seni muzik

24
SENI MUZIK ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN TARIAN SENI BINA LUKISAN PERMAINAN TRADISIONAL KRAFTANGAN

Upload: farhanananana

Post on 28-Dec-2015

97 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Muzik

SENI MUZIK

ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN

TARIAN

SENI BINA

LUKISAN

PERMAINAN TRADISIONAL

KRAFTANGAN

Page 2: Seni Muzik

Seni muzik merupakan salah satu hiburan yang paling diminati di negara kita dari dahulu

hingga kini. Muzik juga merupakan satu tarikan kepada manusia dalam kehidupan sosial.

Ahli falsafah berpendapat manusia secara semulajadi mempunyai tarikan terhadap muzik..

Fakta ini jelas kerana muzik menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan lagi. Muzik bukan

sahaja dapat dinikmati melalui pacaindera malahan dapat dirasai melalui hati dan perasaan

seseorang itu. Muzik dapat memberi kesan dalam hidup orang ramai melalui seni,irama dan

lagu. Muzik juga dapat ditontonkan dan dipersembahkan melalui pelbagai cara samaada

secara terus ataupun melalui media. Persembahan muzik bukan sahaja dapat dilakukan

dengan pelbagai cara malahan dapat dipersembahkan oleh kaum lelaki mahupun wanita.

Menurut kamus dewan pula seni muzik merupakan satu gubahan bunyi yang menghasilkan

hiburan dalam bentuk lagu dan irama yang indah dan menyenagkan. Seni muzik juga sentiasa

berubah-rubah melalui aliran dari zaman ke zaman.

Seni muzik tradisional merupakan seni yang tidak lapuk di kalangan pelbagai etnik di negara

kita. Seni muzik tradisional merupakan warisan turun temurun sesuatu kaum dan mempunyai

keunikan tersendiri. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri. Seni muzik

tradisional juga bergantung kepada adat dan budaya sesuatu bangsa. Pada zaman dahulu

muzik hanya dimainkan oleh golongan bangsawan ataupun untuk hiburan diraja sahaja.

Namun begitu terdapat juga muzik yang dimainkan untuk rakyat.

Page 3: Seni Muzik

Alat muzik juga merupakan lambang estitika dalam masyarakat kita. Ia bukan sahaja

dijadikan sebagai hiburan malahan menjadi alat untuk penyebaran maklumat dan

sahsiah. Sesetengah alatan muzik juga mempunyai unsur magis yang boleh menaikan

semangat dan digunakan dalam upacara tertentu.

1) TAMPURA

Warisan bangsa cina .

Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi

daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan

belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2

daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui

atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada.

Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan.

Cara menggunakannya : Dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.

Cara menghasilkan bunyi : getaran pada tali yang ditegangkan.

Page 4: Seni Muzik

2) Tabla

Warisan bangsa India.

Berasal dari gendang Mridangam. Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang

kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat

daripada kayu jati, rosewood dan jackwood. Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla

untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.

Dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas lantai di hadapan pemain. Alat ini dipalu dengan

jari-jari dan tapak tangan.

Cara menghasilkan bunyi : Dipukul pada kulit yang ditegangkan.

Page 5: Seni Muzik

3) Sape

Sape adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk gitar

Berasal dari Sarawak dan Kalimantan iaitu tengah Kepulauan Borneo. Alat muzik ini sering

digunakan oleh kaum etnik Kenyah, Kayan, Iban, Dayak dan Kelabit.

Diperbuat dari kayu lembut seperti Meranti. Alat muzik ini dapat mengalunkan irama yang

mengasyikkan sesuai dengan latar belakang hutan tropika di Borneo.

Pada asalnya, alat muzik Sape ini dimainkan untuk upacara ritual dirumah panjang. Namun

setelah mengalami perubahan masa, ia telah berubah menjadi alat muzik untuk hiburan dan

kegiatan sosial seperti iringan untuk tarian tradisional etnik Kepulauan Borneo seperti Ngajat

dan Datun Julud .

Page 6: Seni Muzik

Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan,kaki dan tangan

mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap

kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri.

Jenis-jenis tarian di Malaysia :

*Makyong

*Tarian Adai-Adai

*Tarian Bharata Natyam

*Tarian Bolak-Bolak

*Tarian Daling-Daling

*Tarian Kuda Kepang

*Tarian Ngajat

*Tarian Singa

*Tarian Sumazau

*Zapin

Page 7: Seni Muzik

1) Mak yong

Mak Yong atau Makyung merupakan sejenis tarian Melayu traditional.

Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu

yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan,

muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan

bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani,

Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti

dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan

merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam

persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang

berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke

empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala

dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya

berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong

di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang

dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

Page 8: Seni Muzik

2) Tarian adai- adai

Tarian traditional bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan pada kehidupan kaum

nelayan.

Tarian ini mengisahkan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut

manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk

membantu mengutip hasil tangkapan yang akan diperolehi.

Tarian Adai-adai ini biasanya ditarikan oleh pasangan empat lelaki dan empat

perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian dengan

rentak hampir sama dengan rentak tarian zapin yang terdapat di Semenanjung

Malaysia.

Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei

ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga

memakai pakaian khas yang berwarna warni.Kadang-kala tiada alatan muzik

digunakan, sebaliknya bunyi yang mengiringi nyanyian adalah hentakan

pengayuh di bahagian pinara sampan atau perahu yang didayung serta pukulan

buyung atau keduit. Tarian ini sering dipersembahkan di majlis-majlis keramaian.

Page 9: Seni Muzik

3) Tarian Bharata Natyam

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian

klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi,

yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana

terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk

mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh

dengan kegemilangan.

Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India.

Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari

wanita.

Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di

kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana.

Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan

Nritya ( Tarian Ekspressi ).

Page 10: Seni Muzik

1) Rumah tradisional Melaka

Rumah tradisional orang-orang Melayu Melaka pada kebiasaanya berteraskan

bumbung atap yang panjang dan sesuatu yang menjadi tanda pengenalan bagi rumah

Melayu Melaka adalah mempunyai tangga batu yang istimewa ianya unik berbanding

dengan rumah tradisional orang Melayu di negeri-negeri lain.

Keunikan tangga batu ini diperindahkan lagi dengan jubin pelbagai corak disamping

ukiran-ukiran kayu pada tiang, pintu, tingkap dan papan gendeng. Keserian rumah

tradisional Melayu Melaka ini ditambah lagi dengan lanskap laman yang biasanya

dihiasi dengan pokok-pokok bunga khususnya bunga kertas yang diletak dalam pasu

beralaskan batu bata dan disusun disekitar bahagian hadapan rumah.

Rumah tradisional orang Melayu Melaka ini jelas menunjukkan ketinggian kreativiti

dan keprihatinan terhadap unsur alam sekitar telah diabadikan ke atas tempat

kediaman, begitulah indah dan seninya orang-orang Melayu di Melaka.

Page 11: Seni Muzik

2) Rumah Minangkabau

Perkataan Minangkabau bermaksud menguji kekuatan antara kerbau.

Sebutan Minangkabau biasanya terdapat di Negeri Sembilan.

Reka bentuk bumbung Rumah Minangkabau melatik seperti tanduk kerbau.

Reka bentuknya sama seperti reka bentuk rumah di Sumatera, Indonesia. Menurut

sejarah, orang Minangkabau telah datang dan menetap di Negeri Sembilan

dengan membuat rumah.

Orang Minangkabau membuat rumah mereka dengan mengekalkan reka bentuk

rumah seperti reka bentuk rumah di Minangkabau.

Page 12: Seni Muzik

3) Rumah rakit

Rumah rakit adalah rumah yang di bina di atas air. Biasanya rumah ini di bina di

tepi sungai atau di tasik. Ia dihuni oleh orang kampung yang menjadikan sungai

atau tasik sebagai tempat mencari rezekinya. Selain daripada itu, ia juga dijadikan

sebagai tempat menyimpan sampan dan alat-alat menangkap ikan.

Page 13: Seni Muzik

MOTIF-MOTIF YANG DIGUNAKAN DALAM LUKISAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA

1.Kehidupan masyarakat berbilang kaum.

2. Kehidupan seharian penduduk tempatan.

3. Pemandangan dan suasana kampung.

4. Adat resam dan budaya hidup masyarakat.

5. Alam semula jadi.

Page 14: Seni Muzik
Page 15: Seni Muzik

1) Sepak raga

Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw.

Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain,

malah telah dikenali di seluruh.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti

raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan

salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan.

Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali,

sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk

lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan

mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam

pusingan tersebut ditamatkan.

2) Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz

yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing

pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil.

Page 16: Seni Muzik

Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada

jatuh.

Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga

tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana

ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina

dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini

membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

3) Kho-kho

'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum

India.

Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan

kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan

hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang

pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho

ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk

megelak peserta-peserta lain.

Page 17: Seni Muzik

Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun,

hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam

permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari

dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8

kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam

kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang

kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah

menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan

tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan

"foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat

sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh

ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh

kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran

terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak

padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

Page 18: Seni Muzik

1) Labu sayong

Kraftangan Melayu.

Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang berasal

dari Kg. Kepala Bendang, Mukim Sayong, Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari

kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat

khas diperoleh dari kampung tersebut.

2) Tanglung

Kraftangan kaum Cina

Tanglung merupakan sejenis alat pelindung yang melindungi lilin dari tiupan angin

ketika berjalan pada waktu malam. Ia merupakan salah satu benda penting dalam

kebudayaan Cina dan telah menjadi salah satu unsur kebudayaan masyarakat Cina

semenjak tahun 250 SM lagi.

Page 19: Seni Muzik

3) Kalung bunga

Kraftangan India

Kalung bunga melambangkan kegembiraan masyarakat India untuk menyambut

individu yang istimewa bagi mereka. Mengalungkan bunga adalah untuk menyataan

perasaan mereka yang mengalu-alukan kedatangan atau kepulangan individu terbabit.