faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk

8

Upload: falini

Post on 28-Sep-2015

174 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

geografi

TRANSCRIPT

  • Faktor-faktoryang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia

  • Bentuk muka bumi mempengaruhi taburan penduduk di negara Malaysia.Kawasan tanah pamah, dataran, dan lembah sungai mempunyai taburan penduduk padat. Ianya sesuai untuk penanaman padi, getah, dan kelapa sawit. Keadaaan ini memudahkan lagi pelbagai pembinaan rumah, bangunan, industri, jalan raya, dan jalan keretapi. Selain itu, kawasan tanah tinggi dan berpaya mempunyai taburan penduduk yang jarang.Kawasan ini tidk berapa subur untuk pertanian dan memerlukan kos yang agak tinggi.

  • Dasar kerajaan juga mempengaruhi taburan penduduk di negara Malaysia terutamanya di luar bandar.dasar ini telah mewujudkan banyak kawasan perindustrian. Contohnya Sungai Way, Bayan Lepas, Pasir Gudang dan Senai.Ianya memberi peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor lain. Rancangan FELDA, FELCRA. LDSA, dan LCDA juga telah berjaya memindahkan penduduk ke kawasan ini.

  • Kawasan yang mempunyai sumber mineral seperti bijih timah dan petroleum menjadi tumpuan penduduk. Ianya kerana terdapat peluang untuk bekerja.Kesannya seperti kawasan sekarang yang semakin berkembang dan dilengkapi dengan kemudahan asas, infrastruktur dan perkhidmatan. Antara kawasan yang berkembang dan menjadi tumpuan penduduk hasil kegiatan bijih timah ialah Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban.kegiatan petroleum juga telah menyebabkan Kerteh, Paka, Port Dickson dan Lutong menjadi kawasan tumpuan penduduk.

  • Perkhidmatan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pentadbiran, perniagaan, perdagangan, dan pelancongan. Ia juga memberi peluang pekerjaan. Kemudahan perkhidmatan sosial tersebut mewujudkan banyak menjadi tumpuan ramai penduduk.

  • Sejak merdeka, sektor perindustrian di negara kita berkembang dengan pesat. Kawasan ini didirikan di beberapa tempat, terutamanya di pantai barat Semenanjung Malaysia. Contohnya, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor, Tasek di Perak dan Bayan Lepas di Pulau Pinang. Kilang kilang ini juga menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. Taman taman perumahan yang dibina di kawasan ini juga disediakan dengan infrastruktur yang baik.

  • Pengangkutan dan perhubungan penting untuk meningkatkan tahap kebolehsampaian sesuatu kawasan dan juga menggalakkan perkembangan ekonomi. Bandar bandar yang padat juga disebabkan oleh sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik. Contohnya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.