tasawwur islam ii - munakahat - ismail haron

Upload: alexey-yagudin-wong

Post on 14-Oct-2015

143 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

munakahat

TRANSCRIPT

  • TASAWWUR ISLAM IIWEEK 2MUNAKAHAT DALAM ISLAMDISEDIAKAN OLEH:PUSAT PENDIDIKAN ANDALUSdanUSTAZ ISMAIL HARONFEB 2012AHAD WOODLANDS

  • PENDEKATAN TOPIK MUNAKAHATDALAM TASAWWUR ISLAM 2APPROACH & FOKUS TOPIK KEPADA ISU-ISU yg BERBENTUK TASAWWUR:Perkahwinan dalam IslamPoligami dalam IslamPerceraian dalam IslamIndahnya RujukKeistimewaan IddahKonsep NafkahDan isu-isu munakahat masakini

  • Pengertian nikahDari segi bahasa: Bersatu dan berkumpulDari segi syarak: Satu akad yang menghalalkan penyatuan dan perkongsian hidup lelaki dan wanitaDalil pensyariatan pernikahan ialah Surah An-Nisa : 3, Surah An-Nur:32, Surah Ar-Rum:21

  • Hikmah-hikmah pernikahanMenyahut seruan fitrah manusiaMelahirkan keturunan yang sholehMewujudkan ketenangan jiwaMemelihara akhlak dari keruntuhanMemelihara kewujudan manusiaMeluaskan ikatan persaudaraan

  • Hukum pernikahanSunat Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan ada keinginanMakruh Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi ada keinginanWajib Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan ada keinginan kuat yang dikhuatiri jatuh zinaHaram Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi bertujuan menzalimi isterinya Harus Bagi yang mampu tapi tiada keinginan

  • Persediaan sebelum nikahMemilih jodoh yang terbaikHadith Nabi s.a.w.:Dinikahi wanita kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakan yang kuat beragama, pasti kamu selamat.

  • Ciri-ciri bakal isteri yang baikKuat pegangan agamaMemiliki sifat kasih sayang dan lemah lembutSubur iaitu dapat melahirkan anakBerasal keturunan yang muliaBerilmu pengetahuanDigalakkan yang masih perawan

  • Ciri-ciri suami idamanKuat pegangan agamaBerakhlak muliaMempunyai hartaBerilmu pengetahuanBerketurunan muliaSihat jasmani

  • Tujuan pemilihan calon pasanganSupaya rumahtangga yang bakal dibina menjadi harmoniSupaya lahir perasaan kasih-mengasihi dan reda-meredaiSupaya melahirkan zuriat yang mulia dan berguna

  • Peminangan dan pertunangan Peminangan adalah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita untuk dinikahiPertunangan adalah ikat janji tempoh pengenalan dan persiapan untuk berumahtangga

  • Jenis-jenis pinanganPinangan terus terangContoh berkata: Saya ingin mengambil anak awak sebagai isteri saya. Ini dibenarkan untuk meminang anak dara, wanita yang tidak berada dalam iddah dan bukan mahram

  • Jenis-jenis pinanganPinangan sindiran/kiasanContoh berkata: Anak awak cantik dan ramai orang sukakannya.Pinangan ini dibenarkan untuk wanita yang dalam iddah kematian suaminya atau iddah talak bain(talak tiga atau fasakh)

  • Pinangan yang diharamkanKepada wanita yang bersuamiKepada wanita yang mahramKepada wanita yang dalam iddah talak rajiKepada wanita yang sudah dipinangi dan diterima pinangan

  • Minta pandangan orang tentang pasanganMesti menjelaskan dengan jujur kebaikan dan keburukan pasangan itu.Dalilnya ialah hadith Fatimah binti Qais yang meminta pandangan Nabi saw mengenai dua lelaki yang meminangnya.Nabi saw menceritakan keburukan mereka dan menyuruhnya bernikah dengan Usamah bin Zaid

  • MaskahwinHarta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya setelah akad nikah Tujuannya ialah menunjukkan kemampuan dan kesungguhan suami memelihara keluarganyaHukumnya wajib sebaik sahaja selesai akad nikah

  • Maskahwin Dalilnya dalam Surah An-Nisa:4Menyebutkan kadar maskahwin ketika akad nikah adalah sunatMaskahwin adalah milik mutlak seorang isteri tetapi wali akan menerimanya bagi pihak isteriTiada had minima dan maksima maskahwin.Ia bergantung kepada kemampuan suami.

  • Maskahwin Maskahwin boleh disegerakan atau ditangguhkan menurut persetujuan kedua pihakMaskahwin wajib diberikan sepenuhnya jika suami telah menyetubuhi isterinya atau salah seorang sama ada suami atau isteri meninggal dunia sebelum atau sesudah persetubuhan

  • Maskahwin Maskahwin wajib diberikan separuh jumlahnya jika suami menceraikan isterinya selepas akad nikah sebelum dia menyetubuhi isterinya.Maskahwin tidak wajib diberikan jika isteri berpisah dengan suaminya sebelum berlaku persetubuhan dan ianya berlaku disebabkan isteri seperti murtad atau kecacatan.

  • Syarat-syarat maskahwinMestilah benda yang suciMemberi faedah seperti mengajar ilmu agama atau Al-QuranDiketahui sifat dan jumlahnyaIa adalah milik suami

  • Hantaran Barang yang daripada maskahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan.Ia diberikan oleh pihak lelaki dan wanita dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11 dulang.Tiada kadar tertentu.Hukumnya harusBukan untuk menunjuk-nunjuk atau membazir.

  • Hikmah hantaranMengeratkan hubungan kekeluargaanMemuliakan pengantin lelaki dan perempuanSaling bertukar hadiah antara kedua belah pihak

  • Wanita yang haram dinikahiPengharaman ini kerana beberapa sebab seperti penghormatan, fitrah semulajadi manusia dan membina hubungan kekeluargaan.Wanita seumpama ini digelar mahram.Mereka terbahagi kepad dua golongan:

  • Pembahagian mahramMahram muabbad iaitu mereka yang haram dinikahi selamanyaMahram muaqqat iaitu mereka yang haram dinikahi untuk sementara waktu sahajaSebab-sebab pengharaman selamanya:Hubungan keturunan

  • Mahram muabbadIbu, nenek moyang ke atas sebelah bapa atau ibuAnak perempuan, cucu cicit ke bawah Adik-beradik kandung atau sebapa atau seibuAnak saudara kandung atau sebapa atau seibu

  • Mahram muabbadEmak saudara kandung atau sebapa atau seibu (sebelah bapa)Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu(sebelah ibu)Pengharaman kerana susuanGolongan wanita ini adalah sama seperti mahram keturunan

  • Mahram muabbadPengharaman dengan susuan disebabkan pernikahan, contoh:Ibu mertua susuanAnak tiri susuanIsteri bapa susuanIsteri menantu susuan

  • Mahram muabbadPengharaman kerana pernikahanIsteri bapa,datuk ke atas(ibu tiri)Isteri anak,cucu ke bawah (menantu)Ibu mertuaAnak tiri

  • Mahram muaqqatWanita yang diharamkan dinikahi untuk sementara waktu kerana ada halanganAdik-beradik isteri (ipar)Emak saudara dan anak saudara isteriIsteri yang kelimaWanita kafir penyembah berhalaIsteri orang lainIsteri dalam iddahIsteri talak tiga

  • Rukun-rukun nikahIjab dan kabulIjab adalah ucapan wali pengantin wanita kepada pengantin lelakiKabul ialah balasan pengantin lelaki kepada ucapan wali pengantin wanitaTujuannya ialah menzahirkan kerelaan pasangan pengantin terhadap pernikahan itu

  • Syarat-syarat ijab kabulMenggunakan lafaz nikah atau kahwinIjab kabul bersambung ucapannyaWali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai akad nikahTidak bersyaratTidak bertempoh

  • Rukun kedua nikahPengantin wanita, syarat-syaratnya:Beragama Islam atau ahli KitabBukan mahram,dalam iddah,isteri orang lain atau sudah dipinangDitentukan siapakah orangnyaBukan dalam ihram haji atau umrah

  • Rukun ketiga nikahPengantin lelaki, syarat-syaratnya:Beragama IslamBukan mahramDitentukan siapakah orangnyaBukan dalam ihram haji atau umrahTidak mempunyai empat orang isteri

  • Rukun keempat nikahWali iaitu ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin wanitaWali terbahagi kepada dua golongan; wali mujbir dan wali bukan mujbirWali mujbir ialah bapa atau datuk sebelah bapa kepada seorang gadis Wali bukan mujbir ialah wali-wali selain bapa dan datuk sebelah bapa

  • Hikmah adanya waliMenjaga keselamatan dan kehormatan wanita dari dipermainkanMenonjolkan sifat prihatin dan tanggungjawab ahli keluarga wanitaMemelihara sifat malu wanita

  • Keistimewaan wali mujbirBapa atau datuk berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa kebenaran dan kerelaannya kerana sifat kasihsayang yang mendalamAda tiga syarat wali mujbir:Tiada permusuhan ketara antara wali dan wanita ituPernikahan hendaklah sekufuBakal suami mampu segera bayar maskahwin

  • Hukum nikah tanpa waliNikahnya tidak sah. Pasangan wajib dipisahkan.Jika berlaku persetubuhan, wanita itu berhak mendapat mahar misilPasangan akan dikenakan hukuman tazir sama ada penjara, denda atau sebat

  • Susunan wali-wali nikahBapa Bapa kepada bapa (datuk)Adik-beradik lelaki kandungAdik-beradik lelaki sebapaAnak saudara lelaki kandungAnak saudara lelaki sebapa

  • Susunan wali-wali nikahBapa saudara kandung sebelah bapaBapa saudara sebapa sebelah bapaSepupu lelaki kandungSepupu lelaki sebapa

  • Syarat-syarat waliIslamAdil iaitu tidak buat dosa besar atau berterusan buat dosa kecilBalighBerakalBukan dalam keadaan ihram haji atau umrah

  • Hukum wali enggan kahwinkan wanitaJika pilihan wanita itu seorang lelaki yang setaraf dengannya dengan mahar misil, wali mesti mengahwinkannya. Jika tidak, wanita berhak mengadu kepada hakim yang akan menikahkannya.Jika pilihan itu tidak setaraf atau maharnya bukan misil atau wali ada pilihan setaraf, maka berhak wali menghalanginya dan hakim tidak boleh masuk campur.

  • Hukum jika wali dekat tiadaJika wali terdekat dengan wanita berada di tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih, maka hak wali berpindah kepada wali hakim.Jika wali terdekat berada kurang dua marhalah, maka tiada siapa boleh mengahwinkan wanita itu tanpa izinnya atau perwakilannya.

  • Dua wali yang sama tarafContohnya dua adik beradik kandung, dua anak saudara kandung,dua pakcikDalam hal ini,disunatkan jadi wali:Orang yang paling faham hal pernikahanOrang yang lebih warakOrang yang lebih tua

  • Tiada wali langsungDalam hal ini, wanita itu akan dinikahkan oleh wali hakim atau seorang muslim di tempat itu.

  • Rukun kelima nikahDua orang saksi,syarat-syaratnya:IslamLelakiBerakal dan balighAdilMendengar dan melihat

  • Hak dan tanggungjawabHak bagi suami isteri bersetubuh dalam keadaan yang dibenarkanIsteri wajib mentaati dan melayan suami dengan baikSuami wajib menyerahkan maskahwinSuami wajib memberi nafkah

  • Hak dan tanggungjawabSuami wajib berlaku adil jika poligamiAnak yang lahir dinasabkan kepada bapanyaMewarisi harta pusaka pasangan

  • Sunat-sunat akad nikahKhutbah nikah sebelum akad nikah dimulakanMendoakan kebaikan untuk pengantinMenghebahkan pernikahan dan memukul gendangMembaca doa ketika ingin bersatu

  • Sunat akad nikahMengadakan walimah (kenduri kahwin)Hukumnya adalah sunat muakkadKadarnya menurut kemampuanHikmahnya ialah untuk merapatkan persaudaraan dan mengelakkan fitnahHukum menghadiri majlis walimah adalah wajib

  • Poligami Hukum asal adalah harus.Hukumnya menjadi sunat jika isteri pertama sakit atau mandul dan suami mampu berlaku adil.Hukumnya makruh jika sekadar berseronok dan suami meragui kemampuannya berlaku adilHukumnya haram jika suami yakin tidak mampu berlaku adil

  • Maksud keadilanKeadilan yang diwajibkan bagi suami yang berpoligami adalah dari segi nafkah zahir seperti makan minum, tempat tinggal, giliran tidur dan pergaulan yang baik( Surah An-Nisa : 3 )Suami tidak diwajibkan berlaku adil dari segi perasaan kasih sayang selagi ianya tidak membawa kepada tindakan zalim( Surah An-Nisa : 129 )

  • Hikmah poligamiMenjaga kesucian lelaki yang mampu Mengelakkan wanita dari menjadi andartu atau wanita simpananTerdapat keadaan di mana poligami membawa faedah yang besar seperti keadaan di mana ada keinginan yang tinggi sedangkan isterinya sakit tidak mampu melayan suaminya dan keadaan di mana bilangan lelaki berkurangan dibandingkan dengan wanita disebabkan peperangan atau musibah

  • Peringatan Penyalahgunaan orang-orang yang zalim terhadap konsep poligami tidak menafikan hikmah diharuskan poligami. Islam tidak bertanggungjawab atas tindakan mereka. Poligami disyariatkan untuk menyahut keperluan, melindungi masyarakat dan menghapuskan maksiat.

  • PERCERAIAN DALAM ISLAMAsas perkahwinan dalam Islam adalah al-mawaddah (kasih-sayang) dan ar-rahmah (kasih-mengasihi) antara suami dan isteri. Firman Allah SWT maksudnya: ...dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya ialah bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih- sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir).... (ar-Rum: 21)

  • Sekiranya perasaan kasih-sayang sudah tidak wujud lagi di antara pasangan suami isteri maka adalah tidak wajar untuk memaksa diri untuk terus hidup bersama kerana apalah ertinya menjalinkan hubungan dalam keadaan benci-membenci di antara satu sama lain. Bahkan rumahtangga yang tidak bahagia menyebabkan masyarakat menjadi kucar kacir seterusnya boleh mengancam kesejahteraan negara. Oleh yang demikian Islam sebagai agama yang mementingkan keharmonian dan ketenangan hidup manusia telah membenarkan untuk dibubarkan sesebuah perkahwinan itu sebagai salah satu daripada cara terbaik dalam menyelesaikan konflik suami isteri.

  • Firman Allah SWT yang maksudnya: ...tidak ada suatu pun dosa atas kamu jika kamu menceraikan isteri. (al-Baqarah: 236). Walaupun begitu di dalam Islam perceraian tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa sebarang alasan malah bercerai itu sekalipun halal namun amat dibenci oleh Allah SWT. (Abu Daud dan Ibnu Majah).

  • Rujuk Ertinya: Mengembalikan ikatan pernikahan selepas berlaku perceraian semasa dalam iddah talak satu atau duaIanya hanya berlaku dalam perceraian selepas berlaku persetubuhanHukum rujuk adalah harus bagi suamiRujuk adalah hak suami semata-semata

  • Rujuk Hikmah rujuk adalah:Untuk memberi suami peluang menyedari kesilapannyaSupaya isteri sedar kesilapannya dan memperbaikinyaPeluang untuk bermaaf-maafanBerhati-hati dalam membuat tindakan dan berazam membina hidup baru

  • Rujuk Rukun rujuk ada tiga:Suami yang merujukIsteri yang dirujukKata-kata atau perbuatan yang menunjukkan rujuk

  • Rujuk Syarat bagi suami yang merujuk:WarasCukup umur (baligh)Dengan kemahuan sendiriIslam

  • Rujuk Syarat isteri yang dirujuk:Bercerai dengan talak, bukan fasakhIsteri itu telah disetubuhiIsteri tidak diceraikan dengan tebus talakBelum sempurna bilangan talakMasih dalam penantian iddah

  • Rujuk Ucapan rujuk terbahagi kepada dua:Lafaz sorih(jelas) atau lafaz kinayah(sindiran)Contoh lafaz sorih ialah: Aku rujuk kepadamu, aku balik kepadamuRujuk jenis ini tidak perlu kepada niat, izin atau redha isteri atau penyaksian atau wali

  • Rujuk Contoh rujuk kinayah adalah:Marilah sini, abang sayangkanmu,awak cantik dan seumpamanyaRujuk juga sah jika dengan perbuatan suami seperti bersatu, ciuman, berasmaraRujuk mengurangkan bilangan talak suami

  • Rujuk Keadaan isteri yang diceraikan suaminya:Berlaku perceraian sebelum persetubuhanPerceraian secara tebus talak(khuluq)Perceraian talak satu atau dua selepas persetubuhanPerceraian dengan talak tiga sama ada sekaligus atau satu persatu

  • Rujuk Bagi isteri yang diceraikan talak satu atau dua sebelum disatui, tiada rujuk dan iddah baginyaDalilnya ialah Surah Al-Ahzab:49Ini bermakna talak itu adalah talak bainKalau mereka ingin kembali sebagai suami isteri, mesti diadakan majlis akad nikah dan maskahwin yang baru

  • Rujuk Bagi isteri yang diceraikan talak tiga sebelum bersatu, maka tiada rujuk dan iddah dan dia tidak boleh kembali kepada suami pertama sehingga dia bernikah suami lainJika suami menceraikan isteri dengan tebus talak sama ada sebelum atau sesudah persetubuhan, maka tiada rujuk dan ia diangap talak bain. Jika belum bersatu, tiada iddah tapi wajib iddah kalau sudah bersatu

  • Rujuk Jika isteri diceraikan dengan talak satu atau dua selepas persetubuhan, maka dia boleh dirujuki dan ada iddahDalilnya ialah Surah Al-Baqarah:228Jika isteri diceraikan dengan talak tiga, maka tiada rujuk tapi ada iddah

  • Rujuk Isteri yang dijatuhkan talak tiga hanya boleh kembali kepada suami pertama dengan syarat-syarat berikut:Iddah dengan suami pertama sudah selesaiDia bernikah dengan lelaki lainDia disetubuhi oleh suami keduaSuami kedua menceraikannyaIddahnya dengan suami kedua selesaiDalilnya ialah Surah Al-Baqarah:230

  • Iddah Ertinya: Tempoh penantian wanita yang diceraikan atau difasakh atau kematian suamiHukum iddah adalah wajibHikmah disyariatkan iddah:Melaksanakan hak suami yang baru meninggal dunia

  • Iddah Memastikan isteri tidak mengandung anak dari suami sebelumnyaMemberi peluang suami lama untuk merujuk isterinyaMemberi ketenangan kepada isteri kematian suami untuk memulakan hidup baruMemberi penghormatan kepada isteri yang berhak mendapatkan nafkah sepanjang iddah

  • Iddah Jenis-jenis iddah ada empat:Iddah isteri yang ada haid 3 kali suciIddah isteri yang telah putus haid- 3 bulanIddah isteri yang kematian suami 4 bulan 10 hari atau 130 hariIddah isteri yang hamil sehingga bersalin

  • Iddah Jika seorang isteri ditalak rajie kemudian kematian suaminya ketika iddah kemudian didapati dia mengandung semasa iddah, maka iddahnya sehingga dia bersalinJika isteri ditalak rajie kemudian kematian suami semasa iddah, maka iddahnya 130 hariJika isteri ditalak rajie kemudian dia hamil atau sebaliknya, maka iddahnya sehingga dia bersalin

  • Iddah Keadaan isteri ketika iddah talak rajie:Isteri itu masih kekal isteri dan berhak mendapatkan nafkah (makan/minum/tempat tinggal)Suami berhak rujuk bila-bila masa tanpa pengetahuan atau izin isteri atau saksiIsteri tidak boleh keluar rumah suami tanpa izinnya atau keadaan daruratIsteri dilarang menerima pinangan orang lain

  • Iddah Keadaan isteri ketika ditalak bain:Dia wajib iddah jika sudah disetubuhiDia wajib tinggal di rumah bekas suaminya sehingga selesai iddahnyaDia tidak mendapat nafkah makan, minum dan pakaianJika isteri hamil, maka dia berhak mendapatkan semua nafkah

  • Iddah Jika isteri kematian suami, maka dia hanya berhak mendapatkan nafkah tempat tinggal sahaja kerana dia akan mewarisi pusaka suaminyaIsteri ini juga perlu berkabung selama 130 hari dengan mengikuti syarat-syarat berikut:

  • Iddah Meninggalkan memakai perhiasan dan wangi-wangian atau pakaian menarik perhatian, bercelak dan bersolekTidak boleh keluar rumah kecuali ada hajat penting

    ***************************************************************************