan `uruf negerinya, lalu fatwakanlah dengan

    berasaskannya, bukan dengan `uruf negerimu atau dengan apa yang tertulis dalam kitab-kitab kamu.

    Inilah yang benar dan jelas, kerana membeku pada teks petikan (dari sumber-sumber masa lalu) adalah

    selamanya suatu kesesatan dalam agama, di samping suatu kejahilan tentang tujuan para ulama Muslimin

    dan generasi silam. (Al-Qaradawiy, Yusuf, 1997:98).

    Fiqh al-Waqi`

    Demikianlah pendekatan dan orientasi waqi`iy yang harus diamalkan dengan mewaspadai batasan-

    batasannya agar terhindar dari ketelanjuran seperti yang terjadi kepada dua golongan ekstremis:

    pertama, golongan yang berpegang dengan harfiyyat al-nass, iaitu mereka yang memahami nass (wahyu

  • 7/23/2019 FIQH AL-WAQI : TEKS DAN KONTEKS DALAM PEMBINAAN FIQH MALAYSIA Siddiq Fadzil

    2/7

    dan turath) secara harfi, tanpa mempedulikan konteks realiti yang dihadapi. Kegagalan memahami dan

    menangani waqi` termasuk antara masalah besar yang dialami oleh sebahagian daripada gerakan Islam

    kontemporari. Demikian menurut pemerhatian tokoh-tokoh seperti Dr. Hasan al-Turabiy dan Dr. al-

    Naggar. Kedua, golongan yang hanya menumpu pada waqi` sehingga mengenepikan sama sekali nass dan

    turath yang dianggap sudah tidak relevan lagi. Segalanya telah berubah termasuk nilai-nilai. Aliran inilah

    yang diusung oleh Dr.Hasan Hanafi dan rakan-rakannya.

    Memang sebenarnya fiqh adalah kontekstual. Kerana itu teks dan konteks, kedua-duanya perlu sama-

    sama difahami. Memahami yang satu, tanpa yang lain tidak akan menghasilkan fiqh yang sebenar. Dalam

    kaitan inilah timbulnya keperluan mempelajari apa yang disebut al-nazariyyat al-siyaqiyyah (teori

    konteks). Istilah al-siyaq dalam pengertian konteks (con-text) dengan makna teks lain yang beserta

    dengan sesuatu teks, adalah bersifat multi-dimensi: al-siyaq al-zamaniy, al-makaniy dan al-imkaniy

    (konteks masa, tempat dan kemampuan).

    Memahami waqi` dalam konteks masyarakat sekarang bukan suatu yang mudah. Masyarakat hari ini

    sudah menjadi sedemikian kompleks dan canggih sehingga untuk memahaminya diperlukan bantuan para

    ilmuwan berpengkhususan dari pelbagai disiplin - sejarah, sosiologi, kebudayaan, ekonomi dan lain-

    lain lagi. Zaman sekarang adalah zaman pengkhususan. Ijtihad tidak lagi dapat dilakukan sendirian,

    sebaliknya ia harus dilakukan secara kolektif (jama`iy) dengan melibatkan pakar-pakar dari pelbagai

    bidang yang berkaitan.

    Sumbangan pelbagai disiplin ilmu kepada pembentukan fiqh al-waqi` jelas sangat penting kerana yang

    dinamakan fiqh al-waqi` adalah kefahaman yang mendalam tentang serba-serbi yang menyangkut

    kehidupan nyata sesebuah masyarakat - tamadunnya, sejarahnya, kebudayaannya, wataknya,

    politiknya, ekonominya dan lain-lain sebagainya. Kegagalan memahami dan menghayati fiqh al-waqi`

    yang sedemikian sifatnya itu boleh menimbulkan keadaan haru-biru seperti yang paparkan oleh Dr.Yusuf

    al-Qaradawiy, Kita telah menyaksikan bagaimana para fuqaha kertas (fuqaha al-awraq) berperang

    besar hanya kerana hal-hal yang sebenarnya boleh ditoleransi, atau kerana isu-isu yang boleh

    diperselisihkan atau ditangguhkan ke waktu yang lain, dengan mengabaikan isu-isu besar yang

    menentukan hidup-mati dan untung nasib Islam keseluruhannya. .(Bu`ud, Ahmad, 2006:73).

    Ketika mengaplikasikan nass ke atas waqi` tertentu, antara yang harus diperhitungkan adalah maslahah

    dalam pengertian segala yang membawa manfaat dan menghindarkan mafsadah atau mudarat.

    Maslahah adalah kata kunci dalam fiqh dan syari`at. Justeru, ia merupakan paksi maqasid al-shari`ah.

    Wacana maslahah dalam fiqh kontemporari banyak merujuk perbahasan Dr. Sa`id Ramadhan al-Butiy

    dalam kitabnya Dawabit al-Maslahah. Dalam kitabnya yang terkenal itu al-Butiy menyenaraikan sejumlah

    dawabit bagi al-maslahah al-shar`iyyah: ia harus tercakup dalam maqasid al-shari`ah, tidak bertentangan

    dengan al-Kitab, tidak bertantangan dengan al-Sunnah, tidak bertentangan dengan al-qiyas, dan tidak

    diatasi oleh maslahah lain yang lebih besar. (Al-Butiy, M.S.R., 1986).

    Ternyata mengaplikasikan nass ke atas waqi` tidak semudah yang disangka oleh kebanyakan orang. Ia

    memerlukan kemahiran khusus, termasuk ilmu yang disebut fiqh al-tanzil, iatu ilmu tentang kaedah

    pengaplikasian hukum atau nass dalam realiti tertentu (al-waqi`). Yang harus dipastikan dalam proses

    pangaplikasian ini ialah terlaksananya maslahah yang menjadi tujuan terakhirnya. Pendekatan

  • 7/23/2019 FIQH AL-WAQI : TEKS DAN KONTEKS DALAM PEMBINAAN FIQH MALAYSIA Siddiq Fadzil

    3/7

    sedemikian itulah yang dinamakan al-tatbiq al-maslahiy (aplikasi berasaskan maslahah). Dengan

    demikian akan terlaksanalah tahap akhir dalam proses ini iaitu tahqiq al-manat.

    Isu-isu al-waqi` al-Maliziy

    Perubahan realiti paling pesat dan dinamik umumnya berlaku di ranah politik. Untuk menangani

    perubahan dan perkembangan sedemikian itulah pentingnya fungsi al-siyasah al-shar`iyyah, disiplin

    ilmu yang berpaksikan tahqiq al-maslahah dalam pelbagai konteks yang berbeza dan berubah.

    Demikianlah yang namanya siyasah dalam pengertian pengurusan hal-ehwal rakyat dengan cara yang

    membawa kebaikan kepada mereka (al-qiyam ala tadbir shuunihim bima yuslihuha). Siyasah shar`iyyah

    seharusnya tumbuh sedinamik perkembangan politik itu sendiri, kerana ilmu ini memang berintikan

    ijtihad tentang pengurusan hal-ehwal kenegaraan yang sentiasa berkembang dan berubah (al-ijtihad fi

    tasyir al-shuun al-mutajaddidat al-mutaghayyirat li al-dawlat al-Islamiyyah). (Fathiy `Uthman, 1979:26).

    Malangnya bidang ini tidak ditekuni secara yang memadai. Akibatnya turath siyasiy kita agak terbatas.

    Pemikiran politik banyak membeku pada pemikiran al-Ghazaliy, al-Mawardiy, Abu Ya`la, Abu Yusuf, Ibn

    Taymiyyah dan lain-lain. Pemikiran mereka memang relevan untuk zaman masing-masing, tetapi tidaksemestinya demikian untuk zaman sekarang. Kerana itu sangat beralasan apabila al-Raysuniy

    menganjurkan muraja`ah (penilaian semula) terhadap kerelevanan turath siyasiy. Penilaian semula

    tersebut dianggapnya tidak hanya wajar, malah wajib. (Al-Raysuniy, 2014:13).

    Dalam khazanah persuratan Melayu terdapat karya-karya yang dikategorikan dalam genre sastera

    undang-undang, sastera ketatanegaraan dan sastera kitab. Dalam genre-genre tersebut dapat

    ditemukan karya-karya fiqh al-siyasah Melayu seperti Safinat al-Hukkam (al-Tursani), Thamarat al-

    Mahammah (Raja Ali Haji) dan lain-lain yang jumlahnya tidak banyak. Meskipun karya-karya fiqh al-

    Siyasah tersebut pada umumnya banyak bersumberkan kitab-kitab turath siyasiy yang dihasilkan oleh

    tokoh-tokoh ulama seperti al-Ghazaliy dan al-Mawardiy, tetapi terkesan juga adanya penyesuaian

    dengan realiti daerah Melayu. Shaykh Jalaluddin al-Tursani (ulama Aceh abad ke-18) dalam kitabnya

    Safinat al-Hukkam fi Takhlis al-Khisam mempertahankan sahnya pemerintahan para ratu di Aceh (selama

    59 tahun di bawah pemerintahan raja perempuan). Al-Tursani membolehkan perempuan menjadi raja

    kerana darurat. Ilmuwan Riau abad ke-19M, Raja Ali Haji lewat karyanya Thamarat al-Mahammah

    memberikan makna baru kepada istilah raja dengan merujukkannya kepada istilah-istilah dalam tradisi

    politik Islam: khalifah, imam dan sultan. Dengan demikian kata raja dibersihkannya dari sebarang

    rujukan kepada konsep devaraja. Transformasi makna telah menghasilkan perubahan konseptual kepada

    kata (raja) yang menjadi paksi pemikiran politik Melayu tradisional setelah dirujukkan kepada

    nomenclature politik Islam.

    Perlembagaan negeri Terengganu 1911 (Itqan al-muluk bita`dil al-suluk) memperlihatkan eksperimen

    politik Melayu dalam mengaplikasikan prinsip shura dalam pemerintahan negeri. Perlembagaan yang

    mendeklarasikan kerajaan negeri Terengganu sebagai hukumah Islamiyyah Malayuwiyyah itu membentuk

    institusi syuriyah yang dinamakan Mesyuarat Kerajaan dengan keanggotaannya terdiri daripada menteri-

    menteri, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, para ulama dan penghulu. Mereka semua diberikan status

  • 7/23/2019 FIQH AL-WAQI : TEKS DAN KONTEKS DALAM PEMBINAAN FIQH MALAYSIA Siddiq Fadzil

    4/7

    keanggotaan yang Sama (setara jua di antara mereka itu), dan hak kebebasan bersuara sepenuhnya,

    termasuk hak bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendapat ahli-ahli lain. Sebagai badan pemutus

    tertinggi, cara membuat keputusan ialah dengan kesepakatan atau suara terbanyak.

    Ternyata perlembagaan tersebut cuba mengeksperimenkan `amaliyyat al-shura dalam konteks

    pemerintahan Melayu-Terengganu. Antara yang menarik tentang perlembagaan ini ialah cara

    penyelesaiannya terhadap masalah ilzamiyyat al-shura (sama ada keputusan syura mengikat atau tidak)

    dengan mengantisipasikan kemungkinan keputusan Mesyuarat Kerajaan tidak mendapat perkenan

    sultan. Andainya kes seperti itu terjadi, Mesyuarat Kerajaan harus bersidang semula untuk menyemak

    keputusan tersebut. Sekiranya keadaan tidak berubah (Mesyuarat tetap dengan keputusannya dan

    sultan tetap tidak memperkenan), proses bersidang semula itu harus diulang hingga ke sidang kali

    keempat. Keputusan sidang terakhir itu menjadi keputusan muktamad meskipun tidak mendapat

    perkenan sultan.

    Dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, perlembagaan menempati posisi istimewa. Antara

    realiti kemalaysiaan yang harus diperhitungkan dari segi fiqh al-waqi` ialah perlembagaan negara kerana

    ia dianggap memiliki kedaulatan dan tidak dapat dipinda kecuali dengan persetujuan dua pertiga ahli

    parlimen. Pada suatu ketika ada pemimpin negara yang membuat penegasan bahawa berdasarkan

    perlembagaannya Malaysia adalah sebuah negara sekular. Pada ketika yang lain, tanpa meminda

    perlembagaan yang ada, seorang tokoh negara yang lain mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam.

    Hakikatnya, perlembagaan hanya menyebut Islam sebagai agama persekutuan, tanpa menyebut Malaysia

    sebagai negara sekular atau negara Islam. Ekoran dari itu ada yang berasa malang kerana tidak disebut

    negara Islam, di samping ada pula yang berasa mujur kerana tidak disebut negara sekular. Perlembagaan

    yang antara malang dan mujur itulah yang disifatkan oleh seorang ahli undang-undang sebagai

    perlembagaan yang non-committal. Dalam keadaan sedemikian tafsiran yang terpakai adalah tafsiran

    pihak yang lebih kuat. Menyedari bahawa meminda perlembagaan adalah suatu yang sukar dilakukan,

    maka dari segi maslahah perjuangan Islam, sebaiknya kita tidak usah ikut-ikutan melabel Malaysia

    sebagai negara sekular, kerana kata sekular akan membawa banyak implikasi buruk. Yang harusdilakukan ialah memanfaatkan segala ruang yang ada semaksumumnya, di samping berusaha membina

    kekuatan.

    Antara keunikan realiti kemalaysiaan ialah kemajmukan masyarakatnya. Hingga ke hari ini mungkin ada

    yang masih kalut dengan persoalan tentang status warga bukan-Muslim di negara ini, dhimmiy atau

    harbiy. Pengkategorian dhimmiy-harbiy dilatari realiti sejarah yang kini sudah berubah. Realiti baru

    yang kita hadapi ketika ini adalah al-muwatinun (warganegara), bukan lagi dhimmiy atau harbiy. Hakikat

    inilah yang dibicarakan oleh Fahmiy Huwaidiy dalam bukunya muwatinun la dhimmiyyun. Dengan kata

    lain, pengkategorian dhimmiy-harbiy yang sudah tidak relevan lagi. Istilah dhimmiy pada hakikatnya

    bukanlah istilah yang buruk, tetapi realitinya hari ini warga bukan-Muslim tidak dapat menerimanya

    kerana pada tanggapan mereka istilah tersebut membawa pengertian warganegara kelas dua. Merekatidak pernah berasa sebagai kaum minoriti yang perlu dilindungi, yang mereka rasakan adalah sebagai

    warganegara sepenuhnya. Kerana itu al-Qaradawiy dan sejumlah tokoh fuqaha lain menyarankan agar

    istilah dhimmiy digugurkan sahaja. Apakah fiqh Islam masih ada pilihan selain mengiktiraf status al-

    muwatanah al-kamilah yang memang secara sah telah mereka nikmati sekarang? Jika memang hanya

    itu pilihan yang ada, maka seterusnya harus ada road map ke arah hidup bersama (al-ta`ayush)

    [coexistence" or "life in common] dalam pengertian sama-sama menikmati hak dan sama-sama

    memikul tanggungjawab atas prinsip lahum ma lana, wa `alayhim ma `alayna [They (non-Muslims) have

  • 7/23/2019 FIQH AL-WAQI : TEKS DAN KONTEKS DALAM PEMBINAAN FIQH MALAYSIA Siddiq Fadzil

    5/7

    the same rights as we Muslims do; they are liable to the same duties as we Muslims are] dengan

    mengambilkira realiti sejarah dan budaya negara ini.

    Terkait dengan isu tersebut, istilah dar al-harb juga harus dikaji semula. Pembelahan dunia kepada dar

    al-Islam-dar al-harb (dan dar al-`ahd) memang ada justifikasinya pada zamannya. Memang demikianlahrealitinya ketika istilah-istilah tersebut diungkapkan sebagai hasil ijtihad fiqhi pada zaman tersebut.

    Tetapi ketika pola hubungan antarabangsa berubah, dan dunia sudah menjadi sebuah desa buana (a

    global village) pemakaian istilah dar al-harb dengan segala implikasi hukum-hakamnya tidak lagi

    membawa maslahah. Ketika ini pelaksanaan Islam tidak lagi terbatas di negara-negara yang majoriti

    penduduknya Muslim, tetapi di mana-mana di seluruh dunia, termasuk di negara-negara yang penganut

    Islamnya minoriti. Justeru, di negara-negara tersebutlah tumbuhnya fiqh al-aqalliyyah (fiqh minoriti),

    sejenis fiqh kontekstual yang sesuai dengan realiti setempat dan realiti umat. Melabel negara-negara

    Barat sebagai dar al-harb misalnya, hanya akan mempertebal imej terror dan ganas Islam dan

    umatnya. Justeru, konsep tersebut dapat pula dieksploitasi untuk menjustifikasikan tindakan-tindakan

    ganas golongan pelampau Muslim di Barat. Sudah waktunya kembali kepada konsep asal - dar al-

    da`wah, bukan dar al-harb, kerana memang hubungan asal dan aslinya adalah hubungan dakwah.

    Perang adalah kekecualian dari prinsip asal - damai dan dakwah.

    Fiqh tidak sekadar reaktif terhadap waqi`, tetapi juga sebagai suatu kekuatan social engineering dalam

    pengertian penggagasan dan pembinaan masyarakat. Fiqh Islam harus mampu menyumbang kepada

    wawasan nasional - pembentukan bangsa Malaysia. Kegagalan membina bangsa Malaysia setelah

    hampir enam pulah tahun merdeka merupa aib nasional. Hingga sekarang yang ada hanya warganegara

    (Malaysia), bukan bangsa (Malaysia). Hingga ke saat ini kita masih berbicara di sekitar isu hubungan

    antara kaum, tetapi tidak secara serius membicarakan isu pembentukan bangsa Malaysia. Dalam

    kaitan ini wajar dipertimbangkan kemungkinan fiqh Malaysia menawarkan gagasan pembentukan

    bangsa berasaskan konsep ummah dalam pengertiannya yang inklusif sebagaimana yang dipakai dalam

    Sahifah Madinah ketika merujuk hubungan antara warga Madinah yang bersifat plural - Muslim, Yahudi

    dan lain-lain. Sahifah Madinah memberikan sebuah kerangka pembentukan suatu ummah - ummah

    madaniyyah - berasaskan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan (al-tanawwu` fi itar al-wihdah).

    Fiqh Islam memiliki nilai dan dasar yang kuat untuk menjayakan gagasan pembentukan bangsa dalam

    pengertian ummah yang inklusif tersebut. Justeru, Islam memang selamanya bersikap positif terhadap

    kepelbagaian (ikhtilaf), di samping memiliki nilai-nilai sejagat yang dapat dikongsi oleh penganut-

    penganut agama lain. Nilai-nilai dalam maqasid al-shari`ah yang terumus dalam al-kulliyat al-khamsa itu

    sebenarnya adalah nilai-nilai yang merentas agama dan kaum. Kerana itu ia sangat berpotensi untuk

    diangkat sebagai wadah penyatuan dan kesatuan. Selain itu tidak ada halangan bagi fiqh Islami menerima

    asas-asas tambahan seperti Rukun Negara dan aspirasi nasional lainnya selama tidak bertentangan

    dengan syara`.

    Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Malaysia perlu membina fiqh demokrasi.

    Justeru, demokrasi adalah realiti baru dan kerananya banyak masalah yang berbangkit dari sistem ini

    yang tidak dapat dijawab dengan kitab-kitab turath siyasiy. Isu-isu yang harus dijawab memang sangat

    banyak, mulai dari hukum demokrasi itu sendiri, menubuhkan parti, berpindah parti, melawan parti

    kerajaan, tahaluf siyasiy, mengundi calon bukan-Muslim, hinggalah ke masalah demonstrasi. Akan

    banyak kejanggalannya apabila isu-isu tersebut difatwakan mengikut pendapat ulama zaman sebelum

  • 7/23/2019 FIQH AL-WAQI : TEKS DAN KONTEKS DALAM PEMBINAAN FIQH MALAYSIA Siddiq Fadzil

    6/7

    mengenal demokrasi. Demonstrasi misalnya, adalah bahagian daripada demokrasi yang menjamin hak

    kebebasan berfikir dan bersuara, berhimpun dan berdemo. Tidakkah janggal apabila demonstrasi

    membantah kenaikan harga barang atau menuntut pilihan raya yang bersih difatwakan haram dan para

    demonstrannya dilabel sebagai bughah? Selain menjadi bahagian daripada demokrasi, demonstrasi

    aman adalah suatu bentuk hurriyyat al-ta`bir (kebebasan menyatakan pendapat) dan suatu bentuk haqq

    al-mu`aradah (hak pembangkangan). Selain itu jika diniatkan sebagai usaha memperjuangkan maslahahdan menentang mafsadah, demonstrasi aman (silmiyyah) dapat menjadi suatu bentuk al-amr bi al-ma`ruf

    wa al-nahy `an al-munkar. Dengan demikian demonstrasi adalah sejenis amar ma`ruf nahi munkar

    secara kolektif dengan suara nyaring agar didengar dan berkesan (bisawtin masmu`). Malaysia yang

    demokratik tidak boleh memakai fiqh negara monarki mutlak.

    Khatimah

    Fiqh sejatinya adalah suatu yang dinamik dan kontekstual. Ia tidak boleh membeku sehingga tidak mampu

    menjawab persoalan zaman dan persekitarannya. Kegagalan memberikan jawapan yang tuntas, realistik

    dan meyakinkan akan menyebabkan orang lari mencari jawapan yang lebih baik di tempat lain. Di

    samping itu untuk menghindari kegagalan yang menimpa sebahagian gerakan Islam kontemporari akibat

    kegagalan memahami dan menangani realiti daerah operasinya, gerakan Islam di Malaysia harus mampu

    mengakar kuat pada fiqh al-waqi` di samping fiqh al-nass dan cabang-cabang fiqh lainnya. Di tengah

    realiti iklim politik dan sosio-budaya yang berbeza-beza, gerakan Islam di sesebuah negara tidak boleh

    menjadi sekadar replika kepada gerakan Islam di negara lain. Yang lebih tahu tentang waqi` sesuatu

    tempat tidak lain adalah penduduknya sendiri. Justeru warga Makkah sendirilah yang lebih mengetahui

    segala lurah dan lembahnya.

    Rujukan

    Al-Butiy, Sa`id Ramadan. 1986. Dawabit al-Maslahah fi al-Shari`at al-Islamiyyah.

    Beirut: Muassasat al-Risalah.

    Al-Elwaniy, Taha Jabir. 2007. Al-Siyaq: al-Mafhum, al-Manhaj, al-Nazariyyah dlm.

    AL-IHYA, November 2007. Al-Rabat: Al-Rabitah al-Muhammadiyyah

    li al-`Ulama.

    Al-Qaradawiy, Yusuf. 1997. Shari`at al-Islam Salihatun li al-Tatbiq fi Kulli Zaman wa

    Makan. Kaherah: Maktabah Wahbah.

    Al-Raysuniy, Ahmad. 2014. Fiqh al-Thawrah: Muraja`at fi al-Fiqh al-Siyasiy al-

    Islamiy. Kaherah: Dar al-Kalimah.

    ------------------------ 2014. Al-Ijtihad: al-Nass, al-Waqi`, al-Maslahah. Kaherah: Dar

  • 7/23/2019 FIQH AL-WAQI : TEKS DAN KONTEKS DALAM PEMBINAAN FIQH MALAYSIA Siddiq Fadzil

    7/7

    al-Kalimah.

    Bu`ud, Ahmad. 2006. Fiqh al-Waqi`: Usul wa Dawabit. Kaherah: Dar al-Salam.

    Shiddiqi, Nourouzzaman. 1977. Fiqh Indonesia: Penggagas dan Gagasannya.

    Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

    Siddiq Fadzil. 2012. Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat. Kajang:

    AKK, Kolej Dar al-Hikmah.

    `Uthman, Fathiy. 1979. Min Usul al-Fikr al-Siyasiy al-Islamiy. Beirut: Mu`assasat al-

    Risalah.