fatwa isu-isu munakahat

48
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Upload: phunghuong

Post on 31-Dec-2016

294 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: fatwa isu-isu munakahat

1

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa

Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Page 2: fatwa isu-isu munakahat

2

Hak cipta dan cetakannya terpelihara. Sebarang bahagian daripadabuku ini boleh diterbitkan semula, disimpan dengan cara yang bolehdigunakan lagi dalam sebarang cara, baik secara elektronik, mekanikaldan sebagainya, setelah mendapat izin terlebih dahulu daripadaBahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, JabatanKemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Cetakan Pertama 2013© Hakcipta Terpelihara, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial danKomuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)ISBN 978-983-042-526-9

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-PenerbitanFATWA ISU-ISU MUNAKAHAT : KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA ISBN 978-983-042-526-9 1. Marriage (Islamic law). 2. Husband and wife (Islamic law). 297.577

Muka Taip Teks: ArialSaiz Taip Teks: 12

Diterbitkan Oleh:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan KomunitiAras 4-9 Blok D7, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62519, W.P Putrajaya.Tel: 03-8886 4000 Faks: 03-8889 1997www.islam.gov.my

Page 3: fatwa isu-isu munakahat

3

Isi kandungan

7

9

12

14

17

18

20

21

22

KEPUTUSANM/S

Kata Aluan

Hukum Menggunakan DNA Untuk MenentukanStatus Nasab Anak Dan Tempoh MelaksanakanLi’an Untuk Menafikan Nasab Anak

Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (VideoConference)

Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat

Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid

Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan UjianSaringan HIV Kepada Bakal Pengantin

Pelantikan Pendaftar Nikah Cerai Luar Negara AtasNama Jawatan

Hukum Suami Yang Melakukan Hubungan SeksualSecara Paksaan

Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada IsteriSekiranya Suami Berpoligami

Page 4: fatwa isu-isu munakahat

4

23

24

28

29

30

31

32

33

34

35

Hukum Menggunakan Alat-Alat Bantuan UntukTujuan Hubungan Kelamin

Hukum Menjadikan Caruman Kumpulan WangSimpanan Pekerja (KWSP) Sebagai HartaSepencarian

Penceraian Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Anak Tak Sah Taraf

Pencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat - 2

Pencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat

Kahwin Lari di Selatan Thailand

Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih DuaMarhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie

Pindaan Kepada Akta Penjagaan Budak 1961 HakSama Rata Kepada Ibu-ibu Pemakaian KepadaOrang-orang Islam

Tuntutan Fasakh Nikah Isteri Kerana SuamiMengidap Penyakit AIDS Atau Penagih Dadah

KEPUTUSANM/S

Page 5: fatwa isu-isu munakahat

5

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

Pernikahan Menggunakan Wali Hakim (Wali Raja)dan Wali Tahkim

Pernikahan Melalui Persetujuan (Lelaki & Perempuan)

Mengahwinkan Diri Sendiri

Harta Sepencarian

Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah)

Pernikahan Dengan Perempuan Kitabiah - 3

Pernikahan dengan Perempuan Kitabiah - 2

Rancangan Keluarga - 2

Suami Isteri Bukan Beragama Islam KemudianSalah Seorang Daripadanya Memeluk Agama Islam

Pernikahan Dengan Perempuan Kitabiah

Rancangan Keluarga

Mengahwini Perempuan Yang Sedang MengandungAnak Luar Nikah

KEPUTUSANM/S

Page 6: fatwa isu-isu munakahat

6

Page 7: fatwa isu-isu munakahat

7

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Yang MahaPenyayang. Selawat dan salam kepada Junjungan NabiMuhammad S.A.W.

Buku ini menghimpunkan keputusan-keputusan MuzakarahJawatankuasa Fatwa Kebangsaan berkaitan Munakahat.Keputusan-keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa inidiputuskan berdasarkan kajian dan penyelidikan mendalam.Keputusan ini dicapai secara bersama oleh Mufti-mufti SeluruhMalaysia yang menganggotai jawatankuasa ini.

Himpunan keputusan fatwa ini diharap akan menjadi rujukan danpanduan semua pihak terutama dalam urusan Munakahat.

Akhir kata saya berdoa agar usaha ini dapat memberi manfaatkepada semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHAKetua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kata aluan

Page 8: fatwa isu-isu munakahat

8

kosong

Page 9: fatwa isu-isu munakahat

9

HUKUM MENGGUNAKAN DNA UNTUKMENENTUKAN STATUS NASAB ANAK DAN TEMPOH

MELAKSANAKAN LI’AN UNTUK MENAFIKANNASAB ANAK

M uzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-101

yang bersidang pada 27 September 2012 telahmembincangkan Hukum Menggunakan DNA UntukMenentukan Status Nasab Anak Dan TempohMelaksanakan Li’an Untuk Menafikan Nasab Anak.Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah danpandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskanbahawa Islam sangat menitik beratkan persoalan nasabdan apabila telah ada dalil yang mengisbatkan nasab, makapenafiannya tidak boleh diterima melainkan dengan kaedahLi’an kerana Li’an telah sabit melalui al-Quran, al-Sunnahdan al-Ijma’ dan merupakan suatu amalan taabudiah.

Muzakarah juga menjelaskan bahawa Majma’ Fiqh al-Islami yang bersidang pada 21 - 26 Syawal 1422 bersamaan5 - 10 Januari 2002 telah memutuskan bahawa untukmengisbatkan nasab, penggunaan DNA dibenarkan dandilakukan atas perintah mahkamah hanya dalam kespertelingkahan ketidaktahuan nasab anak atas pelbagaisebab, kes kekeliruan atau pertukaran anak di hospital ataupusat jagaan, kes bayi tabung uji serta dalam kes anak-

Keputusan 1

Page 10: fatwa isu-isu munakahat

10

anak yang hilang atas sebab bencana alam dansebagainya. Walau bagaimanapun, Majma’ al-Fiqh al-Islamimenetapkan bahawa DNA tidak boleh digunakan untukmenafikan nasab anak apalagi digunakannya mendahuluikaedah li‘an.

Muzakarah menegaskan bahawa para Fuqaha’ telahbersepakat bahawa penafian nasab anak melalui kaedahli’an perlu dilakukan dengan kadar segera danjika penafian nasab tidak dilakukan dalam tempoh yangditetapkan, maka gugurlah hak penafian nasab tersebut.

Muzakarah turut menegaskan bahawa merujuk kepadaMazhab Shafie, terdapat dua pandangan iaitu dalam qaulqadim dan qaul jadid. Dalam qaul qadim, Imam Shafiemenetapkan bahawa penafian hendaklah berlaku sejurusdiketahui kelahiran bayi tersebut. Sekiranya penafian tidakdibuat, bermakna seseorang itu telah mengakui bahawabayi tersebut adalah anaknya. Namun begitu, dalam qauljadid, penafian tidak semestinya secara terus. Iamemerlukan masa sebelum sesuatu keputusan diambilmemandangkan ia merupakan satu perkara yang penting.Ia boleh ditangguhkan sehingga tiga hari dan penangguhanhanya boleh berlaku atas sebab-sebab keuzuran.

Sehubungan itu, berdasarkan penegasan danpandangan para ulama’ mengenai tempoh segera bagimelakukan li’an untuk menafikan nasab anak, Muzakarahberpandangan bahawa seseorang yang hendak melakukanli’an bagi penafian nasab anaknya perlu mempunyai tempoh

Page 11: fatwa isu-isu munakahat

11

waktu yang munasabah sebelum membuat keputusan demimengelakkan sebarang kemudaratan yang mungkinberlaku.

Oleh yang demikian, Muzakarah bersetuju memutuskanbahawa tempoh segera bagi seseorang bapa yang hendakmelakukan li’an bagi menafikan nasab anaknya adalahbermula daripada tarikh isterinya disahkan mengandungsehinggalah tiga (3) hari selepas bersalin. Penafian setelahtempoh munasabah tersebut adalah tertolak dan anaktersebut adalah sah dan sabit sebagai anaknya.

Muzakarah juga bersetuju memutuskan supaya garispanduan untuk menjalankan ujian DNA oleh pihak berkuasaberkaitan hendaklah diperketatkan lebih-lebih lagi dalamisu untuk menafikan nasab kerana DNA hanya sekadarqarinah atau sokongan semata-mata dan tidak bolehdijadikan bukti utama.

Page 12: fatwa isu-isu munakahat

12

HUKUM AKAD NIKAH MENERUSI SIDANG VIDEO(VIDEO CONFERENCE)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97

yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telahmembincangkan mengenai Hukum Akad Nikah MenerusiSidang Video (Video Conference). Muzakarah telahmembuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah danpandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskanbahawa para fuqaha’ bersepakat mensyaratkan bahawabagi memastikan sesuatu akad nikah itu sah, ia hendaklahdilakukan dalam satu majlis (ittihad al-majlis) supayasemuanya terlibat secara langsung semasa pelaksanaanijab dan qabul.

Sehubungan itu, memandangkan akad nikah menerusisidang video telah memenuhi syarat Ittihad al-Majlis keranaia dikelaskan sebagai Ittihad al-Majazi, Muzakarah bersetujumemutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikahmenerusi sidang video dengan syarat-syarat seperti yangberikut : 1. Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin bukan

al-zhan.

2. Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.

Keputusan 2

Page 13: fatwa isu-isu munakahat

13

3. Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikahmenurut hukum syarak.

4. Digalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkanpasangan.

5. Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah ditempat yang ditentukan kerana berjauhan sepertiberada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belahpihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkansakit, banjir dan sebagainya.

6. Tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang(seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yangsedang berkuatkuasa.

Page 14: fatwa isu-isu munakahat

14

HUKUM WANITA MENYUSUKAN ANAK ANGKAT

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96

yang bersidang pada 13 - 15 Oktober 2011 telahmembincangkan mengenai Hukum Wanita MenyusukanAnak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan sepertiberikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah danpandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskanbahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkananak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susuibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya merekamampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam jugamembenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapimengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anaktersebut dengan bantuan rawatan perubatan.

Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhurfuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mestihamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimanapandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yangmenyatakan bahawa seorang perempuan yang hendakmenyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyaisuami yang menyetubuhinya.

Keputusan 3

Page 15: fatwa isu-isu munakahat

15

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskanbahawa menggunakan ubat atau suntikan untukmerangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengansyarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umurbaligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya danubat atau hormon yang digunakan tersebut tidakmengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat.Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yangberubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.

Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat duakaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahramdengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsungdari payudara dan penyusuan secara tidak langsung sepertimenggunakan tiub, botol susu dan sebagainya.Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alatsokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukanbayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sahsebagai anak susuan apabila cukup syarat-syaratpenyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:

a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;

b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan

c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraanbulan qamariah.

Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah

menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan

Page 16: fatwa isu-isu munakahat

16

daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yangmenyusu secara terus daripada payudara. Walaubagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalahdengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur,menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat lukatubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anaksusuan.

Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanitaberagama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayibukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islamboleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidakada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebuttidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yangdisusukan tersebut.

Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yangbercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama sepertisusu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minumanatau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripadaulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk sabitmenjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syaratpenyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.

Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yangmenyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah sabitmenjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskanbahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanitaberkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuantersebut.

Page 17: fatwa isu-isu munakahat

17

HUKUM UPACARA AKAD NIKAH DI MASJID

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95

yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkanmengenai Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid.Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: 1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan

yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawaJumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacaraakad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid.Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalahsunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikahdi masjid.

2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskanbahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atausurau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan.

Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagipengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertaiupacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adabdan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjidatau surau berkenaan.

Keputusan 4

Page 18: fatwa isu-isu munakahat

18

KEWAJARAN MEWAJIBKAN PELAKSANAAN UJIANSARINGAN HIV KEPADA BAKAL PENGANTIN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87

yang bersidang pada 23 - 25 Jun 2009 telahmembincangkan Kewajaran Mewajibkan PelaksanaanUjian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin.Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Ujian saringan HIV kepada setiap pasangan yang hendakberkahwin wajib dilaksanakan sebagai langkah pencegahanbagi mengelakkan mudarat yang lebih besar kepadapasangan dan keturunannya.

2. Usaha bersungguh-sungguh dilakukan ke arahmewujudkan undang-undang induk di semua negeribagi memperkukuhkan pelaksanaan ujian saringan HIVini pada masa-masa akan datang.

Keterangan / Hujah: 1. Walaupun perkahwinan adalah sunnah Rasulullah

S.A.W dan amat digalakkan, namun ianya akan bertukarmenjadi haram dan dilarang sekiranya kesan yang akantimbul daripada perkahwinan tersebut akan memberikankemudharatan yang lebih besar. Apabila bertembungkebaikan dan kemudharatan maka menolak kemudharatanitu adalah lebih diutamakan bagi menjamin kelangsunganhidup masyarakat dalam sesebuah negara.

Keputusan 5

Page 19: fatwa isu-isu munakahat

19

2. Antara Maqasid Syari’yyah yang lima ialah menjagaketurunan. Menutup sesuatu kemudaratan sebelumberlakunya mudarat tersebut adalah lebih baik daripadamengubatinya. Ia adalah penting bagi memeliharaagama dan keturunan.

3. Muhammad az-Zuhayli mengatakan bahawa adalah

harus bagi pemerintah mengeluarkan hukum mewajibkansesiapa yang hendak berkahwin melakukan ujian HIV.

4. Ali as-Sabuni berpandangan bahawa pengesahan

kesihatan daripada doktor tidak dikira melewatkanperkahwinan, akan tetapi ianya memberi gambaranyang jelas kepada pasangan yang bakal mendirikanrumahtangga mengenai perkongsian hidupnya padamasa akan datang. Syariat Islam membenarkan sesuatuyang berfaedah dan bermanfaat (ujian saringan kesihatan)kepada individu dan keluarga walaupun tidak dinaskanoleh fuqaha’ ke atasnya secara langsung.

Page 20: fatwa isu-isu munakahat

20

PELANTIKAN PENDAFTAR NIKAH CERAI LUARNEGARA ATAS NAMA JAWATAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74

yang bersidang pada 25-27 Julai 2006 telahmembincangkan Pelantikan Pendaftar Nikah Cerai LuarNegara Atas Nama Jawatan. Muzakarah telah memutuskanbahawa:

1. Islam menyuruh umatnya mempermudahkan urusanperkahwinan selagimana ia tidak melanggar HukumSyarak dan mematuhi peraturan negara. Walaubagaimanapun dalam urusan perkahwinan di luar negara,pelantikan Pendaftar Nikah Cerai perlu dipilih daripadamereka yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syaratwali yang ditetapkan.

2. Berdasarkan keperluan tersebut, Muzakarah memutuskan

bahawa pelantikan Pendaftar Nikah Cerai Luar Negaratidak boleh dibuat atas nama jawatan, tetapi perlu dibuatatas nama individu yang berkelayakan menurut syarak.

Keputusan 6

Page 21: fatwa isu-isu munakahat

21

HUKUM SUAMI YANG MELAKUKAN HUBUNGANSEKSUAL SECARA PAKSAAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71

yang bersidang pada 22 - 24 November 2005 telahmembincangkan Hukum Suami Yang Melakukan HubunganSeksual Secara Paksaan. Muzakarah telah memutuskanbahawa di dalam Islam hubungan di antara lelaki dan wanitaadalah dihalalkan setelah melalui akad Ijab dan Qabul yangsah.

Oleh itu Muzakarah bersetuju memutuskan bahawatiada istilah rogol atau melanggar hak asasi manusia dalamsebuah perkahwinan yang sah dan keganasanrumahtangga yang berlaku adalah lebih bersifat dharar yangboleh diambil tindakan melalui peruntukan undang-undangsedia ada.

Keputusan 7

Page 22: fatwa isu-isu munakahat

22

HUKUM CERAI TAKLIK PILIHAN KEPADA ISTERISEKIRANYA SUAMI BERPOLIGAMI

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71

yang bersidang pada 22 - 24 November 2005 telahmembincangkan Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada IsteriSekiranya Suami Berpoligami. Muzakarah telahmemutuskan bahawa:

1. Di dalam Islam poligami adalah diharuskan. Oleh itudengan mengambilkira hikmah poligami yang telahdisyariatkan, Muzakarah memutuskan bahawa cadanganmemasukkan lafaz cerai taklik sekiranya suami berpoligamitidak perlu dilaksanakan.

2. Muzakarah juga berpandangan bahawa Undang-

undang Keluarga Islam yang sedia ada telah lengkapdan mencakupi semua isu berkaitan institusi keluargaIslam. Sehubungan itu sebarang pindaan undang-undang bagi tujuan penambahan lafaz cerai taklik iniadalah tidak diperlukan.

Keputusan 8

Page 23: fatwa isu-isu munakahat

23

HUKUM MENGGUNAKAN ALAT-ALAT BANTUANUNTUK TUJUAN HUBUNGAN KELAMIN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69

yang bersidang pada 13 - 15 Jun 2005 telahmembincangkan Hukum Menggunakan Alat-alat BantuanUntuk Tujuan Hubungan Kelamin. Muzakarah telahmemutuskan bahawa harus menggunakan alat bantuanuntuk tujuan hubungan kelamin selagimana ia tidakmemudaratkan dan tidak najis.

Keputusan 9

Page 24: fatwa isu-isu munakahat

24

HUKUM MENJADIKAN CARUMAN KUMPULANWANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) SEBAGAI

HARTA SEPENCARIAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67

yang bersidang pada 22 Februari 2005 telahmembincangkan Hukum Menjadikan Caruman KumpulanWang Simpanan Pekerja (KWSP) Sebagai HartaSepencarian. Muzakarah telah memutuskan bahawa wangcaruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai hartasepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai hartapusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

Keterangan / Hujah: LATAR BELAKANG

Isu untuk menjadikan wang caruman KWSP sebagaiharta sepencarian timbul apabila terdapat beberapa pihakyang mahukan pihak isteri juga turut mempunyai hak dalamcaruman KWSP suami terutama apabila berlaku perceraianatau kematian si suami.

Undang-undang Pentadbiran Mahkamah Syariah diKelantan dan Undang-undang Keluarga Islam di seluruhnegeri serta Wilayah Persekutuan ada mentafsirkanmaksud harta sepencarian. Dari sudut perundangan,terdapat sedikit perbezaan dalam pentafsiran terminologi

Keputusan 10

Page 25: fatwa isu-isu munakahat

25

ini sungguhpun tidak terdapat perbezaan dari segi amalanpembahagian. Umumnya, harta sepencarian dapatdidefinisikan sebagai harta sama ada harta alih atau hartatak alih yang diperoleh bersama oleh suami dan isteri hasildaripada usaha dan sumbangan bersama-sama dalamtempoh perkahwinan mereka dan termasuklah juga nilaiharta yang diperoleh sebelum mereka berkahwin yang telahdimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masaperkahwinan melalui usaha bersama.

Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa eksklusif untukmendengar dan membicarakan tuntutan harta sepencariandaripada mana-mana pasangan Islam yang telah bercerai.Terdapat dua faktor yang diambil kira dalam menentukansesuatu itu merupakan harta sepencarian atau tidak. Faktorpertama ialah sumbangan secara langsung. Sumbanganini merujuk kepada usaha bersama yang jelas olehpasangan suami isteri untuk memperoleh sesuatu aset itu.Ia merupakan faktor utama bagi mahkamah untukmensabitkan adanya hak harta sepencarian semasa dalamtempoh perkahwinan.

Faktor kedua merujuk kepada sumbangan secara tidaklangsung oleh isteri atau suami kepada pasangannya dalammendapatkan sesuatu aset. Sebagai contoh, suami bekerjauntuk mendapatkan sumber pendapatan, manakala isteriialah seorang suri rumah yang tidak bekerja bersama-samadalam memperoleh sumber pendapatan tersebut. Namun,kebijaksanaan isteri dalam menguruskan rumah, anak-anakdan sebagainya ditafsirkan sebagai sumbangan secara

Page 26: fatwa isu-isu munakahat

26

tidak langsung yang menjamin seseorang suami dapatmenumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya.

Daripada huraian yang telah dibuat, caruman KWSPtidak dikategorikan sebagai harta sepencarian. Di bawahAkta KWSP 1991, Seksyen 51, Simpanan KWSP ahli yangmasih hidup adalah hak mutlak pencarum untuk kebajikanmereka pada hari tua yang tidak boleh dipindahkan kepadapihak lain. Akta KWSP ini pula terletak di bawah undang-undang sivil. HUJAH DAN DALIL Tiada dalil khusus tentang harta sepencarian dan carapembahagian dalam al-Quran dan hadis. Namun demikian,Allah SWT telah pun menggariskan prinsip asas pemilikaniaitu ia berdasarkan kepada usaha tanpa membezakanantara lelaki dan wanita. Firman Allah SWT berikut inimenjadi asas kepada kepentingan pertimbangansumbangan secara langsung dalam penentuan hartasepencarian:

Maksudnya:Dan bagi orang lelaki ada bahagian dari apa yangmereka usahakan dan orang perempuan pula adabahagian daripada apa yang mereka usahakan.

(Al-Nisa’ : 32) Mazhab Syafie menggariskan, konsep perkongsian hartaboleh dilihat melalui syarikat al-‘inan yang perkongsian

Page 27: fatwa isu-isu munakahat

27

dalam bentuk harta dibuat oleh dua pihak atau lebih melaluiakad, dan keuntungan kembali kepada pihak tersebutmenurut upah yang munasabah dengan kerja. MazhabHanafi mengharuskan secara mutlak syarikat al-abdandi mana perkongsian berlaku apabila dua orang berkongsitenaga dan usaha tanpa harta dan modal. Maka keuntungankembali kepada kedua-dua pihak atas kadar upah yangmunasabah mengikut kerja. Mazhab Maliki dan MazhabHambali juga bersependapat begini dengan mensyaratkanpersamaan dari segi jenis kerja.

Berdasarkan pandangan para ulama, dapat dirumuskanbahawa sumbangan kerja menjadi faktor menentukan wangsimpanan KWSP sebagai harta sepencarian atau tidak.Perkongsian wang simpanan KWSP bukanlah perkongsianberakad dalam bentuk harta. Sekalipun terdapatperkongsian usaha dan tenaga, namun sumbangan isteriatau suami kepada pasangannya di dalam atau di luarrumah bukanlah dari jenis kerja yang sama yang dilakukanoleh pasangan tersebut. Oleh itu, wang simpanan KWSPbukanlah bentuk harta sepencarian tetapi harta pusakayang wajib diagih-agihkan kepada yang berhakmenerimanya melalui hukum faraid.

Page 28: fatwa isu-isu munakahat

28

PENCERAIAN MELALUI SISTEMPESANAN RINGKAS (SMS)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-59

yang bersidang pada 27 Ogos 2003 telah membincangkanPenceraian Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suamiyang ditujukan kepada isterinya secara khususseperti melalui faksimili, SMS, e-mel dan sebagainyamerupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sahsekiranya disertai dengan niat.

2. Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada

mahkamah syariah untuk mensabitkan talak tersebut. 3. Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat

komunikasi moden adalah kaedah penceraian yangtidak menepati adab penceraian yang digariskan olehsyarak.

Keputusan 11

Page 29: fatwa isu-isu munakahat

29

ANAK TAK SAH TARAF

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57

yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkanmengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telahmemutuskan seperti berikut: a. Anak Tak Sah Taraf ialah: 1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina

atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhansyubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat)

mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin(setubuh).

Anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepadalelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepadasesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidakmenjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Keputusan 12

Page 30: fatwa isu-isu munakahat

30

PENCANTUMAN BENIH UNTUKMENDAPATKAN ZURIAT - 2

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56

yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkanPencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat. Muzakarahtelah memutuskan bahawa:

1. Hukum mencantumkan benih yang dikeluarkansebelum akad nikah dan kemudiannya dibuat pencantumandalam tempoh perkahwinan yang sah adalah haram.

2. Hukum mencantumkan benih yang diambil dan

dicantumkan dalam tempoh perkahwinan yang sahadalah harus.

Keputusan 13

Page 31: fatwa isu-isu munakahat

31

PENCANTUMAN BENIH UNTUKMENDAPATKAN ZURIAT

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-55

yang bersidang pada 8 April 2003 telah membincangkan

Pencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat.Muzakarah telah memutuskan bahawa hukummemasukkan embrio ke dalam rahim isteri selepas berlakukematian suami atau perceraian adalah haram.

Keputusan 14

Page 32: fatwa isu-isu munakahat

32

KAHWIN LARI DI SELATAN THAILAND

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52

yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkanKahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telahmemutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negaraadalah sah dengan syarat :

1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah. 2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah. 3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang

perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempatdia bermastautin.

4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf

oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkandi wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagaiwali hakim.

Keputusan 15

Page 33: fatwa isu-isu munakahat

33

PERKAHWINAN LARI MENINGGALKAN WALILEBIH DUA MARHALAH MENGIKUT

MAZHAB AL-SYAFIE

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52

yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkanPerkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua MarhalahMengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskanbahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikahyang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yangberjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sahmenurut mazhab Al-Syafie.

Keputusan 16

Page 34: fatwa isu-isu munakahat

34

PINDAAN KEPADA AKTA PENJAGAAN BUDAK 1961HAK SAMA RATA KEPADA IBU-IBU PEMAKAIAN

KEPADA ORANG-ORANG ISLAM

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52

yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkanPindaan Kepada Akta Penjagaan Budak 1961 Hak SamaRata Kepada Ibu-ibu Pemakaian Kepada Orang-orangIslam. Muzakarah telah memutuskan bahawa pindaankepada Akta Penjagaan Budak 1961 Hak Sama RataKepada Ibu-ibu Pemakaian Kepada Orang-orang Islamadalah bertentangan dengan hukum Islam dan disarankanagar dibuat kajian lanjut secara mendalam.

Keputusan 17

Page 35: fatwa isu-isu munakahat

35

TUNTUTAN FASAKH NIKAH ISTERI KERANASUAMI MENGIDAP PENYAKIT AIDS ATAU

PENAGIH DADAH

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37

yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkanTuntutan fasakh Nikah Isteri Kerana Suami MengidapPenyakit AIDS Atau Penagih Dadah. Muzakarah telahmeluluskan fatwa tuntutan fasakh nikah isteri keranasuami mengidap penyakit aids atau penagih dadah denganperakuan dari pakar perubatan yang adil.

Keputusan 18

Page 36: fatwa isu-isu munakahat

36

PERNIKAHAN MENGGUNAKAN WALI HAKIM(WALI RAJA) DAN WALI TAHKIM

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24

yang bersidang pada 5 - 6 Jun 1989 telah membincangkanPernikahan Menggunakan Wali Hakim (Wali Raja) dan WaliTahkim. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Pernikahan wanita-wanita tidak mempunyai wali nasabdi negeri Sabah yang dilakukan oleh jurunikah atau kadiyang dilantik oleh tuan yang terutama adalah dikirapernikahan secara wali hakim dan pernikahan ituadalah sah di sisi syarak.

2. Mufti negeri Sabah hendaklah membuat kenyataan umum

di negeri itu mengenai keputusan seperti di perenggandi atas.

3. Pernikahan pelajar atau rakyat Malaysia di luar negeri

secara wali tahkim atau tidak mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysiaadalah dilarang.

Keputusan 19

Page 37: fatwa isu-isu munakahat

37

PERNIKAHAN MELALUI PERSETUJUAN(LELAKI DAN PEREMPUAN)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-20

yang bersidang pada 2 April 1988 telah membincangkanPernikahan Melalui Persetujuan (Lelaki dan Perempuan).Muzakarah telah memutuskan bahawa adalah tidak sahpernikahan demikian kerana pernikahan ini tidakmempunyai saksi dan tidak menggunakan sighah Ijab danQabul seperti yang diittifaq oleh empat mazhab Islam iaituShafie, Hambali, Maliki dan Hanafi.

Keputusan 20

Page 38: fatwa isu-isu munakahat

38

MENGAHWINKAN DIRI SENDIRI

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-20

yang bersidang pada 2 April 1988 telah membincangkanMengahwinkan Diri Sendiri. Muzakarah telah memutuskanbahawa adalah tidak sah perkahwinan mengahwinkan dirisendiri kerana pernikahan ini tidak memenuhi syarat danrukun yang telah diittifaq oleh mazhab yang empat, iaitutiada wali dan saksi.

Keputusan 21

Page 39: fatwa isu-isu munakahat

39

HARTA SEPENCARIAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang

bersidang pada 13 - 14 April 1982 telah membincangkanHarta Sepencarian. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Segala apa yang diberi atau dihibahkan oleh suamikepada isteri atau sebaliknya dengan bukti secarasyarak atau dengan pengakuan dari pihak yang memberiadalah menjadi hak kepada yang menerima.

2. Mengenai rumah tempat tinggal dan perabot padadasarnya adalah menjadi hak suami kecuali bilaada kenyataan menunjukkan bahawa suami menghibahkankepada isterinya, atau isteri yang punya.

3. Mas kahwin, pakaian dan nafkah pada dasarnya adalah

menjadi hak isteri.

Keputusan 22

Page 40: fatwa isu-isu munakahat

40

PENAMAAN ANAK TAK SAH TARAF(ANAK LUAR NIKAH)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang

bersidang pada 28 - 29 Januari 1981 telah membincangkanPenamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah).Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina atau anakdi luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti denganperkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidakhendaklah di bin atau di bintikan kepada Abdullah.

Keputusan 23

Page 41: fatwa isu-isu munakahat

41

PERNIKAHAN DENGAN PEREMPUAN KITABIAH - 3

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-18 yang

bersidang pada 14 Mei 1980 telah membincangkanPernikahan Dengan Perempuan Kitabiah. Persidangantelah memutuskan bahawa:

1. Pernikahan orang Islam dengan perempuan Kitabiah(bukan asli) adalah tidak sah mengikut mazhab Shafie.

2. Pernikahan seperti itu (pernikahan orang Islam dengan

perempuan Kitabiah bukan asli) yang telah dilakukanpada masa yang lalu harus mengikut pendapat setengahulama’ dengan syarat jika pernikahan itu diakadkanmengikut Islam dan keluarga itu hendaklah hidupsecara Islam termasuk pendidikan anak-anak. Jikatidak dilakukan demikian maka perkahwinan itu hendaklahdibatalkan.

3. Pernikahan suami / isteri Kristian kemudian si suami

masuk Islam maka pernikahannya dikira sah dengansyarat kehidupannya mengikut cara Islam.

Keputusan 24

Page 42: fatwa isu-isu munakahat

42

PERNIKAHAN DENGAN PEREMPUAN KITABIAH - 2

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang

bersidang pada 14 Julai 1977 telah membincangkanPernikahan dengan Perempuan Kitabiah. Persidangantelah memutuskan bahawa takrif Kafir Kitabi ialah orangYahudi atau Nasrani:

1. Yang berketurunan Nabi Yaakub a.s., jika tidak diketahuidatuk neneknya memeluk agama itu selepas dinasakhkan(dibatalkan) oleh agama yang berikutnya seperti agamaYahudi dinasakhkan oleh agama Nasrani dan agamaNasrani dinasakhkan oleh agama Islam; atau

2. Yang bukan berketurunan Nabi Yaakub a.s., jika diketahui

datuk neneknya memeluk agama itu sebelum dinasakhkan.

Hukumnya halal nikah dengan perempuan Kafir Kitabiseperti di atas. Adapun perempuan Yahudi atau Nasraniyang bukan Kitabi seperti yang disebutkan di atas adalahharam.

Keputusan 25

Page 43: fatwa isu-isu munakahat

43

RANCANGAN KELUARGA - 2

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-12 yang

bersidang pada 20 Februari 1977 telah membincangkanRancangan Keluarga. Persidangan telah memutuskanbahawa Rancangan Keluarga mengandungi tiga bahagian,iaitu:

1. Memandulkan lelaki atau perempuan hukumnya adalahharam.

2. Mencegahkan beranak atau menghadkan bilangan

anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang-orangperseorangan.

3. Menyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan

kebahagiaan keluarga dengan cara yang lain daripada(a) dan (b) di atas adalah harus.

Keputusan 26

Page 44: fatwa isu-isu munakahat

44

SUAMI ISTERI BUKAN BERAGAMA ISLAMKEMUDIAN SALAH SEORANG DARIPADANYA

MEMELUK UGAMA ISLAM

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang

bersidang pada 30 April 1975 telah membincangkan SuamiIsteri Bukan Berugama Islam Kemudian Salah SeorangDaripadanya Memeluk Ugama Islam. Persidangan telahmemutuskan bahawa:

1. Nikah pasangan suami isteri yang bukan beragama Islamakan terputus jika salah seorang daripadanya memelukagama Islam tetapi jika yang seorang lagi memelukagama Islam juga dalam masa iddah itu maka kekalnikah mereka.

2. Dalam keadaan di mana salah seorang daripada

pasangan suami isteri yang bukan beragama Islammemeluk agama Islam maka hendaklah diberi penerangankepada mereka mengenai terpisahnya yang akanberlaku (tertalak) jika seorang lagi tidak memeluk agamaIslam dan hendaklah dinasihat dan dipujuk yang seorang lagi itu dengan hikmah supaya ia memeluk agama Islamjuga.

Keputusan 27

Page 45: fatwa isu-isu munakahat

45

PERNIKAHAN DENGAN PEREMPUAN KITABIAH

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang

bersidang pada 29 April 1975 telah membincangkanPernikahan Dengan Perempuan Kitabiah. Persidangantelah memutuskan bahawa apabila seseorang perempuanbukan Islam memeluk agama Kristian berkahwin denganlelaki Islam maka nikahnya tidak sah kecuali kafir Kitabi.

Keputusan 28

Page 46: fatwa isu-isu munakahat

46

RANCANGAN KELUARGA

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang

bersidang pada 22 November 1973 telah membincangkanRancangan Keluarga. Persidangan telah memutuskanbahawa menggalakkan amalan rancangan keluarga kepadaumum adalah haram, tetapi bagi orang perseorangan atassebab-sebab yang tertentu adalah diharuskan.

Keputusan 29

Page 47: fatwa isu-isu munakahat

47

MENGAHWINI PEREMPUAN YANG SEDANGMENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang

bersidang pada 21 - 22 Januari 1971 telah membincangkanMengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung AnakLuar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawaperempuan yang sedang mengandung anak luar nikahharus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkankepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidakmenjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak bolehmenjadi walinya.

Keputusan 30

Page 48: fatwa isu-isu munakahat

48