esei media interaktif

6
Esei Media Interaktif Penggunaan media interaktif sebagai bahan bantu mengajar memberi banyak kebaikan kepada guru dan murid untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Media interaktif ini mempunyai gabungan enam elemen. Iaitu gambar, bunyi, suara, animasi, teks dan video. Keenam-enam elemen ini adalah perlu dalam menjadikan persekitaran pembelajaran menjadi lebih kesan. Gambar atau grafik adalah salah satu elemen yang penting dalam sesebuah CD pembelajaran interaktif. Unsur-unsur ini digunakan untuk menarik minat pelajar untuk mengetahui kandungan CD tersebut. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Zainorba (2005) ke atas pelajar Tahun 5 dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran dan tahap penguasaan membaca di kalangan respondan. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan kad imbas suku kata sebagai bahan kajian dan telah menggariskan tiga objektif utama yang ingin dicapai seperti mana yang tersenarai di bawah:- 1. Mengenal pasti fokus terhadap permasalahan dan mengenal pasti kaedah penggunaan kad suku kata sebagai bahan sumber yang sesuai digunakan bagi mengatasi masalah. 2. Merangka dan melaksanakan tindakan mengatasi kelemahan membaca murid melalui latih tubi dengan menggunakan kad suku kata. 3. Menilai kebekesanan penggunaan kad suku kata sebagai bahan sumber dalam meningkatkan kemahiran membaca. Daripada ketiga-tiga objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji ini, maka hasil atau dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa kemampuan membaca dapat ditingkatkan hanya dalam masa lima hari kajian dilaksanakan. Dalam erti kata lain, penggunaan kad imas suku kata yang mempunyai unsur-unsur gambar dan grafik dalam meningkatkan kemahiran membaca pelajar hanya dalam masa limas hari

Upload: kaladevi-kalippan

Post on 09-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

word

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Media Interaktif

Esei Media Interaktif

Penggunaan media interaktif sebagai bahan bantu mengajar memberi banyak

kebaikan kepada guru dan murid untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Media interaktif ini mempunyai gabungan enam elemen. Iaitu gambar,

bunyi, suara, animasi, teks dan video. Keenam-enam elemen ini adalah perlu dalam

menjadikan persekitaran pembelajaran menjadi lebih kesan.

Gambar atau grafik adalah salah satu elemen yang penting dalam sesebuah CD

pembelajaran interaktif. Unsur-unsur ini digunakan untuk menarik minat pelajar untuk

mengetahui kandungan CD tersebut. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh

Zainorba (2005) ke atas pelajar Tahun 5 dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran dan

tahap penguasaan membaca di kalangan respondan. Dalam kajian ini, penyelidik telah

menggunakan kad imbas suku kata sebagai bahan kajian dan telah menggariskan tiga

objektif utama yang ingin dicapai seperti mana yang tersenarai di bawah:-

1. Mengenal pasti fokus terhadap permasalahan dan mengenal pasti kaedah penggunaan

kad suku kata sebagai bahan sumber yang sesuai digunakan bagi mengatasi masalah.

2. Merangka dan melaksanakan tindakan mengatasi kelemahan membaca murid melalui

latih tubi dengan menggunakan kad suku kata.

3. Menilai kebekesanan penggunaan kad suku kata sebagai bahan sumber dalam

meningkatkan kemahiran membaca.

Daripada ketiga-tiga objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji ini, maka hasil atau

dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa kemampuan membaca dapat

ditingkatkan hanya dalam masa lima hari kajian dilaksanakan. Dalam erti kata lain,

penggunaan kad imas suku kata yang mempunyai unsur-unsur gambar dan grafik dalam

meningkatkan kemahiran membaca pelajar hanya dalam masa limas hari sahaja. Oleh yang

demikian, unsur grafik seperti ini akan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan

pengetahuan dan minat belajar mereka. 

Page 2: Esei Media Interaktif

Unsur bunyi adalah antara aspek yang boleh menggambarkan keinteraktifan

sesebuah media mengajar. Kajian yang dijalankan oleh Wan Noraini mengenai integrasi

multimedia dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Daripada analisis

yang dijalankan oleh beliau mandapati bahawa menyelitkan unsur bunyi-bunyian, suara dan

muzik. Dalam kajian beliau, kesemua unsur ini adalah suatu yang dapat merangsang minda

dan perkembangan murid dalam mempelajari sesuatu. Dalam pada itu, 24% daripada

keseluruhan respondan yang dikaji juga menyatakan bahawa mereka tahu merakan suara

menerusi penggunaan komputer dan cakera padat. Dalam erti kata yang lain, kepentingan

ketiga-tiga unsur ini iaitu bunyi, suara dan muzik adalah antara aspek penting dalam

membentuk sebuah cakera padat interaktif yang dapat membantu pelajar dalam

meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap sesuatu ilmu pembelajaran. 

Berdasarkan kepada CD Rom Bahasa Melayu Tahun 2 yang dikaji, ketiga-tiga

elemen ini turut terkandung dalam cakera padat pembelajaran tersebut. Unsur bunyi meliputi

bunyi haiwan yang dimuatkan dalam CD terseut seperti bunyi burung, sungai dan

sebagainya. Sementara itu, unsur suara juga terkandung dalam CD berkenaan. Contohnya

unsur suara yang terkandung dalam CD berkenaan ialah ‘selamat datang ke pembelajaran

Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan’ yang disuarakan apabila permulaan

pembelajaran sebelum pelajar dikehendaki memasuki ke bahagian yang seterusnya. Contoh

lain ialah pengeluar memasukkan suara yang menerangkan arahan kepada soalan.

Contohnya ‘klik butang bunyi untuk mendengar petikan’ yang dimasukkan dalam ruangan

soalan. Apabila pelajar mengikuti arahan ini iaitu dengan menakan butang ‘bunyi’, maka CD

tersebut akan menceritakan atau menyebutkan petikan cerita sebelum mengkehendaki

pelajar menjawab soalan yang diberikan. 

Selain daripada unsur suara dan bunyi, CD ini juga turut mengandungi unsur muzik

di mana muzik akan kedengaran bermula daripada permulaan frame hingga ke frame yang

terakhir. Walau bagaimanapun, wujud masalah apabila muzik yang dimasukkan

menenggelamkan suara. Dalam erti kata lain, muzik yang dimasukkan dalam CD ini adalah

lebih kuat berbanding unsur suara yang akan memberikan arahan kepada pengguna,

membacakan soalan-soalan, menceritakan petikan gambar dan seagainya. Keadaan ini

menyebabkan pengguna akan mengalami untuk mendengar dengan jelas setiap ungkapan

suara yang keluar daripada CD berkenaan. Oleh yang demikian, pihak pengeluar

sepatutnya mengurangkan nada muzik dan meninggikan nada suara agar pengguna boleh

mendapat manfaat daripada CD pembelajaran tersebut.

Page 3: Esei Media Interaktif

Selain itu, animasi dan gerakan adalah ciri interaktif yang wujud dalam CD Bahasa

Melayu Tahun 2 yang dikaji. Salah satu animasi yang wujud dalam CD tersebut ialah dalam

tajuk ‘Keluarga Aisyah’ di mana wujud perbualan antara ahli keluarga Aisyah. Selain

daripada perbualan tersebut, Aisyah. Ibu, bapa dan adiknya turut menunjukkan beberapa

gerakan seperti Aisyah berjalan, ibu Aisyah yang sedang menjahit, ayah Aisyah yang

sedang menonton televeisyen dan adik Aisyah yang sedang bermain. Pergerakan atau

animasi yang diselitkan dalam CD membawa pelajar seperti menonton sebuah cerita komik

dalam televisyen. Dalam erti kata lain, pelajar seolah-olah sedang mengikuti satu cerita

komik walaupun pada hakikatnya mereka sedang belajar. Penekanan konsep seperti ini

adalah selaras dengan matlamat pembelajaran pada peringkat awal itu berhibur sambil

belajar di mana hiburan adalah elemen pertama dalam menarik minat belajar pelajar. 

Animasi lain yang turut dimuatkan dalam animasi ini ialah pergerakan burung yang

memberikan arahan kepada pelajar berkenaan dengan sesuatu topik. Contohnya dalam

topik ‘Keluarga Aisyah’. Sebelum pelajar dapat mengikuti perbualan antara ahli keluarga

Aisyah, burung dalam CD ini yang disuarakan dengan suara manusia akan memberikan

arahan kepada pelajar untuk melakukan sesuatu tindakan iaitu menekan butang ‘suara’ bagi

mengikuti perbualan antara ahli keluarga Aisyah. Dalam keadaan ini, peranan burung

tersebut adalah seperti seorang pendidik dalam memberikan arahan kepada pelajar.

Penggunaan haiwan seperti burung ini bertujuan untuk merangsang tindakan kanak-kanak

kerana sifat mereka yang sukakan kepada haiwan seperti burung. Daripada ciri-ciri gerakan

dan animasi ini, jelas menunjukkan bahawa CD pembelajaran ini sangat menitik beratkan

elemen-elemen hiburan seperti komik yang menjadi ikutan dan minat kepada kebanyakan

kanak-kanak.

Antara elemen lain yang wujud dalam CD Bahasa Melayu Tahun 2 ini ialah

kandungan teks yang ringkas dan mudah untuk difahami oleh pelajar. Sifat teksnya yang

sederhana juga membolehkan pelajar melihatnya dengan jelas. Dalam pada itu, teks yang

dimuatkan dalam CD ini juga mempunyai pelbagai warna dan bentuk. Pencirian teks yang

pelbagai ini dan berwarna warni ini membuktikan bahawa pengeluar sangat mementingkan

keceriaan kerana aspek-aspek seperti ini akan memberikan satu suasana pembelajaran

yang ceria dan menghiburkan tanpa memberikan sebarang tekanan kepada pelajar dalam

menuntut ilmu.

Page 4: Esei Media Interaktif

Untuk menjadikan sesebuah CD pembelajaran interaktif itu menjadi lebih menarik

dan menghiburkan, unsur video juga sepatutnya dimuatkan dalam sistem pembelajaran

interaktif tersebut. Walau bagaimanapun, dalam CD Rom Bahasa Melayu Tahun 2 yang

dikaji, tidak terdapat satu pun elemen video. Video adalah tayangan yang dirakam daripada

satu situasi sebenar dan dimutkan dalam CD pembelajaran sebagai suatu perkara yang

boleh membawa pelajar kepada alam realiti kehidupan. Walaupun pelajar sedang belajar,

namun sesuatu video yang dimuatkan dalam sesuatu CD pembelajaran akan memberikan

motivasi kepada untuk mengikuti tau mencontohi nilai-nilai moral yang terdapat dalam video

tersebut. Adalah menjadi sifat kanak-kanak untuk menjadikan sesuatu watak itu sebagai

ikutan mereka seperti mana watak-watak komik yang dipertontonkan di kaca televisyen.

Dengan memasuki elemen video ini ke dalam CD pembelajaran, ianya akan lebih

menyeronokkan pelajar untuk menuntut ilmu dan mempelajari setiap kandungan CD

pembelajaran tersebut.

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang efektif, guru boleh menggunakan

perisian aplikasi berbentuk multimedia interaktif dalam bilik darjah. Guru perlu mempunyai

kemahiran untuk menilai, memilih, mengolah dan melaksanakan aktiviti yang berkaitkan

dengan multimedia dengan berkesan. Perancangan teliti adalah perlu kerana sebenarnya

kelebihan multimedia bukan terletak semata-mata kepada teknologinya, tetapi sebenarnya

adalah kepada kreativiti dan usaha guru itu sendiri. Walau bagaimanapun, kerjasama dan

sokongan semua pihak adalah merupakan penentu kepada sebarang implementasi projek

komputer. Guru perlu memperlengkapkan diri dengan sentiasa mengikuti perkembangan

semasa teknologi maklumat.