esei

Upload: ainyenryzam

Post on 03-Mar-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu sem 2

TRANSCRIPT

2. Esei ( 40 %)

Di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya mengaplikasi teori konstruktivisme. Teori konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia mereka. Prinsip-prinsip asas teori pembelajaran konstruktivis kognitif Piaget merangkumi dua aspek iaitu proses yang dilalui untuk mengetahui sesuatu dan peringkat yang dilalui sambil memperoleh kebolehan.

Menurut Piaget tingkahlaku kita dikawal oleh struktur mental yang dipanggil skema. Mengikut kebiasaan, kita menggunakan dua proses untuk membuat adaptasi dengan persekitaran iaitu asimilasi dan akomodasi. Di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, saya mengadaptasi proses akomodasi. Saya wujudkan skema baru untuk menempatkan maklumat atau pengalaman baru dan mengubahsuai skema sedia ada agar dapat menyimpan maklumat atau pengalaman baru. Terdapat empat peringkat perkembangan kognitif yang disyorkan oleh Piaget iaitu sensorimotor (sejak lahir 2 tahun), pra operasional (2-7 tahun), operasional konkrit (7-11 tahun) dan operasional formal (11 tahun ke atas).

Teori pembelajaran konstruktivis diasaskan oleh Vygotsky berfikiran bahawa murid-murid sering membina pengetahuan secara individu serta sosial. Guru perlu menyediakan persekitaran yang kondusif agar mereka mengkaji serta memanipulasi objek sedia ada. Menurut Vygotsky tahap perkembangan murid-murid dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perkembangan sebenar dan perkembangan berpotensi. Teori pembelajaran konstruktivis sangat membantu untuk merancang isi pengajaran yang hendak diajar. Dalam hal ini, guru harus menentukan pengetahuan sedia ada murid-murid untuk mencapai hasil pembelajaran. Model pengajaran 5E sangat sesuai dijadikan sumber rujukan guru yang dipelopori oleh Roger Bybee mengandungi lima tahap iaitu penglibatan (engagement), penerokaan (exploration), keterangan (explanation), huraian (extension) dan penilaian (evaluation).

Pada tahap penglibatan (engagement) guru berpeluang untuk mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid-murid. Pada tahap penerokaan (exploration)murid-murid dibekalkan pengalaman yang sama dan meluas. Oleh yang demikian, mereka dapat membuat perbandingan antara apa yang sedang difikirkan dengan yang diperhatikan. Pada tahap keterangan (explanation) murid-murid diberi peluang untuk mengaitkan pengalaman lalu, serta mengkonseptualisasi idea utama yang terkandung dalam unit pengajaran. Pada tahap huraian (extension) murid-murid mengaplikasi atau lanjutkan konsep terhadap situasi baru, disamping mengaitkan pengalaman lalu dengan yang baru serta pada tahap penilaian (evaluation) guru menilai kefahaman konseptual murid-murid serta kebolehan mereka untuk menggunakan kemahiran pada tahap pertama dan berterusan merentasi keseluruhan model.

Terdapat empat sejenis strategi yang dapat digunakan oleh guru, iaitu pemusatan guru, pemusatan murid, berasaskan bahan dan berasaskan tugas/aktiviti. Strategi pemusatan murid berasaskan teori pembelajaran konstruktivis, guru berperanan sebagai fasilitator yang membimbing murid-murid untuk membina dan memperoleh kefahaman berkaitan isi pengajaran yang disampaikan. Terdapat beberapa kaedah yang menggunakan strategi pemusatan murid ini iaitu pusat pembelajaran, pembelajaran berasaskan masalah dan apa yang diketahui-apa yang ingin diketahui-apa yang telah dipelajari (K-W-L). Di sini saya menggunakan kaedah apa yang diketahui-apa yang ingin diketahui-apa yang telah dipelajari (K-W-L).

Kaedah ini merupakan satu proses yang mana murid-murid mengingat kembali apa yang mereka ketahui, kemudian menyatakan apa yang ingin diketahui, dan seterusnya apa yang telah dipelajari. Di awal sesi pengajaran, saya menyediakan satu carta yang mempunyai tiga ruang tajuk, iaitu K, W, L. Murid-murid mengisi kedua-dua ruang, iaitu ruang K (apa yang diketahui) dan juga ruang W (apa yang mereka ingin tahu). Di akhir sesi pelajran, mereka melengkapkan ruang L(apa yang telah dipelajari).Di dalam strategi ini aktiviti menjadikan murid fokus utama dalam proses pembelajaran. Strategi pemusatan ini lebih ke arah murid menggunakan kemahiran kreatif dan kritikal. Strategi ini melibatkan interaksi murid dengan murid. Kumpulan murid menentukan bagaimana hendak meneruskan tugasan pembelajaran.murid mengongsi peranan dan tanggungjawab dalam penilaian.

Strategi ini didapati lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep dan sikap yang positif, menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan. Strategi yang saya aplikasi ini banyak berbentuk perbincangan di dalam kumpulan. Strategi pemusatan murid ini termasuk menimbulkan dan mewujudkan persekitaran kelas yang membolehkan murid berinteraksi dengan guru dan murid lain.Strategi berasaskan tugasan merujuk kepada prinsip-prinsip yang disyorkan oleh Merrill. Strategi berasaskan tugasan.di mana murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang sedang mereka pelajari. Di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini murid di tayangkan lagu lompat si katak lompat sambil menyanyi. Murid membuat pemerhatian ke atas tayangan video yang ditunjukkan. Murid mengaplikasi pengetahuan baru mengenalpasti cara pergerakan haiwan yang diberi seterusnya memberi sebab tujuan haiwan bergerak. Strategi ini meliputi penggunaan sumber yang luas seperti video, buku dan sebagainya. Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan.Perbezaan individu merujuk kepada variasi antara individu, iaitu yang menjadikan kita unik dan berlainan. Ciri-ciri perbezaan yang lain termasuk gaya pembelajaran, motivasi, minat, kebolehan, nilai, konsep kendiri, efikasi kendiri, harga diri dan sebagainya. Aspek pertama perbezaan individu iaitu kecerdasan. Kecerdasan bermaksud kebolehan belajar mengenai, belajar daripada memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat tiga perspektif berdasarkan teori antaranya Teori Sternberg, Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner dan Kecerdasan Goleman. Dari segi aspek perbezaan individu saya mengaplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner beberapa jenis kecerdasan di antaranya kecerdasan verbal-linguistik. Ciri ciri jenis kecerdasan ini berkaitan dengan perkataan secara lisan atau bertulis. Aspek kecerdasan ini saya mengambilkira kemampuan murid menggunakan perkataan secara berkesan iaitu secara lisan atau tulisan, termasuk kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dengan baik dan sempurna semasa bersoaljawab, mengemukakan soalan dan membuat latihan. Kecerdasan kedua adalah interpersonal yang mana pemerhatian saya ke arah interaksi murid dengan murid bersifat ekstrovert dan pandai berkomunikasi. Bagi kecerdasan naturalis saya akan melihat kebolehan untuk mengenali dan mengkategorikan cara pergerakan haiwan dengan betul.Gaya pembelajaran setiap orang mempunyai gaya pembelajaran dan kekuatan yang tersendiri (Kenneth & Dunn, 1984). Gaya pembelajaran boleh didefinisikan sebagai motivational interest or pattern that is preferred when processing new information or experiences ( minat atau pola terpilih yang mendorong seseorang apabila memproses maklumat baru atau pengalaman). Gaya pembelajaran yang telah dihuraikan oleh Dunn dan Price (1989) juga membawa maksud mengikut lima keadaan atau stimuli mempengaruhi seseorang. Antaranya rangsangan persekitaran reka bentuk tempat belajar susunan kerusi meja dalam bilik darjah yang selesa dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Rangsangan emosi saya mengambilkira motivasi secara intrinsik. Motivasi intrinsik menarik minat murid suka belajar dengan inisiatif sendiri. Terdapat tiga kategori gaya pembelajaran iaitu (i) modaliti perseptual, (ii) pemprosesan maklumat dan (iii) pola-pola personaliti. Gaya pembelajaran kecerdasan pelbagai dikenali sebagai Gaya Memletic. Gaya pembelajaran terkandung termasuk : visual (spatial), aural (auditori-muzikal), verbal (linguistik), fizikal (bodily-kinesthetic), logical (matematikal), sosial (interpersonal) dan solitari (intrapersonal). Gaya pembelajaran pertama iaitu visual (spatial) diaplikasikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang mana antara cirinya saya menggunakan gambar untuk murid menyusun maklumat serta berkomunikasi sesama rakan. Gaya pembelajaran kedua fizikal (Bodily-kinesthetic) murid-murid menggunakan tubuh dan deria sentuhan untuk meneroka ilmu dan gaya pembelajaran ketiga sosial (interpersonal) murid-murid menjalankan siasatan berkaitan pergerakan haiwan di luar bilik darjah. Ciri ini dapat mengambarkan komunikasi dengan berkesan sama ada secara verbal atau bukan verbal dan menggalakkan belajar secara kumpulan.4