39017251 masyarakat jawa

Upload: surya-yatim

Post on 03-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    1/55

    S O A L A N

    A. Pilih satu etnik di Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak dan bincangkan dari

    aspek bangsa, struktur masyarakat / kelas sosial, kepercayaan , bahasa,adat resam dan jantina.

    B. Huraikan implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam sebuah bilik darjah

    terhadap guru, murid dan sekolah secara keseluruhannya.

    C. Cadangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok untuk

    mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan seterusnya

    melahirkan warganegara bersatu padu.

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    2/55

    Soalan A :

    Pilih satu etnik di Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak dan bincangkan dari aspek

    bangsa, struktur masyarakat / kelas sosial, kepercayaan , bahasa, adat resam dan

    jantina.

    Orang Jawa

    Setelah perbincangan antara ahli kumpulan kami, kami telah sepakat untuk

    memilih kebudayaan etnik Jawa untuk dibincangkan dan mengulas aspek-aspek dari

    segi bangsa, struktur masyarakat /kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan

    jantina. Etnik Jawa merupakan sebahagian daripada kaum Melayu yang terdapat di

    Malaysia

    Pengenalan K ebudayaan

    Kebudayaan amat berkait rapat dengan ketamadunan sesuatu bangsa.

    Kebudayaan merangkumi tradisi, kepercayaan, perilaku dan benda-benda yangdipergunakan antara lain masyarakat-masyarakat tertentu dan apa yang memisahkan

    cara hidup manusia sejak wujudnya manusia di permukaan bumi ini. Kebudayaan juga

    adalah cara hidup manusia yang diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi

    melalui pengetahuan sama ada bahasa mahupun media simbolik lain dan pengalaman.

    Kebudayaan juga adalah keseluruhan yang kompleks di mana di dalamnya terdapat

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    3/55

    ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan

    kemampuan-kemampuan yang lain serta kebiasaan perilaku manusia sebagai anggota

    masyarakat.

    Uniknya makna kebudayaan seuniknya budaya yang terdapat dalam sesuatu

    kaum. Kaum Melayu khasnya mempunyai berbagai keistimewaan dan keunikan yang

    tiada tolok bandingnya. Serumpun Melayu mempunyai pelbagai masyarakat, sama ada

    masyarakat Minang, Jawa, Melayu Kedah Tua dan berbagai lagi. Namun, masyarakat

    Jawa mempunyai keunikan tersendiri yang tidak dapat dibandingkan dengan etnik

    serumpun yang lain. Seperti yang diketahui, masyarakat Jawa merupakan sebahagian

    daripada masyarakat di alam Melayu. Pengkajian ini sesungguhnya sangat menarik

    kerana berapakah ramai anak bangsa yang mengetahui tentang kebudayaan bangsa

    Melayu itu sendiri?. Sesungguhnya masyarakat Jawa mempunyai banyak persamaan

    dengan masyarakat Melayu sama ada dari paras rupa, corak hidup dan kepercayaan.

    Adalah sukar untuk membezakan antara masyarakat Jawa dengan masyarakat Melayu.

    B AN GSA JAWA

    Kepulauan Jawa, Indonesia

    Sebelum mengorak langkah dengan lebih jauh lagi, sewajarnya kita mengetahui

    sedikit sebanyak tentang apa itu Jawa. Menurut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan

    Melayu muka surat 1026, Jawa adalah salah sebuah pulau dalam Kepulauan

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    4/55

    Indonesia. Keluasan pulau ini ialah 131 350 km persegi termasuk Pulau Madura dan

    pulau-pulau kecil lain. Jawa mempunyai penduduk yang paling padat di Asia Tenggara

    sekitar 120 juta. Terdiri daripada lima propinsi iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa

    Timur, Daerah khusus Ibu Kota Jakarta dan Daerah Istimewa Yogyakarta.

    Kebudayaan Jawa seperti yang diketahui adalah salah satu kebudayaan di Asia

    yang paling kuno dan identiti akan tradisi, perilaku dan peralatan kuno. Kekayaan ini

    cukup nyata dari sejarah kebudayaan Jawa yang wujudnya selama lebih dari seribu

    tahun di daerah-daerah tertentu di pulau Jawa. Walaupun begitu, kebudayaan Jawa itu

    berasal dari berbagai-bagai tradisi, kepercayaan dan cara hidup orang-orang dan bagi

    orang Jawa yang tinggal di pulau Jawa, kebudayaan adalah sesuatu yang mereka

    anuti dan percaya sesuai dengan kondisi dan situasi lokal, sejarah dan pengaruh-

    pengaruh luar. Jadi, walaupun kebanyakan orang Jawa akan mendentifikasikan dirinya

    sendiri dengan kebudayaan Jawa, aspek-aspek dari cara hidup mereka akan

    bervariasi berdasarkan dimana mereka tinggal. Begitu juga dengan sejauh mana

    penggembaraan masyarakat Jawa.

    Kebudayaan Jawa yang asli dari masyarakat-masyarakat di pulau Jawa sudah

    berjalan selama puluh-puluhan generasi. Ini bererti kebudayaan ini sudah sangat kayadalam unsur-unsur kebudayaan universal seperti sistem organisasi sosial,

    pengetahuan, kesenian, bangsa dan bahasa. Malah setelah berpuluh-puluh generasi

    kebudayaan Jawa ini tumbuh dari gagasan-gagasan tentang pergaulan antara manusia

    dan pandangan dunia sehinggalah terciptanya benda-benda yang memantulkan identiti

    konkrit akan masyarakatnya.

    Menurut Wikipedia , kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu

    berasal dari beberapa buah daerah di Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa Tengah

    dan Jawa Timur. Selain itu, terdapat juga masyarakat Jawa yang datang dari Pulau

    Madura yang terletak di bahagian utara Jawa Timur. Sejarah mengatakan bahawa,

    imigran Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain sebelum datang ke Tanah Melayu.

    Antara pulau yang menjadi kawasan petempatan mereka ialah Singapura, Palembang

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    5/55

    dan Lampung di Sumatera dan Pontianak di Kalimantan Borneo. Masyarakat Jawa

    pada suatu ketika dahulu hanya sekadar singgah sebelum menuju ke Tanah Melayu.

    Sungguhpun demikian, ramai juga antara masyarakat Jawa yang sempat menetap di

    kawasan-kawasan tersebut dua hingga lima tahun sebelum datang ke Tanah Melayu.

    Inilah disebabkan oleh peluang pekerjaan di Tanah Melayu lebih baik berbanding di

    kawasan lain.Tidak kurang juga imigran yang datang ke Tanah Melayu yang terdiri

    daripada kalangan mereka yang mengerjakan haji. Jumlah masyarakat Jawa yang

    mengetahui selok-belok agama sangatlah kurang. Oleh sebab itulah ramai yang datang

    ke Tanah Melayu untuk membimbing masyarakat Jawa dan kemudiannya bersama-

    sama menjalani kehidupan di Tanah Melayu.

    Umumnya di Malaysia, terdiri daripada satu hingga dua juta bilangan masyarakat

    Jawa yang boleh didapati di beberapa buah negeri sahaja. Negeri Johor dan Selangor

    adalah dua buah petempatan yang sangat popular bagi masyarakat Jawa. Namun

    begitu, terdapat juga beberapa buah negeri yang mempunyai komposisi masyarakat

    Jawa seperti Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. Petempatan masyarakat Jawa di

    Malaysia banyak tertumpu di kawasan Pantai Barat.

    Walaupun masyarakat Jawa mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat

    Melayu, namun masih terdapat perbezaan yang menunjukkan betapa uniknya

    masyarakat Jawa yang dipayungi kepulauan Melayu ini sama ada dari segi bahasa

    mahupun corak kehidupan. Walaupun begitu, masyarakat Jawa telah mengalami

    proses asimilasi sehingga telah beransur-ansur diserap ke dalam masyarakat Melayu.

    Dalam erti kata lain, masyarakat Jawa telah dimelayukan. Proses asimilasi ini boleh

    dilihat apabila banyak perkahwinan ataupun percampuran generasi baru masyarakat

    Jawa dengan masyarakat Melayu amnya.

    Sewajarnya kita mengetahui tentang asal usul masyarakat Jawa sebelum

    mendalami lagi pengetahuan mengenai masyarakat Jawa ini. Orang Jawa seperti yang

    diketahui memiliki s tereo ti p e sebagai suku bangsa yang sopan dan halus. Tetapi

    http://id.wikipedia.org/wiki/Stereotipehttp://id.wikipedia.org/wiki/Stereotipe
  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    6/55

    mereka juga terkenal sebagai suku bangsa yang tertutup dan tidak mahu berterus-

    terang. Sifat ini kononnya berdasarkan watak orang Jawa yang ingin menjaga

    keharm o n i an atau keserasian dan menghindari konflik, kerana itulah mereka cenderung

    untuk diam dan tidak membantah apabila terjadi perbezaan pendapat. Masyarakat

    Jawa yang terdapat di Malaysia pada hari ini berasal dari Pulau Jawa Indonesia.

    Kebanyakan masyarakat Jawa ini datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1796 hingga

    1940. Selepas dari tahun-tahun tersebut, kedatangan mereka pun berkurangan.

    Kedatangan imigran Jawa pada mulanya adalah sebagai tenaga buruh di

    ladang-ladang yang dibuka oleh Kerajaan Inggeris. Pada masa itu, berlakunya

    kekurangan buruh untuk bekerja di dalam sektor perladangan. Oleh itu, bagi memenuhi

    permintaan tenaga kerja yang semakin meningkat hasil pembangunan Tanah Melayuoleh kerajaan Inggeris, pengimportan tenaga kerja luar amatlah dialu-alukan. Ini

    menyebabkan ramai imigran dari negara China, India dan Jawa dibawa masuk ke

    Tanah Melayu dan menjadi permulaan kedatangan masyarakat Jawa ke Tanah

    Melayu. Seperti masyarakat Cina dan India, kebanyakan masyarakat Jawa yang datang

    ke Tanah Melayu sangat mahir dalam kemahiran bercucuk tanam. Mereka menanam

    pelbagai jenis tanaman termasuklah rempah, lada hitam dan sebagainya. Kemahiran ini

    sesungguhnya, amatlah diperlukan oleh Kerajaan Inggeris.

    Penanaman lada hitam dan gambir banyak tertumpu di negeri Johor dan

    menyebabkan ramai imigran datang ke negeri Johor. Selain datang secara individu,

    kebanyakan mereka dijemput khas oleh kerajaan Inggeris memandangkan penanaman

    secara komersial memerlukan banyak tenaga kerja namun tidak mendapat sambutan

    khususnya daripada masyarakat Melayu. Selain bekerja sebagai buruh, masyarakat

    Jawa juga bekerja dalam sektor pembinaan jalan. Mereka bertugas untuk membuat

    jalan bersama imigran India. Di Johor pula, kebanyakan mereka dijadikan sebagai

    buruh untuk melebarkan sungai. Justeru itu, kebanyakan penempatan di Johor dikenali

    sebagai Parit seperti Parit Sulung, Parit Jawa, Parit Setan dan lain-lain.

    http://id.wikipedia.org/wiki/Harmonihttp://id.wikipedia.org/wiki/Harmoni
  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    7/55

    Namun sejajar dengan peredaran masa, kebanyakan petempatan masyarakat

    Jawa di kawasan-kawasan kampung yang telah dibuka menyebabkan mereka telah

    beralih kerja dengan melakukan kerja-kerja kampung sahaja. Kerja-kerja yang

    dilakukan adalah seperti bersawah, berkebun, berladang, nelayan dan sebagainya.

    Kebanyakan mereka bekerja sendiri kerana lebih selesa dan tidak terkongkong. Ada

    juga yang menceburi bidang perniagaan runcit atau menjual barangan seperti kain batik

    atau sebagainya, tetapi jumlahnya adalah kecil. Mereka lebih berminat untuk menyara

    kehidupan dengan hasil kampung sahaja. Inilah yang dilakukan semasa kedatangan

    awal mereka. Namun dewasa ini, masyarakat Jawa semakin mementingkan ilmu dan

    pembelajaran. Sosio ekonomi mereka makin berkembang maju. Telah banyak

    perbezaan terutamanya apabila masyarakat Jawa telah menjadi sebahagian daripada

    rakyat Malaysia.

    Masyarakat Jawa merupakan masyarakat yang paling banyak mengalami proses

    asimilasi berbanding dengan masyarakat pendatang yang lain. Sehingga hari ini,

    masyarakat Jawa terus mengalami proses tersebut sehingga generasi muda pada hari

    ini sukar untuk menerima sebagai orang Jawa yang tulen memandangkan segala corak

    kehidupan telah bertukar kepada masyarakat tempatan. Pada dasarnya terdapat

    beberapa perkara yang menyebabkan masyarakat Jawa mengalami proses asimilasi.Antaraya adalah dari segi wajah yang seiras, bahasa yang hampir sama, agama yang

    sama, persamaan corak hidup, pakaian dan perkahwinan. Ini menyebabkan

    masyarakat Jawa telah diterima sepenuhnya sebagai bangsa Melayu di bawah satu

    rumpun.

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    8/55

    STRUKTUR MA SYA RAKA T/K ELA S SOSIA L

    Masyarakat Jawa (Gambar hiasan)

    Masyarakat Jawa asli juga terkenal akan struktur masyarakat atau kelas

    sosialnya.. Pakar a n tropo logi Amerika yang ternama, C li fford G eer tz, pada tahun

    1960an membahagikan masyarakat Jawa kepada tiga kelompok iaitu kaum S a n tr i ,

    Aba n gan dan P r i yay i . Menurutnya kaum Santri adalah penganut agama Is l am yang

    taat, kaum Abangan pula adalah penganut Islam secara nominal atau penganut

    Kejawen, sedangkan kaum Priyayi adalah kaum bangsawan.

    Priyayi atau berdarah biru dalam k e buda y aan J a w a merupakan istilah untuk

    menerangkan suatu k e l as sos ial yang mengacu kepada golongan b angs a w a n . Suatu

    golongan tertinggi dalam masyarakat kerana memiliki keturunan dari keluarga kerajaan.

    Golongan priyayi tertinggi disebut Priayi Ageng (bangsawan tinggi). Gelaran dalam

    golongan ini adalah berdasarkan tinggi rendahnya suatu kehormatan. Beberapa

    gelaran dari yang tertinggi hingga dengan hanya satu gelaran saja iaitu R a de n .

    Gelaran bagi seorang priyayi juga meningkat seiring dengan usianya. Misalnya

    ketika seorang anak lelaki lahir diberi nama Bomantara, ia bergelar Raden Mas, jadi

    nama lengkapnya adalah Raden Mas Bomantara, ketika menginjak akil baligh

    gelarannya bertambah satu kata menjadi Bandara Raden Mas, ketika menapak dewasa

    http://id.wikipedia.org/wiki/Antropologihttp://id.wikipedia.org/wiki/Clifford_Geertzhttp://id.wikipedia.org/wiki/Clifford_Geertzhttp://id.wikipedia.org/wiki/Clifford_Geertzhttp://id.wikipedia.org/wiki/Santrihttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Abangan&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Priyayihttp://id.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kebudayaan_Jawa&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kelas_sosial&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kelas_sosial&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangsawanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Radenhttp://id.wikipedia.org/wiki/Antropologihttp://id.wikipedia.org/wiki/Clifford_Geertzhttp://id.wikipedia.org/wiki/Santrihttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Abangan&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Abangan&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Priyayihttp://id.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kebudayaan_Jawa&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kelas_sosial&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangsawanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Raden
  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    9/55

    (18 atau 21 tahun) bertambah lagi menjadi Bandara Raden Mas Aryo. Pada saat

    dewasa dan telah memiliki jawatan dalam hierarki kebangsawanan, ia akan memiliki

    gelaran yang berbeza dari gelaran yang telah dimilikinya. Misalnya apabila menduduki

    jabatan pemimpin ketenteraan maka gelarannya akan berubah menjadi Gusti Pangeran

    Adipati Haryo. Dan setiap kedudukan yang dipimpininya akan memilki gelaran

    tambahan atau gelaran yang berubah nama.

    Kelompok Santri pula adalah orang yang memiliki pengetahuan danmengamalkan agama. Abangan pula digunakan untuk mereka yang bukan Priyayi dan

    juga bukan Santri. Namun penggolongan ini tidaklah terlalu tepat, kerana

    pengelompokkan Priyayi atau bukan Priyayi adalah berdasarkan garis keturunanseseorang, sedangkan pengelompokkan Santri dan Abangan dibuat berdasarkan sikapdan perilaku seseorang dalam mengamalkan agamanya (Islam). Dalam realiti, ada

    Priyayi yang Santri dan ada pula yang Abangan, bahkan ada pula yang bukan muslim.

    Namun, jika dilihat dalam masyarakat Jawa di Malaysia, kelas sosial tidak dititik

    beratkan. Ini kerana kebanyakan masyarakat Jawa di Malaysia telah mengasimilasikan

    kehidupan masyarakatnya dengan masyarakat Tanah Melayu khususnya. Namun

    dalam kelas sosial, terdapat dua kelas yang sangat dihormati dalam masyarakat Jawa

    Malaysia. Dalam menjalani kehidupan seharian, masyarakat Jawa mempunyai

    beberapa sistem. Setiap kehidupan mereka diketuai oleh seorang ketua. Ketua

    memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan dalam kerukunan

    masyarakat Jawa. Antara ketua yang penting dalam masyarakat Jawa ialah Lurah dan

    Kiai.

    Lurah atau lebih dikenali sebagai penghulu dalam masyarakat Jawa mempunyai

    tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan

    penduduk kampung. Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan,

    pengalaman, keturunan dan pengetahuan dalam agama. Secara khususnya, pelantikan

    Lurah akan dilakukan secara punguran suara. Mereka akan melakukan punguran suara

    sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat. Uniknya amalan ini, pemilihan akan

    dilakukan secara demokrasi dengan pungutan suara sama ada warga tua mahupun

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    10/55

    muda. Malah pemilihan ini juga sewajarnya dipersetujui oleh penduduk kampung

    secara keseluruhannya.

    Jawatan Lurah kebiasaannya akan dipegang selagi diterima oleh penduduk

    kampung. Sekiranya Lurah telah meninggal dunia atau meletakkan jawatan disebabkan

    oleh keuzuran yang tidak dapat dielakkan, pemilihan seperti kaedah yang sama akan

    dilakukan. Lurah baru yang dilantik merupakan anak sulung atau anak yang mempunyai

    kebolehan kepimpinan seperti bapanya. Jika tidak, jawatan Lurah akan diberikan

    kepada orang lain yang mempunyai kebolehan yang sama. Menurut masyarakat Jawa

    tradisional, jawatan Lurah dibantu oleh beberapa orang pembantu atau lebih dikenali

    sebagai perabot Desa. Perabot Desa pula boleh dibahagikan kepada beberapa

    peranan seperti Jongkok (pembantu Lurah), Jarik Wakil (kerani), Kamitua (bendahari),

    Kebayan (pesuruh), Kaum (pegawai agama), Djagabeya atau Kepetegan (polis atau

    jaga) dan Andjir (pegawai air).Setiap pembantu mempunyai tugas yang dikhaskan.

    Dengan adanya pembantu tersebut, kerja-kerja Lurah akan menjadi lebih mudah.

    Sungguhpun demikian, jawatan pembantu ini jarang-jarang diadakan dalam masyarakat

    Jawa di negara ini pada masa kini kerana telah diambil alih oleh Jabatan-Jabatan

    Kerajaan. Untuk melicinkan lagi perjalanan pentadbiran, rumah Lurah akan dijadikan

    sebagai Pejabat Utama. Antara tugas Lurah selain dari menjaga keselamatan kampungadalah menjadi ketua apabila terdapat aktiviti gotong-royong dan menjadi orang tengah

    yang menghubungkait antara masyarakat lain dan sebagainya.

    Disamping Lurah, terdapat juga jawatan Kiai atau Siak. Seperti yang diketahui,

    Kiai terdiri daripada kaum lelaki yang berpengetahuan dalam bidang agama dan soal

    kemasyarakatan. Oleh itu dapat dikatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh Kiai

    dalam masyarakat Jawa adalah penting. Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam

    dalam sembahyang berjemaah. Selain itu Kiai juga bertanggungjawab untukmemulakan doa dalam majlis kenduri doa selamat atau sebagainya. Kiai juga sering

    kali menjadi penceramah apabila menyambut Maulud Nabi. Dengan kata lainnya,

    seorang Kiai perlu lengkap dengan segala hal berhubung dengan agama dalam

    memberi pertunjuk kepada masyarakat. Terdapat juga di kalangan Kiai yang

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    11/55

    mengadakan kelas fardu ain. Kelas fardu ain ini bukan sahaja terbuka kepada golongan

    kanak-kanak tetapi juga untuk orang dewasa yang berminat untuk mengikuti

    pembelajaran agama. Dengan ini, segala masalah dan kemuskilan yang berkaitan

    dengan agama dapat diatasi

    Peranan yang dimainkan oleh Kiai dalam masyarakat Jawa juga penting dalam

    hal pengurusan pentadbiran. Sekiranya Lurah tiada, Kiai ditugaskan untuk mentadbir

    masyarakat Jawa dalam hal-hal yang berbangkit sama ada mengenai keduniaan atau

    akhirat. Oleh itulah masyarakat Jawa memandang tinggi akan Kiai kerana

    kebolehannya dalam segala segi sama ada yang berkaitan dengan keduniaan atau

    keakhiratan. Terdapat juga di kalangan Kiai yang bertanggungjawab dalam mengubat

    pesakit. Masyarakat Jawa meletakkan peranan Kiai dalam menggunakan ayat-ayat suci

    Al-Quran untuk menjampi air yang akan diminum oleh pesakit. Air yang dijampi itu

    dipercayai mampu menyembuhkan penyakit tersebut.

    Peranan yang dimainkan oleh Kiai sangatlah besar dan meliputi hal-hal

    berkenaan dengan kematian. Pesakit yang sedang nazak akan dibacakan dengan

    surah Yassin. Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan penyakit pesakit dan dengan

    izin Allah pesakit dapat meninggal dalam keadaan yang aman. Dalam hal kematian,Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah sebagai tanda

    penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat

    kematian. Selain itu, Kiai juga akan mengiringi jenazah sehingga ke kawasan

    perkuburan. Kiai akan membacakan talkin dengan nada yang lantang. Ini bertujuan

    untuk mengingatkan si mati dan orang yang masih hidup apabila disoal malaikat kelak.

    Jadi di sini jelas menunjukkan, betapa Kiai dan Lurah mempunyai status sosial

    yang tinggi di kalangan masyarakat Jawa Malaysia. Oleh sebab itulah, Kiai dan Lurah

    dipandang mulia kerana ilmu, kebolehan dan sifat yang ada pada dirinya itu.

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    12/55

    K EPERCA YAA N

    Kepercayaan Hantu Semar dalam masyarakat Jawa

    Kepercayaan merupakan sesuatu yang penting dalam sesebuah masyarakat.

    Orang Jawa asli sebahagian besar secara nominal menganut agama Is l am. Tetapi

    terdapat juga yang menganut agama Kr is ti a n , Pro tes ta n dan Ka tho li k. Umumnya

    masyarakat Jawa di Malaysia merupakan masyarakat yang mengganut agama suci

    Islam. Agama Islam yang dianuti oleh mereka sama dengan agama Islam yang menjadianutan masyarakat Melayu. Keseragaman ini sememangnya penting untuk

    melestarikan persefahaman kepercayaan di kalangan kelompok. Malah ia juga penting

    untuk memastikan Islam terus terpelihara di negara ini.

    Masyarakat Jawa bermazhabkan Syafie dengan memegang teguh lima rukun

    Iman dan mempercayai enam rukun Islam. Dua rukun inilah yang menjadi landasan

    kepercayaan mereka untuk menjadi seorang Islam yang sempurna di mata Allah SWT.

    Oleh kerana masyarakat Jawa lebih menekankan aspek pembelajaran, beberapa buah

    pondok telah dibina untuk dijadikan tempat untuk belajar fardu ain bagi menguatkan lagi

    pegangan. Kebiasaannya, kelas ini akan dikendalikan oleh Kiai atau imam.

    Namun begitu, terdapat juga masyarakat Jawa yang mengambil inisiatif sendiri

    untuk mengajar anak-anak di rumah. Anak-anak akan diajar membaca Al-Quran di

    http://id.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://id.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://id.wikipedia.org/wiki/Kristenhttp://id.wikipedia.org/wiki/Kristenhttp://id.wikipedia.org/wiki/Protestanhttp://id.wikipedia.org/wiki/Katholikhttp://id.wikipedia.org/wiki/Katholikhttp://id.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://id.wikipedia.org/wiki/Kristenhttp://id.wikipedia.org/wiki/Protestanhttp://id.wikipedia.org/wiki/Katholik
  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    13/55

    samping menyelitkan beberapa ilmu lain yang berkaitan dengan agama. Mereka akan

    diajar daripada peringkat bawah hingga kepada peringkat tinggi. Selain itu, golongan

    dewasa juga digalakkan untuk mempelajari ilmu agama untuk meningkatkan lagi

    pengetahuan mengenai Islam.

    Masyarakat Jawa juga percaya akan aspek persaudaraan. Jika dikaji ,

    masyarakat Jawa seperti juga masyarakat Melayu lain , amat mementingkan aspek

    persaudaraan. Malah tali persaudaraan sendiri amat ditekankan oleh agama Islam.

    Oleh itu, masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat Islam yang lain. Secara

    tuntasnya, dapatlah diputuskan bahawa , oleh kerana agama itu sendirilah yang

    menyatukan masyarakat Jawa dan Melayu. Sesungguhnya, agama memainkan

    peranan yang amat penting dalam membentuk keperibadian yang sempurna.

    Disamping kepercayaan terhadap agama Islam, terdapat juga segelintir

    masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme. Amalan ini dianggap sebagai

    satu amalan yang kuno dan masih juga diamalkan oleh segelintir masyarakat Jawa

    walaupun telah menganut agama Islam. Amalan ini lebih menekankan tentang aspek

    makhluk-makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. Terdapat segelintir masyarakat

    Jawa yang mempercayai sesuatu tempat tersebut mempunyai makhluk halus. Oleh itu,

    adalah penting untuk meneroka sesebuah tempat sebelum diduduki atau didirikan

    bangunan. Terdapat segelintir warga emas masyarakat Jawa yang mempercayai

    tentang semangat di tempat yang baru. Sekiranya semangat tersebut hilang atau

    diganggu gugat seperti membersihkan kawasan, dipercayai akan menyebabkan

    seseorang itu mendapat penyakit. Oleh itu, mereka perlu membuat beberapa semahan

    atau menjamu dengan bertih supaya semangat tersebut pulih seperti sedia kala.

    Selain itu, masyarakat Jawa juga mempercayai beberapa objek yang mempunyai

    kuasa seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar. Kuasa ini dikatakan

    mampu member kesan kepada mereka yang mengusik atau melakukan perkara yang

    tidak senonoh kepada objek tersebut. Justeru itulah ramai di kalangan mereka yang

    mengambil peluang dengan menjadikan busut, batu atau pokok besar sebagai satu

    objek yang boleh mendatangkan keuntungan seperti tikam nombor ekor.

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    14/55

    Sungguhpun demikian, amalan dan kepercayaan animisme ini semakin hilang di

    telan zaman kerana Islam menegaskan amalan ini dianggap sebagai perbuatan syirik

    yang bertentangan dengan agama. Masyarakat Jawa mengamalkan agama Islam

    sebagai kepercayaan yang kukuh melalui niat di hati dan praktikal dalam perbuatan.

    B AHA SA

    Contoh Huruf dalam Bahasa Jawa

    Bahasa seperti yang diketahui merupakan alat untuk membentuk minda,

    perasaan dan keinginan. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan

    latar budaya. Bahasa Jawa adalah bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku

    bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian Ban te n , Ja w a Ba r a t , Ja w a T e n gah &

    Ja w a T i mur di In d ones ia . Bahasa Jawa terbahagi menjadi dua yaitu Ngoko dan Kromo.

    Ngoko sendiri dalam perkembangannya secara tidak langsung terbahagi lagi kepada

    Ngoko kasar dan Ngoko halus ( campuran ngoko dan kromo ). Malah Krama jugaterbagi lagi menjadi Krama, Krama Madya dan Krama Inggil ( Krama Halus ). Krama

    Madya ini pun agak berbeza antara Krama yang digunakan dikota dengan Krama yang

    digunakan di desa. Malah Krama Halus juga berbeza antara Krama Halus atau Inggil

    yang digunakan oleh kalangan Kraton dengan kalangan rakyat biasa.

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    15/55

    Penduduk Jawa yang berhijrah ke Malaysia turut membawa bahasa Jawa ke

    Ma lays ia . Bahasa dalam masyarakat Jawa merujuk pada bahasa Jawa yang

    merupakan bahasa ibu bagi masyarakat Jawa yang tinggal di Malaysia, namun terdapat

    juga elemen asimilasi melalui penggunaan Bahasa Melayu di kalangan sesama

    masyarakat Jawa atau seharian. Terdapat beberapa tingkat tutur kata berbeza dalam

    bahasa masyarakat Jawa di Malaysia yang digunakan sesuai dengan pangkat atau

    kedudukan seseorang supaya menyampaikan rasa hormat kepada mereka sewaktu

    disapa sehingga rasa harmonis dilestarikan antara semua anggota masyarakat Jawa.

    Kedua tingkat tutur utama yang dipakai masyarakat Jawa di Malaysia adalah tingkat

    Krama dan Ngoko. Bahasa Jawa Krama itu dipakai dalam situasi formal atau kalau dua

    orang asing bertemu yang ingin saling menyampaikan rasa hormat tetapi bahasa Jawa

    Ngoko itu lebih kasar dan dianggap tidak formal dan cocok dipakai antara teman-teman

    atau dengan orang yang rapat atau intim.

    Yang menarik mengenai bahasa Jawa adalah tingkat tutur bahasa Jawa Krama

    itu masih lagi digunakan dalam percakapan sehari-hari seperti sekarang. Namun masih

    terdapat kegusaran mengenai kepupusan bahasa yang semakin luntur dipuput waktu.

    Sama juga halnya dengan tingkat tutur bahasa Jawa Karma Inggil yang dianggap

    tingkat tutur tertinggi dan paling sopan yang hanya dipakai untuk menyampaikan rasa

    hormat pada orang-orang yang memiliki posisi atau kedudukan yang jauh lebih tinggi

    daripada penuturnya. Pelestarian tingkat ini khususnya adalah warisan orang-orang

    yang tinggal di sekitar daerah perkampungan Jawa.

    Terdapat juga loghat dalam bahasa Jawa yang terbahagi kepada dua kategori

    iaitu loghat sosial dan loghat daerah.Loghat dalam Bahasa Jawa menurut kelas sosial

    terbahagi kepada lapan iaitu Ngoko, Ngoko Andhap, Madhaya, Madhayantara, Kromo,

    Kromo Inggil, Bagingan dan Kedhaton. Loghat Bagingan dan Kedhaton digunakan di

    kalangan keluarga Kraton dan sulit difahami oleh orang Jawa kebanyakan.

    Perbezaan perkataan menurut loghat sosial dalam Bahasa Jawa boleh difahami melalui

    contoh berikut:

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    16/55

    * Bahasa Malaysia: Maaf, saya nak tanya rumah kak Budi itu, di mana?

    1. Ngoko kasar: Eh, aku arep takon, omah Budi kuwi, nng*ndi?

    2. Ngoko halus: Aku nyuwun pirsa, dalem mas Budi kuwi, nng endi?

    3. Ngoko meninggikan diri sendiri: Aku kersa ndangu, omah mas Budi kuwi, nng

    ndi?

    4. Madya: Nuwun swu, kula ajeng tanglet, griyan mas Budi niku, teng pundi?

    5. Madya alus: Nuwun swu, kula ajeng tanglet, dalem mas Budi niku, teng pundi?

    6. Krama andhap: Nuwun swu, dalem badh nyuwun pirsa, dalemipun mas Budi

    punika, wonten pundi?

    7. Krama: Nuwun sewu, kula badh takn, griyanipun mas Budi punika, wonten

    pundi?

    8. Krama inggil: Nuwun sewu, kula badhe nyuwun pirsa, dalemipun mas Budi punika,

    wonten pundi?

    Namun masyarakat Jawa di Malaysia menggunakan bahasa Jawa dengan loghat

    biasa. Malah penggunaan bahasa Jawa Krama serta Ngoko dari masa ke semasa

    sangat bergantung di bahu generasi muda sekarang. Amat wajarlah sekiranya generasi

    muda sekarang berusaha untuk menggunakan semua tingkat tutur bahasa Jawa ini

    dalam interaksi sehari-harinya. Walaupun begitu sudah ironis bahawa orang yang lebihtua menyatakan begini kerana bahasa ibunda itu diajar sejak lahir sehinggalah ke usia

    remaja. Maka seharusnya menjadi tanggung jawab orang tua mengajar anak-anaknya

    tingkat tutur bahasa Jawa itu, bukan sekadar mengharapkan kaum muda mengamalkan

    di sekolah atau di tempat lain. Meninggalkan pertanggungjawaban penggunaan

    bahasa Jawa di kalangan komuniti tak cukup untuk memastikan kelestarian

    penggunaan tingkat tutur bahasa Jawa yang kompleks ini.

    Menurut pengalaman dan hasil kajian, kami mendapati bahawa masyarakat

    Jawa di Malaysia sangat teguh mewarisi bahasa Jawa dan mengamalkannya di

    kalangan ahli keluarga dan masyarakat Jawa setempat. Namun proses asimilasi terjadi

    melalui pergaulan mereka dengan pelbagai kaum terutamanya dengan masyarakat

    Melayu sama ada di sekolah, kedai, pasar atau di kawasan setempat. Jika bahasa

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    17/55

    Jawa tidak diperhidupkan, mungkin di masa depan hanya segenggam orang yang

    mengingati semua peraturan dan cara pengucapan tingkat tutur bahasa Jawa Krama ini

    iaitu bahasa Jawa formal kerana majoriti masyarakat Jawa memakai bahasa Jawa

    Ngoko dalam pertuturan. Ini kerana wujudnya bahasa-bahasa lain seperti Bahasa

    Melayu dan Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dalam pembelajaran di

    Malaysia.

    Sekiranya memfokuskan perubahan bahasa Jawa, harus diingat bahawa bahasa

    Jawa itu sebenarnya terdiri atas sembilan tingkat tutur dan di masa lampau secara luas

    digunakan oleh masyarakat Jawa. Hanya kerana perubahan modernisasi yang

    menuntut masyarakat Jawa menuntut ilmu menyebabkan penggunaan dan

    pemahamannya kian berkurangan. Terdapat juga anak-anak muda di kalangan

    masyarakat Jawa yang berkahwin campur memahami percakapan Jawa yangdiutarakan oleh ibu dan bapanya namun sukar untuk menjawab dalam bahasa Jawa

    kembali kerana tidak diamalkan dan diajar di sekolah. Oleh kerana itu, ibu bapa

    sewajarnya menerapkan penggunaan dan pemahaman bahasa sejak dari kecil untuk

    mengukuhkan jati diri yang kuat di kalangan anak muda. Namun seharusnya bahasa

    lain terutamanya Bahasa Melayu tidak dipinggirkan. Sesungguhnya , bahasa

    memainkan peranan yang sangat penting untuk memartabatkan sesuatu bangsa. Bakkata pepatah, bahasa itu jiwa bangsa, rosak bahasa bina salah bangsa.

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    18/55

    A DA T R ESA M

    Pakaian perkahwinan Masyarakat Jawa

    Biar mati anak, jangan mati adat. Itulah antara pepatah yang menunjukkan

    betapa pentingnya adat dalam kewujudan sesuatu bangsa. Bagi masyarakat Jawa, adat

    kematian adalah suatu perkara yang mesti dihadapi oleh setiap manusia. Masyarakat

    Jawa mempunyai satu sistem atau cara tertentu untuk menyempurnakan sesuatu

    kematian. Sebaik sahaja berlakunya sesuatu kematian, ahli keluarga akan memberitahu

    imam atau Kiai untuk menguruskan kematian. Kemudian mereka akan menyebarkan

    berita tersebut kepada seluruh kampung termasuklah ahli keluarga yang jauh.

    Ahli masjid akan mengetuk gentung atau beduk untuk memberitahu tentang

    kematian. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat kampung supaya

    menziarahi si mati. Seketika sahaja selepas pengebaran berita, rumah si mati akan

    dikerumi saudara-mara dan sahabat handai. Pada waktu yang sama, penggali kubur

    akan dipanggil untuk menggali liang lahad. Lazimnya terdapat seorang penggali kubur

    yang telah ditugaskan manakala yang lain hanya sekadar membantu. Sekiranya di mati

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    19/55

    meninggal dunia pada waktu malam, jenazah akan dikebumikan keesokan harinya

    selepas Zohor. Namun, sekiranya meninggal pada sebelah pagi, jenazah akan

    dikebumikan di sebelah petang. Ini adalah sejajar dengan tuntutan agama yang

    mengkehendaki jenazah dikebumikan segera.

    Cara menyempurnakan mayat bermula dengan mayat diangkat dari tempat

    meninggal dunia dan diletakkan di atas sebuah pangkin atau katil yang bertilam dan

    beralas kain cadar yang bersih dan diletakkan di tengah-tengah rumah. Di bahagian

    atas katil turut dipasangkan langit-langit yang diperbuat daripada kain untuk melindungi

    mayat daripada sebarang habuk atau najis binatang. Mayat pula akan diselimuti dengan

    sehelai kain batik lepas iaitu kain yang tidak berjahit. Sebelum itu, kedua-dua belah

    tangannya akan dirapatkan pada dada dan kedua-dua belah kakinya dirapatkan juga.

    Bahagian muka mayat tidak ditutup dengan kain tersebut supaya ahli keluarga dapat

    menatap wajah si mati untuk kali yang terakhir.

    Terdapat juga segelintir masyarakat jawa yang meletakkan sebilah kacip pinang

    melintang dari kiri ke kanan si mati adalah dipercayai kacip tersebut dapat menghalang

    mayat daripada dilangkahi hantu syaitan. Di bahagian hadapan katil pula diletakkan

    sebuah bekas bara api yang senantiasa berasap dengan membakar serbuk harum kayusetanggi atau kayu gaharu dengan menggunakan sabut kelapa. Kedua-dua jenis kayu

    ini dibakar selagi mayat berada di atas rumah. Mengikut adat masyarakat Jawa, kayu

    setanggi dan gaharu yang dibakar selama tiga hari tiga malam walaupun si mati telah

    dikebumikan dapat mewangikan keadaan rumah serta sekaligus dapat menghalang

    hantu syaitan yang mungkin mengacau si mati tersebut.

    Pada masa yang sama beberapa peralatan lain turut disediakan. Antaranya ialah

    kain kapan, keranda dan sebagainya. Kebanyakkan kelengkapan ini disediakan oleh

    ahli keluarga dengan dibantu oleh imam dan beberapa orang yang mempunyai

    kemahiran dalam menguruskan jenazah. Kain kapan digunakan untuk membalut

    seluruh susuk tubuh si mati melainkan bahagian muka sahaja yang dibalut dengan kain

    nipis bagi memudahkan ahli keluarga menyingkap untuk melihat wajah si mati.

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    20/55

    Kebanyakan balutan kain kapan akan dilakukan dengan kemas,cermat dan hormat.

    Telah menjadi satu peraturan para pelawat sama ada saudara mara ataupun sahabat

    handai dikehendaki menghormati si mati dengan tidak membuat perkara yang boleh

    mengeruhkan lagi keadaan seperti berbual dengan kuat atau berkata-kata tentang

    perkara yang tidak senonoh apabila mayat masih lagi berada di rumah. Larangan ini

    turut dituntut oleh agama Islam. Selain itu, sebarang tangisan yang kuat malahan

    teresak pun amat dilarang oleh agama Islam sedangkan kita lebih digalakkan supaya

    mendiamkan diri dengan bertafakur kepada Tuhan dan membaca beberapa surah al-

    Quran terutama surah Yassin atau al-Fatihah untuk disedekahkan kepada si mati.

    Amalan ini membolehkan si mati akan sentiasa tenang ketika berada di alam barzakh.

    Selepas semua persediaan telah dibuat, mayat perlu dimandikan dengan segera.

    Mayat lazimnya dimandikan oleh muhrimnya atau sejantina dengannya ditengah rumah

    atau bilik air. Mandian hendaklah dilakukan dengan cermat oleh tukang mandi. Setelah

    selesai mandi, mayat akan dilumurkan dengan dua jenis serbuk iaitu kapur barus dan

    cendana yang diletakkan di celah pelipat paha, ketiak dan sebagainya manakala pada

    bahagian-bahagian lain pula diletakkan kepingan kapas. Selepas itu barulah mayat

    diangkat dan diletakkan di ruang tamu untuk dikapankan dengan menggunakan kain

    yang tidak berjahit. Mayat yang telah dibungkus kemudian diikat menggunakan bebrapautas tali dari kaki hingga ke leher melainkan di sebelah kepala dibiarkan ikatan

    sementara. Sebelum mayat dibalut adalah menjadi satu kemestian kaum keluarga si

    mati yang rapat menaburkan sejemput serbuk cendana sebagai penghormatan untuk

    kali terakhir kepada si mati. Selepas menabur cendana barulah kepala si mayat

    dibungkus dan diiikat kemudian dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada

    kayu. Di sebelah bawah keranda direntangkan sebidang kain putih yang dipakukan.

    Kemudian keranda akan ditutup dan diletakkan diusungan. Usungan dilakukan secara

    bergilir-gilir yang terdiri daripada kaum lelaki.

    Sebelum dihantar ke kawasan perkuburuan, mayat akan disembahyangkan

    terlebih dahulu sama ada dirumah atau di masjid. Mayat akan diletakkan dihadapan

    dengan mihrab masjid. Selepas selesai sembahyang jenazah, keranda mayat dipikul

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    21/55

    dan diusung semula untuk menuju ke kawasan perkuburan. Sebelum itu, liang lahad

    telah awal-awal lagi digali oleh penggali kubur. Sesampai di tanah perkuburan, mayat

    dimasukkan ke dalam liang lahad. Imam akan membuak kain kapan dan disendalkan

    mayat dengan kepalan tanah untuk membetulkan posisi mayat di liang lahad. Sebelum

    mayat ditimbus dengan tanah, imam membacakan azan pada telinga si mati barulah

    tanah ditimbuskan dan dicacakkan dengan dua batang batu nisan ketika itu juga bagi

    yang telah ada. Imam akan membacakan talkin di atas tikar yang dibentangkan di tepi

    kubur si mati.

    Biasanya, talkin dibaca menggunakan bahasa Arab kemudian disusuli dengan

    bahasa Melayu. Bacaan ini harus dilakukan bagi memperingatkan si mati tentang

    Tuhan yang maha Esa, agama, nabi, kitab dan saudara mara. Ini sedikit sebanyak

    dapat membantu si mati dapat menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nankir di alam

    barzakh. Selesai talkin dibacakan, tahlil dan doa diaminkan oleh sekalian pengiring,

    kedua-dua air yang ada di dalam baling disiram dari bahagian kepala hingga ke

    bahagian kaki disusuli dengan taburan bunga rampai.

    Dengan demikianlah selesai sudah adat istiadat pengebumian mayat bagi

    masyarakat jawa. Semua orang yang terlibat akhirnya bersalaman dan pulang kerumah. Selepas itu, kenduri doa selamat untuk arwah akan diadakan iaitu pada hari

    ketiga, ketujuh, keempat belas, keempat puluh dan keseratus. Kemudian, kenduri turut

    diadakan pada tiap-tiap tahun berikutnya.

    Disamping adat kematian, masyarakat Jawa juga amat mementingkan dan

    mengambil berat akan adat perkahwinan. Melalui adat perkahiwnan kebanyakan jodoh

    anak-anak ditentukan oleh ibu bapa dan kebiasaannya ibubapa tidak begitu cerewet.Ibu bapa daripada pihak lelaki akan memilih perawan yang mempunyai sifat yang

    terpuji seperti lemah-lembut, bersopan santun, menghormati orang tua dan rajin

    bekerja. Ibubapa daripada pihak perempuan pula akan memilih teruna yang

    mempunyai sikap ringan tulang, pandai dalam soal agama, menghormati orang tua dan

    tahu tanggungjawab terhadap keluarga.

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    22/55

    Apabila ibubapa daripada pihak lelaki bersetuju, mereka akan menghantar wakil

    yang terdiri daripada mereka yang mengetahui selok-belok dalam adat merisik. Ketika

    itu wakil akan menanyakan tentang hajat mereka kepada ibubapa gadis. Sebelum itu,

    pihak lelaki akan memberitahu pihak perempuan. Semasa merisik, sebentuk cincin

    akan diletakkan sebagai tanda tanya bagi memastikan anak gadis mereka masih

    belum berpunya. Cincin akan disimpan oleh pihak perempuan sekiranya pihak

    perempuan bersetuju menerimanya sebaliknya jika pihak perempuan tidak bersetuju,

    cincin tersebut boleh dipulangkan kemudian.

    Hari pertunangan akan dilangsungkan sebaik sahaja pihak perempuan bersetuju.

    Pada hari tersebut, ibubapa dan wakil yang biasanya terdiri daripada keluarga terdekat

    akan datang ke rumah wakil perempuan tersebut. Pada hari itu, ibu pihak lelaki akan

    menyarungkan cincin pada jari bakal pengantin perempuan sebagai tanda yang

    menunjukkan mereka telah berpunya. Ada juga cincin disarung oleh kakak, adik atau

    ibu saudara kepada bakal pengantin lelaki. Kebiasaannya tempoh pertunangan

    ditentukan melalui perbincangan. Ada yang menggariskan tempoh pertunangan selama

    setahun dan tidak kurang juga yang melebihi tempoh tersebut. Sebelum itu,

    perbincangan kali kedua akan dilakukan supaya dipersetujui kedua-dua belah pihak.

    Hari perlangsungan dilakukan sebaik sahaja tempoh pertunangan tamat. Pada

    masa itu, kedua-dua pihak akan mengadakan kenduri yang besar. Apa yang menarik

    dalam masyarakat Jawa, mereka akan membuat pelbagai jenis kuih untuk dijamukan

    kepada saudara-mara atau sahabat handai yang datang ke majlis tersebut. Antara kuih

    yang lazim dibuat adalah tumpi, tempeyek dan bahulu. Bagi mereka yang bekerja di

    bahagian dapur, mereka akan dihidang dengan minuman ringan. Begitu juga mereka

    yang sedang mendirikan khemah, membelah kayu dan mencuci pinggan mangkuk.

    Masyarakat Jawa memastikan semua saudara mara atau sahabat yang datang

    dijamu dengan sempurna. Boleh dikatakan sepanjang hari mereka akan dijamukan

    dengan makanan ringan. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya tuan rumah tidak

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    23/55

    menyediakan makanan ringan kepada saudara-mara dan akan menjadi sebutan

    masyarakat setempat selepas kenduri kelak.

    Masyarakat Jawa akan melakukan kerja secara gotong-royong atau lebih

    dikenali sebagai rewang dalam bahasa Jawa. Oleh itu, segala kerja menjadi ringan

    sebelum ketua dilantik. Antaranya adalah tukang masak yang akan dibantu oleh

    beberapa orang pembantu, orang yang mendirikan khemah, membasuh pinggan

    mangkuk atau membelah kayu api. Lazimnya sebelum tengah hari, kerja-kerja

    memasak selesai. Ini disebabkan masyarakat Jawa melakukan kerja-kerja tersebut

    sejak awal pagi lagi. Ini adalah penting supaya keadaan kelam kabut tidak akan berlaku

    apabila tetamu mula bertandang.

    Pengantin lelaki akan sampai ke rumah pengantin perempuan pada sebelah

    petang sekitar pukul satu atau dua. Pada masa itu, paluan kompang akan mengiringi

    kedatangan pengantin lelaki. Persekitaran dihiasi dengan bunga manggar untuk

    menyerikan lagi majlis. Kedatangan pengantin lelaki disambut pengantin perempuan

    dan mereka akan berjalan seiringan menuju ke rumah. Kemudian, mereka akan diiringi

    sehingga ke pelamin. Ada segelintir masyarakat Jawa yang meletakkan pelamin di

    tengah-tengah halaman rumah supaya dapat dilihat oleh semua orang.

    Sebaik sahaja kedua-dua pengantin duduk di pelamin, persembahan pencak

    silat dilakukan bagi memeriahkan lagi upacara persandingan. Pertunjukkan kuda

    kepang juga turut dimainkan. Setelah itu, kedua-dua pengantin akan dibawa masuk ke

    ruang tamu untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai. Setelah petang, kedua-dua

    pengantin diiring menuju ke rumah pengantin lelaki pula. Sekiranya rumah pengantin

    lelaki jauh, bermakna kenduri di rumah lelaki akan dilakukan berselang hari.

    Apabila upacara persandingan selesai, majlis kenduri pun berakhir. Masyarakat

    Jawa membersihkan segala peralatan pinggan mangkuk secara bergotong-royong

    terutamanya kaum perempuan. Kaum lelaki pula akan menguruskan khemah, kerusi

    meja dan sebagainya. Kemudian makanan yang berlebihan akan diberi kepada

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    24/55

    saudara-mara sebelum mereka pulang. Pengagihan ini menjadi kemestian dalam

    masyarakat Jawa dan ini dikenali sebagai berkat. Jika saudara-mara atau sahabat

    handai tiada atau sudah pulang, tuan rumah membekalkan berkat tersebut. Lazimnya,

    berkat ini terdiri daripada nasi minyak, lauk kurma,acar dan sedikit telur dan pulut.

    Sesungguhnya , melalui warisan adat resam dan budaya ini mampu untuk

    mengekalkan warisan nenek moyang terdahulu. Malah tanpa diketahui, pengamalan

    adat resam ini juga mempunyai nilai positif yang tiada tolong bandingnya.

    JAN TIN A

    Lelaki dan Perempuan Jawa

    Disamping pengetahuan mengenai adat resam kaum Jawa, molek kiranya kita

    mengetahui tentang keunikan Kaum Jawa dalam perkaitan di antara peranan kaum

    lelaki dan perempuan dalam masyarakatnya. Lelaki dan perempuan merupakan

    makhluk Allah yang saling melengkapi antara satu sama lain. Sifat saling melengkapi

    inilah yang menjadi lumrah dalam kehidupan.

    Kajian tentang stereotaip jantina menunjukkan bahawa biasanya perempuan dan

    lelaki mempunyai stereotaip yang sama. Lelaki di dapati bersikap logik, dominan,

    berdikari dan agresif. Perempuan pula disifatkan sebagai sensitif, emosional,penyayang, menggunakan intuisi, agak berdikari dan mudah berputus asa.

    Kemungkinan besar sifat personaliti seperti ini tidak semulajadi sepenuhnya kerana

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    25/55

    dalam beberapa budaya tedapat kaum wanita agresif dan dominan manakala kaum

    lelaki bersifat emosional dan sensitif. Oleh itu, budaya memainkan peranan penting

    dalam menentukan sikap tertentu dan menyembunyikan sikap yang lain.

    Dalam masyarakat Jawa, sejak dari kecil,anak-anak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza sejak dilahirkan. Kanak-kanak dapat mengenalpasti diri sendiri

    sebagai lelaki atau perempuan dan secara terbuka mencari dan menerima maklumat

    tentang sifat kelelakian atau kewanitaan. Anak lelaki disuruh jangan menjadi pondan

    dan anak perempuan pula disuruh bersopan. Anak lelaki juga tidak digalakkan

    menunjukkan emosi dan anak perempuan dihalang menjadi agresif. Ini terbukti

    mengenai pendedahan keluarga masyarakat Jawa dalam kehidupan. Anak-anak lelaki

    akan diajak bertani oleh bapa. Manakal anak-anak perempuan akan diajar

    menguruskan kerja rumah oleh ibu.

    Inilah yang menjadi pegangan orang tua zaman dahulu. Pernyataan ini benar!,

    Dalam masyarakat Jawa, lelaki dianggap sebagai sumber kekuatan dalam sesuatu

    masyarakat. Sama seperti kebanyakan kaum serumpun Melayu yang lain, kaum lelaki

    dianggap sebagai ketua. Contohnya seperti pelantikan Kiai atau Siak dan Lurah.

    Jawatan ketua ini akan disandang oleh kaum lelaki. Menurut kepercayaan, kaum lelakilebih berfikiran matang tanpa mengikut perasaan dibandingkan dengan kaum

    perempuan. Ini kerana jiwa perempuan yang lebih sensitif akan menjadikan mereka

    lebih beremosi dalam membuat keputusan.

    Sifat kaum lelaki yang lebih kuat juga menjadikan mereka sebagai orang yang

    sangat penting dalam menjadi ketua keluarga. Tugas-tugas ketua keluarga merangkumi

    pencari nafkah. Kaum lelaki masyarakat Jawa pada masa dahulu menyara hidup

    keluarga mereka dengan membuat kerja kampung contohnya seperti petani. Kekuatan

    sifat fizikal mereka dengan susuk tubuh yang sasa mekar , kuat, gagah, maskulin, keras

    dan perkasa menjadi penyumbang yang penting dalam menjalankan kerja mencari

    rezeki.

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    26/55

    Malah kaum lelaki turut menjadi pelindung seluruh anggota keluarga. Mereka

    menjaga keselamatan isteri dan anak-anak mereka. Sifat lelaki Jawa yang tegas dari

    luar namun lembut dari dalam. Lelaki Jawa seperti juga lelaki Melayu tidak memarahi

    anak-anak secara terbuka , tetapi disampaikan melalui isteri. Malah pandangan dan

    jelingan mata mereka juga mampu menyampaikan mesej tertentu kepada anak-anak.

    Boleh dikatakan juga bahawa bapa adalah pelindung keluarga dalam diam.

    Berbanding dengan perempuan Jawa , mereka lebih dicirikan sebagai seorang

    wanita yang penuh dengan nilai-nilai kelembutan. Terdapat istilah Jawa yang menyebut

    bahawa isteri sebagai Kanca Wingking yang bermaksud isteri adalah tulang belakang

    suami dalam mengelolakan bahtera rumah tangga.Bertepatan dengan sikap dan sifat

    mereka yang feminin, halus, lemah-lembut dan manis, adalah bersesuaian tugas

    mereka untuk membuat kerja-kerja di rumah sementara menunggu pulangnya suami

    dari mencari rezeki. Antara kerja-kerja rumah yang dibuat oleh kaum perempuan adalah

    memasak, mengemas rumah, menjaga kebajikan anak-anak dan lain-lain.

    Malah wanita Jawa dikaitkan dengan sifat berkorban yang tinggi. Mereka

    sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga yang tercinta. Wanita Jawa juga

    disifatkan sebagai pembantu kepada suami. Wanita yang lembut menjaga kebajikansuami. Setelah suami pulang dari mencari rezeki, wanita Jawa akan menyambut

    kepulangan suami dengan wajah yang berseri-seri dengan selitan melur di di atas

    sanggul. Sambil menunggu lauk dipanaskan, mereka akan memicit dan mengurut

    badan suami untuk menghilangkan rasa penat selepas seharian bekerja. Selepas itulah

    makanan akan dihidangkan dan mereka akan melayan suami makan sambil

    bersembang.

    Terdapat istilah Jawa yang menyebut Suwarga nunup neraka katut yang

    bermaksud suami adalah yang menentukan isteri akan masuk syurga atau neraka. Ini

    bersamaan dengan pernyataan syurga di bawah telapak kaki suami. Tiada guna

    amalan wanita itu, walau setinggi gunung, tetapi mengabaikan tanggungjawab terhadap

    suami dan anak-anak. Terdapat juga pepatah Jawa yang mengatakan Kalau suami

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    27/55

    masuk syurga bererti isteri juga akan masuk syurga. Ini bermaksud, isteri merupakan

    pendorong suami yang terbaik. Sekiranya suami lalai dan leka, adalah menjadi

    tanggungjawab isteri untuk membimbingnya. Menurut Islam, isteri dijadikan daripada

    tulang rusuk kiri suami. Betapa penyataan ini tepat jika dibandingkan dengan sifat

    saling melengkapi antara lelaki dan perempuan.

    Namun dewasa ini, melalui proses pemodenan dan pembangunan, masyarakat

    Jawa juga saling berinteraksi dengan masyarakat luar dan mengubah sedikit demi

    sedikit peranan setiap jantina. Kini, masyarakat Jawa sudah keluar dari kepompong

    melalui peluang pendidikan . Terdapat anak-anak Jawa yang melanjutkan pelajaran ke

    luar negara dan menjadi pemimpin. Contohnya seperti Datuk Khir Toyo yang

    merupakan anak jati Jawa Negari Selangor. Malah perbezaan jantina antara lelaki dan

    perempuan juga semakin terhakis mengikut peredaran zaman. Namun sifat kewanitaan

    dan kelakian lelaki Jawa sebenar tidak akan luput.

    Kesimpulannya, masyarakat Jawa merupakan masyarakat pendatang yang

    banyak mengalami proses asimilasi dengan masyarakat tempatan. Proses ini adalah

    disebabkan corak hidup, bahasa dan adat yang mereka amalkan sama dengan

    masyarakat tempatan yang lain. Oleh itulah ramai di kalangan generasi muda sendiritidak tahu asal usul masyarakat mereka. Di Malaysia, petempatan masyarakat Jawa

    bukanlah secara menyeluruh. Malah hanya bertumpu di beberapa buah negeri sahaja.

    Namun kewujudan mereka mampu mewarnai kepelbagaian budaya masyarakat

    Malaysia yang pelbagai. Walaupun sedikit demi sedikit kebudayaan mereka

    diasimilasikan dengan masyarakat Melayu, mereka masih mengekalkan identiti mereka.

    Bak kata pepatah tidak lapuk dek hujan, tidak lekang di panas.

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    28/55

    Soalan B:

    Huraikan implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam sebuah bilik darjah terhadap

    guru, murid dan sekolah secara keseluruhannya.

    Mengikut Kamus Dewan (1998) kebudayaan diertikan sebagai cara hidup

    sesuatu masyarakat, tamadun atau peradaban,. Di dalam konteks sosiologi,

    kebudayaan ditakrifkan sebagai cara-cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan

    diturunkan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu . Bagi ahli-

    ahli sosiologi, kebudayaan adalah berkait rapat dengan kemajuan masyarakat.

    Mengikut kajian mereka, budaya masyarakat merupakan semua hasilan yang dikongsi

    bersama oleh masyarakat manusia, iaitu hasilan kebendaan dan hasilan bukan

    kebendaan seperti bahasa, adat resam, kesenian, peraturan, sistem kerajaan dan lain-

    lain.

    Kebudayaan yang pelbagai dalam masyarakat Malaysia adalah hasil daripada

    perkongsian etnik yang terdiri daripada etnik utama iaitu Melayu, India, Cina dan kaum

    minoriti seperti orang Asli, bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain. Ini menjadikanMalaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dalam sosio

    budayanya. Antara aspek-aspek kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia adalah dari

    segi bangsa, struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam

    dan jantina (gender).

    Kepelbagaian sosiobudaya terhasil apabila berlakunya interaksi sosial di antara

    satu pihak dengan pihak yang lain. Mengikut Ensaiklopedia Sosiologi Pendidikan

    (1992), interaksi sosial ditakrifkan sebagai proses saling bertindak atau tindak balas di

    antara individu dengan individu atau individu dengan kumpulan individu, termasuklah

    proses tindak balas individu dengan dirinya. Interaksi sosial mewujudkan perhubungan

    di antara individu yang mempunyai sosialbudaya iaitu guru, murid, sekolah dan

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    29/55

    kurikulum tersirat. Perbezaan inilah yang mampu mewujudkan kepelbagaian dalam

    sosiobudaya.

    Guru seperti yang diketahui merupakan agen sosiolisasi atau perhubungan di antara

    saling kebergantungan murid, sekolah dan kurikulum tersirat. Antara implikasi

    kepelbagai sosiobudaya ke atas aspek guru adalah guru bertindak sebagai role model

    kepada anak bangsa. Kanak-kanak kecil yang pelbagai perbezaan diakui menjadikan

    para guru sebagai idolanya. Contohnya, kebanyakan murid lebih mempercayai

    pendapat guru berbanding dengan ibu bapa. Guru juga dapat mengamalkan sikap

    kepimpinan yang demokratik.

    Kepimpinan demokratik dapat mewujudkan interaksi dua hala dan membawa

    suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan muridnya.

    Contohya, guru yang mempunyai kepelbagai sosiobudaya di kalangan murid-murid

    sewajarnya bersikap berdamping dengan murid untuk mendorong murid berinteraksi di

    antara satu sama lain dan melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti kumpulan.

    Melalui kepelbagaian sosiobudaya, guru juga dapat mengelolakan banyak aktiviti

    berbentuk kumpulan. Aktiviti kumpulan member banyak peluang kepada murid yang

    berbeza untuk berinteraksi antara satu sama lain. Oleh itu, guru sewajarnya merancang

    banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid menjalankan aktiviti penggayaan,pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan, pertandingan ataupun kerja projek. Guru

    juga dapat menggunakan percakapan yang sesuai dengan kepelbagaian di kalangan

    murid.

    Sebagaimana yang dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh

    mewujudkan interaksi guru dengan murid adalah diklisifikasikan di bawah kategori

    pengaruh tidak langsung. Percakapan guru harus menggalakkan murid mengemukakan

    pendapat atau memberi tindak balas. Disebabkan berlakunya kepelbagaian

    sosiobudaya di kalangan pelajar, guru seharusnya menggunakan pelbagai strategi,

    pendekatan dan alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar, strategi dan pendekatan

    yang pelbagai juga mampu memenuhi perbezaan di kalangan pelajar. Alat bantu

    mengajar merupakan suatu media yang boleh mengaitkan perhubungn guru dengan

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    30/55

    murid dan interaksi melalui penggunaan alat bantu mengajar.Oleh itu, kepelbagai

    sosiobudaya dari aspek guru dapat mewujudkan persekiataran yang positif dengan

    meletakkan guru sebagai role model.

    Kepelbagaian sosiobudaya turut memberi kesan ke atas murid. Ini kerana

    penerapan kemahiran intelek, sikap dan nilai persepsi yang diterapkan kepada murid

    menyebabkan mereka mampu menilai keadaan persekitaran mereka. Murid menjalani

    proses berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid lain, guru, sekolah dan kurikulum.

    Melalui kepelbagaian sosiobudaya di kalangan masyarakat di dalam bilik darjah

    mahupun sekolah, murid dapat bertukar-tukar pendapat , pandangan, maklumat dan

    idea-idea baru. Tidak kira sama ada dengan rakan sebaya mahupun guru. Contohnya

    melalui perbincangan mengenai perayaan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Murid

    Cina contohnya dapat mengetahui mengenai kewajipan umat Islam untuk berpuasa

    pada bulan Ramadhan. Malah melalui pendedahan ini, mereka akan lebih menghormati

    rakan-rakan Melayu mereka yang berpuasa kerana telah di dedahkan dengan

    pengetahuan ini.

    Malah, murid dari pelbagai kaum juga dapat berinteraksi dan berhubung dengan

    rakan dan guru secara berkesan. Perhubungan yang berkesan ini penting untukmengelakkan berlakunya salah faham akibat ketidaksamaan di antara mereka. Melalui

    interaksi secara bebas ini, mereka akan saling memahami dan bertindak balas antara

    satu sama lain. Contohnya seperti murid berkepercayaan Sigh yang memakai serban

    ke sekolah. Sekiranya murid tidak pernah berinteraksi, ini akan mewujudkan tanda

    Tanya tentang keperluan memakainya dan mewujudkan salah faham ejek mengejek.

    Namun sekiranya murid didedahkan mereka akan memahami perkara tersebut.

    Melalui interaksi , murid juga dapat mempelajari budaya positif sesuatu kaum

    yang lain secara tidak langsung. Contohnya seperti mempelajari tingkah laku budaya

    masyarakat pelajar Cina yang sangat rajin menyiapkan kerja sekolah. Ini akan menjadi

    pemangkin kepada pelajar lain untuk berusaha menyiapkan kerja rumah mereka juga.

    Disamping itu, kepelbagai sosiobudaya juga mampu untuk memupuk perpaduan di

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    31/55

    antara kaum. Kaum yang pelbagai dapat menyebabkan proses sosiolisasi kanak-kanak

    berjalan mengikut kehendak dan aspirasi masyarakat, khasnya pengekalan

    kebudayaan kumpulan etnik. Setiap murid berlainan etnik di dalam kelas dapat

    bekerjasama tidak kira secara individu atau berkumpulan. Contohnya guru mengadakan

    aktiviti perbincangan mengenai perpaduan kaum secara kaedah koperatif yang

    mencampurkan murid-murid yang berlainan kaum.

    Kepelbagaian sosiobudaya di kalangan pelajar juga mampu untuk mewujudkan

    budaya saing yang sihat. Persaingan yang sihat sesama pelajar dapat mewujudkan

    pembelajaran yang berkesan. Contohnya seperti murid lelaki dan perempuan saling

    menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Malah, kepelbagaian sosiolbudaya juga

    mampu untuk meningkatkan kemahiran berbahasa di kalangan pelajar. Ini terbukti

    apabila murid-murid dari kaum lain contohnya seperti kaum India dan Cina dapat

    mempraktikkan kemahiran berbahasa Melayu dengan pelajar berbangsa Melayu. Malah

    pelajar Melayu juga dapat mempelajari bahasa lain jika mereka mempunyai

    kesungguhan untuk belajar bahasa dari rakan berlainan kaum.Bukankah implikasi-

    implikasi ini mampu untuk meningkatkan kerjasama di kalangan pelajar? Malah

    interaksi yang berkesan juga dapat dilestarikan dengan baik di antara murid berlainan

    sosiobudaya.

    Sekolah seperti yang diketahui merupakan salah sebuah komuniti dalam

    masyarakat. Oleh kerana komuniti merupakan sebuah masyarakat kecil, maka sekolah

    juga boleh di samakan sebagai sebuah masyarakat kecil di mana terdiri daripada

    sekumpulan manusia iaitu Guru Besar atau Pengetua, guru, kakitangan dan murid-

    murid. Sekolah ialah salah satu institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi

    keperluan anggota-anggota masyarakat supaya membolehkan mereka menguasai ilmu

    pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan dan perkembangan diri dan

    masyarakatnya. Antara implikasi kepelbagai sosiobudaya dari aspek sekolah adalah

    dapat menjadi medan perhubungan antara pihak atasan, guru, para pelajar dan ibubapa.

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    32/55

    Perhubungan yang terjalin adalah hasil komunikasi individu yang mempunyai

    pelbagai sosiobudaya yang bermatlamat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan,

    kemahiran dan nilai yang diperlukan. Saling kebergantungan ini akan mewujudkan

    kesefahaman yang jelas dalam pergaulan seharian. Malah sekolah juga mampu

    menjadi medan untuk menyatukan sistem pendidikan bagi memupuk kesamaan dan

    kesedaran berpadu di kalangan masyarakat sekolah. Ini kerana para pelajar mempelajari ilmu dan maklumat yang sama dan saling berkongsi segala pengetahuan

    yang diceduk. Tidak dinafikan, sekolah juga mampu menjadi medan untuk membina

    jalinan sosial yang kukuh dan jitu. Di sekolah, contohnya seperti sekolah kebangsaan

    mahupun sekolah wawasan, para pelajar akan terdorong untuk menyapa individu

    berlainan bangsa, agama mahupun kepercayaan. Ini kerana, mereka perlu

    bekerjasama dalam menjaga kebersihan dan persekitaran sekolah ataupun

    perbincangan di dalam kelas.

    Malah, melalui kepelbagai sosiobudaya, setiap masyarakat sekolah secara

    individu dapat memupuk kesefahaman, sikap bertolak ansur dan saling bertoleransi di

    antara satu sama lain. Ini kerana setiap individu memahami budaya individu lain dan

    menganggap perbezaan itu sebagai satu kepelbagaian yang positif. Apabila setiap

    individu di sekolah dapat memahami antara satu sama lain, keamanan sekolah dapatdibentuk. Segala gejala-gejala negatif yang bermaharaja lela dapat dibendung dengan

    berkesan. Oleh itu, adalah penting untuk pihak sekolah menyediakan persekitaran yang

    cantik dan sihat kerana di sinilah semua warga masyarakat saling bertemu, berinteraksi

    dan berkomunikasi.

    Kepelbagaian sosiobudaya juga mampu memberi implikasi terhadap kurikulum

    tersirat. Kurikulum tersirat kadangkala disebut sebagai kurikulum terlindung , kurikulum

    tersembunyi atau kurikulum tersisip , meliputi segala pengalaman yang dipelajari secara

    tidak formal seperti penerapan nilai-nilai murni melalui peniruan tingkah laku guru dan

    penyerapan nilai-nilai murni dalam matapelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa

    dan budaya sekolah. Antara implikasi kepelbagaian sosiobudaya ke atas kurikulum

    adalah penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid seperti semangat kerjasama,tolong-

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    33/55

    menolong,bertolak ansur,taat,patuh dan sebagainya. Penerapan nilai ini boleh berlaku

    semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contohnya, bagi mata

    pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan banyak mengajar murid mengenai

    kepentingan diri dan keluarga, adab-adab yang terpuji,kebudayaan pelbagai kaum,

    semangat cintakan negara dan sebagainya mengikut tema-tema yang telah ditetapkan.

    Tema Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat menekankan aspek hidup

    bermasyarakat seperti hormati jiran,tolong menolong antara pelbagai kaum dan kasih

    mengasihi antara satu sama lain.Secara tidak langsung nilai-nilai murni akan terserap

    dalam diri murid itu sendiri. Selain itu, penerapan nilai murni melalui tingkah laku dan

    sikap guru itu sendiri dapat menjadi contoh dan ikutan murid-murid. Murid akan

    sentiasa memerhati cara guru pakaian dan sifat guru seperti menepati masa masuk ke

    kelas. Jadi, guru perlu menunjukkan contoh yang terpuji di hadapan murid agar dapat

    menjadi ikutan dan role model kepada mereka.

    Di samping itu, dalam tema Kenali Budaya Malaysia turut memberi peluang

    murid-murid mengenali budaya masyarakat pelbagai kaum di negara kita. Sedikit

    sebanyak mereka dapat memahami dan menerima pelbagai adat serta pantang larang

    sesama mereka. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya ketidakpuasan danpertelingkahan antara satu sama lain. Dalam sistem pendidikan juga menitik beratkan

    Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah menjadikan semua guru dan

    murid menggunakan satu bahasa yang sama. Hal ini sangat digalakkan agar martabat

    Bahasa Malaysia di negara kita dapat dipertingkatkan. Pihak sekolah turut bekerjasama

    merancang pelbagai budaya positif untuk dipupuk dan disemai di kalangan murid-murid.

    Contohnya, budaya membaca khususnya sering dijalankan bagi meningkatkan amalan

    membaca dan murid akan memperoleh ilmu pengetahuan yang baru. Budaya memberi

    salam turut dipraktikkan dalam diri murid bagi menghormati orang yang lebih tua serta

    sesama kawan mereka sendiri supaya hidup sentiasa dalam keadaan bahagia dan

    harmoni seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    34/55

    Soalan C:

    Cadangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok untuk mewujudkan

    persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan seterusnya melahirkan

    warganegara bersatu padu.

    Kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik darjah melibatkan murid-murid yang

    terdiri daripada pelbagai budaya. Oleh itu, peranan guru sangat penting di dalam

    mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Beberapa kaedah

    pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk mewujudkan persekitaran bilik

    darjah yang mesra budaya ini. Di antaranya ialah melalui pengajaran dan pembelajaran

    aktiviti secara berkumpulan. Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu

    kaedah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah

    belajar secara kumpulan. Belajar secara berkumpulan sama ada dalam bentuk yang

    formal seperti membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat

    yang sama, atau kumpulan yang tidak formal dan mempunyai ahli-ahli yang terdiridaripada pelbagai latarbelakang yang berbeza. Belajar secara berkumpulan

    sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Hal ini keranadalam belajar secara berkumpulan, idea atau pemikiran dapat dikongsi bersama. Begitu

    juga dengan pengalaman yang berbeza yang dialami oleh setiap ahli kumpulan dapat

    dikongsi bersama. Oleh itu, setiap kumpulan haruslah terdiri daripada murid-murid yang

    berbagai-bagai budaya. Di samping itu, mereka secara tidak langsung dapat menyelami

    dan mengenali budaya sesama mereka. Pembahagian kumpulan juga boleh ditentukan

    oleh guru sendiri supaya murid-murid yang pelbagai kaum dapat dibahagikan secara

    sama rata di dalam setiap kumpulan.

    Kaedah pengajaran koperatif dan kolaboratif merupakan suatu aktiviti

    pembelajaran sekumpulan murid di bawah bimbingan guru dan mereka akan bertukar-

    tukar idea dan pendapat melalui perbincangan atau menyumbangkan kemahiran

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    35/55

    masing-masing dengan tujuan menyelesaikan masalah atau projek yang telah

    ditugaskan. Guru akan membahagikan kumpulan murid dengan mengambil kira aspek

    kepelbagaian sosiobudaya dan kebolehan murid. Contohnya, di dalam sebuah

    kumpulan mesti terdapat murid yang pandai, sederhana dan lemah. Hal ini kerana

    murid yang pandai dapat membantu murid yang lemah sehingga dapat menguasai

    sesuatu pelajaran. Kebiasaannya murid akan lebih senang untuk belajar dengan rakan

    sebaya mereka sendiri kerana terdapat sesetengah murid yang berasa segan atau

    malu untuk bertanya kepada guru. Guru akan membimbing setiap kumpulan dan murid-

    murid akan berusaha bersama-sama untuk mencapai setiap objektif yang ditentukan.

    Kumpulan murid tersebut akan mempunyai semangat bekerjasama dan objektif

    pelajaran lebih cepat dan berkesan daripada usaha secara sendiri. Selain itu,

    kemahiran interaksi sosial dapat dipupuk di kalangan murid-murid. Melalui kaedah ini

    juga, masalah pengurusan bilik darjah seperti dapat dikurangkan dan dikawal ke tahap

    yang minimum seperti guru dapat mengawal disiplin murid serta mengurangkan

    ketegangan di antara satu sama lain dan seterusnya dapat mewujudkan persekitaran

    bilik darjah yang mesra budaya.

    Selain itu, kaedah projek dapat dijalankan dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran di dalam bilik darjah untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang

    mesra budaya. Kaedah projek merupakan aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid

    melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian dan lawatan secara berkumpulan.

    Contohnya, dalam mata pelajaran Sains guru memberi satu topik untuk selesaikan

    secara berkumpulan dan murid dikehendaki menjalankan kajian ke atas masalah

    tersebut. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran

    dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi yang sebenar untuk

    mendapatkan hasil yang diharapkan. Aktiviti ini dijalankan selepas murid-murid telah

    menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam mata pelajaran. Di antara ialah projek

    kaji selidik, projek hasil tangan dan projek lawatan. Kebaikan kaedah projek ini yang

    paling utama adalah memberi peluang kepada murid-murid bagi mendapatkan

    pengetahuan dan pengalaman dengan cara sendiri. Murid juga berpeluang merasa dan

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    36/55

    melihat sendiri sesuatu pengalaman. Pembelajaran melalui pengalaman memberi

    kesan yang mendalam kepada murid kerana mereka akan lebih mudah faham melalui

    kaedah visual. Semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui

    kerja projek yang dilakukan secara kumpulan mengikut kebolehan dan pelbagai

    sosiobudaya.

    Kaedah dan teknik pemudahcaraan juga boleh digunakan sebagai langkah untuk

    mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Guru berperanan untuk

    menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat berjalan dengan lancar. Guru

    bertindak sebagai fasilitator, motivator, pembimbing dan menggalakkan murid-murid

    supaya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan mewujudkan

    suasana pembelajaran yang kondusif bagi memastikan kelancaran prosespembelajaran berlaku tanpa sebarang gangguan. Kaedah pemudahcaraan ini

    digunakan untuk aktiviti kumpulan seperti perbincangan, perbahasan, seminar, forum,

    sumbangsaran, sesi buzz dan aktiviti yang menggunakan pendekatan pemusatan

    murid. Contohnya, melalui aktiviti perbincangan murid-murid akan bertukar-tukar fikiran

    atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Di antara topik-topik yang

    sesuai untuk aktiviti ini ialah topik isu semasa, peristiwa, sejarah, watak cerita, sastera,

    konsep keluarga, kebersihan, pencemaran, perpaduan rakyat, peranan murid dansebagainya. Murid-murid dapat dilatih berfikir dengan teliti, berbual dengan gaya yang

    menarik dan mengemukakan pandangan mereka dengan jelas, tepat dan logik. Selain

    itu juga, ia dapat memberi peluang kepada murid untuk menggunakan kemahiran lisan

    mereka untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan di antara satu sama lain

    di samping memupuk semangat bekerjasama dan mewujudkan interaksi sosial yang

    positif.

    Selain itu, kaedah penyelesaian masalah juga merupakan satu alternatif yang

    boleh dijalankan oleh guru bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra

    budaya. Penyelesaian aktiviti merupakan aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk

    perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaan kemahiran

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    37/55

    tertentu dalam situasi yang sebenar. Melalui kaedah ini, murid-murid dilatih supaya

    berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan aktiviti-aktiviti yang melibatkan

    prose berfikir dan membuat keputusan. Kaedah ini memerlukan murid-murid membuat

    aplikasi menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang sudah dipelajari untuk

    menyelesaikan masalah yang diberi. Aktiviti ini perlu disertai oleh pemikiran peringkat

    tinggi seperti yang disarankan oleh Bloom bermula dari peringkat aplikasi, analisis,

    sintesis sehingga peringkat penilaian. Murid akan melalui aras yang mudah terlebih

    dahulu dan kemudian setelah berjaya menguasainya barulah ke aras yang lebih sukar

    setelah. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berkumpulan bagi menyelesaikan masalah

    yang telah diberikan oleh guru. Interaksi dan hubungan yang wujud sesama ahli

    kumpulan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Kaedah

    penyelesaian masalah ini akan menggalakkan dan mencabar murid-murid supaya

    mencari jawapan untuk soalan bermasalah atau membuat generalisasi daripada proses

    kajian lebih-lebih lagi aktiviti dibuat secara kumpulan. Pengajaran dan pembelajaran

    murid-murid akan lebih bermakna sekiranya mereka melibatkan sepenuhnya dalam

    aktiviti pembelajaran mereka. Kaedah ini membolehkan murid menggunakanpengalaman, pengetahuan lepas serta kemahiran yang telah dikuasai untukmenjalankan kajian. Kebiasaannya, kaedah ini melibatkan murid-murid bergerak aktif di

    antara satu sama lain untuk meneroka mencari sesuatu jalan penyelesaian. Secaratidak langsung murid-murid akan bekerjasama dalam satu pasukan yang mempunyai

    kepelbagaian sosiobudaya.

    Seterusnya, kaedah pembelajaran kontekstual juga dapat dilaksanakan dalam

    merealisasikan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Ia tertumpu pada aspek

    yang pelbagai bagi mana-mana persekitaran sama ada di dalam bilik darjah, dalam

    makmal, makmal komputer atau lokasi tertentu yang sesuai dengan isi pelajaran.

    Contohnya, ia boleh dijalankan ketika guru lain menggantikan sesuatu kelas.

    Kadangkala, guru sering pergi berkursus lama dan semasa ketiadaan guru, guru boleh

    meninggalkan pelbagai maklumat di dalam CD bagi memudahkan proses pengajaran

    guru ganti. Murid-murid boleh diberi peluang menggunakan komputer dan berbincang

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    38/55

    secara berkumpulan mengenai sesuatu topik dan maklumat yang diberikan.

    Pembelajaran kontekstual berlaku apabila murid memproses maklumat atau ilmu

    pengetahuan baru dengan cara tertentu dan memberi makna kepada pemahaman

    mereka sendiri. Guru harus menyediakan kepelbagaian persekitaran pembelajaran

    suntuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan menyediakan pembelajaran

    yang konkrit yang melibatkan aktiviti Hands On dan Minds On. Kepelbagaian

    sosiobudaya murid-murid dapat digunakan sepenuhnya melalui belajar secarakerjasama sama ada aktiviti berkumpulan atau koperatif. Pengajaran dan pembelajaran

    kontekstual dapat membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan

    situasi dunia sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat perkaitan antara

    pengetahuan dengan mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian.

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    39/55

    LAMPIRAN

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    40/55

    B IBL IOGRAF I

    Kamus Dewan Edisi Keempat(2005) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

    Mok Soon Sang (2002)..Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Edisi

    Ketiga Terbitan Ke-4 Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya.

    Asal Usul Jawa

    h ttp ://firmanbud i .w o r dpress .com /20 0 9 /03 /01 /h i s tory-o f- java/

    h ttp ://i d .wik i p e d i a .org /w i k i /Ja w a

    Cari Dictionary Online

    h ttp ://www .car i .com .my

    Bahasa Jawa

    h ttp ://i d .wik i p e d i a .org /w i k i /Baha s a_Ja w a

    Budaya Jawa

    h ttp ://i d .wik i p e d i a .org /w i k i /T ar i _ T ay u b

    Masyarakat Jawa di Malaysia

    h ttp ://raza litum i r in-za li.b l ogs p o t.com /2009 /06 /masya r aka t-ja w a-d i -m a lays ia .h tml

    http://firmanbudi.wordpress.com/2009/03/01/history-of-java/http://firmanbudi.wordpress.com/2009/03/01/history-of-java/http://firmanbudi.wordpress.com/2009/03/01/history-of-java/http://firmanbudi.wordpress.com/2009/03/01/history-of-java/http://firmanbudi.wordpress.com/2009/03/01/history-of-java/http://id.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://id.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://id.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://id.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://www.cari.com.my/http://www.cari.com.my/http://www.cari.com.my/http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawahttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawahttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawahttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawahttp://id.wikipedia.org/wiki/Tari_Tayubhttp://id.wikipedia.org/wiki/Tari_Tayubhttp://id.wikipedia.org/wiki/Tari_Tayubhttp://id.wikipedia.org/wiki/Tari_Tayubhttp://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.htmlhttp://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.htmlhttp://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.htmlhttp://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.htmlhttp://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.htmlhttp://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.htmlhttp://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.htmlhttp://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.htmlhttp://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.htmlhttp://firmanbudi.wordpress.com/2009/03/01/history-of-java/http://id.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://id.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://www.cari.com.my/http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawahttp://id.wikipedia.org/wiki/Tari_Tayubhttp://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.html
  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    41/55

    Tarian BaronganDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

    Lompat ke:pandu arah, cari

    Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyatyang menggambarkan kisah-kisah di zaman

    Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimautelah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang

    harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.

    Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang

    menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turundari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh

    dilihat di daerah Batu Pahat,Johordan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang

    digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialahgong,gendang, danangklung.

    Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam

    ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysiadan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam di Malaysia.[1][2]

    Negara Indonesia menganggap Tarian Barongan sebagai menciplak tarian Hindu Reogyang

    berasal dari Ponorogo kerana keduanya memiliki tarian yang persis sama dan yang utama ialahtopeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak. Hal ini

    (ciplakan) dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di

    Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnyaIndonesia, sebagai maling.

    Bentuk dadak merak turut menyerupai kavadi yang dibawa oleh penganut Hindusemasaperayaan Taipusam.

    Bentuk kavadi.

    [3]

    Tarian Barongan juga menarik kerana terdapat tradisi yang mempersembahkan tarian Barongan

    selepas tarian Kuda Kepang.[4][5] Ini kerana Tarian Kuda Kepang dipercayai merupakan cara

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#mw-headhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#p-searchhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Sulaiman_a.s.http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Pahathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Pahathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gendanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gendanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gendanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Angklunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Angklunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Angklunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-1http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-2http://ms.wikipedia.org/wiki/Reoghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Reoghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ponorogo&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Dadak_merakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dadak_merakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Taipusamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-3http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Kuda_Kepanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Kuda_Kepanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-4http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-5http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-5http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Thaipusam_idols.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#mw-headhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#p-searchhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Sulaiman_a.s.http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Pahathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gendanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Angklunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-1http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-2http://ms.wikipedia.org/wiki/Reoghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ponorogo&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Dadak_merakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Taipusamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-3http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Kuda_Kepanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-4http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-5
  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    42/55

    untuk menarik perhatian orang ramai ketika mengembangkan ajaran Islam di Jawa. Dengan itu

    tradisi mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang kemungkinannyamerupakan bukti kepentingan tarian Barongan dalam penyebaran syiar Islam ketika itu. [6][7]

    Berikutan dengan kontrovesi tersebut, tarian Barongan tidak lagi diketengahkan oleh pihak

    kerajaan Malaysia

    TARIAN GAMELAN

    3.TARIAN GAMELAN

    Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Ia muladipersembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacarapersandingan Tengku Hussain

    Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan tetapi pada hari inihanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu. Tarianini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupunpersembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini

    adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakanadat tarian Melayu.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-6http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-7http://3.bp.blogspot.com/_BiwMdp1r8ko/TG5LiNneerI/AAAAAAAAAC0/sXG_Zg3GxqM/s1600/DPEO8CACC2V6ECAYLYKZ8CAA93394CA0PNFHACAJL7LRXCA7SBW0LCATV2FRGCA2Q6PGLCA39U8DGCACB0TX3CAKQD3LBCAGOJ4FKCAZ3N1RGCABVW1H3CA47F75WCAXWFOZKCACYETW6CA2GVUFQCAXILRSO.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-6http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan#cite_note-7
  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    43/55

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    44/55

    Kajian Etnik Jawa di Malaysia

    PENDAHULUAN

    Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan etnik. Terdapat

    tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Di dalam kelompok kaum tersebutterdapat pelbagai pecahan etnik yang sudah semestinya mempunyai pelbagai budaya, bahasa,

    kepercayaan dan adat resam yang tersendiri.

    Dalam tugasan ini, saya memilih etnik Jawa kerana ayah dan ibu saya berketurunan JawaPonorogo. Tugasan ini membicarakan etnik Jawa meliputi aspek bangsa,struktur masyarakat,

    bahasa, kepercayaan, adat resam dan jantina.Semua penduduk yang tinggal di kampung saya iaitu Parit Sikon Darat, Parit Raja , Batu Pahatberketurunan Jawa. Sebahagian besar mereka merupakan Jawa Ponorogo manakala selainnya

    Jawa Megelan. Mereka bekerja sebagai pekebun kelapa sawit , bertukang dan ada juga yang

    bekerja di kilang industri.

    Sehingga kini kami masih menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa perhubungan. Selainmempunyai masakan Jawa yang menjadi kebanggaan seperti sambel godok dan pecel leley,

    kami juga mengamalkan adat resam serta kebudayaan tersendiri. Ianya menjadikan keturunan

    kami unik dan istimewa.Kerukunan hidup bermasyarakat menjadikan kampung tempat tinggal kami aman, damai dan

    ceria. Berkat kerjasama dan hidup bermuafakat, kampung kami pernah dicalonkan sebagai

    penerima anugerah Kampung Terindah Desa Wawasan peringkat negeri.Kami bangga menjadi anak Jawa dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan identiti agar tidak

    hilang ditelan zaman.

    Tak Kan Jawa Hilang Di Dunia

    Pengenalan Bangsa Jawa

    Orang Jawa dari segi zahirnya, berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan

    selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Etnik Jawa merupakan sebahagian daripadakelompok Melayu yang terdapat di Malaysia dan sudah lama bertapak di sini.

  • 7/28/2019 39017251 Masyarakat Jawa

    45/55

    Pada masa ini, penempatan orang Jawa tertumpu di bahagian barat Semenanjung Malaysia

    terutama di barat Johor, Selangor dan Perak. Dipercayai, tempat yang mula- mula didudukiadalah di kawasan Padang, Parit Jawa, Muar.

    Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di

    ladang kopi, ladang getah dan juga di lombong - lombong bijih timah. Kedatangan mereka ke

    Tanah Melayu bukan sahaja untuk bekerja di ladang tetapi juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi,politik dan sosial.