esei gc- hamdan

Upload: wan-aznita-wan-salim

Post on 07-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 esei GC- hamdan

    1/3

    Esei 2

    Harapan dan wawasan anda sebagai seorang Guru ./ Pensyarah Cemerlang

    Pembangunan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia ialah agenda utama K ementerian

    Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Berdasarkan agenda

    penting ini, guru merupakan golongan yang terlibat secara langsung untuk melaksanakan

    daya usaha dan pendekatan pengajaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan

    memastikan hasil-hasil pembelajaran yang maksimum diperoleh pelajar di sekolah. Oleh

    itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif untuk memastikan sistem penyampaian menjadi

    lebih efektif, menarik, menyeronokkan dan dapat merangsang minat pelajar untuk belajar

    dengan bersungguh sungguh.

    Oleh itu, sebagai seorang guru mata pelajaran matematik saya sememangnya akan

    berusaha untuk lebih memahami aspek aspek kaedah, pendekatan, kaedah dan teknik

    dengan baik. Ini adalah merupakan suatu perkara penting yang harus saya fahami dengan

    lebih mendalam lagi agar saya dapat mengaplikasikannya di dalam kelas dan kesannya

    akan dapat dirasai oleh anak anak murid saya iaitu dimana mereka akan lebih

    memahami apa yang diajar terutamanya konsep asas matematik. Saya akan

    Saya juga amat berharap akan berupaya untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi

    dan berilmu pengetahuan tinggi serta berupaya mengaplikasikan pelbagai teknik

    pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan di dalam bilik darjah. Dengan ini,

    status saya sebagai guru cemerlang tidak akan dipertikaikan dan keyakinan diri saya jugaakan meningkat. Selain itu, saya juga amat berharap akan dapat mambantu rakan rakan

    yang lain sama ada di sekolah saya sendiri atau sekolah sekolah di sekitar dalam bidang

    matematik agar pencapaian subjek matematik dalam peperiksaan UPSR akan terus

    meningkat

  • 8/6/2019 esei GC- hamdan

    2/3

    Selain itu, saya juga akan berusaha untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme diri

    sebagai seorang guru dengan menjadikan budaya membaca sebagai satu amalan dalam

    kehidupan . Saya juga akan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber tentang

    kaedah dan inovasi terkini yang diguna pakai dalam bidang pendidikan terutamanya yang

    berkaitan dengan bidang matematik. Jika ada peluang dan kesempatan , saya akan cuba

    untuk menghadiri kursus kursus yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau pun swasta

    umtuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme saya sebagai seorang guru. Saya

    merasakan dengan demikian saya akan lebih memahami pendekatan. Kaedah dan teknik

    yang sesuai digunakan ketika pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini penting

    untuk memastikan pelajar memahami dan berminat untuk belajar di dalam kelas

    terutamanya dalam subjek matematik yang merupakan subjek yang kurang diminati dan

    dikatakan susah oleh sesetengah pelajar di sekolah. Dalam usaha untuk meningkatkan lagi

    tahap profesionalisme diri sebagai seorang guru saya juga telah memohon untuk

    melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan akan memulakan pengajian secara sambilan

    pada bulan Jun nanti.

    Perkara utama yang akan saya jadikan amalan saya sebagai seorang guru ialah Kajian

    Tindakan. Ini adalah kerana,melalui kajian tindakan saya akan dapat mengenal pasti

    masalah yang dihadapi oleh pelajar pelajar saya di dalam kelas sewaktu saya mengajar

    subjek Matematik. Dengan ini, saya akan dapat mencari teknik dan kaedah yang sesuai

    untuk mengatasi masalah berkenaan. Saya merasakan kajian tindakan ini sangat penting

    dan seharusnya dijadikan amalan oleh setiap guru untuk merefleksi dan melakukan

    transformasi dalam bidang pendidikan agar usaha usaha pihak kerajaan untuk

    melahirkan guru guru yang kreatif dan inovatif akan dapat direalisasikan .

    Bidang ICT tidak dapat lagi kita pisahkan dengan bidang pendidikan. Ini adalah kerana

    bidang ICT berupaya menyediakan pelbagai kemudahan dalam bidang pendidikan.

    Sehubungan itu, saya mengambil peluang dan kesempatan ini untuk meningkatkan lagi

  • 8/6/2019 esei GC- hamdan

    3/3