esei perancangan guru dalam meningkatkan profesion keguruan

9
PERANCANGAN GURU DALA M MENINGKATKAN PROFESIONALISME KEGURUAN Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai langkah dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan visi negara. Pelaksanaan tersebut telah mula sebelum negara menggapai merdeka lagi. Langkah dan usaha kerajaan tersebut meliputi pelbagai perkara dan segenap sudut seperti aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan banyak lagi. Langkah dan usaha kearah kemajuan dan pembangunan Negara yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila terhasilnya Laporan Rahman Talib, Ordinan Pelajaran, Laporan Razak dan lain lain lagi yang bertujuan ke arah pembangunan dalam bidang pendidikan. Dewasa ini, bidang pendidikan telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu profesion. Artikel daripada Berita Harian bertarikh 13 Mac 2012, bertajuk Minda Pengarang : Menambahbaik Profesion Perguruan Mampu Tingkat Sistem Pendidikan, menyatakan sistem pendidikan Negara yang bagus adalah faktor utama kepada penghasilan modal insan yang berkualiti seperti yang dihasratkan negara. pelbagai usaha dan langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan mutu sistem pendidikan negara bertambah baik dari semasa ke semasa. Antara usaha tersebut ialah dengan memartabatkan profesion keguruan. Sebagai seorang guru, seharusnya mempunyai perancangan yang jauh dalam usaha untuk meningkatkan profesion ini dan ianya perlu konsisten dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman.

Upload: muhammad-firdaus-yussof

Post on 18-Jan-2016

374 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Edu3083

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Perancangan Guru dalam meningkatkan profesion keguruan

PERANCANGAN GURU DALA M MENINGKATKAN PROFESIONALISME

KEGURUAN

Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai

langkah dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan

visi negara. Pelaksanaan tersebut telah mula sebelum negara menggapai merdeka

lagi. Langkah dan usaha kerajaan tersebut meliputi pelbagai perkara dan segenap

sudut seperti aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan banyak lagi. Langkah

dan usaha kearah kemajuan dan pembangunan Negara yang dilaksanakan dalam

bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila terhasilnya Laporan Rahman Talib,

Ordinan Pelajaran, Laporan Razak dan lain – lain lagi yang bertujuan ke arah

pembangunan dalam bidang pendidikan. Dewasa ini, bidang pendidikan telah

diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu

profesion.

Artikel daripada Berita Harian bertarikh 13 Mac 2012, bertajuk Minda

Pengarang : Menambahbaik Profesion Perguruan Mampu Tingkat Sistem

Pendidikan, menyatakan sistem pendidikan Negara yang bagus adalah faktor utama

kepada penghasilan modal insan yang berkualiti seperti yang dihasratkan negara.

pelbagai usaha dan langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi

memastikan mutu sistem pendidikan negara bertambah baik dari semasa ke

semasa. Antara usaha tersebut ialah dengan memartabatkan profesion keguruan.

Sebagai seorang guru, seharusnya mempunyai perancangan yang jauh dalam

usaha untuk meningkatkan profesion ini dan ianya perlu konsisten dari semasa ke

semasa mengikut peredaran zaman.

Page 2: Esei Perancangan Guru dalam meningkatkan profesion keguruan

Jika menginginkan kesempurnaan atau yang terbaik pada sesuatu perkara,

maka penambahbaikkan kepada perkara tersebut perlu sentiasa dilakukan. Untuk

melaksanakan penambahbaikkan pula perlu kepada cadangan-cadangan yang baik

dan bernas. Terdapat banyak cadangan untuk penambaikkan profesion keguruan

yang boleh diambil. Antaranya, pertama kursus peningkatan profesionalisme.

Menurut Mok Soon Sang (1996) guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha

melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran

mengajar dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah

mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh ihak Kementerian

Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, misalnya

Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.

Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan ialah dengan

meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang

terpenting untuk membezakan guru yang komited dengan guru yang bermasalah.

Kerja mendidik membawa konotasi moral kepada orang yang menjalankan tugas ini

perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri kerana mereka akan dipersoalkan

sekiranya sesuatu tanggungjawab itu diabaikan. Jika seseorang guru mempunyai

akauntabiliti yang tinggi maka ia juga akan mempengaruhi profesionalisme guru dan

secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru.

Cadangan seterusnya ialah, teknik pengajaran dalam bilik darjah yang

berkesan. Guru harus sentiasa mampu membawa perubahan dan penyesuaian

teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi

perkhidmatan bermutu tinggi dalam bidang profesion guru. Usaha ini boleh

Page 3: Esei Perancangan Guru dalam meningkatkan profesion keguruan

dijalankan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian

terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dalam bilik

darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri

untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah. (Mok Soon Sang, 1996)

Guru juga harus berkualiti dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi

profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka

yang memiliki sifat-sifat berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik

atau terpuji. Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik ialah

menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas,

menghormati rakan sejawat serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau

tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam etika dan profesion perguruan.

Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama diletakkan ditempat yang

tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru

bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Guru itu

juga harus berkualiti dari segi rohani iaitu mempunyai penampilan dan imej diri yang

baik melalui cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Seseorang guru perlu

memiliki tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Untuk meningkatkan profesion keguruan, perlu kepada pendidikan kearah

perkembangan kendiri. Menurut H.V Perkins dalam bukunya Human Development

and Learning (1974) dalam Mok Soon Sang (1996), konsep diri (konsep kendiri)

terdiri daripada persepsi, kepercayaan, sikap serta nilai yang khusus yang dipegang

oleh seseorang individu tentang dirinya. Maka, konsep ini sememangnya

mempengaruhi segala tingkah laku seorang individu dalam alam sekitar sedikit

sebanyak mencerminkan konsep dirinya.

Page 4: Esei Perancangan Guru dalam meningkatkan profesion keguruan

Cadangan seterusnya, disyorkan pusat atau kelab guru diwujudkan. Kelab

ini dikendalikan oleh semua golongan pendidik dan bertujuan menjaga kepentingan

professional guru-guru temasuklah guru-guru pelatih yang menjalani latihan  dalam

sesebuah kawasan. Menerusi badan ini bolehlah dikelolakan seminar dan bengkel

tentang pengajaran dan perkara-perkara berkaitan dengan pendidikan. Guru-guru

juga boleh mendapat saluran untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang

perkara-perkara yang mereka sama-sama alami, seperti pengajaran untuk KBSM.

Dengan wujudnya kelab ini khususnya guru pelatih, maka dapatlah mereka

sokongan dan bimbingan daripada rakan-rakan sejawat atau yang berpengalaman

dalam perkara-perkara tertentu. Seandainya segala usaha tersebut dilaksanakan,

maka ia dengan sendirinya akan menggalakkan perubahan yang besar dalam

sistem pendidikan kita. Ia meminta guru-guru memikirkan bersama-sama dengan

pembuat dasar di Kementerian Pelajaran cara-cara untuk merubah dan

meningkatkan mutu pengajaran di sekolah-sekolah.(Robiah Sidin , 1994).

Seterus, guru perlu berkongsi maklumat yang bermanfaat, kemahiran dan

kepakaran dengan orang lain, kerana guru yang cemerlang akan berkongsi

matlamat yang sama dengan pemimpin dan guru-guru lain untuk melahirkan sekolah

yang cemerlang dan berkesan. Guru yang profesional akan menjalankan tugas

berkumpulan dengan aman dan harmoni kerana mereka boleh berkerja bersama,

saling bantu membantu dan sebagainya dalam meningkatkan kecemerlangan

sekolah dan warganya. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) kesediaan dan

kesanggupan guru berkongsi  kepakaran dan pengetahuan bersama guru lain sudah

pasti dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan potensi dirinya.

Menurut mereka lagi, untuk mencapai matlamat ini, guru mestilah mempuyai

kesedaran diri yang tinggi dan bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya

Page 5: Esei Perancangan Guru dalam meningkatkan profesion keguruan

bersama komuniti persekitarannya. Perkongsian kepakaran ini boleh dilaksanakan

melalui Program Dalam Latihan atau juga dikenali sebagai Program Perkembangan

Staf. Perkongsian kepakaran bukan sahaja boleh dikongsi dalam komuniti sekolah,

malah perlu dikongsi dengan komuniti pendidikan yang lebih meluas. Sebagai

contoh, guru boleh berkongsi kepakarannya dengan menawarkan diri sebagai

fasilitator atau penceramah dalam kursus motivasi guru-guru baharu anjuran

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Usaha ini

membolehkan guru berkongsi kepakarannya bersama rakan sejawat yang baharu.

(Syed Ismail dan Ahmad, 2012).

Selain itu, untuk meningkatkan profesion keguruan, pengamalan dan

budaya refektif perlu lebih diperkukuh.  Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012),

guru perlu meningkatkan profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan

reflektif agar dapat memikul tanggungjawab tersebut. Menurut mereka lagi, amalan

reflektif adalah sangat penting dalam pembentukan profesionalisme keguruan.

amalan ini akan bertindak serta mempunyai hubungan dan kesinambungan dalam

mengekalkan serta membentuk peribadi professional dalam diri setiap guru. Guru

sebagai pemangkin perlu memberikan pendedahan amalan reflektif kepada murid

supaya mereka dapat membina daya pemikiran yang analitikal, kritis, dan kreatif

bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa.

Dunia sekarang yang semakin berkembang dan maju telah membawa banyak

perubahan dalam pelbagai bidang. Sebagai guru yang berkecimpung dalam bidang

pendidikan, guru juga tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan dunia. Kemajuan

yang dimaksudkan merangkumi semua bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian,

kejiwaan, psikologikal dan kebudayaan. Bidang pendidikan turut mengalami arus

Page 6: Esei Perancangan Guru dalam meningkatkan profesion keguruan

revolusi perindustrian yang berasaskan sains, teknologi maklumat dan

telekomunikasi bagi tujuan mencapai matlamat pendidikan bertaraf dunia.

Multimedia, ICT, Wawasan 2020 dan cabaran globalisasi iaitu dunia tanpa

sempadan yang mana segala aktiviti yang dijalankan adalah tidak terkongkong oleh

sempadan geografi, bahasa, budaya dan ideologi politik sesebuah negara. Bagi

menghadapi semua ini, guru perlulah menjadi seorang yang cekap, khususnya

dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran. Sistem pendidikan

negara telah mengalami reformasi ekoran daripada Wawasan 2020 yang

bermatlamat untuk menjadi negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri tanpa

terikat dengan cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Pendidikan amatlah

penting bagi merealisasikan impian semua rakyat dan negara dalam Wawasan 2020

kerana ia merupakan suatu proses yang membawa perubahan kepada individu

mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat.

Matlamat utama pendidikan adalah menyediakan seseorang individu

memainkan peranan positif dan berkesan dalam masyarakat. Matlamat pendidikan

ini tidak mungkin akan tercapai sekiranya anda tidak dapat menjalankan amanah

tersebut dengan cekap dan berkesan. Profesionalisme keguruan merujuk kepada

sifat yang ada dalam diri seseorang guru untuk mencapai keberkesanan, produktiviti,

akauntabiliti, kecekapan dan kemahiran untuk mengajar (Sufean, 1995). Jika

seseorang guru itu mengamalkan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan tidak

mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan, maka guru berkenaan dianggap

telah mengamalkan nilai murni dalam kehidupannya (Hedderdof, 1971). Sesuatu

tugas yang dilaksanakan tidak bertujuan bagi mendapatkan pendapatan yang

lumayan tetapi hendaklah seseorang itu mempunyai komitmen untuk memberikan

Page 7: Esei Perancangan Guru dalam meningkatkan profesion keguruan

perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta bermatlamatkan sumbangan untuk

masyarakat dan negara.

Menurut Johnson (1972), profesionalisme keguruan adalah kualiti pekerjaan

atau sifat yang ada dalam kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Seorang guru

yang cekap perlulah mempunyai komitmen terhadap pekerjaan atau sesebuah

pertubuhan serta dedikasi dalam menyampaikan pengetahuan dan dilengkapi

dengan pelbagai kemahiran. Seseorang guru dikatakan profesional apabila beliau

cekap menggunakan strategi dalam menguruskan pekerjaan dan pengajarannya.

Pada pandangan kasar, profesion sebagai guru dianggap suatu kerja yang mudah

dan remeh oleh masyarakat. Mereka tidak memahami kesukaran yang dihadapi oleh

guru untuk membimbing anak bangsa supaya menjadi insan yang berilmu. Oleh

yang demikian, anda perlu cekap menguruskan tanggungjawab dan murid supaya

anda tidak terus dipandang sinis oleh masyarakat.

Sebenarnya guru merupakan insan yang penting dalam pembentukan

generasi akan datang. Ekoran daripada reformasi pendidikan, perananan guru masa

kini bukan sahaja menyampaikan pengajaran tetapi juga sebagai fasilitator dan

pemberi perangsang kepada murid. Guru perlu cekap mendidik dan membimbing

umtuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek supaya mereka menjadi seorang yang berpengetahuan luas dan

berakhlak mulia.

Seorang guru yang berkesan haruslah mengutamakan tanggungjawabnya

terhadap ilmu, kebajikan dan keselamatan muridnya (Mok Soon Sang, 2002).

Kebiasaannya mereka yang memikul tanggungjawab sebagai seorang guru

Page 8: Esei Perancangan Guru dalam meningkatkan profesion keguruan

disebabkan faktor terpaksa tidak akan bertanggungjawab terhadap ilmu yang

dimiliki, menjaga kebajikan dan gagal meyampaikan pengajaran dengan berkesan.

Keadaan ini akan menyebabkan kesan negatif yang akan dilihat oleh

masyarakat sekeliling kepada bidang pekerjaan sebagai seorang guru (Prof. Dr. S.

Nasution, 1995:61). Kesan negatif ini akan menimbulkan prasangka yang tidak baik

oleh masyarakat terhadap kerjaya sebagai seorang guru. Jika guru gagal menjadi

guru yang berkesan, maka ini akan mendatangkan masalah kepada proses

pembelajaran yang dijalankan di sekolah.

Selain itu, dalam meningkatkan lagi profesionalisme keguruan guru haruslah

menjadi seorang guru yang berkesan, setiap guru harus mempunyai budi pekerti

termasuk berkelakuan sopan semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau

semasa menyertai aktiviti kemasyarakatan. Guru yang sentiasa memelihara

kemuliaan profesion keguruan ini akan mudah diterima oleh murid dan akhirnya

mereka akan menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang dijalankan oleh

guru. Tumpuan yang diberikan oleh murid akan membolehkan guru berkenaan

menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Guru pun bolehlah mengatur strategi

yang sesuai kerana mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada murid

disebabkan murid berkenaan menyenangi sikap dan keterampilan yang ditonjolkan

oleh guru berkenaan.

Guru merupakan individu yang memainkan peranan untuk memberi fokus

kepada pemerolehan kemahiran dan ketermpilan di samping keperluan menerapkan

nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah. Guru perlu bertanggungjawab untuk

memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dalam kalangan murid sama ada

Page 9: Esei Perancangan Guru dalam meningkatkan profesion keguruan

dari aspek mental mahupun moral. Seorang guru yang berkesan akan mempunyai

sifat merendah diri dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Seorang guru yang berkesan juga harus pandai menyesuikan diri dan elakkan

daripada tidak suka bergaul dengan rakan sejawat yang lain. Mereka berasa bangga

dengan keupayaan yang ada pada diri sebagai seorang guru dan akan menjadi

seorang guru yang sombong dan tidak suka bergaul antara satu sama lain. Mereka

menganggap diri mereka lebih tinggi dari segi ilmu pengetahuan yang dimiliki jika

dibandingkankan dengan guru-guru yang lain. Keadaan ini akan menimbulkan

kerenggangan hubungan antara rakan sejawatan yang lain. Setiap guru harus

berusaha untuk melaksanakan pengajaran yang akan memberikan kesan

maksimum kepada para murid. Seorang guru yang berkesn juga perlulah cekap

menggunakan sumber maklumat yang ada bagi meningkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Tuntasnya, setiap individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai

kerjaya pilihan yang utama harus meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di

mata masyarakat. Mereka perlu merancang dengan teliti bagi memastikan objektif

setiap pengajaran yang dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan

murid di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat pengiktirafan masyarakat. Guru

yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting

kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak

pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan.

Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana

bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Modal insan

yang cemerlang adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-

ciri profesionalisme guru yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti,

Page 10: Esei Perancangan Guru dalam meningkatkan profesion keguruan

integriti dan sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan

sistem pendidikan negara.