erti tawakkal

Upload: zakri-zakaria

Post on 08-Mar-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

e

TRANSCRIPT

ERTI TAWAKKAL

Apabila kita bertawakal ertinya kita mewakilkan atau menyerahkan urusan kepada pihak yang lain. Dalam konteks ini, pihak lain itu ialah Allah. Insya-Allah, apabila kita menyerahkan urusan kepada Allah hati kita akan teguh dan kukuh, tidak goncang dan goyah lagi. Ini kerana kita yakin wakil kita itu ialah Zat yang Maha Gagah, Maha kaya, dan Maha sempurna. Keyakinan itulah yang membuahkan ketenangan.

Justeru, menurut Abu Zakaria Ansari,tawakal itu ialahKeteguhan hati dalam menyerahkan urusan kepada orang lain. Bayangkan apabila seseorang Muslim dengan sepenuh hati berserah diri kepada Keagungan dan Kekuasaan Allahdalam berusaha sambil menunggu hasilnya dengan penuh sangka baik kepada Tuhannya.

Insya-Allah, seorang yang bertawakal akan mendapat sekurang-kuranganya manfaat-manfaat berikut:

1)Ketenangan hati.2) Kekuatan Jiwa3) Diri yang Redha.

(Erti hidup Sepanjang Jalan Tawakkal)