dasar wawasan 2020

21
DASAR WAWASAN 2020 Pengenalan Latarbelakang Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020". Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan

Upload: nabila10

Post on 06-Jun-2015

62.712 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: DASAR WAWASAN 2020

DASAR WAWASAN 2020

Pengenalan

Latarbelakang

Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28

Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan

satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan"

yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai

matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun

2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".

Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi

merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial

dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan

antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara.

Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan

dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil

dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan

ditempuh oleh negara.

Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan

sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun

2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang

ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek

kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan

Page 2: DASAR WAWASAN 2020

dan kebudayaan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka

akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu

berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati

kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang

demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing,

dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara

bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan

caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak

negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan

ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur

dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah

ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna

dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi

oleh negara-negara lain.

Cabaran

Cabaran

Objektif

Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia

dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan

yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan

Page 3: DASAR WAWASAN 2020

sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:

(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai

matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti

menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat

wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama

sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa

Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi

kepada negara;

(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan

maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga

dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi

pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat

dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar

semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan

dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang

matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang

matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang

boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan

beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai

agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika

paling tinggi;

Page 4: DASAR WAWASAN 2020

(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur,

rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebudayaan

dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang

sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,

mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke

depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi

tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa depan;

(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,

iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat

lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan

tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di

sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan

kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud

perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam

perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak

akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan

fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi

berdasarkan kaum; dan

(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi

Page 5: DASAR WAWASAN 2020

bersaing, dinamik, giat dan kental.Perspektif Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan

beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan

Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:-

(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.

Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam

kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang

rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum,

keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara

bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan

kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran

terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk

kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi

konsep ini istilah seperti perpaduan negara,

kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi

perlulah difahami dan diamalkan.

(ii) Negara Perindustrian

Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan

kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian

adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020

berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses

transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka

lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di

Page 6: DASAR WAWASAN 2020

pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan

sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan

bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan

perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong

oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang

tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau

mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta,

menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara

perindustrian pertumbuhan ekonomi yangamat pesat

amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan

sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara

langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing,

kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan

menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan

sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi

jentera Pertumbuhan.

(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial

Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang

ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal

sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi

penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah

kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud

Page 7: DASAR WAWASAN 2020

keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-

galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.

Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan

semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta

perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan,

keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara

wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar

bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya

telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir

terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum

golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah

menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki

ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap

keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke

dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan

dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan

Malaysia Keenam.

(iv) Moral dan Etika

Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang

yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-

Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang

kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan

kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah

Page 8: DASAR WAWASAN 2020

penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai

moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan

dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak

membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni

(seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam)

akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak

menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.

(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.

Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem

sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat

bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat

dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini

membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah

negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan

masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana

keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang

mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan

pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang

merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk

masyarakat penyayang dan budaya menyayangi)

sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini

hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan

rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam

Page 9: DASAR WAWASAN 2020

memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu

bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna.

Penutup

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan

ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan

pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara

perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih

daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara

berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti

pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika,

kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan

lain-lain.

Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi

ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action

bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu

bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar

maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut

memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah

kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan,

perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan

teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih

Page 10: DASAR WAWASAN 2020

dinamik.www.vlib.unitarklj.edu.my

gurudasar.blogspot.com

Wawasan 2020 Dasar yang menjadi rujukan untuk menjadikan Malaysia maju

menjelang 2020 dengan gaya dan acuan sendiri. Dasar ini dirangka

agar Malaysia menjadi negara yang setanding dengan negara

membangun lain di dunia dengan mengekalkan identiti, etika dan nilai

ketimuran

Cabaran Wawasan 2020

9 cabaran:

1. Melahirkan masyarakat yang makmur dari segi ekonomi dan

mempunyai daya saing dengan negara-negara maju yang lain.

2. Melahirkan masyarakat penyayang dan mengamalkan budaya

penyayang

3. Melahirkan masyarakat yang progresif, saintifik, maju dan

perpandangan jauh seta dapat melahirkan tamadun yang

berasaskan sains dan teknologi

4. Melahirakan masyarakat yang bertolak ansur, liberal dan bebas

serta dapat mengamalkan adat, budaya dan agama masing-

masing

5. Mewujudkan "A United Malaysia" dengan acuan tersendiri dan

mempunyai matlamat bersama

6. Melahirkan masyarakat yang adil dan makmur melalui

pengagihan kekayaan negara tanpa mengira kaum

7. Melahirkan masyarakat yang bermoral, beretika, berpegang

teguh kepada nilai-nilai agama dan kerohanian.

8. Membangunkan masyarakat yang demokratik, matang serta

mempunyai satu persefahaman untuk kebaikan dan

kemakmuran negara,

Page 11: DASAR WAWASAN 2020

9. Melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas, maju dan tenteram

serta mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri serta tabah

menghadapi masalah dan bangga dengan kejayaan sendiri

www.wikipedia.org

definisi wawasan 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

[sunting] Matlamat utama

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang

Page 12: DASAR WAWASAN 2020

mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang

Page 13: DASAR WAWASAN 2020

sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan

Page 14: DASAR WAWASAN 2020

insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

[sunting] Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.

Page 15: DASAR WAWASAN 2020

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.