etika kerja sebagai penentu profesionalisme guru
TRANSCRIPT
Pengenalan
Tajuk tugasan kumpulan kami adalah etika kerja sebagai penentu profesionalisme guru.
Dalam tugasan ini, kami telah memilih untuk menggunakan pendekatan kajian
perpustakaan. Dengan ini, kami merujuk kepada etika kerja yang dikeluarkan oleh
kementerian Pelajaran Malaysia sebagai penentu profesionalisme guru.
Objektif bagi tugasan ini adalah:
- Menghuraikan etika kerja dalam profesionalisme guru;
- Menerangkan maksud profesionalisme guru;
- Menyatakan kepentingan etika kerja dalam profesionalisme guru;
- Menerangkan sumbangan etika kerja dalam profesionalisme guru.
Etika dan etika kerja
Menurut Dewan Bahasa & Pustaka (1995), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak,
adat atau tingkah laku atau kesusilaan yang dijadikan pegangan semasa menjalankan
tugas. Etika merupakan prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
Gluck (1986 : 176) telah mendefinasikan etika sebagai kajian falsafah terhadap moraliti.
Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai prinsip-prinsip bertingkah laku
yang mengawal individu atau profesion dan satu standard tingkah laku. Dari perspektif
Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul yang berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.
Selain itu, etika kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap
warga Kementerian Pelajaran berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia (Kementerian
Pelajaran Malaysia, KPM, 2003). Pada pandangan kami, etika kerja dapat disimpulkan
sebagai panduan tingkah laku yang diikuti oleh manusia yang berkait rapat dengan
kehidupan, khususnya di kalangan yang meminggirkan agama dalam kehidupan
mereka tanpa mengambil kira negara, bangsa dan agama yang telah menekankan
norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.
Dalam Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terbahagi dua
komponen yang utama, iaitu prinsip dan nilai. Prinsip-prinsip Etika Kerja KPM perlu
dilaksanakan dan dihayati seperti berikut:
- Niat yang betul.
- Perlakuan yang baik.
- Penggerak ke arah kebaikan.
- Memperkotakan apa yang dikatakan.
- Berdisiplin dan beradab.
Walaupun terdapat banyak nilai murni, tetapi hanya tujuh nilai utama menjadi fokus
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:
- Amanah
- Benar
- Bijaksana
- Bersyukur
- Dedikasi
- Ikhlas
- Penyayang
Profesionalisme guru
Menurut Kamus Dewan, profesionalisme merupakan sifat-sifat (kemampuan,
kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya
terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. Ciri-ciri profesionalisme adalah
terdiri daripada pengetahuan, kepakaran, sikap, dan nilai dalam sesuatu profesion.
Menurut Lieberman dalam Sufean (1993), telah menggariskan beberapa ciri-ciri
profesionalisme, antaranya ialah untuk menyediakan perkhidmatan yang unik dan
penting, menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan
tugas, mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas
pekerjaan itu dalam jangka masa tertentu, ada kuasa autonomi semasa menjalankan
tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan profesional itu adalah pakar dalam
bidang tertentu, mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi dengan tidak serta
mempunyai matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Semasa menjalankan
tugas, banyak keupayaan dan kebolehan intelek digunakan.
Menurut Parkay (1990), ahli profesional mempraktikkan pekerjaan mereka dengan
darjah autonomi (kuasa membuat keputusan) yang tinggi. Profesionalisme dilihat dari
segi mengutamakan mutu perkhidmatan, dedikasi terhadap pekerjaan, dan tidak
mementingkan pendapatan atau ganjaran (INTAN, 1995). Seseorang profesional
hendaklah menjadi ahli kepada sesuatu organisasi yang berkuasa menentukan nilai
murni untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan, dan penyingkiran ahlinya. Ahli
sesuatu profesion hendaklah mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi
profesion yang terlibat. Seseorang yang dikatakan profesional hendaklah sedar bahawa
tanggungjawab ialah amanah Allah yang wajib dilaksanakan dan akan dipersoalkan
nanti di alam akhirat (Abdul Halim, 1996).
Usaha untuk meningkatkan profesionalisme guru adalah guru profesional
seharusnya memiliki empat kompetensi, iaitu kompetensi pedagogi, kognitif, personaliti,
dan sosial. Selain daripada mengajar, seorang guru juga perlu memiliki pengetahuan
yang luas dan dapat bersosialisasi dengan baik. Profesion guru merupakan bidang
pekerjaan khusus yang memerlukan prinsip-prinsip profesional, mereka harus:
- memiliki bakat, minat, dan idealisme;
- memiliki kualifikasi pendidikan dan latar belakang pendidikan yang sesuai
dengan bidang tugasnya;
- memiliki kompetensi yang diperlukan sesuai dengan bidang tugasnya;
- mematuhi kod-kod etika profesional;
- memiliki hak dan kewajiban dalam melaksanakan tugas;
- memperoleh penghasilan yang ditentukan sesuai dengan prestasi kerjanya;
- memiliki kesempatan untuk mengembangkan profesionalismenya secara lanjut;
- memperoleh perlindungan hukum dalam melaksanakan tugas profesionalnya;
- memiliki organisasi profesional yang berbadan hukum.
Seterusnya, profesionalisme dalam pendidikan juga boleh dimaksud sebagai he
does his job well. Ertinya, guru harus menguasai secara mendalam bagi bidang
keilmuannya dan barulah mereka boleh melaksanakan profesionnya dengan sempurna.
Selain itu, guru juga menjadi teladan atau role model bagi setiap masyarakat seperti
pelajar, pihak sekolah, ibu bapa dan pihak kepentingan yang lain-lain.
Kepentingan Etika Kerja KPM Dalam Profesionalisme Guru
Penerapan sikap positif dalam melaksanakan kewajipan yang diamalkan bagi
menjaminkan kualiti kerja serta mengelakkan sebarangan sikap negatif dengan sedaya
upaya. Terdapat satu garis panduan profesionalisme bagi setiap guru supaya mereka
dapat melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa terkeluar dari lingkungan batasan
mereka.
Peningkatan kesedaran disiplin kendiri bagi setiap guru untuk melahirkan modal
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Perkhidmatan
yang berkualiti dan cemerlang kepada pelanggan dan organisasi dapat dihasilkan.
Bidang perguruan dapat memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada
Negara. Guru dapat memupukkan niat yang betul untuk memenuhi kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif KPM. Dengan ini, guru
dapat memberikan sumbangan yang bermutu dengan melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan bermakna.
Perlakuan bagi seseorang guru yang mempunyai penampilan diri, pertuturan dan
perbuatan yang terbaik dalam setiap masa dapat dikekalkan supaya mereka dapat
dijadikan sebagai role model yang baik bagi semua pelajar dan masyarakat.
Persekitaran etika dari segi polisi role model yang terbaik dapat disediakan serta
menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi antara satu sama lain.
Tugasan utama berkaitan dengan etika sebagai seorang guru yang
berprofesional ialah menyediakan pedagogi dan perkhidmatan yang berkualiti kepada
pelajar di samping mengekalkan dan merangsang proses pengajaran dan pembelajaran
bilik darjah dua hala. Dengan adanya etika kerja dalam profesionalisme guru,
kepentingan sekolah dan pelajar dapat dijaga serta mempertingkatkan kebaikan semua
pihak.
Dalam sekolah, terdapat banyak konflik berlaku antara guru dengan pelajar, guru
dengan pengetua, pihak sekolah dengan ibu bapa dan guru dengan guru. Yang pasti
setiap konflik ini akan memberikan kesan buruk kepada semua pihak. Konflik yang
berterusan dan tidak terkawal dalam sesebuah organisasi akan mengurangkan
kecekapan dan produktiviti. Dengan ini, pengetahuan etika kerja profesionalisme guru
dapat membantu guru untuk menyelesaikan konflik dengan kemahiran membuat
keputusan.
Menurut Mohd. Janib Johari (2001), satu persoalan yang sering diajukan ialah
patutkah pengamal profesional memberikan perkhidmatannya secara sukarela tanpa
bayaran atau mengurangkan bayaran kepada kumpulan yang memerlukannya?
Perkhidmatan sukarela memang diamalkan dan digalakkan di kalangan guru untuk
menjadikan seorang guru yang bersikap dedikasi untuk mengajar pelajar di sekolah,
terutama bagi pelajar yang tercicir daripada pelajaran harian. Dengan ini, kelas
tambahan akan diberi secara sukarela daripada guru selepas waktu persekolahan
untuk membantu tahap pembelajaran pelajar yang rendah.
Profesionalisme guru merupakan sebuah profesion yang unik dan bukan sesiapa
sahaja yang boleh menceburi bidang ini tetapi kualiti seseorang guru akan berubah dari
semasa ke semasa. Dengan adanya etika kerja yang dikeluarkan daripada KPM,
semua guru di Malaysia dapat mengamalkan etika kerja yang berkualiti dengan
berterusan dan menjadikan bidang perguruan lebih berprofesional.
Kesimpulannya, kepentingan-kepentingan yang telah dibincangkan di atas
memberi kesedaran kepada kita bahawa etika kerja amat penting untuk profesionalisme
guru di sekolah. Oleh itu, kita perlulah mengingati etika kerja yang ditentukan oleh KPM
supaya profesionalisme guru kita dapat menjamin kualiti dengan selama-lamanya.
Mohd. Janib Johari. Etika profesional (2001). Johor: Universiti Teknologi Malaysia.