taburan penduduk di malaysia

23
TABURAN PENDUDUK NAMA: MUHD. FARISZUDDIN B. ABD.SAMAT KELAS: 2QAA MATAPELAJARAN: GEOGRAFI

Upload: fariszuddin

Post on 19-Jun-2015

48.752 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Hasil karya Muhd.Fariszuddin 2AA SMKDHAB

TRANSCRIPT

Page 1: Taburan Penduduk di Malaysia

TABURAN PENDUDUKNAMA: MUHD. FARISZUDDIN B.

ABD.SAMATKELAS: 2QAA

MATAPELAJARAN: GEOGRAFI

Page 2: Taburan Penduduk di Malaysia

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN3 KAWASAN TENTANG TABURAN PENDUDUKKAEDAH MENGIRA KEPADATAN PENDUDUK FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPADATAN PENDUDUK DI MALAYSIARUMUSAN

Page 3: Taburan Penduduk di Malaysia

PENGENALAN

Jumlah penduduk negara Malaysia ialah 23.27 juta orang pada tahun 2000. Taburan penduduk di negara Malaysia tidak sekata. Ada tiga pola taburan yang nyata, iaitu padat, sederhana dan jarang.

Page 4: Taburan Penduduk di Malaysia

3 KAWASAN TENTANG TABURAN PENDUDUK

KAWASAN PENDUDUK PADAT

KAWASAN PENDUDUK SEDERHANA

KAWASAN PENDUDUK JARANG

Page 5: Taburan Penduduk di Malaysia

KAWASAN PENDUDUK PADAT Kawasan yang berpenduduk padat mempunyai lebih 200 orang sekilometer persegi. Kawasan ini terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar,dataran dan delta sungai. Kawasan ini menyediakan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan seperti hospital,institusi pengajian tinggi,sistem pengangkutan dan perhbungan yang moden.

Page 6: Taburan Penduduk di Malaysia

CONTOH KAWASAN PENDUDUK PADAT IALAH:

DATARAN KEDAH-PERLIS

PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI

DATARAN KELANTAN

LEMBAH KINTA

LEMBAH KLANG

BANDAR-BANDAR BESAR SEPERTI KUALA LUMPUR,GEORGTOWN,JOHOR BAHRU,IPOH,KUCHING DAN KOTA KINABALU

Page 7: Taburan Penduduk di Malaysia

KAWASAN PENDUDUK SEDERHANA

Kawasan yang berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi. Kawasan ini terdapat di kawasan kaki bukit atau luar bandar. Kawasan ini juga disediakan dengan kemudahan awam, infrastruktur dan perkhidmatan.

Page 8: Taburan Penduduk di Malaysia

CONTOH-CONTOH KAWASAN PENDUDUK SEDERHANA IALAH:

LEMBAH SUNGAI PAHANGLEMBAH SUNGAI BARAMRANCANGAN TANAH FELDA SEPERTI JANGKA TIGA SEGI, PAHANGPEKAN-PEKAN KECIL SEPERTI PEKAN NANAS DAN TUARANPANTAI BARAT SARAWAK DAN SABAH

Page 9: Taburan Penduduk di Malaysia

KAWASAN PENDUDUK JARANG

Kawasan yang berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi. Kawasan ini termasuk kawasan pergunungan yang berhutan tebal, paya, dan pendalaman yang terpencil.

Page 10: Taburan Penduduk di Malaysia

CONTOH-CONTOH KAWASAN PENDUDUK JARANG IALAH:

KAWASAN PEDALAMAN YANG BERGUNUNG-GANANG SEPERTI BANJARAN TITIWANGSA DAN BANJARAN TAHAN

PENDALAMAN SABAH DAN SARAWAK SEPERTI BANJARAN CROCKER, BANJARAN HOSE DAN BANJARAN KAPUAS HULU

KAWASAN PAYA DI PANTAI SARAWAK

Page 11: Taburan Penduduk di Malaysia

KAEDAH MENGIRA KEPADATAN PENDUDUK

Kepadatan penduduk merujuk kepada bilangan penduduk yang terdapat dalam satu kilometer persegi. Kepadatan ini menentukan sama ada kawasan itu padat, sederhana, atau jarang. Pada tahun 2000, kepadatan penduduk negara Malaysia ialah 71 orang dalam satu kilometer persegi.

Kepadatan penduduk dikira dengan membahagikan jumlah penduduk dengan luas kawasan tersebut. Misalnya, jumlah penduduk Wilayah Persekutuan Labuan ialah 76 067 orang dan keluasannya ialah 92 kilometer persegi. Jadi kepadatan penduduk

Labuan ialah 827 orang dalam satu kilomater persegi.

Page 12: Taburan Penduduk di Malaysia

CARA-CARA PENGIRAAN KEPADATAN PENDUDUK

Kepadatan = Jumlah Penduduk

Keluasan

= 76 067 orang

92 km²

= 827 orang sekm persegi

Pengiraan Kepadatan Penduduk di W.P.Labuan

Page 13: Taburan Penduduk di Malaysia

KEPADATAN PENDUDUK MENGIKUT NEGERI DI NEGARA MALAYSIA

Negeri Keluasan Kilometer Persegi

Jumlah

Penduduk

Kepadatan penduduk / km²

Johor 18 987 2 740 625 144

Kedah 9 425 1 649 756 175

Kelantan 15 024 1 313 014 87

Melaka 1 652 635 791 385

Negeri Sembilan 6 684 859 924 129

Pahang 35 965 1 288 378 36

Perak 21 005 2 055 236 98

Page 14: Taburan Penduduk di Malaysia

KEPADATAN PENDUDUK MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

Negeri Keluasan Kilometer Persegi

Jumlah

Penduduk

Kepadatan penduduk/ km²

Pulau Pinang 1 031 1 373 449 1332

Sabah 73 619 2 603 485 35

Sarawak 124 450 2 071 506 17

Selangor 7 960 4 188 876 526

Terengganu 12 955 898 825 69

W.P.Kuala Lumpur 243 1 379 310 3676

W.P.Labuan 92 76 067 827

Perlis 795 204 450 257

Page 15: Taburan Penduduk di Malaysia

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK DI NEGARA MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

TABURAN PENDUDUK

Bentuk muka bumi dan tanih

Sosieokonomi

Sumber mineral

Perkhidmatan dan pendidikan

Dasar kerajaan/ Governan

Pengangkutan dan perhubungan

Page 16: Taburan Penduduk di Malaysia

BENTUK MUKA BUMI DAN TANIH

Bentuk muka bumi mempengaruhi taburan penduduk di negara Malaysia. Kawasan tanah pamah,dataran dan lembah sungai di Semenanjung Malaysia mempunyai taburan penduduk padat. Kawasan-kawasan ini rata dan sesuai untuk penanaman padi,getah, dan kelapa sawit. Keadaan fizikal ini memudahakn pembinaan rumah, bangunan, industri, jalan raya dan jalan kereta api. Contohnya, Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Kelantan. Sebaliknya, kawasan tanah tinggi dan berpaya mempunyai taburan penduduk yang jarang. Kawasan ini tidak subur untuk pertanian dan memerlukan kos yang tinggi untuk dibangunkan. Contohnya di Banjaran Titiwangsa dan sekitar Tasik Bera. Tanih aluvium yang terdapat dilembah-lembah sungai seperti Sungai Kelantan, Sungai Kedah dan Sungai Perak sesuai untuk penanaman padi. Kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang padat dan sederhana. Tanih laterit yang terdapat di kawasan kaki bukit dan dataran beralun di Johor sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit. Kawasan-kawasan tanih laterit ini mempunyai taburan penduduk sederhana.

Page 17: Taburan Penduduk di Malaysia

SUMBER MINERAL Kawasan yang mempunyai sumber mineral seperti biji timah dan patroleum menjadi tumpuan penduduk. Penduduk bertumpu di sini kerana terdapat pelbagai peluang pekerjaan. Hasilnya, kawasan ini semakin membangun dan dilengkapi dengan kemudahan asas, infrastruktur dan perkhidmatan. Contohnya, suatu masa dahulu kawasan perlombongan bijih timah di Lembah Klang dan Lembah Kinta menjadi tumpuan penduduk. Kerteh, Miri, Bintulu dan Lutong pula berpenduduk padat kerana kawasan ini terletak berhampiran dengan kawasan perlombongan petroluem.

Page 18: Taburan Penduduk di Malaysia

SOSIEKONOMI

Faktor sosioekonomi mempengaruhi taburan penduduk. Sejak merdeka, sektor perindustrian di negara kita berkembang dengan pesat. Kawasan –kawasan perindustrian didirikan di beberapa tempat, terutamanya di pantai barat Semenanjung Malaysia. Contohnya, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor, Tasek di Perak dan Bayan Lepas di Pulau Pinang. Kilang-kilang di kawasan ini menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. Taman–taman perumahan yang dibina di kawasan ini juga disediakan dengan infrastruktur yang baik. Dengan ini, kawasan perindustrian dan persekitaran menjadi tumpuan penduduk.

Page 19: Taburan Penduduk di Malaysia

PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik membawa kepada tumpuan penduduk berhampiran landasan kereta api dan jalan raya. Misalnya, di sepanjang landasan kereta api antara Taiping dengan Pelabuhan Sepetang di Perak dan antara Seremban dengan Port Dickson di Negeri Sembilan. Jalan raya dan jalan kereta api yang dibina di sepanjang barat Semenanjung Malaysia menyebabkan pembukaan ladang-ladang getah dan kelpa sawit. Kawasan ini berpenduduk sederhana padat. Pembinaan jalan raya di kawasan pendalaman Sabah juga mempengaruhi taburan penduduk. Jalan raya ini menghubungkan kawasan pendalaman dengan kota kinabalu di pantai barat dan Sandakan di pantai timur. Kesannya, semakin ramai penduduk di kawasan pendalaman bertumpu di tempat-tempat berhampiran dengan jalan raya ini, misalnya Telupid, Nalapak dan Ranau

Page 20: Taburan Penduduk di Malaysia

PERKHIDMATAN DAN PENDIDIKAN

Perkhidmatan dan pendidikan mempengaruhi taburan penduduk. Perkhidmatan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pentadbiran, perniagaan, perdagangan dan pelancongan. Sektor perkhidmatan dan pendidikan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan. Oleh itu, bandar-bandar seperti Putrajaya (pentadbiran), Kota Kinabalu (perniagan dan perdagangan) dan Tanah Tinggi Cameron (pelancongan) menjadi tumpuan penduduk. Selain itu, bandar-bandar seperti Bandar Baru Bangi dan Skudai juga berpenduduk padat kerana menjadi pusat pendidikan.

Page 21: Taburan Penduduk di Malaysia

DASAR KERAJAAN/ GOVERNAN

Dasar kerajaan juga mempengaruhi taburan penduduk di negara Mlaysia terutama di kawasan luar bandar. Pembukaan Kampung Baru pada masa Zaman Darurat (1948-1960) mewujudkan petempatan baru. Penduduk yang berselerak di kawasan luar bandar ditempatkan dalam kampung-kampung baru seperti Jinjang di Selangor dan Berpit di Seberang Perai, Pulau Pinang. Perlaksanan rancangan FELDA semenjak tahun 1960-an juga mempengaruhi taburan penduduk di kawasan luar bandar. FELDA mengggalkkan penduduk luar bandar berpindah ke ladang-ladang yang baru dibuka di kawasan luar bandar. Kawasan-kawasan ini mempunyai penduduk sederhana padat, contohnya Pekan Jengka Tiga Segi, Pahang. Dasar kerajaan ini menyebabkan penduduk yang bertaburan di kawasan luar bandar ditempatkan dalam satu petempatan yang terancang.

Page 22: Taburan Penduduk di Malaysia

RUMUSAN

TABURAN PENDUDUKDI NEGARAMALAYSIA

TABURANFAKTOR-FAKTORMEMPENGARUHI

TABURAN

PADAT SEDERHANABENTUK MUKA

BUMI

JARANG

SUMBER MINERAL

PERKHIDMATANDAN

PENDIDIKAN

DASAR KERAJAAN/ GOVERNAN

PENGANGKUTANDAN

PERHUBUNGAN

SOSIEOKONOMI

Page 23: Taburan Penduduk di Malaysia

TAMATDISEDIAKAN OLEH:MUHD. FARISZUDDIN B. ABD. SAMATDIBIMBING OLEH:ENCIK MOHD. RASHID B. HUSIN