erti sebuah kemerdekaan - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/khutbah erti...

6
1 Er Sebuah Kemerdekaan Oleh Syeikh Hakimin Bin Hassan

Upload: hahuong

Post on 08-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Erti Sebuah Kemerdekaan

Oleh Syeikh Hakimin Bin Hassan

2

Erti Sebuah Kemerdekaan

يو كه ولو رسل رسول بالهدى وديو احلق لظهره لع ادلي أ احلهد هلل الذ

ن ل شهد أ

كون، أ يك ل إل إلذ اهلل لره الهش نذ سيدىا وحده ل ش

شهد أ

وأ

د ولع آل دا عبده ورسول، اللهمذ صل وسلم وبارك لع سيدىا مهذ مهذيو صحابه ونو تبعهم بإحسان إل يوم ادل

.وأ

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڃ ڃ چ چ چ ڃڦ ڄ ڄ ڄ ڄ ڃچ

چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ

چک ک ک ک گ گ گ گ ڑژ ژ ڑ

ا بعد نذ!فيا عباد اهلل ، أ

نتم مسلهون . اتذقوا اهلل حقذ تقاته ولتهوتوذ إل وأ

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang hadirin sekalian, marilah sama-

sama kita bertakwa kepada Allah SWT, Tuhan yang menciptakan kita den-

gan sebenar-benar erti takwa. Mudah-mudahan ketakwaan yang dibina,

menyuntik semangat juang untuk mempertahankan syariat Allah SWT dan

sunnah Nabi SAW di saat umat hari ini tidak lagi mempedulikan syariat dan

sunnah dalam kehidupan seharian mereka.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

31 Ogos 2018/19 Zulhijjah 1439

Khutbah Jumaat 2018

3

Saudara saudaraku sekalian,

Salah satu nikmat dan rahmat yang diberikan Allah kepada manusia adalah

nikmat kemerdekaan. Kerana dengan adanya kemerdekaan, kita masih bo-

leh menghirup udara segar sampai ke saat ini. Andaikan belum merdeka,

kemungkinan kita masih hidup di dalam suasana yang tidak aman malah

sentiasa berada dalam ketakutan. Dengan kemerdekaan juga kita boleh

beribadah dengan tenang dan khusyuk tanpa rasa khuatir akan adanya

gangguan. Dengan kemerdekaan kita boleh meluangkan masa bersama ke-

luarga, sahabat handai serta melakukan pelbagai aktiviti. Sesungguhnya,

kemerdekaan adalah nikmat yang luar biasa yang diberikan Allah kepada

negara kita.

Namun sebagai seorang muslim, apakah erti kemerdekaan kepada kita? Ke-

merdekaan bagi seorang muslim membawa maksud bahawa ia bebas mer-

deka apabila ia mengisytiharkan pengabdiannya yang hakiki kepada Allah

SWT. Sebagaimana firman Allah di dalam surah Az-Zaariyat ayat 56 :

ڃ ڃ ڃ چ چ

چڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ

“Tidak aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku”

Pengabdian yang sebenarnya kepada Allah SWT akan membebaskan manu-

sia dari segala bentuk perhambaan kepada selain dari Allah. Inilah yang

terkandung di dalam kalimah syahadah di mana seorang muslim itu men-

gucapkan ‘Tidak ada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah”.

Dalam kata yang lain, kemerdekaan yang sebenar adalah kebebasan dari-

pada penghambaan makhluk dengan makhluk kepada penghambaan diri

kepada Allah SWT.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

31 Ogos 2018/19 Zulhijjah 1439

4

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dalam konteks kehidupan sebuah negara, amat berbeza sekali keadaan ke-

hidupan dalam negara yang dijajah dengan kehidupan sebuah negara yang

merdeka. Apa yang nyata, penjajah lebih gemar melakukan sesuatu yang

boleh memecah belahkan perpaduan sesama masyarakat. Mereka mem-

punyai strategi yang terancang untuk melihat kekuatan umat khususnya

orang-orang Islam menjadi lemah apabila mereka berpecah dan sering

bergaduh di antara satu sama lain.

Mereka mencipta dan menyebarkan pelbagai ideologi sehingga mereka

berjaya memadamkan peranan agama di dalam urusan keduniaan dan

pembangunan negara. Agama hanya dilihat sebagai amalan-amalan rutin

ibadah yang berkaitan dengan solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ke-

fahaman yang sempit seumpama inilah merupakan salah satu bentuk

pemikiran menyimpang yang tercetus hasil daripada kurangnya pengha-

yatan beragama.

Saudaraku kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Setelah 61 tahun merdeka dan setelah bermacam-macam pembangunan

fizikal dilaksanakan, janganlah kita lupa kepada teras pembangunan ne-

gara iaitu pembangunan nilai dalam masyarakat. Kita tidak harus ber-

bangga hanya dengan bangunan tinggi pencakar langit akan tetapi kita

tandus dengan nilai moral dan nilai murni keagamaan. Kita juga tidak ha-

rus berbangga dengan kemajuan teknologi maklumat tetapi kecanggihan

itu digunakan dengan cara yang salah sehingga membawa kepada ke-

mungkaran.

Persoalannya kini apakah kita benar-benar sudah merdeka? Ya! Secara fizi-

kal, hakikatnya negara kita sudah merdeka dari penjajah, namun sedarkah

kita bahawa kini muncul pula penjajahan dalam bentuk baru yang lebih

merbahaya. Penjajahan yang bertopengkan dasar kesamarataan yang cuba

menjajah minda dan budaya masyarakat. Kebudayaan masyarakat negara

kita yang berpaksikan Islam sebagai agama rasmi terus menerus diancam

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

31 Ogos 2018/19 Zulhijjah 1439

5

melalui penjajahan budaya global yang berteraskan hiburan melampau atau

kehidupan bebas. Cara berfikir, bertutur, berpakaian, makanan, bersukan

malah pendidikan dicorakkan menurut acuan barat. Minda juga turut diro-

sakkan dengan menanamkan rasa rendah diri dan malu jika mengamalkan

budaya dan nilai Islam. Bahasa juga dinodai dengan menonjolkan kehebatan

bahasa asing dan menimbulkan rasa malu bertutur di dalam bahasa ibunda

sendiri.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Meskipun telah merdeka, proses memerdekakan minda dan nilai harus terus

dilaksanakan dan antara perkara yang perlu diberikan penekanan ialah pem-

bebasan umat daripada perkara-perkara seperti berikut:

1. Ajaran dan fahaman yang menyeleweng dari Islam seperti ajaran sesat,

syiah, sekularisma, liberalisma, pluralisma dan lain-lain perlu dibenteras.

2. Aktiviti-aktiviti yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah seperti minum

arak, perjudian, perzinaan, rasuah, pecah amanah, LGBT dan sebagainya

perlu dihapuskan.

3. Eksploitasi wanita dengan menjadikannya bahan kepuasan hawa nafsu

dan merendahkan martabat dan kedudukan mereka dalam masyarakat

perlu dikikis.

4. Tidak meyakini bahawa Islam boleh menjadi rujukan dalam setiap aspek

urusan kehidupan manusia sama ada berkait dengan pentadbiran negara,

pendidikan, ekonomi dan sebagainya sebaliknya percaya kepada sistem

peninggalan penjajah perlu dielakkan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

31 Ogos 2018/19 Zulhijjah 1439

6

Mimbar ingin menegaskan, umat Islam haruslah berjuang agar prinsip-

prinsip kebebasan yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dapat dilak-

sanakan. Sambutan kemerdekaan negara ke-61 sewajarnya menjadi waktu

yang tepat untuk kita bermuhasabah diri sejauh manakah pengisian yang

telah kita lakukan. Apakah ianya mampu melahirkan generasi yang mampu

menjiwai tanggungjawab kepada negara? Atau sebaliknya mereka terus

terbelenggu dengan pemikiran dan budaya hidup ala penjajah tanpa kita

sedari?

ڃ ڃ ڃ چ چ

چمئ ىئ يئ جب حب خب مب ىب حئی ی جئچ

٠٥: املائدة

Maksudnya : “sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hu-

kum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang yang penuh keyaki-

nan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih daripada

Allah.”

وي بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امعظيه ، ونفعن وإياكه بىا في

ىيع و الس إ ووكه تلوت كر احلكيه ، وتقبل ون يات واذلاأل

ستغفر اهلل امعظيه ل ومكه ولسائر . امعنيه ذا وأ قول قول

أ

ني والىؤوات، فاستغفروه، فيا فوز الىسنىني والىسنىات والىؤو

. الىستغفريي ويا ناة اتلائبني

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

31 Ogos 2018/19 Zulhijjah 1439