falsafah & perkembangan pendidikan di malaysia

10
Tuesday, 17 April 2012 Falsafah & Perkembangan Pendidikan Di Malaysia UNIT 3 : SEJARAH PENJAJAHANKUASA ASING DI TANAH MELAYU Soalan 1 : Berikan sebab-sebab utama penjajah Barat datang ke Timur? Sejarah penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu bermula dengan kedatangan Portugis di Melaka, diikuti kemasukan Belanda dan Inggeris. Terdapat beberapa sebab utama kenapa para penjajah Barat ini datang ke Timur. Antara sebab utama kenapa Negara Barat ingin menguasai Negara-negara di sebelah timur adalah kerana kepulauan Tanah Melayu memang terkenal dengan keamanan dan kemakmuran serta kaya dengan hasil-hasilnya sehingga negara- negara barat menggelarkannya dengan gelaran “laluan sutera”. Tambahan pula negeri Melaka adalah sebuah negeri yang berkedudukan strategik untuk perdagangan di Asia Tenggara. Negeri Melaka juga terkenal dengan sebuah negeri yang mempunyai pelabuhan yang aman dan bebas dari ancaman lanun. Penaklukan Portugis di Melaka ini telah memaksa kapal-kapal yang belayar di Selat Melaka supaya masuk ke pelabuhan Melaka. Dengan cara ini cukai-cukai dapat dikenakan dan surat izin perlu dipohon dari Portugis dan kapal yang tidak mempunyai surat izin akan dirampas. Seterusnya Belanda juga telah menjalankan ekpedisi ke kepulauan Melayu apabila Portugis jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 di bawah pimpinan Cornelius de Houtman ke Acheh, Bantam dan Batawi. Ekspedisi ini telah memberi pulangan yang besar iaitu sebanyak 80,000 florin ke Belanda. Antara tahun 1595 dan 1601, sebanyak 65 kapal Belanda telah berjaya berdagang dengan kerajaan Patani, Grisek, Ambonia, Banda, Acheh, Ternate, Bantam dan Johor. Kedatangan VOC disambut baik oleh pemerintah negeri kerana bukan sahaja Belanda akan

Upload: lydia-jia

Post on 09-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah & Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

Tuesday, 17 April 2012

Falsafah & Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

UNIT 3        : SEJARAH PENJAJAHANKUASA ASING DI TANAH MELAYU

Soalan 1      : Berikan sebab-sebab utama penjajah Barat datang ke Timur?

           

Sejarah penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu bermula dengan

kedatangan Portugis di Melaka, diikuti kemasukan Belanda dan Inggeris. Terdapat

beberapa sebab utama kenapa para penjajah Barat ini datang ke Timur.

            Antara sebab utama kenapa Negara Barat ingin menguasai Negara-negara di

sebelah timur adalah kerana kepulauan Tanah Melayu memang terkenal dengan

keamanan dan kemakmuran serta kaya dengan hasil-hasilnya sehingga negara-

negara barat menggelarkannya dengan gelaran “laluan sutera”. Tambahan pula

negeri Melaka adalah sebuah negeri yang berkedudukan strategik untuk

perdagangan di Asia Tenggara. Negeri Melaka juga terkenal dengan sebuah negeri

yang mempunyai pelabuhan yang aman dan bebas dari ancaman lanun. Penaklukan

Portugis di Melaka ini telah memaksa kapal-kapal yang belayar di Selat Melaka

supaya masuk ke pelabuhan Melaka. Dengan cara ini cukai-cukai dapat dikenakan

dan surat izin perlu dipohon dari Portugis dan kapal yang tidak mempunyai surat izin

akan dirampas.

            Seterusnya Belanda juga telah menjalankan ekpedisi ke kepulauan Melayu

apabila Portugis jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 di bawah pimpinan

Cornelius de Houtman ke Acheh, Bantam dan Batawi. Ekspedisi ini telah memberi

pulangan yang besar iaitu sebanyak 80,000 florin ke Belanda. Antara tahun 1595

dan 1601, sebanyak 65 kapal Belanda telah berjaya berdagang dengan kerajaan

Patani, Grisek, Ambonia, Banda, Acheh, Ternate, Bantam dan Johor. Kedatangan

VOC disambut baik oleh pemerintah negeri kerana bukan sahaja Belanda akan

menjadi saingan kepada Portugis tetapi berharap Belanda membeli barangan seperti

rempah, pala dan cengkih dengan harga yang lebih baik.

           

Ekoran persaingan yang hebat untuk merebut kawasan rempah, telah

menyebabkan ketegangan telah berlaku antara VOC dan EIC. Mereka mula mencari

penempatan baru untuk menjalankan urusan perniagaan. Kesannya VOC mula

mengatur langkah menguasai perdagangan rempah di Nusantara secara kekerasan,

Page 2: Falsafah & Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

tipu muslihat dan penaklukan melalui Betawi. Akhirnya mereka dapat menguasai

negeri-negeri di sebelah timur untuk tujuan perdagangan. Seterusnya dapat

menguasai ekonomi di timur.

            Pihak Inggeris juga ingin mengalihkan pusat perdagangannya dari Batavia 

ke Bangkahulu pada tahun 1824. Kedatangan British ke Kepulauan Melayu bermula

apabila Francis Drake (1577-1680) berjaya mengelilingi dunia. Maka pada tahun

1824 termeterailah perjanjian Inggeris-Belanda dengan membahagi “sphere of

influence” kedua-dua pihak. Akibatnya Melaka telah diserahkan kepada Inggeris dan

sebagai gantinya Inggeris menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda.

Kesimpulannya, faktor utama penjajahan kuasa Barat ke negeri-negeri di sebelah

Timur adalah disebabkan negeri-negeri ini kaya dengan hasil rempah ratusnya

seperti rempah, pala dan cengkih. Tambahan pula negeri Melaka terkenal dengan

kedudukannya yang strategik. 

UNIT 4      : SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS DARI  

                    TAHUN 1400 HINGGA 1786.Soalan 2   : Bincangkan ciri sekolah pondok, perkembangan pendidikan pondok                      dan sumbangannya kepada pendidikan di Malaysia.

Sistem pendidikan pondok merupakan antara system yang terawal wujud di

Tanah Melayu. Kewujudan ini hasil daripada penyebaran agama Islam ke Asia

Tenggara oleh pedagang-pedagang Arab. Kedatangan mereka telah membina

beberapa buah sekolah pondok terutamanya di negeri Perlis, Kedah, Terengganu,

Kelantan dan Brunie.

            Antara ciri-ciri yang boleh dilihat melalui penubuhan sekolah ini ialah

menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik.  Subjek

yang diajar lebih berbentuk keagamaan dan kebiasaannya dijalankan di surau atau

Page 3: Falsafah & Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

masjid pada waktu malam dengan dihadiri oleh orang dewasa lelaki dan perempuan.

Pondok didirikan atas usaha alim ulama dan masyarakat tempatan. Tempat

pengajian selalunya berhampiran dengan rumah tuan guru dan asrama pelajar.

Lokasi pondok sering ditemui di kawasan berhampiran pantai dan sungai. Biasanya

pondok dibina daripada papan dan daun nipah atau rumbia dan kemudahan

kelasnya hanya terdiri daripada papan dan galam. Manakala peralatan meja dan

bangku dibuat sendiri oleh pelajar. Para pelajarnya akan membuat kerja sampingan

untuk membantu tuan guru menyara kehidupan mereka seperti bertani, menangkap

ikan, mencari kayu api dan mengangkat air.

            Dari segi kurikulum pondok pula ialah bercirikan pengajaran yang tidak

formal. Pengajarannya dijar lebih kepada al-Quran, Fiqah dan Tauhid. Kaedah

pembelajarannya adalah berbentuk hafalan. Buku-bukunya pula terdiri daripada

kitab-kitab al-Quran, Hadis, Fiqah, Tauhid dan Tassawuf. Dari segi yuran pengajian

tidak ditetapkan. Tetapi bagi mereka yang berada adalah digalakkan menghulurkan

sumbangan dan derma. Manakala bagi pelajar yang kurang mampu boleh membawa

buah tangan seperti beras dan pakaian untuk guru sebagai penghormatan.

            Perkembangan pendidikan pondok telah menyebabkan institusi pondok telah

merebak ke semua negeri di Tanah Melayu. Para sarjana berpakat mengatakan

bahawa sistem bermula dari Pattani yang terletak di utara Semenanjung dan ulama

tersohornya ialah Syeikh Daud al-Fatani. Walaupun organisasi dan reka bentuk

sekolah pondok berbeza-beza tetapi sebelum abad kedua puluh telah wujud

kesedaran di kalangan rakyat tentang peri pentingnya pendidikan.

            Pelbagai sumbangan telah diberikan hasil daripada pengajian di sekolah ini.

Antaranya ialah melahirkan ramai ilmuwan agama seperti Sheikh Abdul Malik bin

Abdullah (Tuk Pulau Manis) di Terangganu, Tuk Kenali di Kelantan serta Haji

Muhammad Taib Mufti di Kedah. Selain daripada itu, hasil daripada penubuhan

sekolah pondok juga dapat menterjemahkan pelbagai buku Bahasa Arab ke dalam

Bahasa Melayu. Selain itu, ia juga menyumbang kepada orang melayu agar sedar

akan penguasaan penjajah suatu ketika dahulu. Sistem pondok juga turut membantu

dalam usaha memperluaskan ilmu pengetahuan mengenai bahasa arab dan agama

Islam secara meluas. Pada masa kini, pendidikan pondok sudah meluas hampir ke

seluruh negara kita. Sistem pondok juga memberi minat terhadap para pelajarnya

melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar dan menggalakkan juga mereka

menjadi ahli-ahli masjid dan pendakwah.

Page 4: Falsafah & Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

            Hasil daripada perkembangan sistem pondok ini, agama Islam telah tersebar

meluas ke seluruh dunia serta memudahkan orang ramai untuk mempelajari ilmu al-

Quran dan agama Islam. Ia juga menjadi tunjang kepada penubuhan sekolah agama

moden.

UNIT 5      : SISTEM PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU

Soalan 3   : Perihalkan corak pendidikan vernakular berikut:

         Sekolah Vernakular Melayu

         Sekolah Vernakular Cina

         Sekolah Vernakular India

            Pendidikan ialah proses dan aktiviti yang membawa perubahan kepada

individu mengikut nilai dan norma sesebuah masyarakat. Pendidikan mempunyai

skop yang luas dalam kehidupan manusia. Ia berbentuk sepanjang hayat tanpa

melalui tempoh tertentu. Juga diwarisi oleh generasi ke generasi.

            Corak pendidkan di Tanah melayu dari tahun 1786 hingga 1941 banyak

dipengaruhi oleh sistem pendidikan semasa pendudukan British di Tanah Melayu.

Ketika itu, British telah menjalankan dasar pecah dan perintah semasa menjajah

Tanah Melayu. Sistem pendidikan yang diamalkan adalah bersifat vernakular iaitu

sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Sistem persekolahan ini berbeza dari segi

lokasi, bahasa pengantar, kaum serta kurikulum mengikut sekolah masing-masing.

            Sekolah vernakular Melayu lebih tertumpu kepada masyarakat asli Tanah

Melayu dan didirikan di kawasan perkampungan. Sekolah ini menekankan subjek

seperti bacaan, mengarang, mengeja, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan

latihan congak serta ilmu alam. Pada awal kurun abad ke 20-an pula diajar subjek

perkebunan, anyaman, dan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

            Berbeza pula dengan sekolah vernakular Cina, ianya agak tertumpu di

kawasan Bandar serta menggunakan bahasa pengantarnya iaitu bahasa Cina.

Sekolah pertama didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di Melaka pada tahun

1815. Kurikulum berdasarkan pelajar klasik Cina-Teks Confucius. Antara perkara-

perkara yang diajar ialah menghafal klasik lama, kaligrafi, ilmu kira-kira dengan

abacus. Kemudiannya pada awal 20-an ditambah dengan subjek sejarah, ilmu alam,

sains, moral, bahasa, ilmu hisab, lukisan, menyanyi dan latihan jasmani.

Page 5: Falsafah & Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

Kebanyakan perbelanjaan sekolah tersebut mendapat pembiayaan daripada bantuan

kerajaan dan pembiayaan sendiri. Pada awalnya penubuhan sekolah ini adalah

bermotifkan politik Tanah Besar dan anti Inggeris. Seterusnya pada tahun 1920

Inggeris telah meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah bertujuan mengawal

aktiviti subversif di sekolah cina. Sekolah Cina yang mendaftar di bawah Enakmen

akan mendapat bantuan kewangan pihak British.

            Beralih pula kepada sekolah vernakular India. Ia lebih tertumpu di bahagian

lading-ladang getah. Sekolah ini menggunakan bahasa pengantar iaitu Bahasa Tamil

serta mengimport buku dari negara India. Telah ditubuhkan di Penang Free School

pada tahun 1816. Ianya lebih tertumpu kepada anak-anak buruh India yang bekerja

di lading getah, kelapa dan buruh di Jabatan Kerja Raya dan keretapi. Kod Buruh

1902 telah mewajibkan setiap lading yang terdapat sepuluh orang kanak-kanak di

dalam umur persekolahan (7-14 tahun) dikehendaki menyediakan sekolah dan guru

untuk kanak-kanak itu.

 UNIT  6    : SEJARAH PENDIDIKAN PRA MERDEKA (1941-1957)Soalan  4  : Laporan Razak 1956 dijadikan rujukan utama dalam perkembangan                    pendidikan selepas kemerdekaan.                    Apakah syor-syor utama dalam Laporan Razak?

            Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu

jawatankuasa kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan pada ketika itu.

Pada masa itu sebagai Menteri Pendidikan pertama, Tun Razak telah merancang satu sistem

pelajaran yang dapat diterima oleh rakyat dan dikenali sebagai Penyata Razak (1956) yang

mengandungi 17 perakuan yang menjadi prinsip asas Ordinan 1957. Penyata Razak

Page 6: Falsafah & Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

bertujuan untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan

aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa.

            Beberapa syor penting dalam Laporan Razak 1956 iaitu penubuhan dua jenis sekolah

sahaja iaitu sekolah rendah bersendirian atau yang menerima bantuan dan sekolah

menengah yang bersendirian atau mendapat bantuan kerajaan. Seterusnya menukarkan

sekolah rendah yang ada kepada sekolah-sekolah umum iaitu bahasa pengantarnya Bahasa

Melayu dan sekolah-sekolah jenis umum iaitu bahasa pengantarnya Cina, Tamil atau

Inggeris. Syor yang seterusnya ialah menjadikan Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai mata

pelajaran wajib dalam semua sekolah rendah dan menengah.

            Seterusnya Laporan Razak 1956 telah mensyorkan penubuhan satu jenis sekolah

menengah kebangsaan terbuka secara saingan kepada semua bangsa. Kurikulumnya

menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan boleh diubahsuai untuk membenarkan

pengajaran semua bahasa dan kebudayaan Tanah Melayu serta mempunyai ruang untuk

berbagai-bagai bahasa menjadi bahasa pengantar. Penyata ini juga telah mengorientasikan

semua sekolah ke arah Tanah Melayu melalui kandungan sukatan pelajaran dan jadual

waktu yang sama. Penyata ini juga telah mengambil langkah-langkah bagi memupuk

perkembangan bahasa kebangsaan dan mempertingkatkan pengetahuannya di Persekutuan

Tanah Melayu. Dalam aspek pengajaran pula, guru-guru sekolah rendah dan menengah

mestilah mempunyai kelayakan yang cukup. Semua guru akan diletakkan di bawah satu

perkhidmatan professional dan sekaligus menubuhkan Jemaah Nazir Persekutuan.

            Akhir sekali, Laporan Razak 1956 mengambilkira beberapa matlamat dan akhirnya

membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia dan cadangan-cadangan

penyata tersebut akan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Page 7: Falsafah & Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

UNIT 11      : KONSEP PENDIDIKAN : EDUCERE DAN EDUCARE

Soalan 5     : Huraikan perbezaan antara educere dan educare dari aspek berikut:

         Konsep

         Ciri-ciri

         Contoh-contoh aktiviti harian

Educere bermakna menzahirkan keupayaan diri atau ‘to lead out’. Bermaksud

pembelajaran untuk membina manusia yang mencapai tahap sedar-kendiri (self-realization)

tentang kewujudan diri dalam hubungan kewujudan makhluk-makhluk lain, alam dan Maha

Pencipta. Dari segi konsep, educere dilihat sebagai didikan. Ia lebih memfokuskan kepada

komponen akliah atau intelek. Matlamatnya adalah kepada pembinaan fikiran yang bijaksana

dan rasional serta pembinaan jiwa manusia yang murni. Manakala educare pula bermaksud

latihan atau ‘to train’ mengikut keperluan seperti keperluan hidup, keperluan sosial, keperluan

pembangunan ekonomi dan sebagainya. Educare berakhir apabila kemahiran yang

diharapkan tercapai. Educare melihat manusia sebagai tin kosong yang mana perlu diisi

pengetahuan samada releven atau pun tidak. Konsep pendidikannya, pembelajaran adalah

berasaskan tertentu ataupun atas sesuatu kepentingan.

            Dari perspektif ciri-ciri kedua-dua konsep ini pula, educere lebih bersifat normatif di

mana ianya lebih ideal dan menyeluruh mengenai manusia terdidik. Proses pembelajaran

educere tidak ada akhirnya kerana ia merupakan pembelajaran untuk pembelajaran atau

pembelajaran untuk menambah ilmu dan kebijaksanaan (learning for the sake of learning).

Hasilnya dapat dilihat secara implisit. Proses pendidikannya adalah proses jangka panjang

dan tidak ada batas sempadan. Didikan mengutamakan pendekatan child-centred iaitu

berbentuk pemusatan individu. Ia berpegang kepada pengukuhan kemanusiaan iaitu untuk

membina manusia yang berakal rasional, sedar kendiri, berperibadi sejajar sebagai taraf

manusia, melebihi haiwan, tumbuhan dan makhluk lain. Pendidikannya adalah sebagai satu

kehidupan dan bukannya untuk kehidupan. Manakala ciri-ciri educare pula lebih bersifat

instrumental iaitu pembelajaran merupakan cara bagi mendapatkan sesuatu keperluan

seperti keperluan ekonomi, sosial dan politik. Pendidikannya mesti relevan dan pragmatik

demi kemandrian (survival) manusia di dalam masyarakat atau pendidikan untuk sesuatu

Page 8: Falsafah & Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

fungsi dan untuk manusia berfungsi. Bagi latihan, hasilnya dapat dilihat dan diberi nilai

tertakluk kepada batas masa dan tempat. Misalnya pembelajaran yang berlaku di sekolah,

maktab, university atau institusi-institusi lain dalam tempoh masa yang tertentu. Produk atau

output latihan adalah pelajar yang menjalani latihan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Educare bersifat tidak normatif kerana terpengaruh dengan aspek sosialisasi iaitu

penyedaran manusia untuk memainkan peranan sebagai peserta dalam masyarakat.

            Contoh konsep educere dalam aktiviti harian ialah kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang berterusan daripada prasekolah sehinggalah pencapaian keperingkat

universiti. Manakala contoh bagi konsep educare pula seperti memasuki sesuatu kursus

kemahiran seperti menjahit dan  membaiki barangan elektrik dalam sesuatu tempoh tertentu.

Posted by eta at 01:00 http://eta-norzita.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html