final

31
PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, maka dapatlah saya menyempurnakan tugasan projek ini dengan jayanya. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah EDU Guru dan Cabaran Semasa iaitu Dr. Hajah Wan Noorsiah bt. Wan Abdullah. Sesungguhnya tanpa bantuan dan bakti beliau, agak sukar bagi saya menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Semoga segala sumbangan dan pengorbanan ini diberkati oleh Allah S.W.T. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan khas buat rakan-rakan seperjuangan kerana banyak membantu dan berkongsi maklumat. Semoga segala maklumat dan kerjasama yang diberikan dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan. Penghargaan ini juga ditujukan khas buat rakan-rakan sekumpulan dan keluarga terutama suami di atas bantuan dan sokongan moral yang diberikan. Tidak lupa juga kepada semua individu dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam saya menghasilkan tugasan ini. Insya Allah, dengan terlaksananya tugasan ini akan memberi kesan positif kepada kami semua agar menjadi seorang guru yang berilmu pengetahuan dan tabah dalam mengharungi cabaran sebagai seorang pendidik.. Sekian, terima kasih..

Upload: suhariza-sue

Post on 09-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Final

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,

maka dapatlah saya menyempurnakan tugasan projek ini dengan jayanya. Di kesempatan ini

juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah EDU Guru dan Cabaran

Semasa iaitu Dr. Hajah Wan Noorsiah bt. Wan Abdullah. Sesungguhnya tanpa bantuan dan

bakti beliau, agak sukar bagi saya menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Semoga

segala sumbangan dan pengorbanan ini diberkati oleh Allah S.W.T.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan khas buat rakan-rakan seperjuangan kerana

banyak membantu dan berkongsi maklumat. Semoga segala maklumat dan kerjasama yang

diberikan dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan. Penghargaan ini juga ditujukan khas buat

rakan-rakan sekumpulan dan keluarga terutama suami di atas bantuan dan sokongan moral

yang diberikan. Tidak lupa juga kepada semua individu dan pihak yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung di dalam saya menghasilkan tugasan ini.

Insya Allah, dengan terlaksananya tugasan ini akan memberi kesan positif kepada kami

semua agar menjadi seorang guru yang berilmu pengetahuan dan tabah dalam mengharungi

cabaran sebagai seorang pendidik..

Sekian, terima kasih..

KANDUNGAN

Page 2: Final

ISI KANDUNGAN

i Penghargaan

ii Isi kandungan

iii Borang rekod kolaborasi

TUGASAN 1

1.0 Transkrip Temubual dengan Guru Cemerlang

TUGASAN 2

2.0 Dapatan Hasil Temubual

TUGASAN 3

3.0 Penulisan Akademik

4.0 Rujukan

6.0 Lampiran

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

Page 3: Final

Tarikh Perkara Yang Dibincang CatatanTanda tangan

08 Ogos 2015

Menerima soalan tugasan daripada pensyarah dan mendapatkan penerangan daripada pensyarah berkenaan format penghasilan kerja kursus kali ini.

Tugasan perlu dihantar pada 12 September 2015

15 Ogos 2015

Memahami kehendak soalan yang diberi.

Mencari bahan-bahan daripada sumber-sumber yang berkaitan.

Mengumpul bahan bahan yang diperolehi daripada pusat sumber.

Mengenal pasti maklumat mengikut bidang yang berkaitan.

Merangka jadual kerja yang hendak dilaksanakan.

Membaca bahan yang dikumpul.

20 Ogos 2015

Menyediakan draf kerja kursus yang diberi.

Berbincang dan menyenaraikan maklumat yang bersesuaian.

Merangka draf penghasilan kerja kursus.

Perbincangan dengan rakan-rakan

25 Ogos 2015

Mencari maklumat dari internet.

Merujuk buku-buku yang berkaitan dengan kerja kursus..

Menghadiri sesi temu bual dengan guru cemerlang.

Mencetak maklumat.

Mencatat nota dan maklumat daripada internet.

Merangka dapatan hasil temu bual dengan guru cemerlang

2 Sept 2015

Menganalisis maklumat yang berkaitan dengan bidang kajian .

Merangka pelaksanaan kajian dan pelaksanaan tindakan.

10 Sept 2015

Menaip semua maklumat dan bahan yang diperolehi.Menyiapkan tugasan

Mengedit dan menyunting bahan .Menyusun dan mencetak bahanMenyemak supaya tidak berlaku kesalahan ejaan dan struktur ayat.

12 Sept 2015

Kerja kursus diserahkan kepada pensyarah.

Diterima dan direkodkan.

TUGASAN 1

Page 4: Final

1.0 TRANSKRIP TEMUBUAL DENGAN GURU CEMERLANG

Penulis / Guru

CemerlangTranskrip

Penulis

Guru

Cemerlang

Ok, pertama sekali, tahniah ye, saya ucapkan pada puan kerana telah

dilantik sebagai Guru Cemerlang. Saya nak tanya beberapa soalan pada

puan..

Sudah menjadi tugas pendidik yang bertindak sebagai pelaksana

pendidikan untuk menyiapkan diri menghadapi gelombang inovasi

dalam pendidikan. Apa komen puan?

Emm..sememangnya gelombang inovasi dalam pendidikan ini memang

sentiasa berlaku aa..sama ada dalam pembelajaran formal ataupun informal

la.. Inovasi merupakan satu perkembangan yang baik selari dengan arus

kehidupan supaya pembelajaran ini tidak membosankan emm..malah ianya

bertukar menjadi menarik dan mudah difahami.

Penulis

Guru

Cemerlang

Aaa..betul tu puan ee.. Pada pendapat puan, mengapa guru yang

inovatif ni sangat penting bagi merealisasikan Pelan Pendidikan

Malaysia ni, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia?

Guru inovatif ialah seorang guru yang sentiasa mencipta dan memikirkan

sesuatu pembaharuan untuk sesi pdp mereka. Guru inovatif ni sangat

penting untuk meletakkan sistem pendidikan kita berada pada taraf dunia.

Penulis Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mencapai

Page 5: Final

Guru

Cemerlang

aspirasi ini?

Antara langkah, sebenarnya banyak langkah yang kita boleh lakukan untuk

mencapai aspirasi negara ye..ke arah mewujudkan guru yang inovatif.

Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah melihat keperluan murid

mengikut aras kebolehan murid itu sendiri. Dan yang kedua selepas itu

barulah kita boleh merancang aktiviti yang bersesuaian dengan murid

tersebut dan seterusnya menjalankan aktiviti mengikut masa yang

ditetapkan kemudian kita menilai sejauh mana aktiviti kita tu berkesan

melalui eviden dan soal jawab bersama murid-murid tersebut.

Penulis

Guru

Cemerlang

Boleh puan nyatakan bagaimana ciri-ciri guru yang inovatif?

Ciri-ciri guru yang inovatif juga ada banyak sebenarnya. Antaranya yang

boleh saya sebutkan di sini ialah menggunakan pendekatan dan bahan

bantu daripada kehidupan persekitaran murid itu sendiri supaya aar..proses

itu ataupun inovatif yang..inovasi yang dilakukan itu lebih menarik dan

difahami serta bermakna bagi murid tersebut. Yang keduanya aa..berfikiran

kreatif dalam menyampaikan proses pembelajaran dan pengajaran.

Seterusnya yang ketiga banyak melibatkan murid dalam aktiviti kita dan

yang keempat memberi peluang kepada murid menterjemahkan pemikiran

mereka di dalam aktiviti yang kita lakukan.

Penulis

Guru

Cemerlang

Pada pendapat puan, apakah tips-tips yang berguna bagi membentuk

guru-guru yang inovatif?

Antara tips-tips yang berguna yang mungkin dapat dikongsikan ye..aar ialah

untuk menuju ke arah inovatif ni guru-guru berminat dengan kerjaya

seorang guru serta memikirkan penerimaan pelanggan kita iaitu murid-

murid. Tanggungjawab untuk melahirkan modal insan unggul sebagaimana

dalam komponen standard guru Malaysia juga memberikan impak yang

besar ke arah inovatifnya seseorang guru. Seterusnya ceria dalam kerjaya

Page 6: Final

juga sebenarnya merupakan bonus supaya guru itu sentiasa rasa

bersemangat dan tidak rasa bosan terhadap pelbagai tuntutan sistem

pendidikan masa kini.

Penulis

Guru

Cemerlang

Ok puan, apakah strategi pengajaran dan pembelajaran guru yang

inovatif?

Strategi pengajaran dan pembelajaran guru yang inovatif ada empat iaitu

Pembelajaran Berasaskan Masalah, Pembelajaran Berasaskan Projek,

Pembelajaran Elektronik dan Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang.

Semua strategi ini memerlukan pelajar berfikiran kritis semasa menyiapkan

tugasan di samping menggunakan teknologi pendidikan terkini.

Antara strategi lain yang boleh dipraktikkan atau mesti diketengahkan ialah

tentang persediaan, persediaan kita sebelum kita memulakan sesuatu

proses pdp lah..sebab dalam persediaan ini akan merangkumi bagaimana

penerangan kita terhadap sesuatu topik, aktiviti yang akan dilakukan pada

hari tersebut dan juga latihan yang bersesuaian yang akan kita lakukan

pada proses pdp tersebut. Dan yang keduanya strateginya ialah mesti

menepati masa sebab apabila kita menepati masa, jadi kita akan

menggunakan masa itu dengan sepenuhnya supaya masa yang ditentukan

itu betul-betul bermanfaat dan digunapakai sepenuhnya la..oleh guru dan

murid dalam proses pdp. Dan seterusnya, pastikan segala strategi yang

kita gunakan tu menepati dengan kehendak murid dan guru itu sendiri.

Maksudnya jangan kita buat satu-satu strategi yang nampak gempak tetapi

sebenarnya kita lebih kepada syok sendiri la..murid itu tak dapat memberi…

apa..memberi tumpuan yang sebaiknya la terhadap apa yang kita nak bagi

pada mereka.

Penulis Adakah strategi pengajaran ini sangat membantu murid dalam

Page 7: Final

Guru

Cemerlang

pembelajaran di dalam kelas?

Strategi pengajaran sangat..sangat membantu murid la..sebab apabila

strategi yang kita guna pakai itu menarik minat murid, secara tak langsung

akan membuahkan rasa cinta murid tu pada ilmu yang guru itu nak

sampaikan. Baik-baik mata pelajaran tu dia tak suka, tapi oleh kerana

strategi yang guru gunakan itu menarik minat, dia jadi rasa suka dengan

subjek tersebut, dan menanamkan rasa faham dan seterusnya akan

membuahkan kejayaan lah kepada murid tersebut.

Penulis

Guru

Cemerlang

Apakah contoh-contoh teknologi dalam pendidikan masa kini yang

boleh membantu murid?

Contoh teknologi masa kini sangat banyak sebenarnya. Antaranya ialah

seperti media tayang, power point, video ataupun filem-filem yang boleh kita

paparkan lah…melalui layar ee..aa ataupun dengan bantuan internet

ye..dan antaranya lagi eemm..antaranya lagi ialah dengan teknologi terkini

seperti Frog-VLE, menggunakan web based learning dan sebagainya lah..

Penulis

Guru

Cemerlang

Biasanya, apakah teknologi terkini yang digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran?

Terkini yang diterapkan ialah tentang penggunaan Frog-VLE di mana guru

dan murid boleh berinteraksi aarr..tidak terhad di sekolah sahaja malahan di

luar sesi pdp juga, guru dan murid masih lagi boleh berinteraksi dengan

menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dalam Frog-VLE dan

kemudian guru itu boleh pula memberi respon ataupun menanda, memberi

markah terhadap hasil kerja murid dalam Frog-VLE tersebut.

Penulis Pada pendapat puan, apakah peranan teknologi dalam pendidikan?

Page 8: Final

Guru

Cemerlang

Teknologi dalam pendidikan sangat membantu guru...sangat membantu

guru dalam proses pdp kerana dengan adanya teknologi ini memudahkan

guru menyampaikan sesuatu perkara. Dan yang keduanya menarik minat

murid terhadap sesi pembelajaran yang dilalui dan seterusnya juga

menjadikan aktiviti pdp itu padat dan sangat berkesan.

Ok..terima kasih kepada puan kerana sudi ditemuramah pada hari ini,

semoga puan terus berjaya dengan kerjaya puan sebagai guru cemerlang

demi masa depan anak-anak bangsa Malaysia..terima kasih puan..

Terima kasih kembali..

TUGASAN 2

Page 9: Final

2.0 DAPATAN HASIL TEMUBUAL

Penulis /

Guru

Cemerlang

Temubual

Penulis

Guru

Cemerlang

Ok, pertama sekali, tahniah ye, saya ucapkan pada puan kerana telah dilantik

sebagai Guru Cemerlang. Saya nak tanya beberapa soalan pada puan..

Sudah menjadi tugas pendidik yang bertindak sebagai pelaksana

pendidikan untuk menyiapkan diri menghadapi gelombang inovasi dalam

pendidikan. Apa komen puan?

Emm..sememangnya gelombang inovasi dalam pendidikan ini memang

sentiasa berlaku aa..sama ada dalam pembelajaran formal ataupun informal la..

Inovasi merupakan satu perkembangan yang baik selari dengan arus

kehidupan supaya pembelajaran ini tidak membosankan emm..malah ianya

bertukar menjadi menarik dan mudah difahami.

Refleksi Penulis

Inovasi dalam pendidikan berlaku secara formal dan tidak formal. Sama ada secara

sedar atau tidak, apabila berlaku pengubahsuaian dan penambaikan dalam menghasilkan

produk atau perkhidmatan, maka ia dikatakan inovasi. Apabila berlakunya inovasi, maka

pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan mudah difahami.

Guru inovatif yang sentiasa mencipta dan membuat pembaharuan dalam pengajaran dan

pembelajaran sangat penting agar sistem pendidikan kita bertaraf dunia. Guru harus

melengkapkan persediaan dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang dan

perlu berani melakukan perubahan ke arah kreativiti serta inovasi. Seperti tema Sambutan Hari

Guru kali ke-43 iaitu pada tahun 2014 yang telah dipilih “Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana

Inovasi”. Keperluan ini bersesuaian dengan perubahan bidang pendidikan masa kini yang

memerlukan guru kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran

efektif seterusnya melahirkan produk atau modal insan yang berkualiti.

Penulis Aaa..betul tu puan ee.. Pada pendapat puan, mengapa guru yang inovatif ni

Page 10: Final

Guru

Cemerlang

sangat penting bagi merealisasikan Pelan Pendidikan Malaysia ni, Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia?

Guru inovatif ialah seorang guru yang sentiasa mencipta dan memikirkan

sesuatu pembaharuan untuk sesi pdp mereka. Guru inovatif ni sangat penting

untuk meletakkan sistem pendidikan kita berada pada taraf dunia.

Refleksi Penulis

Guru mesti bersedia memainkan peranan penting dalam menggerakkan kreativiti dan

inovasi dalam semua bidang di sekolah dan bijak menerapkan kedua-dua elemen tersebut

melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang, memenuhi

keperluan murid mengikut aras kebolehan, merancang aktiviti yang bersesuaian dengan murid,

menjalankan aktiviti tersebut dan akhirnya menilai keberkesanan aktiviti. Guru tidak boleh lagi

mempraktikkan pengajaran yang sama seperti 10 atau 20 tahun dahulu kerana pelajar hari ini

semakin bijak seiring dan pengetahuan semakin mencabar dan sebab itu, guru harus bersedia

membuat perubahan ini.

Salah satu perubahan ini adalah dengan cara mencabar keupayaan pelajar mereka

berfikir dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik

minat murid atau boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Sebagai guru, golongan ini perlu

memainkan peranan penting bagi menerapkan kedua-dua elemen kreativiti dan inovasi dalam

pengajaran mereka sama ada dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.

Penulis

Guru

Cemerlang

Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mencapai aspirasi

ini?

Antara langkah, sebenarnya banyak langkah yang kita boleh lakukan untuk

mencapai aspirasi negara ye..ke arah mewujudkan guru yang inovatif. Antara

langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah melihat keperluan murid mengikut

aras kebolehan murid itu sendiri. Dan yang kedua selepas itu barulah kita

boleh merancang aktiviti yang bersesuaian dengan murid tersebut dan

seterusnya menjalankan aktiviti mengikut masa yang ditetapkan kemudian kita

menilai sejauh mana aktiviti kita tu berkesan melalui eviden dan soal jawab

Page 11: Final

bersama murid-murid tersebut.

Refleksi Penulis

Guru mesti bertindak sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi kerana guru

sebagai penyampai ilmu perlulah memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan transformasi dalam

menjana minda murid agar menjadi lebih dinamik. Murid yang kreatif dan inovatif akan menjadi

seorang yang sentiasa berfikit, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri

sendiri. Inilah ciri-ciri murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi

menghadapi cabaran masa depan terutama dalam memasuki era 2020.

Penulis

Guru

Cemerlang

Boleh puan nyatakan bagaimana ciri-ciri guru yang inovatif?

Ciri-ciri guru yang inovatif juga ada banyak sebenarnya. Antaranya yang boleh

saya sebutkan di sini ialah menggunakan pendekatan dan bahan bantu

daripada kehidupan persekitaran murid itu sendiri supaya aar..proses itu

ataupun inovatif yang..inovasi yang dilakukan itu lebih menarik dan difahami

serta bermakna bagi murid tersebut. Yang keduanya aa..berfikiran kreatif

dalam menyampaikan proses pembelajaran dan pengajaran. Seterusnya yang

ketiga banyak melibatkan murid dalam aktiviti kita dan yang keempat memberi

peluang kepada murid menterjemahkan pemikiran mereka di dalam aktiviti yang

kita lakukan.

Refleksi Penulis

Sebagai seorang guru, kita perlu memiliki sifat-sifat yang inovatif supaya kita dapat

mengikuti arus perkembangan terkini dalam bidang pendidikan. Antara ciri-ciri guru yang

inovatif ialah guru yang menggunakan bahan bantu mengajar daripada kehidupan persekitaran

murid supaya murid mudah memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan. Guru juga

hendaklah sentiasa berfikiran kreatif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran supaya menarik

minat murid seterusnya memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. Penglibatan murid

dalam setiap aktiviti yang dijalankan juga sangat penting kerana ini akan memberi peluang

psikomotor murid berkembang melalui aktiviti yang dilakukan.

Page 12: Final

Penulis

Guru

Cemerlang

Pada pendapat puan, apakah tips-tips yang berguna bagi membentuk

guru-guru yang inovatif?

Antara tips-tips yang berguna yang mungkin dapat dikongsikan ye..aar ialah

untuk menuju ke arah inovatif ni guru-guru berminat dengan kerjaya seorang

guru serta memikirkan penerimaan pelanggan kita iaitu murid-murid.

Tanggungjawab untuk melahirkan modal insan unggul sebagaimana dalam

komponen standard guru Malaysia juga memberikan impak yang besar ke arah

inovatifnya seseorang guru. Seterusnya ceria dalam kerjaya juga sebenarnya

merupakan bonus supaya guru itu sentiasa rasa bersemangat dan tidak rasa

bosan terhadap pelbagai tuntutan sistem pendidikan masa kini.

Refleksi Penulis

Untuk menjadi guru yang berinovatif, pertama sekali kita mestilah berminat dengan

kerjaya sebagai seorang guru. Jika seseorang guru tiada jiwa sebagai seorang pendidik, maka

pelajar-pelajar akan menjadi mangsa kerana guru tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan

ikhlas. Guru juga hendaklah sentiasa ceria, tersenyum dan sentiasa bersemangat semasa

menjalankan tugas. Ini secara tidak langsung akan memberi motivasi kepada anak didik

mereka.

Penulis

Guru

Cemerlang

Ok puan, apakah strategi pengajaran dan pembelajaran guru yang

inovatif?

Strategi pengajaran dan pembelajaran guru yang inovatif ada empat iaitu

Pembelajaran Berasaskan Masalah, Pembelajaran Berasaskan Projek,

Pembelajaran Elektronik dan Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang.

Semua strategi ini memerlukan pelajar berfikiran kritis semasa menyiapkan

tugasan di samping menggunakan teknologi pendidikan terkini.

Antara strategi lain yang boleh dipraktikkan atau mesti diketengahkan ialah

tentang persediaan, persediaan kita sebelum kita memulakan sesuatu proses

Page 13: Final

pdp lah..sebab dalam persediaan ini akan merangkumi bagaimana penerangan

kita terhadap sesuatu topik, aktiviti yang akan dilakukan pada hari tersebut dan

juga latihan yang bersesuaian yang akan kita lakukan pada proses pdp

tersebut. Dan yang keduanya strateginya ialah mesti menepati masa sebab

apabila kita menepati masa, jadi kita akan menggunakan masa itu dengan

sepenuhnya supaya masa yang ditentukan itu betul-betul bermanfaat dan

digunapakai sepenuhnya la..oleh guru dan murid dalam proses pdp. Dan

seterusnya, pastikan segala strategi yang kita gunakan tu menepati dengan

kehendak murid dan guru itu sendiri. Maksudnya jangan kita buat satu-satu

strategi yang nampak gempak tetapi sebenarnya kita lebih kepada syok sendiri

la..murid itu tak dapat memberi…apa..memberi tumpuan yang sebaiknya la

terhadap apa yang kita nak bagi pada mereka.

Refleksi Penulis

Strategi pengajaran dan pembelajaran guru yang inovatif ialah sama ada menggunakan

strategi pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran

elektronik atau pembelajaran berasaskan laman sesawang. Kesemua strategi ini menggunakan

inovasi yang memerlukan pelajar berfikiran kritis untuk menyiapkan tugasan di samping

menggunakan teknologi terkini.

2.3.1 Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Berasaskan Projek adalah satu strategi pembelajaran yang melibatkan

pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang

dibina berdasarkan persoalan autentik yang kompleks untuk menghasilkan produk atau tugasan.

Strategi membolehkan pelajar membuat aplikasi isi pelajaran kepada permasalahan autentik

yang memerlukan pemikiran kritis.

2.3.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan strategi yang melibatkan pelajar dalam

pembelajaran pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan berdasarkan

persoalan autentik yang kompleks melalui `membuat` atau `melakukan`.

2.3.3 Pembelajaran Elektronik

Page 14: Final

Pembelajaran Elektronik merujuk kepada pembelajaran yang berlaku dengan

menggunakan komputer dan internet, CD Rom, televisyen interaktif atau siaran melalui satelit

berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa mengikut keperluan pelajar menghasilkan

pengalaman dan penguasaan kemahiran dan pengetahuan baru. Antara ciri-ciri Pembelajaran

Elektronik atau E-Learning ini ialah pembelajaran mengikut kadar kendiri pelajar, boleh dicapai

oleh ramai pelajar dan boleh dicapai di mana-mana dengan talian internet.

2.3.4 Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang

Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang merupakan sejenis pembelajaran dalam

talian yang menggunakan gabungan streaming video, power point, audio dan perisian lain dalam

penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran guru yang

menarik akan membuatkan murid berminat untuk menyukai sesuatu mata pelajaran.

Antara strategi lain, seseorang guru hendaklah membuat persediaan sebelum sesi

pembelajaran dan pembelajaran. Tidak kira, persediaan sangat penting. Tanpa persediaan

yang mencukupi, guru diibaratkan pergi berperang tanpa membawa pedang. Isi pelajaran yang

hendak disampaikan menjadi tidak teratur dan akhirnya objektif pelajaran yang sepatutnya

dicapai oleh murid pada hari tersebut tidak difahami.

Pengajaran guru yang berinovatif juga menepati masa. Ini bermaksud guru masuk ke

dalam kelas tepat pada masanya dan menjalankan langkah-langkah pengajaran dan

pembelajaran mengikut masa dan tempoh aktiviti yang telah dirancang dan strategi yang

digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menepati kehendak dan kesesuaian

murid.

Penulis

Guru

Cemerlang

Adakah strategi pengajaran ini sangat membantu murid dalam

pembelajaran di dalam kelas?

Strategi pengajaran sangat..sangat membantu murid la..sebab apabila strategi

yang kita guna pakai itu menarik minat murid, secara tak langsung akan

membuahkan rasa cinta murid tu pada ilmu yang guru itu nak sampaikan. Baik-

baik mata pelajaran tu dia tak suka, tapi oleh kerana strategi yang guru

gunakan itu menarik minat, dia jadi rasa suka dengan subjek tersebut, dan

menanamkan rasa faham dan seterusnya akan membuahkan kejayaan lah

kepada murid tersebut.

Page 15: Final

Refleksi Penulis

Strategi pengajaran yang inovatif sangat membantu murid kerana mereka akan

menanamkan rasa minat terhadap mata pelajaran tersebut apabila guru menggunakan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.

Penulis

Guru

Cemerlang

Apakah contoh-contoh teknologi dalam pendidikan masa kini yang boleh

membantu murid?

Contoh teknologi masa kini sangat banyak sebenarnya. Antaranya ialah seperti

media tayang, power point, video ataupun filem-filem yang boleh kita paparkan

lah…melalui layar ee..aa ataupun dengan bantuan internet ye..dan antaranya

lagi eemm..antaranya lagi ialah dengan teknologi terkini seperti Frog-VLE,

menggunakan web based learning dan sebagainya lah..

Refleksi Penulis

Terdapat banyak contohya teknologi dalam pendidikan masa kini. Contohnya power point,

video, saluran astro di televisyen, internet dan sebagainya.

Penulis

Guru

Cemerlang

Biasanya, apakah teknologi terkini yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran?

Terkini yang diterapkan ialah tentang penggunaan Frog-VLE di mana guru dan

murid boleh berinteraksi aarr..tidak terhad di sekolah sahaja malahan di luar

sesi pdp juga, guru dan murid masih lagi boleh berinteraksi dengan menjawab

soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dalam Frog-VLE dan kemudian

guru itu boleh pula memberi respon ataupun menanda, memberi markah

terhadap hasil kerja murid dalam Frog-VLE tersebut.

Page 16: Final

Refleksi Penulis

Teknologi pengajaran dan pembelajaran terkini ialah penggunaan Frog VLE yang mana

murid dan guru boleh berinteraksi di mana-mana juga berada dan pada bila-bila masa di luar

sesi pdp. Frog VLE berperanan sebagai sebuah pembelajaran maya di mana lokasinya ialah

intranet, bilik darjahnya secara talian dan ruang sosial untuk sekolah-sekolah; seolah-olah

berada di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang

menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional.

Aktiviti dalam bilik darjah, kandungan pelajaran, ujian, kerja rumah, gred, penilaian dan sumber

luar yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya merupakan link

laman web akademik. Ia juga merupakan satu ruang sosial yang membenarkan pelajar dan

guru untuk berinteraksi melalui perbincangan melalui chat. Ia biasanya menggunakan Web 2.0

sebagai alat untuk interaksi 2 hala dan termasuk sistem pengurusan isi kandungan.

Penulis

Guru

Cemerlang

Penulis

Guru

Cemerlang

Pada pendapat puan, apakah peranan teknologi dalam pendidikan?

Teknologi dalam pendidikan sangat membantu guru...sangat membantu guru

dalam proses pdp kerana dengan adanya teknologi ini memudahkan guru

menyampaikan sesuatu perkara. Dan yang keduanya menarik minat murid

terhadap sesi pembelajaran yang dilalui dan seterusnya juga menjadikan aktiviti

pdp itu padat dan sangat berkesan.

Ok..terima kasih kepada puan kerana sudi ditemuramah pada hari ini, semoga

puan terus berjaya dengan kerjaya puan sebagai guru cemerlang demi masa

depan anak-anak bangsa Malaysia..terima kasih puan..

Terima kasih kembali..

Refleksi Penulis

Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan

Page 17: Final

kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari

maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat

menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat teknologi sebagai alat

bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan

berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka

hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah,

ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan

menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan

bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya

persembahan yang ditunjukkan melalui teknologi.

Di samping itu kesan penggunaan teknologi ialah dapat menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Dengan adanya teknologi dalam pendidikan, guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran

dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat

mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat

dalam teknologi. Melalui penggunaan alat teknologi, guru dapat menerangkan kepada pelajar

dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.

Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana

ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan teknologi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan

mengenai teknologi seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan

sebagainya.

3.0 TUGASAN 3

PENULISAN AKADEMIK

Page 18: Final

Negara sedang menuju ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai sebuah

negara maju menurut acuan sendiri. Sehubungan dengan itu, sudah menjadi tugas pendidik

yang bertindak sebagai pelaksana pendidikan untuk menyiapkan diri menghadapi gelombang

inovasi dalam pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan selaras dengan perkembangan

global dan dunia tanpa sempadan. Seorang guru masa kini perlu bijak dalam menangani semua

perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan, bijak mengenalpasti dan mengaplikasi

pelbagai strategi dan kaedah yang inovatif dalam pendidikan, mahir dalam menggunakan

semua jenis teknologi dalam pengajaran dan mampu menyesuaikan diri dalam perubahan

teknologi tersebut. Seseorang guru masa kini juga perlu mahir dalam merancang reka bentuk

resos yang inovatif serta mampu menggunakan pelbagai reka bentuk pentaksiran dan penilaian

yang terkini serta inovatif. Diharap dengan kemampuan guru mendepani semua perubahan

dalam sistem pendidikan masa kini akan mampu meletak Malaysia sebaris dengan negara-

negara yang maju pada tahun 2020.

Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan

sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah

merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah negara. Dalam ekonomi

global masa kini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan,

kemahiran dan kompetensi yang dimiliki rakyat. Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya

negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan berpeluang menikmati kemajuan

ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa

dan pengukuhan perpaduan. Pendidikan menyediakan peluang kepada individu untuk

meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, dan menyumbang secara aktif

kepada pembangunan negara. Melalui interaksi dalam masyarakat membolehkan individu

daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik belajar memahami, menerima

dan menghargai perbezaan, seterusnya berkongsi pengalaman dan aspirasi untuk membina

masa dapan Malaysia. Melalui perkongsian pengalaman dan aspirasi inilah identiti nasional

dan perpaduan negara dapat dipupuk.

Bagi memenuhi keperluan semua rakyat dan menyediakan negara untuk bersaing di

peringkat antarabangsa, adalah penting untuk negara melakarkan wawasan kejayaan sistem

pendidikan yang ingin dibangunkan, khusus berdasarkan konteks Malaysia. Generasi murid

terbaik yang ingin dihasilkan berdepan dengan cabaran ekonomi abad ke-21. Jenis pendidikan

Page 19: Final

yang relevan perlu disediakan untuk mereka menghadapi dunia globalisasi yang pantas

berubah. Aspirasi ini merangkumi dua aspek: pertama, sistem pendidikan secara keseluruhan

dan kedua, murid secara individu. Visi dan aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi

sistem pendidikan Malaysia.

Apa yang ingin disentuh di sini ialah tentang aspirasi murid iaitu tentang tahap kualiti

yang perlu ada pada setiap individu murid.

1. Pengetahuan : Setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran

literasi dan numerasi, menguasai mata pelajaran teras, pengetahuan am yang

menyeluruh tentang Negara dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam

bidang lain seperti seni, muzik dan sukan.

2. Kemahiran Berfikir : Setiap murid juga perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif

termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif.

3. Kemahiran Memimpin : Sistem pendidikan Negara akan membantu setiap murid

mencapai potensi sepenuhnya untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri

kepimpinan.

4. Kemahiran Dwibahasa : Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia

sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai

bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima.

5. Etika dan Kerohanian : Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian

dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan

dewasa agar mereka boleh menyelesaikan konfilik secara harmoni, bijak membuat

pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal serta

berani melakukan sesuatu yang betul.

6. Identiti Nasional : Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun

Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Semangat patriotik perlu

dipupuk dalam diri setiap murid tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi.

Apakah yang dimaksudkan dengan Inovasi? Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk

menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian

atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-

mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

Pada hari ini, perkembangan teknologi mempengaruhi setiap bidang kehidupan.

Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang

Page 20: Final

besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Kemajuan ini dapat

membantu guru-guru menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik

dan interaktif. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum pendidikan sebagai suatu

usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif tehadap perkembangan

teknologi. Pendidikan yang melibatkan bantuan media seperti komputer dapat menjadikan

proses pangajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan sekaligus dapat meningkatkan

prestasi pelajar. Media pengajaran yang menggunakan teknologi multimedia berupaya menarik

perhatian pelajar, memudahkan pelajar emahami dan mendapat maklumat yang kompleks

berbanding dengan penyampaian melalui lisan. Teknologi multimedia juga membantu

mengatasi kesuntukan masa, saiz dan ruang. Media pengajaran yang berasaskan komputer

mampu untuk menggunakan teknologi multimedia yang mempunyai ciri-ciri interaktif yang

membolehkan para pengguna mencapai maklumat dari segmen ke segmen yang lain tanpa

mengikut urutan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Inovasi? Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk

menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian

atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-

mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

Pada awal-awal pengajaran di sekolah, saya lebih banyak menggunakan “chalk and

talk” semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, setelah banyak didedahkan pelbagai

teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran, apatah lagi setelah saya berpeluang

mengikut Program Pensiswazahan Guru di IPGKTI, saya banyak belajar tentang bagaimana

untuk menyampaikan ilmu dengan lebih baik kepada murid-murid saya.

Antara aktiviti pendidikan yang inovatif yang saya telah laksanakan ke arah pencapaian

aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ialah pengalaman

saya menyediakan bahan bantu mengajar multimedia yang interaktif.

Saya telah membuat satu perisian interaktif yang menggunakan perisian LCDS.

Memang amat payah pada mulanya tetapi oleh kerana saya ingin belajar bagaimana untuk

menyediakan bahan bantu mengajar multimedia yang interaktif, maka saya telah cuba untuk

membuat satu pengajaran interaktif menggunakan LCDS. Adalah beberapa perisian yang

dicadangkan oleh pensyarah pembimbing semasa mempelajari tajuk Teknologi Pendidikan

tetapi saya telah memilih LCDS sebagai percubaan. Memang agak sukar tetapi hasilkan agak

Page 21: Final

memuaskan. Saya membayangkan betapa seronoknya menggunakan perisian yang interaktif

jika saya seorang murid. Soalan yang dijawab boleh disemak pada ketika itu juga.

Dalam melaksanakan strategi pengajaran yang inovatif, saya telah melaksanakan salah

satu strategi pengajaran inovatif iaitu pembelajaran berasaskan projek. Projek merupakan

aktiviti yang dijalankan oleh individu atau dalam kumpulan untuk mencapai sesuatu tujuan dan

mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran formal. Murid

dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan

seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-

lain perlu dibentangkan.

Strategi ini saya gunakan dalam Pengajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3 iaitu

Mengenal pasti jenis urat daun pada tumbuhan. Apa yang saya ingin murid-murid saya

lakukan ialah mengumpulkan beberapa jenis daun dan mengelaskannya kepada jenis urat daun

sama ada daun tersebut berurat jejala atau berurat selari. Saya menggunakan kaedah kajian

lapangan. Oleh itu, setiap kumpulan berbincang tentang tajuk tersebut dan mereka diarahkan

untuk mencari beberapa helai daun daripada pokok yang berlainan. Selepas itu, mereka

dikehendaki mengelaskan setiap helaian daun tersebut kepada kumpulannya sama ada berurat

jejala atau berurat selari. Daun tersebut ditampal pada sehelai kad manila mengikut

kumpulannya masing-masing. Setelah itu, setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil

projek mereka di hadapan kelas supaya setiap daripada mereka lebih faham tentang tajuk

tersebut. Hasil projek mereka telah ditampal di papan kenyataan di belakang kelas agar murid

boleh melihat hasil kerja mereka dan rakan-rakan yang lain. Setiap murid juga dikehendaki

membuat sebuah buku skrap mengenai tajuk Urat Daun Selari dan Urat Daun Jejala. Strategi

ini telah mencapai objektifnya dan semua murid lebih faham tentang tajuk tersebut. Saya

sangat berpuas hati dengan pelaksanaan strategi pengajaran yang inovatif ini.

Satu lagi strategi pengajaran yang inovatif yang telah saya laksanakan ialah Pengajaran

Elektronik iaitu dengan menggunakan power point. Apa itu Microsoft Powerpoint? Pengertian

Ms Powerpoint adalah salah satu program aplikasi Microsoft Office yang berguna untuk

membuat pembentangan dalam bentuk slide. Aplikasi ini biasanya digunakan untuk keperluan

pembentangan, mengajar dan untuk membuat animasi sederhana. Dengan adanya perisian ini,

ia menggantikan cara presentasi kuno iaitu dengan transparensi projector atau biasa disebut

OHP (Over Head Projektor). Dengan adanya Ms Powerpoint, membuat presentasi menjadi

Page 22: Final

sangat mudah kerena mengandungi slide-slide yang canggih dan menarik. Microsoft

powerpoint juga menyediakan template untuk memperindah pembentangan.

Saya telah membuat satu pengajaran berbantukan aplikasi Powerpoint yang mana saya

telah membuat beberapa slide yang mengandungi isi pelajaran yang penting serta peta minda

agar mudah lebih mudah faham. Saya telah memilih tajuk Pergerakan Haiwan dalam mata

pelajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 kelas 2 UM sebagai pengajaran menggunakan

perisian ini. Saya juga masukkan pergerakan setiap pergerakan haiwan seperti bagaimana

pergerakan kura-kura dan buaya merangkak, semut merayap, siput mengengsot dan

sebagainya. Dengan perisian yang menarik dengan warna yang pelbagai serta pergerakan

haiwan ini telah menarik minat murid seterusnya mereka cuba untuk memahami apa yang

terdapat pada setiap slide yang ditunjukkan. Apatah lagi, mereka memahami bagaimana

pergerakan sesetengah haiwan yang tidak dapat mereka lihat dalam alam sekeliling mereka.

2109 perkataan