faktor bertutur dan strategi bertutur

5
Faktor bertutur Faktor utama yang mempengaruhi pertuturan kanak-kanak ialah faktor kecerdasanyang mana kanak-kanak yang cacat otaknya selalu mempunyai pertuturan yang tidaksempurna. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lembab bercakapdidapati lebih lewat kecerdasannya berbanding dengan kanak-kanak yang cepatbercakap. Ini membuktikan bahawa kanak-kanak yang rendah tahap kecerdasannya akan mengalami kesukaran untuk bertutur dengan baik. Faktor kedua ialah faktor kesihatan yang bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak- kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap. Selain itu ialah faktor fizikal yang mana pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik. Di samping itu ialah faktor taraf sosioekonomi iaitu kajian tentang penguasaanbahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak- kanak daripada keluarga atasan danpertengahan didapati boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan lebih baikdariapda kanak- kanak keluarga bawahan. Semakin tinggi taraf ekonomi sesebuahkeluarga, semakin tinggi pula taraf penguasaan bahasa ahli-ahli keluarganya.

Upload: shalu-shetty

Post on 12-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bnm,.

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor Bertutur Dan Strategi Bertutur

Faktor bertutur

Faktor utama yang mempengaruhi pertuturan kanak-kanak ialah faktor

kecerdasanyang mana kanak-kanak yang cacat otaknya selalu mempunyai pertuturan

yang tidaksempurna. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lembab

bercakapdidapati lebih lewat kecerdasannya berbanding dengan kanak-kanak yang

cepatbercakap. Ini membuktikan bahawa kanak-kanak yang rendah tahap

kecerdasannya akan mengalami kesukaran untuk bertutur dengan baik.

Faktor kedua ialah faktor kesihatan yang bermaksud jika seseorang kanak-kanak

itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan

terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan

untuk berfikir dan bercakap. Selain itu ialah faktor fizikal yang mana pertuturan

biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati

organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak

boleh bertutur dengan baik.

Di samping itu ialah faktor taraf sosioekonomi iaitu kajian tentang

penguasaanbahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak daripada keluarga

atasan danpertengahan didapati boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan lebih

baikdariapda kanak-kanak keluarga bawahan. Semakin tinggi taraf ekonomi

sesebuahkeluarga, semakin tinggi pula taraf penguasaan bahasa ahli-ahli keluarganya.

Seterusnya ialah faktor jantina yang mana melalui kajian-kajian yang telah

dijalankandidapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-

kanak lelaki.Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanakkanak perempuan yang

berkaitandengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-

kanak lelaki. Akhir sekali ialah faktor dwibahasa iaitu kanak-kanak ekabahasa biasanya

bolehbertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Kanak-kanak

yangmempelajari bahasa kedua sering menemui kesulitan. Ini kerana penguasaan

bahasapertama atau bahasa ibunda selalu menggangu bahasa yang dipelajari itu.

Sistem nahudan sebutan bahasa ibunda iti tidak sama dengan sistem bahasa sasaran

Page 2: Faktor Bertutur Dan Strategi Bertutur

dan ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa

tersebut.

Strategi bertutur

Menurut Abd Aziz Abd Talin (1993) dalam bukunya yang bertajuk „Menguji

Kemahiran Bahasa, Prinsip, Teknik dan Contoh‟, beliau mengatakan terdapat beberapa

subkemahiran yang harus diterapkan di dalam diri pelajar sebagai langkah untuk

menigkatkan kemahiran bertutur. Antaranya adalah bercakap dengan berani dan yakin

dengan suara yang jelas supaya dapat didengar dan difahami oleh orang yang

mendengarnya. Seterusnya, bercakap dengan menggunakan tatabahasa dan

perbendaharaan kata yang sesuai dan baik dalam pertuturan. Selain itu, bercakap

dengan sebutan yang jelas dan betul menurut sebutan bahasa Melayu standard .

Selain daripada itu, bercakap menurut intonasi yang betul dan kualiti suara yang

baik dan tidak membosankan. Akhir sekali, bercakap dan melahirkan idea atau fikiran

dengan gaya pertuturan yang berkesan iaitu logik, teratur, semula jadi, spontan, lancar,

jelas, dengan penuh tenaga dan minat. Dalam setiap aktiviti yang melibatkan

pertuturan, guru haruslah mengajar dan melatih murid supaya sifat tersebut dapat

dibina apabila mereka bercakap.Untuk menguasai kemahiran bertutur bukanlah perkara

yang mudah dilakukan. Perkara ini seharusnya dimulakan dari peringkat yang asas iaitu

bermula diperingkat sekolah lagi.

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini, guru harus

mempertingkatkan latihan dan memberikan tunjuk ajar secara berterusan bagi

membimbing pelajar-pelajarnya agar mampu menguasai kemahiran bertutur ini.Untuk

menguasai kemahiran bertutur , beberapa aspek harus diambil penekanan iaitu aspek

suara, aspek sebutan dan intonasi, aspek bentuk bahasa lisan dan pemilihan kata,

aspek gaya penyampaian dan akhir sekali aspek tatatertib bercakap. Kesemua aspek

ini harus ditekankan dan diambil berat dalam usaha menguasai kemahiran bertutur.

Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk

membina kecekapan bertutur kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik

minat dan perhatian pelajar.Dalam teknik bercerita ini latihan pemahaman, perluasan

Page 3: Faktor Bertutur Dan Strategi Bertutur

perbendaharaan kata dan tatabahasadapat disampaikan. Selain itu, ia juga dapat

meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, membaca dan menulis dikalangan

pelajar.Walaubagaimanapun, perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada

peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada

teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Selain daripada itu, suara

memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar

dan tidak menimbulkan kebosanan

Teknik bertutur berdasarkan cerita dalam gambar bersiri dan teknik bertutur

berdasarkan cerita dalam gambar karangan sering digunakan pada peringkat sekolah

rendah.Sungguhpun teknik ini dapat merangsang murid-murid untuk bertutur dan

bercerita, mengeluarkan idea atau fikiran dan membuat ayat secara lisan, tetapi teknik

ini kurang menggambarkan keperluan penggunaanya. Hal ini kerana dalam kehidupan

seharian teknik initidak dapat diaplikasi, maka penggunaanya hanya terhad di bilik

darjah sahaja. Oleh itu,peningkatan kemahiran adalah lambat.

Sekiranya seorang guru itu menggunakan tajuk atau tema untuk merangsang

danmelatih murid bertutur, tentukan bahawa tajuk atau tema itu sesuai dengan umur,

minat, danpengalaman murid. Tujuan utama guru adalah bukan untuk menilai sejauh

mana pengetahuan pelajar tersebut mengenai topik dan tajuk berkenaan tetapi adalah

untuk merangsang murid bertutur dan melatih mereka mengeluarkan pendapat dengan

menggunakan bahasa Melayu baku. Antara topik yang dianggap sesuai bagi pelajar

adalah seperti fesyen pakaian, majalah,penyanyi, rancangan televisyen, filem, cita-cita

dan lain-lain lagi. Manakala bagi murid-murid sekolah rendah pula, tajuk-tajuk yang

biasanya mampu menarik minat mereka untuk bertutur adalah seperti diri sendiri,

keluarga, hobi, binatang kesayangan, rancangan kanak-kanak ditelevisyen, rancangan

kartun dan sebagainya.

Karangan lisan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid

berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan

kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh

bahan untuk menulis karangan bebas. Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan

sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan.

Page 4: Faktor Bertutur Dan Strategi Bertutur

Dalam latihan ini, murid-murid dikehendakimenjawab soalan-soalan yang dikemukakan

oleh guru secara lisan. Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan

untuk dikaji. Kemudian, murid murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula

dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Kemahiran lisan, mendengar dan

bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis. Ia juga merupakan

salah satu langkah untuk meningkatkan kemahiran bertutur.