faculty of economics and business fakulti ekonomi dan perniagaan

24
Aplikasi Pendekatan Pemasaran Tempat ke atas Institusi Masjid Saimi Bin Bujang Doktor Falsafah 2015 Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

Upload: dangdang

Post on 30-Jan-2017

236 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

Aplikasi Pendekatan Pemasaran Tempat ke atas Institusi Masjid

Saimi Bin Bujang

Doktor Falsafah

2015

Faculty of Economics and Business

Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

Page 2: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

Aplikasi Pendekatan Pemasaran Tempat ke atas Institusi Masjid

Saimi Bin Bujang

Tesis Ini Dikemukakan

Untuk Memenuhi Keperluan Ijazah Doktor Falsafah

Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

Universiti Malaysia Sarawak

2015

Page 3: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

ii

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Saya mengakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri bagi

memenuhi keperluan Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Ekonomi Dan

Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Saya turut mengakui bahawa saya memetik nukilan-nukilan atau ringkasan-

ringkasan daripada buku, jurnal, tesis dan lain-lain rujukan serta

menyatakan sumber rujukan bagi setiap nukilan atau ringkasan tersebut.

Tandatangan;

.......................................

(Saimi Bin Bujang)

Tarikh : 20 Muharam 1437H

02 November 2015M

Page 4: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

iii

PENGESAHAN SEMAKAN

Draf asal tesis ini telah disemak oleh:

Dr. Norizan Jaafar

Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Sarawak

Tandatangan;

……………………

(Dr. Norizan Jaafar)

Tarikh :

Page 5: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

iv

DEDIKASI

Kerana Allah s.w.t. & kerana Nabi Muhammad s.a.w.

Buat:

Semua yang terlibat,

secara langsung dan tidak langsung.

Jutaan terima kasih di atas bantuan, sumbangan

dan sokongan kalian.

Teristimewa buat:

Semua ahli keluarga yang tercinta.

Kalian adalah cahaya yang sentiasa

menyuluh dan memandu diri ini.

Diabadikan buat:

Syahmi Dhiya'uddin bin Saimi

Syahiran Dhiya’ulhaq bin Saimi

Dhiya’ Ameera Zahra binti Saimi

Page 6: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t., selawat dan salam ke atas junjungan Nabi

Muhammad s.a.w., ahli keluarganya dan para sahabatnya. Setinggi syukur dipanjatkan

kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia, inayah, taufik dan hidayahNya, maka penulis

dapat menyiapkan kajian ilmiah yang bertajuk; APLIKASI PENDEKATAN

PEMASARAN TEMPAT KE ATAS INSTITUSI MASJID.

Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan terhutang

budi yang tidak terhingga kepada Dr. Norizan Jaafar dari Fakulti Ekonomi Dan

Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), selaku penyelia pertama yang

banyak membantu, memberi tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan bagi menyiapkan tesis

ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada Prof. Madya Ezani Yaakub dari Akademi Pengajian

Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA selaku penyelia kedua bagi tesis ini.

Moga-moga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal atas jasa-jasa dan tunjuk

ajar yang telah dicurahkan dalam usaha untuk menyiapkan penyelidikan ini.

Penghargaan dan terima kasih juga turut ditujukan kepada isteri tersayang, anak-

anak, emak, bapa, emak mentua, bapa mentua, abang-abang, kakak, adik-adik dan rakan-

rakan yang sentiasa memberi dorongan, semangat dan sokongan yang jitu kepada penulis

agar terus berusaha serta mendoakan kecemerlangan dan kejayaan dalam pelajaran

kepada penulis. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Penulis mendoakan

Page 7: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

vi

agar bantuan dan sumbangan kalian diberkati oleh Allah SWT. Penulis juga

mengharapkan agar kajian ini mampu memberi sumbangan kepada pembangunan

institusi masjid untuk menjadi jantung dan penggerak kepada masyarakat.

Wa Allahu ’Alam...

Yang benar;

SAIMI BIN BUJANG

Kampung Tanah Putih

Jalan Kampung Endap

94300 Samarahan, Sarawak

Page 8: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

vii

ABSTRAK

Institusi masjid sering mengundang perbincangan kerana kelemahan program

pengimarahannya. Penyelidikan atau perbincangan semasa sering menyalahkan

masyarakat kerana tidak hadir ke program masjid. Tesis ini berusaha untuk melihat

masjid dalam konteks pemasaran tempat, dengan menggunakan kaedah pemasaran bagi

menghasilkan produk atau perkhidmatan yang selari dengan keperluan dan kehendak

pengguna. Pemasaran tempat dalam konteks institusi masjid merujuk kepada usaha yang

strategik untuk meningkatkan daya saing masjid dengan cara memasarkan, mempromosi

dan menjenamakan perkhidmatan masjid. Dua buah teori, iaitu teori tingkah laku

terancang dan teori pertukaran sosial digunakan bagi mengenal pasti pasti faktor-faktor

yang mempengaruhi kehadiran individu ke masjid. Teori tingkah laku terancang

menjelaskan tentang faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi tingkah laku

seseorang individu, dan teori pertukaran sosial pula membincangkan tentang faktor-

faktor yang mempengaruhi kewujudan sesebuah hubungan. Model konseptual tesis ini

mengandungi faktor penghayatan agama, keluarga, rakan sebaya dan prasarana masjid

sebagaimana yang dicadangkan dalam teori sebelumnya. Melalui proses temu bual

bersama dengan pakar rujuk, keempat-empat konstruk tersebut telah diperakui sebagai

faktor mempengaruhi kehadiran ke masjid. Konstruk tersebut seterusnya dijadikan

sebagai sandaran bagi membentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan yang diperolehi

melalui Alpha Cronbanch serta ujian dan ujian semula berada pada tahap yang begitu

tinggi dan menyakinkan. Kesahan konstruk soal selidik turut dinilai menggunakan

analisis konvergen dan diskriminan serta analisis faktor. Kedua-dua analisis tersebut

menunjukkan bahawa item soal selidik berada pada tahap ketekalan yang konsisten dan

mampu mengukur apa yang sepatutnya diukur. Dapatan kajian ini telah mencapai

kesemua objektif kajian dan menjawab dua persoalan kajian. Kajian ini berjaya

menggambarkan persepsi dan hubungan responden kajian di Sarawak terhadap masjid

berdasarkan jantina, umur, bangsa, pendidikan, perkahwinan dan pekerjaan. Tesis ini

juga dapat mengenal pasti perubahan yang positif faktor penghayatan agama, keluarga,

rakan sebaya dan prasarana masjid dalam mempengaruhi kehadiran ke masjid.

Sumbangan tesis ini dalam bentuk teori adalah dengan menggabungkan konsep

pemasaran tempat, teori tingkah laku terancang dan teori pertukaran sosial untuk

diaplikasikan dalam masyarkat di Malaysia. Kajian ini turut dapat membantu pihak

berkuasa agama dan jawatankuasa pengurusan masjid dalam menentukan dasar-dasar

berkaitan dengan program masjid. Tesis ini juga menjadi asas untuk penyelidikan masa

hadapan berkaitan dengan pemasaran. Secara keseluruhan, tesis ini berjaya menjelaskan

tingkah laku pengguna masjid melalui faktor-faktor yang mempengaruhi kehadiran ke

masjid.

Page 9: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

viii

ABSTRACT

Mosque institutions invite discussion on its weakness of mosque program. Present

research or discussion blame the community around the mosque for not participating in

the mosque. This thesis explore the mosque in the context of place marketing, using

marketing methods for products or services and in line the needs and requirements of

users. Marketing place in the context of the mosque institution refers to a strategic effort

to improve the competitiveness of the mosque with the way of marketing, promotion and

branding of mosque. Two theory, the theory of planned behavior and social exchange

theory was used to identify the factors that influence individual attendance to the mosque.

Theory of planned behavior explain internal and external factors that influence an

individual's behaviour and social exchange theory also relates to the existence of the

relationship. A conceptual model that contains a factor of religiosity, family, peer and

mosques infrastructure was proposed. Through the interview process with the expert, the

four constructs have been identified as factor affecting attendance to the the mosque. The

constructs is form the basis for questionnaires. Reliability value through Alpha

Cronbanch and test retest analysis are at a very high level and convincing. Construct

validity of the questionnaire was assessed using convergent and discriminant analysis

and factor analysis. Both the analysis indicate that the questionnaire items are on the

high level of consistency and measure what is supposed to measured. The findings of this

research have achieved all the objectives of the research and answer the two research

questions. This study successfully illustrates the perception and relationships of

respondents in Sarawak against the mosques by gender, age, race, education, marital

and employment. This thesis identified a positive change of factor for religiosity, family,

peer and mosque infrastructure to influence attendance to the mosque. Contribution to

theory is combine on marketing concept, the theory of planned behavior and social

exchange theory applied to community of Malaysian. This study can assist the religious

authorities and the mosque management committee in determining policies relating to

mosque program. This thesis the basis for future research on the marketing. Overall, this

study successfully describes the behavior of consumers mosque through the factors that

affect attendance at the mosque.

Page 10: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

ix

SENARAI KANDUNGAN

Isi Kandungan Halaman

Penghargaan v

Abstrak vii

Senarai Kandungan ix

Senarai Jadual xiv

Senarai Rajah xvii

Senarai Lampiran xviii

BAB SATU: PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN 1

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN 1

1.3 PERNYATAAN MASALAH 13

1.4 OBJEKTIF KAJIAN 18

1.5 PERSOALAN KAJIAN 19

1.6 SUMBANGAN KAJIAN 20

1.6.1 Teori 20

1.6.2 Metodologi 24

1.6.3 Praktikal 25

1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN 25

1.8 LATAR BELAKANG TEORI 29

1.8.1 Teori Tingkah Laku Terancang 29

1.8.2 Teori Pertukaran Sosial 30

1.9 STRUKTUR KAJIAN 31

BAB DUA: PEMASARAN TEMPAT

2.1 PENDAHULUAN 35

2.2 KONSEP PEMASARAN TEMPAT 36

2.2.1 Pemasaran Bandar 40

2.2.2 Promosi Tempat 42

2.2.3 Penjenamaan Tempat 44

2.3 KEPENTINGAN PEMASARAN TEMPAT 49

2.4 PEMBANGUNAN PEMASARAN TEMPAT 52

2.5 PROSES PEMASARAN TEMPAT 57

2.6 PEMASARAN TEMPAT MENURUT ISLAM 65

2.6.1 Pemasaran Tempat: Mekah al-Mukarramah 66

2.6.2 Pemasaran Tempat: Madinah al-Munawwarah 70

Page 11: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

x

2.7 PENUTUP 75

BAB TIGA: TEORI TINGKAH LAKU PENGGUNA MASJID

3.1 PENDAHULUAN 78

3.2 TEORI TINGKAH LAKU TERANCANG 79

3.2.1 Konsep Teori Tingkah Laku Terancang 80

3.2.2 Sikap 82

3.2.2.1 Komponen Sikap 84

3.2.3 Norma Subjektif 87

3.2.4 Kawalan Tingkah Laku Ditanggap 89

3.2.4.1 Faktor Kawalan Dalaman 90

3.2.4.2 Faktor Kawalan Luaran 91

3.2.5 Niat 92

3.3 TEORI PERTUKARAN SOSIAL 96

3.3.1 Konsep Teori Pertukaran Sosial 97

3.3.2 Asas Teori Pertukaran Sosial 100

3.3.3 Andaian Teori Pertukaran Sosial 103

3.3.4 Penilaian Sebuah Hubungan 105

3.3.5 Pola Pertukaran: Teori Pertukaran Sosial dalam Praktik 109

3.4 PENUTUP 112

BAB EMPAT: FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU PENGGUNA MASJID

4.1 PENDAHULUAN 115

4.2 FAKTOR DALAMAN 116

4.2.1 Penghayatan Agama 116

4.3 FAKTOR PERSEKITARAN SOSIAL 122

4.3.1 Faktor Keluarga 124

4.3.2 Faktor Rakan Sebaya 132

4.4 FAKTOR MASJID 136

4.4.1 Faktor Prasarana Masjid 137

4.4.2 Kehadiran Ke Masjid 140

4.5 HIPOTESIS KAJIAN DAN KERANGKA KONSEPTUAL 148

4.6 PENGOPERASIAN KONSTRUK KAJIAN 154

4.7 PENUTUP 158

BAB LIMA: METODOLOGI KAJIAN

5.1 PENDAHULUAN 161

5.2 METODOLOGI KAJIAN 162

5.3 PARADIGMA PENYELIDIKAN 163

5.3.1 Persoalan Ontologi 164

Page 12: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

xi

5.3.2 Persoalan Epistemologi 165

5.3.2.1 Positivisme 167

5.3.2.2 Konstruktivisme 168

5.3.2.3 Post-Positivisme 170

5.3.2.4 Justifikasi Pemilihan Post Positivisme 172

5.3.3 Persoalan Metodologi 174

5.4 REKA BENTUK KAJIAN 175

5.4.1 Penyelidikan Kualitatif 178

5.4.2 Penyelidikan Kuantitatif 179

5.5 KAEDAH PERSAMPELAN KAJIAN 180

5.5.1 Populasi Kajian 180

5.5.2 Persampelan Kajian 182

5.5.2.1 Persampelan Bertujuan 183

5.5.3 Sampel Unit 184

5.5.3.1 Bahagian Kuching 185

5.5.3.2 Bahagian Samarahan 187

5.5.3.3 Bahagian Miri 188

5.5.4 Saiz Sampel 189

5.6 INSTRUMEN KAJIAN 192

5.6.1 Instrumen Kajian: Temu Bual 192

5.6.2 Instrumen Kajian: Soal Selidik 195

5.6.2.1 Pembinaan Soal Selidik 196

5.6.2.2 Skala Pengukuran 199

5.7 KAJIAN RINTIS 201

5.8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN 203

5.8.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Temu Bual 204

5.8.2 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik 205

5.9 KAEDAH PENGUMPULAN DATA 207

5.10 KAEDAH ANALISIS DATA 211

5.10.1 Kaedah Analisis Data Deskriptif 211

5.10.2 Kaedah Analisis Data Inferensi 212

5.10.2.1 Ujian Perbezaan 212

5.10.2.2 Analisis Sumbangan 214

5.10.2.3 Analisis Data Temu Bual Separa Berstruktur 215

5.11 PENUTUP 216

BAB ENAM: DAPATAN KAJIAN

6.1 PENDAHULUAN 218

6.2 ANALISIS DATA KUALITATIF 219

6.2.1 Maklumat Asas Responden Temu Bual 219

Page 13: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

xii

6.2.2 Faktor Penghayatan Agama 221

6.2.3 Faktor Keluarga 222

6.2.4 Faktor Rakan Sebaya 223

6.2.5 Faktor Prasarana Masjid 224

6.3 ANALISIS DATA KUANTITATIF 227

6.3.1 Maklumat Asas Responden 227

6.3.2 Kesahan Instrumen Soal Selidik 229

6.3.2.1 Kesahan Konstruk 230

6.3.3 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 239

6.3.3.1 Ujian Dan Ujian Semula 240

6.3.4 Analisis Deskriptif 242

6.3.4.1 Persepsi Masyarakat Terhadap Institusi Masjid 243

6.3.4.2 Penghayatan Agama Dalam Kalangan Pengguna Masjid Di

Sarawak 246

6.3.5 Analisis Inferensi 249

6.3.5.1 Analisis Perbezaan 249

6.3.5.1.1 Perbezaan Skor Min Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan

Jantina 250

6.3.5.1.2 Perbezaan Skor Min Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan

Umur 251

6.3.5.1.3 Perbezaan Skor Min Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan

Bangsa 252

6.3.5.1.4 Perbezaan Skor Min Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan

Pendidikan 253

6.3.5.1.5 Perbezaan Skor Min Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan

Perkahwinan 255

6.3.5.1.6 Perbezaan Skor Min Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan

Pekerjaan 256

6.3.5.2 Analisis Regresi 260

6.3.5.2.1 Regresi Linear Sederhana 260

6.3.5.2.2 Regresi Pelbagai 263

6.4 PENUTUP 268

BAB TUJUH: RUMUSAN DAN CADANGAN

7.1 PENDAHULUAN 270

7.2 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN 270

7.2.1 Pengaplikasian Teori Psikologi Dan Pemasaran Dalam Dakwah

Islam 271

7.2.2 Pemasaran Tempat Dalam Pembangunan Institusi Masjid 272

7.2.3 Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan Demografi 274

Page 14: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

xiii

7.2.4 Persepsi Masyarakat Terhadap Institusi Masjid 278

7.2.5 Penghayatan Agama Dalam Kalangan Pengguna Masjid Di

Sarawak 279

7.2.6 Pengaruh Penghayatan Agama Terhadap Kehadiran Ke Masjid 281

7.2.7 Pengaruh Penghayatan Agama Terhadap Keluarga Dan Rakan

Sebaya 282

7.2.8 Pengaruh Keluarga Terhadap Kehadiran Ke Masjid 283

7.2.9 Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Kehadiran Ke Masjid 285

7.2.10 Pengaruh Prasarana Masjid Terhadap Kehadiran Ke Masjid 287

7.3 SUMBANGAN PENYELIDIKAN 289

7.3.1 Sumbangan Teoretikal 289

7.3.1.1 Penggabungan teori tingkah laku terancang dan teori

pertukaran sosial 290

7.3.1.2 Hubungan antara konsep pemasaran dengan institusi masjid 292

7.3.1.3 Hubungan antara konsep pemasaran tempat dangan institusi

masjid 293

7.3.1.4 Hubungan institusi masjid dengan teori tingkah laku

terancang dan teori pertukaran sosial 294

7.3.1.5 Hubungan institusi masjid dengan faktor penghayatan

agama, faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan faktor prasarana

masjid

295

7.3.1.6 Hubungan institusi masjid dengan campuran pemasaran 297

7.3.2 Sumbangan Metodologikal 303

7.3.2.1 Reka Bentuk Kajian 303

7.3.2.2 Skala Pengukuran Kehadiran Ke Masjid 304

7.3.2.3 Pengaplikasian Teknik Statistik 305

7.4 IMPLIKASI PRAKTIKAL 306

7.5 CADANGAN KAJIAN MASA HADAPAN 307

7.5.1 Pemasaran Masjid 307

7.5.2 Mengaplikasi Teori Psikologi Sosial Dalam Dakwah 308

7.5.3 Analisis Kehendak Dan Keperluan Pengguna Masjid 309

7.5.4 Pembangunan Program Pengimarahan Masjid 309

7.5.5 Mengenal Pasti Faktor Pendorong Dan Penghalang Solat Secara

Berjemaah Di Masjid 310

7.5.6 Mekanisme Penilaian Keberkesanan Perkhidmatan Masjid 311

7.6 PENUTUP 312

LAMPIRAN 314

BIBLIOGRAFI 335

Page 15: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

xiv

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1: Jumlah Masjid Seluruh Malaysia Berdasarkan Negeri

Jadual 3.1: Enam Hubungan CL Dan CLalt

Jadual 4.1: Kajian Empirikal Tentang Kesan Faktor Penghayatan Agama Terhadap

Gelagat Pengguna Dan Dimensi Pengukurannya Menurut Perspektif

Konvensional

Jadual 4.2: Kajian Empirikal Tentang Dimensi Pengukuran Faktor Penghayatan

Agama Menurut Perspektif Islam

Jadual 4.3: Struktur Soal Selidik

Jadual 5.1: Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan

Jadual 5.2: Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbanch

Jadual 5.3: Pentadbiran Soal Selidik

Jadual 5.4: Nilai Ujian Chi-Square - Perbezaan Antara Responden

Jadual 5.5: Ringkasan Objektif Kajian, Persoalan Kajian, Hipotesis Kajian dan

Kaedah Analisis

Jadual 6.1: Latar Belakang Responden Temu Bual

Jadual 6.2: Latar Belakang Responden Soal Selidik

Jadual 6.3: Kekuatan Nilai Pekali Korelasi

Jadual 6.4: Kesahan Konvergen Dan Diskriminan - Kesahan Konstruk Penghayatan

Agama

Jadual 6.5: Kesahan Konvergen Dan Diskriminan - Kesahan Konstruk Keluarga

Jadual 6.6: Kesahan Konvergen Dan Diskriminan - Kesahan Konstruk Rakan Sebaya

Jadual 6.7: Kesahan Konvergen Dan Diskriminan - Kesahan Konstruk Prasarana

Masjid

Jadual 6.8: Rotated Component Matrixa

Jadual 6.9: Keputusan Analisis Faktor

Jadual 6.10: Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Jadual 6.11: Nilai Pekali Korelasi Pearson – Test Retest Kebolehpercayaan Item

Jadual 6.12: Interpretasi Skor Min Analisis Deskriptif

Jadual 6.13: Skor Min Persepsi Masyarakat Terhadap Institusi Masjid Di Sarawak

Page 16: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

xv

Jadual 6.14: Analisis Kekerapan Persepsi Masyarakat Terhadap Institusi Masjid Di

Sarawak

Jadual 6.15: Skor Min Tahap Penghayatan Agama Dalam Kalangan Pengguna Masjid

Di Sarawak

Jadual 6.16: Analisis Kekerapan Tahap Penghayatan Agama Dalam Kalangan

Pengguna Masjid Di Sarawak

Jadual 6.17: Ujian MANOVA - Pillai’s Trace Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan

Jantina

Jadual 6.18: Ujian Antara Subjek Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan Jantina

Jadual 6.19: Skor Perbezaan Min Kehadiran Ke Masjid Untuk Solat Fardhu

Berdasarkan Jantina

Jadual 6.20: Skor Perbezaan Min Kehadiran Ke Masjid Untuk Program Pengimarahan

Berdasarkan Jantina

Jadual 6.21: Skor Perbezaan Min Kehadiran Ke Masjid Untur Solat Fardhu

Berdasarkan

Jadual 6.22: Skor Perbezaan Min Kehadiran Ke Masjid Untuk Program Pengimarahan

Berdasarkan Umur

Jadual 6.23: Ujian Antara Subjek Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan Umur

Jadual 6.24: Ujian MANOVA - Pillai’s Trace Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan

Umur

Jadual 6.25: Ujian Antara Subjek Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan Bangsa

Jadual 6.26: Ujian MANOVA - Pillai’s Trace Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan

Bangsa

Jadual 6.27: Skor Perbezaan Min Kehadiran Ke Masjid Untur Solat Fardhu

Berdasarkan Bangsa

Jadual 6.28: Skor Perbezaan Min Kehadiran Ke Masjid Untuk Program Pengimarahan

Berdasarkan Bangsa

Jadual 6.29: Ujian MANOVA - Pillai’s Trace Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan

Pendidikan

Jadual 6.30: Ujian Antara Subjek Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan Pendidikan

Page 17: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

xvi

Jadual 6.31: Skor Perbezaan Min Kehadiran Ke Masjid Untur Solat Fardhu

Berdasarkan Pendidikan

Jadual 6.32: Skor Perbezaan Min Kehadiran Ke Masjid Untuk Program Pengimarahan

Berdasarkan Pendidikan

Jadual 6.33: Ujian Antara Subjek Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan Perkahwinan

Jadual 6.34: Ujian MANOVA - Pillai’s Trace Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan

Perkahwinan

Jadual 6.35: Skor Perbezaan Min Kehadiran Ke Masjid Untur Solat Fardhu

Berdasarkan Perkahwinan

Jadual 6.36: Skor Perbezaan Min Kehadiran Ke Masjid Untuk Program Pengimarahan

Berdasarkan Perkahwinan

Jadual 6.37: Skor Perbezaan Min Kehadiran Ke Masjid Untur Solat Fardhu

Berdasarkan Pekerjaan

Jadual 6.38: Skor Perbezaan Min Kehadiran Ke Masjid Untuk Program Pengimarahan

Berdasarkan Pekerjaan

Jadual 6.39: Ujian Antara Subjek Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan Pekerjaan

Jadual 6.40: Ujian MANOVA - Pillai’s Trace Kehadiran Ke Masjid Berdasarkan

Pekerjaan

Jadual 6.41: Keputusan Analisis Regresi Model Linear Sederhana Penghayatan Agama

Terhadap Keluarga

Jadual 6.42: Keputusan Analisis Regresi Model Linear Sederhana Penghayatan Agama

Terhadap Rakan Sebaya

Jadual 6.43: Keputusan Analisis Regresi Pelbagai

Page 18: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

xvii

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1: Struktur Kajian

Rajah 2.1: Pendekatan Pembangunan Tempat

Rajah 2.2: Proses Pemasaran Tempat

Rajah 2.3: Strategi Pemasaran Tempat

Rajah 2.4: Elemen-Elemen Dalam Proses Pemasaran Tempat

Rajah 3.1: Teori Tingkah Laku Terancang

Rajah 3.2: Teori Tingkah Laku Terancang

Rajah 4.1: Kerangka Konseptual Kehadiran Masyarakat Ke Masjid

Rajah 4.2: Kerangka Konseptual Kehadiran Masyarakat Ke Masjid dan Hipotesis

Rajah 5.1: Peta Negara Malaysia

Rajah 5.2: Peta Negeri Sarawak

Rajah 6.1: Analisis Regresi Pelbagai: Faktor Mempengaruhi Kehadiran Ke Masjid

Rajah 6.2: Faktor Mempengaruhi Kehadiran Ke Masjid

Page 19: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

xviii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 5.1: Borang Temu Bual Separa Berstruktur Faktor Mempengaruhi

Kehadiran Masyarakat Ke Masjid

Lampiran 5.2: Senarai Pakar Rujuk Untuk Soal Selidik

Lampiran 5.3: Senarai Nama Responden Temu Bual

Lampiran 6.1: Jadual 6.1: Latar Belakang Responden Temu Bual

Lampiran 6.2: Jadual 6.2: Latar Belakang Responden Soal Selidik

Lampiran 6.3: Scree & Component Plot in Rotated Space

Lampiran 6.4: Borang Soal Selidik Faktor Mempengaruhi Kehadiran Masyarakat

Ke Masjid

Lampiran 6.5: Jadual 6.13: Skor Min Persepsi Masyarakat Terhadap Institusi

Masjid Di Sarawak

Lampiran 6.6: Jadual 6.14: Analisis Kekerapan Persepsi Masyarakat Terhadap

Institusi Masjid Di Sarawak

Lampiran 6.7: Jadual 6.15: Skor Min Tahap Penghayatan Agama Dalam

Kalangan Pengguna Masjid Di Sarawak

Lampiran 6.8: Jadual 6.16: Analisis Kekerapan Tahap Penghayatan Agama

Dalam Kalangan Pengguna Masjid Di Sarawak

Lampiran 6.9: Jadual 6.17: Ujian MANOVA - Pillai’s Trace Kehadiran Ke

Masjid Berdasarkan Jantina

Lampiran 6.10: Jadual 6.21: Skor Perbezaan Min Kehadiran Ke Masjid Untur Solat

Fardhu Berdasarkan

Lampiran 6.11: Jadual 6.25: Ujian Antara Subjek Kehadiran Ke Masjid

Berdasarkan Bangsa

Lampiran 6.12: Jadual 6.29: Ujian MANOVA - Pillai’s Trace Kehadiran Ke

Masjid Berdasarkan Pendidikan

Lampiran 6.13: Jadual 6.33: Ujian Antara Subjek Kehadiran Ke Masjid

Berdasarkan Perkahwinan

Lampiran 6.14: Jadual 6.37: Skor Perbezaan Min Kehadiran Ke Masjid Untur Solat

Fardhu Berdasarkan Pekerjaan

Page 20: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

1

BAB SATU: PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Bab satu kajian ini menjelaskan tentang latar belakang masalah dan pernyataan masalah yang

berkaitan dengan institusi masjid serta menjelaskan tentang kewajaran kajian ini dilakukan.

Selain itu, bab ini turut menjelaskan tentang objektif kajian dan beberapa persoalan kajian

yang perlu dirungkaikan. Bab ini turut membincangkan tentang sumbangan dalam konteks

teori, metodologi dan parktikal berkaitan dengan institusi masjid. Di samping itu, bab ini

turut menerangkan secara sepintas lalu tentang teori tingkah laku terancang dan teori

pertukaran sosial sebagai sandaran bagi membangunkan kerangka konseptual kajian

berkenaan dengan institusi masjid. Bab ini diakhiri dengan menjelaskan tentang struktur

kajian berkenaan dengan faktor-faktor yang menjadi pendorong kehadiran seseorang individu

ke masjid.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Perkataan masjid berasal daripada perkataan Arab; “sajada”, “yasjudu”, “sujudan” yang

bermaksud tempat sujud atau tempat beribadah (Abdul Majid, 2004; Rahman dan Ahmad,

1996) iaitu dengan meletakkan dahi ke bumi (Ibn Manzur, t.t.). Menurut ‟Abd Wahhab

Hamidah (t.t.), seseorang itu dikatakan sujud apabila ia menundukkan kepalanya dan

melipatkan badan ke bumi, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah ar-Ra’du ayat 15

yang bermaksud:

“Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi

tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan

(demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang”.

Page 21: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

2

Masjid merupakan tempat sujud dan tempat yang paling dicintai oleh Allah SWT

(Siren et. al., 2003; Hafiz, 1975) kerana ia menggambarkan wujudnya interaksi antara hamba

dengan Penciptanya. Allah SWT telah menegaskan bahawa tempat yang sering menjadi

tumpuan, penuh keberkatan dan dimuliakan adalah merujuk kepada institusi masjid. Hal ini

digambarkan melalui firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat satu yang bermaksud:

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada

malam hari dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di

Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan

kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya

Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

Islam telah menetapkan bahawa masjid berperanan sebagai pusat untuk memajukan

sesuatu tempat dan mengubah kelakuan masyarakat di sekitaranya. Tujuan Rasulullah SAW

membina masjid bukanlah bermaksud untuk mengkhususkan tempat menunaikan solat

hanyalah di masjid, kerana tempat solat bagi umat Islam adalah keseluruhan bumi ini (Siren

et. al., 2003; Ibn Khaldun, 1995). Tujuan pembinaan masjid bukanlah bermaksud agar masjid

itu menjadi milik individu tertentu atau puak-puak tertentu sahaja, tetapi ia adalah kepunyaan

orang ramai. Selain daripada tempat beribadah dan tempat sujud, Al-Halim (t.t.) menambah

bahawa masjid mempunyai pelbagai fungsi dan telah menyumbangkan jasa yang sangat

tinggi nilainya ke arah perkembangan Islam dan tamadun dunia.

Hafiz (1975) menyatakan bahawa umat Islam telah menjadikan masjid sebagai tempat

untuk mengadakan perbincangan tentang pendidikan, pentadbiran dan seluruh aspek

kehidupan insan. Al-Buraey (1986) dan Hassan (1982) turut menegaskan bahawa Rasulullah

SAW menjadikan masjid sebagai tempat bermastautin, menjadi imam dalam solat berjemaah,

memberi khutbah dan berdakwah, menerima tetamu dan diplomat asing, berbincang dengan

Page 22: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

3

para sahabat tentang masalah masyarakat, menulis dan mengirim berita kepada raja-raja,

maharaja dan ketua-ketua negara lain (Shalaby, 1996; Ghazali, 1995). Rasulullah SAW

membina masjid untuk menyatukan seluruh umat Islam (Shalaby, 1996; Rahman, 1993) dan

sebagai tempat untuk aktiviti atau jantung umat Islam dengan kepelbagaian program dari

urusan pentadbiran negara sehinggalah kepada pembentukan individu muslim (Mohamad

Rosdi, 2004; Al-Buraey, 1986; Al-Halim, t.t.). Oleh itu, masjid suatu ketika dahulu

merupakan simbol keagungan dan kemegahan syiar Islam di seluruh pelusuk dunia dan kekal

sebagai pusat perkembangan umat sama ada di dunia Islam mahupun di Barat (Saabin, 2001).

Jadual 1.1: Jumlah Masjid Seluruh Malaysia Berdasarkan Negeri

Bil Negeri Jumlah Masjid

(buah)

1 Sabah 1007

2 Johor 819

3 Perak 604

4 Pahang 597

5 Kelantan 581

6 Kedah 571

7 Terengganu 500

8 Selangor 408

9 Sarawak 369

10 Negeri Sembilan 290

11 Pulau Pinang 208

12 Melaka 190

13 Perlis 105

14 Wilayah Persekutuan 59

Jumlah 6,308

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2015), Jumlah

Masjid di Malaysia. [Online] di talian sesawang

http://masjid.islam.gov.my/index.php? [Dilayari pada 08

September 2015]

Dalam konteks Malaysia dewasa ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),

menyatakan bahawa jumlah masjid di Malaysia pada tahun 2015 sebanyak 6,308 buah

sebagaimana yang terdapat pada Jadual 1.1. Negeri yang mempunyai paling banyak masjid

Page 23: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

4

adalah negeri Sabah sebanyak 1,007 buah masjid, diikuti oleh negeri Johor dengan masjid

berjumlah 819 buah dan negeri yang mempunyai bilangan masjid paling sedikit di Malaysia

adalah Wilayah Persekutuan iaitu sebanyak 59 buah sahaja (JAKIM, 2015). Kebanyakan

masjid yang terdapat di Malaysia dibahagikan kepada beberapa kategori tertentu menurut

Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing seperti Masjid Negeri, Masjid Jajahan, Masjid

Bahagian, Masjid Daerah, Masjid Bandar, Masjid Kepala Jajahan, Masjid Kariah, Masjid

Mukim dan Masjid Sub Mukim. Di peringkat kebangsaan pula, JAKIM telah membahagikan

masjid kepada lima (5) kategori, iaitu; Masjid Negara, Masjid Negeri, Masjid Jamek Daerah,

Masjid Universiti dan Masjid Kariah (JAKIM, 2012).

Menurut Abdullah (2002), peranan masjid di Malaysia tidak sebanyak dan seluas

peranan yang dimainkan oleh institusi masjid di zaman kegemilangan Islam yang lalu.

Saabin (2001) menambah bahawa kebanyakan masjid di serata negara bukan sahaja tidak

dimakmurkan, malah masjid lazimnya berkunci dan kelihatan sunyi sepi. Malah terdapat

masjid di kebanyakan tempat dibuka hanya pada waktu solat sahaja. Dalam membincangkan

aspek pengimarahan pula, Siren et. al. (2003) menyatakan kebimbangan tentang corak

pengimarahan masjid yang hanya dibataskan kepada kegiatan ibadah khususiyyah sahaja,

seperti; solat berjemaah, solat Jumaat, iktikaf, berzikir, membaca al-Quran dan beberapa

kegiatan berbentuk pengajian agama dan ceramah agama sahaja (Siren et. al., 2003).

Bujang et. al. (2013) turut menambah bahawa kebanyakan masjid seolah-olah

menutup pintu mereka untuk aktiviti seperti; ceramah kesihatan, kewangan, ekonomi,

keselamatan, pendidikan, motivasi dan sebagainya, sedangkan kebanyakan ceramah tersebut

Page 24: Faculty of Economics and Business Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

5

membawa kepada kebaikan dan ia sama sekali tidak bercanggah dengan syariah Islam.

Sehubungan itu, Yusof (t.t.) berpendapat bahawa fenomena yang berlaku disebabkan

masyarakat melihat masjid sebagai pusat ritual kesan daripada pengaruh pemikiran penjajah

yang meletakkan fungsi masjid lebih kepada ritual daripada pusat kegiatan dan

perkembangan masyarakat.

Selain itu, kehadiran dan sambutan masyarakat terhadap aktiviti pengimarahan masjid

juga sering mendukacitakan dan mengundang kritikan daripada pelbagai pihak. Md. Sabri

dan Zakaria (2008) menyatakan bahawa masjid di kampung, bandar dan pusat pengajian

tinggi sama sahaja dari segi sambutan yang diterima daripada masyarakat di sekitarnya.

Jumlah penduduk dan mahasiswa muslim yang menetap di sekitar masjid ramai, namun

kehadiran dan sambutan yang diterima oleh pihak masjid amatlah kurang. Dalam pada itu,

Abdul Majid (2004), Siren et. al. (2003) dan Saabin (2001) turut menambah bahawa

kebanyakan yang hadir ke masjid sebilangan besarnya adalah golongan berumur dan

golongan pesara. Sedangkan golongan pelapis negara seperti remaja dan belia masih kurang

menampakkan kehadiran mereka ke masjid.

Oleh itu, peranan institusi masjid dewasa ini berbeza dengan peranan masjid di zaman

kegemilangan Islam dahulu. Institusi masjid pada zaman kegemilangan Islam dimanfaatkan

sepenuhnya dari segala aspek kehidupan manusia, seperti; pusat ibadah khusus, fungsi sosial,

pusat dakwah, institusi pendidikan, membentuk strategi ketenteraan, penghakiman, membina

dan membentuk siasah serta merangkumi soal-soal kehidupan di dunia dan akhirat (Al-Bhuti,

1996; Ghazali, 1995; Shalaby, 1975). Walaupun demikian, tidak dinafikan terdapat