esei peranan guru

Upload: cik-sarimah

Post on 13-Jan-2016

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

esei peranan guru,

TRANSCRIPT

a) ii) TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA & SETERUSNYA MEMACU PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

1.0 PengenalanPendidikan moral merupakan sebahagian daripada pendidikan negara. Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral 1982, program pendidikan moral adalah bertujuan untuk murid-murid mengenalpasti, menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang berasakan kepada agama, tradisi dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan penyemakan semula sukatan Pendidikan Moral pada tahun 1999 yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran. Ia adalah bertujuan untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang kearah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.Aspirasi Negara merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembentukan sesebuah Negara. Hal ini juga berlaku kepada guru di Malaysia. Motto Guru Berkualiti Aspirasi Negara mempunyai pengertian yang amat meluas. Guru yang berkualiti ialah guru yang dapat menunaikan tanggungjawab menyediakan sumber manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan membentuk identiti warga, menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional di kalangan warga. Pemahaman terhadap perkara yang saya sebutkan ini adalah penting kerana guru perlu menyedari bahawa mereka adalah paksi kepada segala usaha dan harapan untuk mencapai wawasan negara, wawasan 2020.Peranan dan juga tanggungjawab guru pendidikan moral dalam merealisasikan aspirasi Negara adalah sangat penting. Hal ini kerana, sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

2.0 Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara

Wawasan 2020ObjektifObjektif wawasan 2020 atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yangserupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan majudengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika,yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;

(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyatpelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai dayaperubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitusistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitumasyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan

(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Berdasarkan kepada sembilan cabaran wawasan 2020 itu, maka dapatlah di ringkaskan bahawa peranan guru pendidikan moral tidak hanya di dalam kelas sahaja tetapi sangat meluas. Berdasarkan kepada cabaran ketujuh iaitu melahirkan masyarakat yang berjiwa penyayang,guru bolehlah menerapkan nilai kasih saying ke dalam diri pelajar. Dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai, guru bolehlah menggunakan pendekatan tersebut untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam jiwa murid-murid. Secara tidak langsung, peranan guru dalam merealisasikan wawasan 2020 akan tercapai.

Rukun Negara

Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidupuntuk rakyat Malaysia. Ideologi nasioanal ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan rakyat berbagai kaum disamping memelihara cara hidup masyarakat yang harmoni, berdemokrasi, adil, liberal, progresif dan beretika.Pernyataan Rukunegra:BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIAmendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakat.memelihara satu cara hidup demokratik,mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dengan berbagai corak,membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden,

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasrkan prinsip-prinsip yang berikut:Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan kesusilaan

Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua. Setiap prinsip tersebut juga ada yang berkaitan dengan nilai-nilai murini yang unggul. Guru Pendidikan Moral haruslah sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan dimana ia tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat untuk melahirkan rakyat yang dinginkan dapat dicapai. Rancangan pengajaran yang berkesan juga mampu untuk menanam semabgat patriotic dalam jiwa pelajar agar lebih mencintai Negara mereka.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pendidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini. Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara dipernyatakan seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis darisegi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Kod Etika PerguruanKod etika perguruan meruapakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk profesion perguruan. Guru sebagai seorang yang professional haruslah mematuhi peraturan yang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia selaras dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian. Berikut ialah merupakan Kod Etika Perguruan Malaysia

Tanggungjawab terhadap pelajar1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, social, keturunan atau agama.3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam bilik darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkaj laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.4. Menegelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan social dan ekonomi ibu bapa pelajar.5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang dapat membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna serta menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.3. Menghormati masyarakat di tempat yang berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan.4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru-guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecerdikan masyarakat.6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan ia dapat diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian yang baik.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.2. Tidak melibatkan diri dalam kegaiatan yang boleh menjelaskan kecekapan sebagai seorang guru.3. Berusaha dengan sepenuh hati dengan menjalankan tangungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan juga bersosial.4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru berkhidmat dalam profesion perguruan.5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

Falsafah Pendidikan Guru

Falsafah Pendidikan Guru Berhasrat untuk mendidik:

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisankebudayaan negara, menjamin pembangunan individu danmemelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Matlamat Falsafah Pendidikan Guru Melahirkan guru permulaan untuk memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia Menyediakan program pembangunan profesionalisme yang berterusan untuk guru-guru terlatih Membina insan guru yang berakhlak mulia, kreatif, ikram dan berdaya tahan yang boleh mendidik dengan cekap dan berkesan Mengembangkan institut pendidikan guru sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan

Dengan adanya Falsafah Pendidikan guru ini, tidak dapat dinafikan lagi, mampu melahirkan seorang guru yang mempunyai profesionalisme yang dikagumi. Selain itu, ia mampu untuk mendidik jiwa guru agar lebih bersikap bertanggungjawab dalam menyelesaikan segala tugas yang telah di amanahkan.

3.0 Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Memacu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :1. Pengetahuan (murid yang berpengetahuan).2. Kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .3. Kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .4. Kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) .5. Etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang tinggi) .6. Identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan , mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid yang beridentiti nasional Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa. Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu . Oleh itu, sebagai seorang guru pendidikan moral penerapan nilai-nilai itu amat penting agar pelajar mengaplikasikannya tidak hanya di sekolah tetapi menyemat nilai murni tersebut di dalam hati.Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk memastikan kanak -kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing-masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid agar menguasai kedua dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar .Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan produktif .Oleh itu peranan guru pendidikan moral untuk membentuk tingkah laku positif pelajar adalah amat penting.Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot . PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab.Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat. PPPM turut mencatatkan bahawa sistem pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan penekanan. Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut ? Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying, keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat Malaysia. Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk mencapai potensi mereka.

RUJUKAN1. Abdul Rahman Md.Aroff. (1999).Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit UPM

2. Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd.

3. Shahabuddin Hashim et.al (2003), Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar YangBerkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.