esei -pemuliharaan air, tanah, hutan dan haiwan

46
Alam merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada umat manusia. Alam sekitar merangkumi segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di muka bumi. Namun kini anugerah tersebut dipersia-siakan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Kemusnahan alam sekitar sering dikaitkan dengan pembangunan secara rakus, khususnya di negara yang mengejar kemajuan. Begitu juga halnya dengan Negara kita Malaysia. Isu ini turut menjadi isu yang perlu diberi perhatian yang serius. Isu pencemaran sumber alam semakin menjadi bualan hangat apabila beberapa musibah terjadi tanpa diduga. Kematian yang berlaku berpunca daripada kelalaian manusia serta sikap mementingkan diri individu meneroka secara tidak beradap sumber bumi telah memberi kesan yang buruk terhadap kehidupan manusia.Disamping itu ia turut mengancam kehidupan flora dan fauna di muka bumi ini. Keprihatianan pelbagai pihak dalam menangani isu berkaitan ini sangatlah diharapkan. Setiap hari ada sahaja berita di dada-dada akhbar yang memaparkan bertapa kemusnahan ini semakin serius. Ini termasuklah pencemaran air, tanah , dan kemusnahan hutan dan hidupan liar. Kepupusan hidupan liar juga ada kaitan dengan kemusnahan hutan. Isu yang [SCE3143 | SAINS, TEKNOLOGI & MASYARAKAT 1 PEMULIHARAAN AIR , TANAH , HUTAN DAN HIDUPAN LIAR

Upload: oniepijey

Post on 17-Nov-2015

128 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Peliharalah alam kita demi masa depan

TRANSCRIPT

PEMULIHARAAN AIR , TANAH , HUTAN DAN HIDUPAN LIAR

Alam merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada umat manusia. Alam sekitar merangkumi segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di muka bumi. Namun kini anugerah tersebut dipersia-siakan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Kemusnahan alam sekitar sering dikaitkan dengan pembangunan secara rakus, khususnya di negara yang mengejar kemajuan. Begitu juga halnya dengan Negara kita Malaysia. Isu ini turut menjadi isu yang perlu diberi perhatian yang serius. Isu pencemaran sumber alam semakin menjadi bualan hangat apabila beberapa musibah terjadi tanpa diduga. Kematian yang berlaku berpunca daripada kelalaian manusia serta sikap mementingkan diri individu meneroka secara tidak beradap sumber bumi telah memberi kesan yang buruk terhadap kehidupan manusia.Disamping itu ia turut mengancam kehidupan flora dan fauna di muka bumi ini. Keprihatianan pelbagai pihak dalam menangani isu berkaitan ini sangatlah diharapkan. Setiap hari ada sahaja berita di dada-dada akhbar yang memaparkan bertapa kemusnahan ini semakin serius. Ini termasuklah pencemaran air, tanah , dan kemusnahan hutan dan hidupan liar. Kepupusan hidupan liar juga ada kaitan dengan kemusnahan hutan. Isu yang terbaru adalah tentang peristiwa banjir lumpur di yang berlaku di Cameron Highlands. Dalam hal ini siapakah yang harus dipersalahkan? Masing masing menunding jari menyalahkan pelbagai pihak, namun perlu kita sedar, perkara yang terbaik adalah mengambil ikhtibar dari setiap apa yang telah berlaku. Langkah pemuliharaan perlu segera dilaksanakan. Pemuliharaan ini perlu dijalankan disebabkan oleh punca-punca pencemaran yang memberi kesan yang sangat buruk. Pencemaran ke atas air sekaligus turut menjejaskan kualiti air itu sendiri serta kualiti tanah yang turut berpunca daripada pencemaran air. Pemusnahan hutan turut memberi kesan kepada kepupusan flora dan fauna. Kegiatan manusia seperti pembakaran hutan untuk tujuan pembangunan, penerokaan tanah untuk pertanian, pembalakan secara haram, dan sebagainya merupakan punca-punca sistem ekologi dunia terjejas. Langkah pemuliharaan harus diambil dengan segera bagi mengembalikan sesuatu yang asli.Pemuliharaan boleh didefinisikan sebagai cara penggunaan, pengendalian dan pengurusan sumber alam untuk mengelakkan kerugian, kerosakan dan pembaziran. Pemuliharaan sumber dapat memastikan kesinambungan sumber alam untuk generasi akan datang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal proses, usaha, perbuatan dan sebagainya bagi memulihkan sesuatu yang rosak. Berdasarkan definisi tersebut, sesuatu kemusnahan yang berlaku terhadap hutan haruslah dibaikpulih seperti sediakala, pencemaran air dan tanah haruslah dirawat , kepupusan hidupan liar haruslah diatasi dan dibantu dari segi penjagaan pembiakan terutama bagi haiwan-haiwan yang beresiko menghadapi kepupusan seperti orang Utan, burung Kenyalang, Harimau Caspian, Tapir dan sebagainya. Begitu halnya dengan tumbuhan hutan yang sering dimusnahkan seperti Palma Daun Payung (Johannesteijmania magnifica), Periuk Kera Raja (Nephenthens rajah), Ara (Ficus albipila), Orkid Selipar (Paphiopedilum niveum), Pokok Chengal (Neobalanocarpus hemii) dan sebaginya. Malaysia amat kaya dengan sumber air , dapat memenuhi kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti kehidupan harian. Walaubagaimanpun, akibat daripada proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara telah menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar yang kian berleluasa, sehingga merosakkan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan. Pencemaran sungai di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar yang semakin ketara. Walaubagaimanpun, akibat daripada proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara telah menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar yang kian berleluasa, sehingga merosakkan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan. Pencemaran sungai di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar yang semakin ketara dari semasa ke semasa. Air boleh dikatakan telah tercemar apabila berlakunya penurunan ke atas kualiti air yang sedia ada dan berlaku perubahan dari segi fizikal air iaitu warna pada air, dari segi biologi iaitu hidupan akuatik di dalam air atau sungai dan dari segi kimia iaitu kandungan nutrient atau plankton di dalamnya. Menurut jabatan alam sekitar, sumber ini di katakan mengalami pencemaran apabila berlakunya sebarang perubahan secara langsung atau sebaliknya dalam kandungan air yang disebabkan oleh kegiatan manusia dan sumber ini tidak sesuai untuk kegunaan harian manusia. Menurut UNESCO pula pencemaran air didefinisikan sebagai satu pelemahan ke atas fungsi air yang meninggalkan kesan negatif terhadap penggunaannya. Kementerian Kewangan Malaysia 1977, Dalam Laporan Penyelidikan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain Dan Hamidi Ismail, 2001. Pencemaran sumber air ini adalah disebabkan oleh kepelbagaian aktiviti manusia termasuklah pelepasan dari industri-industri yang berasaskan pelbagai jenis pencemar termasuklah bahan organik, bahan kimia dan juga pencemar fizikal. Isu pemuliharaan air turut diberi perhatian memandangkan air di muka bumi ini semakin hari semakin tercemar. Apabila timbulnya isu ini yang sering menjadi tanda tanya adalah, apakah punca pencemaran air ini terjadi? Berita kematian berpunca dari virus kencing tikus telah menyedarkan banyak pihak bertapa air di negara ini sudah tidak selamat. Bukti daripada petikan berita berkenaan 11 murid sekolah Sungai Bera, Terengganu dan 16 lagi Orang asli kawasan tersebut telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, setelah terkena virus Leptospirosis atau lebih dikenali sebagai virus kencing tikus. Kejadian yang dipercayai berpunca daripada penggunaan air sungai di sungai Berua berhampiran sekolah tersebut dipercayai berkemungkinan telah dicemari air kencing tikus. Berdasarkan isu tersebut, punca kejadian ini adalah disebabkan pencemaran yang telah berlaku disungai tersebut. Pembuangan sampah sarap di hulu sungai menyebabkan pembiakan tikus berlaku dengan aktif serta kekotoran tersebut telah membawa virus yang baru. Kes tersebut bukan sekadar itu sahaja, malahan ramai lagi mangsa kematian akibat virus kencing tikus yang dilaporkan dari semasa ke semasa berpunca daripada pencemaran air sungai. Oleh yang demikian, langkah pemuliharaan adalah perlu bagi menjadikan sungai yang tercemar seperti sediakala dan selamat untuk digunakan. Jika tiada pihak yang sedia membersihkan kawasan persekitaran sungai, sedangkan pembungan sampah semakin hari semakin bertambah. Seperti kata pepatah, sikit-sikit , lama-lama jadi bukit begitu halnya dengan sampah sarap tersebut. Sisi sisa makanan yang mengundang kehadiran tikus-tikus, lampin pakai buang yang ditinggalkan merata-rata, memberi laluan kepada lalat serta bakteria-bakteria lain untuk membiak. Pada tahun 2007 pula, kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik mendapati bahawa sebanyak 16 batang sungai di dalam Malaysia ini dikategorikan sebagai tercemar dan hampir mati. Antara sungai yang didapati mengalami keadaan tersebut ialah sungai yang berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan juga Johor. (Utusan Malaysia, 4 Februari 2007). Terdapat beberapa keratan akhbar tempatan yang telah melaporkan tetang keadaan air di Tasik Kenyir yang telah tercemar akibat bakteria E-coli. Ia dikatakan sebagai suatu tahap yang membimbangkan. Ini adalah kerana terpadatnya pembuangan sisa kumbahan dan air buangan oleh pengusaha bot di kawasan tasik itu. Sampel air di sekitar kawasan tasik itu telah di ambil dan di dapati tahap pencemaran E-coli adalah diantara 2 hingga 920 MPN/100ml. Tahap kebersihan air ini membuktikan bahawa ianya jauh di bawah tahap maksimum kesesuaian sumber air mentah berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000MPN/100ml. Kajian ini mendapati bahawa keadaan air di Tasik Kenyir ini masih berada pada tahap air mentah lagi. Di Sabah pula, menurut Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar 2004 menunjukkan bahawa Sungai Likas adalah antara sungai yang sangat tercemar di Sabah. Baru-baru ini, isu bekalan air paip yang berbau busuk telah berlaku di sekitar tujuh daerah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Ia berpunca daripada pengaliran masuk air busuk hitam (leachate) yang mengandungi ammonia dan bahan berbahaya lain dari kawasan pelupusan sampah Bukit Tagar ke aluran anak sungai dan seterusnya memasuki sungai Selangor. Bekalan air paip yang berbau ini telah menyebabkan penduduk di daerah-daerah tersebut tidak berani menggunakannya. Masalah ini telah menyedarkan kita bertapa seriusnya masalah pencemaran air dinegara kita maka kita tidak boleh memandang ringan terhadapnya lagi malah harus mengambil tindakan yang sewajarnya agar dapat mengelakkan masalah pencemaran air bertambah buruk. Berdasarkan statistik, buat masa kini sebanyak 29 buah sungai di negara ini didapati mengalami pencemaran teruk manakala 11 buah lagi tercemar sederhana manakala 80 buah lagi masih dalam keadaan terkawal. Antara negeri yang mengalami pencemaran sungai yang paling tinggi adalah Johor, Selangor dan Pulau Pinang. Munurut laporan kualiti alam sekitar yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 2004 tahun, antara sungai-sungai yang tercemar teruk adalah termasuk Sungai Menggaris di Sabah, Sungai Jelutong di Pulau Pinang serta Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di Johor.Pencemaran sistem sungai yang berlaku di negara kita kebanyakannya adalah berpunca dari kelodak, pembuangan dan pelepasan sisa kumbahan dari kilang-kilang dan penempatan setinggan, di samping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat seperti arsenik, kadmium raksa dan plumbum. Dari sudut kajian hidrologi, pada amnya pencemaran air dapat diklasifikasikan kepada 3 jenis iaitu Pencemaran fizikal yang merujuk kepada bahan tidak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam, kaca, kelodak dan kertas, Pencemaran biologi seperti najis binatang yang boleh menyebabkan kemunculan bakteria seperti Ezcherichia coli atau E Coli, cacing nematod dan mikrob lain manakala yang terakhirnya ialah pencemaran kimia iaitu bahan kimia terlarut yang terhasil daripada pencemaran fizikal dan biologi serta logam berat. Menurut kajian, kira-kira 70% masalah pencemaran sungai di Malaysia adalah disebabkan oleh pembuangan sampah dan kumbahan. Pembuangan sampah sarap, sisa buangan domestik dari kawasan perumahan, perkampungan, setinggan dan lain-lain petempatan telah menyebabkan kualiti air sungai terjejas.. Melalui penternakan, pencemaran sungai boleh berlaku melalui pembuangan najis dan sisa-sisa haiwan secara terus ke dalam sungai tanpa sebarang tapisan dan rawatan. Pelepasan najis haiwan ini secara berterusan ke dalam sungai boleh membahayakan kesihatan penduduk melalui peningkatan kadar bakteria pembawa penyakit di dalam air. Di antara bakteria berbahya yang tersebar di dalam air tercemar ini adalah seperti berikut, Total Coliform (TC), Faecal Coliform (FC) dan Faecal Streptococcus (FS). Kesemua bakteria-bakteria tersebut berpotensi untuk mendatangkan penyakit terhadap manusia.Justeru itu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam sekitar dari dicemari dan memulihara alam sekitar yang tercemar. Selain itu Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari punca tetap point sources dengan izin. Efluen dan sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji pengolahan kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan di bawah Akta berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan sebelum dilepaskan. Di samping itu, pemuliharaan dijalankan dengan mengadakan pengawasan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan, Syarikat perkilangan menggunakan kaedah teknologi moden bagi menapis sisa toksik mahupun kumabahan yang dilepaskan ke sungai. Bagi masalah pencemaran air yang melibatkan pencemaran sungai Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga diberikan peranan oleh NRE untuk mengambil tindakan bagi mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food, Oil & Grease Trap) untuk menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya dan melaksanakan program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai. Kuatkuasa undang-undang terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan iaitu mereka boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan. Isu pencemaran air yang berpunca dari tumpahan minyak juga turut diberi perhatian. Menurut sumber berita Astro Awani yang memaparkan berita jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan tumpahan minyak pelincir di Sungai Gong punca loji air ditutup operasi. Hasil siasatan mendapati kesan minyak tersebut berpunca daripada tumpahan minyak pelincir terpakai SW305. Jabatan Alam Sekitar telah bertindak dengan pantas bagi memulihkan pencemaran yang berlaku. Tindakan pemuliharaan yang diambil adalah dengan menjalankan siasatan segera ke atas empat logi rawatan air. seterusnya memulihkan kembali air tercemar dengan cara teknologi moden.Selain itu langkah pemuliharaan oleh telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan bagi memperbaiki kualiti air sungai di Negara ini contohnya sungai-sungai di Negeri Melaka. Satu kumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTMM) yang diketuai oleh Ir. Abdul Talib Din, yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal universiti terbabit, telah menemui satu teknologi pemecah kebuntuan dalam menyenggara pencemaran air tasik dan sungai. Kaedah ini menggabungkan teknologi baru ciptaan sendiri dan juga teknologi termaju yang telah wujud dipasaran untuk menghasilkan satu kapal atau bot perawat tasik atau sungai yang bersepadu. Kapal atau bot ini yang diberi nama EFC-TL20 bukan sahaja berfungsi sebagai satu daya penarik pelancong untuk bersiar-siar sambil menikmati panorama perairan tasik dan sungai di Malaysia tapi juga menjadi loji pencuci sungai dan tasik secara tanpa disedari oleh pelancong yang menjadi penumpang bot tersebut. Sifat-sifat bot ini adalah mesra alam menjadikan kapal ini dikenali sebagai bot pelancong mesra alam. Natijahnya, sungai Melaka kini amat indah dan bersih. Beribu pelancong telah meyusur sungai Melaka menaiki bot-bot yang disediakan. Kebanyakan tasik biasanya lebih mudah tercemar kerana airnya tidak sederas arus air sungai. Oleh itu, tasik lebih mudah mengalami pencemaran berbentuk mendapan tercemar di dasar tasik. Mendapan ini akan menjalani proses oksidasi yang menghasilkan bauan yang kurang enak yang dilepaskan keluar ke permukaan air tasik. Sebagai contoh mudah, takungan sisa kumbahan memerlukan masa sembilan atau 10 tahun sebelum ia perlu disenggarakan secara konvensional.Perairan bertakung dan sungai yang tercemar ini sekiranya tidak dirawat akan menyebabkan satu pembentukan kualiti perairan tidak lagi boleh balik kepada keadaan asal kecuali dengan cara yang memerlukan kos yang amat tinggi. Antara masalah atau isu yang dihadapi dalam mereka bentuk sistem perawatan air tasik dan sungai ini antaranya ialah keperluan untuk mencuci dasar yang tidak seragam, sama rata dan berlekuk-lekuk, keperluan untuk mencuci tasik atau sungai yang bentuk tepiannya tidak seragam seperti empat segi, bulat dan sebagainya, sisa pepejal yang tidak seragam dari segi saiznya selalunya tersangkut di jaringan penapis menyebabkan tersumbat dan adakalanya juga sehingga pam penyedut enap cemar tersumbat dan trip, keperluan untuk mengawal bot atau kapal dari jauh agar proses penyenggaraan tasik dan sungai dapat dilakukan secara kawalan jauh. . Sampah sarap terapung adalah salah satu sumber pencemaran utama yang juga selalunya menjadi penyebab utama berlakunya pembusukan perairan sungai dan tasik kerana ia menutupi ruang permukaan air. Sampah sarap terapung juga boleh membantu mempercepatkan banjir kilat kerana ia boleh menyekat laluan air sekiranya melalui longkang atau saluran perparitan yang sempit. Unsur organik boleh terurai juga memainkan peranan dalam menyebabkan bau busuk yang dihasilkan dari air sekiranya kadar kemasukannya berlebihan. Sampah sarap telah dipungut melalui jaring atau pukat sepanjang masa menggunakan dua buah bot kecil.Pemuliharaan air disebabkan pepejal terlarut adalah secara proses penapisan kerana ianya tidak dalam bentuk pepejal tapi dalam bentuk garam yang larut. Oleh itu proses ini perlu dirawat secara rawatan kimia. Dalam rawatan kapal atau bot pencuci (EFRC-TL20) sungai atau dan tasik ini, pepejal terlarut hanya dirawat menggunakan peralatan pengudaraan yang boleh menghasilkan pemindahan oksigen yang tinggi ke dalam jasad air. Oksigen ini akan dapat membantu bakteria mempercepatkan pengoksidaan dan seterusnya memendapkan unsur pencemaran ini di dasar air sama ada secara pembentukan garam termendap atau menjadi sebahagian dari jasad bakteria yang mati dan mendap ke dasar air.Kebihan-kelebihan yang terdapat dalam EFRC-TL20, adalah berciri mesra alam sepenuhnya kerana menggunakan kuasa solar dan enjin hidrogen yang tidak menggunakan bahan api., boleh meracik dan memotong sampah terapung yang lembut kepada saiz yang boleh disedut dan diproses dalam kebuk rawatan.,mempunyai system deria pengesan aras dasar sungai atau tasik agar pencucian secara penyedutan pam boleh dibuat secara kemas dan rapi, mempunyai jaringan rak besi tahan karat yang memisahkan antara sampah sarap terapung yang besar dan yang bersaiz boleh disedut dan diproses, mempunyai sistem penghantaran sisa terproses yang cekap dan boleh harap dengan penggunaan pengalih skru, memiliki satu gabungan proses penapisan yang cekap, dan mampu menanggung beban mendadak yang besar, memiliki pengesan halangan di segenap bahagian badan yang boleh mengelakkan perlanggaran dan perlanggaran antara pam dan dasar yang berbonggol, memiliki satu sistem pengawalan yang canggih menggunakan kawalan jauh sistem penetu kedudukan global (GPS) serta boleh membuat kawalan dan merekod data sehingga 36 parameter seperti tahap pencemaran air, BOD, COD, SS, Ketelusan air (turbidity), nilai oksigen terlarut, jarak pam dengan dasar, jarak bot dengan halangan terdekat., Kebolehan istimewa yang terdapat pada bot mesra alam pencuci sungai dan tasik ialah , robot penyelidik habitat bawah permukaan air, penangkapan ikan secara besaran melalui sistem pukat pengepaman air, kilang baja organik hasil sisa enap cemar bawah air, robot pembantu pengurusan kolam ternakan ikan atau udang, kapal penyedut enap cemar kumbahan di takungan kumbahan penyedut enapan di empangan sungai simpanan air minum atau empangan janakuasa eletrik dan mesin penyedut pasir bawah air untuk tujuan komersial.Pemuliharaan tanah pula dilakukan berpunca daripada pencemaran ke atas tanah-tanih. Pencemaran tanah boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar ini boleh terdiri daripada organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu atau mati. Punca-punca pencemaran tanah yang dikenalpasti adalah pengunaan racun makhluk perosak .Apabila air hujan turun, racun akan meresap bersama-sama air ke dalam tanah. Mengikut kajian, racun boleh kekal di dalam tanah selama 14 tahun. Racun ini menyebabkan bakteria-bakteria berguna seperti akteria Pembina nitrat dan pengikat nitrat. Begitu juga dengan hidupan kecil yang lain seperti cacing yang dapat menyubur dan menggemburkan tanah. . Hujan asid juga penyebab tanah tercemar. Di dalam udara terdapat wap air. Gas-gas beracun itu akan bercampur dengan wap air dan membentuk sebatian yang dipanggil asid nitrit dan asid sulfirik. Sebatian ini akan turun sebagai hujan asid. Apabila hujan asid ini turun, ia akan merosakkakn tanah.Pembuangan sampah-sarap juga turut mencemarkan tanah. Kawasan tanah yang dipenuhi dengan longgokan sampah bukan memberikan bau yang busuk, malahan mendatangkan pelbagai jenis penyakit. Aktiviti pertanian yang tidak betul turut merosakkkan tanah. Sekiranya tanaman ditanam di lereng-lereng bukit, hakisan tanah mudah berlaku. Aktiviti perlombongan, tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu karang, pembuangan kumbahan yang tidak terkawal , dan sisa nuclear, dan tumpahan minyak turut juga memberi kesan pencemaran pada tanah.Pukulan ombak juga menyebabkan tanah menjadi rosak. Keadaan ini menyeebabkan kerosakan di tepi pantai. Pokok-pokok yang tumbuh ditepi pantai turut tumbang, kawasan pantai menjadi semakin sempit. Kawasan pantai yang terhakis mengancam keselamatan rumah nelayan. Pantai cinta Berahi di Kelantan, suatu masa dahulu terkenal sabagabai tempat perkelahan, Namun sekarang pantai ini menjadi sepi kerana kurang pelancong kesan hakisan pantai yang memburukkan suasana pantai tersebut. Begutu halnya dengan persisir sungai. Hakisan tanah turut berlaku. Ia turit disebabkan oleh kegiatan manusia yang mengambil pasir. Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang begitu sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia. Umpamanya tanah runtuh dan gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Penerokaan hutan turut menjejaskan fungsi baik tanah. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.Semua kesan pencemaran tanah ini adalah tidak baik untuk kita dan generasi seterusnya. Antara kesan-kesan utama akibat pencemaran tanah adalah mengakibatkan tanah menjadi beracun. Kesan daripada pencemaran tanah kepada dunia sangat ketara seperti jenis pencemaran lain juga. Ianya turut memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami.Tumbuh-tumbuhan tidak dapat hidup, kawasan tersebut akan menjadi tandus serta tidak boleh didiami oleh sebarang fauna.Bagi memulihara tanah dari kesan pencemaran , Penggunaan baja organik merupakan cara pemuliharaan tanah terbaik. Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarangmenggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudahketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapatmengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapatmenyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, diladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakanuntuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapasawit.Bagi pencemaran tanah akibat tebusguna tanah atau pun sktiviti perlombongan, bekas lombong tersebut boleh dijadikan tempat rekreasi . Keadaan ini dapat menarik pelancong asing dating ke Negara ini. Contohnya Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Taiping yang dahulu merupakan bekas lombong. Kini tasik itu berubah menjadi kawasan rekreasi yang indah. Bagi perlombongan , kawasan tanah turut terjejas. Oleh itu aktiviti perlombongan perlu dihadkan mengikut tempoh masa tertentu supaya sumber galian tersebut berterusan ada agar ia menjadi matang dalam tempoh waktu yang tertentu. Alternatif lain bagi menggantikan beberapa jenis galian perlulah dilakukan. Contohnya menggunakan bahan yang diperbuat daripada palsti. Contohnya sudu besi digantikan dengan sudu plasti. Tebing-tebing lombong yang digali juga dibina benteng agar tidak berlaku hakisan yang lebih teruk. Berita kematian pegguna jalan raya akibat ditimpa tanah runtuh di kawasan berbukit seperti laluan ke Cameron highland turut merupakan kejadian yang serius dan perlu diambil perhatian. Oleh itu, bagi memulihkan kawasan tanah yang digondol, bukit yang curam dibina teres-teres. Teres dibina di bukit secara bertingkat-tingkat seperti tangga. Kedaan ini mengurangkan hakisan tanah dan tanah runtuh. Langkah ini juga dapat menjaga keselamatan pengguna jalan raya. seperi yang sering berlaku.Sealin itu, kawasan tersebut perlulah dibenteng dengan konkrit. Agar ia dapat menampung tanah yang banyak dan menghalang tanah tersebut menggelongsor ke bawah.Bagi memulihara kawasan pantai dan tebing sungai, benteng-banteng di buat sepanjang kawasan yang telah terhakis. Benteng tersebut dapat menahan air laut daripada menghakis kawasan pantai. Contohnya benteng sungai yang telah dibuat di Sungai Gombak dan Sungai Kelang telah dibenteng untuk mengurangkan hakisan. Kerajaan juga telah menubuhkan pusat Teknikal Kejuruteraan Pantai. Ia bertujuan memberi nasihat masalah berkaiatan dengan kejuruteraan pantai. Penerokaan hutan secara giat oleh segelintir manusia yang rakus mengejar keuntungan turut menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. Penerokaan hutan telah menjejaskan fungsi pokok-pokok besar dalam keseimbangan ekosistem hutan hujan. Selain itu, hutan juga diteroka untuk penanaman sayur dan buah-buahan seperti yang berlaku di Cameron Highlands. Tanpa kawalan dan penguatkuasaan yang tegas, ia telah mengakibatkan tragedi di Pos Dipang dan yang terbaru di Perkampungan Orang Asli Sungai Rui, telah meragut tujuh nyawa tidak berdosa. Selain itu, faktor pembalakan haram juga tidak boleh diketepikan. Pembalakan secara tidak terkawal memusnahkan tanaman tutup bumi dan menyebabkan hakisan di lereng bukit, banjir kilat dan memudahkan proses tanah runtuh berlaku. Pokok-pokok di lereng bukit menjadi benteng mengelakkan gelongsoran tanah mengelakkan kehmusbahan pokok yang dilindungi.Isu yang Rasuah Jabatan Hutan yang dimuatkan di paparan hadapan Utusan Malaysia bertarikh 21 Oktober 2014 adalah salah satu isu yang berhubung dengan kemusnahan sumber hutan Negara. Pemusnahan hutan akibat rasuah yang dilakukan oleh syarikat-syarikat gergasi telah meyebabkan kerugian yang amat besar terhadap ekonomi Negara. Syarikat gergasi yang dinaugi oleh sendikit serta kumpulan mafia bersenjata api telah mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit dengan Sarawak menunjukkan jumlah kerugian terbesar yang menacatatkan RM100 juta. Aktiviti penebangan mereka begitu drastik sehingga mereka berani menebang spesies pokok terancam dan mempunyai nilai komersil yang tinggi. Kawasan penebangan sudah pastinya terdedah kepada hakisan oelh air yang memberi kesan-kesan sampingan terhadap sistem ekologi bumi. Begitu juga dengan Isu pencerobohan dan penerokaan hutan di Cameron highlands turut membuka mata banyak pihak . Berita tentang kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja , pecan Ringlet dan lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 November 2014, telah mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan di Dewan serbaguna Orang Ramai Ringlet. Berita yang turut dipaparkan di televisyen pada tarikh 8 Disember 2014 membuktikan bahawa isu pencerobohan hutan yang mengakibatkan kesan buruk amat serius kerana ia bukan sahaja memusnahkan penempatan malahan ia turut meragut nyawa manusia. Dalam Isu ini menurut setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamaed Thajudeen Abdul wahab berkata, isu yang timbul ini telah menjejaskan alam sekitar dan ekologi yang menyebabkan tanah runtuh. Penerokaan tanah secara haram bukan sahaja berlaku di Blue Valley, sebaliknya turut berlaku di beberapa kawasan di Cameron Highlands. Kawasan hutan yang telah diceroboh dijadikan ladang sayur melibatkan kawasan yang sangat luas iaitu sekitar 18 hektar. Berikutan isu isu yang dinyatakan ini beberapa langkah telah diambil bagi memulihara kawasan yang terjejas. Datuk Mohamad Thajudeen Abdul wahab turut memaklumkan kawasan hutan yang dibuka untuk dijadikan ladang sayur haram oleh individu yang tidak bertaggungjawab telah pun dibersihkan seluas 10 hektar daripada 18 hektar yang kawasan yang terlibat. Kawasan yang diterokai secara haram ini merupakan kawasan yang kedududukannya adalah dipuncak-puncak bukit. Jika kawasan ini menjadi gondol tanpa pokok atau hutan sebagai tadahan hujan, sudah pasti akan mengakibatkan hakisan apabila hujan turun dan titian-titisa hujan akan menimpa tanah yang terdedah secara terus-menerus tanpa ada halangan. Oleh yang demikian kawasan terebut perlu dipulihara dengan menanam semula kawasan tersebut dengan pokok-pokok yang baru. Peranan ini sandang dibahu Kementerian sumber Asli dan Alam Sekitar. Mereka perlu memastikan penanaman semula pokok ini dapat menjadikan kawasan tersebut seperti keadaan yang asal;. Kerjasama daripada pihak tertentu seperti Polis Diraja Malaysia(PDRM), Anggota Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia( RELA) dan pegawai daripada Pejabat Peguam Negara turut membantu dalam memulihara kawasan yang terjejas dalam penerokaan dan pembalakan hutan secara haram ini. Bagi Timbahalan Perdana Menteri Malaysia , Tan Sri Muhyiddin Yassin turut meluahkan rasa dukacita kerana pencerobohan tetap berlaku di tanah-tanah Walaupun operasi membersih dan membenteras penerokaana tanah yang melibatkan lebih 500 pegawai dan kakitangan daripada yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi namun ia masih belum memadai. Justeru itu, pembenterasan yang drastik perlu diambil. Segala langkah yang diambil ini adalah bagi memulihkan kembali kawassan yang teruk terjejas akibat banjir lumpur. Ekoran daripada itu, pos-pos kekal diwujudkan di kawasan yang dikenalpasti sebagai lokasi tumpuan pencerobohan dengan meletakkan pegawai penguatkuasaa sehingga proses penguatkuasaan dan pembersihan yang dilaksanakan selesai. Pemantauan yang berterusan secara ketat haruslah dilakukan sepanjang masa. Pemantauan ini penting bagi menghalang tanah terus di ceroboh tanpa disedari. Selain itu, kawasan-kawasan tertentu turut diwartakan sebagai kawasan keselamatan bagi membaikpulih kawasan tersebut. Ini dijalankan dengan membentuk pasukan khas bagi menjaga kawasan tersebut daripada diceroboh. Terdapat beberapa punca yang mendorong berlakunya kemusnahan alam sekitar. Antaranya adalah kurang kesedaran kita tentang kepentingan melestarikan alam sekitar demi kelangsungan hidup makhluk bumi. Hal ini berlaku kerana kurang pendedahan diberikan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat terhadap generasi muda. Pembuangan sampah di merata-rata tempat misalnya, menunjukkan kurangnya kesedaran kita terhadap alam sekitar. Ini diburukkan lagi oleh penebusgunaan hutan paya bakau menjadi kolam udang dan penempatan. Hutan paya bakau berperanan menghalang ombak tsunami seperti yang berlaku pada 26 Disember 2004. Selain kedudukan negara ini yang jauh daripada pusat gempa, kesan tsunami tidak seteruk di Aceh, Indonesia kerana hutan paya bakau menjadi benteng kepada hentaman ombak besar tersebut.Pemuliharaan yang dijalankan adalah dengan menanam semula pokok-pokok bakau diperisir pantai. Jika keadaan ini dibiarkan , hakisan pantai akan semakin berleluasa. Penempatan nelayan akan terjejas akibat hakisan. Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran juga turut mengambil langkah mengatasi asalah iini dengan melibatkan para pelajar dalam program tanam semula pokok Bakau. Contohnya seperti yang dijalankan dinegeri perak melibatkan sebilangan besar murid-murid sekolah menengah dan rendah menanam paokok bakau yang bertempat di Kuala Sepetang Taiping. Selain itu, langkah- langkah pemuliharaan hutan dan hidupan liar ialah usaha yang diambil bagi memulihkan kawasan hutan yang telah musnah dan hidupan liar yang diancam kepupusan adalah dengan menjalankan penghutanan semula. Pokok jati dan pain ditanam di kawasan yang telah dibalak. Pokok-pokok ini matang dan boleh ditebang dalam tempoh 10 hingga 15 tahun., lokasi seperti Grik Perak, Jeli dan Gua Musang Kelantan, Sandakan dan Ranau Sabah, Miri dan Bintulu Sarawak. Begitu juga pemulihan yang dilakukan terhadap hutan Palma. Program pemuliharaan hutan ini dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang diketahui oleh seorang saintis , Dr SawLeng Guan yang juga merupakan Pengarah Bahagian Biodiversiti Hutan FRIM dan Felo Akademi Malaysia. Penghutanan semula ini juga memerlukan kawalan dan penjagaan yang rapi, agar tiada anasir-anasir buruk yang menggaggu dan menjejaskan pertumbuhan pokok- pokok baru. Ladang hutan dijalankan oleh kerajaan dan pihak swasta. Pokok ditanam adalah jenis yang cepat matang, tahan serangan penyakit dan bermutu tinggi seperti pain, jati dan sentang. Lokasi yang terlibat adalah di Jeli dan Gua Musang Kelantan, Kuala Lipis , Bentong dan Jerantut Pahang , Sandakan & dan Tambunan Sabah, Miri Sarawak dengan penanaman pokok yang lebih cepat matang, hutan asli lebih cepat terbina. Pengurusan Hutan Secara Lestari turut dijalankan. Ciri-ciri yang dititikberatkan dalam pengurusan hutan secara lestari ialah mengurangkan kadar pembalakan tahunan dengan menghadkan kuota lesen membalak, penebangan secara terpilih bagi memastikan pokok matang sahaja ditebang, Rawatan Silvikultur dilakukan bagi memastikan pokok tumbuh tanpa penyakit bagi mendapatkan mutu balak yang baik .FRIM dan UPM juga telah memainkan peranan dalam isu pemuliharaan hutan ini. Penyelidihkan Hutan dijalankan. Penyelidikan dijalan untuk mencari kaedah pengurusan dan pemuliharaan hutan yang baik. FRIM bersama-sama pakar dari Jerman, Britain & Jepun menghasilkan Pelan Tindakan Hutan Tropika bertujuan melindungi hutan hujan tropika dan hidupan liar. Lokasi yang terlibat adalah di Kepong Selangor dan Lembah Danum Sabah. Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) yang juga di bawah NRE telah ditugaskan untuk menjaga hutan negara yang telah diwartakan sebagai hutan simpan. Jabatan ini memainkan peranan penting untuk menjaga hutan dari diterokai dengan haram dan berleluasa yang akhirnya akan menyebabkan pencemaran tanah, pencemaran air dan udara. Tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) seperti tindakan undang-undang yang di kenakan terhadap pesalah-pesalah yang melakukan pembalakan secara haram, penerokaan hutan simpan dengan haram dan melakukan pembakaran terbuka adalah usaha yang harus di teruskan.Kementerian pelajaran bersama-sama Jabatan Alam Sekitar(JAS) juga turut memainkan peranan dalam isu pemuliharaan sumber alam. Beberapa kempen dijalankan untuk melindungi alam sekitar di mana ia adalah sesuatu yang sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintai lah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam, Pameran Alam Sekitar dan sebagainya. Misalnya, pameran alam sekitar yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah merupakan satu program pemantauan, pelaksanaan dan maklum balas keberkesanan aktiviti dan yang paling penting penglibatan secara hands-on atau fizikal oleh anggota masyarakat untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar yang dikenali sebagai program rakan alam sekitar.Menjadikan kawasan hutan sebagai kawasan rekreasi yang terkawal. Contohnya menyediakan beberapa kemudahan rekreasi seperti kawasan memancing, tempat penternakan lebah, kawasan trecking, berbasikal dan sebagainya. Selain itu gotong royang perdana dijalankan unuk membersihkan kawasan yang tercemar. Agensi-agensi tertentu hendaklah memainkan peranan dalam hal ini. Kawasan yang ternyata menghadapi masalah seperti kawasan mati hendaklah dibangunkan kembali dengan menyerahkan kawasan tertentu kepada beberapa agensi atau syarikat untuk dijadikan kaswan angkat. Peranan yang perlu dijalankan oleh mereka adalah memulikan kembali kawasa-kawasan angkat mereka supaya ia lebih cantik, selesa dan menenangkan Langkah pemuliharaan yang efektif adalah melaui penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasanbandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul,Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.Kesan Kemusnahan alam sekitar mengakibatkan mengakibatkan gangguan binatang buas dan liar seperti harimau, ular dan kera kerana haiwan-haiwan ini kehilangan habitat asal mereka. Kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan memaksa ia menceroboh ke kawasan kediaman manusia. Kemusnahan alam sekitar turut menyebabkan kepupusan flora dan fauna yang estetik yang merugikan generasi akan datang. Dengan menjalankan pemuliharaan hutan seperti yang telah dinyatakan secara tidak langsung ia turut membantu memulihara hidupan liar yang terancam. Seperti yang diketahui, terdapat beberapa tempat pemuliharaan haiwan liar yang semakin terancam seperti harimau Casbian, tapir, gajah, burung Kenyalang dan sebagainya. Jualah pakar-pakar zoologis perlu ditingkatkan bagi membantu merawat serta membiak baka haiwan liar yang hamper pupus. Pusat jagaan dan kajian serta pembiakbakaan haiwan liar yang hamper pupus perlu diadakan dan bergerak lebih aktif. Dana yang banyak harus lah disalurkan oleh kerajaan serta sumbangan dari agensi serta orang perseorangan sangat diperlukan bagi membantu dalam kajian serta pemuliharaan untuk meningkatkan cara pembiakbakaan baru yang lebih moden dan efektif. Agar baka yang lebih sihat dan cergas dihasilkan. Isu pemuliharaan timbul apabila berlaku banyak kemusnahan hidupan liar di Negara ini. Kemusnahan hidupan liar di Negara ini berpunca dari banyak sebab yang saling berkaiatan. Diantaranya adalah kemusnahan hutan seperti yang telah akibat tindakan manusia, serta kebakaran hutan yang disengajakan atau yang tidak terduga. Pencemaran tanah yang mengakibatkan habitat hidupan musnah, sumber makanan hidupan berkurang mengakibatkan kematian, serta pemburuan secara haram bagi mendapatkan kulit, bulu, gading, daging dan sebagainya yang bernilai beribu-ribu ringgit. Jika keadaan ini berterusan dan tidah dipulihkan, kehidupan haiwan terjejas.Kes yang dikenalpasti berlaku di Sandakan Sabah. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang rancangan membersihkan tanah hutan seluas 400 hektar milik persendirian berhampiran Hutan Simpan Hidupan Liar Kulamba di Lahad Datu kerana ia merupakan kawasan penting bagi Orang Utan dan hidupan liar lain. Sejajar dengan itu, WWF-Malaysia, HUTAN dan Land Empowerment Animals People (LEAP) meminta kerajaan memastikan semua habitat Orang Utan di Sabah yang terletak di luar santuari hidupan liar dan hutan simpan dijadikan sebahagian daripada estet hutan kekal negeri.Dalam kenyataan tersebut, mereka menegaskan bahawa kawasan berhampiran Bukit Kretam yang akan dibersihkan perlu diberi perhatian segera.kerana ia adalah antara kawasan tanah kering yang masih ada di wilayah yang sebahagian besarnya dipenuhi hutan paya dan amat penting daripada segi pemuliharaan biologi. Permintaan mereka adalah dengan objektif ketiga Pelan Tindakan Negeri untuk Orang Utan yang diluluskan kerajaan Sabah yang menyebut bahawa "semua hutan yang mempunyai banyak Orang Utan dan tidak dilindungi untuk pemuliharaan, tidak boleh ditukar menjadi kawasan penanaman pokok secara industri atau ladang pertanian WWF-Malaysia menyokong usaha memulihara dan melindungi kawasan tanah di Bukit Kretam ini kerana ia membolehkan Orang Utan dan biodiversiti lain terus membiak serta penting bagi penyambungan kawasan hutan. Walaupun kawasan terlibat agak kecil, namun mengekalkannya sebagai hutan akan meningkatkan kepentingan Hutan Simpan Hidupan Liar Kulamba apabila habitat tanah kering bersebelahan hutan paya seluas 20,000 hektar itu dijadikan hutan simpan di kawasan berkenaan seperti yang diulas oleh pengarah eksekutif ketua pegawai eksekutif WWF-Malaysia Datuk Dr Dionysius Sharma. Penyalaras bersama HUTAN Dr Marc Ancrenaz pula berkata Hutan Simpan Hidupan Liar Kulamba dan hutan bersebelahannya menjadi kawasan kediaman kira-kira 480 Orang Utan. Kehilangan kawasan hutan di kawasan ini pasti akan mengurangkan keluasan kawasan kediaman Orang Utan. Memandangkan musim buah di hutan paya dan tanah kering tidak berlaku serentak, maka kewujudan hutan tanah kering adalah penting bagi Orang Utan yang hidup dengan memakan buah-buahan, kata Ancrenaz, ahli veterinar hidupan liar, yang membuat penyelidikan dan pemantauan terhadap Orang Utan liar di Sabah sejak 15 tahun lepas.Pengarah eksekutif LEAP Cynthia Ong pula berkata terdapat beberapa sebab kenapa kawasan hutan berkenaan perlu dikekalkan. Antaranya ialah usaha Malaysia untuk mengukuhkan reputasinya sebagai pengeluar minyak sawit yang bertanggungjawab melalui pelbagai proses telus seperti Rundingan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO). Beliau menyatakan adalah sesuatu yang memalukan sekiranya habitat Orang Utan yang diketahui umum ini terus dibersihkan untuk ditanam dengan kelapa sawit setelah beberapa ketetapan dibuat hasil daripada perbahasan antara NGO dan industri minyak sawit yang begitu sengit sebelum ini," katanya.Walaupun pernah menjadi kawasan pembalakan, tumbuh-tumbuhan di sebahagian besar kawasan itu boleh serasi dengan kegiatan silvikultur dan penanaman semula, katanya. Pemulihan juga dijalankan apabila berlaku terhadap kes kematian 10 ekor gajah yang berlaku di Tawau, Sabah. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan segera membuat siasatan menyeluruh berhubung kematian 10 ekor gajah tersebut. Beliau berkata kerajaan memandang serius perkara itu kerana gajah Pygmy Borneo merupakan sepsis terancam. Ia tidak boleh diterima. Beliau mahu siasatan menyeluruh tentang perkara tersebut dijalankan dengan segera. Pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilanBeliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Laurentius Ambu semalam bahawa 10 ekor gajah Borneo ditemui mati dalam tempoh dua minggu di hutan simpan di Tawau. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun dilapor sebagai berkata penemuan kematian gajah-gajah itu di Hutan Simpan Gunung Rara merupakan hari paling sedih buat usaha pemeliharaan Sabah. Kematian gajah Borneo yang hebat dan terancam ini merupakan kehilangan besar kepada negeri ini. Walaupun agak awal untuk menunjuk sebab kematian, racun mungkin merupakan sebabnya," kata beliau. Melahirkan rasa terkejut, Musa berkata gajah-gajah ini merupakan sebahagian hidupan liar Sabah yang kaya dan eksotik dan perlu dilindungi. Ia ibarat mencurah air kedaun keladi jika tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat di negara ini. Kemusnahan hidupan Liar di Negara ini juga turut berpunca daripada perdagangan haiwan yang dilakukan secara haram.Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Perak berjaya menumpaskan satu sindiket memperdagangkan hidupan liar yang cuba mengabui pihak berkuasa dengan menggunakan bungkusan pos tertera ucapan 'Selamat Hari Jadi'. Bagaimanapun, kata Fakhrul, pihaknya masih belum membuat sebarang tangkapan dan sedang mengesan pengirim serta penerima kotak berkenaan.

Perkara ini perlu dipulihkan dari terus berleluasa dengan adanya Akta Pemerdagangan haiwan. kes itu disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Perdagangan Antarabangsa Spesis Terancam dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000. Dengan adanya tangkapan dan denda dan hukuman yang tinggi, penjenayah-penjenayah haiwan ini dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan sepenuhnya. Pemuliharaan akan terlaksana dengan adanya Akta kualiti alam sekitar(1974). Akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hamper keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar sepertimasalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara. Penilaian impak alam sekitar(EIA) pula merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.Pemuliharaan sumber bumi negara ini amat perlu memandangkan peranannya terhadap kehidupan dunia sejagat. .Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, kita boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita.. Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkanair hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis.. Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup. Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga.Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkandemam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akanmendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggapmaakanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.Pentingnya pemuliharaan sumber air, tanah, hutan dan hidupan liar adalah bagi mengekalkan keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongandari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Melaluiaktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan negara melaluipertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalamusaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat. Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alamsemulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan dating. Agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat harus memainkan peranan masing-masing agar alam sekitar dapat dilestarikan keindahannya. Kita harus sedar bahawa kita mewarisi alam sekitar seterusnya khazanah berharga ini perlu dipelihara untuk anak cucu kita. Jika alam sekitar dimusnahkan, generasi akan datang tidak dapat lagi mempelajari habitat hutan tertua di dunia.

~~ Sekian ~~

REFLEKSI

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya menyempurnakan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjek Sains, Teknologi dan Masyarakat (SCE 3143) pada waktu yang telah ditetapkan. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Encik Manimaran A/L Vadivelu kerana telah memberi sepenuh komitmen kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.Semasa melaksanakan tugasan ini, banyak perkara baharu yang telah saya pelajari. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan dan secara individu bagi tugasan tertentu. Jadi kami perlu duduk berkumpul dan berbincang mengenai tugasan yang diberikan ini. Setelah mencapai kata sepakat jadi kami telah membahagikan tugasan mengikut kriteria yang telah kami susun dan atur. Apa yang telah saya pelajari adalah perbincangan dalam kumpulan adalah penting untuk mencapai suatu kata putus. Dari sini juga kami menjadi bertambah mesra daripada sebelumnya, tambhann pula ini adalah kerja kursus terakhir bersama rakan-rakan sekumpulan. Seperti yang sedia maklum, semasa proses penyiapan tugasan ini berjalan, sebagai seorang guru yang mengajar dan juga beberapa tugasan yang melibatkan pengurusan sekolah, tentulah sibuk dengan tugasan harian sekolah. Oleh sebab ini, saya dan rakan-rakan yang lain mempunyai masa yang cukup terhad untuk menyiapkan tugasan ini. Saya perlu membahagikan masa dengan baik dan jadual seharian saya menjadi agak padat. Namun kerana kecanggihan zaman IT membolehkan kami sentiasa berhubung sama ada melalui telefon, pesanan ringkas, whatsap dan sebaginya.Selain daripada itu, akibat daripada kekangan masa ini, saya tidak dapat menjalankan kolaborasi dengan pensyarah pembimbing pada masa yang diinginkan. Tambahan pula, saya dan beberapa orang rakan yang lain tinggal berjauhan kawasan luar kerana jarak sekolah dengan institut agak jauh. Faktor jarak ini juga memainkan peranan penting dalam menyumbangkan permasalahan ini.Masalah yang kedua ialah kekurangan maklumat yang ingin dijadikan rujukan. Pelbagai bahan dan sumber yang kami perlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Bahan dan sumber daripada buku amat sukar diperolehi kerana kedudukan sekolah yang agak jauh daripada bandar. Walaupun terdapat perpustakaan di dalam kampung ini namun diyakini bahawa buku yang ingin dicari tiada di perpustakaan tersebut. Namun saya tetap bertekad mencari bahan kajian saya yang telah saya pilih sebagai bahan kajian individu iaitu Pemuliharaan, air, tanah , hutan dan hidupan liar. Saya mengambil ianiasatif berjumpa dengan rakan saya tang menjadi pegawai Pusat Kegiatan Guru di Kuala Kurau. Beliau turut membantu saya mencari maklumat melalui majalah ,surat khabar dan juga buku-buku. Saya juga turut membuat rujukan di pusat sumber sekolah saya. Untuk melenhkapkan lagi hasil tugasab saya, semasa menyiapkan tugasan ini, beberapa langkah telah diambil. Untuk mengatasi kekangan sumber atau bahan untuk mendapatkan maklumat, saya telah menggunakan alternatif lain yang lebih praktikal dan berkesan iaitu mendapatkan maklumat dari sumber internet. Tidak dinafikan, banyak sumber dan bahan yang saya perolehi daripada internet dan ianya sangat membantu saya semasa menyiapkan tugasan yang diberikan.Disamping itu, bagi mengatasi masalah kekangan masa, saya telah mula merangka jadual saya setiap hari. Ini adalah untuk memastikan tugas saya sebagai guru dan pada masa yang sama sebagai guru pelatih di institut tidak terganggu. Ditambah pula dengan komitmen-komitmen lain yang perlu dilakukan, saya dapat rasakan kehidupan ini sangat sibuk namun realitinya , kelihatan gembira dengan tugas yang diberikan. Oleh yang demikian, saya telah jadikan situasi tersebut sebagai dorongan atau motivasi bagi saya untuk menguruskan masa dengan lebih baik.Seperti yang telah dinyatakan, peluang bagi saya untuk membuat kolaborasi bersama pensyarah pembimbing amatlah sukar atas faktor masa dan jarak. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mengadakan kolaborasi bersama rakan-rakan yang lain dan juga kolaborasi bersama guru-guru di sekolah. Alhamdulillah, banyak percambahan idea yang berlaku dan kerjasama yang diberikan amatlah baik dan berkesan.Masalah turut saya hadapi bagi memikirkan bahan inovasi yang perlu saya siapkan. Namun atas pengalaman saya semasa belajar di Maktab perguruan Sains Bintulu pada tahun 1993 hingga 1996 telah banyak membantu saya mencari idea. Semasa di sana saya dan pelajar-pelajar telaha membina banyak bahan-bahan alat bantu mengfajar mata pelajaran sains kepada murid-murid di Sarawak yang kebanyakannya serba kekurangan. Idea-idea rakan-rakan terutama dari Kaum Iban saya rasakan amat baik/ Oleh itu saya telah menghasilkan Kit Pembelajaran menggunakan sambungan wayar dan juga mentol. Hasil yang telah siap, terlebih dahulu saya gunakan untuk muted-murid saya. Mereka sangat teruja dan gembira menggunakan bahan inovasi saya tersebut. Selain daripada itu, saya juga dapat mengesan dan memperbaiki kelemahan bahan inovasi yang saya hasilkan semasa menggunakan bahan inovasi ini semasa sessi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga merupakan fasilitator kepada murid dimana guru perlu memantau dan memberikan tunjuk ajar kepada murid semasa aktiviti dijalankan. Melalui peranan ini guru sedikit sebanyak dapat merapatkan hubungan yang lebih mesra antara guru dan murid. Hubungan yang mesra antara guru dan murid lebih memudahkan pergerakan komunikasi dan penyampaian pengetahuan akan menjadi lebih efisien dan efektif. Penggunaan bahan inovasi sebenarnya dapat melengkapkan lagi pengajaran supaya ia menjadi lebih efektif dan dapat membuka minda dan minat murid untuk turut sama berinovasi. Penggunaan bahan inovasi bukan sahaja dapat membantu saya dan guru-guru lain menyampaikan ilmu dengan lebih mudah, malahan ia dapat meningkatkan semangat kepada saya untuk menghasilakan banuak lagi bahan inovasi yang lain untuk faedah bersama.Secara keseluruhannya, projek yang dilaksanakan ini sebenarnya sedikit sebanyak membantu para pendidik memperoleh ilmu dan pengalaman yang sangat berguna yang dapat diaplikasikan dalam dunia realiti pendidikan pada masa akan datang. Jadi saya sebagai seorang guru akan lebih berusaha untuk mencari dan memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman yang berguna bagi saya untuk menjadi guru yang serba mahir dalam pelbagai bidang dan ilmu pengetahuan. Saya juga berharap saya dapat menjadi guru yang fleksibel dalam menghadapi apa jua cabaran dalam dunia pendidikan masa hadapan.Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam usaha saya untuk menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas usaha mereka. Disamping itu, sekali lagi saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing, Encik Manimaran A/L Vadivelu atas usaha yang dicurahkan. Taklimat tugasan yang diberikan sangat jelas dan banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain. Selain itu, saya juga menghargai masa yang diluangkan untuk berkolaborasi bersama. Dari situ, banyak permasalahan yang timbul dapat di atasi dengan mudah. Diharap, tugasan ini juga dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri saya, namun kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca.

~~~ Sekian ~~~.

BIBLIOGRAFIDira Ariffin ( 2010)Panduan Keselamatan Menghadapi Bencana Dan Krisis, Kuala Lumpur: Nusamas Global Mediastreets Sdn.Bhd.Ensiklopiedia Pelajar ( 1990) Dewan Bahasa Dan Pustaka : SelangorKamus Dewan ( 5th ed).(1991)Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan PustakaKosmik ( 11/2014), Dewan bahasa dan Pustaka, kuala lumpurKosmik (1/2015) , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan PustakaSulaiman bin Zakaria (1992) Siri Pendidikan Alam Sekitar, Pencemaran Tanah , Kuala Lumpur: Penerbit Setiamas Petaling Jaya.Omar Osman.(2014). Pengurusan Pembinaan : Konsep, Strategi dan Aplikasi. USM Pulau Pinang.Taib Mahmud & Angkatan Zaman Mansang. (2000). Pemikiran Politik Pembangunan : Mencapai Wawasan 2020 Cara Sarawak. Sarawak : Angkatan Zaman Mansang.

Wan Noor Azmi Wan Mohd Nor, Rusidah Mohd Akil & Hazlina Mansor. (2013). Geografi Lengkap PMR. Kuala Lumpur : Arah Pendidikan Sdn Bhd.http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0920&pub=Sarawak2001&sec=Rencana&pg=re_18.htm#ixzz3Rm4klFZMhttp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm#ixzz3Rm2sBgPRhttp://ww1.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20120929/wb_03/Bakun-bakal-kawasan-sukan-akuatik#ixzz3Rm3ru6Nm http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/alam-sekitar/398-empangan-bakun-hanya-bekalkan-tenaga-elektrik-untuk-sarawak-sahajahttp://www.sarawakreport.org/ms/2012/12/akhbar-utama-australia-melaporkan-secara-terperinci-kerakusan-dan-ketamakan-taib/http://www.astroawani.com/topic/hidupan+liar/news http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm

[SCE3143 | SAINS, TEKNOLOGI & MASYARAKAT25