falsafah ppim

11
FALSAFAH PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di institut pengajian tinggi , maktab-maktab perguruan serta sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai ko-kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani ,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa , masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.

Upload: saadah-mahani

Post on 11-Aug-2015

806 views

Category:

Documents


43 download

DESCRIPTION

ppim

TRANSCRIPT

Page 1: FALSAFAH PPIM

FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan

berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri dan

daerah di institut pengajian tinggi , maktab-maktab perguruan serta sekolah-

sekolah menengah dan rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai ko-

kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing

puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri

secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani ,emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini

adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia ,

bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu

dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

bangsa , masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.

Page 2: FALSAFAH PPIM

MATLAMAT

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan bersepadu, PPIM

berharap agar mencapai matlamat seperti :

1. Menyeimbangkan antara perkembangan intelektual , sosial , fizikal dan

spiritual puteri-puteri melalui penyemaian , penyuburan dan

pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

2. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan

puteri-puteri.

3. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang

gerak kerja ko-kurikulum sekolah, institut , maktab , kolej dan

universiti.

4. Meningkatkan disiplin puteri-puteri.

5. Menggalakkan iklim persekolahan terbuka dan menyeronokkan.

6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah

dengan ibu bapa dan masyarakat khasnya masyarakat setempat.

Page 3: FALSAFAH PPIM

OBJEKTIF

Objektif PPIM pada peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan

tujuan seperti berikut :

1. Melahirkan satu masyarakat muda yang

i. Taat kepada Allah , raja dan Negara

ii. Berilmu.

iii. Berakhlak mulia

iv. Berbakti kepada masyarakat

2. Membimbing gadis-gadis dari segi akhlak , rohani dan jasmani supaya

menjadi insan kamilah , berilmu mengejar dan memperkenalkan Islam

supaya kelak hidup mereka berasakan jalan yang diterima Allah SWT

dan dapat berbakti untuk agama , nusa dan bangsa.

3. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri progresif dan

diterima masyarakat.

4. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati

generasi tua.

Page 4: FALSAFAH PPIM

VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :

Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.

Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.   

MISI

Mendedahkan puteri tentang kebenaran Agama Islam melalui aktiviti

yang dijalankan.

Memberikan latihan yang tidak formal melalui aktiviti yang mencabar

dan mampu menarik minat puteri.

Melengkapkan puteri dengan pengetahuan dan kemahiran agar

mampu memberi sumbangan secara aktif dan positif.

Page 5: FALSAFAH PPIM

LAGU PUTERI ISLAM MALAYSIA

Puteri Lembaga Islam riang gembira.

Tetap taat kepada Allah dan raja .

Berkorban untuk Agama dan Negara

Dunia Akhirat mendapat bahagia

Berusaha mencari pengetahuan

Berbakti membuat kebajikan

Belajar mencapai kemajuan

Bersemangat penuh keimanan

Puteri Lembaga Islam riang gembira.

Tetap taat kepada Allah dan raja .

Berkorban untuk Agama dan Negara

Dunia Akhirat mendapat bahagia

Page 6: FALSAFAH PPIM

P atuh kepada ibubapa

U gama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith

T aat kepada Allah dan Rasul

E rat ukhwah Islamiyah

R ela berbakti kerana Allah

I man dipupuk ilmu dituntut

I nsaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (InnalilLahi wa inna ilayhi raji’un)

S olat ditunai setiap waktu

L arangan Allah dijauhi

A khlak mulia pengukuh keimanan

M uslimah Mukminah rakyat seperjuangan

BERILMU

Page 7: FALSAFAH PPIM

BERIMAN

BERAMAL

IKRAR PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan :

Page 8: FALSAFAH PPIM

Taat kepada Allah, Rasul, Pemerintah, guru dan ibu bapa.

Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak.

Membangunkan diri dengan sempurna.

Mengukuhkan silaturrahim.

LOGO

Page 9: FALSAFAH PPIM

SITI NORSA’ADAH BINTI MAHANI

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK

SUMAYYAH

3 PISMP MATEMATIK 2