faraidh tawazun complete

16
Dasar Wasatiyyah dan Tawazun dalam sistem pusaka Islam Bab 1 : Pendahuluan Pengenalan - Ilmu Faraidh Ilmu bermaksud mengetahui keadaan sebenar sesuatu perkara dan ianya juga dita’arifkan sebagai hukum akal yang pasti dan bersesuaian dengan realiti. Manakala Faraidh pula ialah kata jamak bagi Faridhah bermaksud sesuatu yang diwajibkan, atau sesuatu yang ditetapkan. Ini adalah kerana faraidh ini terbahagi kepada bahagian-bahagian yang ditetapkan oleh syarak. Ilmu Pusaka di dalam bahasa Arab dikenali dengan nama “Ilmu Faraidh”atau “Ilmu Mirath”.Ilmu Faraidh dari segi syarak ialah pengetahuan mendalam tentang pusaka dan ilmu kira-kira yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh orang-orang yang berhak. Ilmu Faraid juga ialah ilmu berkenaan kaedah-kaedah fekah dan hisab (matematik) bertujuan untuk mengetahui habuan yang bakal diperolehi oleh setiap ahli waris dari harta peninggalan si mati. Pusaka Disyariatkan Hukum pusaka telah disyariatkan dalam Islam. Ia telah disahkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ ulama. Orang-orang yang mengingkari pensyariatan hukum pusaka adalah kafir dan keluar daripada Islam. Sebagaimana Firman Allah, Surah An-Nisa’ , ayat 7: “Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan kaum kerabat. Orang-orang perempuan juga ada bahagian dari peninggalan ibu- bapa dan kaum kerabat, sama ada sedikit ataupun banyak, daripada harta yang ditinggalkan itu mengikut bahagian yang telah ditetapkan (oleh Allah)”. 1

Upload: ezzally

Post on 28-May-2015

505 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faraidh tawazun complete

Dasar Wasatiyyah dan Tawazun dalam sistem pusaka Islam

Bab 1 : Pendahuluan

Pengenalan - Ilmu Faraidh

Ilmu bermaksud mengetahui keadaan sebenar sesuatu perkara dan ianya juga dita’arifkan sebagai hukum akal yang pasti dan bersesuaian dengan realiti. Manakala Faraidh pula ialah kata jamak bagi Faridhah bermaksud sesuatu yang diwajibkan, atau sesuatu yang ditetapkan. Ini adalah kerana faraidh ini terbahagi kepada bahagian-bahagian yang ditetapkan oleh syarak.

Ilmu Pusaka di dalam bahasa Arab dikenali dengan nama “Ilmu Faraidh”atau “Ilmu Mirath”.Ilmu Faraidh dari segi syarak ialah pengetahuan mendalam tentang pusaka dan ilmu kira-kira yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh orang-orang yang berhak. Ilmu Faraid juga ialah ilmu berkenaan kaedah-kaedah fekah dan hisab (matematik) bertujuan untuk mengetahui habuan yang bakal diperolehi oleh setiap ahli waris dari harta peninggalan si mati.

Pusaka Disyariatkan

Hukum pusaka telah disyariatkan dalam Islam. Ia telah disahkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ ulama. Orang-orang yang mengingkari pensyariatan hukum pusaka adalah kafir dan keluar daripada Islam. Sebagaimana Firman Allah, Surah An-Nisa’ , ayat 7:

“Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan kaum kerabat. Orang-orang perempuan juga ada bahagian dari peninggalan ibu-bapa dan kaum kerabat, sama ada sedikit ataupun banyak, daripada harta yang ditinggalkan itu mengikut bahagian yang telah ditetapkan (oleh Allah)”.

Kelebihan mempelajari Ilmu Faraidh

Rasulullah s.a.w memberi perangsang dan galakkan kepada umat Islam agar mempelajari ilmu pusaka. Di samping itu, baginda juga memberi amaran agar umat islam tidak mengabaikan ilmu ini. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

“Pelajarilah Ilmu Faraidh, kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada agama kamu.Sesungguhnya ia adalah separuh ilmu, dan ia adalah ilmu yang pertama yang akan dicabut daripada umatku”. (Riwayat Ibu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

1

Page 2: Faraidh tawazun complete

Adapun tujuan sebenar Ilmu Faraid adalah untuk mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh pewaris. Dengan erti kata lain, untuk mengetahui bahagian atau habuan yang bakal diperolehi oleh setiap ahli waris dari harta peninggalan si mati atau harta pusaka.

BAB 2 : Latar Belakang

Adapun tajuk yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah mengenai Dasar Wasatiyyah dan Tawazun dalam sistem pusaka islam. Kertas kerja ini lebih menekankan mengenai dengan perbandingan dan keseimbangan cara pembahagian harta pusaka diantara zaman sekarang dengan zaman dahulu(zaman jahilliah) dan juga diantara agama Islam dengan agama selain daripada Islam.

Definisi Wasatiyyah dan Tawazun

Al-Wasatiyyah, ialah satu sistem yang bersifat pertengahan (wasatiyyah) berbanding dengan sistem kapitalis dan komunis. Pemilikan individu diberi pengiktirafan dan dijamin melalui Undang-undang Pusaka Islam.

Kapitalis ialah satu sistem yang bersifat individu. Kekayaan yang dikumpul oleh individu adalah khas untuk dirinya. Ahli keluarga si mati atau orang lain tidak diiktiraf mempusakai harta simati dan ini adalah konsep bagi sistem kapitalis. Manakala, Komunis bermaksud apabila seseorangg itu mati maka kekayaan yg diperolehi semasa hidupnya akan diambil sepenuhnya oleh kerajaan.

Al-Tawazun, ialah satu sistem yang memberi perimbangan kepada pemilik harta untuk melupuskan hartanya atas kadar 1/3 selepas kematian dalam bentuk wasiat untuk kebajikan, dan 2/3 lagi untuk ahli- ahli waris sebagai harta pusaka mengikut hukum Syarak.

Bab 3 : Masalah KajianIlmu faraidh adalah suatu ilmu yang terkandung di dalamnya pembahagian harta

pusaka yang harus dibahagikan secara adil kepada setiap ahli waris yang berhak menerimanya, tidak kira samada kaum lelaki, perempuan, mahupun kanak-kanak.

Kertas kerja ini akan membongkarkan sedikit sebanyak tentang masalah yang dihadapi dengan keseimbangan dalam mempusakai harta, terutama jika dibandingkan dengan Ugama selain Islam dan juga Ugama Islam serta perbandingan cara pembahagian harta pada zaman jahiliyyah dengan zaman sekarang(setelah datangnya Islam).

Diantara perkara-perkara yang ingin dibincangkan disini adalah seperti berikut:

Tentang keadilan dan keseimbangan dalam mempusakai harta pada zaman dahulu(jahiliyyah) dan sekarang.

2

Page 3: Faraidh tawazun complete

Tentang keadilan dan keseimbangan dalam mempusakai harta di antara ugama lain dengan ugama islam.

Bab 4 : Objektif dalam KajianAdapun objektif kami melakukan kajian ini adalah seperti berikut:

1. Ingin mendalami konsep Tawazun dan Wasatiyyah di dalam Ilmu Faraidh2. Ingin melihat sejauh mana keberkesanan dan keseimbangan pembahagian harta

pusaka zaman dahulu(zaman Jahilliyah) dan zaman sekarang.3. Ingin mengetahui sejauh mana keberkesanan dan keseimbangan pembahagian harta

pusaka bagi ugama islam dan ugama selain Islam.

Bab 5 : Cara dan Metod Kajian Yang Digunakan

Sepanjang kami melakukan kajian, kami telah menggunakan metod temubual secara rambang, terhadap guru-guru latihan dalam perkhidmatan KUPUSB mengenai dengan perkara yang akan kami bincangkan iaitu ‘cara pembahagian harta pusaka pada masa zaman jahiliyyah dan juga zaman sekarang serta diantara ugama Islam dengan ugama yang lainnya, seperti Yahudi.

Hasil daripada kajian yang telah kami jalankan, seratus peratus daripada mereka bersetuju dan mengatakan bahawa sistem harta pusaka yang diamalkan di dalam Islam berlandaskan sistem wasatiyyah dan tawazun adalah sangat tepat menurut syariat ugama dan kemaslahatan uamat Islam.

Bab 6 : Perbincangan

Zaman Jahiliyyah dan Zaman Sekarang

Semasa Zaman Jahiliyyah

Hukum kewarisan sebelum islam adalah sangat dipengaruhi oleh sistem sosial yang dianuti oleh masyarakat jahiliyyah. Orang-orang arab jahiliyyah adalah tergolong salah satu bangsa yang gemar mengembara, berperang, dan berpindah-rendah. Kehidupan mereka sedikit sebanyak tergantung pada hasil rampasan perang dari bangsa-bangsa yang telah mereka takluki. Disamping itu, ada juga yang tergantung dari hasil memperniagakan rempah-rempah. Dalam bidang mu’ammalah dan pembahagian harta pusaka, mereka berpegan teguh kepada tradisi-tradisi yang telah diwarisi oleh nenek moyang mereka.

Hukum kewarisan adat Arab pada zaman Jahiliyyah menetapkan tatacara pembahagian warisan dalam masyarakat yang didasarkan atas hubungan nasab atau kekerabatan, dan hal itu pun hanya diberikan kepada keluarga yang laki-laki sahaja, yaitu laki-laki yang sudah dewasa dan mampu memanggul senjata guna mempertahankan kehormatan keluarga dan melakukan peperangan serta merampas harta peperangan.

3

Page 4: Faraidh tawazun complete

Selain itu perjanjian bersaudara, janji setia, juga dijadikan dasar untuk saling mewarisi. Apabila salah seorang daripada mereka yang telah mengadakan perjanjian bersaudara itu meninggal dunia maka pihak yang masih hidup berhak mendapat warisan sebesar 1/6 (satu per enam) dari harta peninggalan. Sesudah itu, baharulah bakinya dibahagikan kepada para ahli warisnya. Mereka yang dapat mewarisi berdasarkan janji bersaudara ini juga harus terdiri daripada laki-laki sahaja.

Perempuan dan anak-anak tidak mendapatkan warisan, kerana mereka dipandang tidak mampu memegang senjata guna untuk mempertahankan kehormatan keluarga dan melakukan peperangan serta merampas harta peperangan. Bahkan sebahagian dari mereka menjadikan perempuan yang telah dicerai oleh suami(janda) dari seseorang yang telah meninggal sebagai harta peninggalan dan boleh dipusakai oleh ahli waris suaminya.

Di antara riwayat yang menceritakan mengenai masalah ialah salah satunya adalah Ibnu Abi Thalhah, diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas r.a yang menjelaskan ”bila terjadi seorang laki-laki meninggal dunia dengan meninggalkan seorang perempuan (janda), kerabatnya melemparkan pakaiannya dimuka perempuan tersebut, (atas tindakan ini). Maka ia melarangnya untuk dikawini oleh orang lain. Jika perempuan tersebut cantik terus dikawininya dan jika jelek ditahannya sampai meninggal dunia untuk kemudian dipusakai harta peninggalannya”. (Hadith riwayat ibnu katsir)

Sebagai bukti bahwa tradisi mewarisi janda si mati itu benar-benar terjadi pada zaman jahiliyyah ialah tindakan seorang yang bernama Mihsham bin Abu Qais al- Aslat, pada ketika ayahnya telah meninggal dunia, ia berhasrat untuk mengawini janda ayahnya yan tidak diurus belanjanya. Atas paksaan dari calon suaminya yang baru, janda itu meminta izin kepada Rasulullah agar diperkenankan berkawin dengan Mihsham. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w. tidak dapat memberikan jawapan. Lalu, tidak lama kemudian Allah telah menurunkan ayat 19 dari surah An Nisa’ :

“Hai orang orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita wanita (janda-janda simati) dengan cara paksaan”

Walaubagaimanapun, ayat di atas tidak dapat dipahami bahawa mewarisi janda-janda dengan jalan bukan paksaan itu adalah diperbolehkan. Dengan ini, Allah memberikan penegasan dalam surah An Nisa’ ayat 22:

“Dan janganlah kamu kawini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu, terkecuali pada masa yang telah lampau. Sesungguhnya perbuatan itu amat keji dan dibenci Allah, dan

seburuk buruk jalan (yang ditempuh).”

Pengangkatan anak yang berlaku di kalangan Jahiliyyah juga dijadikan dasar untuk saling mewarisi. Apabila anak angkat itu telah dewasa maka ia mempunyai hak untuk

4

Page 5: Faraidh tawazun complete

sepenuhnya mewarisi harta bapak angkatnya, dengan syarat ia harus laki-laki. Bahkan pada masa permulaan Islam hal ini masih berlaku.

Akhirnya hasrat Mihsham untuk mengawini janda ayahnya telah dilarang oleh Rasulullah setelah menerima wahyu dari Allah, merupakan suatu bukti bahawa tradisi seperti itu sudah biasa dilakukan oleh orang jahiliyah sebelum datangnya agama islam. Adapun dasar-dasar pewarisan pada zaman jahiliyah atau sebelum islam ialah seperti berikut:

1. Adanya hubungan nasab/ kekeluargaan

Pertalian kekeluargaan di sini adalah mereka laki-laki yang kuat fizikalnya. yang kuat memegang senjata, menghancurkan musuh demi kehormatan bangsa mereka. Kesannya, wanita dan anak anak tidak mendapatkan bahagian warisan kerana mereka tidak sanggup melakukan tugas peperangan, dan dipandang tidak cekap dalam melakukan perbuatan hukum. Oleh kerana itu, kerabat yang dapat menerima warisan pada zaman jahiliyah adalah:

• Anak laki-laki• Saudara laki-laki• Bapa saudara• Anak laki-laki kepada bapa saudara

2. Adanya pengangkatan anak

Dalam tradisi Jahiliyyah, pengangkatan anak merupakan perbuatan hukum yang lazim. Status anak angkat disamakan kedudukannya dengan anak kandung. Caranya ialah seseorang mengambil anak laki-laki orang lain untuk dipelihara dan dimasukkan ke dalam keluarga bapa angkatnya. Oleh kerana statusnya sama dengan anak kandung, maka terjadilah hubungan saling mewarisi jika salah satu meninggal dunia.

Manakala, kaitannya dengan pengankatan anak, masyarakat jahiliyah telah menyamai anak hasil zina dengan anak kandung. Hubungannya dinasabkan kepada ayah (zina)nya. Sehingga anak tersebut juga memiliki hak waris yang sama sepenuhnya seperti anak kandung.

3. Adanya janji setia untuk bersaudara

Janji setia dijadikan dasar perjanjian dalam masyarakat jahiliyah kerana melalui perjanjian ini kekuatan dan “martabat” suku dapat dipertahankan. Janji setia dapat dilakukan oleh dua orang atau lebih. Pelaksanaanya, seseorang berikrar kepada orang lain untuk saling mewarisi apabila salah satu diantara mereka meninggal dunia. Tujuannya ialah untuk kepentingan tolong menolong, nasihat menasihati, dan mendapatkan rasa aman.

Pada Zaman Sekarang (Bermulanya Ugama Islam)

Pada masa awal Islam (pada awal hijrah dan setelah nabi diutus menjadi rasul) sebab-sebab mewarisi harta pusaka masih mempunyai persamaan dengan zaman sebelum islam (jahiliyyah) dan ada pula yang telah di nashk. Sebab -sebab yang masih dipertahankan adalah pertalian nasab atau hubungan kekeluargaan, tetapi telah diperbaharui iaitu hubungan darah yang dapat mewarisi harta itu, bukan sahaja laki-laki dewasa tetapi laki-laki yang belum dewasa dan juga perempuan pun boleh untuk mendapatkan harta warisan walaupun belum

5

Page 6: Faraidh tawazun complete

ada ketentuan yang pasti dari al-Qur’an. Sebab-sebab yang sudah di nashk adalah kerana janji setia(muhalafah).

Dalam perkembangannya, dasar saling mewarisi kerana adanya pengangkatan anak, janji setia, dan juga persaudaraan ini telah pun dihapuskan. Kemudian berlaku hukum kewarisan yang ditetapkan oleh Al Qur’an dan As-Sunah sebagai suatu ketetapan yang harus ditaati oleh setiap muslim. Kemudian, perempuan dan anak-anak yang pada awalnya tidak mendapatkan harta warisan, telah diberikan hak (bahagian) untuk mewarisi seperti yang didapati oleh ahli waris laki-laki. Mereka mempunyai hak yang sama dalam mewarisi, baik sedikit mahupun banyak, menurut bahagian yang telah ditetapkan dalam Syari’at Islam. Allah SWT menegaskan ini dengan Firman-Nya dalam Surat An Nisa’ ayat 7 ;

”Bagi orang laki-laki ada hak (bahagian) dari harta peninggalan ibu bapa, dan kerabatnya; dan bagi orang perempuan juga ada hak (bahagian) dari harta peninggalan ibu bapa, dan

kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan”.

Kemudian sebagaimana dalam Surat An Nisa’ ayat 11, Allah SWT berfirman:

”Allah mensyari’atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu, yaitu bahwa bagian seorang anak laki-laki sama dengan bagian dua orang anak perempuan”.

Kemudian, pewarisan yang berdasarkan perjanjian bersaudara (janji setia) juga dihapuskan dengan turunnya Ayat 6 Surat Al Ahzab ;

”..... dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah sebagiannya adalah lebih berhak

daripada sebagian yang lain di dalam kitab Allah daripada orang-orang mukmin dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu mau berbuat baik kepada saudara-saudaramu .....”

Kemudian mengenai kewarisan anak angkat juga dihapuskan dengan turunnya Ayat 4 dan 5 Surat Al Ahzab, tafsirnya:

”..... dan Tuhan tidak menjadikan anak-anak angkatmun sebagai anak kandungmu sendiri. Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu saja. Sedang Allah mengatakan yang

sebenarnya dan menunjukkan jalan (yang benar). Panggillah mereka dengan memakai nama-nama ayahnya (yang sebenarnya) sebab yang demikian itu lebih adil di sisi Allah. Jika

kamu tidak mengetahuiayahnya maka (panggillah mereka seperti memanggil) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu (yakni orang-orang yang berada di bawah

pemeliharaanmu).....”

6

Page 7: Faraidh tawazun complete

Daripada keterangan yang telah dijelaskan di atas, telah dapat dilihat dengan terang dan nyata bahawa sistem ilmu faraid pada zaman sekarang adalah lebih adil dan saksama jika dibandingkan dengan pada zaman jahiliyyah. Dari sini, dapat dinilai bahawa terdapat keseimbangan dan keadilan dalam pembahagian harta pusaka zaman selepas kedatangan islam berbanding dengan zaman jahiliyyah.

Sistem Perbandingan Pembahagian Harta Pusaka Bagi Ugama Yahudi Dan Ugama Islam

Dari perspektif Ugama yahudi

o Yahudi terlalu mementingkan kekuatan Ekonomi melalui pelbagai cara pertanian, perniagaan,

industri dan sistem riba.

o Yahudi sentiasa memastikan kekayaan tidak berpindah kepada orang lain selain ahli keluarga

terdiri dari furuu’ dan usul sahaja.

o Anak perempuan tidak dapat pusaka jika terdapat anak lelaki, begitu juga ibu, isteri dan

saudara perempuan dihalang oleh anak lelaki, bapa atau kerabat lelaki yang terdekat.

o Bila bapa meninggal, maka anak-anak lelaki sahaja akan meneriama Pusaka. Anak lelaki

sulong akan dapat 2/3, kecuali jika dia setuju untuk dibahagi sama rata.

o Jika bapa mati dan meninggalkan anak lelaki dan perempuan, maka anak lelaki sahaja yg

mengondolnya. Cuma anak perempuan ada diberikan hak nafkah dari adik beradik lelaki sehingga si perempuan itu berkahwin.

o Jika anak lelaki atau anak perempuan mati, ibu mereka tidak dapat pusaka, sebaliknya jika ibu

mati anak lelaki dapat, begitu juga anak perempuan jika ketiadaan anak lelaki.

o Jika seseorang mati, tidak meninggalkan anak lelaki/perempuan, bapanya akan menerima

pusaka, jika tiada maka adik beradik lelakinya, jika tiada barulah harta pusaka itu akan jatuh kepada adik beradik perempuannya.

o Jika simati tiada zuriat dan tiada usulnya, maka kerabat dari furuu’ level bawah akan

menerimanya.

Dari perspektif agama Islam

o Agama Islam juga mementingkan kekuatan ekonomi sama seperti prinsip bangsa Yahudi

tetapi kekuatan ekonomi Islam Cuma berlandaskan ekonomi yang diperolehi dari hasil yang halal sahaja. Bukan seperti bangsa yahudi mereka mengamalkan amalan riba yang mana

7

Page 8: Faraidh tawazun complete

Agama Islam melarang umatnya melakukan riba seperti firman allah di dalam surah al-baqarah ayat 277

278. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda yang kira-kira bermaksud: "Allah SWT melaknat sesiapa yang memberi dan menerima wang Riba" (Muslim)

o Ugama Islam membolehkan satu per tiga harta pusaka itu dapat menjadi wasiat.

Manakala 2/3 lagi barulah di warisi oleh alhi waris si mati.

o rukun-rukun pusaka

pusaka ada 3 rukun:1. pewaris (si mati)2. waris (ahli waris yang berhak)3. yang di waris (harta atau sebagainya)

o Terdapat 5 orang waris didalam pusaka islam yang tidak dihalangi :

1. suami/isteri2. bapa3. ibu4. anak perempuan mahupun anak lelaki

o Terdapat 10 golongan lelaki yang boleh mewarisi harta melalui hubungan keturunan,

perkahwinan dan wala’:1. Anak lelaki, االبن2. Cucu lelaki daripada anak lelaki, االبن ابن3. Bapa, األب 4. Datuk sebelah bapa( األب من ( الجد5. Saudara lelaki seibu sebapa ( الشقيق )Saudara lelaki sebapa , ( األخ ألب atau ( األخ

Saudara lelaki seibu( ألم Al-quran telah meletakkan hak mutlak kepada semua .( األخadik beradik lelaki untuk mewarisi harta. Walau bagaimana pun, hak mereka berbeza mengikut kedudukan (seibu sebapa, sebapa atau seibu).

6. anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa ( الشقيق األخ ابن) dan sebapa (  ابناألب من ) adapun anak lelaki kepada adik beradik seibu . ( األخ األم من األخ maka ( ابن

dia tidak termasuk dalam golongan األرحام (kaum kerabat yang tidak diwarisi) ذوىdan tidak berhak menerima pusaka secara فرض .

7. Bapa saudara seibu sebapa sebelah bapa( الشقيق ) dan sebapa ( عم األب من .( عمAdapun bapa saudara sebelah bapa seibu ( األم من maka dia tidak berhak ,( عمmenerima pusaka secara فرض , kerana dia termasuk didalam golongan األرحام . ذوى

8. Anak lelaki bapa saudara seibu sebapa sebelah bapa,( الشقيق العم ) dan sebapa ( ابناألب العم من ابن ). Adapun anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu ( من

8

Page 9: Faraidh tawazun complete

العم األم ابن ), maka dia tidak berhak menerima pusaka secara فرض , kerana dia termasuk didalam golongan األرحام . ذوى

9. Suami, الزوج10. Lelaki yang memerdekakan hamba ( المعتيق ). Mereka adalah golongan asobah

binafsi.

o Dalam istilah ilmu faraid األرحام bermaksud kaum kerabat yang tidak mewarisi harta ذوى

simati melalui bahagian atau asobah. Mereka bukan dari golongan yang berhak menerima harta pusaka.

o Jika kita ingin menghitung satu persatu mereka boleh dibahagikan kepada 15 golongan. Ini

kerana golongan 5 mengandungi 3 pecahan, golongan keenam mengandungi 2 pecahan , golongan 7 mengandungi 2 pecahan dan golongan 8 mengandungi 2 pecahan.1

o Apabila semua waris lelaki yang disebutkan tadi hidup ketika kematian si mati, maka hanya 3

golongan saja yang layak menerima harta pusaka kerana mereka tidak boleh dihijab (dihalang) sama sekali. Sementara yang lain pula hilang kelayakan untuk mewarisi pusaka menurut ijmak ulama kerena mereka telah di hijab.

Oleh itu yang mendapat pusaka ialah bapa (األب ) , anak lelaki (االبن ) , dan suami (الزوج ).

o Perempuan yang boleh mewarisi harta melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan والء

secara ringkasnya ada 7 atau 10 jika diperincikan:1. Anak perempuan( البنت )2. Cucu perempuan daripada anak lelaki( االبن ( بنت3. Ibu( األم )4. Nenek sebelah ibu sehingga ke atas( األم من الجدة )atau Nenek sebelah bapa ( الجدة

األب .( من5. Saudara perempuan (األخت ) dari semua arah, sama ada seibu sebapa ( األخت

)atau sebapa ( الشقيقة ألب )atau seibu ( األخت ألم ( األخت6. Isteri atau isteri2 (الزوجة )7. Perempuan yang memerdekakan hamba (المعتيقة )

o Jika semua waris perempuan hidup, maka hanya 5 golongan sahaja yang akan mewarisi harta

pusaka. Mereka ialah anak perempuan ( البنت ) , anak perempuan kepada anak lelaki ( بنت) adik beradik perempuan seibu sebapa , ( األم ) ibu , ( االبن الشقيقة ) dan isteri ( األخت2. ( الزوجة

Bab 7 : Kesimpulan dan Cadangan

Undang-undang Pusaka Islam merupakan suatu ketetapan daripada Allah s.w.t melalui nas yang qat’i iaitu ayat 11, 12 dan 176 dalam Surah al-Nisa’. Ayat-ayat tersebut menerangkan ahli-ahli waris yang berhak terhadap harta pusaka dan kadar bahagian yang sepatutnya mereka terima seperti 1/2, 1/4, 1/8, 1/3, 2/3, atau 1/6. Ini menunjukkan ilmu faraid yang berlandaskan konsep tawazun dan wasatiyyah adalah satu sistem yang adil dan saksama

1 (Dr.Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, m.s 1011-1012, 2009, kitab Fikah Mazhab Syafie {5} , Kuala Lumpur Malaysia : Pustaka Salam)2 (Dr.Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, m.s 1012-1013, 2009, kitab Fikah Mazhab Syafie {5} , Kuala Lumpur Malaysia : Pustaka Salam)

9

Page 10: Faraidh tawazun complete

yang berhak diterima oleh keluarga si mati yang mana pada awalnya, sebelum kedatangan ilmu faraid menurut islam, pembahagian harta pusaka pada zaman jahiliyyah hanya dipelopori oleh kaum lelaki, manakala kaum perempuan di tindas dan tidak berhak diberikan harta pusaka.

Berbeza dengan sekarang, ilmu faraid mengiktiraf kaum wanita untuk menerima bahagian yg khusus dalam pembahagian harta. Di sinilah timbulnya konsep wasatiyyah. Undang-undang Pusaka Islam telah membawa beberapa pembaharuan yang tidak wujud dalam undang-undang lain sebelumnya. Undang-undang ini disyari’atkan oleh Allah s.w.t semata-mata untuk memberi keadilan kepada manusia sejagat. Undang-undang ini mempunyai dasar yang jelas dan bersifat syumul kerana ia merupakan ketetapan Allah s.w.t yang lebih mengetahui segala-galanya.

Cadangan

Pihak mahkamah syariah haruslah mengadakan kursus atau bengkel mengenai ilmu faraid kepada masyarakat luar amnya. Di sini ada terdapat beberapa pandangan dan cadangan kami secara peribadi, ingin kami klasifikasikan kepada 3 sudut pandang.

1) Dari sudut Pandangan Individu Di NBD ilmu faraid telah diajarkan kepada individu islam khasnya, pada

peringkat rendah atas skulah ugama. Individu tersebut akan diberikan Peperiksaan bersijil di dalam matapelajaran ilmu faraid demi menilai kefahaman mereka mengenai ilmu faraid.

Setelah memahami dan mempelajari ilmu faraid, seorang individu haruslah menyebarkan dan mempraktikkannya kepada masyarakat umum.

Individu juga termasuklah para guru ugama serta mahasiswa dan mahasiswi. Mereka harus mengambil inisiatif sendiri untuk menerapkan lagi ilmu faraid kepada masyarakat umum, seperti mengadakan tazkirah ,khusus menerangkan tentang ilmu faraid.

2. Dari sudut Pandangan Masyarakat Masyarakat khususnya ahli kluarga si mati, hendaklah merujuk kepada Unit

Waris di Mahkamah Syariah mengenai pembahagian harta pusaka secara adil. Mereka tidak boleh membahagikan harta pusaka si mati mengikut kehendak mereka sendiri tanpa berlandaskan syariat islam.

Masyarakat hendaklah memberi kerjasama kepada pihak yang bertanggungjawab mengendalikan pembahagian harta pusaka apabila mereka diperlukan.

3. Dari sudut pandangan Kerajaan Memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat Islam di Brunei

Darussalam mengenai Undang-undang Pusaka Islam, undang-undang wasiat, hibah, wakaf dan sebagainya, dengan cara menganjurkan seminar, kursus, bengkel dan menghebahkannya kepada masyarakat melalui corong-corong radio dan televisyen termasuk alat media massa terkini.

Pengajaran ilmu faraid haruslah diterapkan bukan saja diperingkat sekolah ugama, bahkan pada peringkat sekolah rendah juga agar kefahaman yang mantap dapat disebarkan kepada murid.

10

Page 11: Faraidh tawazun complete

11