falsafah pembangunan malaysia

Upload: nabil-ashaari

Post on 01-Mar-2018

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Falsafah Pembangunan Malaysia

    1/5

    Daripada Satu Kawasan kepada

    1MalaysiaOleh: Asan Ali Golam HassanSecara am, falsafah pembangunan yang dilalui oleh Malaysia boleh dibahagikan kepadaenam fasa. Pertama, daripada fasa membangunkan suatu kawasan yang terpilih dibawah era penjajahan British sehingga merdeka; kedua, kepada fasamemaksimumkanpencapaian ekonomi era selepas merdeka sehingga tahun 1970; ketiga, kepada fasapertumbuhan dan pengagihan yang saksama serta membangunkan kumpulan sasaranyang terpinggir ketika di bawah pucuk pimpinan Allayarham Tun Abdul Razak danAllayarham Tun Hussein Onn; keempat, kepada fasa pertumbuhan dan pengagihan

    yang saksama serta membangunkan kumpulan yang terbaik ketika era Tun Dr.Mahathir Mohamad; kelima kepada fasa pertumbuhan dan pengagihan yang saksamaserta membangun bersama saya pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan terkini,iaitu fasa keenam,Satu Malaysiadi bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Secara am, ketidaksetaraan pembangunan di Malaysia (dahulu Malaya) sangatbergantung kepada latar belakang sejarah. Dari segi faktor dalaman, hal ini adalahdisebabkan oleh lokasi pelabuhan strategik, sumber bijih timah serta pertanian moden(ladang getah) yang tidak seimbang antara negeri. Dari segi faktor luaran pula, hal iniadalah kerana polisi pihak penjajah serta lokasi pilihan penghijrahan antarabangsa dariChina dan India.

    Faktor-faktor dalaman serta luaran ini mewujudkan kesan kumulatif tersendiriyang berkait dengan indikator ketidakseimbangan yang lain. Pendekatan pembangunanpada zaman itu lebih kepada membangunkan suatu kawasan yang terpilih yangmempunyai faedah berbanding (comparative advantages)yang tinggi.

    Selepas merdeka, kerajaan mengadaptasi pendekatan pasaran bebas ( laissez-faire). Pada tahun 1950-an dan 1960-an, tumpuan utama adalah pada strategimemaksimumkan pencapaian ekonomi melalui pelaburan dan infrastruktur. Hal iniadalah untuk menggalakkan pembangunan maksimum komoditi eksport dan industripengganti import.

    Walaupun strategi ini berjaya meningkatkan pencapaian ekonomi negara, hal inijuga membawa kepada masalah kesetidakseimbangan agihan aktiviti ekonomi danmenyebabkan pengenalan sesuatu kaum mengikut fungsi ekonomi dan lokasi geografiyang akhirnya membawa kepada rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

    Pada tahun 1971, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan, dengan tumpuankepada kepelbagaian ekonomi, penekanan kepada pembangunan luar bandar,pengurangan kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat telah menjadi objektifutama pembangunan ekonomi negara. Matlamat perancangan pembangunan ialahpertumbuhan dan pengagihan yang saksama

  • 7/25/2019 Falsafah Pembangunan Malaysia

    2/5

    Untuk mencapai matlamat tersebut, perbagai agensi kerajaan (perusahaan awam)ditubuhkan khusus untuk membangunkan kawasan luar bandar. Perancangan baharudan yang wujud sejak Rancangan Malaya Pertama dirancakkan lagi terutamanya melaluiDEB (1971-1990). Strategi utama pembangunan luar bandar telah dilaksanakan iaitu,pembukaan tanah (rancangan) baharu; pembangunan in-situ; pemodenan luar bandar

    dan penciptaan pesat pertumbuhan yang baharu; serta strategi penyelarakan kawasanindustri ke kawasan luar bandar dipergiat. Matlamatnya untuk meningkatkan kualitihidup masyarakat luar bandar, terutamanya orang Melayu dan Bumiputera di Sabah danSarawak.

    Memang diakui, strategi disasarkan khusus untuk luar bandar. Rancangan BukuMerah, konsep Saemaul Undong, pembangunan koperasi desa, FELDA, FELCRA, RISDA,KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, MADA, DARA dan lain-lain diwujudkan khusus untukmasyarakat luar bandar. Ketika itu juga, sektor pertanian masih menjadi teras ekonominegara dan sektor luar bandar (pertanian) merupakan penyumbang utama kepadaKeluaran Dalam Negara Kasar dan gunatenaga.

    Walau bagaimanapun sektor luar bandar mula kurang penting apabila terasekonomi negara memasuki era perindustrian sejak pertengahan dekad 1980-an. Diakui,pembangunan juga dilihat sebagai satu proses transformasi ekonomi - daripada ekonomiberasaskan pertanian kepada ekonomi yang berasaskan perindustrian danperkhidmatan.

    Di Malaysia, industri-industri seperti memproses makanan, minuman, perabut,kertas dan keluaran kertas, getah dan keluaran getah serta keluaran bukan logam yangtidak memerlukan teknologi tinggi, mudah tersebar di kawasan kurang maju yang padakeseluruhannya memiliki daya pengeluaran buruh yang rendah dan tingkat upah yangrendah juga.

    Kebanyakan industri yang besar dan berasaskan teknologi moden lebih tertumpudi wilayah yang agak maju dibandingkan dengan industri kecil, termasuk IKS (industrikecil dan sederhana). Di wilayah ini juga masalah, kemiskinan berlaku pada kadar yangagak besar. Tiada pekan di kawasan ini yang dapat ditakrifkan sebagai kawasan bandar.Ketiadaan kawasan bandar di wilayah ini melambatkan pembangunan kerana pekan kecilkurang mampu menjana aliran perdagangan antara Bandar atau wilayah.

    Selain itu, sejak pertengahan dekad 1980-an, pendekatan pembangunan juganampaknya telah berubah daripadamembangunkan kumpulan sasaran yang terpinggirkepada membangunkan dahulu satu kumpulan yang terbaik yang kemudiannya akan

    dapat membangunkan satu kumpulan lain lebih besar.

    Ringkasannya, untuk maju, dua hingga tiga orang atau syarikat perlu dimajukandahulu. Kemudian, akan berlaku proses titisan ke bawah yang akan memajukan satukumpulan lain yang lebih besar. Pada sebelum pertengahan dekad 1980-an falsafahpembangunan, iaitu membangunkan kumpulan sasaran yang terpinggir berubahkepadamembangunkan kumpulan yang terbaik.

    Kaedah membangunkan satu kumpulan yang terbaik ini lebih berkesan sertacepat menunjukkan hasil dari segi kewujudan masyarakat perdagangan danperindustrian bumiputera berbanding dengan kaedah membangunkan kumpulan

    sasaran yang terpinggir. Walau bagaimanapun, dari segi agihan ekonomi, kaedah

  • 7/25/2019 Falsafah Pembangunan Malaysia

    3/5

    membangunkan kumpulan sasaran yang terpinggir mungkin lebih baik sungguhpunmungkin akan mengambil masa yang panjang.

    Apa yang dikhuatiri melaluimembangunkan satu kumpulan yang terbaik adalahberlakunya ketidakseimbangan agihan antara kaum serta dalam kawasan bandar dan

    luar bandar yang semakin meningkat. Globalisasi dan libralisasi serta perubahanstruktur ekonomi ke arah k-ekonomi (ekonomi berasaskan pengetahuan) dan teknologimaklumat dan komunikasi (TMK) yang dijalankan seiring dengan pendekatanmembangunkan satu kumpulan yang terbaik nampaknya tidak banyak membantusektor dan masyarakat luar bandar.

    Sehubungan dengan hal itu, falsafah pembangunan di bawah pimpinan TunAbdullah Ahmad Badawi ialah pertumbuhan dan pengagihan yang saksama sertamembangun bersama saya yang maksudnya kita akan membangun bersama-sama.Falsafah ini dipetik daripada kata-kata Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas dilantikmenjadi Perdana Menteri yang kelima, jangan berkerja untuk saya tetapi berkerjalah

    bersama saya, melalui penghayatan Islam Hadhari, pengenalan Misi Nasional sertaperlaksanaan koridor pembangunan.

    Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa berucap sempena Hari Peneroka Negarapada 10 Januari 2004, menggariskan lima strategi bagi menjadikan tanah rancanganFELDA sebagai kawasan pembangunan ekonomi raksasa untuk merapatkan jurangekonomi penduduk bandar dan luar bandar termasuklah juga jurang ekonomi antaranegeri maju dan negeri yang kurang maju.

    Dasar Koperasi Negara (DKN) yang banyak diperkata dan dicadangkan sejakpertengahan dekad 1980-an mendapat perhatian semula oleh pemimpin Negara hinggaDKN dilancarkan pada 29 Januari 2004. Sektor luar bandar (pertanian) telah diberipenekanan dengan matlamat untuk meningkatkan kadar mampu diri pengeluaranmakanan Negara, di samping mengawal faktor tekanan peningkatan harga dari luar.

    Selain itu, Misi Nasional, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9),merupakan satu rangka kerja dasar dan perlaksanaan bagi mencapai matlamatWawasan 2020. Misi Nasional memberi penekanan kepada peningkatan keupayaannegara untuk bersaing di peringkat global, memperkukuh perpaduan negara sertapengagihan pendapatan serta kualiti hidup yang lebih baik.

    Lima teras utama Misi nasional ini adalah meningkatkan nilai tambah dalamekonomi negara; meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara

    serta memupuk minda kelas pertama; menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomisecara membina dan produktif, meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; danmengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara. Antara lima teras dasar ini,teras ketiga iaitu menangani masalah ketidaksamaan sosio ekonomi secara membinadan produktif sangat berkait rapat dengan matlamat akhir DEB, iaitu memperkukuhperpaduan negara.

    Kini, mungkin orang ramai tertunggu-tunggu bagaimana falsafah pembangunanSatu Malaysiayang juga merangkumi pertumbuhan dan pengagihan yang saksamaakan diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan, iaitu kesaksamaan, kesamarataan dankekitaan akan diintegrasikan dalam falsafah Rukun Negara terutamanya perkara-perkara

    yang jelas terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

  • 7/25/2019 Falsafah Pembangunan Malaysia

    4/5

    Lapan nilai Satu Malaysia menurut Y.A.B Datuk Sri Najib Tun Razak ialah

    budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi,pendidikan dan integriti. Matlamat akhir Satu Malaysia ialah perpaduan yang secaraam berkaitan secara langsung dengan teras ketiga Misi Nasional, iaitu menangani

    masalah ketidaksamaan sosio ekonomi secara membina dan produktif. Selain itu, hal itusangat berkait rapat dengan matlamat akhir Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), DasarPembangunan Nasional (1991-2000) dan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) iaitumembawa Malaysia sebagai sebuah negara maju yang makmur.

    Cabaran utama kini ialah bagaimana hendak mengintegrasikan budayakecemerlangan, prinsip meritokrasi dengan agihan kek ekonomi dengan berkonsepkanpeluang untuk semua. Padan masa yang sama menerapkan nilai integriti yangmenyeluruh dan mengurangkan faktor RAHSIA bagi meningkatkan kepercayaan dankeyakinan rakyat. Penekanan kepada peroses penyampaian cadangan dasar kerajaanserta mengambil kira pendapat orang ramai dalam merangka dasar yang berkaitan

    secara langsung dengan kualiti hidup masyarakat. Yang paling utama adalahmengintegrasikan falsafah Rukun Negara dalam merangka perancangan pembangunandengan maltamat akhir, iaitu pencapaian taraf negara maju yang makmur.

    Walaupun penekanan diberi kepada budaya kecemerlangan melalui prinsipmeritokrasi, perlu ada semangat penerimaan orang ramai bahawa masyarakat bawahanperlu dibantu tanpa mengira kaum dan lokasi. Iaitu pembangunan bagi program dibawah pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat, pembangunanekonomi luar bandar dan pembangunan koridor harus dilihat sebagai satu keperluanutama untuk pembangunan dan perpaduan nasional.

    Tumpuan harus diberi pada usaha mengurangkan golongan berpendapatan 40peratus terbawah tanpa mengira kaum dan lokasi. Selain itu, dilaksanakan juga usahamengemas kini program agihan subsidi khusus kepada golongan sasaran dan satuprogram jaringan keselamatan sosial yang lebih menyeluruh serta satu pendekatan upahminimum untuk pekerja tidak mahir.

    Di samping itu, persepsi masyarakat Malaysia perlu diubah iaitu, daripadamasyarakat pekerja kepada masyarakat usahawan. Selain dapat meningkatkan bilanganusahawan tanpa mengira kaum, hal ini dijangka akan meningkatkan peratusan golonganberpendapatan menengah dan tinggi di Malaysia. Tumpuan akhir dasar adalahmeningkatkan jaringan antara usahawan tidak hanya tertumpu pada meningkatkanbilangan usahawan. Selain itu, konsep agihan peluang untuk semua, iaitu semua orang

    berpeluang menjadi usahawan melalui konsep jaringan usahawan pelbagai kaum, turutditerapkan.

    Di samping itu, persepsi masyarakat antarabangsa perlu diubah. Tanggapanpihak luar bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang berkos buruh yang rendahharus diubah kepada Malaysia sebagai sebuah negara berintensifkan modal dan k-ekonomi. Kos buruh di Malaysia tidak murah, yang murah ialah kos buruh asing yangberkerja di Malaysia.

    Semantara itu, usaha mempromosikan Malaysia sebagai negara yang berkosburuh murah, akan lebih kepada mempromosikan buruh asing yang ada di Malaysia.

    Pergantungan terhadap pekerja asing akan menghadkan pencapaian dasar kerajaan

  • 7/25/2019 Falsafah Pembangunan Malaysia

    5/5

    untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan usaha untuk beralih kepadaaktiviti ekonomi berintensifkan teknologi dan nilai ditambah yang lebih tinggi.

    Pada masa yang sama, kadar upah buruh di Malaysia harus meningkatbersesuaian dengan peningkatan produktiviti buruh tempatan bagi mengurangkan

    migrasi keluar golongan profesional. Selain itu, kerjasama syarikat (usahawan) asingdengan syarikat di Malaysia seharusnya dilihat sebagai kerjasama syarikat asing dengansyarikat milik rakyat Malaysia daripada dilihat sebagai kerjasama syarikat asing dengansyarikat kaum-kaum Melayu atau India atau Cina di Malaysia.

    Suntikan faktor modal dan teknologi (termasuk teknologi maklumat) tidakbanyak banyak membantu usaha membangunkan kawasan luar bandar tanpa disokongdengan faktor pelengkapnya, iaitu sumber manusia yang berkemahiran dan berinovasitinggi. Selain itu, rancangan pembangunan juga tidak akan berjaya jika penduduksasaran tidak bersedia dengan kebolehan/kecekapan untuk mengambil peluang yangwujud hasil daripada perkembangan ekonomi yang pesat.

    Pencapaian yang lebih berkesan dalam usaha mencapai matlamat kemajuandalam pembangunan manusia di negara ini semestinya memerlukan penglibatan semuapihak - kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan, yang benar-benarmempunyai iltizam yang tinggi dan harus bekerjasama dalam banyak hal agar segalakeputusan dapat berjalan secara cekap dan berkesan bersesuai dengan falsafah SatuMalaysia - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.