pakaian adat lelaki jawa barat

17
PAKAIAN ADAT JAWA BARAT 1.0 Pendahuluan Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Kaum majoriti di negara ini ialah kaum Melayu, Cina dan India. Selain itu, terdapat juga kaum-kaum lain seperti Iban, Bugis, Dusun, Orang Asli dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), budaya ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup. Aspek budaya dan masyarakat perlu diambil berat kerana kita hidup dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Oleh sebab itu, pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya pada tahap awal perlu dilakukan secara padu bagi membantu anak-anak Malaysia hidup dalam aman dan harmoni dan dapat mengenali jati diri. Sememangnya fitrah hidup, kita merupakan hasil kelahiran yang bermula dari kewujudan Nabi Adam dan Hawa. Masing-masing mempunyai keturunan dan darah daging yang tersendiri. Kebanyakan rakyat berbangsa Melayu mempunyai keturunan dari rumpun masyarakat Nusantara. Salah satunya ialah kaum Jawa. Sebahagian rakyat di Malaysia mempunyai keturunan Jawa hasil dari sejarah penghijarahan masyarakat Jawa bagi tujuan perniagaan, pengembaraan dan penyebaran dakwah agama Islam. 1

Upload: muhammad-afiq-al-amri

Post on 15-Nov-2015

128 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Kebudayaan

TRANSCRIPT

PAKAIAN ADAT JAWA BARAT

1.0 PendahuluanMalaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Kaum majoriti di negara ini ialah kaum Melayu, Cina dan India. Selain itu, terdapat juga kaum-kaum lain seperti Iban, Bugis, Dusun, Orang Asli dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), budaya ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup. Aspek budaya dan masyarakat perlu diambil berat kerana kita hidup dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Oleh sebab itu, pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya pada tahap awal perlu dilakukan secara padu bagi membantu anak-anak Malaysia hidup dalam aman dan harmoni dan dapat mengenali jati diri.

Sememangnya fitrah hidup, kita merupakan hasil kelahiran yang bermula dari kewujudan Nabi Adam dan Hawa. Masing-masing mempunyai keturunan dan darah daging yang tersendiri. Kebanyakan rakyat berbangsa Melayu mempunyai keturunan dari rumpun masyarakat Nusantara. Salah satunya ialah kaum Jawa. Sebahagian rakyat di Malaysia mempunyai keturunan Jawa hasil dari sejarah penghijarahan masyarakat Jawa bagi tujuan perniagaan, pengembaraan dan penyebaran dakwah agama Islam.

Pada hari Pameran Kebudayaan yang berlangsung pada 28 Februari 2014 di Dewan Sri Tanjung, saya telah memilih untuk memakai pakaian adat Jawa Barat. Justeru itu, saya telah merungkaikan serba sedikit mengenai wilayah Jawa Barat dan pakaian adat Jawa Barat. Saya memohon maaf sekiranya maklumat yang telah saya kumpul tidak menepati kehendak puan.

2.0 Pengenalan : Wilayah Jawa BaratMenurut Gamal Komandoko (2010), wilayah Jawa Barat terbentuk secara sah dan dinamakan secara rasmi berdasarkan Undang-Undang No. 11 oleh Hindia Belanda pada 14 Julai 1950. Pada tahun 1922, pelaksanaan Bestuurshervomingwet telah memberi kuasa kepada Hindia Belanda ke atas wilayah ini. Sebelum itu, wilayah ini dikenali sebagai Tatar Soenda atau Pasoendan. Selain itu, wilayah Jawa Barat juga mempunyai nama lain pada masa kini iaitu Jabar yang merupakan akronim dari perkataan Jawa Barat.

Jawa Barat sememangnya terkenal dengan budaya masyarakat Sunda. Walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai suku bangsa tetapi mereka mengamalkan budaya dan adat istiadat yang sama iaitu budaya etnik Sunda. Antara suku yang terdapat di Jawa Barat ialah suku Sunda, Badui, Jawa dan Betawi. Bahasa ibunda sebagai bahasa perantaraan ialah bahasa Sunda.

Wilayah Jawa Barat terletak di pulau Jawa dan bersempadan dengan Wilayah Ibu Kota Jakarta Raya di sebelah utara, Barten di sebelah barat, Samudera di sebelah selatan dan Wilayah Jawa Tengah di sebelah timur.

Wilayah ini terdiri daripada 16 daerah dan sembilan bandar. Nama bagi semua daerah tersebut ialah Bogor, Sukabumi, Cianjur, Bandung, Garut, Tasikmalaya, Ciamis, Kuningan, Cirebon, Majalengka, Sumedang, Indramayu, Subang, Purwakarta, Karawang dan Bekasi. Nama bagi kesemua bandar pula ialah Kota Bogor, Kota Sukabumi, Kota Bandung, Kota Cirebon, Kota Bekasi, Kota Depok, Kota Cimahi, Kota Tasikmalaya, dan Kota Banjar. Ibu kota bagi wilayah Jawa Barat ialah Kota Bandung. Bilangan penduduk Indonesia yang amat banyak sekali tercatat di wilayah ini.

Agama yang dianuti oleh kebanyakan penduduk Jawa Barat ialah agama Islam. Selain itu, terdapat juga penduduk yang menganuti agama Kristian Prostestan, Katolik, Buddha dan Hindu.3.0 Fungsi dan Ciri-ciri Pakaian Adat Jawa BaratSaya telah memilih untuk memakai pakaian adat Jawa Barat pada Hari Pameran Kebudayaan yang telah diadakan pada tarikh 28 hari bulan 2 tahun 2014.

Menurut Gamal Komandoko (2010), pakaian adat Jawa Barat bagi lelaki terdiri daripada baju takwa dengan kolar menutup leher, kain dodot, penutup kepala iaitu blangkon, dan seluar panjang yang sama warna dengan baju takwa.

Saya akan menjelaskan cara pemakaian pakaian adat Jawa Barat bermula dari bahagian atas sehingga ke bahagian bawah. Bermula pada penutup kepala yang dikenali sebagai blangkon atau bendo. Seterusnya, baju iaitu baju takwa. Kemudian, kain dodot bermotifkan bebas dipakai seperti sampin. Seluar pula ialah seluar panjang yang berwarna sama dengan baju takwa. Bahagian paling bawah ialah alas kaki sama ada sandal atau kasut.

Pakaian adat ini biasanya dipakai ketika menghadiri majlis rasmi, upacara adat, majlis perkahwinan dan sambutan perayaan.

3.1 Blangkon

Rajah 1.1 : Blangkon (Pandangan Sisi)

Rajah 1.2 : Blangkon (Pandangan Atas)

Menurut Lydia Kieven (2013), bentuk blangkon ialah separuh bulatan dan diperbuat daripada bahan yang padat dan tekstil batiknya yang dilekatkan. Kini, bahagian keras pada blangkon diperbuat daripada kadbod. Pada zaman dahulu, blangkon diperbuat daripada gentian kering daripada batang pisang yang dilekatkan menggunakan gam yang diperbuat daripada tepung ubi. Walaupun begitu, terdapat juga blangkon yang dihasilkan menggunakan kaedah tradisional.

Blangkon terbahagi kepada empat jenis iaitu blangkon Ngayogyakarta, Blangkon Surakarta, blangkon Kedu dan blangkon Banyumasan. Sebahagian blangkon mempunyai tonjolan pada bahagian belakang dan disebut sebagai mondholan. Pada zaman dahulu, tonjolan tersebut terhasil daripada lilitan rambut lelaki yang panjang. Tetapi pada masa kini bahagian tonjolan tersebut dijahit khusus kerana kebanyakan lelaki berambut pendek.

Menurut Gagas Ulung (2011), blangkon merupakan penutup kepala yang digunakan kaum lelaki sebagai sebahagian pakaian tradisional Jawa. Pada zaman dahulu, blangkon hanya dihasilkan oleh para seniman dengan kaedah tradisional. Semakin teliti cara penghasilan blangkon, semakin tinggi nilainya. Di desa Potrojayan, Kelurahan Serengan dan Surakarta terdapat pusat industri pembuatan blangkon.

Menurut Achmad Chodjim (2011), blangkon masih banyak dipakai di daerah Solo dan Yogyakarta. Selain itu, beliau juga mengatakan dalang dan pemaian gamelan wayang kulit turut memakai blangkon ketika membuat persembahan.

3.2 Baju Takwa

Rajah 2 : Baju TakwaBaju takwa merupakan baju berkolar tegak yang menutup leher dan berlengan panjang. Baju ini perlulah sama warnanya dengan seluar panjang yang dipakai. Baju ini perlu dikancingkan kesemuanya di bahagian hadapan.

Menurut Achmad Chodjim (2003), baju takwa telah direka oleh Sunan Kalijaga. Beliau merupakan seorang tokoh Wali Sanga yang sangat berpengaruh di Pulau Jawa kerana dakwahnya. Beliau juga merupakan ahli falsafah dan budayawan.

Menurut beliau lagi, walaupun Sunan Kalijaga dilantik sebagai seorang ahli Wali Sanga, namun Sunan tidak ingin memakai baju batik dan beserban ala ulama-ulama dari Jawa Timur Tengah. Selain itu, beliau ingin mewujudkan identiti Jawa Barat yang tersendiri dan bersesuaian dengan iklim dan cuaca di negaranya.

Oleh sebab itu, beliau telah mereka baju ini dan dipakai bersama blangkon bagi mengekalkan identiti Jawa. Beliau memodifikasikan baju takwa dari baju tradisional Jawa iaitu Surjan. Surjan merupakan pakaian lelaki yang sering dipakai ketika upacara rasmi pada zaman itu.

Menurut M. Jandra (2004), pada kolar baju takwa terdapat tiga kancing ayng melambangkan Iman, Ihsan dan Islam. Manakala tiga kancing yang terdapat pada bahu kanan dan bahu kiri melambangkan dua kalimah syahadah. Seterusnya enam kancing yang terdapat pada kedua-dua belah lengan melambangkan rukun Iman. Akhir sekali, lima kancing di hadapan melambangkan rukun Islam.

3.3 Kain Dodot

Rajah 3 : Kain DodotMenurut Diana Darling (2012), kain dodot merupakan pakaian perayaan kaum Jawa yang membalut seluruh bahagian bawah badan. Biasanya kain ini bermotifkan flora dan fauna serta hujan.

Menurut Achmad Chodjim (2011), kain dodot adalah kain panjang yang dipakai oleh kerabat diraja. Selain itu, kain ini juga digunakan sebagai selimut tidur.

Menurut Rudolf G. Smend (2006), kain dodot dipakai oleh kaum kerabat diraja dalam majlis rasmi. Kain ini dipakai secara membalut seluruh bahagian bawah badan bermula dengan hujung kain dililit sehingga hujung kain yang satu lagi diselitkan dengan kemas. Selain daripada dipakai oleh kerabat diraja, kain dodot juga dipakai oleh penari dan pasangan pengantin. Mengikut tradisi Jawa, walaupun pasangan pengantin baru datang dari golongan biasa, mereka mengenakan kain dodot bagi melambangkan hak keistimewaan menjadi raja sehari. Menurut Rasmujo Kahar (2012), kain dodot juga dikenali sebagai kampuh. Ukuran kain dodot bagi lelaki ialah 400 cm X 200 cm, manakala bagi perempuan pula ialah 500 cm X 200 cm. Ukuran kain dodot bagi raja ialah750 cm X 250 cm.Menurut Jill Condra (2013), kain dodot merupakan kain kerabat diraja yang dijahit secara memanjang. Kain ini dipakai bersama seluar sutera panjang, dilipat dan dibalut seperti sampin. Mengikut cara pemakaian pakaian adat Jawa Barat, kain dodot dipakai bersama seluar panjang, dilipat dan dibalut seakan-akan sampin.

3.4 Seluar PanjangSeluar panjang dikenali celana panjang dalam bahasa Indonesia. Kriteria seluar panjang yang dipakai dalam pakaian adat Jawa Barat mestilah sama warna dengan baju takwa. Potongan seluar panjang ialah bermula dari paras pinggang hingga ke paras buku lali.

Rajah 4 : Seluar Panjang

3.5 Alas KakiMengikut pemakaian pakaian adat Jawa Barat bagi lelaki, alas kaki dipakai sama ada selipar hitam atau kasut hitam. Kasut hitam biasanya dipakai ketika menghadiri majlis-majlis rasmi dan upacara adat. Biasanya rakyat dari golongan biasa hanya memakai selipar hitam. Tujuan alas kaki dipakai adalah untuk melindungi dan menjaga kebersihan kaki.

4.0 PenutupKini, pakaian adat Jawa Barat masih dipakai terutamanya penduduk di Jawa Barat sendiri. Pakaian ini tidak pupus ditelan zaman kerana masyarakat telah menjadikan pakaian itu sebagai salah satu budaya. Saya mengharapkan pakaian adat ini terus dipakai supaya generasi akan datang tidak ketinggalan oleh peredaran masa.

Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan budaya pemakaian pakaian adat ini. Di samping itu, kita perlu mendedahkan dengan lebih meluas kepada dunia luar mengenai pakaian ini supaya tidak ditelan zaman dan mempamerkan keunikan pakaian ini. Kalau bukan kita yang berbuat demikian, siapa lagi?

RefleksiAlhamdulillah. syukur kehadrat Illahi, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan projek EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran yang telah dibimbing oleh pensyarah saya iaitu Puan Anis Salwa binti Ahmed @ Adnan. Sebelum itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Anis Salwa yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada saya sepanjang masa penghasilan tugasan projek ini. Penghasilan tugasan projek ini mengambil masa selama 4 minggu untuk disiapkan. Tugasan ini mengandungi dua bahagian iaitu tugasan secara individu dan tugasan secara berkumpulan.

Bagi tugasan secara berkumpulan, setiap kelas wajib mengadakan satu pameran bagi menjelaskan aspek sejarah, adat resam, pantang larang, kepercayaan dan kebudayaan etnik di Malaysia. Tugasan berkumpulan ini amat berguna untuk saya pada masa hadapan kerana ini dapat membantu saya untuk merapkan elemen perpaduan dalam kalangan murid-murid di sekolah nanti. Hal ini demikian kerana, dengan adanya tugasan projek seperti pameran ini, para pelatih guru didedahkan dengan kebudayan dan warisan pelbagai etnik di Malaysia.

Tugasan berkumpulan ini wajib dilaksanakan oleh semua unit K PISMP Ambilan Januari 2012. Satu proses pengundian telah diadakan untuk membahagikan etnik-etnik yang perlu dipersembahkan oleh setiap kelas pada hari pameran. Hasil cabutan undian yang dilakukan oleh wakil kelas K4 iaitu Saudara Muhammad Arif Idris, kelas K4 telah diamanahkan untuk menyediakan ruang pameran mengenai kaum Iban. Seperti yang semua sedia maklum, kaum Iban merupakan etnik terbesar di Sarawak.

Tugasan berkumpulan ini amat mencabar buat saya dan rakan-rakan. Hal ini demikian kerana faktor yang ketara ialah ahli kelas kami tiada seorang pun yang berasal dari Sabah dan Sarawak. Ini sedikit sebanyak menyukarkan kami untuk memperoleh maklumat yang tepat mengenai kaum Iban. Walau bagaimanapun, saya dan dan rakan-rakan mengambil cabaran ini sebagai suatu yang positif dan saya sendiri bertekad akan melakukan yang terbaik untuk menjayakan pameran kebudayaan ini.Saya melaksanakan proses pencarian maklumat dan bahan tentang kaum Iban dari sumber-sumber seperti buku, internet, perkongsian dari rakan-rakan Sabah dan Sarawak dan tidak lupa juga perkongsian dari pensyarah pembimbing. Sepanjang proses mecari maklumat dan bahan-bahan mengenai kaum Iban sedikit sebanyak memberi saya info dan pengetahuan berguna kepada saya mengenai keunikan budaya dan warisan kaum Iban. Hasil pencarian juga telah mendedahkan kepada saya mengenai adat resam kaum Iban yang sebelum ini tidak pernah saya ketahui. Saya merasakan ada adat resam yang diamalkan oleh mereka agak pelik dan saya tidak menyangka ada sesetengah daripada mereka masih mengamalkannya pada masa kini.

Proses pelaksanaan tugasan projek ini telah disusun atur secara sistematik oleh saya dan rakan-rakan kelas. Sebelum melaksanakan proses pencarian maklumat kami telah menubuhkan satu jawatankuasa yang akan diwakili oleh setiap ahli kelas. Jawatankuasa yang terlibat ialah AJK Makanan, AJK Pakaian, AJK Peralatan dan Alat Muzik, AJK Perhiasan dan beberapa AJK lain. Saya telah terpilih untuk mewakili AJK Pakaian bersama-sama dengan saudara Muhammad Arif Idris. Bagi saya, AJK yang paling susah dalam proses mendapatkan bahan dan maklumat mengenai kaum Iban ini ialah AJK Pakaian. Hal ini demikian kerana, untuk menyempurnakan pameran tersebut, salah seorang daripada ahli kelas kami perlu memperagakan pakaian Iban.

Pada awalnya kelas saya mendapat kesukaran untuk memperoleh pakaian kaum Iban Namun begitu, berkat usaha dan kerjasama dari rakan-rakan dan pensyarah saya telah mendapat setelah mendapat idea untuk membuat pinjaman daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak atau Universiti Teknologi Petronas. Proses pertama yang dilakukan ialah dengan membuat surat rasmi kepada kedua-dua agensi ini. Nasib baik menyebelahi saya dan rakan-rakan. Kelas saya telah berjaya mendapat kelulusan daripada pihak Universiti Tekonologi Petronas untuk meminjam pakaian tradisional kaum Iban beserta dengan aksesori.

Bukan itu sahaja, tugasan projek ini sedikit sebanyak telah mengeratkan hubungan silaturrahim antara saya dan rakan-rakan serta saya dan pensyarah pembimbing. Kesemua ahli kumpulan memberikan komitmen yang baik semasa proses menjayakan pameran ini. Misalnya, AJK Makanan telah berusaha untuk mendapatkan makanan-makanan kaum Iban yang kebanyakannya tidak terdapat di Semanjung Malaysia. Namun, mereka sama sekali tidak berputus asa untuk memastikan ruang pameran kami menyediakan makanan-makanan tradisi kaum Iban. Antara makanan kaum Iban yang susah untuk diperoleh ialah Ayam Pansuh. Inisiatif yang telah diambil oleh AJK Makanan iaitu Noor Fathiyyah dan Rusminah ialah mereka berdua mengambil keputusan untuk memasak sendiri ayam pansuh tersebut.

Tarikan utama ruang pameran K4 antaranya ialah pelamin kaum Iban, makanan-makanan tradisi kaum Iban, pokok pisang yang dipanggil Ranyai, peralatan dan alat-alat muzik kaum Iban dan macam-macam lagi yang disediakan oleh kelas saya. Masalah yang timbul pada awal proses menghias ruang pameran ialah saya dan ahli kelas yang lain kekurangan idea untuk menghias ruang pameran. Perkara ini tidak mematahkan semangat saya dan rakan-rakan untuk mencari jalan keluar dari permasalahan yang dihadapi oleh kami.

Berkat kesabaran dan perkongsian idea dari pensyarah pembimbing kami mendapat idea untuk menghias ruang pameran kami. Berbekalkan idea dan kreativiti setiap ahli kumpulan, kami berjaya menyiapkan ruang pameran tepat pada waktunya. Matlamat saya dan rakan-rakan adalah sama iaitu kami mengharapkan ruang pameran kaum Iban yang kami hasilkan memberikan satu sentuhan memori kepada semua tetamu yang mengunjungi ruang pameran kami. kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan pameran yang berlangsung bakal meninggalkan memori manis kepada semua pihak.

Pada hari pameran tersebut juga, saya turut memperoleh info-info mengenai etnik-etnik lain yang terdapat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, setiap unit K telah diamanahkan untuk menyediakan ruang pameran mengenai etnik-etnik tersebut antaranya etnik India, Melayu, Cina, Asli, Murut, Kadazan dan sebagainya. Hal ini telah membuka mata dan minda saya mengenai etnik-etnik lain. Jika sebelum ini saya tidak tahu dan tidak mengambil tahu mengenai etnik yang terdapat di Malaysia, namun dengan adanya pameran seperti ini telah menyedarkan saya bahawa peri pentingnya generai muda itu didedahkan dengan kebudayan dan warisan etnik-etnik yang terdapat di Malaysia.

Pada hari pameran, setiap pelajar yang terlibat dikehendaki untuk memakai pakaian tradisional kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, saya telah memilih untuk memperagakan pakaian adat Jawa Barat pada hari pameran kebudayaan. Sebelum ini, saya tidak pernah mengetahui apa-apa maklumat mengenai cara pemakaian pakaian adat Jawa Barat. Perkara yang hanya saya tahu ialah blangkon. Itupun dahulunya saya hanya memanggil kopiah Jawa. Namun begitu, hasil daripada kerja khusus ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai blangkon iaitu dari segi cara pembuatan, fungsi, jenis-jenis blangkon dan nama pada bahagian tertentu.

Di Malaysia, blangkon kebanyakannya dijual di kawasan Kuala Lumpur dan Shah Alam. Blangkon sukar didapati di tempat-tempat lain. Mula-mula saya mencari kedai menjual blangkon di Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan pos laju. Tetapi hasil pencarian saya gagal. Namun begitu, saya tidak berputus asa. Saya meneruskan pencarian blangkon di Angsana Malll, Ipoh. Walaupun tiada kedai yang menjual blangkon, sekurang-kurangnya saya mendapat maklumat bahawa terdapat sebuah kedai di dalam bangunan Yip Fong, Ipoh yang menjual blangkon dan baju batik Jawa. Keesokan harinya, saya bersama kawan saya pergi ke destinasi yang telah diketahui itu dengan harapan kedai itu dibuka. Alhamdulillah kerana saya dapat menjumpai kedai itu dan dapat membeli blangkon yang menepati saiz kepala saya.

Misi seterusnya ialah mencari kain dodot. Pada awalnya, saya berhajat untuk membeli kain dodot di kedai yang sama. Namun begitu, saya ingin bertanyakan kawan saya terlebih dahulu. Tidak saya jangka kawan sekelas saya, Hazirah Binti Murshid mempunyai kain dodot yang diperoleh di Indonesia. Saya meminta dengan Hazirah untuk meminjam kain dodot tersebut. Saya berasa sangat bersyukur kerana dipermudahkan urusan oleh-Nya.

Kemudian, misi yang terakhir ialah mencari baju takwa. Saya telah menjumpai sebuah butik pakaian di Ipoh yang menjual baju takwa. Namun begitu, harga baju tersebut mencecah ratusan. Saya menangguh dahulu untuk membeli baju itu. Pada suatu hari, saya bercerita tentang perkara ini kepada kawan-kawan saya. Sekali lagi Allah telah menurunkan pertolongan kepada saya melalui rakan sekelas saya iaitu Mizan bin Muhammad. Dia memberitahu bahawa dia mempunyai baju yang seakan-akan baju takwa dan membenarkan saya meminjam baju tersebut. Allhamdulillah.

Saya tidak perlu mencari seluar panjang dan juga kasut kerana saya sudah mempunyai kedua-duanya. Seluar panjang kepunyaan saya sama warnanya dengan baju yang dipinjam dari Mizan iaitu warna hitam. Kasut yang dipakai ketika pameran ialah kasut saya yang selalu dipakai untuk menghadiri kuliah. Saya memanjat penuh rasa kesyukuran kerana saya dapat memakai pakaian seperti pakaian adat Jawa Barat.

Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap saya kepada puan pensyarah. Saya berharap agar puan dapat memaafkan saya dan memberkati ilmu yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan. Terima kasih di atas segala yang diberikan kepada kami dan saya mendoakan agar hidup puan diberkati oleh Allah. Amin.

BIBLIOGRAFI

BUKUAchmad Chodjim. (2011). Mistik dan Makrifat Sunan Kalijaga. Indonesia. Penerbit Serambi. Gagas Ulung. (2011). Go Tradisional : 100 Sanggar Seni, Artshop, Bengkel Kerajinan BertradisiDi Jogja dan Solo. Indonesia. Gramedia Pustaka.

Gamal Komandoko. (2010). Ensiklopedia Pelajar dan Umum. Indonesia. Pustaka Widyatama.Hajah Noresah Bt. Baharom et. Al. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka Sdn. Bhd.

Jill Condra. (2013). Encyclopedia of National Dress: Traditional Clothing Around the World [2 Volumes]. Canada. ABC-CLIO.Lydia Kieven. (2013). Following the Cap-Figure in Majapahit Temple Reliefs: A New Look at theReligious Function of East Javanese Temples, Fourteenth and Fifteenth Centuries. Netherland. BRILL.

Muflihah. (2007). Rangkuman Pengetahuan Umum Lengkap Sekolah Dasar. Jakarta. Puspa Swara.Rudolf G. Smend (2006). Batik : 75 Selected Masterpieces: The Rudolf G. Smend Collection.Germany. Tuttle Publishing.

LAMAN SESAWANGAldi Riandana. (2012). Baju Takwo. Diakses pada 25 februari 2014: http://budaya-indonesia.org/Baju-Takwo/

Lisnawati Xiibismena. (2014). Pakaian Adat Jawa Barat. Diakses pada 25 Februari 2014:http://budayasunda12ba5lisna.blogspot.com/2013/02/pakaian-adat-jawa-barat.html

Rasmujo Kahar. (2012). Jenis dan Ukuran Batik. Diakses pada 28 Februari 2014:http://parasakti7970.blogspot.com/2012/03/jenis-dan-ukuran-batik.html

Wikipedia. (2010). Blangkon. Diakses pada 1 Mac 2014: http://id.wikipedia.org/wiki/Blangkon

14