faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan …...anakanda kesayangan fatin nur aisyah dan muhammad...

25
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LOGO HALAL DAN SIJIL PENGESAHAN HALAL DI KALANGAN PENIAGA MAKANAN: KAJIAN DI UTM, SKUDAI. SITI ROSNI BT. MAD HASHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 30-Oct-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN

PENGGUNAAN LOGO HALAL DAN SIJIL PENGESAHAN HALAL DI

KALANGAN PENIAGA MAKANAN: KAJIAN DI UTM, SKUDAI.

SITI ROSNI BT. MAD HASHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,
Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN

PENGGUNAAN LOGO HALAL DAN SIJIL PENGESAHAN HALAL

DIKALANGAN PENIAGA MAKANAN: KAJIAN DI UTM, SKUDAI.

SITI ROSNI BT. MAD HASHIM

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2007

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,
Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

iii

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang Syukurku atas segala kurniaan-Mu

Solawat dan Salam atas Rasul Junjungan Muhammad S.A.W

Kajian ini didedikasikan khas buat insan-insan yang banyak membantu, memberi semangat dan dorongan yang tidak terhingga…

Buat Suami tercinta

Effadmi bin Md. Mahmudi Anakanda kesayangan

Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan

Buat Ayah dan bonda yang dikasihi

Mad Hashim bin Sudin dan Sumiah bt. Sirat Ayah dan bonda mertua yang dihormati

Md. Mahmudi bin Suradi dan Maijah bt. Mansur Terima kasih atas dorongan dan nasihat

Kak Ti dan Abg Sahar, Abang Dan dan Kak Zie, Abang Nor dan Kak Liza, Abang

Nas dan Kak Mimie, Acem dan Rizal, Wan dan Nadiah Semoga tautan ukhuwwah ini menjalin kemesraan selamanya

Penyambung warisan sekeluarga..

Husna, Safwan, Faiz, Zana, Azhad, Haziq, Aina Jangan dilupa pesan datuk dan nenek

Kunci kesejahteraan adalah Al-Quran dan As-Sunnah

Buat Penyelia yang dikagumi.. Ustaz Abdullah Sulong

Syukran Jazilan Terima kasih atas tunjuk ajarmu

Buat Pensyarah-pensyarah PPIPS dan Fakulti Pendidikan yang disanjungi

Terima kasih atas bimbingan dan didikan Nasihat dan teguran kalian akan aku jadikan pedoman buat bekalan di masa

hadapan..

Buat Sahabat-sahabat seperjuangan Terima kasih kerana bersama-sama ku mengharungi pahit getir sebagai Mahasiswa

UTM Skudai

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas

Rasul junjungan Muhammad S.A.W. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi

kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini

hingga ke akhirnya.

Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz

Abdullah bin Sulong selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing,

mendorong dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian

Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan

sokongan. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu

menyumbangkan idea dan bahan sampingan.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan

mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan hasil kajian ini

memberi manfaat kepada semua pembaca.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

v

Faktor-faktor Yang Mempunyai Hubungan Dengan Penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal Di Kalangan Peniaga Makanan: Kajian Di UTM, Skudai. Siti Rosni bt. Mad Hashim (SPI) Encik Abdullah bin Sulong

ABSTRAK:Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal dikalangan peniaga makanan, iaitu meliputi faktor tanggungjawab sosial kepada masyarakat, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, permintaan pengguna dan keyakinan pengguna. Satu set soal selidik yang mengandungi 44 item telah diedarkan kepada 75 responden yang dipilih. Walau bagaimanapun hanya 60 orang yang mengembalikannya. Ianya akan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan Statistical Package for Social Science 11.5 for Windows. Ia juga dianalisis secara statistik inferensi dengan menggunakan pekali korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal di kalangan peniaga makanan dengan faktor-faktor yang dikaji. Secara keseluruhannya, hasil analisis menunjukkan bahawa responden mempunyai kecenderungan penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal yang tinggi iaitu pada tahap min 4.55. Di samping itu, faktor tanggungjawab sosial kepada masyarakat, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, permintaan pengguna dan keyakinan pengguna berada pada tahap nilai min yang tinggi iaitu masing-masing 4.76, 4.71,4.36 dan 4.51. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal dengan tanggungjawab sosial kepada masyarakat iaitu r = 0.723, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa r = 0.589, permintaan pengguna r = 0.446 dan keyakinan pengguna r = 0.479.

ABSTRACT:The purposed of this study is to determine the factors that relate to the usage of halal certificates and labels among the food’s seller. This research will be covered the factors of social responsibility to the community, adhering to the rules of an authority, the consumers’ demand and the consumers’ confidence. A set of questionnaire containing 44 items were distributed to 75 respondents and from there only 60 set been collected then it will be analyzed descriptively to obtain the frequency, percentage and mean using Statistical Package for Social Science Version 11.5 for Windows. The data is also analyzed using the inferential statistical method, namely the Pearson correlation to observe the relationship between the level of usage halal certificates and labels and the stipulated factors. Overall, the respondents have higher level of interest at the mean level of 4.55. Beside that the factor of social responsibiliy to the comunity obtained the mean of 4.76, adhering the rules of an authority obtained the mean of 4.71, the consumers’ demand obtained the mean of 4.36 and the consumers’ confidence obtained the mean of 4.51. The Results also showed that there were significant relationship between the usage of halal certificates and labels to the social responsibilty to the community at r = 0.723, adhering to the rules from an authority at r = 0.589, consumers’ demand at r = 0.446 and consumers’ confidence at r = 0.479.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

vi

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENDAHULUAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ISI KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL xi

SENARAI AYAT AL-QURAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Skop Kajian 8

1.9 Batasan Kajian 9

1.10 Definisi Istilah 9

1.10.1 Faktor 9

1.10.2 Mempengaruhi 10

1.10.3 Logo 10

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

vii

1.10.4 Halal 11

1.10.5 Produk 11

1.11 Penutup 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Latar Belakang Logo Halal 13

2.3 Makanan dan Minuman yang dihalalkan dan

diharamkan dalam Islam

16

2.4 Hikmah dilarang Memakan Makanan yang

diharamkan

26

2.5 Tujuan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal

diwujudkan

27

2.6 Prosedur Permohonan dan Syarat-syarat yang Perlu

dipatuhi

28

2.6.1 Syarat-syarat Umum Persijilan Halal 28

2.6.2 Skop Pemeriksaan 29

2.6.3 Kadar Caj dan Saiz Premis 31

2.7 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan

Logo Halal dan SPH

32

2.7.1 Tanggungjawab Sosial Kepada Masyarakat 33

2.7.2 Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan Oleh

Pihak Berkuasa

34

2.7.3 Permintaan Pengguna 35

2.7.4 Keyakinan Pengguna 36

2.8 Kajian Lepas 37

2.9 Penutup

42

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 43

3.2 Rekabentuk Kajian 43

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 44

3.4 Instrumen Kajian 45

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

viii

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 47

3.6 Kajian Rintis 48

3.7 Analisis Data 48

3.8 Penutup 50

BAB IV 4.1 Pengenalan 51

4.2 Bahagian A: Analisis LatarBelakang Peniaga

Makanan

52

4.2.1 Latarbelakang Peniaga Makanan Mengikut

Jantina

4.2.2 Latar Belakang Peniaga Makanan di UTM

Mengikut Umur

4.2.3 Latar Belakang Peniaga Makanan Mengikut

Taraf Perkahwinan

4.2.4 Latarbelakang Peniaga Makanan Mengikut

Bangsa

4.2.5 Latar Belakang Peniaga Makanan Mengikut

Negeri

4.2.6 Latar Belakang Peniaga Makanan Mengikut

Tempoh Berniaga

4.2.7 Latar Belakang Peniaga Makanan Mengikut

Jenis Premis Perniagaan

52

53

53

54

55

56

57

4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 58

4.3.1 Analisis Data Mengenai Penggunaan Logo

Halal dan SPH dikalangan Peniaga

Makanan

4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi Peniaga

Makanan Terhadap Faktor-Faktor Yang

Penting Kepada Penggunaan Logo Halal

dan SPH.

4.3.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Faktor Tanggungjawab

58

65

65

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

ix

Sosial Kepada Masyarakat

4.3.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Faktor Mematuhi

Peraturan Yang Ditetapkan Oleh

Pihak Berkuasa

4.3.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Faktor Permintaan

Pengguna

4.3.2.4 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Faktor Keyakinan

Pengguna

70

76

81

4.4 Bahagian C (Analisis Inferensi) 86

4.4.1 Analisis Korelasi 86

4.5 Anlisis Keseluruhan 90

4.6 Penutup 91

BAB V 5.1 Pengenalan 92

5.2 Perbincangan

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Peniaga

Makanan

5.2.2 Penggunaan Logo Halal dan SPH

Dikalangan Peniaga Makanan

5.2.3 Persepsi Peniaga Makanan Terhadap

Faktor-Faktor Yang Penting Kepada

Penggunaan Logo Halal dan SPH

Dikalangan Peniaga Makanan

5.2.4 Analisis Inferensi

92

93

95

96

102

5.3 Rumusan

5.3.1 Faktor Utama Yang Mempengaruhi

penggunaan logo halal dan SPH

5.3.2 Mengenalpasti Persepsi Peniaga Makanan

Terhadap Faktor Tanggungjawab Sosial

103

104

104

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

x

Kepada Masyarakat, Mematuhi Peraturan

Yang Ditetapkan Oleh Pihak Berkuasa,

Permintaan Pengguna Dan Keyakinan

Pengguna Yang Penting Kepada

Penggunaan Logo Halal Dan SPH

Dikalangan Peniaga Makanan Di UTM,

Skudai

5.3.3 Hubungan Antara Faktor Tanggungjawab

Sosial Kepada Masyarakat, Mematuhi

Peraturan Yang Ditetapkan Oleh Pihak

Berkuasa, Permintaan Pengguna Dan

Keyakinan Pengguna Dengan Penggunaan

Logo Halal Dan SPH

105

5.4 Cadangan

5.4.1 Faktor Tanggungjawab Sosial Kepada

Masyarakat

5.4.2 Faktor Mematuhi Peraturan Yang

Ditetapkan Oleh Pihak Berkuasa

5.4.3 Faktor Permintaan Pengguna

5.4.4 Faktor Keyakinan Pengguna

105

105

106

108

108

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 109

5.6 Penutup 110

RUJUKAN 111

LAMPIRAN 116

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 2.1

Kadar Caj Industri Mengikut Kategori 31

Jadual 2.2 Kadar Caj Restoran dan Hotel 31

Jadual 2.3 Kadar Caj Rumah Sembelihan Mengikut Saiz

Premis

31

Jadual 2.4 Saiz Premis Rumah Sembelihan 32

Jadual 3.1 Jumlah populasi pengusaha makanan di UTM,

Skudai

44

Jadual 3.2 Maklumat pembahagian soal selidik 45

Jadual 3.3 Skala Likert 46

Jadual 3.4 Nilai skor min 49

Jadual 3.5 Klasifikasi kekuatan korelasi (dari Rowntree,

1981)

49

Jadual 4.1 Taburan jantina peniaga makanan 52

Jadual 4.2 Taburan umur peniaga makanan 53

Jadual 4.3 Taburan taraf perkahwinan peniaga makanan 53

Jadual 4.4 Taburan bangsa peniaga makanan 54

Jadual 4.5 Taburan Negeri peniaga makanan 55

Jadual 4.6 Taburan tempoh berniaga 56

Jadual 4.7 Taburan jenis premis perniagaan 57

Jadual 4.8 Taburan skor min bagi item satu 58

Jadual 4.9 Taburan skor min bagi item dua 59

Jadual 4.10 Taburan skor min bagi item tiga 59

Jadual 4.11 Taburan skor min bagi item empat 60

Jadual 4.12 Taburan skor min bagi item lima 60

Jadual 4.13 Taburan skor min bagi item enam 61

Jadual 4.14 Taburan skor min bagi item tujuh 61

Jadual 4.15 Taburan skor min bagi item lapan 62

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

xii

Jadual 4.16 Taburan skor min bagi item sembilan 62

Jadual 4.17 Taburan skor min bagi item sepuluh 63

Jadual 4.18 Taburan skor min bagi item 11 63

Jadual 4.19 Taburan skor min bagi item 12 64

Jadual 4.20: Taburan min keseluruhan bagi penggunaan logo

halal

64

Jadual 4.21 Taburan skor min bagi item 13 65

Jadual 4.22 Taburan skor min bagi item 14 66

Jadual 4.23 Taburan skor min bagi item 15 66

Jadual 4.24 Taburan skor min bagi item 16 67

Jadual 4.25 Taburan skor min bagi item 17 67

Jadual 4.26 Taburan skor min bagi item 18 68

Jadual 4.27 Taburan skor min bagi item 19 68

Jadual 4.28 Taburan min keseluruhan bagi faktor

tanggungjawab sosial

69

Jadual 4.29 Taburan skor min bagi item 20 70

Jadual 4.30 Taburan skor min bagi item 21 70

Jadual 4.31 Taburan skor min bagi item 22 71

Jadual 4.32 Taburan skor min bagi item 23 72

Jadual 4.33 Taburan skor min bagi item 24 72

Jadual 4.34 Taburan skor min bagi item 25 73

Jadual 4.35 Taburan skor min bagi item 26 73

Jadual 4.36 Taburan skor min bagi item 27 74

Jadual 4.37 Taburan skor min bagi item 28 74

Jadual 4.38 Taburan min keseluruhan bagi faktor mematuhi

peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

75

Jadual 4.39 Taburan skor min bagi item 29 76

Jadual 4.40 Taburan skor min bagi item 30 76

Jadual 4.41 Taburan skor min bagi item 31 77

Jadual 4.42 Taburan skor min bagi item 32 77

Jadual 4.43 Taburan skor min bagi item 33 78

Jadual 4.44 Taburan skor min bagi item 34 78

Jadual 4.45 Taburan skor min bagi item 35 79

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

xiii

Jadual 4.46 Taburan skor min bagi item 36 79

Jadual 4.47 Taburan skor min bagi item 37 80

Jadual 4.48 Taburan min keseluruhan bagi faktor permintaan

pengguna

80

Jadual 4.49 Taburan skor min bagi item 38 81

Jadual 4.50 Taburan skor min bagi item 39 81

Jadual 4.51 Taburan skor min bagi item 40 82

Jadual 4.52 Taburan skor min bagi item 41 82

Jadual 4.53 Taburan skor min bagi item 42 83

Jadual 4.54 Taburan skor min bagi item 43 83

Jadual 4.55 Taburan skor min bagi item 44 84

Jadual 4.56 Taburan min keseluruhan bagi faktor keyakinan

pengguna

85

Jadual 4.57 Hubungan antara penggunaan logo halal dan SPH

dengan faktor tanggungjawab sosial kepada

masyarakat

87

Jadual 4.58 Hubungan antara penggunaan logo halal dan SPH

dengan faktor mematuhi peraturan yang

ditetapkan oleh pihak berkuasa

87

Jadual 4.59 Hubungan antara penggunaan logo halal dan SPH

dengan faktor permintaan pengguna

88

Jadual 4.60 Hubungan antara penggunaan logo halal dan SPH

dengan faktor keyakinan pengguna

89

Jadual 4.61 Nilai min bagi keseluruhan konstruk item 90

Jadual 4.62 Keputusan Korelasi 91

Jadual 5.1 Keputusan Korelasi 102

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

xiv

SENARAI AYAT AL-QURAN

AL-QURAN HALAMAN

Surah Al-Baqarah: 168 2,16

Surah Al-Maidah: 3 17,18

Surah Al-An’aam: 118 20

Surah Al-Maidah : 3 20,21

Surah Al-Maidah: 96 22

Surah Al-Maidah: 90 23

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

xv

SENARAI SINGKATAN

Bil Bilangan

Ha Hipotesis Alternatif

Ho Hipotesis Nol

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAIS Jabatan Agama Islam Selangor

JAJ Jabatan Agama Johor

KS Kurang Setuju

r Pekali Korelasi

RA Radhi Allah ‘Anhu

S Setuju

SAW Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam

SPSS Statistical Package For Social Science

SS Sangat Setuju

SPH Sijil Pengesahan Halal

STS Sangat Tidak Setuju

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

TS Tidak Setuju

x Pemboleh Ubah Bebas

y Pemboleh Ubah Bersandar

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 116

B Surat Kelulusan Fakulti Pendidikan

Untuk Menjalankan Kajian

124

C Surat Pengesahan Menjalankan Kajian

(Perpustakaan Sultanah Zanariah)

125

D Artikel Majalah: Orang Semakin

Berani Memperlecehkan Tanda ‘Halal”

126

E Artikel Majalah: Bagaimana

Mendapatkan Sijil dan Logo Halal

129

F Artikel Majalah: Usaha Meningkatkan

Pengeluaran Makanan Halal

131

G Artikel Majalah: Pastikan Yang Halal

Benar-benar Halal

132

H Keratan Akhbar: SMS Halal Disambut

Baik

134

I Keratan Akhbar: Semak Halal Melalui

SMS

135

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Islam mewajibkan umatnya mencari yang halal dalam kehidupan seharian.

Begitu juga perihal makanan, ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama yang

wajib dipatuhi oleh semua umat Islam. Imam Al-Ghazali (2000:1) menjelaskan

bahawa sesuatu benda atau perbuatan itu tidak terlepas daripada lima perkara iaitu

halal, haram, syubhah, makruh dan harus. Allah SWT menyuruh umat Islam

mengambil barang yang halal secara mutlak, manakala barang yang haram disuruh

supaya kita menjauhinya. Ini kerana makanan yang halal itu dapat menambah cahaya

iman dan membuat termakbulnya doa, dan makanan yang haram dapat

menggelapkan hati serta terdindingnya doa kita.

Halal dan haram merupakan dua perkara yang berlawanan. Halal ialah

perkara yang Allah sukai, perkara yang baik dan suci di sisi agama. Sebaliknya

perkara yang haram ialah perkara yang Allah benci, perkara yang keji dan

merosakkan. Firman Allah Taala:

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

2

ÏN≡ uθäÜ äz (#θãèÎ6 ®K s? $Y7 Íh‹ sÛ Wξ≈ n=ym ÇÚ ö‘ F{ $# ’ Îû $£ϑÏΒ (#θè=ä. â¨$ ¨Ζ9 $# $yγ •ƒ r'̄≈ tƒŸωuρ

î⎦⎫ Î7 •Β Aρ߉tã öΝ ä3 s9 …çμ ¯ΡÎ) 4 Ç⎯≈ sÜ ø‹ ¤±9 $#∩⊇∉∇∪

(Al-Baqarah 168)

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi

yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana

sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

Rasulullah S.A.W pernah bersabda ; “Mencari yang halal itu adalah fardhu

atas tiap-tiap Muslim”. Pengertian halal itu berbeza bahkan bertentangan dengan

pengertian haram. Halal dan haram adalah hukum dan ketetapan Allah. Allah yang

membuat hukum, maka hanya Allah sahaja yang layak menentukan hukum halal atau

haramnya sesuatu perkara.

Seseorang individu yang makan dengan niat untuk memperolehi kekuatan

bagi menuntut ilmu, beramal, bertakwa kepada Allah SWT., sudah tentu tidak akan

membiarkan dirinya serta ahli keluarganya tersia-sia dan lepas bebas dikuasai oleh

pemakanan yang menyimpang daripada hukum syarak. (Siti Norlina, et.al, 2005:1)

Dalam industri makanan yang semakin meluas dan bertambahnya daya

pengeluaran bermacam jenis barangan dan cara pengawetan yang pelbagai telah

digunakan. Syarikat-syarikat pengeluar barangan makanan kini menggunakan

pelbagai jenis bahan kimia, enzim, perisa , aroma, bahan pewarna, hormon dan lain-

lain lagi.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebelakangan ini banyak isu halal dan haram pada produk makanan

ditimbulkan oleh masyarakat dan juga pihak berkuasa dan badan-badan tertentu.

Sehubungan dengan itu, halal dan haram menjadi isu yang menakutkan kepada umat

Islam di Malaysia khususnya. Bukan hanya di Malaysia sahaja bahkan umat Islam di

seluruh dunia sangat peka dan sensitif dengan isu makanan yang haram.

Penandaan makanan dengan logo halal dapat meyakinkan pengguna Islam

terhadap produk makanan yang ingin dibeli. Sungguhpun begitu, penyelewengan

sesetengah pengusaha makanan terhadap penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan

Halal (SPH) dengan tujuan menarik perhatian pengguna dan melariskan jualan

mereka kepada pengguna Islam semakin berleluasa. Akibatnya kepercayaan umat

Islam terhadap pihak yang berkuasa semakin berkurangan dengan tindakan-tindakan

yang tidak diambil dengan sewajarnya. Di samping itu juga, lambakan makanan

import daripada luar negara banyak terdapat di pasaran sama ada dari segi produk

makanan yang telah diproses atau belum. Ia termasuklah daging yang diimport,

makanan dalam tin atau makanan yang telah diproses seperti daging burger, sosej

dan sebagainya.

Kekaburan status halal haram produk-produk pada industri pemprosesan

makanan antara lain disebabkan penggunaan bahan asas dan aditif yang tidak jelas

status kehalalannya serta komplikated sumber ingrediennya. Sesetengah individu

atau pengguna berpendapat dengan membaca label makanan tersebut status makanan

itu sama ada halal atau haram dapat diketahui. Tetapi sejauh mana pengguna

terutama ibu bapa Muslim memahami bahan atau sumber yang dilabelkan.(Siti

Norlina et.al, 2005:3)

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

4

1.3 Pernyataan Masalah

Isu yang ingin dibangkitkan ialah pengguna meragui status produk makanan

tersebut walaupun terdapat logo halal padanya. Ini adalah hasil daripada keraguan

tentang bahan campuran yang terdapat pada produk makanan tersebut dan juga

berita-berita tentang ketidakbersihan proses pembuatan produk makanan tersebut.

Pada 14 Mac 2005, pengguna digemparkan dengan serbuan ke atas dua

kilang pengeluar sosej yang disyaki menggunakan sarung kulit sosej daripada usus

babi dan SPH yang telah luput tarikhnya. Kesan daripada serbuan itu, kedua-dua

kilang tersebut telah diarahkan tutup selama dua minggu (Berita Harian, 15 Mac

2005). Pelbagai spekulasi telah dibuat oleh masyarakat terhadap isu sosej ini hingga

mengganggu industri makanan tersebut buat seketika. Namun begitu, setelah analisis

dibuat oleh Jabatan Kimia ke atas sosej yang dirampas mendapati tidak ada sebarang

bahan berasaskan babi dalam pembuatannya. Walau bagaimanapun kedua-dua

kilang tersebut tetap dikenakan tindakan kerana menggunakan sijil halal yang sudah

tamat tempoh berdasarkan Akta Perihal Dagangan 1972 (Berita Harian, 29 Mac

2005).

Hasil daripada isu tersebut, dua perkara yang perlu diambil perhatian iaitu

penggunaan unsur yang haram dalam makanan ataupun penggunaan SPH dan logo

halal yang telah tamat tempoh.

Sebagai pengguna, sudah pasti mereka inginkan kepastian dan mengetahui

kesahan logo halal dan SPH yang dipamerkan oleh pengusaha. Adakah ia benar-

benar telah disahkan oleh pihak yang berkenaan ataupun sekadar memenuhi

keperluan pengusaha makanan dalam usaha menarik perhatian pengguna, lebih-lebih

lagi pengusaha bukan Islam. Begitu juga dengan gerai-gerai yang bertaraf francais

yang dimiliki sepenuhnya oleh pengusaha bukan Islam.

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

5

Oleh yang demikian, kajian ini adalah perlu bagi melihat apakah faktor-faktor

yang mempengaruhi penggunaan logo halal ini di kalangan peniaga makanan atau

ada terdapat faktor sampingan yang menyebabkan penggunaannya.

1.4 Persoalan Kajian :

1.4.1 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penggunaan logo halal dan

SPH di kalangan peniaga makanan di UTM, Skudai?

.

1.4.2 Adakah faktor tanggungjawab sosial, mematuhi peraturan yang

ditetapkan oleh pihak berkuasa, permintaan pengguna dan keyakinan

pengguna mempengaruhi penggunaan logo halal dan SPH pada

produk makanan di kalangan peniaga makanan di UTM, Skudai?

1.4.3 Adakah terdapat hubungan antara faktor permintaan pengguna,

menambah keyakinan pengguna, sumbangan sosial kepada

masyarakat, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

agama dan meningkatkan keuntungan peniaga dengan penggunaan

logo halal dan SPH pada produk makanan di kalangan peniaga

makanan di UTM, Skudai?

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN …...Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan ... Penyambung warisan sekeluarga.. Husna,

6

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:

1.5.1 Untuk mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi

penggunaan logo halal dan SPH pada produk makanan di

kalangan peniaga makanan di UTM, Skudai.

1.5.2 Untuk mengenal pasti persepsi peniaga makanan terhadap faktor

tanggungjawab sosial, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh

pihak berkuasa, permintaan pengguna dan keyakinan pengguna

yang penting kepada penggunaan logo halal dan SPH di kalangan

peniaga makanan di UTM, Skudai.

1.5.3 Untuk melihat hubungan antara faktor tanggungjawab sosial,

mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,

permintaan pengguna dan keyakinan pengguna dengan

penggunaan logo halal dan SPH di kalangan peniaga makanan di

UTM, Skudai.