fify punya

6
Sabar Membawa Berkat Suatu masa dahulu, tinggal sepasang suami isteri di sebuah kampung yang bernama Kampung Pulai Sebatang. Si suami, Andak berniaga kain batik dan si isteri, Melor pula menguruskan kerja-kerja rumah. Setelah beberapa lama berkahwin, mereka mendapat sepasang anak kembar. Si abang diberi nama Akob. Si adik pula diberi nama Akib. Sejak kelahiran kembar itu, rezeki Andak semakin bertambah. Masa berlalu. Andak kini menjadi saudagar kain yang berjaya di kampung itu. Rumah mereka sudah dibesarkan dan hidup dalam kemewahan. Malangnya Akob berubah menjadi seorang yang bongkak dan sombong dan tidak menghormati keluarganya. Pak Andak sering menerima aduan tentang sikap Akob daripada orang kampung. Puas sudah dia menasihati Akob, namun tidak diendahkannya. Ah! Mak ni asyik tak boleh saja, tengking Akob kepada ibunya. Kenapalah Akob jadi begini, keluh Pak Andak. Entahlah, bang. Puas sudah saya menasihatinya, tetapi saya pula yang ditengkingnya. Berbeza benar perangainya dengan Akib, kata Mak Melor. Dulu masa kita susah, Akob tak begitu. Sejak hidup kita senang, perangainya terus berubah.Pada suatu hari, Pak Andak jatuh sakit dan meninggal dunia. Tidak lama kemudian Mak Melor pula meninggal dunia. Sejak kematian orang tuanya, Akob semakin liar. Dia berbuat sesuka hatinya.

Upload: nur-jalil

Post on 18-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

CERITA

TRANSCRIPT

Sabar Membawa BerkatSuatu masa dahulu, tinggal sepasang suami isteri di sebuah kampung yang bernama Kampung Pulai Sebatang. Si suami, Andak berniaga kain batik dan si isteri, Melor pula menguruskan kerja-kerja rumah.Setelah beberapa lama berkahwin, mereka mendapat sepasang anak kembar. Si abang diberi nama Akob. Si adik pula diberi nama Akib. Sejak kelahiran kembar itu, rezeki Andak semakin bertambah.Masa berlalu. Andak kini menjadi saudagar kain yang berjaya di kampung itu.Rumah mereka sudah dibesarkan dan hidup dalam kemewahan. Malangnya Akob berubah menjadi seorang yang bongkak dan sombong dan tidak menghormati keluarganya.Pak Andak sering menerima aduan tentang sikap Akob daripada orang kampung. Puas sudah dia menasihati Akob, namun tidak diendahkannya.Ah! Mak ni asyik tak boleh saja, tengking Akob kepada ibunya.Kenapalah Akob jadi begini, keluh Pak Andak.Entahlah, bang. Puas sudah saya menasihatinya, tetapi saya pula yang ditengkingnya. Berbeza benar perangainya dengan Akib, kata Mak Melor.Dulu masa kita susah, Akob tak begitu. Sejak hidup kita senang, perangainya terus berubah.Pada suatu hari, Pak Andak jatuh sakit dan meninggal dunia. Tidak lama kemudian Mak Melor pula meninggal dunia. Sejak kematian orang tuanya, Akob semakin liar. Dia berbuat sesuka hatinya.Akob asyik berfoya-foya dan menghabiskan harta peninggalan orang tuanya.Suatu hari, Akob menghalau Akib dari rumah.Kau mesti keluar dari rumah ini! Aku lebih berhak ke atas harta ayah,kata Akob dengan garang.Tergamak abang menghalau saya dari rumah ini, kata Akib dengan hiba.Aku tak peduli! Kau mesti keluar dari rumah ini! tengking Akob sambil menunding ke pintu.Akib sungguh sedih kerana terpaksa keluar dari rumah itu.Ke mana aku hendak pergi? bisik Akib.

Akib berjalan ke arah matahari terbenam. Akhirnya, dia tiba di sebuah gua. Lebih baik aku bermalam di gua ini. Hari pun sudah senja, kata Akib.

Malam itu, Akib bermimpi bertemu dengan seorang lelaki tua yang berpakaian serba putih.Wahai cucu, ambil geliga sakti ini. Esok pagi, berjalanlah ke arah matahari terbenam. Kau akan sampai ke Negeri Cendana Pura. Pergilah ke istana. Kau rendamlah batu geliga ini dan renjis airnya kepada puteri yang sedang gering.Esok paginya, Akib terjaga dan mendapati ada sebiji batu di dalam genggamannya.Batu apa ni? tanya Akib lalu teringatkan mimpinya. Dia yakin mimpinya itu benar.Akib meninggalkan gua itu dan berjalan ke arah matahari terbenam dan tiba di sebuah negeri.Pak cik, apakah nama negeri ini?Negeri ini bernama Cendana Pura.Ini negerinya, bisik Akib.

Apakah yang berlaku sehigga semua orang bermuram durja?Puteri kesayangan kami sedang gering, jawap lelaki tua.Boleh saya tahu siapa raja yang memerintah negeri ini? tanya Akib.Raja kami bernama Raja Indera Syah. Kenapa anak bertanya?Saya ingin mencuba nasib mengubati tuan puteri itu, jawab Akib.

Lelaki tua itu terdiam.Benarkah anak boleh mengubati tuan puteri kami? tanya lelaki tua itu.Insya-Allah, pak cik.Kalau begitu, marilah pak cik hantar anak ke istana, kata lelaki tua itu.Pengawal membawa Akib menghadap Raja Indera Syah. Setelah mengangkat sembah, Akib menyatakan hasratnya untuk mengubati tuan puteri.Setelah niatnya diperkenankan, Raja Indera syah sendiri mengiringi Akib ke kamar puteri baginda. Kelihatan tuan puteri sedang terbaring lesu di atas pembaringan.Jelitanya puteri ini, detik hati Akib.Akib merendam geliga saktinya di dalam segelas air lalu direnjiskannya ke wajah tuan puteri. Sejurus kemudian tuan puteri itu berupaya bangun dan wajahnya kembali berseri-seri.

Raja Indera Syah terkejut bercampur gembira dan terus memeluk puteri baginda.Beta amat terhutang budi kepada kamu. Kamu telah mengembalikan sinar negeri ini, titah Raja Indera Syah dengan berseri-seri.Patik hanya menjalankan tanggungjawab, tuanku, sembah Akib.Siapakah nama kamu dan dari manakah asal kamu, anak muda?Nama patik Akib, tuanku. Patik berasal dari Kampung Pulai Sebatang. Patik anak yatim piatu. Sebenarnya, patik mempunyai seorang abang kembar. Namun, dia menghalau patik dari rumah kerana ingin menbolot harta peningalan ayah kami.Raja Indera Syah berasa kasihan kepada Akib dan tertarik dengan peribadi Akib yang elok itu.Esoknya, Raja Indera Syah memerintahkan bendahara mencanangkan berita tentang Puteri Teratai Sari yang sudah sembuh dan berita perkahwinan Puteri Teratai Sari dengan Akib.Akib terkejut mendengar berita itu. Namun, dalam diam dia gembira kerana bakal berkahwin dengan seorang puteri yang jelita.Sejak berkahwin dengan Puteri Teratai Sari, Akib bergelar Raja Muda. Walaupun hidup Raja Muda Akib senang-lenang namun, baginda tidak menghabiskan masa dengan sia-sia. Baginda membuka pusat rawatan dan mengubati orang dengan geliga saktinya.Berita kemasyhuran Raja Muda Akib sampai ke pengetahuan Akob. Dia sudah insaf di atas segala perbuatannya dan meminta maaf kepada Akib.Semasa aku dalam kemewahan, aku lupa segala-gala. Malah, aku tergamak menghalau adik kandungku sendiri. Sekarang, apabila sudah jatuh miskin, barulah aku sedar kesilapanku, kata Akob dengan sedih.Akob mengambil keputusan untuk pergi ke Negeri Cendana Pura untuk meminta maaf daripada adiknya.Setelah sampai di Negeri Cendana Pura, Akob singgah di pasar. Dia berharap mendapat sesuap nasi kerana sejak seminggu yang lalu dia hanya memakan buah-buahan hutan dan pucuk kayu.Alangkah bertuahnya Puteri Teratai Sari. Raja Muda Akib bukan sahaja kacak, tetapi sungguh baik budi perkertinya.Yalah. Walaupun baginda dulu hanya rakyat biasa, baginda tidak lupa diri. Layak benar baginda dilantik sebagai Raja Muda. Baginda berjiwa mulia.Ramai sudah rakyat yang diubati baginda.Baginda patut disanjung.Boleh tumpang bertanya? celah Akob mendengar perbualan peniaga itu.Ya. Apakah yang ingin kau tanya? tanya lelaki yang menjual songket.Siapa Raja Muda yang kalian bualkan?Raja Muda Akib.Baginda berasal dari mana?Kalau tak silap, baginda berasal dari Kampung Pulai Sebatang.Terima kasih, kata Akob lalu segera beredar dari situ. Sudah nyatalah kini adiknya yang bergelar Raja Muda di negeri itu.Setelah bertanya kepada orang jalan ke istana. Akhirnya, hajat Akob termakbul. Dapat juga dia berjumpa Akib dan meminta maaf kepadanya. Abang banyak berdosa kepadamu. Abang juga berdosa kepada ayah dan ibu. Abang menyesal. Abang terlalu asyik dengan harta dunia, kata Akob dengan linangan air mata.Sudahlah, bang. Lupakanlah perkara yang lalu. Saya sudah lama memaafkan abang.Akob dan Raja Muda Akib berpelukan. Kini barulah lega hati Akob. Raja Muda Akib mengajak Akob tinggal di istana. Namun, Akob menolak. Oleh itu, Raja Muda Akib telah memberikan wang kepada Akob untuk memulakan hidup baru.