faktor2.docx

4
Kebaikan dan Keburukan Teknik Projektif Seperti yang kita ketahui, ujian projektif adalah berdasarkan hipotesis projektif; interprestasi individu mengenai sesuatu rangsangan merupakan refleksi bawah sedar keperluan, motivasi, dan konflik seseorang responden atau subjek kajian. Hasil daripada bukti yang diperolehi menunjukkan kesimpulan dapatan mengenai personaliti individu yang diperolehi dengan menggunakan teknik projektif kebiasaannya tidak benar (Gregory, 1992). Teknik projektif ini memerlukan penyelidik yang mempunyai kemahiran dan kemampuan untuk menganalisis data yang baik kerana hasil data yang diperolehi agak rumit (Donoghue, 2000). Hasil kajian yang diperolehi hanya akan memberi maklumat yang amat sedikit jika penyelidik tidak membuat penilaian secara berhati-hati. Selain itu, penyelidik juga mempunyai isu tidak bersetuju dengan hasil atau analisis yang dibuat oleh rakan mereka yang lain. Oleh kerana tingkahlaku setiap individu yang menjalani sesuatu ujian itu berbeza-beza antara satu sama lain, individu tersebut tersebut berkemungkinan didiagnosis masalah yang sama atau masalah yang berbeza. Hal ini menyebabkan penyelidik berpotensi gagal untuk memberi penilaian diagnostik yang tepat. Keadaan ini merupakan antara masalah yang timbul ketika menggunakan teknik projektif kerana penyelidik mempunyai pendapat yang berbeza-beza antara satu sama lain. Hal ini boleh terjadi disebabkan oleh kecenderungan penyelidik untuk tidak adil atau bias ketika menganalisis maklumat. Teknik projektif ini juga memerlukan kos yang agak tinggi untuk ditadbir kerana perlu mengupah pekerja yang terlatih dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menjalankan dan menganalisis keputusan penyelidikan. Ujian teknik projektif juga agak sukar dijalankan kerana agak sukar mendapatkan sampel statistik yang signifikan bagi menyelaraskan keputusan sesuatu populasi sebagai

Upload: saripuddin-mappiasi

Post on 25-Oct-2015

84 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

faktor

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor2.docx

Kebaikan dan Keburukan Teknik Projektif

Seperti yang kita ketahui, ujian projektif adalah berdasarkan hipotesis projektif;

interprestasi individu mengenai sesuatu rangsangan merupakan refleksi bawah

sedar keperluan, motivasi, dan konflik seseorang responden atau subjek kajian.

Hasil daripada bukti yang diperolehi menunjukkan kesimpulan dapatan

mengenai personaliti individu yang diperolehi dengan menggunakan teknik

projektif kebiasaannya tidak benar (Gregory, 1992). Teknik projektif ini

memerlukan penyelidik yang mempunyai kemahiran dan kemampuan untuk

menganalisis data yang baik kerana hasil data yang diperolehi agak rumit

(Donoghue, 2000). Hasil kajian yang diperolehi hanya akan memberi maklumat

yang amat sedikit jika penyelidik tidak membuat penilaian secara berhati-hati.

Selain itu, penyelidik juga mempunyai isu tidak bersetuju dengan hasil

atau analisis yang dibuat oleh rakan mereka yang lain. Oleh kerana tingkahlaku

setiap individu yang menjalani sesuatu ujian itu berbeza-beza antara satu sama

lain, individu tersebut tersebut berkemungkinan didiagnosis masalah yang sama

atau masalah yang berbeza. Hal ini menyebabkan penyelidik berpotensi gagal

untuk memberi penilaian diagnostik yang tepat. Keadaan ini merupakan antara

masalah yang timbul ketika menggunakan teknik projektif kerana penyelidik

mempunyai pendapat yang berbeza-beza antara satu sama lain. Hal ini boleh

terjadi disebabkan oleh kecenderungan penyelidik untuk tidak adil atau bias

ketika menganalisis maklumat.

Teknik projektif ini juga memerlukan kos yang agak tinggi untuk ditadbir

kerana perlu mengupah pekerja yang terlatih dan mempunyai kemahiran yang

tinggi dalam menjalankan dan menganalisis keputusan penyelidikan. Ujian teknik

projektif juga agak sukar dijalankan kerana agak sukar mendapatkan sampel

statistik yang signifikan bagi menyelaraskan keputusan sesuatu populasi sebagai

keputusan yang menyeluruh, yang mana responden yang terlibat tidak mewakili

populasi keseluruhan. Turut timbul kesukaran untuk membuat responden

mengunjurkan diri atau mengekspresikan diri mereka seperti yang diinginkan

oleh penyelidik (Donoghue, 2000).

Lain daripada itu, kesahihan teknik projektif juga turut dipersoalkan.

Seperti yang diketahui, ujian teknik projektif digunakan adalah untuk

mengenalpasti apa buah fikiran yang terdapat dalam minda bawah sedar

manusia. Terdapat individu yang merasakan ujian ini bertujuan untuk mengukur

Page 2: Faktor2.docx

sama ada apa yang terdapat dalam minda bawah sedar saling berkaitan atau

mempunyai hubungan dengan pengalaman terkini yang dialami oleh seseorang

individu tersebut berbanding keinginan bawah sedar mereka. Kritikan terus

diberikan kepada teknik projektif dengan menyatakan ujian ini hanya melihat

kepada tingkahlaku semata-mata tanpa menganalisis simptom-simptom yang

dimiliki oleh seseorang individu itu sendiri.

Penggunaan teknik projektif turut mempunyai kebaikan. Antara kebaikan

menggunakan teknik projektif ialah hasil keputusan yang diperolehi dengan

menggunakan teknik ini mampu memberi sumbangan yang besar dalam nilai

penyelidikan jika ianya ditadbir dengan kepercayaan, nilai, motivasi, personaliti

atau aspek-aspek yang berkaitan dengan individu yang merangkumi keunikan

kognitif dan tingkahlaku mereka (Kassarjian, 1974). Teknik ini juga mampu

memberi pandangan secara menyeluruh mengenai fungsi seseorang individu itu.

Melalui teknik ini, penyelidik mampu untuk mengenalpasti keunikan,

kemampuan, kekurangan, kekuatan dan kebolehan seseorang individu tersebut

dalam sesuatu keadaan.

Kepelbagaian teknik projektif juga menyebabkan ianya sering digunakan

sebagai satu kaedah untuk menjalankan sesuatu temuduga terhadap seseorang

individu atau perbincangan secara berkumpulan. Teknik-teknik ini sering

digunakan apabila persefahaman dan kepercayaan wujud dalam setiap ahli

kumpulan. Teknik projektif juga sering digunakan dalam sesi perkenalan sesuatu

perbincangan dalam kumpulan. Ianya mampu menimbulkan suasana yang

hangat dalam kumpulan dan mampu untuk menghasilkan satu bentuk emosi

yang harmoni bagi meneruskan sesi perbincangan agar ahli-ahli yang terdapat

dalam kumpulan merasa selesa untuk berkongsi cerita atau pendapat masing-

masing mengenai sesuatu isu yang dibincangkan.

Oleh kerana teknik projektif dijalankan dalam keadaan yang tidak

berstruktur, maka agak sukar untuk responden mengenalpasti keadaan mana

atau soalan mana yang merupakan perbincangan utama yang ingin dikaji oleh

penyelidik. Hal ini menyebabkan responden tidak menyedari tujuan

perbincangan tersebut dilakukan. Keadaan ini mampu mengelakkan hasil

keputusan yang diperolehi daripada responden tidak mempunyai apa-apa unsur

penipuan atau penyelewengan maklumat ketika berkongsi dengan ahli kumpulan

yang lain. Perbincangan kumpulan ini juga tidak menetapkan sesuatu jawapan

atau format pandangan yang mana tepat atau sesuai diberikan oleh responden.

Page 3: Faktor2.docx

Teknik ini juga tidak memerlukan seseorang individu tersebut mempunyai

kemahiran akademik kerana ia bergantung kepada apa yang diceritakan oleh

responden semata-mata dan diakhirnya penyelidik mampu memperolehi

maklumat yang lebih meluas daripada responden.

Rujukan

Donoghue, S. (2000). Projective techniques in consumer research. Journal of

Family Ecology and Consumer Sciences. 28, 47-53.

Gregory, R. J. (1992). Psychological Testing. USA: Allyn & Bacon.

Kassarjian, HH. (1974). Projective methods. In Donoghue, S. (2000). Projective

techniques in consumer research. Journal of Family Ecology and Consumer

Sciences. 28, 47- 53.