pppnukm.files.wordpress.com · web viewada air, adalah ikan. makna: apabila ada sesebuah negeri,...

91
Ada air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: Mereka menyangka kawasan dingin bersalji seperti Greenland itu tidak didiami orang, tetapi sebenarnya tempat itu didiami oleh orang Eskimo, seperti kata orang ada air, adalah ikan. Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang. Makna: Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, tetapi jikalau berjauhan maka selalunya dilupakan. Sama erti: Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang. Contoh: Dia itu bercakap saja manis, tetapi kalau waktu kita tidak ada dia akan cepat berpaling tadah; …. Ada angin, ada pokoknya (pohonnya). Makna: Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya. Sama erti: 1. Jika hulunya keruh, hilirnya pun keruh juga. 2. Usul menunjukkan asal. 3. Daun mengenalkan pohonnya. 4. Buruk perahu, buruk pengkalannya. Contoh: Tiap-tiap sesuatu yang ada di dunia ini tidak kekal kejadiannya. Begitulah juga ia mempunyai permulaan kejadiannya, bagaikan `ada angin, ada pokoknya’. Ada bangkai, adalah haring. Makna: Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya. Sama erti: 1. Ada bau, adalah bangkai. 2. Ada bangkai, adalah ulat. 3. Di mana anjing menyalak, di situlah biawak menenjal.

Upload: phunghuong

Post on 01-May-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Ada air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang.Contoh: Mereka menyangka kawasan dingin bersalji seperti Greenland itu tidak didiami orang, tetapi sebenarnya tempat itu didiami oleh orang Eskimo, seperti kata orang ada air, adalah ikan.  Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang. Makna: Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, tetapi jikalau berjauhan maka selalunya dilupakan. Sama erti: Ibarat bunga, sedap dipakai, layu  dibuang.   Contoh:  Dia itu bercakap saja manis, tetapi kalau waktu kita tidak ada dia akan cepat berpaling tadah; …. Ada angin, ada pokoknya (pohonnya). Makna: Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya. Sama erti: 1.  Jika hulunya keruh, hilirnya pun keruh juga.  2. Usul menunjukkan asal. 3.  Daun mengenalkan pohonnya. 4.  Buruk perahu, buruk pengkalannya. Contoh: Tiap-tiap sesuatu yang ada di dunia ini tidak kekal kejadiannya.  Begitulah juga ia mempunyai permulaan kejadiannya, bagaikan `ada angin, ada pokoknya’. Ada bangkai, adalah haring. Makna: Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya.     Sama erti: 1.  Ada bau, adalah bangkai. 2.  Ada bangkai, adalah ulat.  3.  Di mana anjing menyalak, di situlah biawak menenjal. Contoh: Setiap malam terdapat ramai orang-orang lelaki yang pergi ke kawasan pelacuran itu, kerana di situ terdapat ramai pelacur-pelacur yang masih muda.  Hal ini umpama, `ada bangkai, adalah haring’. Ada batang, cendawan tumbuh. Makna: Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing. Sama erti: 1.  Lain lubuk, lain ikannya. 2.  Lain padang, lain belalang. 

Page 2: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Contoh: Kevin Barlow telah dijatuhkan hukuman bunuh akibat mengedar dadah di Malaysia, walupun beliau adalah rakyat Australia, kerana `ada batang, cendawan tumbuh’. Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh. Makna: Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita. Sama erti: 1.  Rezeki helang tak akan dapat musang. 2.  Ulat di dalam batu lagikan hidup. Contoh: Di atas bumi Allah ini, ke mana sahaja kita pergi, kita akan mendapat rezeki darinya, kerana `ada batang mati, adalah cendawan tumbuh’.                          Ada beras, taruh dalam padi. Makna: Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. Sama erti: 1. Pandai makan, pandailah simpan.  2.  Kelip-kelip terbang malam. 3.  Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Contoh: Adalah menjadi suatu kesalahan besar apabila rahsia kerajaan dibocorkan. Maka setiap anggota Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mestilah bersikap `ada beras, taruh dalam padi’. Ada biduk, serempu pula. Makna: Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki. Sama erti: 1.  Bagai Belanda minta tanah. 2. Seperti anjing menggonggong tulang.  3.  Diberi betis, hendak paha. Contoh: Ramai di kalangan masyarakat kita yang telah memiliki harta untuk hidup, namun tetap berusaha untuk menambahkan lagi harta itu.  Mereka ini dapatlah diibaratkan `ada biduk, serempu pula. Ada bukit, ada paya. Makna : Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya. Sama erti: 1.  Ada sama dimakan, tak sama ditahan. 2.  Tiada gading yang tak retak.                        Contoh: Allah menjadikan isi alam ini dengan sifatnya yang berlawanan.  Ada baik, ada jahat, ada miskin, ada kaya, ada bahagia dan ada pula yang derita.   Segalanya ini bagaikan `ada bukit, ada paya’. 

Page 3: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Ada gula, ada semut. Makna: Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. Sama erti: Ada padi masak, adalah pipit. Contoh: Perpindahan kaum belia dari desa ke kota semakin bertambah, pada setiap tahun.  Hal ini adalah ekoran daripada kegiatan perindustrian yang giat dijalankan di sana, yang menyediakan berbagai peluang pekerjaan.  Maka kota sekarang ini ibarat kata `ada gula, ada semut’, yang menjadi tumpuan memperolehi pendapatan. Ada hari, ada nasi. Makna: Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. Sama erti: 1.  Ada nyawa, ada rezeki.  2.  Ada umur, ada rezeki. Contoh: Emak selalu menasihatkan anak-anaknya agar tekun berusaha untuk mencari rezeki, selagi masih hidup, kerana `ada hari, ada nasi’. Ada hari, ada panas, ada hari, boleh balas. Makna: Perbuatan jahat itu sewaktu-waktunya akan mendapat balasan juga. Sama erti: 1. Tangan mencincang, bahu memikul.  2.  Ada ubi ada batas, ada hari ada  balas. Contoh: Tentera Rusia telah menyerang hendap pasukan Mujahidin di kawasan pergunungan itu.  Sejak peristiwa yang menyedihkan itu, pasukan Mujahidin telah berazam untuk membalas serang kerana `ada hari, ada panas, ada hari, boleh balas’.            Ada jarum, hendaklah ada benangnya.       Makna: Tiap-tiap suatu itu, ada pasangannya. Peribahsa sama erti: 1.  Asal ada, kecil pun ada.  2.  Ada laut, ada perampok.  3.  Bagai bumi dengan langit. Contoh: Allah menjadikan alam ini dengan sifatnya yang berpasangan, misalnya apabila dijadikan syurga, maka dijadikan juga neraka, kerana apabila `ada  jarum, hendaklah ada benangnya. Sengalanya ini adalah untuk menunjukkan akan kesempurnaan dankeadilan ciptaannya. 

Page 4: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Ada kerak, ada nasi.                                             Makna: Tiap-tiap sesuatu kejadian itu, tentu ada bekasnya. Sama erti: Bermain pisau, luka. Contoh: Guru agama itu selalu berpesan kepada anak-anak muridnya agar berhati-hati ketika bertindak sesuatu, kerana segala tindak tanduk kita akan meninggalkan kesan sama ada ke atas diri sendiri ataupun orang lain.  Ini adalah kerana apabila `ada kerak, adanasi’. Ada laut, ada perampok. Makna: Tiap-tiap sesuatu itu, ada pasangannya. Sama erti: 1.  Asal ada, kecil pun ada.  2.  Ada jarum, hendaklah ada benangnya.  3.  Bagai bumi dengan langit. Contoh: Kesempurnaan dan keadilan makhluk ciptaan Allah, dapat dilihat pada sifatnya yang berpasangan, bagaikan `ada laut, ada perampok’. Ada nasi (bernasi) di balik kerak. Makna: Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan. Sama erti: Tiada Contoh: Anis telah dimarahi oleh guru mata pelajaran Ilmu Hisabnya kerana masih belum menyelesaikan sebahagian daripada kerja rumah yang diberikan.  Sungguhpu Anis tidak melakukan sebarang kesalahan bagi kerja rumah yang dibuatnya, tetapi gurunya itu masih menganggapkan kerjanya bagaikan `ada nasi di balik kerak’. Ada nyawa, ada rezeki. Makna: Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. Sama erti: 1.  Ada umur, ada rezeki.  2.  Ada hari, ada nasi.  3. Ulat di dalam batu, lagikan  hidup. Contoh: Pak Mat telah berusaha dengan begitu tekun sekali untuk menambahkan pendapatannya dari tangkapan ikan, demi bagi menyara anaknya yang ramai.  Namun, usaha gigihnya itu tidak mendatangkan hasil, terutama di musim tengkujuh.  Walau bagaimanapun, Pak Mat tetap berkeyakinan bahawa selagi `ada nyawa, ada rezeki’. 

Page 5: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Ada persembahan, ada kurnia. Makna: Berbuat baik dibalas baik. Sama erti: 1.  Orang berbudi, kita berbahasa. 2.  Orang campak bunga, takkan kita  campak tahi. Contoh: Emak selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa berbudi bahasa dan bersopan-santun terhadap orang-orang yang lebih tua, kerana `ada persembahan, ada kurnia’ dan jangan bersikap sombong terhadap mereka pula. Ada rotan, ada duri. Makna: Dalam kesenangan tentulah ada kesusuhannya. Sama erti: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang tepian.  Contoh: Di dalam kehidupan yang sementara ini, kita hendak sentiasa beringat bahawa di antara kesenangan dan kesusahan itu adalah silih berganti, bak `ada rotan, ada duri’, yang segalanya adalah ujian Allah terhadap makhluknya. Ada rupa, ada harga. Makna: Harga barang menurut rupanya. Sama erti: Daripada daun, kenallah pohonnya. Contoh: Noriza telah dipinang dengan mas kahwin yang mahal kerana beliau adalah di antara gadis yang cantik sekali di kampung itu, bak kata orang `ada rupa, ada harga’.      Ada sampan hendak berenang. Makna: Sengaja bersusah payah. Sama erti: 1. Bagai buluh ditarik songsang.  2.  Anak badak dihambat-hambat. 3.  Beranak tak berbidan.  4.  Menjerat leher sendiri. 5.  Mendukung biawak hidup. 6.  Tiada beban, batu digalas.  7.  Tahan jerat, songsang kepala. Contoh: Hassan telah dimarahi oleh majikannya kerana membuat kerja yang disuruh secara yang sukar, bak `ada sampan hendak berenang’.  Ini melambatkan kerja yang dibuatkannya. Ada seperti tampaknya apung-apung. Makna: Barang yang dihajati telah ada, tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai. 

Page 6: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Sama erti: 1.  Biduk ada, pengayuh tiada. 2. Hajat hari nak peluk gunung, apa daya tangan tak sampai. Contoh: Zaidi berada di dalam keadaan `ada seperti tampaknya apung-apung’ apabila dia bercita-cita ingin meminang anak Encik Abdullah, tetapi belum mencukupi simpanan wangnya. Ada sirih hendak makan sepah. Makna: Ada yang baik, hendakkan yang buruk. Sama erti: Tiada. Contoh: Encik Haris telah mempunyai kereta baru yang cantik, tetapi masih berkeinginan untuk membeli kereta lama yang buruk itu.  Sikap Encik Harith ini bagaikan `ada sirih, hendak makan sepah’. Ada tangga hendak memanjat tiang. Makna: Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan. Sama erti: 1.  Belum beranak, berbisan dahulu. 2.  Belum duduk, sudah berlunjur. 3.  Belum beranak, sudah ditimang.  4.  Dahulu disorak, kemudian ditolak. Contoh: Tukang kebun itu telah dimarahi oleh tuannya kerana bekerja dengan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh tuannnya, lalu dianggap `ada tangga, hendak memanjat tiang’.      Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas. Makna: Perbuatan jahat itu sewaktu-waktunya akan mendapat balasan juga.  Aspek-aspek di dalam perbincangan ini, seperti versi lain, sinonim, antonim, ulasan peribahasa  dan ayat yang menggunakan peribahasa adalah sama seperti di dalam perbincangan di atas. Ada ubi ada talas, ada budi ada balas. Makna: Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. Sama erti: Kalau baik disebut baik, kalau jahat, jahatlah. Contoh: Ketua kampung itu telah mengingatkan anak-anak buahnya agar jangan bertindak keterlaluan di kehidupan bermasyarakat kerana `ada ubi ada talas, ada budi ada balas’. Ada udang di balik batu. Makna: Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan. 

Page 7: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Sama erti: 1. Masak di luar, mentah di dalam.  2.  Berlurah di balik pendakian. 3.  Dalam kilat ada kilau. Contoh: Lelaki yang datang pada waktu senja ke rumah Tuan Haji Hashim agak mencurigakan kerana daripada tindak tanduknya seolah-olah `ada udang di balik batu’. Ada ulam hendaklah ada sambalnya. Makna: Tiap-tiap sesuatu itu ada pasangannya. Ada umur, ada rezeki. Makna: Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.  Ada wang abang sayang, tak ada wang abang payah. Makna: Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda. Sama erti: 1. Ada wang abang sayang, tak ada wang  abang melayang.  2.  Hidung dicium, pipi digigit. Contoh: Puan Aziah dituduh sanggup menjadi isteri muda Encik Zainal semata-mata kerana suaminya itu seorang yang kaya. Perkahwinan itu hanya akan kekal selagi Encik Zainal kaya kerana bagi Puan Aziah `ada wang abang saya, tak ada wang abang payah’. Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

Makna: Kasih sayang hanya kerana memandang harta-benda.                          Aspek-aspek  lain di dalam perbincangan ini seperti aspek sinonim, antonim, ulasan peribahasa dan ayat yang  menggunakan peribahasa ini, adalah sama seperti di dalam  perbincangan mengenai peribahasa di atas (nombor 35). Adakah buaya menolak bangkai? Makna: Seorang jahat  tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan. Sama erti: 1.  Apa lagi ular sawa berkehendak ayamlah.  2.  Baung tidak menolak seluang. Contoh: Sebagai seorang bekas banduan akibat  kegiatan jenayah, Encik Mid pasti akan terus melakukan  lagi kegiatan jenayah selepas dibebaskan kerana `adakah  buaya menolak bangkai’. Adakah duri dipertajam? Makna: Orang cerdik tidak guna diberi nasihat; musuh tidak perlu diberi pertolongan. 

Page 8: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Sama erti: 1.  Buang bunga ke jirat.  2.  Bagai mencurah air ke daun  keladi.  3.  Itik diajar berenang. 4.  Batu direbus tak akan empuk. 5.  Menabur benih di atas batu. 6.  Membuang garam ke laut. 7.  Memberi laut kepada orang membantal.  8.  Seperti hujan jatuh ke pasar.9. Bagai melepaskan anjing tersepit. Contoh: Cikgu Hashim sering memberikan nasihat kepada pelajar-pelajarnya agar berhati-hati ketika  memberikan sebarang bantuan, baik yang berupa wang,  tenaga, ilmu ataupun nasihat kalau tidak diperlukan  kerana `apakah duri dipertajamkan’. Adapun kata ada pangkalnya.     Makna: Tiap-tiap suatu itu ada asal-usulnya. Sama erti: 1.  Daripada daun, kenallah  pohonnya. 2.  Daripada buah, kenallah  pokoknya.  3.  Usul menunjukkan asal. Contoh: Kewujudan sesuatu benda atau kejadian  di dalam dunia ini pasti mempunyai asal usul kejadiannya.   Adalah mustahil sesuatu  itu bersifat sedia ada, tanpa  permulaannya, kerana `adapun kata, ada pangkalnya’. Adakah buaya menolak bangkai? Makna: Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan. Sama erti: 1.  Apa lagi ular sawa berkehendak ayamlah.  2  Baung tidak menolak seluang. Contoh: Sebagai seorang bekas banduan akibat  kegiatan jenayah, Encik Mid pasti akan terus melakukan  lagi kegiatan jenayah selepas dibebaskan kerana `adakah  buaya menolak bangkai’. Adakah duri dipertajam? Makna: Orang cerdik tidak guna diberi nasihat; musuh  tidak perlu diberi pertolongan. Sama erti: 1.  Buang bunga ke jirat.  2.  Bagai mencurah air ke daun  keladi.  3.  Itik diajar berenang. 4.  Batu direbus tak akan empuk. 5.  Menabur benih di atas batu. 6.  Membuang garam ke laut. 7.  Memberi laut kepada orang membantal.  8.  Seperti hujan jatuh ke pasar. 9.Bagai melepaskan anjing tersepit. Contoh: Cikgu Hashim sering memberikan nasihat kepada pelajar-pelajarnya agar berhati-hati ketika  memberikan sebarang bantuan, baik yang berupa wang,  tenaga, ilmu ataupun nasihat kalau tidak diperlukan  kerana `apakah duri dipertajamkan’. Adapun kata ada pangkalnya.     Makna: Tiap-tiap suatu itu ada asal-usulnya. 

Page 9: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Sama erti: 1.  Daripada daun, kenallah  pohonnya. 2.  Daripada buah, kenallah  pokoknya.  3.  Usul menunjukkan asal. Contoh: Kewujudan sesuatu benda atau kejadian  di dalam dunia ini pasti mempunyai asal usul kejadiannya.   Adalah mustahil sesuatu itu bersifat sedia ada, tanpa  permulaannya, kerana `adapun kata, ada pangkalnya’. Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat. Makna: Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah. Makna: Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. Sama erti: 1.  Air orang disauk, ranting orang  dipatah, adat orang diturut.  2.  Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.  3.  Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandangkerbau  menguak.  4.  Adat yang kawi, syarak yang  lazim. Contoh: Setiap orang apabila merantau ke negeri orang, hendaklah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat di situ, iaitu dari segi resam kehidupannya, kerana `adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah. Adat bernegeri memagar negeri; ada berkampung  memagar kampung. Makna: Tidak mementingkan diri sendiri. Sama erti: 1.  Seperti sumbu pelita membakar diri menerangi yang lain. Contoh: Ketua kampung itu sentiasa bertungkus lumus memikir dan berusaha untuk memajukan taraf  kehidupan anak-anak buahnya tanpa sebarang kepentingan untuk diri sendiri, kerana dirinya itu bagaikan `ada  bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung’.  Adat bertentu, bilang beratur. Makna: Segala pekerjaan harus dilakukan menurut peraturan yang sudah ada. Sama erti: 1.  Adat diisi, lembaga dituang. 2.  Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. 3.  Berbilang dari satu, mengaji dari alif.  Contoh: Kementerian Pelajaran telah menetapkan beberapa peraturan untuk dikuatkuasakan di sekolah menengah untuk membendung masalah disiplin yang semakin ketara sekarang.  Maka setiap pelajar dikehendaki mematuhinya agar tidak menerima hukuman, kerana `adat bertentu, bilang beratur’. 

Page 10: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 

Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat. Makna: Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal-usul adat itu supaya terhindar dari kekeliruan dan salah faham. Sama erti: 1.  Masuk kandang kambin mengembek, masuk kandang lembu menguak  2.  Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung. Contoh: Demi perpaduan negara, setiap rakyat seharusnya mengenali dan memahami adat resam kaum yang lain agar tidak timbul sebarang kekeliruan, kerana `adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat’. Adat diisi, janji dilabuh. Makna: Adat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati. Sama erti: 1.  Kata itu kota.  2.  Kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada kata  janji. 3.  Biar mati anak, jangan mati adat. Contoh: Setiap anak-anak muda wajar sekali mengenali dan mengamali adat budaya bangsa mereka yang  diwarisi daripada nenek moyang mereka, di samping bersikap jujur terhadap sebarang janji kerana `adat diisi, janji dilabuh’, demi mempertahankan maruah bangsanya. Adat diisi, tembaga dituang. Makna: Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang diadatkan. Sama erti: 1.  Adat bertentu, bilangan  beratur. 2.  Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.  3.  Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Contoh: Perbuatan membuang kasut ketika menziarahi rumah orang-orang Melyu adalah tindakan menuruti adat masyarakatnya, kerana `adat diisi, lembaga dituang’. Adat dipakai baru, kain dipakat usang. Makna: Adat yang baik, kalau diikuti, akan mengangkat darjat orang mengikutinya itu, kerana kalau adat dipakai selalu, maka barulah tampaknya. Sama erti:1. Dek suka berkapuh ijuk, nan adat dituruti.  2. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. 

Page 11: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Contoh: Setiap anggota masyarakat seharusnya mengamali segala adat warisan bangsa yang baik, demi  meningkat darjat seseorang anggota masyarakat, di samping keseluruhan masyarakatnya, kerana ‘adat dipakai baru, kain dipakai usang’.  Adat dunia balas membalas, syariat palu memalu. Makna: Yang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain. Sama erti: 1.  Wangi bak bunga, busuk bak tahi. 2.  Ringan sama dijinjing, berat  sama dipikul.  3.  Seperti aur dengan tebing. Contoh: Di dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah bersikap bertolak ansur dan bantu membantu, kerana segala perbuatan kita pasti menerima balasan ataupun ganjaran, sebagai mana `adat dunia balas membalas, syariat palu memalu’. Adat gajah terdorong. Makna: Orang yang berkuasa kerap kali menyalahgunakan kekuasaannya. Sama erti: 1.  Harap pagar, pagar yang makan padi. 2. Umpama pisau di tangan kanan, mentinum di tangan kiri. 3.  Apa kata kukur, nyiur juga yang binasa.  4.  Anak-anak kecil menjadi makan ikan-ikan besar. Contoh: Presiden Soekarno pada asalnya adalah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia yang bercita-cita  ingin meninggikan taraf hidup rakyatnya.  Namun apabila beliau berkuasa, beliau telah menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri, bagaikan `adat gajah terdorong’ pula jadinya’. Adat juara kalah memang. Makna: Tiap-tiap usaha ada laba ruginya. Sama erti: 1.  Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga. 2.  Belum cuba, belum tahu. Contoh: Walaupun pasukan bolasepak negara adalah merupakan bekas johan Pestabola Merdeka dan menerima pula latihan di luar negeri, namun di dalam pertandingan pada tahun ini, mereka telah tewas dengan teruk sekali, kerana `adat juara kalan menang. Adat lama pusaka usang. Makna: Adat yang tak berubah-ubah sejak zaman-berzaman. Sama erti: 1.  Dianjak layu, dibubut (dianggur) mati. 2.  Asal ayam hendak lesung, asal itik hendak ke perlimbahan. 3.  Diasak (pindah) layu, dicabut mati.  

Page 12: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Contoh: Amalan membuangkan kasut ketika memasuki ke dalam rumah, adalah `adat lama pusaka usang’ di kalangan orang-orang Melayu, yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman.  Adat lurah timbunan sarap. Makna: Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. Sama erti: 1.  Adat teluk, timbunan kapal.  2.  Adat gunung, tempatan kabut.  3.  Busut juga yang ditimbuni anai-anai. Contoh: Adli telah dilantik menjadi pegawai daerah yang baru di kawasan itu, dan kini dia sering menerima  cemuhan daripada masyarakat di situ kerana `adat lurah timbunan sarap’.  Adat memakai, syarak mengata. Makna: Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna  dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak. Sama erti: 1.  Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.  2. Biar mati anak, jangan mati adat. Contoh: Adat mandi safar yang dahulunya sering diadakan di negeri Melaka, tidak lagi diamalkan kerana tidak sesuai dengan suasana masa sekarang, akibat `adat memakai, syarak mengata’. Adat muda menanggung rindu. Makna: Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dsb). Sama erti: 1.  Minum air, serasa duri. Contoh: Sejak kekasihnya melanjutkan pelajaran ke seberang laut, Ahmad sentiasa sahaja termenung kerana`adat muda menanggung rindu’.  Ada orang mengail, kalau ikan terlepas, tentulah besar. Makna: Usaha yang besar, kalau tidak berhasil, tidaklah mendatangkan malu. Sama erti:        Contoh: Sungguhpun projek yang dijalankan oleh Pak Saad gagal, tetapi dia tidak sedikit pun merasa malu kerana `adat orang mengail, kalau ikan terlepas, tentulah besar’. 

Page 13: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Adat pasang berturun naik. Makna: Apa juapun benda di dunia ini tak tetap keadaannya. Sama erti: Zaman beralih, musim bertukar. Contoh: Allah menciptakan segala makhluknya di dalam keadaan yang sementara dan sifatnya tidaklah kekal, bagalkan `adat pasang berturn naik’. Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah. Makna: Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh dilonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.  Contoh: Upacara peminangan di dalam masyarakat sekarang boleh dijalankan sama ada menurut adat ataupun tidak, tetapi amalan mengerjakan sembahyang mestilah mengikut hukum yang telah ditentukan, kerana `adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah’. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak. Makna: Tiap-tiap usahan memerlukan ketabahan dan kerajinan. Sama erti: 1.  Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat  2. Alang-alang mandi biar basah.  3. Kalau tidak dipecah ruyung, di manakan dapat sagunya.  4.  Tinggi  disusupi, rendah dilangkahi. Contoh: Perdana Menteri telah menyeru rakyat agar tekun berusaha demi meningkatkan lagi penghasilan negara kerana `adat periuk berkerak, adat lesung berdedak’.    Adat pulau limburan pasang.  Makna:

Sama erti: 1.  Hidup bagai aur dengan tebing.  Contoh: Kalau kita ingin hidup dengan penuh keamanan dan ketenteraman dalam masyarakat yang  berbilangan bangsa dan agama ini, perlulah antara kita saling membantu dan saling memerlukan antara satu sama lain supaya sikap bekerjasama dapat dikekalkanbagaikan adat pulau limburan pasang. Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.  Makna:

Sama erti: Hidup ditanggung adat. 

Page 14: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Contoh: Untuk menjalani kehidupan dengan penuh sempurna dan dapat diterima oleh  masyarakat, seharusnyalah kita sentiasa berpegang kepada adat yang ada kerana dalam kehidupan kita bagaikan `adat sepanjang  jalan, cupak sepanjang betung’. 

Adat teluk timbunan kapal. Sama erti: Adat muda menanggung rindu. Contoh: Ramli semestinya menasihatkan anaknya yang sentiasa bermenung setelah tidak dapat menjawab soalan dalam ujian persekolahannya kerana sudah adat teluk timbunan kapal.Adat tua menahan ragam. Makna: Sama erti: Adat tua penuh sabar didada. Contoh: Pak Mat terpaksa menderita dengan  perangai anak-anaknya yang tidak menyenangkan hatinya  kerana banyak yang melanggar kesopanan dalam keadaan  `adat tuan menahan ragam’. Adat yang kawi, syarak yang lazim. Makna : Sama erti: Adat yang berdiri, syarak yang  berlari. Contoh: Seseorang yang hidup dalam masyarakat Melayu dan Islam mempunyai adat yang tersendiri seperti  semasa makan, berkunjung ke rumah jiran dan sebagainya, tetapi pada masa yang sama ia juga tertakluk kepada  undang-undang syarak yang dilaksanakan kerana `adat yang  kawi, syarak yang lazim’. Adat yang menurun, syarak yang mendaki. Makna: Sama erti: Adat di bawah syarak di atas. Contoh: Sebagai seorang yang ingin berjaya dalam menghadapi sebarang kemungkinan, seharusnya ia tidak hanya bergantung kepada adat sahaja kerana `adat yang menurun, syarak yang mendaki’ yang sanggup menghadapi serba kemungkinan.  Agak-agak bertutur malam hari. Makna:

Page 15: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Sama erti: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Contoh: Seseorang yang menjadi ahli pembahas ketika berhujah mestilah berhati-hati kerana bila  tersilap bercakap, akan digunakan balik sebagai hujahnya, maka kata-katanya tak ubah seperti `agak-agak bertutur  malam hari’. Agak lebih dari agih. Makna: Sama erti: Ayam bertelur sebiji riuh sekampung.   Contoh: Seseorang yang selalu bercakap walaupun tidak diminta dan tidak berkenaan biasanya tidak dipercayai oleh orang lain kerana hanyalah `agak lebih dari agih’. Agih-agih kungkang. Makna: Sama erti: Seperti lilin membakar diri. Contoh: Sebagai seorang ibu, Ramlah rela berkorban apa saja untuk kebaikan anaknya sehingga kadang-kadang beliau tidak tidur malam dan pengorbanan ini bagi agih-agih kungkang. Agung susut, pengah masih. Makna: Samaerti: Tiang pandak hendak menyamai tiang  panjang. Contoh: Ramli yang telah tidak terpilih dalam pilihanraya lepas walupun menang sebelum ini, masih bersuara megah di hadapan orang ramai seperti peribahasa `agung susut pongah masih’. Air beriak tanda tak dalam. Makna: Sama erti: Tong berbunyi tandanya kosong. Contoh: Karim selalu menyuarakan kata-katanya bila bersama kawannya tetapi sering tidak diendahkan oleh  mereka kerana kawan-kawannya tahu bahawa air beriak tanda tak dalam. Air besar, batu bersirak. Makna: 

Page 16: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Sama erti: Angin datang pohon menari, ribut  datang pohon tumbang. Contoh: Rumah tangga aman kini sudah tidak aman dan menjadi berpecah kerana satu perselisihan besar telah  terjadi dan keadaan ini sudah lazim kerana bila `air  besar, batu akan bersibak’. Air besar sampan tak hanyut. Makna : Sama erti: Akar  tak berpijak di bumi, pucuk tak sampai ke langit.   Contoh: Halim hampir menjadi gila setelah  segala yang dilakukannya untuk memikat hati Minah tidak  berhasil dan keadaan ini tak ubah seperti `air besar sampan tak hanyut’.                      Air cucuran atap, jatuhnya ke pelimbahan. Makna : Sama erti: Bagaimanaacuan, begitulah kuihnya. Contoh: Salmiah tidak harus merasa risau kerana kalah dalam pertandingan nyanyian lalu walaupun hasratnya untuk mewarisi akat ibunya kerana `air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahannya’ juga.

Air dalam berenang, air dangkal bercebok. Makna : Sama erti: Ukur baju pada badan sendiri. Contoh: Walaupun berpendapatan yang tidak  seberapa, Kamal selalu berbelanja secara berlebih-lebihan  tanpa melihat dirinya yang seharusnya sedar bahawa semasa `air dalam, bolehlah berenang dan bila air dangkal,  hendaklah bercebok’. Air dalam karang menonggok, setanggi campur  kemenyan, gula tertumpah pada kanji. Makna: Sama erti: Ringan tulang berat perut. Contoh: Semenjak bertapak dalam usaha  perniaganya dengan usaha yang gigih dan berpenat selalu,  Wan Hamid telah mula bersinar hidupnya seperti `air yang  dalam karang menonggok dan gula tertumpah pada kanji’. Air dalam terenang. 

Page 17: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Makna: Sama erti: Contoh: Sejak beristeri dengan gadis pujaannya, Nik Aziz mula bahagia dan tenteram kehidupan hariannya tanpa sebarang ganguan dan kehidupannya kini tak ubah seperti `air dalam terenang’. Air dicincang tiada putus. Makna : Sama erti: Carik-carik  bulu ayam, lama-lama bercantum kembali. Contoh: Pernah satu ketika, Ashaari bergaduh dengan abang kandungnya tetapi selang beberapa hari, mereka berdua berbaik semula seperti dulunya. Air di daun keladi. Makna: Sama erti: Ketam mengajar anaknya berjalan betul. Contoh: Walaupun telah dua tahun Jamhari menasihatkan adiknya yang masih suka mencuri tapi sejak itu juga adiknya itu memekakkan telinga dan segala nasihat Jamhari itu bagai `mencurah air ke daun keladi saja.’ Air didih menganak sungai. Makna: Sama erti: Manusia mudah lupa daratan. Contoh: Kalau kita ingin membelanjakan pendapatan  kita, seharusnya kita mengingati hari  belakang kerana kalau terlalu ikut hati tentunya kita ingin berbelanja untuk herhibur dengan berlebihan sedangkan kita harus sedar bahawa air didih menganak sungai. Air digenggam tiada tiris. Makna: Sama erti:  Ukur baju pada badan sendiri. Contoh: Semenjak Mohad Fadli kecurian wangnya dengan banyak, maka ia mula berjimat dan berhati-hati berbelanja sekadar apa yang patut seperti `air digenggam  tiada tiris’. 

Page 18: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Air diminum sembiluan. Makna: Sama erti: Pecah kapai putus suai. Contoh: Sukriah sudah tidak seperti dulu lagi kerana badannya kini menjadi kurus kering, apa yang  dimakannya tidak seberapa dan `air yang diminum terasa  sembiluan’. Air gedang menghanyutkan. Makna: Sama erti: Diam-diam ubi semakin berisi. Contoh: Kamal, kawan Rashidi yang sering  memperli kepadanya kerana sifatnya yang lebih pendiam  berbanding dengan mereka tetapi mereka seharusnya tidak lupa bahawa air gedang menghanyutkan. Air jernih, ikannya jinak. Makna: Sama erti: Air tenang, ikan bermain. Contoh: Rakyat Malaysia telah terpuji sebagai  rakyat yang ramah dan cepat mesra dan bertepatan dengan  negeri ini sendiri yang aman dan tak ubah seperti ikan  yang jinak dalam air yang jernih. Air keruh, limbat keluar. Makna: Sama erti: Menangguk di air keruh. Contoh: Peperangan yang tidak berkesudahan di Lubnan telahmenimbulkan keadaan yang tidak aman dan  keacau bilau yang mana keadaan sebegini telah  dieksploitasi sepenuhnya oleh setengah negara asing dengan tindakan seumpama air keruh limbat keluar. Air lalu kubangan tohor. Makna: Sama erti: Akar putus, daun pun kering. 

Page 19: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Contoh: Sebagai seorang yang bekerja makan gaji (gaji bulanan), Shariff yang mempnyai keluarga yang besar  itu terpaksa mencari kerja sambilan kerana duit gajinya bagaikan air lalu kubangan tohor.  

Air laut hijau siapa celup? Makna: Sama erti: Air ada pasang, ada surutnya. Contoh: Kamarulzaman yang besar dan kuat  tenaganya telah insaf setelah ditewaskan oleh seorang  yang lebih kecil daripadanya dalam satu pertandingan  tinju dan beliau kini sedar bahawa sekuat-kuat dirinya tidak dapat juga mewarnakan laut. Air mata jatuh ke dalam. Makna: Sama erti: Air mata jatuh ke perut. Contoh: Walaupun selama ini orang hanya melihat Roslina sentiasa riang dan gembira bila bersama, tetapi sebenarnya hatinya selalu sedih dan bila ia menangis, air matanya jatuh ke dalam. Air mudik sungai semua telah diranai. Makna: Sama erti: Tidak mengenang pasang dan surut. Contoh: Setelah baru saja mendapat kerja yang tidak seberapa, Mazlan sudah mula pandai menghias dirinya dengan membeli barang-barang yang mahal-mahal dan keadaan dirinya tidak ubah seperti air mudik sungai, semua telah diranai. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. Makna:       Sama erti: Masuk  kandang kambing mengembek, masuk kandung kerbau menguak. Contoh: Sebagai orang baru dalam masyarakat ini, dia hendaklah mempelajari segala peraturan dan  undang-undang yang diamalkan supaya diterima oleh masyarakat tempatan kerana adat kita bagaikan air orang disauk, ranting orang dipatah dan adat orang diturut. 

Page 20: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut sentiasa.       Makna: Sama erti: Tidak ombak bergelora sepanjang  masa. Contoh: Usahlah kita bersedih kerana nasib kita hari ini agak malang berbanding dengan orang lain,  mungkin esok kita akan lebih bergembira dari orang lain dan orang yang bergembira hari ini pun tidaklah selamanya  kerana air ada pasang surutnya. Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. Makna: Sama erti: Enggang sama enggang, pipit ke bawah juga. Contoh: Dalam satu perselisihan keluarga, Fauzi cuba memihak kepada salah seorang anggota keluarga itu  tetapi kemasukannya itu tidak ke mana kerana bila keluarga itu baik semula, Fauzi telah tidak dipentingkan lagi kerana perbuatan beliau hanyalah seperti air sama air, sampah ke tepi juga. Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. Makna: Sama erti: Sedikit hujan banyak yang basah. Contoh: Sikap Maimunah seperti air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan menyebabkannya disisih oleh masyarakatnya sendiri kerana masyarakat sedar bahawa sikapnya itu telah banyak merosakkan keharmonian hidup bermasyarakat. Air surut kapar (sampah) hilir bersama, air pasang ia tersangkut. Makna: Sama erti: Seperti kacang lupakan kulit. Contoh: Mohd. Zaki merasa cukup menyesal kerana pada masa susah dulu dia bersama seorang kawannya sama-sama menghadapinya, tapi bila kawannya telah menjadi senang, dia telah dilupakan dan dia merasakan dirinya  bagai sampah yang hilir bersama bila air surut tapi bila  pasang, sampah telah tersangkut. Air susu dibalas dengan air tuba. Makna: 

Page 21: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Sama erti: Beri bunga dibalas tahi. Contoh: Zakaria tidak pernah menyangka bahawa Rosli kawannya itu sanggup merampas tunangannya sendiri sedangkan sebelum ini, Zakariah  pernah mengajarkan bagaimana untuk memikat wanita dan ia rasakan perbuatan Rosli seperti air susu dibalas air tuba. Air tawar secawan ditunangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya air laut. Makna: Sama erti: Berat mata memandangkan berat lagi bahu memikul. Contoh: Sebagai satu bangsa yang bertamadun dan dapat mengadakan b096: Air surut kapar (sampah) hilir bersama, air pasang ia tersangkut. Makna: Sama erti: Seperti kacang lupakan kulit. Contoh: Mohd. Zaki merasa cukup menyesal kerana pada masa susah dulu dia bersama seorang kawannya sama-sama menghadapinya, tapi bila kawannya telah menjadi senang, dia telah dilupakan dan dia merasakan dirinya bagai sampah yang hilir bersama bila air surut tapi bila  pasang, sampah telah tersangkut. Air susu dibalas dengan air tuba. Makna: Sama erti: Beri bunga dibalas tahi. Contoh: Zakaria tidak pernah menyangka bahawa Rosli kawannya itu sanggup merampas tunangannya sendiri sedangkan sebelum ini, Zakariah pernah mengajarkan bagaimana untuk memikat wanita dan ia rasakan perbuatan Rosli seperti air susu dibalas air tuba. Air tawar secawan ditunangkan ke dalam laut, tidak akan dapat menghilangkan masinnya air laut. Makna: Sama erti: Berat mata memandangkan berat lagi  bahu memikul. Contoh: Sebagai satu bangsa yang bertamadun dan dapat mengadakan b096: Air surut kapar (sampah) hilir bersama, air  pasang ia tersangkut. Makna:

Page 22: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Sama erti: Seperti kacang lupakan kulit. Contoh: Mohd. Zaki merasa cukup menyesal kerana  pada masa susah dulu dia bersama seorang kawannya sama-sama menghadapinya, tapi bila kawannya telah menjadi  senang, dia telah dilupakan dan dia merasakan dirinya  bagai sampah yang hilir bersama bila air surut tapi bila  pasang, sampah telah tersangkut. Air susu dibalas dengan air tuba. Makna: Sama erti: Beri bunga dibalas tahi. Contoh: Zakaria tidak pernah menyangka bahawa Rosli kawannya itu sanggup merampas tunangannya sendiri sedangkan sebelum ini, Zakariah pernah mengajarkan bagaimana untuk memikat wanita dan ia rasakan perbuatan Rosli seperti air susu dibalas air tuba. Air tawar secawan ditunangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya air laut. Makna: Sama erti: Berat mata memandangkan berat lagi bahu memikul. Contoh: Sebagai satu bangsa yang bertamadun dan dapat mengadakan b096: Air surut kapar (sampah) hilir bersama, air pasang ia tersangkut. Makna: Sama erti: Seperti kacang lupakan kulit. Contoh: Mohd. Zaki merasa cukup menyesal kerana pada masa susah dulu dia bersama seorang kawannya sama-sama menghadapinya, tetapi bila kawannya telah menjadi senang, dia telah dilupakan dan dia merasakan dirinya bagai sampah yang hilir bersama bila air surut tetapi bila  pasang, sampah telah tersangkut.

Air tawar secawan ditunangkan ke dalam laut,  takkan dapat menghilangkan masinnya air laut. Makna: Sama erti: Berat mata memandangkan berat lagi  bahu memikul. Contoh: Sebagai satu bangsa yang bertamadun dan dapat mengadakan b096: Air surut kapar (sampah) hilir bersama, air  pasang ia tersangkut.

Page 23: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Makna: Sama erti: Seperti kacang lupakan kulit. Contoh: Mohd. Zaki merasa cukup menyesal kerana pada masa susah dulu dia bersama seorang kawannya sama-sama menghadapinya, tetapi bila kawannya telah menjadi senang, dia telah dilupakan dan dia merasakan dirinya bagai sampah yang hilir bersama bila air surut tetapi bila pasang, sampah telah tersangkut.

Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada. Makna: Cukup mempunyai segala yang diperlukan. Sama erti: 1.  Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang  2.  Seperti ayam makan rumput. 3. Ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tidak. Contoh: Kalau dia dibenar untuk meneruskan  pelajarannya bagi mencapai cita-citanya kenapa tidak anak  kita.  Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada.   Semua syarat yang diperlukanada pada anak kita. Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir  atas bawah. Makna: Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya. Sama erti: 1.  Mata tahu memandang saja, bahu  juga yang tahu beratnya   2.  Bagai menyandang galas tiga. Contoh: “Saya rasa kita perlu sediakan  peruntukan kewangannya dahulu kemudian baharulah kita  fikirkan besar mana majlis itu hendak diadakan.  Saya tak  mahu cadangan saja banyak tapi yangmengerjakannya nanti  sedikit sahaja.  Maklumlah, apa payahnya menawakkan bibir atas bawah. Apa payahnya mengoyangkan lidah saja. Makna: Banyak janji tetapi tidak ditepati. Sama erti:Lidah tiada bertulang (Shellabear,  1960). Contoh: Apa payahnya menggoyangkan lidah saja!  modalnya hanya air liur.  Tetapi untuk melaksanakan kata-  kata itu, pasti timbul banyak masalahnya. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan  habis. Makna:  

Page 24: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Sama erti:  Contoh: Tak usahlah membuat berbagai-bagai  cadangan untuk memeriahkan lagi majlis kahwin anak kita  tu.  Kita juga yang akan membiayainya.  Orang lain  tumpang seronoknya saja.  Apapeduli pada kukuran, nyiur  juga yang akan habis. Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh  disuruh. Makna: Alasan yang berlawanan dengan maksud yang  sebenarnya. Sama erti:Apa ruginya berbini sumbing, marah  pun tersenyum juga. Contoh: En. Basri memberitahu isterinya yang  dia terpaksa pulang lewat malam kerana menyelesaikan  tugas-tugas pejabatnya.  Sebenarnya ia bersuka-suka  dengan teman wanitanya.  Apa sakit berbini janda, anak  tiri boleh disuruh adalah pegangan En. Basri. Apa tampangnya, itulah tumbuhnya. Makna: Hasil sesuatu pekerjaan itu mengikut ukuran usaha  yang kita kerjakan. Sama erti: 1.  Sariat palu memalu, hakikat  balas membalas.  2.  Tebu ditanam takkan peria yang  tumbuh  3. Terpijak di tanah kapur, putih  tapak, terpijak di tanah arang,  hitam tapak. Contoh: Ahmad seorang peneroka yang gigih lagi  rajin.  Tiap-tiap hari dia bersungguh-sungguh mengerjakan  ladangnya.  Tidak hairanlah kenapa ia mendapat hasil yang begitu lumayan, apatampangnya itulah tumbuhnya. Apabila orang miskin menghendaki wang dia  mendapat anak, apabila orang kaya menghendaki anak, dia  mendapat wang. Makna: Hasil yang berlawanan dengan keinginan:  Lain yang dihajati, lain yang diperolehi. Sama erti: 1.  Lain diniat lain ditakdir, lain  diacah lain yang jadi 2.  Niat hati nak getah bayan,  sudah tergetah burung serindit.  3.  Suruh putih, hitam datang  (3813). Contoh: Apabila orang miskin menghendaki wang  dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak  dia mendapat wang. Begitulah yang terjadi kepada anak sulung Pak Sudir; lain orang yang dipinang, lain orang  yang dijodohkan dengannya. Apabila tumbuh nyiur itu patah, tumbuh nyiur  juga akan gantinya.

Makna: Ganti yang hilang mesti yang sama pula. Sama erti:1. Sepuluh bintang bertabur,  bolehkah sama dengan bulan yang  satu 2. Patah tumbuh hilang berganti. 3.Bagai tembilang bagai penggali;   begitu yang hilang begitu pengganti. 

Page 25: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Contoh: Ahmad telah dilucutkan jawatannya  sebagai pengurus. Kini ia menganggur kerana ia tidak  akan menerima jawatan lain selain dari jawatan pengurus.   Bagi Ahmad, apabila tumbuh nyiuritu patah, tumbuh nyiur  juga akan gantinya.Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar  tungku, kalau tidak dibakar. Makna: Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain,  kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. Sama erti: Seperti buku gaharu  (3448). Contoh: Saya rasa, ilmu yang kita tuntut ini  hendaklah dicurahkan kepada anak bangsa kita untuk  dimanfaatkan oleh mereka.  Lagi pun, apakah gunanya  kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar.   Hidup atau mati kita, tak siapa pun yang tahu, jadi selagi kita hidup, biarlah membuat jasa. Apakah gunanya memasang dian ditengah hari,  jika malam alangkah baiknya. Makna: Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu  diterangkan lagi. Sama erti: Bersuluh di tengah hari. Contoh: Perbuatan engkau itu membuang masa  saja.  Perkara ini tak perlu engkau mencari alasan untuk  menafikannya.  Apakah gunanya memasang dian di tengah  hari, jika malam alangkahbaiknya.  Hal engkau semua  orang dah tahu.  Bertaubat sajalah! Apa lagi sawa, ia berkehendakkan ayamlah!. Makna: Orang yang suka mencari barang-barang yang  digemarinya. Sama erti: Bagai biawak mengulangibangkai.  Contoh: Puan Zaiton sangat berminat mengumpul  barang-barang cantik.  Semasa berada di London, suaminya  membawa beliau ke sebuah kedai yang menjual barang-barang  antik.  Apa lagi sawa, ia berkehendakkan ayamlah!  Puan  Zaiton tidak melepaskan peluang yang diberikan oleh  suaminya. Apalagilah, pemakan berulam bertemu pucuk. Makna: Orang yang bertemu dengan barang kesukaannya. Sama erti: 1.  Pucuk dicita ulam mendatang.  2.  Bagai perempuan bunting  bertemu idamannya 3.  Seperti tebu lepas ke dalam  mulut gajah, payah akan  keluar (3639). 

Page 26: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Contoh: Setelah sekian lama ia berhajat untuk  melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi,  baru kini ia mendapat tawaran dari sebuah universiti luar  negeri. Apa lagilah, pemakan berulam bertemu pucuk, dia  menerima tawaran itu dengan riang sekali.  Api dengan air, alangkah bezanya. Makna: Jahat dengan baik amat jauh bezanya. Sama erti: 1. Bagaibumidenganlangit 2.  Seperti sayur dengan rumput.  Contoh: Ali seorang yang baik dan dihormati  oleh jiran-jirannya.  Tetapi adiknya Husain tersangat  jahat.  Mereka selalu bertentangan kerana berbeza  pendapat, bak kata orang, api dengan air, alangkah  bezanya. Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila  besar menjadi lawan. Makna: Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat. Sama erti:(1)Ah bungkuk, jangan menyerangguh. 2. Kecil-kecil, anak; kalau sudah besar, menjadi onak. 3. Sedang rebung baik di patah,  jadi buluh melepuh jari. Contoh: Api itu, tatkala kecil menjadi kawan,  apabila besar menjadi lawan, begitulah prinsip yang  dipegang oleh pengetua sekolah itu.  Murid-murid yang  mengingkari peraturan sekolah walaupun merupakan  kesalahan kecil, akan tetap menerima hukumannya supaya  kesalahan demikian tidak akan berulang. Api kecil baik dipadam. Makna: Basmilah kejahatan itu semasa ia masih kecil lagi. Sama erti: 1. Sesat surut, terlangkah kembali. 2.  Tempang gajah berjalan dek  sepuntung duri di tapak kaki. Contoh: Mak Munah memberi perhatian yang serius  ke atas lap? orang yang diterima dari pihak sekolah  berhubung dengan kelakuan anaknya.  Ia akan bertindak  untuk memperbaiki kelakuan anaknya kerana baginya, api  kecil baik dipadam. Api makan sekam  (= dedak). Makna: Perbuatan jahat atau rindu dendam yang  tersembunyi. Sama erti: Gunting dalam lipatan. Contoh: Rasa marahnya pada orang tengah yang  memeras serta menindas masih tetap membara di hatinya,  bagai api dalam sekam.

Page 27: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 

Api yang tak hujung padam. Makna: Semangat yang hidup selama-lamanya. Sama erti: Genggam bara api biar sampai jadi  arang. Contoh: Semangat untuk berjuang membebaskan  tanah air sentiasa mengalir dalam tubuhnya bagai api nan  tak hujung padam.  Api padam puntung berasap. Makna: Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan  kembali. Sama erti: 1. Rumah sudah pahat berbunyi.  2. Berbalik-balik bagai kuda  terceret. Contoh: Rungutan dari parti-parti pembangkang  berhubung dengan keputusan pilihanraya yang lalu bolehlah  dianggap seperti api padam puntung berasap. Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ  lagi. Makna: Cerita yang sudah tamat, benar-benar sudah  selesai. Sama erti: Genting putus, biang tembuk.  (Loh Woh Ching, 1986). Contoh: Perkara yang menyedihkan itu telah lama dilupakan dan tidak mahu mendengarnya lagi.  Segala-  galanya telah selesai, api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi. Apung di tengah lautan, dipukul ombak sekejap  ke tengah, sekejap ke tepi. Makna: Orang dagang yang melarat hidupnya. Sama erti: 1. Seperti beting dipalu ombak. 2. Bagai cupak hanyut. 3. Seperti daun kering ditiup  angin di tengah padang. Contoh: Hidupnya bagai apung, di tengah lautan,  dipukul ombak sekejap ke tengah, sekejap ke tepi.  Tidak  ada insan lain yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya. Ara tak bergetah. Makna: Suatu perkara yang mustahil. 

Page 28: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Sama erti: 1.  (Menantikan) kucing bertanduk.  2.  Puntung berasap.   3.  (Menantikan) masak buah rembia.   4.  Menanti kuaran bertelur.  5. Bakar air ambil abunya. Contoh: Sejak kepulangan ke kampung, setelah  menjalani hukuman penjara, kejadian curi sering berlaku  di kampung itu.  Mereka mengesyakinya bertanggungjawab di  atas kejadian itu.  Katamereka masakan ara tak bergetah. Arang di dahi (= di kening, di muka). Makna: Mendapat malu. Sama erti: Seperti cicak makan kapur (3461). Contoh: Dengan tidak disangka-sangka keluarga  Pak Mat yang terkenal dengan baik budi itu telah terpalit  arang di dahi, apabila seorang dari anaknya telah  ditangkap oleh polis dan dituduh mengedar dadah.  Arang habis besi binasa. Makna: Pekerjaan yang sia-sia. Sama erti: 1. Seperti menghitung buah  kerayung. 2. Seperti mencari jejak di air. 3. Seperti membilang bulu  kambing. 4. Menakik darah di batu. Contoh: Pak Ali telah menjualkan harta benda  kepunyaannya untuk membiayai pengajian anaknya di luar  negeri.  Tetapi segala pengorbanan Pak Ali itu telah  disia-siakan oleh anaknya.  KiniPak Ali telah jatuh  papa, arang habis besi binasa. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja. Makna: (Seperti 223). Sama erti: 1. Pelabur habis, pelembang tak  alah. 2. Penat tukang menempa, besi  binasa senjata tak jadi. 3. Seperti membubul jala buruk. Contoh: Arang itu jika dibasuh dengan air mawar  sekalipun, tiada akan putih.

Makna:. Sama erti: 1. Gagak dimandikan tujuh kali  seharipun, takkan putih bulunya. 2. Burung gagak itu jika  dimandikan dengan air mawar  sekalipun tidak akan menjadi  putih bulunya. 

Page 29: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Contoh: Penjenayah itu baharu saja bebas dari  tahanan dan telah kembali ke pangkuan keluarga.  Walaupun  ia diterima oleh keluarganya dengan senang hati tetapi  orang lain masih mencurigainya.  Maklumlah, arang itu  jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan  putih.  Asal ada kecilpun pada. Makna: Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga. Sama erti: 1. Dalam menyelam cetek bertimba. 2. Daripada cempedak baik nagka (Shellabear, 1960). Contoh: Sudahlah, jangan bersedih lagi.  Sudah  tak menjadi rezeki engkau.  Cukuplah dengan apa yang kau  telah perolehi, asal ada kecilpun pada. Asal ayam ke lesung, asal itik hendak ke  pelimbahan. Makna: Tabiat orang tak mungkin berubah. Sama erti: 1. Seperti gagak pulang ke benua. 2. Sepuluh jong masuk, anjing  tetap bercawat ekor. Contoh: Meskipun telah lama ia meninggalkan  kampungnya dan menetap di bandar, ia masih meneruskan  kegemarannya memikat burung pada setiap hujung minggu.   Bak kata orang, asal ayam ke lesung, asal itik ke  perlimbahan.  Asal berinsang ikanlah. Makna: Tidak memilih (Pekerjaan, makanan, perempuan dsb.) Sama erti: 1. Bagai rotan,  asal berinsang  dicucuk belaka (479). 2. Umpama anjing makan muntahnya.   (Shellaberar, 1960). Contoh: Ali telah membulatkan tekadnya untuk ke  bandar dan mencari pekerjaan di sana.  Meskipun ia sedar  yang ia tiada kelayakan  yang tinggi untuk menjaminkan  kerja yang baikuntuknya tetapi azamnya cukup kuat untuk  ke sana.  Ia akan menerima apa saja pekerjaan.  Ia tidak  berkira-kira lagi, asal berinsang, ikanlah. Asal berisi tembolok senang hati. Makna: Sudah cukup makan dan minum maka senanglah hati. Sama erti: Ada hari ada nasi. 

Page 30: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Contoh: Memang sudah menjadi tabiat Roslan sejak dari dulu lagi, tidak mahu berusaha lebih untuk  mengubah nasibnya.  Dia hanya bekerja sekadar untuk cukup  makan dan pakainya sahaja sudah menyenangkan hatinya  ibarat kata pepatah, asal berisi tembolok senang hati.  

Asal besi pengapak kayu, asal mas menjadi  penduk. Makna: Darjat sesorang dapat ditentukan pada sifat  perangainya. Sama erti: 1.  Bahasa dan bangsa itu tidak  dijual beli. 2.  Bahasa menunjukkan bangsa. 3.  Sebab buah kekenalan pohon. 4.  Usul menunjukkan asal. Contoh: Cikgu Othman amat disukai oleh murid-muridnya di sekolah kerana sikapnya yang baik hati.   Sikapnya ini juga sangat digemari oleh masyarakat  kampungnya yang amat sesuai dengan sikap seorang guru  seperti asal besi pengapak kayu, asal mas menjadi penduk.              Asal ditugal, adalah benih. Makna: Sesuatu usaha tentu ada hasilnya. Sama erti: Ada ubi ada batasnya. Contoh: Asal ditugal adalah benihnya.  Begitulah yang terjadi kepada Hussein kerana telah  berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan SPM baru-baru ini hasil daripada usaha gigih yangdiamalkan selama  ini. Asal sabut terapung, asal besi tenggelam. Makna: Untung-untungan, kalau bernasib  baik  tentu  selamat, kalau bernasih malang tentu jatuh. Sama erti: Contoh: Keluarga Hj. Ahmad terpaksa juga  bertolak ke Kuala Lumpur pada malam itu kerana mendapat  telegram yang mengatakan anaknya sakit kuat walaupun  banjir dijangka melanda di seluruh negara.  Mereka  semata-mata berserah kepada nasib, asal sabut terapung,  asal besi tenggelam.  Asal selamat ke seberang, biar bergantung di  ekor buaya. Makna: Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua  pertolongan itu akan diterima. Sama erti: 1.  Condong ditampil, lemah dianduh.  2.  Seperti orang mati; jikalau  tiada orang mengangkat, bilakah  bergerak.

Page 31: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Contoh: Sudah dua hari pengemis itu tidak  makan.  Dia merayau-rayau ke sana ke mari di dalam  kampung itu untuk meminta apa-apa jua bantuan daripada  orang ramai; asalkan dia tidak matikebuluran seperti  pepatah asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya.                                    

Asal terbang burunglah, asal berinsang  ikanlah. Makna: Tidak memilih. Sama erti: Bagai   rotan,   asal   berinsang  dicucuk belaka.  Contoh: Sejak tersebarnya berita lima orang  banduan berjaya melepaskan diri daripada penjara Pudu,  maka orang-orang perempuan sama ada isteri orang janda  atau anak gadis takut dantidak lagi merayap-rayap  seorang diri hingga lewat malam kerana banduan itu tidak boleh melihat orang perempuan dan tidak kira sama ada  isteri orang, janda atau gadis akan dirogolnya seperti  kata pepatah, asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah.               Asam di darat ikan di laut, temu dalam  belanga. Makna: Perepuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. Sama erti: 1.  Garam di laut asam digunung,  bertemu dalam belanga juga.  2.  Laksana garam dengan asam. Contoh: Walaupun kedua-dua orang kekasih itu  terpaksa berpisah selama lima tahun kerana melanjutkan  pelajaran masing-masing di negara yang berlainan tetapi  mereka berkahwin juga akhirnya setelah tamat pengajian mereka.  Benarlah seperti kata orang, asam di darat ikan  di laut, bertemu dalam belanga.       Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan. Makna: Tak  akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. Sama erti: 1.  Jika tidak dipecah ruyung, di  mana boleh mendapat sagu. 2.  Kurang sisik, tinggal lidi     dibuku; kurang selidik tinggal  kaji di guru. 3.  Pengayuh sayang dibasahkan,  sampantakkan sampai ke  seberang. Contoh: Semua rakannya mendapat pekerjaan  setelah tamat persekolahan tetapi Zulkifli asyik memangku  tangan, mati di dalam angan-angan kerana dia tidak pernah  berusaha untukmendapatkan kerja. Semata-mata  mengharapkan orang menawarkan kerja kepadanya.  Atap rumbia perabung  upih, rumah besar  berdinding papan. 

Page 32: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Makna: Barang  yang  baik  dicampurkan dengan barang yang buruk.      Sama erti: Amra disangka kedondong. Contoh: Barang-barang perhiasan di rumah Datuk  Muhammad itu tidak begitu menarik lagi kerana atap rumbia  perabung upih, rumah besar berdinding papan.  Dulu  barang-barang yang cantikitu tidak dicampurkan dengan  barang-barang lama yang sudah tidak menarik lagi. Aur ditanam betung tumbuh. Makna: Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit. Sama erti: 1.  Paksa terkukur padi rebah;  paksa tikus lengkiang terbuka.  2.  Tidak berluluk mengambil  cekarau. Contoh: Aur ditanam betung tumbuh, begitulah  rezeki yang diterima oleh peniaga itu yang amat baik budi  bahasanya. Walaupun dengan modal yang kecil sahaja dikeluarkan untuk warungnya, tetapi dia telah mendapat  keuntungan yang banyak kerana orang ramai tidak putus-putus makan minum di warungnya. Haus telunjuk mencolek garam. Makna: Hidup dalam kemiskinan. Sama erti: 1.  Anggap-anggap bagai rumput di  tengah jalan. 2. Berkain tak cukup sebelit pinggang. 3. Bersawah sepiring tidak, kan  tempat sepasin bertanya.  4.  Kain basah kering dipinggang.  5.  Teranggit-anggitseperti rumput di pintu. 6.  Terlentang berisi air, tertiarap berisi tanah. 7.  Seperti kain buruk dibakar tak berbau. Contoh: Petani-petani di kampung dalam itu  hidup seperti aus telunjuk mencolek garam, kais pagi  makan pagi, kais petang makan petang kerana tidak ada  usaha langsung yang dijalankan oleh kerajaan untuk  membaiki nasib penduduk kampung yang miskin itu. Awak alah gelanggang usai. Makna: Ditimpa  kemalangan yang  tidak dapat diatasi  lagi. Sama erti: 1.  Langit menyungkup kepala. 2.  Langit runtuh, bumi cair. Contoh: `Apa boleh buat Man, awak alah  gelanggang usai kerana kaki Man tak boleh diselamatkan  lagi dan terpaksa dipotong apabila dilanggar oleh kereta  kelmarin.’ Pujuk En. Rahim kepadaanaknya.  Awak hendak kehilir, ia telah hanyut. 

Page 33: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Makna: Cita-cita yang  telah  didahului oleh orang lain. Sama erti: Kita baru mencapai pengayuh, orang  sudah tiba ke seberang. Contoh:  

Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat  terbang hendak tinggi. Makna: Mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan  dengan kesanggupan diri sendiri. Sama erti: 1.  Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi  pantai. 2.  Telinga rabit pasang subang  di kaki.  Contoh: Awak kecil makan hendak banyak, sayap  singkat terbang hendak tinggi, mana boleh jadi’, kata Sukarni  menyindir kerana kawannya itu berangan-angan hendak membeli  kereta BMW, sedangkan kerjanya menjual `burger’ sahaja.      Awak kurus daging menimbun. Makna: Orang kaya yang pura-pura miskin. Sama erti: Contoh: Saya amat terkejut apabila bertemu  dengan Encik Bakar yang terkenal dengan kekayaannya  tetapi menunggang basikal buruk sahaja apabila pergi ke  bandar.  Rupa-rupanya sudah menjadi kebiasaan beliau  bersikap begitu, awak kurus daging menimbun. Awak tikus, hendak menampar  kepala kucing. Makna: Melakukan sesuatu yang mustahil. Sama erti: 1.  Bakar air ambil abunya. 2.  Kalau kucing keluar tanduk  Belanda masuk Islam, baru boleh jadi. 3.  Langit  akan disigai, tebat akan disiar.  4.  Mencari umbut dalam batu. 5.  Takkan boleh  bersiul  sambil meminum air. Contoh: Kepala kucing adalah sesuatu yang mustahil kerana awak adalah rakyat biasa, bagaimana hendak mengubal undang-undang negara ini’.  Kata Cikgu Ramli. Awak menangis diberi pisang. Makna: Pujukan yang tepat. Sama erti: Orang lapar diberi nasi. 

Page 34: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Contoh: Seseorang yang berada di dalam  kemarahan, kita tidak boleh menentangnya tetapi kita  hendaklah memerhatikannya kerana itu adalah merupakan  tindakan yang tepat seperti kata orang awak menangis  diberi pisang. 

Awak rendah sangkutan tinggi. Makna: Besar belanja dari pendapatan. Sama erti: 1.  Besar dari tiang, besar sendal  dari gelegar. 2.  Besar senggulung dari beban. 3.  Besar suap daripada mulut. 4. Kecilbahanbesar penyimpannya. 5.  Masuk lima keluar sepuluh. 6.  Tinggi duduk dari cangkung. Contoh: Macam mana awak hendak senang kearana  apabila dapat gaji, awak berbelanja sangat boros dan  melebihi daripada pendapatan yang sebenar.  seolah-olah  awak rendah sangkutantinggi’, kata ketua pejabat itu  kepada kakitangan di bawahnya.  Awak celaka, orang yang diumpat. Makna: Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan,  kecelakaan, kekalahan dsb.) orang lain yang disesalkan. Sama erti: 1.  Buruk muka cermin dibelah. 2.  Tiada tahu menari, dikatakan  lantai jungkang-jungkit. 3.  Tidak tahu menganyam, pandan  disalahkan. Contoh: Kekalahan pasukan bola sepak itu  samalah seperti awak yang celaka, orang yang diumpat  kerana mereka tidak mahu menerima  kekalahan itu  disebabkan oleh kelemahan mereka keranatidak cukup  tenaga sebaliknya jurulatih mereka yang dipersalahkan.                            Awak yang payah membelah ruyung, orang lain  yang beroleh sagunya. Makna: Orang lain yang bersusah payah, orang lain pula  yang mendapat faedahnya. Sama erti: 1.  Bergendang air orang.   2.  Hilang jasa beliung, timbul  jasa rimbas. 3.  Isi lemak dapat ke orang,  tulang bulu pulang ke kita.  4. Kerbau  sakit,  sapi yang beroleh nama. Contoh: Memang tidak patut, aku yang bersusah  payah menamam pokok buah-buahan itu, dia senang-senang  datang mengambil hasilnya, sudahlah begitu dijualnya pula dipasar minggu’, kataPak Kassim kepada isterinya.   `Memang nasib awak begitu, awak yang payah membelah  ruyung, orang lain yang beroleh sagunya’, kata isterinya  pula.        

Page 35: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Awal dibuat, akhir diingat. Makna: Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah  difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu. Sama erti: 1.  Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati. 2.  Berjalan peliharakan kaki,  berkata peliharakan lidah. 3.  Berkelahi  dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian. 4. Dibalik-balik bagai memanggang.  5. Jenguk  pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan  ditinggalkan. 6.  Sepuluh kali ukur sekali  kerat. Contoh: Sebelum  melakukan sesuatu pekerjaan,  tidak kira pekerjaan itu senang atau susah, kita  hendaklah berfikir sedalam-dalamnya supaya kita tidak  kecewa dikemudiannya.  Ibaratkata pepatah, awal dibuat,  akhir diingat. Awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak. Makna: Orang yang tidak berhati-hati melakukan pekerjaannya tentulah akhirnya akan menyesal dan kecewa. Sama erti: 1.  Deras datang dalam kena. 2.  Rosak tapai kerana ragi. 3.  Umpama ayakan dawai. Contoh: Azmi tidak patut menyesal dengan apa yang telah menimpa dirinya kerana dia tidak berhati-hati  apabila melakukan pekerjaan itu.  Dia fikirkan apa yang  dilakukannya itu baikbelaka tanpa  memikirkan bahawanya, bak kata orang, awal dikenal akhir tidak,  alamat badan akan rosak’, kata Azman kepada rakannya.      Ayam baru belajar berkokok. Makna: Baru cukup umur. Sama erti: 1. Belum tahu di masin garam. 2. Budak-budak makan pisang.  3. Darah setampok pinang. Contoh: Kata Azman `Ayam baru belajar  berkokok, mana boleh lawan dengan orang yang lebih matang  daripadanya.  Sepatutnya, budak itu mengalah lebih awal  lagi di dalam isu yang diperdebatkan itu’. Ayam berinduk, sirih berjunjung. Makna: Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan. Sama erti: Di mana tempat kutu hendak makan  jikalau tidak di atas kepala. Contoh: Di dalam masyarakat kita hari ini masih  ramai yang hidup di dalam kemiskinan dan memerlukan  bantuan serta perlindungan apabila ditimpa kesusahan.   Ibarat kata orang, ayam berinduk, sirih berjunjung.

Page 36: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 

 Ayam berlaga sekandang. Makna: Berkelahi dengan orang serumah. Sama erti: 1. Gigi dengan lidah adakalanya  bergigit juga. 2. Ribut dalam cawan. Contoh: Boleh dikatakan hidup suami isteri itu  sebagai ayam berlaga sekandang, tidak pernah aman kerana  sentiasa bergaduh sehingga telah menjadi buah mulut  masyarakat di kampungnya. 0256: Ayam beroga itu, kalau diberi makan di  pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya. Makna: Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga  kita akan negeri sendiri. Sama erti: 1.  Berapa  tinggi terbang bangau akhirnyahinggap di belakang   kerbau juga. 2.  Umpama kijang dirantai dengan rantai emas jikalau lepas,   lari juga ia ke hutan. Contoh: Setelah 20 tahun merantau di negeri  orang dan hidup mewah di sana, akhirnya Encik Omar  kembali juga ke kampungnya untuk menziarahi sanak saudaranya.  Kepulangannya ini seperti ayam beroga itu  kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun  ke hutan  juga perginya.                     Ayam bertelur di atas padi. Makna: Hidup senang dan mewah. Sama erti: Seperti tikus jatuh ke beras. Contoh:  Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan. Makna: Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar. Sama erti: Itik berenang dalam air, kehausan. Contoh: Walaupun dia bergaji besar tetapi  hidupnya sentiasa tidak senang kerana tidak tahu  bersyukur kepada Allah s.w.t. seperti ayam bertelur di  atas padi, mati kelaparan di sampingmenanggung hutang  yang banyak di keliling pinggangnya konon hendak  berlagak.      

Page 37: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

  Ayam dapat, musang dapat. Makna: Pencuri tertangkap, barang-barang pun tidak  hilang. Sama erti: Contoh: Pihak polis telah menunjukkan  ketangkasannya kerana telah berjaya menangkap pencuri  yang telah mencuri di rumah orang kaya Bahaman dengan  barang-barang yang dicurinya sekali.Tindakan polis ini  samalah seperti ayam dapat musang dapat.  Ayam ditambat disambar helang, padi di  tangan tumbuh lalang. Makna: Malang sekali; nasib yang buruk. Sama erti: 1. Antan patah lesung hilang.  2. Sudahlah jatuh, tersungkur pula. 3. Sudah jatuh ditimpa tangga. Contoh: Malang sungguh nasib pemuda itu, ayam  ditambat disambar helang, padi ditangan tumbuh lalang  kerana sudahlah tunangnya dirampas orang, dia pula yang ditimpa kemalangan di jalan rayapetang semalam hingga  tidak sedarkan dirinya yang kini terlantar di hospital.                        Ayam hitam terbang malam bertali ijuk,  bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun. Makna: Kejahatan yang dilakukan di dalm sulit, sukar  diketahui. Sama erti: 1.  Anak ikan di makan ikan. 2.  Tahu makan tahu simpan. 3.  Bagai dekan di bawah pangkal  buluh. Contoh: Kumpulan haram itu memang handal  seperti ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang  tanduk, hinggap di kebun rimbun kerana setiap geraknya  dilakukan dengan hati-hati dan sulit hingga sukar  diketahui atau dikesan oleh sesiapa walaupun pihak polis. Ayam itik, raja pada tempatnya. Makna: Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing. Sama erti: 1.  Adat pulau limburan pasang. 2.  Kuat  burung kerana   sayap,  kuat ketam kerana sepit. 3.  Murai biasa berkicau. Contoh: Expo Perdagangan 1986 yang berlangsung  di Pulau Pinang baru-baru ini telah berjalan dengan  lancar dan berjaya kerana tiap-tiap orang yang ditugaskan  untuk menjayakan Expo itu mahir di dalam urusan masing-  masing seperti ayam itik, raja pada tempatnya. Ayam menang, kampung tergadai.

Page 38: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Makna: Keberuntungan yang tidak ada faedahnya. Sama erti: 1.  Di bilang genap dipapar ganjil. 2.  Untung ada tuah tidak. Contoh: Tidak guna lagi dia mendapat keuntungan  yang banyak di dalam perniagaannya  kerana anak dan  isterinya telah mati di dalam kemalangan itu sedangkan  dia berusaha siang dan malamadalah untuk kebahagiaan  keluarganya.  Nasibnya itu bolehlah diibaratkan ayam menang, kampung tergadai.

Ayam pulang ke pautan. Makna: Sudah pada tempatnya. Sama erti: 1.  Bersua beliung dengan sangkal. 2.  Pinang pulang ke tampuk.  3.  Sirih pulang ke gagangnya. 4.  Tiba dirusuk menjeriau. Contoh: Pasangan pengantin diraja itu seperti  ayam pulang ke pautan kerana sudah kena pada tempatnya  iaitu sama cantik dan sama padan sehingga telah menjadi  buah mulut rakyat di seluruhnegara. Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman,  terang kepada mata orang banyak. Makna: Perkara yang nyata mudah ketahuan. Sama erti: Bagai denai gajah lalu. Contoh: Orang terkaya di kampung i u telah  menderma $10.00 kepada mangsa kebakaran.  Gambarnya  terpampang di dalam akhbar Utusan Malaysia.  Ini menyebabkan rata-rata orang ramai mengatakan orang kaya  itu adalah ayam putih terbang siang, hingap di halaman,  terang kepada mata orang banyak. Ayam seekor bertambang dua. Makna: Gadis seorang dua bujang yang ingin. Sama erti: 1.  Balam dua sesangkar. 2.  Enau sebatang dua sigainya. 3.  Gajah seekor gembala dua. 4.  Pelesit dua sejinjang. Contoh: Dua orang pemuda itu telah lama tidak  bertegur sapa sehinggakan kerapkali telah terjadi  pergaduhan kerana berebut seorang gadis cantik di  kampungnya. Keadaan ini samalah sepertiayam seekor  bertambang dua. Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam.

Page 39: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Makna: Orang  yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya.              Sama erti: Contoh: Walaupun dahulunya dia terkenal dengan  kaki judi dan kaki botol sehingga melarat hidupnya tetapi  sekarang nampaknya dia telah banyak berubah semenjak tinggal bersama-sama dengan keluarga angkatnya Hj.  Abdullah.  Nasibnya itu diibaratkan sebagai ayam sudah  patah, kalau-kalau dapat menikam. Ayam tak patuk, itik tak sudu. Makna: Keadaan orang  dihina dalam masyarakat. Sama erti: 1.  Anjing tidak bercawat ekor.   2.  Bagai anjing buruk kepala.  3.  Seperti anjing kepala busuk. 4.  Si kutuk beras basah,  ditampi tak berlayang,  diindang tak berantah, unjungnya tidak disudu oleh  itik. Contoh: Semenjak ibu bapanya meninggal dunia  tanpa meninggalkan sedikit harta pun, hidupnya semakin  melarat dan hina disisi masyarakat.  Apa saja yang  dibuatnya adalah serba tak kenaseperti ayam tak patuk,  itik tak sudu. Ayam terlepas tangan bau tahi. Makna: Sama erti: Contoh: Walaupun orang kampung tidak memukulnya  sebaik sahaja ditangkap kerana mencuri, tetapi perasaan  malu kepada orang-orang kampung tidak akan hilang kerana selama ini dia terkenal sebagai seorang pemuda yang baik.   Perkara ini samalah seperti ayam terlepas, tangan bau  tahi.                  Ayam terlepas tangan tercirit. Makna: Sama erti: Contoh:  Dalam pertemuan di pinggir Kebun Bunga  pada malam itu, Mansur cuba melakukan perkara jahat  kepada Munah.  Munah menjerit.  Seorang pengawal yang sedang meronda di kawasan itu mendengar jeritan Munah.   Munah diselamatkan. Nasib Mansur seperti ayam terlepas  tangan tercirit. Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang  susah beredar sekeliling.

Page 40: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Makna: Tidak senang melihat kebahagian orang. Sama erti:1.  Bangau-bangau minta aku lehar,  badak-badak minta aku daging.   2.  Ular menelan babi cacing  yang bengkak perut. Contoh: Oleh kerana hajatnya untuk mengahwini  gadis idamannya itu tidak tercapai maka pemuda itu telah  berikhtiar sedaya upayanya untuk merosakkan pasangan  suami isteri itu dengan menggunakan bomoh-bomoh.   tindakannya ini sama seperti ayam tidur senang di dalam  reban, musang yang susah beredar sekeliling.      Ayam yang tangkas digelanggang. Makna: Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis. Sama erti: Contoh: Apabila bercakap di dalam mana-mana  majlis pun, pegawai penerangan itu mendapat perhatian dan  tepukan yang gemuruh daripada para hadirin kerana dia sangat petah dan pandaibercakap mengenai satu-satu isu.   Maklum sajalah, dia adalah seperti ayam yang tangkas di  dalam gelanggang. Babi merasa gulai. Makna: Menyama-nyamai orang berpangkat tinggi. Sama erti: 1.  Berkerbau seperempat ekor,   berkandang sebagai orang. 2.  Cacing hendak menjadi naga. 3.  Helang terbang mengawan, agas  hendak mengawan juga.  4.  Gajah berak besar, kancil pun  hendak berak besar akhirnya mati kebebangan. 5.  Seperti pipit menelan jagung.  6.  Tiang pendak hendak menyamai   tiang panjang. Contoh: Tabiatnya itu samalah seperti babi  merasa gulai kerana apa-apa juga tindakan atas cakapnya  samalah seperti lagak seorang yang kaya atau berpangkat  sedangkan dia adalah seorang yang hidupnya susah.                     Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga. Makna: Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. Sama erti: Telah berbau bagai bacang. Contoh: Bacang dibungkus tentu baunya keluar  juga.  Begitulah yang terjadi kepada Atan yang telah  gagal di dalam peperiksaan SPM dengan mendapat Pangkat  ke-IV menyebabkan dia merasa amat malu dan tidak  memberitahu kepada sesiapa pun di kampunnya sedangkan  orang kampung sudah mengetahuinya melalui seorang guru di kampungnya. 

Page 41: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Badak makan anak. Makna: Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri  kerana takut malu dan sebagainya. Sama erti:Contoh: Di dalam cita-cita hikayat terdapat  banyak peristiwa yang menujukkan seseorang raja yang  bersikap seperti badak makan anak.  Tindakan membunuh  anaknya terpaksa dilakukan kerana didapati anaknya lebih  pintar daripadanya. Badan bersaudara, emas perak tiada  bersaudara, kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok  harta yang ada, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama  binasa. Makna: Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan,  tetapi denganmudah juga dapat diceraikan, kerana orang  lebih mengutamakanharta - benda. Sama erti: Contoh: Semasa ibu bapa mereka masih hidup,  kelima-lima orang adik beradik itu sentiasa hidup di  dalam keadaan yang penuh kasih sayang tetapi akhirnya  telah menjadi porak-peranda apabila kedua ibu bapa mereka  meninggal dunia akibat berebut harta pusaka.  Memang  menjadi adat manusia, badan-badan bersaudara, emas perak  tiada bersaudar; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih  sahabat sama binasa. Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki. Makna: Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa  orang kuat,tetapi hatinya bebas lepas. Sama erti: Contoh: Walaupun rakyat di negara ini berada di  bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, tetapi  tidak semestinya semua rakyat terpaksa mematuhinya kerana  mereka bebas  bersuara selaras dengan pemerintahan  demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan.  Ibarat kata  pepatah, badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki. Badan sudah senyawa. Makna: Sudah sehidup semati. Sama erti: 1.  Berat sama dipikul, ringan  sama dijinjing. 2.  Bulat segiling, pecah  setapik.  3.  Pipih boleh dilayang, bulat  boleh digulingkan. 4.  Pipih boleh dilayang, bulatboleh digulingkan. 5.  Terapung sama hanyut,  terendam sama basah. 

Page 42: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Contoh: `Usahlah hendak diugut atau hendak  dicabar lagi kedu-dua orang teman karib itu, mereka tidak  gentar dan tidak takut mati kerana mereka, badan sudah  dua senyawa’, kata ketua penjahat itu.                    

Bagai air di daun talas. Makna: Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah. Sama erti: 1.  Anak sungai lagi berubah,  inikah pula hati orang.2.  Bagai pancang diguncang arus. 3.  Baling-baling di atas bukit.  4.  Hati bagai baling-baling. 5.  Sebagai pimpingdilereng  bukit.  6. Seperti panji-panji  ditiup angin. 7. Pahamnya bagai getah cair. Contoh: Di dalam mesyuarat agung yang diadakan  baru-baru ini, Sanusi tidak lagi terpilih sebagai  setiausaha persatuannya kerana selama ini ia bersikap  tidak tegas dan dia selalu berubah bagai air di daun  talas sahaja.

Bagai air mencari jenisnya. Makna: Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-  henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah. Sama erti: 1.  Biar penat badan asalkan senang hati.  2.  Mutiara tiada  dimuntahkan  timbul oleh laut. Contoh: Walaupun hidup Cikgu Khalid sudah  terjamin setelah mendapat ijazah daripada Universiti  Sains Malaysia beberapa tahun dulu tetapi beliau masih  tidak nemu-jemu belajar untuk menambahkan pengetahuannya  dengan melanjutkan pelajarannya ke luar negeri pula.   Orang-orang kampungnya mengatakan usaha cikgu Khalid itu  sebagai air mencari jenisnya. Bagai air titik ke batu. Makna: Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.                             Sama erti: 1.  Air di daun keladi.  2.  Kalis bagai air di daunkeladi.  3.  Menampal kerisik ke buluh. Contoh: Ibu bapa Yusri sudah berputus asa  terhadap anaknya yang tidak pernah mendengar nasihat  mereka supaya jangan berkawan dengan budak-budak yang  jahat di kampungnya tetapi Yusri tetap berdegil.  Nasihat  ibunya babapnya itu bagai air titik ke batu. Bagai anak dara mabuk andam.

Page 43: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Makna: Lemah lesu tanpa penyakit. Sama erti: 1.  Seperti mayat ditegakkan.  2.  Seperti orang mabuk gadung.  3.  Seperti cendawan dibasuh.

Contoh: Oleh kerana budak itu berbadan kecil  dan kurus pula, iakelihatan lemah dan lesu tetapi  sebenarnya bukanlah berpenyakit seperti yang  disyakkan.  Dia amat cergas apabilamembuat sesuatu  kerja, bagai anak dara mabuk andam. Bagai anak dara sudah berlaki. Makna: Anak perawan yang tiada malu,pemalas dan      pengotor.   Sama erti: 1.  Seperti berlaki anak semang.  2.  Seperti berlaki,anak orang  gajian. Contoh: Amilah akan pergi ke mana sahaja yang  ia suka tanpa menghiraukan pakaiannya yang tidak bertukar  beberapa hari. Rambutnya pula yang tidak bersikat,  kusut-masai menyebabkan iadigelar bagai anak dara sudah  berlaki. Bagai anak nangui. Makna: Banyak sekali. Sama erti: 1.  Seperti batu di pulau. 2.  Seperti kersik dipulau. Contoh: Projek ternakan Ah Chong sangat berjaya  di Ulu Biram.ternakannya seperti itek dan ayam bagai  anak nangui dan meliputikawasan yang amat luas. Bagai anak sepat ketohoran. Makna: Berbaring dan bermalas-malas sahaja di rumah orang  lain. Sama erti: 1.  Seperti birah tidak berurat.  2.  Menari (=meretak) di  ladang orang. Contoh: Mak Minah sudah hilang sabar.  Setiap  hari apabila ia balik dari ladang, didapati anaknya tidak  mengemas dan memasak untuk tengahari di rumah.  Aziah  anaknya itu selalu ke rumah jirannya di seberang untuk  berbual dan berehat-rehat di sana bagai anak sepat  ketohoran.                  Bagai anjing beranak enam. Makna: Kurus sekali. 

Page 44: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Sama erti: 1.  Tinggal jangat pembalut tulang.  2.  Tinggal kulit pemalut tulang.  3.  Tinggal tulang dengan kulit. 4.  Kalau tak ada kulit  bercerailah (= rerak) tulang. 5.  Seperti cicakkobeng.

Contoh: Swee Lan telah lama mengidap penyakit  jantung.  Telah,banyak wang dihabiskan untuk berubat tapi  tidak juga pulih.Keadaan ini menyebabkan badannya  menjadi kurus sekali bagaianjing beranak enam.  Bagai anjing buruk kepala. Makna: Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat. Sama erti:  1.  Contoh pemakaian: Hari ini kebun jagung Pak Seman pula  yang dilanyak oleh lembu-lembu Senin.  Bila diberitahu padanya, orang pula yang disalahkan hingga selalu berlakupergaduhan.  Sikapnya yang tidak endah ini menjadikan ia  bagai anjing buruk kepala. Bagai anjing melintang denai. Makna: Sangat gembira; sangat sombong. Sama erti: 1.  Seludang menolak mayang.  2.  Sebagai kera mendapat pisang.  3.  Lonjak bagai labu dibenam.  4.  Seperti lonjak alu penumbuk  padi. Contoh: Sejak Mat Salleh berjaya dalam  pilihanraya yang lalu,isterinya sudah tidak mahu lagi  bercampur-gaul dengan masyarakat di sekeliling.   Perubahannya bagai anjing melintangi denai. Bagai anjing tersepit di pagar. Makna: Serba salah kerana di dalam kesusahan. Sama erti: 1.  Anjing terpanggang ekor.  2.  Bagai ayam kena kepala.  3.  Seperti cicak termakan kapor.  4.  Bagai cacing kena air panas.  5.  Terkejar-kejar bagai kucing  jatuh anak. Contoh: Seman telah menjadikan rumahnya   sebagai cagaran untuk membeli saham di Syarikat Ganda  Wang Anda.  Tiba-tiba syarikat itu telah melakukan  penipuan.  Ini bererti Seman akan kehilangan rumahnya.   Keadaan ini menjadikan Seman bagai anjing tersepit dipagar. Bagai api dengan rabuk. Makna: Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tidak baik  kalaudiperdekatkan. 

Page 45: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Sama erti: 1.  Bagai kucing dengan panggang.  2.  Pantang elang dengan ayam,  lambat laun disambar juga.  3.  Sepantun elang dengan ayam,  lambat laun disambar juga.  4.  Seperti kucing dengan anjing.  5.  Tak boleh beetemu roma.  6.  Bagai anjing dengan kucing. Contoh: Aminah mengemukakan hujah untuk  menegakkan pendapatnya.Begitu juga dengan Fatimah,  sehingga isu mesyuarat itu tidak dapat diselesaikan.   Sejak perbalahan itu mereka tida boleh berdekatan  sehingga digelar bagai api dengan rabuk.  

Bagai ara hanyut. Makna: Tidak terus berjalan  ke tempat tujuan,tetapi  singgah di jalan. Sama erti: Contoh:  Perjalanan yang jauh dari Alor Setar ke Kuala Lumpur menyebabkan Amin terpaksa berhenti di beberapa tempat untuk berehat dan makan.  Perjalanan Amin ini bolehlah diibaratkanbagai ara hanyut.  Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur. Makna: Satu sama lain bertolong-tolongan. Sama erti: 1. Sepantun kasau dengan hubungan. 2.  Lemah melapis condong menopang.  3.  Kurang tambah menambah, senteng bilai-membilai.  4.  Berat sama dipikul, ringan sama  dijinjing. Contoh: Hasil daripada kerjasama penduduk-penduduk kampung, jambatan untuk menyeberangi Sungai Ruyong telah berjaya dibina.Ini memudahkan kanak-kanak  sekolah dan masyarakat umumnya untuk pergi ke pekan.   Semangat kerjasama penduduk-penduduk ini bagaiaur  bergantung ke tebing, bagi tebing bergantung ke aur. Bagai aur di atas bukit. Makna: Menyerah diri kepada nasib. Sama erti: 1.  Sabung selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi.  2.  Secubit tiada menjadi segenggam.  3. Beras secupak tak akan menjadi segantang.  4.  Sejengkal tak akanmenjadi  sehasta. Contoh: Dina selalu gagal dalam mata pelajaran  matematik semasa ujian bulanan.  Kelemahannya ini tidka  pernah dibaiki dengan berusaha lebih giat lagi seperti  membuat banyak latihan atau ke kelas tambahan.  Katanya  kejayaannya dalam peperiksan nanti bagai aur di atas  bukit. 

Page 46: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Bagai ayam dibawa ke lampok. Makna: Orang yang tidak pernah masuk ke majlis. Sama erti: 1.  Seperti rusa masuk kampung. 2.  Ke dalam sumpit tak muat, ke  dalam ambong longgar. Contoh: Semasa mesyuarat jawatankuasa itu dijalankan, Seman terjerit-jerit ingin mengemukakan pendapatnya.  Bila ideanya tidak diterima, ia akan  menghentak-hentak meja dan terus keluar dari mesyuarat itu.  Tingkah-lakunya bagai ayam dibawa ke lampok.Bagai ayam dimakan (= kena) tungau. Makna: Pucat dan kuning kerana mengidap penyakit; sangat  gelisah kelakuannya. Sama erti: 1.  Pucat lesi bagai ayam kena lengit. 2.  Seperti ayam berak kapur.  3.  Seperti mayat ditegakkan.  4.  Bagai ikan mati. Contoh: Telah banyak wang dihabiskan untuk  mengubati penyakit Wak Ali, tetapi masih juga kurang  berkesan sehingga badannya tidak berdaya.  Akibat  penyakit yang dialaminya itu menjadikan badannya kurus,  pucat bagai ayam dimakan tungau. Bagai ayam disambar elang. Makna: Mati tanpa sakit. Sama erti: Panjang langkah, singkat permintaan. Contoh: Encik Sukri tidak percaya dengan berita kematian kawannya, kerana pada pagi kelmarin dia masih sihat dalam perbincangan yang diadakan.  Kematian  kawannya itu bagai ayamdisambar elang. Bagai ayam kena kepala. Makna: Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung. Sama erti: 1.  Bagai burung jampuk kesiangan.  2. Bagai kucing kehilangan anak.  3.  Seperti pikat kehilangan mata.   Contoh: Peristiwa negeri yang berlaku kepada keluarga Ali telah menyebabkan ia sukar untuk memberi keputusan muktamat.  Situasi Ali ini bagai ayam kena lempar.   Bagai ayam lepas bertaji. Makna: Seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba  salahuntuk menolongnya. 

Page 47: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Sama erti: 1.  Lulus  tidak berselam, hilang tidak bercari.  2.  Luka di tangan dapat diubati, luka di hati siapa tahu? Contoh: Setelah kematian bapanya, Ali menghadapi pelbagai masalah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada di dalam syarikat bapanya itu.  Ramai orang yang bersimpati dengannya.  Keadaan Ali bagai ayam lepas bertaji. 

 Bagai ayam mabuk tahi. Makna: Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan  kurang darah. Sama erti: 1.  Bagai ayam dimakan tungau. 2.  Bagai ayam kena lengit.  3.  Seperti ayam berak kapor  4.  Seperti mayat ditegahkkan.  5.  Bagai ikan mati. Contoh: Sejak Encik Tan mengalami kemalangan seminggu yang lalu kesihatan belum puleh lagi kerana ia perlu dimasukkan darah ke dalam badannya.  Kesakitan yang berat ini menyebabkan beliau dalam keadaan pucat bagai ayam mabuk tahi. Bagai ayam mengarang telor. Makna: Peri keelokan, merah muka seseorang. Sama erti: 1.  Bagai ayam mengeram telur. 2.  Seperti emas baru disepuh.  3.  Bagai telor dikupas.  4. Seperti bunga raya kembang pagi. Contoh: Puan Zaiton baru seminggu bersalin, tetapi nampaknya ia berada dalam keadaan sihat dan wajahnya merah sahaja.  Keadaannya bagai ayam mengarang telur.

Bagai ayam mengeram telur. Makna: Peri keelokan, merah muka seseorang.  Bagai ayam naik ke surau. Makna: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.Sama erti: Bagai bertandang ke rumah janda. Contoh: sudah hampir dua jam Encik Abu berbual dengan Encik Ramli, tetapi belum ada tanda-tanda encik Ramli hendak mempelawanya minum.  Sehinggalah ia membuat keputusan untukbalik, secawan air pun tidak dihidangkan.  Keadaan yang dialami oleh Encik Abu bagai ayam naik ke surau. Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi.

Page 48: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Makna: Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. Sama erti: 1.  Membasahkan garam sendiri.  2.Buah kedempung, di luar berisi di dalam kosong.          Contoh: Sentiasa memberi nasihat dan cadangan, tetapi dia sendiri tidak amalkan hinggakan keadaan kehidupan keluarganya tidak sempurna.  Caranya ini bagai ayam si tombong, kokokberderai-derai, ekor bergelimang tahi.        Bagai ayam yang terkecundang. Makna: Sangat ketakutan. Sama erti: 1.  Malu berani, mati takut.  2.  Pelandok di cerang rimba.   Dalam ketakutan dan gelisah.  3.  Jiwa bergantung di hujung rambut.  4.  Bagai kambing dalam biduk. Contoh: Keadaan Seman bagai ayam kecundang kerana ia juga terlibat dalam kes pengedaran dadah di kampung tersebut.  Ia berasa takut kerana polis sedang  membuat penyiasatan pada kestersebut.     Bagai bajak wangkang makan diangkat. Makna: Orang yang gemar dipuji. Sama erti: 1.  Ditanam tebu di telinga,  berkembang bunga raya di muka.  2.  Lemak manis pada dialah, pahit  maung pada orang. Contoh: Semua kerja yang telah dilakukan oleh  beliau, pasti akan diheboh-hebohkan kepada semua rakan-  rakannya.  Tindakannya supaya ia mendapat pujian.   Sikapnya bagai bajak wangkang makan diangkat.  Bagai balak terendam.

Makna: Orang gemuk yang malas bergerak. Sama erti: 1.  Seperti badak berendam.  2. Seperti sumpit abu ditegakkan.  3.  Bagai sumpit dientakkan. Contoh: Banyak tugasan yang belum disiapkan  oleh Tina kerana dia asyik tidur sahaja bila di dalam  bilik.  Badannya yang gemuk dan malas ini  menjadikan ia  digelar bagai balak terendam.       Bagai belacan dikerat dua : yang pergi busuk,  yang tinggal anyir. Makna: Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua belah  pihak.

Page 49: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Sama erti: Contoh: Ahmad dan Aminah telah lama bercinta  dan mereka telah bersetuju untuk berkahwin.  Malangnya  hajat mereka tidak dipersetujui oleh ibubapa mereka.  Ini  menyebabkan mereka lari untuk pergi berkahwin di tempat  lain.  Tindakan mereka bagai belacan dikerat dua; yang  pergi busuk yang tinggal anyir.   Bagai beliung dengan asahan. Makna: Tidak pernah berpisah. Sama erti: 1.  Seperti belangkas.  2.  Bagai dakwat dengan kertas. Contoh: Sejak dari tahun pertama, mereka  sentiasa bersama-sama ada ke kuliah atau untuk membuat  tugasan.  Keadaan mereka bagai beliung dengan asahan. Bagai belut digetir (= diketil) ekornya. Makna: Cepat sekali. Sama erti: 1.  Pantasnya seperti kilat.  2.  Berabu.  3.  Bak cetus api.   4.  Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan). Contoh: Pertandingan acara berlari semuanya  dibolot oleh Ali. Kepantasa lariannya bagai belut  digetir. Bagai belut diregang. Makna: Tinggi dan kurus.

Sama erti: Cicak kobeng. Contoh: Pasukan B berjaya berjaya di dalam  pertandingan bola keranjang kerana terdapat seorang  pemain yangtinggi dan sentiasa berjaya memasukkan gol.   Keadaan fizikalnya bagai belut diregang. Bagai berkain tiga hasta. Makna: Serba tak cukup (miskin). Sama erti: 1.  Berkain tak cukup seblit  pinggang.  2.  Berkayuh sampan bocor.  3.  Kain dibakar tiada berbau.  4.  Sudah dahaga sampai pula telaga  kering.  5. Teranggit-anggit seperti rumput

Page 50: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

di pintu.  6.  Tertelentang berisi air,  tertiarap berisi tanah. 7.  Telentang berbumbungkan langit,  meniarap berlantaikan tanah. Contoh: Sejak kematian suaminya, mak limah  terpaksa bekerja keras untuk menyara makan minum anaknya  yang ramai.  Keadaan hidupnya sekarang bagai berkain tiga  hasta.   

Bagai bersahabat dengan ular. Makna: Berkawan dnegna orang yang jahat. Sama erti: Contoh: Ali sudah pandai balik lewat malam dan  sudah pandai melawan nasihat ibubapanya.  Sikapnya mula  beruabah sejak ia berkawan dengan orang-orang di persimpangan kedai itu.  Pergualan Ali ini bagai  bersahabat dengan ular, kerana perangai yang jahatitu  dapat mempengaruhinya. Bagai berseru di padang pasir. Makna: Seruan yang tidak diendahkan orang. Sama erti: Seperti memekik di tengah padang  luas. Contoh: Walaupun telah beberapa kali wakil  rakyat itu meminta supaya penduduk di kawasan perumahan  itu bersatu untuk menjaga keharmonian, tetapi tidak ada  kata sepakat dan tidak dipedulikan sahaja.  Seruannya  bagai berseru di padang pasir.               Bagai bersumur di tepi rawa.

Makna: Orang yang selalu cemburu. Sama erti: Contoh: Isteri Encik Ali sentiasa berada di  rumah sahaja.  Iatidak dibenarkan keluar oleh suaminya.   Sikap suaminya bagaibersumur di tepi rawa.  Bagai bertanak di kuali. Makna: Terlalu murah hati hingga binasa kerananya. 

Page 51: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Sama erti: 1.  Seperti pelita, membakar diri,  menyalankan orang. 2.  Seperti lilin membakar diri.  3.  Memerah kain basahan orang. 4.  Mengairi sawah orang. Contoh: Keadaannya bagai bertanak di kuali,  kerana habis wangnya telah digelapkan oleh wakil syarikat  yang kononnya hendak meminjam.  Rupa-rupanya ia telah  menipu.  

Bagai bertandang ke rumah janda. Makna: Bertemu ke rumah orang yang tidak menjamu apa-apa. Sama erti: Bagai ayam naik ke surau (No. 302).   Oleh itu saya tidak akan menghuraikannya lagi sebab sama. Contoh: Bagai bertemu  (= makan) buah si malakamo :  dimakan mati bapak, tidak dimakan mati ibu. Makna: Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit;  dalam keadaan yang serba salah. Sama erti: 1.  Bagai memegang buah kepantangan  beruk : ditelan mati emak, diluah mati bapa.  2.  Seperti Quran buruk : dibaca tak boleh dipersebarang dosa.  3.  Digenggam takut mati,dilepaskan takut terbang.  4.  Dikatakan mati emak, tak  dikata mati bapak.  5.  Lalu hangus, surat layu, Contoh: Keputusan yang terpaksa dibuat oleh  Suzi bagai bertemu buah malakoma, dimakan mati bapak,  tidak dimakan mati ibu, kerana ia akan melibatkan masa  depan dirinya dan nasihkeluarganya.      Bagai bertepuk sebelah tangan. Makna: Cinta kasih yang tidak berbalas. Sama erti:  1. Bertepuk sebelah tangan,  bersiul sambil menganga. 2.  Tepuk sebelah tangan tak akan  berbunyi. Contoh: Gadis yang cantik itu telah menyebabkan  ramai orang lelaki yang cuba mendekatinya tapi sedikit  pun tidak dilayan. Akibatnya mereka bagai bertepuk  sebelah tangan. Bagai buruk kena ipuh. 

Page 52: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Makna: Mengeliat-geliut (kerana kesakitan). Sma erti:  1.  Cengkeling  bagai ular kena palu.  2.  Bagai cacing kepanasan. Contoh: Mat mengidap penyakit  gastrik.   Sekiranya dia tersilap makan, penyakit akan datang  menyebabkan ia tidak  dapat menahannya  dan keadaannya  bagai beruk kena ipuh.       

Bagai berumah di tepi tebing. Makna: Selalu dalam kekuatiran. Sama erti: 1.  Bagai telur di hujung tanduk.  2.  Menanti laki pulang maling. Contoh: Malim berasa kuatir kerana anaknya  sudah dua hari tidak pulang ke rumah.  Semua kerjanya  tidak menjadi kerana kuatir bagai berumah di tepi rawa. Bagai besi dengan penamban. Makna: Orang lemah di bawah kuasa orang kuat. Sama erti: 1.  Bagai kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus.  2.  Kalau langit hendak menimpa  bumi, bolehkah ditahan dengan  telunjuk.  3.  Seperti tepung di tanganpengadun. Contoh: Pada zaman penjajahan Jepun, semua  orang takut dengan cara pemerentahan mereka.  Keadaan ini  bagai besi dengan penamban. Bagai biawak mengulangi bangkai. Makna: Lelaki yang suka pergi ke tempat orang jahat. Sama erti: 1. Seperti anjingh mengulangi  bangkai. 2. Lalat langau  mengerumuni  bangkai. Contoh: Bagai buah keras di dalam sekul. Makna: Bercakap dalam keadaan tergopoh-gapah. Sama erti: 1.  Seperti bertih direndang.  2.Menggerutu sbagai buluh diperun. 

Page 53: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Contoh: Sejak dari tadi Min tidak berhenti-  henti becakap. Cakapnya yang tergopoh-gopoh bagai buah  keras di dalam sekul amat sukar difahami.  Bagai budak menyapu ingus. Makna: Beroleh malu dalam sesuatu majlis. Sama erti: 1.  Laksana  kedidi : di mana pantai tercunggit-cunggit.  2.  Seperti cicak makan kapur. Contoh: Ada tetamu yang tersinggong tangan  Aminah, menyebabkan cawan yang dipegangnya terjatuh  semasa majlis jamuan itu diadakan.  Walaupun bukan salah  dirinya tetapi ia rasa sangatmalu bagai budak menyapu  ingus.   Bagai bulan empat belas. Makna: Kecantikan wajah seorang wanita. Sama erti: 1.  Seperti emas baru disepuh.  2. Bagai janda baru bangun tidur.   3.  Serupa bulan penuh. 4.  Serupa burak. 5.  Seperti kelopak pandan. Contoh: Semua pakaian yang digayakan olehnya  kelihatan sangat menarik.  Bukan sahaja kerana rekabentuk  itu yang menarik tetapi kerana kecantikan wajahnya bagai  bulan empat belas. Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.

Makna: Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana  hendak berjalan. Sama erti: 1.  Seperti penjajap berpaling  hendak hilir. 2.  Bagai cacing gila. Contoh: Hampir dua jam aminah bersolek, bila ia  hendak pergi berjalan.  Kecantikannya selalu mendapat  perhatian di luar. Dirinya bagai bulan penuh mengambang  di kaki awan.                            Bagai buntal kembung. Makna: Bodoh dan sombong. Sama erti: 1.  Beriak tanda dalam, bergoncang  tanda tak penuh. 2. Bagai tagar di Pulau Sembilan.  Contoh: Mak Limah selalu bersungut kerana  anaknya selalu membuat silap semasa kiraan dalam  perniagaan.  Bila diajar tidak diambil peduli.  Perangai  anaknya bagai buntal kembung.    Bagai bunyi cempedak jatuh. Makna: Bunyi jatuh yang sangat kuat.

Page 54: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Sama erti:             Contoh: Mak Timah terpijak kulit pisang yang  dibuang oleh cucunya menyebabkan ia terjatuh.  Badannya  yang besar menyebabkan bunyi jatuhnya sangat kuat bagai  bunyi cempedakjatuh. Bagai bunyi orang dikoyak harimau. Makna: Berteriak-teriak dan melolong dengan kuat. Sama erti: 1.  Berjerit-jerit seperti kucing biang.  2.  Seperti kuang memekik di  puncak gunung.  3.Bagai halilintar membelah bumi.     Contoh: Zaiton sentiasa berhati-hati dalam  membuat kerja-kerja rumah supaya emaknya tidak marah.  ia  berasa malu sekiranya dimarahi oleh emaknya yang  mempunyai suara terlalu kuat bagai bunyi orang dikoyak  harimau. Bagai bunyi perempuan di air. Makna: Ramai (= riuh) sekali. Sama erti: 1.  Bagai keling karam.   2.  Bagai ombak purus. Contoh: Bagai bunyi perempuan di air, apabila  keluarga Encik Seman berkumpul pada hujung minggu.  Anak  cucunya yang ramai menjadikan rumahnya sangat bising. Bagai bunyi siamang kenyang. Makna: Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. Sama erti  1.  Seperti gadis jolong bersubang,  bujang jolong berkeris.  2.  Seperti si buta mendapat  tongkat, dipukulkan buta tuli. Contoh: Che Mat selalu menghebab-hebahkan  bagaimana caranya ia beroleh kesengan sekarang ini.   Sikapnya bagai siamang kenyang. Bagai cacing gila. Makna: Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya. Sama erti: Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan. Contoh: Ali berang bila orang mengatakan isterinya bagai cacinggila.  Dia mesti bertindak tegas  terhadap sikap isterinya yangsuka bertandang ke rumah  orang.

Page 55: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Bagai cacing kena air panas. Makna: Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu  dan lain-lain). Sama erti: 1.  Bagai kucing hendak beranak.  2. Terloncat-loncat bagai ulat  pinang.  3. Seperti kucing  di atas  titian.  4.  Kera kena belacan. Contoh: Berita kemalangan yang menimpa  keluarganya menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa.   Keadaannya bagai cacing kena air panas, hingga terpaksa  orang lain memujuknya supaya bersabar.                  

Bagai cembul dapat tutupnya. Makna: Sangat sesuai. Sama erti: 1.  Bagai dulang dengan tudung  saji.  2.  Seperti telap dengan tutupnya.  3.  Bagai kunyit dengan kapur.  4.  Bagai pinang dibelah dua.  5.  Bagai lepat dengan daun.  6. Bersuabeliung dengan sangkal. Contoh: Kata orang bagai cembul dengan tutupnya  kepada pasangan pengantin itu kerana sama-sama bijak dan  cantik. Bagai dakwat dengan kertas. Makna: Tidak pernah bercerai; sangat cocok. Sama erti: 1.  Bagai isi dengan kuku.  2.  Bagai beliung dengan asahan.  3.  Diuji sama merah, ditahil sama  berat.  4.  Laksanaterung bertunang ikan  kering.  5.  Seperti belangkas. Contoh: Kebanyak pelajar menggelar mereka bagai  dakwat dengan kertas kerana mereka sentiasa bersama sejak  dari tahun pertama hingga ke tahun keempat. Bagai dekan di bawah pangkal buluh. Makna: Pandai menyembunyikan rahsia.                                   Sama erti: 1.  Telan batu.  2. Memakan habis-habis, menyuru hilang.  3.  Membuhul jangan membuku,  mengulas jangan mengesan. 4.  Menyuruk hilang-hilang, memakan  habis-habis. Contoh: Setelah seminggu kes pembunuhan itu  berlaku, barulah masyarakat di Segamat mengetahui bahasa  Zain juga terlibat dalam kes itu.  Sikap selama-lamanya  ini bagai dekan di bawah pangkal buluh. 

Page 56: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Bagai denai gajah lalu. Makna: Pekerjaan atau kejadian benar yang payah hendakdisembunyikan. Sama erti: 1.  Kalau tak ada angin, pohon tak  akan bergoyong. 2.  Bagai kelip-kelip terbang  malam.  3.  Seperti ditempuh gajah lalu.  4.  Mana busuk yang tidak berbau. Contoh: Kejayaan Encik Amin mencipta kaki palsu  untuk anaknya telah diketahui di seluruh negeri.   Walaupun ia tinggal di luar bandar tetapi kejayaannya  bagai denai gajah lalu.   

Bagai diikat dengan sehasta tali. Makna: Dalam keadaan yang sangat terbatas. Sama erti: 1.  Seluas dada tuma.  2.  Seperti ikan dalam belat. Contoh: Undang-undang yang dikenakan kepada  sekolah pemulihan akhlak itu sangat ketat.  Ini  menyebabkan penghuninya merasa pergerakan mereka sangat  terbatas bagai diikat dengan sehasta tali. Bagai diiris dengan sembilu. Makna: Pedih sekali rasa hatinya. Sama erti: 1.  Seperti pedang bermata dua.  2.  Kena parang bermata dua.  3.  Tertarung kaki boleh diinai,  tertarung hati susah ubatnya. Contoh: Hati mak Temah bagai diiris dengan  sembilu, apabila mendengar sindiran dari orang kampung  kerana perbuatan jahat anaknya. Bagai dirahap kain basah. Makna: Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar kabar  berita atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri. Sama erti: Contoh: Kemalangan ngeri yang berlaku di depan  mata Zain menyebabkan ia terkejut dan terus pengsan.   Situasi yang dialaminya bagai dirahap kain basah. Bagai ditembak putus tunggal. 

Page 57: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Makna: Dialahkan oleh orang yang bodoh. Sama erti: Dientak ulu luncung. Contoh: Bagai ditembak putus tunggal, apabila  ia kalah dalam perdebatan itu.  Sedangkan ia seorang  pegawai yang bijak, tetapi tidak tahu mempraktikkan  sesuatu, manakala orang kampung yang bodoh tahu  membuatnya.  

 Bagai diurap dengan daun katung-katung. Makna: Sangat marah. Sama erti: 1.  Rasa pedih cuping telinga.  2.  Panas hati. Contoh: Bagai diurap dengan daun katung-katung  apabila di dituduh mencuri.  Oleh itu dia berusaha untuk  membuktikan kebenaran yang di tidak mencuri. Bagai duri dalam daging. Makna: Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan  hati. Sama erti: Contoh: Bagai duri dalam daging pada diri Encik  Seman sekiranya kakitangan syarikatnya tidak bekerja  dengan betul-betul. Keadaan ini amat diperhatikan supaya  ia tidak mengalami kerugiandalam perniagaannya. Bagai emak mandul baru beranak. Makna: Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu  amat. Sama erti: 1. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.  2.  Seperti labah-labah sayang kepada telurnya.  3.  Seperti gerup dengan sisir.  4.  Selapik seketiduran, sebantal sekalung hulu.  5.  Kasih sepantun tulisan pinggan. Contoh: Permohonan untuk mendapatkan anak  angkat telah berjaya. Puan Aminah terlalu gembira bagai  emak mandul  baru beranak sahaja tingkahlakunya. Bagai hempedu lekat di hati. 

Page 58: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Makna: Sangat karib (tentang orang yang bersahabat atau berkasih-kasihan). Sama erti: 1.  Seperti keroncor dengan  belangkas.  2.  Seperti api dengan asap.  3.  Sebagai aur dengan tebing.  4.  Berjarak serasa hilang,  bercerai serasa mati. Contoh: Sejak mereka bertunang, keadaan mereka  bagai hempedu lekat di hati kerana tidak pernah berpisah. 

 Bagai enau  dalam belukar, melepaskan pucuk  masing-masing. Makna: Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan. Sama erti: 1.  Siapa lu, siap gua.  2.  Nafsu, nafsi. Contoh: Ali selalu tidak mahu memberi pendapat  semasa dalam perbincangan sekiranya sama masalah yang  wujud.  Apa yang ia tahu akan disimpannya.  Sikapnya  bagai enau dalam belukarmelepaskan pucuk masing-masing.    Bagai gadis jolong menumbuk. Makna: Rajin dan bersungguh-sungguh. Sama erti: 1.  Bagai semut penghimpun melukut.   2.  Seperti anai-anai makan kayu.  3.  Lurah diturun, bukit didaki.  4. Cepat kaki ringan tangan.  5.  Ringan tulang. Contoh: Cuma tinggal dua bulan sahaja lagi  untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.   Masa yang sudah singkat ini telah dipenuhi dengan  mengulangkaji pelajarannyabersungguh-sungguh dan pergi  ke kelas tambahan.  Aktiviti seharian dan kerjanya bagai  gadis jolong menumbuk.       Bagai gagak menggonggong telur. Makna:  Sama erti: 1. Perempuan hodoh berpakaian bagus.  2. Tunggul itu kalau dipakaikan elok  juga.  3. Laksana dara baru bangun tidur. Contoh: Walaupun majlis  itu diadakan untuk  pegawai tetapi didapati ada perempuan yang bagaikan gagak  gonggong telur. 

Page 59: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Bagai galah dijual. Makna: Terlalu miskin. Sama erti: 1. Seperti  kain buruk dibakar tak berbau.  2. Duduk dengan sukatan. Contoh: Kami sungguh bersimpati dengan mereka  yang hidup bagai galah dijual tetapi elok sekiranya  mereka membuang tabiat yang buruk itu sebelum diberi  bantuan.   

Bagai galah di tengah arus. Makna: Selalu berkeluh kesah. Sama erti: 1. Seperti kodok ditimpa kemarau.  2. Seperti air di dalam kolam. Contoh: Kesempitan hidup menyebabkan mereka bagai galah di tengah arus dan tidak berkesempatan  langsung untuk bersuara menentang pihak yang berkuasa. Bagai gelegar buluh. Makna: Bercakap besar. Sama erti: 1. Laksana meriam buluh.  2. Seperti  ilmu padi hampa, makin lama makin mencongak.  3. Seperti ular menyusur akar tiada hilang bisanya. Contoh: Biar pun ia telah diberi amaran oleh  pihak polis tetapi suaranya masih lantang bagai gelegar  buluh. Bagai geluk tinggal di air.

Makna: Orang yang melarat hanya harapkan bantuan orang  lain. Sama erti:  Sauk air mandikan diri. Contoh: Negara lain patut memberi bantuan kepada penduduk Afrika yang hidup bagai geluk tinggal di air setelah dilanda kemarau panjang. Bagai gembala diberi keris. Makna: Pemberian yang tidak berfaedah. 

Page 60: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Sama erti:  Seperti kera dicampak bunga. Contoh: Pemerintahan kejam yang diberi bantuan oleh kuasa besar sangat merugikan bagai gembala diberi keris kerana ia gagal memberi kemudahan kepada rakyat. Bagai getah dibawa ke semak. Makna: Perkara yang semakin kusut dan sukar diselesaikan. Sama erti: Seperti kain kasa di atas duri. Contoh: Sengketa di Indo-China telah menjadi rumit bagai getah dibawa ke semak kerana campur tangan kuasa-kuasa besar. Bagai gulai lengkitang. Makna: Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya hilang. Sama erti: Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira. Contoh: Usahanya untuk membersihkan diri berakhir bagai gulai lengkitang apabila kebaikan yang dilakukannya dianggap oleh orang ramai sebagai muslihat mencari simpati. Bagai hantu makan dedak. Makna: Bersungut dengan tak tentu sebabnya. Sama erti:  1. Seperti anjing mengunyah tulang.  2. Seperti murai cabut ekor.

Contoh: Regim Bortha yang telah kehilangan sokongan negara maju telah merungut bagai hantu makan dedak apabila mengalami kesulitan ekonomi. Bagai harimau beranak muda. Makna: Orang perempuan yang terlalu bengis. Sama erti: Seperti harimau lepas tangkap. Contoh:  Bagai harimau beranak muda itu telah menyebabkan ia menghadapi kesukaran untuk bersuami. Bagai haruan di dalam tuar. Makna: Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. Sama erti:  Seperti kura-kura terlentang.

Page 61: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

         Contoh: Semenjak kebelakangan ini kehidupannya bagai haruan di dalam tuar akibat perbuatannya yang mendorong anaknya meninggalkan dia. Bagai ikan lampam diolak jamban. Makna: Anak yang subur tumbuhnya, lekas besar dan tinggi. Sama erti: 1.  Seperti birah tumbuh di tepi lesung.  2.  Kurus kering seperti bayang, siapapun tidak menaruh sayang. Contoh: Walaupun hidupnya miskin, anak peliharaannya sihat bagai ikan lampam diolak jamban dan mempunyai kepintaran seperti anak orang lain. Bagai elak bercerai dengan benang. Makna: Bercerai untuk selama-lamanya. Sama erti: 1. Berpatah arang berkerat rotan.  2. Seperti isi dengan kuku. Contoh: Setelah kematian ibunya, Abu dan Ali telah membawa diri masing-masing dan perpisahan itu bagai  elak bercerai dengan benang. Bagai inai dengan kuku. Makna: Hubungan sangat karib. Sama erti: 1.  Bagai isi dengan kuku.  2.  Seperti gerup dengan sisir.  3.  Bagai elak bercerai dengan benang. Contoh: Biarpun mereka berdua baru sahaja bertemu tetapi hubungan mereka rapat bagai inai dengan kuku. Bagai itik pulang petang. Makna: Berjalan lambat dan lembam. Sama erti: 1. Lenggang lenggok bagai cupak  hanyut.  2. Seperti lipas kudung. Contoh: Badannya yang berisi dan gebu itu menyebabkan perempuan muda itu berjalan bagai itik pulang petang. Bagai jampuk kesiangan hari. Makna: Kebingungan, termenung-menung. 

Page 62: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Sama erti: 1. Seperti rusa masuk kampung.  2. Seperti kera dapat pisang.         Contoh: Ia tidak sepatutnya kebingungan bagai jampuk kesiangan hari sewaktu menerima keputusan peperiksaan yang mengecewakan itu kerana ia tidak  berusaha bersungguh sebelum peperiksaan tersebut. Bagai jawi belang puntung: didulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk. Makna: Orang bodoh yang sukar diajak berunding. Sama erti: 1. Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol.  2. Aku alah, engkau tak menang.  3. Bagai jawi ditarik keluar. Contoh: Ketua Kampung Paya menghadapi masalah apabila berunding dengan anak buahnya yang dianggap bagai jawi belang puntung: didulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk. Bagai jawi ditarik keluar. Makna: Menurut dengan tidak membantah. Sama erti: 1. Laksana lembu kisi, galak sahaja  tak melawan. 2. Umpama memerah nyiur, santan  diambil, ampas dibuang. Contoh: Cikgu Ali tidak menghadapi masalah  untuk menasihati muridnya di darjah tiga kerana mereka  bagai jawi ditarik keluar. Bagai jawi makan, dimamah dahulu baru ditelan. Makna: Tiap perkara itu dirunding masak-masak sebelum dikerjakan. Sama erti: 1.  Sepuluh kali ukur sekali kerat.  2.  Walau ada umpan belum tentu ada ikan. Contoh: Usaha Persatuan Pendidikan untuk mengadakan symposium mengenai KBSM sangat dialu-alukan dan untuk menjamin kejayaan ia perlu penelitian seperti kata orang bagai jawi makan, dimamah dahulu baru ditelan. Bagai jawi terkurung siang. Makna:  Sangat gelisah kerana tidak bebas. Sama erti: 1. Seperti kucing di atas titian.  2. Seperti kumbang putus tali. Contoh: Ramai penghuni asrama itu gelisah bagai jawi terkurung siang kerana mereka dilarang keluar pada waktu malam. Bagai jelongak kerbau rampung.

Page 63: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Makna: Orang hodoh yang sombong, tak sedar dirinya dibodohi orang. Sama erti: 1. Buruk tak tahu akan hinanya.  2. Seperti sang kancil. Contoh: Mereka tidak ubah bagai jelongak kerbau rampung, biarpun telah dinasihati tetapi sikapnya tidak berubah. Bagai kacang direbus satu. Makna: Melonjak kegirangan kerana mendapat untung. Sama erti: 1. Sebagai kera mendapat pisang.  2. Pasang pelita dilanggar tikus.Contoh: Penyokong pasukan negara kita melonjak kegirangan bagai kacang direbus satu apabila pasukan  negara berjaya menewaskan pasukan lawan. Bagai kacang direndang. Makna: Bunyi suara yang tak putus-putus. Sama erti: 1. Kecek bagai bunyi merendang kacang.  2. Seperti bertih direndang.  3. Seperti tabuhan di dalam tukil. Contoh: Apabila pihak musuh melepaskan tembakan  maka berlakulah pertempuran sengit dan bunyi senapang  bagaikan kacang direndang. Bagai kambing di dalam biduk. Makna: Sangat ketakutan. Sama erti: 1. Seperti kambing dengan harimau.  2. Bagai tikus nampak kucing.  3. Umpama orang memelihara dirinya  di dalam lebah. Contoh: Pak Ali ketakutan bagai kambing di  dalam biduk apabila disergah oleh askar Jepun yang  lengkap bersenjata. Bagai kambing dihalau ke air. Makna: Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan. Sama erti: 1.  Kambing di parak panjang  janggutnya, hati enggan banyak  jawabnya.  2.  Pipit pekak makan berhujan.  3. Abu tetap berdegil bagai   kambing dihalau ke air,  walaupun dipaksaoleh anggota  tentera yang berkawal di  kawasan itu.  4.  Tingkah laku seperti anak-anak.  5.  Akal sebagai makan nasi lecek.  6. Katak hendak jadi lembu. 

Page 64: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Contoh: Walaupun mereka telah sampai ke pusat  pengajian tinggi tetapi ada setengah daripada mereka yang  menunjukkan tingkahlaku bagai kambing harga dua kupang. Bagai kambing menanduk bukit, tanduk patah  bukit tak runtuh.

Makna: Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. Sama erti: 1. Seperti anjing menyalak bukit.  2. Seperti layang-layang menentang angin. 3. Sedikit tekun lama-lama menjadi bukit. Contoh: Dia telah beberapa kali diberi nasihat  supaya jangan mengganggu peniaga kecil itu kerana  perbuatannya itu bagai kambing menanduk bukit, tanduk  patah bukit tak runtuh.  Bagai kapak naik cerana. Makna: Tak cukup alat untuk kerjakan sesuatu. Sama erti: 1.  Seperti kapak naik pemidangan.  2.  Sampan ada pengayuh tiada.  3.  Usul-usul, asal-asal, asal  jangan ditinggalkan. Contoh: Kerja itu telah dirancang dengan baik  tetapi oleh kerana kekurangan alat telah menjadikan ia  bagai kapak naik cerana. Bagai kayu lampung, ditebuk kumbang tebus-  menebus. Makna: Orang lemah mudah dianiaya oleh orang berkuasa. Sama erti: 1. Seperti gajah masuk kampung.  2. Seekor cacing menelan naga. Contoh: Tidak ada faedahnya menentang mereka kerana kita bagai kayu lampung, ditebuk kumbang tebus-menebus, ditambah pula kita tidak bersatu di dalam menjalankan sesuatu tindakan. Bagai kelip terbang malam. Makna: Rahsia yang tidak dapat disembunyikan. Sama erti: 1. Bangkai gajah bolehkan ditutup  dengan nyiru. 2. Biar pecah di perut jangan pecah  di mulut.

Contoh: Perbuatannya hendak menyembunyikan  rahsia itu sia-sia sahaja kerana perkara seperti itu  bagai kelip-kelip terbang malam dan tidak perlu  disembunyikan. Bagai keluang bebar petang. 

Page 65: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Makna: Ramai berkerumun, suka hidup beramai-ramai. Sama erti: 1. Seperti semut dengan gula.  2. Bagai enau di belukar. Contoh:  Sikap anak-anak muda yang suka  berkerumun apabila  ada pesta tidak ubah bagai keluang  bebar petang walaupun pesta itu diadakan di tempat yang  jauh. Bagai kena sentung pelali. Makna: Gadis yang tidak mahu bersuami. Sama erti: Sayang bunga layu di pohon. Contoh: Usaha Razali untuk mengahwini gadis itu  sia-sia sahaja kerana gadis itu bagai kena sentung pelali  setelah gagal di dalam percintaan yang pertama.

Bagai kera diberi kaca. Makna: Mendapat sesuatu yang tidak dapat digunakan. Sama erti: 1. Memberi cermin kepada kera.  2. Bagai si kudung beroleh cincin. Contoh: Sia-sia membina Balai Raya di setengah  kampung yang penduduknya sangat mundur kerana pemberian  tersebut bagai kera diberi cincin. Bagai kerakap tumbuh di batu. Makna: Hidup di dalam kemelaratan. Sama erti:  Runcing telunjuk palit sambal lada. Contoh: Kehidupan orang-orang pelarian  Kampuchea bagai kerakap tumbuh di batu selepas tempat  perlindungan mereka diserang oleh tentera Vietnam  beberapa kali.

Bagai kerbau runcing tanduk. Makna: Orang yang sudah terkenal kejahatannya. Sama erti: 1. Runcing tanduk bongkah kening.  2. Adakah buaya menolak bangkai? Contoh: Walaupun saya telah mengetahui tentang  kejahatannya bagai kerbau runcing tanduk tetapi saya  masih yakin ia boleh menjadi orang yang baik sekiranya  ada orang yang mahu mamahami jiwanya. Bagai kerbau terkejut oleh gong. 

Page 66: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

Makna: Sama erti: 1. Tercengang-cengang kehairanan.  2. Seperti rusa masuk kampung.  3. Bagai kucing lepas senja. Contoh: Apabila tiba di Kuala Lumpur, orang tua  itu tercengang-cengang bagai kerbau terkejut oleh gong  kerana berlaku perubahan yang pesat terhadap bandar Kuala  Lumpur. Bagai kinantan hilang taji. Makna:          Sama erti: 1.  Tiada berharga lagi.  2.  Santan ke pasu ampas pun ke  tanah. Contoh: Setelah didakwa dan didapati bersalah  oleh mahkamah Ahli Yang Berhormat itu bagai kinatan  hilang taji kerana orang ramai telah tidak percayakan dia  lagi. Bagai kuau mengigal. Makna: Kehebatan rupa seseorang.

Sama erti: 1.  Seperti merak mengigal.  2.  Seperti emas baru disepuh. Contoh: Orang ramai terpesona melihat rupanya yang bagai kuau mengigal hingga suasana yang riuh rendah  bertukar menjadi senyap dan sunyi. Bagai kucing dengan panggang. Makna:  Perkara yang menimbulkan sesuatu hal yang tidak baik kalau didekatkan. Sama erti: 1. Bagai api dengan rabuk. 2. Umpama minyak setitik, di laut  sekalipun timbul juga.. Contoh: Awak telah menjadikan mereka bagai  kucing dengan panggang kerana budak lelaki itu sudah  terkenal dengan perbuatan maksiat dan pantang jumpa budak  perempuan.  Bagai kucing dibawakan lidi. Makna: Sangat ketakutan. Sama erti: 1. Seperti kucing dibawakan penyapu.  2. Bagai kambing dengan harimau.  3. Umpama orang pelihara dirinya di  dalam sarang lebah. Contoh: Dia telah banyak kali buat kesalahan  hinggakan takut bagaikan kucing dibawakan lidi apabila  bertemu dengan polis. Bagai kucing kehilangan anak.

Page 67: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewAda air, adalah ikan. Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya. Sama erti: Ada padang, ada belalang. Contoh: …

 Makna: Kehilangan akal, bingung. Sama erti: Seperti kucing di atas titian. Contoh: Selepas kematian anaknya yang dikasihi,  ia seolah-olah jadi orang hilang akal dan kebingungan  bagai kucing kehilangan anak. 

Bagai kucing lepas senja. Makna: Sama erti: 1. Sukar dicari, merasa senang.  2. Seperti kijang lepas ke rimba. Contoh: Sudah dua hari saya mencari dia tetapi  tidak berjaya kerana di Kuala Lumpur ini dia suka merayau  bagai kucing lepas senja. Bagai kucing menjemput api. Makna: Yang tidak dikehendaki tidak tercapai, alat yang digunakan untuk capai maksud itu pula hilang. Sama erti: Lepas putih hitam tidak dapat. Contoh: Bapanya telah banyak menghabiskan wang  untuk membiayai pelajarannya di luar negeri tetapi usaha  bapanya itu bagai kucing menjemput api;  wang habis  pelajaran anak tidak berhasil. Bagai kucing takut akan balur. Makna: Lelaki yang takut kepada perempuan. Sama erti: 1. Misai bertaring bagai panglima, sebulan sekali tak bunuh orang.  2. Jangan berkemudi di haluan. Contoh: Di kedai kopi dialah pandai dan handal  tetapi di rumah takut kepada isteri bagai kucing takut  akan balur.