etika dan peraturan

10
Jenis-jenis Cuti atas sebab perubatan Cuti sakit Cuti sakit lanjutan ( Cuti separuh gaji 90 hari engan perakuan Lembaga Perubatan bahawa pegawai ada harapan sembuh ) Cuti pemulihan dan cuti kerantina ( Pegawai dalam perjalan balik ke Malaysia dari luar Negara di tahan di mana-mana stesen kerantina oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang atau di dalam sebuah kapal/kapal terbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak ) Cuti bersalin Cuti kecederaan ( cedera semasa menjalankan tugas ) Cuti tibi, kusta dan barah 5.0 PERHIMPUNAN MINGGUAN Guru-guru dikehendaki menghadiri perhimpunan Mingguan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. Guru-guru bersama pelajar menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Johor dan lagu sekolah serta membaca Ikrar. 6.0 PERKHIDMATAN PELANGGAN (PELAJAR) Guru hendaklah prihatin dalam proses pembelajaran pelajar, agar prestasi setiap pelajar semakin meningkat. Sebarang masalah P&P hendaklah dirujuk kepada Ketua Panitia atau GKMP atau Guru Penolong Kanan. Guru-guru tidak dibenarkan keluar daripada bilik darjah sewaktu proses P&P sedang berjalan, kecuali dalam masa kecemasan.

Upload: izlyzlya

Post on 06-Dec-2015

329 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

etika

TRANSCRIPT

Page 1: etika dan peraturan

Jenis-jenis Cuti atas sebab perubatan

Cuti sakit Cuti sakit lanjutan ( Cuti separuh gaji 90 hari engan perakuan Lembaga

Perubatan bahawa pegawai ada harapan sembuh ) Cuti pemulihan dan cuti kerantina ( Pegawai dalam perjalan balik ke

Malaysia dari luar Negara di tahan di mana-mana stesen kerantina oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang atau di dalam sebuah kapal/kapal terbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak )

Cuti bersalin Cuti kecederaan ( cedera semasa menjalankan tugas ) Cuti tibi, kusta dan barah

5.0 PERHIMPUNAN MINGGUAN

Guru-guru dikehendaki menghadiri perhimpunan Mingguan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan.

Guru-guru bersama pelajar menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Johor dan lagu sekolah serta membaca Ikrar.

6.0 PERKHIDMATAN PELANGGAN (PELAJAR)

Guru hendaklah prihatin dalam proses pembelajaran pelajar, agar prestasi setiap pelajar semakin meningkat. Sebarang masalah P&P hendaklah dirujuk kepada Ketua Panitia atau GKMP atau Guru Penolong Kanan.

Guru-guru tidak dibenarkan keluar daripada bilik darjah sewaktu proses P&P sedang berjalan, kecuali dalam masa kecemasan.

Semua guru adalah Guru Dislpin, dan menjadi tanggungjawab bersama menyelesaikan masalah displin dan akhlak pelajar.

Semua guru adalah Kaunselor, dan bertanggungjawab mengawasi masalah ponteng, kesihatan, kebajikan dan kebersihan pelajar.

Guru-guru perlu bersedia mendengar permasalahan pelajar, bersikap tegas tetapi penyayang dan elakkan daripada melakukan kekerasan.

7.0 KEGIATAN KOKURIKULUM

Semua guru akan menjadi Penasihat Kegiatan Kokurikulum. Tugas ini hendaklah dilaksanakan dengan cekap.

Semua guru WAJIB hadir kegiatan kokurikulum dan menandatangani Buku Kehadiran Kokurikulum di pejabat sekolah.

Page 2: etika dan peraturan

Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti Kokurikulum diisi oleh pelajar dan mengesahkan laporan tersebut.

Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras setiap minggu disemak dan dihantar sebulan sekali kepada Pengetua/ GPK Kokurikulum untuk disahkan.

8.0 MELAKUKAN KERJA LUAR

Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab “D” seperti berikut:

Memohon kebenaran bertulis kepada Ketua Jabatan Tidak melakukan semasa waktu pejabat Tidak menjeasjkan sebagai penjawat awam Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan

kepentingan jabatan.

Berkaitan dengan menjalankan kelas tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79(i) dan subseksyen 132 (g) dimana boleh didienda tidak melebihi RM 30,000 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Ribu) atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

9.0 BUKU REKOD MENGAJAR (Fail)

Buku Persediaan Mengajar adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua butiran hendaklah dilengkapkan dengan teliti, kemas dan betul.

Fail/ Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua/Guru penolong Kanan 1/ Guru kanan Mata Pelajaran pada setiap minggu mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani.

Jika peraturan ini tidak dipatuhi, guru boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000) mengikut Akta pendidikan 1996 (Akta 550) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan 1997) PUA/531/97.

10.0 PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

Jika guru menghadapi masalah berkaitan aspek perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua.

Manakala jika berkaitan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran, guru boleh berurusan dengan Ketua Panitia, GKMP atau Guru Penolong Kanan 1.

11.0 PEMBELIAN BARANG

Page 3: etika dan peraturan

Setiap pembelian barang mesti dengan kebenaran terlebih dahulu dengan menggunakan Borang Pesanan Dalaman yang boleh didapati di pejabat sekolah.

Boring tersebut hendaklah disahkan oleh GKMP/ Guru Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.

Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu dengan menyediakan Borang Pesanan Tempatan ( Local Order/ LO)

Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekodkan no. daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Boring yang diteriam hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.

12.0 BUKU STOK / INVENTORI

Ketua Panitia atau Ketua Unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta merta)

GKMP / Ketua Pembantu Tadbir (KPT) akan menyemak buku stok inventori ini dari semasa ke semasa dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Guru Penolong Kanan / Pengetua.

13.0 TUGAS GURU

Tugas guru diberikan dalam bidang Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.

Setiap guru juga terlibat serba sedikit dalam bidang pengurusan dan pentadbiran seperti AJK Stok & Inventori, AJK Penbangunan Fizikal, Guru Kelas, Guru Displin. Keberkesanan P&P mahupun Kokurikulum, sebahagian besarnya bergantung kepada keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Oleh itu, bidang ini perlu diberi perhatian yang wajar.

Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah a\tau sekolah lain, hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.

Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan kepad Pengetua dengan menggunkan boring khas yang boleh didapati di pejabat sekolah (rujuk Lampiran D)

Gugu yang mewakili sekolah dalam sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan “In House Training” kepada guru dan dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan 1 / Pengetua, tarikh dan masa pelaksanaannya.

Page 4: etika dan peraturan

Bahan-bahan yang diperoleh semas kursus, seminar atrau seumpamanya itu hendaklah disimpan di sekolah ( hak milik sekolah bukan hak milik peribadi)

Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk pelajar dan maklumkan kepada GKMP.

14.0 SURAT MENYURAT

Semua surat rasmi yang menggunakan letter head sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua untuk disimpaikan kepada pihak-pihak berkenaan.

15.0 SURAT YANG DITERIMA

Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.

Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.

Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah:

Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan aal atau fotostat, jika salainan asal, sila minta fotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di pejabat.

Jika tindakan yang perlua diambil merupakan mengisi maklumat dalam boring yang disediakankan, maka boring tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat litup / iringan (covering) yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar boring berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat litup daripada sekolah walaupun dihantar dengan serahan tangan. Satu salinan boring berkenaan dan surat litup hendaklah disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan.

16.0 JADUAL WAKTU MENGAJAR

Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan. Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa

kebenaran. Guru Tingkatan hendaklah menydiakan satu salinan jadual waktu untuk

dipamerkan dalam kelas sendiri.

Page 5: etika dan peraturan

17.0 KESELAMATAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH

Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan HEM.

Ketua Panitia / GKMP hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

18.0 KEBERSIHAN

Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadula giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan/kelas masing-masing. Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik.

GKMP/ Ketua Panitia dan guru-guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, makmal sains dan lain-lain) bertanggunagjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.

Semua gur, staf dan pelajar sama-sama bertanggungjawab tehadap kebersihan kawasan sekolah.

19.0 PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT

Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesame rakan dan sentiasa mengawal tutur kata supaya wujud perasaan kekitaan dalam organisasi.

Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat/ kepercaayaan sesame rakan atau pun pelajar sekolah.

Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasrkan kepada kaum, staus sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

20.0 BILIK GURU

Sebuah jawatankuasa dilantik untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan bilik guru. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas.

Masa tersebut hendaklah dianggap “non-teaching period” dan bukannya “free period”. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan

Page 6: etika dan peraturan

tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.

Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuia dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain.

Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua

guru, termasuk keselamat harta benda yang terdapat di dalam bilik guru. Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua

computer, lampu, kipas, air-cond dipadamkan dan semua pintu dikunci.

21.0 KEAHLIAN KELAB BILIK GURU/PIBG

Semua guru secara automatic menjadi ahli Kelab Bilik Guru dan PIBG sekolah.

22.0 PELAWAT/JURUJUAL

Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/ Guru Penolong Kanan 1 terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma / syarikat atau jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua / wakilnya (rujuk Lampiran E )

23.0 URUSAN DENGAN PEJABAT DAERAH/JABATAN PELAJARAN NEGERI

Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Johor untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat demikian.

24.0 ARAHAN DAN PEKELILING

Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi derta ditandatangani selepas membacanya.

Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas.

25.0 PENGGUNAAN ALATAN

Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan

Page 7: etika dan peraturan

Mesti mendapat kebenaran daripada Pejga Stok dan direkodkan. Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta

berkeadaan baik. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya.

26.0 TELEFON

Penggunaan telefon sekolah adalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru dan staf sokongan sekolah tidak dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi.

Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P&P di dalam bilik darjah dan semasa mesyuarat.

27.0 KUNCI

Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di pajabat.

Guru-guru yang berhak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.

28.0 MENGIRINGI PASUKAN SEKOLAH

Guru-guru yang mengiringi pasukan sekolah untuk satu-satu aktiviti tertentu di luar kawasan sekolah, hendaklah menguruskan segala urusan mengenainya.

Jika terdapat murid-murid lain( penyokong ) menyertai rombongan tersebut, prosedur yang sama seperti di atas hendaklah dipatuhi. Guru hendaklah mengwasi dan mengawal murid untuk menjaga keselamatan mereka.

29.0 TUNTUNTAN PERJALANAN

Berdasarkan arahan surat menyurat atau bengkel atau kursus atau seminar. Perkiraan perkilometeran atau teksi bermula dari rumah atau sekolah atau mana-

mana yang paling dekat.