fadzillah seni muzik dalam pendidikan.doc

17
SENI MUZIK DALAM PENDIDIKAN 1.0 Pengenalan Dalam Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya seperti sajak, lukisan, muzik dan lain-lain yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua- dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya iaitu Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri. Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. 2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon.

Upload: asgettunsally72yahoo

Post on 24-Dec-2015

293 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

SENI MUZIK DALAM PENDIDIKAN

1.0  Pengenalan

 Dalam Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya seperti sajak,

lukisan, muzik dan lain-lain yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang

indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni,

bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan

adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang

berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di

dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya iaitu

Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai

pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang

ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu

( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut

akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu

objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai

keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini

adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni

itu sendiri.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan

rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is

Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang

terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan,

kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan

Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus.

Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni

suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang

memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam

Page 2: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan

pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam

setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi

impak yang positif untuk seseorang individu.

“Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang

diolah secara halus dan sederhana”. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi

mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang

diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan

ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang

bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim

seperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan,

pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga

elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni

muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan

melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada

interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting

dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya,

kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni

dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan

yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya

seni visual.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan

sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita

mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang

untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita

semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan

jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud

disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam

pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan

susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Page 3: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu

mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis

corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk

memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya

sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran

Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk

menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa

lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak

melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-

elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan

pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk

memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah

dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan

menjadi lebih berkesan.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education

menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang

komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah

yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan

menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran

guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan

pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan

dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-

kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak

dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara

tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti,

pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

Page 4: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan

seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari denganFalsafah

Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan

sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni

Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang

matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak

menggunakan  imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam

pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses

tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang

pendidik seperti:

1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan

professional.

Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis

menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita

untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang,

berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian

atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui

aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan

diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,

eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan

murid-murid tersebut.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.

Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual,

muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini.

Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan

perpindahan pembelajaran.

Page 5: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

3) Guru senang mencapai objektif atau  matlamat.

Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam

mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann

menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu

pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan

pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam

pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan  teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh

jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan

matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi

peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan

melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru

hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan

murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan

seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan

kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat

sentiasa ditegaskan.

3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan  ialah:-

1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.

Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina

keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman

yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya,

dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang

ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau

tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat member

ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran

yang kita pelajari.

Page 6: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.

Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi

tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu

kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh

menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal

tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada

keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan

personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam

membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat

masa kini. Seni dapat memupuk displin diri,mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan

menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan

pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.

Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan

otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan.

Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi

kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai

situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan

mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek

dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps”

Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan

kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,berimaginasi dan

kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait

anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam

kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian

melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi.

Page 7: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat

pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi

membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk

memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran

yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini

berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk

sebagai ‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf ‘R’adalah satu kata

yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu.

Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu

dijadikan ‘R’ keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana,

Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan

pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik

dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni

Dalam Pendidikan ialah:

(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan

berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis

sebagai media dalam penyampaian maklumat  murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid

akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.

Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial

sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat

bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam

penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses

pembelajaran.

Page 8: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

(ii) Memupuk Nilai Kerjasama

Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat

mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti

berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk

mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan

merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial

yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh

menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.

(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat

dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-

dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.

Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa

yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan

untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik

sahaja mereka memersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid

dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan

bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai

penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan

dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai

bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran.

Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan

pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara

pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

Page 9: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia

bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber

manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid

melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti

permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina

kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan

diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan

orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan

supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan

pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan

yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman

pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni

pergerakan. Penggunaan seni dalam pendidikan ini menyentuh perasaan estetika dan daya

kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru

akan memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti seperti meneroka,

mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Selain itu, murid juga diharapkan dapat

mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan

lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh

dan menyeronokkan.

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek

yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi

kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi

asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna

harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual

Page 10: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan

berbudaya.

Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan

program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia

boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti menghubungkait pengetahuan dalam berbagai

mata pelajaran, Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah

brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran

atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat.

Selain itu ialah menghubungkait kemahiran dalam berbagai mata pelajaran.Dengan adanya

penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait

sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk

membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial

agar dapat membentuk nilai murni sepeti menghormati, menggalakkan sikap kepimpinan yang

terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi

dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar

untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia

secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi,

kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum

ke dalam konteks kehidupan yang sebenar.

Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai

bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang

berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan

yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai

seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah

untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk

mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan

penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.

Page 11: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

 Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik

menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar

menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan

diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang

pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat

mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan

kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan

menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam

tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar

memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang

dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.

Salah satu contoh bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk digunakan dalam

pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema ialah :

Mata Pelajaran  :  Sains Tahun Empat

Tajuk  : 3.1 Basic needs of Plants

Tema : Persekitaran pokok.

Jadi murid akan diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah

dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu,

murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan

dengan pelbagai alat muzik.

Pergerakan :      (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup.

(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah,

berterbangan.

Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang

(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

Page 12: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan

menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan,

sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara

tidak langsung akan dapat membantu untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains),

mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik), menunjukkan

perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza

(seni visual) dan melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani). 

Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih:

Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh

digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh

menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala

dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan

seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya. Tema Pokok ini juga berkaitan

dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk

membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan

berkesan. Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang

berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan

antara perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar.

Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema

yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan

langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P

a)Penggabungjalinan

Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan

suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini

berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan

bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi

Page 13: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang

lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa

kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.

2) Penyerapan

Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi

pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata

pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan

merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata

pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan

mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains

semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.

3) Penerapan

Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam

pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah

nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai

kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.

4) Pemulihan

Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar

yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M.

Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid

mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.

5) Pengayaan

Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat

kadar penerimaannya. Oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi

iaitu peringkat cemerlang.

Page 14: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

Kebaikan dan kelebihan. Antaranya :

(a) Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja.

Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah

peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan

mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat

kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu

dalam menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan

dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.

(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan.

Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan

meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan

peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan

pergerakan.

c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam

pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan,

baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada

program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah

Apakah alat atau bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka,

memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat

ataubahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran?

Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk

meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir

dengan setiap aktiviti pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema

persekitaran pokok ini pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan

menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat menyediakan cara tambahan

untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi

pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis.

Page 15: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak

keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.Pelajar digalakkan untuk meneroka

dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan

bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih

berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan

kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman

ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah,

membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat

penilaian dan bijak membuat pilihan.

Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang

kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui perkataan, bunyi, pergerakan dan

visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktiviti-

aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat

secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan

mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh

orang lain. Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu

aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar

diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk

pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi

pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana

untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

Page 16: FADZILLAH SENI  MUZIK  DALAM  PENDIDIKAN.doc

Bibliografi

Azizah Muhammad 1981. Kesan Pengiklanan di televisyen terhadap kanak-kanak

Latihan ilmiah. Universiti kebangsaan Malaysia

Mohamed Ghouse Nasaruddin (1994). Seni Persembahan Tradisi Menjelang Abad ke-

21.Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1994/Bil. 6, Universiti Sains Malaysia.

24 September 1994. (Atas talian) http://www.lib.usm.my/press/SSU/ghouse.html.

(23 Mei 2004)

Teuku Iskandar (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zulkifly bin Yaakob(2002). IPTHO Pendidikan Muzik Prasekolah, Batu Pahat, Johor.