FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN
PENGGUNAAN LOGO HALAL DAN SIJIL PENGESAHAN HALAL DI
KALANGAN PENIAGA MAKANAN: KAJIAN DI UTM, SKUDAI.
SITI ROSNI BT. MAD HASHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN
PENGGUNAAN LOGO HALAL DAN SIJIL PENGESAHAN HALAL
DIKALANGAN PENIAGA MAKANAN: KAJIAN DI UTM, SKUDAI.
SITI ROSNI BT. MAD HASHIM
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
( Pengajian Islam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2007
iii
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang Syukurku atas segala kurniaan-Mu
Solawat dan Salam atas Rasul Junjungan Muhammad S.A.W
Kajian ini didedikasikan khas buat insan-insan yang banyak membantu, memberi semangat dan dorongan yang tidak terhingga…
Buat Suami tercinta
Effadmi bin Md. Mahmudi Anakanda kesayangan
Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan
Buat Ayah dan bonda yang dikasihi
Mad Hashim bin Sudin dan Sumiah bt. Sirat Ayah dan bonda mertua yang dihormati
Md. Mahmudi bin Suradi dan Maijah bt. Mansur Terima kasih atas dorongan dan nasihat
Kak Ti dan Abg Sahar, Abang Dan dan Kak Zie, Abang Nor dan Kak Liza, Abang
Nas dan Kak Mimie, Acem dan Rizal, Wan dan Nadiah Semoga tautan ukhuwwah ini menjalin kemesraan selamanya
Penyambung warisan sekeluarga..
Husna, Safwan, Faiz, Zana, Azhad, Haziq, Aina Jangan dilupa pesan datuk dan nenek
Kunci kesejahteraan adalah Al-Quran dan As-Sunnah
Buat Penyelia yang dikagumi.. Ustaz Abdullah Sulong
Syukran Jazilan Terima kasih atas tunjuk ajarmu
Buat Pensyarah-pensyarah PPIPS dan Fakulti Pendidikan yang disanjungi
Terima kasih atas bimbingan dan didikan Nasihat dan teguran kalian akan aku jadikan pedoman buat bekalan di masa
hadapan..
Buat Sahabat-sahabat seperjuangan Terima kasih kerana bersama-sama ku mengharungi pahit getir sebagai Mahasiswa
UTM Skudai
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas
Rasul junjungan Muhammad S.A.W. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini
hingga ke akhirnya.
Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz
Abdullah bin Sulong selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing,
mendorong dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian
Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan
sokongan. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu
menyumbangkan idea dan bahan sampingan.
Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan
mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan hasil kajian ini
memberi manfaat kepada semua pembaca.
v
Faktor-faktor Yang Mempunyai Hubungan Dengan Penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal Di Kalangan Peniaga Makanan: Kajian Di UTM, Skudai. Siti Rosni bt. Mad Hashim (SPI) Encik Abdullah bin Sulong
ABSTRAK:Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal dikalangan peniaga makanan, iaitu meliputi faktor tanggungjawab sosial kepada masyarakat, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, permintaan pengguna dan keyakinan pengguna. Satu set soal selidik yang mengandungi 44 item telah diedarkan kepada 75 responden yang dipilih. Walau bagaimanapun hanya 60 orang yang mengembalikannya. Ianya akan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan Statistical Package for Social Science 11.5 for Windows. Ia juga dianalisis secara statistik inferensi dengan menggunakan pekali korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal di kalangan peniaga makanan dengan faktor-faktor yang dikaji. Secara keseluruhannya, hasil analisis menunjukkan bahawa responden mempunyai kecenderungan penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal yang tinggi iaitu pada tahap min 4.55. Di samping itu, faktor tanggungjawab sosial kepada masyarakat, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, permintaan pengguna dan keyakinan pengguna berada pada tahap nilai min yang tinggi iaitu masing-masing 4.76, 4.71,4.36 dan 4.51. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal dengan tanggungjawab sosial kepada masyarakat iaitu r = 0.723, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa r = 0.589, permintaan pengguna r = 0.446 dan keyakinan pengguna r = 0.479.
ABSTRACT:The purposed of this study is to determine the factors that relate to the usage of halal certificates and labels among the food’s seller. This research will be covered the factors of social responsibility to the community, adhering to the rules of an authority, the consumers’ demand and the consumers’ confidence. A set of questionnaire containing 44 items were distributed to 75 respondents and from there only 60 set been collected then it will be analyzed descriptively to obtain the frequency, percentage and mean using Statistical Package for Social Science Version 11.5 for Windows. The data is also analyzed using the inferential statistical method, namely the Pearson correlation to observe the relationship between the level of usage halal certificates and labels and the stipulated factors. Overall, the respondents have higher level of interest at the mean level of 4.55. Beside that the factor of social responsibiliy to the comunity obtained the mean of 4.76, adhering the rules of an authority obtained the mean of 4.71, the consumers’ demand obtained the mean of 4.36 and the consumers’ confidence obtained the mean of 4.51. The Results also showed that there were significant relationship between the usage of halal certificates and labels to the social responsibilty to the community at r = 0.723, adhering to the rules from an authority at r = 0.589, consumers’ demand at r = 0.446 and consumers’ confidence at r = 0.479.
vi
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENDAHULUAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ISI KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xi
SENARAI AYAT AL-QURAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Skop Kajian 8
1.9 Batasan Kajian 9
1.10 Definisi Istilah 9
1.10.1 Faktor 9
1.10.2 Mempengaruhi 10
1.10.3 Logo 10
vii
1.10.4 Halal 11
1.10.5 Produk 11
1.11 Penutup 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Latar Belakang Logo Halal 13
2.3 Makanan dan Minuman yang dihalalkan dan
diharamkan dalam Islam
16
2.4 Hikmah dilarang Memakan Makanan yang
diharamkan
26
2.5 Tujuan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal
diwujudkan
27
2.6 Prosedur Permohonan dan Syarat-syarat yang Perlu
dipatuhi
28
2.6.1 Syarat-syarat Umum Persijilan Halal 28
2.6.2 Skop Pemeriksaan 29
2.6.3 Kadar Caj dan Saiz Premis 31
2.7 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan
Logo Halal dan SPH
32
2.7.1 Tanggungjawab Sosial Kepada Masyarakat 33
2.7.2 Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan Oleh
Pihak Berkuasa
34
2.7.3 Permintaan Pengguna 35
2.7.4 Keyakinan Pengguna 36
2.8 Kajian Lepas 37
2.9 Penutup
42
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 43
3.2 Rekabentuk Kajian 43
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 44
3.4 Instrumen Kajian 45
viii
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 47
3.6 Kajian Rintis 48
3.7 Analisis Data 48
3.8 Penutup 50
BAB IV 4.1 Pengenalan 51
4.2 Bahagian A: Analisis LatarBelakang Peniaga
Makanan
52
4.2.1 Latarbelakang Peniaga Makanan Mengikut
Jantina
4.2.2 Latar Belakang Peniaga Makanan di UTM
Mengikut Umur
4.2.3 Latar Belakang Peniaga Makanan Mengikut
Taraf Perkahwinan
4.2.4 Latarbelakang Peniaga Makanan Mengikut
Bangsa
4.2.5 Latar Belakang Peniaga Makanan Mengikut
Negeri
4.2.6 Latar Belakang Peniaga Makanan Mengikut
Tempoh Berniaga
4.2.7 Latar Belakang Peniaga Makanan Mengikut
Jenis Premis Perniagaan
52
53
53
54
55
56
57
4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 58
4.3.1 Analisis Data Mengenai Penggunaan Logo
Halal dan SPH dikalangan Peniaga
Makanan
4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi Peniaga
Makanan Terhadap Faktor-Faktor Yang
Penting Kepada Penggunaan Logo Halal
dan SPH.
4.3.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Faktor Tanggungjawab
58
65
65
ix
Sosial Kepada Masyarakat
4.3.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Faktor Mematuhi
Peraturan Yang Ditetapkan Oleh
Pihak Berkuasa
4.3.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Faktor Permintaan
Pengguna
4.3.2.4 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Faktor Keyakinan
Pengguna
70
76
81
4.4 Bahagian C (Analisis Inferensi) 86
4.4.1 Analisis Korelasi 86
4.5 Anlisis Keseluruhan 90
4.6 Penutup 91
BAB V 5.1 Pengenalan 92
5.2 Perbincangan
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Peniaga
Makanan
5.2.2 Penggunaan Logo Halal dan SPH
Dikalangan Peniaga Makanan
5.2.3 Persepsi Peniaga Makanan Terhadap
Faktor-Faktor Yang Penting Kepada
Penggunaan Logo Halal dan SPH
Dikalangan Peniaga Makanan
5.2.4 Analisis Inferensi
92
93
95
96
102
5.3 Rumusan
5.3.1 Faktor Utama Yang Mempengaruhi
penggunaan logo halal dan SPH
5.3.2 Mengenalpasti Persepsi Peniaga Makanan
Terhadap Faktor Tanggungjawab Sosial
103
104
104
x
Kepada Masyarakat, Mematuhi Peraturan
Yang Ditetapkan Oleh Pihak Berkuasa,
Permintaan Pengguna Dan Keyakinan
Pengguna Yang Penting Kepada
Penggunaan Logo Halal Dan SPH
Dikalangan Peniaga Makanan Di UTM,
Skudai
5.3.3 Hubungan Antara Faktor Tanggungjawab
Sosial Kepada Masyarakat, Mematuhi
Peraturan Yang Ditetapkan Oleh Pihak
Berkuasa, Permintaan Pengguna Dan
Keyakinan Pengguna Dengan Penggunaan
Logo Halal Dan SPH
105
5.4 Cadangan
5.4.1 Faktor Tanggungjawab Sosial Kepada
Masyarakat
5.4.2 Faktor Mematuhi Peraturan Yang
Ditetapkan Oleh Pihak Berkuasa
5.4.3 Faktor Permintaan Pengguna
5.4.4 Faktor Keyakinan Pengguna
105
105
106
108
108
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 109
5.6 Penutup 110
RUJUKAN 111
LAMPIRAN 116
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 2.1
Kadar Caj Industri Mengikut Kategori 31
Jadual 2.2 Kadar Caj Restoran dan Hotel 31
Jadual 2.3 Kadar Caj Rumah Sembelihan Mengikut Saiz
Premis
31
Jadual 2.4 Saiz Premis Rumah Sembelihan 32
Jadual 3.1 Jumlah populasi pengusaha makanan di UTM,
Skudai
44
Jadual 3.2 Maklumat pembahagian soal selidik 45
Jadual 3.3 Skala Likert 46
Jadual 3.4 Nilai skor min 49
Jadual 3.5 Klasifikasi kekuatan korelasi (dari Rowntree,
1981)
49
Jadual 4.1 Taburan jantina peniaga makanan 52
Jadual 4.2 Taburan umur peniaga makanan 53
Jadual 4.3 Taburan taraf perkahwinan peniaga makanan 53
Jadual 4.4 Taburan bangsa peniaga makanan 54
Jadual 4.5 Taburan Negeri peniaga makanan 55
Jadual 4.6 Taburan tempoh berniaga 56
Jadual 4.7 Taburan jenis premis perniagaan 57
Jadual 4.8 Taburan skor min bagi item satu 58
Jadual 4.9 Taburan skor min bagi item dua 59
Jadual 4.10 Taburan skor min bagi item tiga 59
Jadual 4.11 Taburan skor min bagi item empat 60
Jadual 4.12 Taburan skor min bagi item lima 60
Jadual 4.13 Taburan skor min bagi item enam 61
Jadual 4.14 Taburan skor min bagi item tujuh 61
Jadual 4.15 Taburan skor min bagi item lapan 62
xii
Jadual 4.16 Taburan skor min bagi item sembilan 62
Jadual 4.17 Taburan skor min bagi item sepuluh 63
Jadual 4.18 Taburan skor min bagi item 11 63
Jadual 4.19 Taburan skor min bagi item 12 64
Jadual 4.20: Taburan min keseluruhan bagi penggunaan logo
halal
64
Jadual 4.21 Taburan skor min bagi item 13 65
Jadual 4.22 Taburan skor min bagi item 14 66
Jadual 4.23 Taburan skor min bagi item 15 66
Jadual 4.24 Taburan skor min bagi item 16 67
Jadual 4.25 Taburan skor min bagi item 17 67
Jadual 4.26 Taburan skor min bagi item 18 68
Jadual 4.27 Taburan skor min bagi item 19 68
Jadual 4.28 Taburan min keseluruhan bagi faktor
tanggungjawab sosial
69
Jadual 4.29 Taburan skor min bagi item 20 70
Jadual 4.30 Taburan skor min bagi item 21 70
Jadual 4.31 Taburan skor min bagi item 22 71
Jadual 4.32 Taburan skor min bagi item 23 72
Jadual 4.33 Taburan skor min bagi item 24 72
Jadual 4.34 Taburan skor min bagi item 25 73
Jadual 4.35 Taburan skor min bagi item 26 73
Jadual 4.36 Taburan skor min bagi item 27 74
Jadual 4.37 Taburan skor min bagi item 28 74
Jadual 4.38 Taburan min keseluruhan bagi faktor mematuhi
peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
75
Jadual 4.39 Taburan skor min bagi item 29 76
Jadual 4.40 Taburan skor min bagi item 30 76
Jadual 4.41 Taburan skor min bagi item 31 77
Jadual 4.42 Taburan skor min bagi item 32 77
Jadual 4.43 Taburan skor min bagi item 33 78
Jadual 4.44 Taburan skor min bagi item 34 78
Jadual 4.45 Taburan skor min bagi item 35 79
xiii
Jadual 4.46 Taburan skor min bagi item 36 79
Jadual 4.47 Taburan skor min bagi item 37 80
Jadual 4.48 Taburan min keseluruhan bagi faktor permintaan
pengguna
80
Jadual 4.49 Taburan skor min bagi item 38 81
Jadual 4.50 Taburan skor min bagi item 39 81
Jadual 4.51 Taburan skor min bagi item 40 82
Jadual 4.52 Taburan skor min bagi item 41 82
Jadual 4.53 Taburan skor min bagi item 42 83
Jadual 4.54 Taburan skor min bagi item 43 83
Jadual 4.55 Taburan skor min bagi item 44 84
Jadual 4.56 Taburan min keseluruhan bagi faktor keyakinan
pengguna
85
Jadual 4.57 Hubungan antara penggunaan logo halal dan SPH
dengan faktor tanggungjawab sosial kepada
masyarakat
87
Jadual 4.58 Hubungan antara penggunaan logo halal dan SPH
dengan faktor mematuhi peraturan yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa
87
Jadual 4.59 Hubungan antara penggunaan logo halal dan SPH
dengan faktor permintaan pengguna
88
Jadual 4.60 Hubungan antara penggunaan logo halal dan SPH
dengan faktor keyakinan pengguna
89
Jadual 4.61 Nilai min bagi keseluruhan konstruk item 90
Jadual 4.62 Keputusan Korelasi 91
Jadual 5.1 Keputusan Korelasi 102
xiv
SENARAI AYAT AL-QURAN
AL-QURAN HALAMAN
Surah Al-Baqarah: 168 2,16
Surah Al-Maidah: 3 17,18
Surah Al-An’aam: 118 20
Surah Al-Maidah : 3 20,21
Surah Al-Maidah: 96 22
Surah Al-Maidah: 90 23
xv
SENARAI SINGKATAN
Bil Bilangan
Ha Hipotesis Alternatif
Ho Hipotesis Nol
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JAIS Jabatan Agama Islam Selangor
JAJ Jabatan Agama Johor
KS Kurang Setuju
r Pekali Korelasi
RA Radhi Allah ‘Anhu
S Setuju
SAW Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam
SPSS Statistical Package For Social Science
SS Sangat Setuju
SPH Sijil Pengesahan Halal
STS Sangat Tidak Setuju
SWT Subhanahu Wa Ta’ala
TS Tidak Setuju
x Pemboleh Ubah Bebas
y Pemboleh Ubah Bersandar
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 116
B Surat Kelulusan Fakulti Pendidikan
Untuk Menjalankan Kajian
124
C Surat Pengesahan Menjalankan Kajian
(Perpustakaan Sultanah Zanariah)
125
D Artikel Majalah: Orang Semakin
Berani Memperlecehkan Tanda ‘Halal”
126
E Artikel Majalah: Bagaimana
Mendapatkan Sijil dan Logo Halal
129
F Artikel Majalah: Usaha Meningkatkan
Pengeluaran Makanan Halal
131
G Artikel Majalah: Pastikan Yang Halal
Benar-benar Halal
132
H Keratan Akhbar: SMS Halal Disambut
Baik
134
I Keratan Akhbar: Semak Halal Melalui
SMS
135
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Islam mewajibkan umatnya mencari yang halal dalam kehidupan seharian.
Begitu juga perihal makanan, ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama yang
wajib dipatuhi oleh semua umat Islam. Imam Al-Ghazali (2000:1) menjelaskan
bahawa sesuatu benda atau perbuatan itu tidak terlepas daripada lima perkara iaitu
halal, haram, syubhah, makruh dan harus. Allah SWT menyuruh umat Islam
mengambil barang yang halal secara mutlak, manakala barang yang haram disuruh
supaya kita menjauhinya. Ini kerana makanan yang halal itu dapat menambah cahaya
iman dan membuat termakbulnya doa, dan makanan yang haram dapat
menggelapkan hati serta terdindingnya doa kita.
Halal dan haram merupakan dua perkara yang berlawanan. Halal ialah
perkara yang Allah sukai, perkara yang baik dan suci di sisi agama. Sebaliknya
perkara yang haram ialah perkara yang Allah benci, perkara yang keji dan
merosakkan. Firman Allah Taala:
2
ÏN≡ uθäÜ äz (#θãèÎ6 ®K s? $Y7 Íh‹ sÛ Wξ≈ n=ym ÇÚ ö‘ F{ $# ’ Îû $£ϑÏΒ (#θè=ä. â¨$ ¨Ζ9 $# $yγ •ƒ r'̄≈ tƒŸωuρ
î⎦⎫ Î7 •Β Aρ߉tã öΝ ä3 s9 …çμ ¯ΡÎ) 4 Ç⎯≈ sÜ ø‹ ¤±9 $#∩⊇∉∇∪
(Al-Baqarah 168)
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi
yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana
sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
Rasulullah S.A.W pernah bersabda ; “Mencari yang halal itu adalah fardhu
atas tiap-tiap Muslim”. Pengertian halal itu berbeza bahkan bertentangan dengan
pengertian haram. Halal dan haram adalah hukum dan ketetapan Allah. Allah yang
membuat hukum, maka hanya Allah sahaja yang layak menentukan hukum halal atau
haramnya sesuatu perkara.
Seseorang individu yang makan dengan niat untuk memperolehi kekuatan
bagi menuntut ilmu, beramal, bertakwa kepada Allah SWT., sudah tentu tidak akan
membiarkan dirinya serta ahli keluarganya tersia-sia dan lepas bebas dikuasai oleh
pemakanan yang menyimpang daripada hukum syarak. (Siti Norlina, et.al, 2005:1)
Dalam industri makanan yang semakin meluas dan bertambahnya daya
pengeluaran bermacam jenis barangan dan cara pengawetan yang pelbagai telah
digunakan. Syarikat-syarikat pengeluar barangan makanan kini menggunakan
pelbagai jenis bahan kimia, enzim, perisa , aroma, bahan pewarna, hormon dan lain-
lain lagi.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Kebelakangan ini banyak isu halal dan haram pada produk makanan
ditimbulkan oleh masyarakat dan juga pihak berkuasa dan badan-badan tertentu.
Sehubungan dengan itu, halal dan haram menjadi isu yang menakutkan kepada umat
Islam di Malaysia khususnya. Bukan hanya di Malaysia sahaja bahkan umat Islam di
seluruh dunia sangat peka dan sensitif dengan isu makanan yang haram.
Penandaan makanan dengan logo halal dapat meyakinkan pengguna Islam
terhadap produk makanan yang ingin dibeli. Sungguhpun begitu, penyelewengan
sesetengah pengusaha makanan terhadap penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan
Halal (SPH) dengan tujuan menarik perhatian pengguna dan melariskan jualan
mereka kepada pengguna Islam semakin berleluasa. Akibatnya kepercayaan umat
Islam terhadap pihak yang berkuasa semakin berkurangan dengan tindakan-tindakan
yang tidak diambil dengan sewajarnya. Di samping itu juga, lambakan makanan
import daripada luar negara banyak terdapat di pasaran sama ada dari segi produk
makanan yang telah diproses atau belum. Ia termasuklah daging yang diimport,
makanan dalam tin atau makanan yang telah diproses seperti daging burger, sosej
dan sebagainya.
Kekaburan status halal haram produk-produk pada industri pemprosesan
makanan antara lain disebabkan penggunaan bahan asas dan aditif yang tidak jelas
status kehalalannya serta komplikated sumber ingrediennya. Sesetengah individu
atau pengguna berpendapat dengan membaca label makanan tersebut status makanan
itu sama ada halal atau haram dapat diketahui. Tetapi sejauh mana pengguna
terutama ibu bapa Muslim memahami bahan atau sumber yang dilabelkan.(Siti
Norlina et.al, 2005:3)
4
1.3 Pernyataan Masalah
Isu yang ingin dibangkitkan ialah pengguna meragui status produk makanan
tersebut walaupun terdapat logo halal padanya. Ini adalah hasil daripada keraguan
tentang bahan campuran yang terdapat pada produk makanan tersebut dan juga
berita-berita tentang ketidakbersihan proses pembuatan produk makanan tersebut.
Pada 14 Mac 2005, pengguna digemparkan dengan serbuan ke atas dua
kilang pengeluar sosej yang disyaki menggunakan sarung kulit sosej daripada usus
babi dan SPH yang telah luput tarikhnya. Kesan daripada serbuan itu, kedua-dua
kilang tersebut telah diarahkan tutup selama dua minggu (Berita Harian, 15 Mac
2005). Pelbagai spekulasi telah dibuat oleh masyarakat terhadap isu sosej ini hingga
mengganggu industri makanan tersebut buat seketika. Namun begitu, setelah analisis
dibuat oleh Jabatan Kimia ke atas sosej yang dirampas mendapati tidak ada sebarang
bahan berasaskan babi dalam pembuatannya. Walau bagaimanapun kedua-dua
kilang tersebut tetap dikenakan tindakan kerana menggunakan sijil halal yang sudah
tamat tempoh berdasarkan Akta Perihal Dagangan 1972 (Berita Harian, 29 Mac
2005).
Hasil daripada isu tersebut, dua perkara yang perlu diambil perhatian iaitu
penggunaan unsur yang haram dalam makanan ataupun penggunaan SPH dan logo
halal yang telah tamat tempoh.
Sebagai pengguna, sudah pasti mereka inginkan kepastian dan mengetahui
kesahan logo halal dan SPH yang dipamerkan oleh pengusaha. Adakah ia benar-
benar telah disahkan oleh pihak yang berkenaan ataupun sekadar memenuhi
keperluan pengusaha makanan dalam usaha menarik perhatian pengguna, lebih-lebih
lagi pengusaha bukan Islam. Begitu juga dengan gerai-gerai yang bertaraf francais
yang dimiliki sepenuhnya oleh pengusaha bukan Islam.
5
Oleh yang demikian, kajian ini adalah perlu bagi melihat apakah faktor-faktor
yang mempengaruhi penggunaan logo halal ini di kalangan peniaga makanan atau
ada terdapat faktor sampingan yang menyebabkan penggunaannya.
1.4 Persoalan Kajian :
1.4.1 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penggunaan logo halal dan
SPH di kalangan peniaga makanan di UTM, Skudai?
.
1.4.2 Adakah faktor tanggungjawab sosial, mematuhi peraturan yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa, permintaan pengguna dan keyakinan
pengguna mempengaruhi penggunaan logo halal dan SPH pada
produk makanan di kalangan peniaga makanan di UTM, Skudai?
1.4.3 Adakah terdapat hubungan antara faktor permintaan pengguna,
menambah keyakinan pengguna, sumbangan sosial kepada
masyarakat, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
agama dan meningkatkan keuntungan peniaga dengan penggunaan
logo halal dan SPH pada produk makanan di kalangan peniaga
makanan di UTM, Skudai?
6
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:
1.5.1 Untuk mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi
penggunaan logo halal dan SPH pada produk makanan di
kalangan peniaga makanan di UTM, Skudai.
1.5.2 Untuk mengenal pasti persepsi peniaga makanan terhadap faktor
tanggungjawab sosial, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh
pihak berkuasa, permintaan pengguna dan keyakinan pengguna
yang penting kepada penggunaan logo halal dan SPH di kalangan
peniaga makanan di UTM, Skudai.
1.5.3 Untuk melihat hubungan antara faktor tanggungjawab sosial,
mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,
permintaan pengguna dan keyakinan pengguna dengan
penggunaan logo halal dan SPH di kalangan peniaga makanan di
UTM, Skudai.