enterprise ms: 4 ms: 5 buletin ict - treasury.gov.my · bahagian teknologi maklumat, aras 7, blok...

8
ENTERPRISE ARCHITECTURE Perbendaharaan amat bertuah kerana dua penceramah terkenal... ms: 5 GOOGLE GLASS Google Glass merupakan salah satu teknologi dan peran yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini... ms: 4 BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD) BYOD mempunyai manfaat dan risiko, walau bagaimanapun dasar ini memerlukan perhaan... ms: 7 Penyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT kepada Warga Perbendaharaan Edisi 2 2014 www.treasury.gov.my BULETIN ICT EA Enterprise Architecture PORTAL RASMI BAHARU PERBENDAHARAAN & MODUL 1PEKELILING PERBENDAHARAAN Pelancaran BYOD Bring Your Own Device pada 3 Julai 2014

Upload: others

Post on 04-Sep-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ENTERPRISE ARCHITECTURE Perbendaharaan amat bertuah kerana dua penceramah terkenal...ms: 5

GOOGLE GLASS Google Glass merupakan salah satu teknologi dan peranti yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini...ms: 4

BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD)BYOD mempunyai manfaat dan risiko, walau bagaimanapun dasar ini memerlukan perhatian...ms: 7

Penyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT kepada Warga Perbendaharaan

Edisi 2 2014 www.treasury.gov.my

BULETIN ICT

EAEnterprise

Architecture

PORTAL RASMI BAHARU PERBENDAHARAAN & MODUL1PEKELILING PERBENDAHARAAN

Pelancaran

BYODBring Your

Own Device

pada 3 Julai 2014

SIDANG REDAKSI BULETIN ICT

PenaungCik Tan Siew Mooi

PenasihatPn. Rohani binti Mohamad

En. Hasri bin Ibrahim

Sidang EditorPn. Azlina binti Muhd Yassin (Ketua)

Pn. Siti Sapura binti RaffeePn. Juniaty binti Muslim

Sumbangan BahanPn. Siti Sapura binti RaffeePn. Rahamah binti Muda

En. Mohd Faisalnizam bin RamliEn. Ab Malek bin Idris

Pn. Sharifah Norhazira Bt Said HamidPn. Nor Sharimah binti Mohd Shariff

RekabentukEn. Saidi bin Murtada

EDARAN: En. Asahar bin Ahmat

DITERBITKAN OLEH:

Bahagian Teknologi Maklumat,

Aras 7, Blok Selatan,

Kompleks Kementerian Kewangan,

No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62592 Putrajaya

T : 603-8882 3448 F : 603-8882 4052

P : www.treasury.gov.my

PELANCARAN PORTAL RASMI BAHARU PERBENDAHARAAN DAN MODUL 1PEKELILING PERBENDAHARAAN (1PP) PADA 3 JULAI 2014

Majlis pelancaran portal rasmi baharu Perbendaharaan Malaysia telah disempurnakan

oleh YB Dato’ Seri Hj. Ahmad Husni Mohammad Hanadzlah, Menteri Kewangan II. Turut hadir sama adalah kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu YB Datuk Ahmad Maslan dan YB Datuk Chua Tee Yong.

Tetamu-tetamu yang hadir terdiri daripada Ketua-Ketua Perkhidmatan, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan. Dianggarkan seramai 500 tetamu telah menyaksikan upacara perasmian tersebut di Dewan Utama, Kompleks Kewangan.

Tampil berwajah baru, portal kali ini memberi penekanan kepada ilustrasi penggunaan ikon bagi memudahkan carian maklumat dibuat. Suntikan warnanya yang ceria telah memberikan pengalaman yang berbeza di mana ia lebih mengutamakan keselesaan pengunjung portal. Yang paling utama, ia turut dilengkapi dengan sistem pengurusan kandungan bercirikan tahap kawalan capaian

oleh: Pn. Rahamah binti Muda

3Pelancaran Portal Rasmi Baharu Perbendaharaan & Modul 1Pekeliling Perbendaharaan

Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2014

(Access Control Level) yang membolehkan web koordinator bahagian memuatnaik maklumat bahagian masing-masing bagi memastikan maklumat yang dipaparkan adalah dari sumber yang sah dan terkini.

Ianya memberikan pengalaman baru kepada pengguna dalam melayari portal baharu dengan terdapatnya enjin carian pintar (Smart Search Engine). Kelebihan enjin carian pintar ini adalah ia mampu mencadangkan istilah-istilah (auto suggestion words) yang mungkin berkaitan dengan istilah asal yang dimasukkan.

Pada masa yang sama, Kementerian juga turut berbangga dengan pelancaran modul 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) di portal Kementerian Kewangan. 1PP merupakan satu-satunya Modul Pekeliling Perbendaharaan yang fully automated secara atas talian yang pertama di dunia.

Inisiatif pemurnian terhadap semua Pekeliling, Surat Pekeliling, Pekeliling Kontrak dan

Surat Arahan yang sedia ada telah berjaya menghasilkan satu dokumen versi baru yang dikenali sebagai 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP).

Penggunaan modul 1PP ini telah dikuatkuasakan bermula 3 Julai 2014. Aplikasi ini dizahirkan untuk memenuhi keperluan agensi-agensi Kerajaan serta orang awam yang berurusan dengan Kementerian Kewangan. Paparannya yang mesra pengguna memudahkan pengunjung portal membuat rujukan berkenaan Pekeliling Perbendaharaan.

Modul 1PP merupakan satu one-stop centre dan rujukan mudah bagi apa jua arahan pengurusan kewangan kerajaan. Setakat ini terdapat 7 bidang pengurusan kewangan utama telah dikenal pasti iaitu Pengurusan Belanjawan (PB); Perolehan Kerajaan (PK); Pengurusan Wang Awam (WP); Pengurusan Aset (KP); Tadbir Urus Kewangan (PS); Pelaburan Strategik (PA); dan Pinjaman Perumahan (PR).

4 Google Glass : Peranti / Gajet Mudah AlihBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2014

PERANTI / GAJET MUDAH ALIH (MOBILE GADGET)

Dewasa ini, terdapat pelbagai peranti / gajet mudah alih (mobile gadget)

berada di pasaran. Bermula dengan telefon pintar (smart phone), kemudian tablet skrin sesentuh dan kini ‘smart watch’ yang mana fungsi ‘smart watch’ ini mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan fungsi telefon pintar dan juga tablet skrin sesentuh. Baru-baru ini, Google telah memperkenalkan satu lagi gajet mudah alih baru iaitu Google Glass.

GOOGLE GLASS

Google Glass merupakan salah satu teknologi dan peranti yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Google Glass merupakan peranti kaca mata yang menyerupai “paparan skrin HD bersaiz 25-inci pada jarak lapan kaki”. Memandangkan skrin terus dipaparkan pada jarak yang amat dekat dengan mata. Walaupun resolusi gambar adalah kecil, tetapi ianya tetap nampak jelas pada mata.Ciri-ciri Google Glass buat masa ini didatangkan dengan ciri kamera 5-megapixel serta sokongan rakaman video pada kadar 720p, sokongan WiFi,

ruang storan 16GB (penggunaan sekitar 12GB), dan bateri yang mampu bertahan sehingga sehari bagi penggunaan biasa.

Google Glass dihubungkan dengan Bone Conduction Transducer untuk sokongan audio bagi membolehkan pengguna mendengar bunyi audio dengan lebih jelas dan tidak memerlukan sebarang aksesori tambahan seperti headphone dan sebagainya.

Kini, informasi bukan lagi di hujung jari, tetapi sebaliknya kini hanya di depan mata. Setiap carian dilakukan menggunakan arahan suara. Untuk mengaktifkannya, pengguna Glass perlu menyebut, “Okay, Glass” samada untuk membolehkan ia mengambil gambar, merekod video, membuat carian atau pun meminta arahan navigasi ke sesuatu lokasi. Walau bagaimanapun, ia masih belum lagi dapat melakukan carian meluas seperti yang terdapat pada aplikasi Google Now yang ada pada telefon pintar dan tablet pada hari ini.

Google Navigation, aplikasi GPS daripada Google merupakan aplikasi terbaik dalam Glass. Ianya ibarat mempunyai “Heads Up Display (HUD)” atau sebuah skrin yang terus berada di hadapan anda yang menunjuk jalan ke destinansi anda. Glass membolehkan seseorang menumpukan perhatian mereka terus ke hadapan, lantas boleh mengurangkan risiko

pengguna daripada terbabit dalam kemalangan.

Walau bagaimanapun, peranti Google Glass ini masih lagi dalam peringkat pengujian. Nantikan kemunculan peranti kaca mata digital ini.

GoogleglassSumber: Amanz.my

Enterprise Architecture (EA)

TECHNOLOGY UPDATE BERKAITAN ENTERPRISE ARCHITECTURE

Technology Update berkaitan Enterprise Architecture (EA) telah diadakan

pada 16 Mei 2014 yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Perbendaharaan Malaysia. Ia diadakan khusus untuk Business Relationship Manager (BRM) and Business Relationship Liaison (BRL). Perbendaharaan amat bertuah kerana ceramah ini disampaikan oleh dua penceramah terkenal iaitu Presiden IASA (The Global IT Architect Association) Malaysia, Encik Hassan Ganny serta Encik Aaron Tan Dani yang merupakan IASA Accredited Trainer dalam bidang IT Architecture dan juga Co-Author bagi IT Architecture Body of Knowledge (ITABoK). Technology Update ini memberi pendedahan berkaitan EA, impak EA ke atas Perbendaharaan dan juga pendedahan kepada kemahiran dan kepakaran yang diperlukan oleh Pasukan Projek EA ke arah menjayakan pembangunan dan pelaksanaan EA Blueprint Perbendaharaan. Sesi Technology Update ini telah memberi manfaat kepada Business Relationship Liaison (BRL) dari segi memahami kepentingan peranan pengguna dalam menjayakan inisiatif ICT yang memenuhi keperluan bisnes.

Mesyuarat Business Relationship Manager (BRM) and Business Relationship Liaison

(BRL) Engagement Session telah diadakan buat pertama kalinya pada 14 Julai 2014.

Antara tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memastikan BRM dan BRL memahami

akan fungsi dan peranan masing-masing dalam pelaksanaan program-program ICT di

bahagian-bahagian selaras dengan Treasury Enterprise Architecture Blueprint. Mesyuarat

ini juga bertujuan untuk berkongsi status pelaksanaan EA Perbendaharaan serta mendapat

pandangan dan maklumbalas BRL berkaitan inisiatif yang telah dikenal pasti dan cadangan inisiatif baru.

Technology Update

Engagement Session

1. Aktiviti EA bersama Business Relationship Liaison (BRL)

5Enterprise ArchitectureBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2014

oleh: Pn. Siti Sapura binti Raffee

6 Enterprise ArchitectureBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2014

TRANSFORMASI SERAMPANG DUA MATA

NON-FUNCTIONAL INITIATIVES

2. Inisiatif yang telah dilaksanakan:

Transformasi ICT Dalam BTMUntuk mengoptimumkan sumber

melalui konsolidasi dan keseragaman untuk mencapai sasaran EA

Bil Inisiatif ObjektifTarikh Pelaksanaan/Pelancaran

Pemilik

1 Sistem Ejen Cukai (SEC) Fasa 1 - GST

Kelulusan atas talian bagi permo-honan/pembaharuan Agen Cukai Barang dan Perkhidmatan Goods and Service Tax (GST)

7 Julai 2014 BC

2 Peningkatan Portal Perbendaraan & 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP)

Laman web yang lebih ceria dan mesra pengguna dengan antaramuka yang telah dipertingkatkan bagi membolehkan pemilik kandungan mengemaskini maklumat

3 Julai 2014 BSKK

3 Portal Perbendaharaan Versi Mobile

Untuk capaian Portal Perbendaha-raan melalui peranti mobile

3 Julai 2014 BSKK

Transformasi ICT Yang Melibatkan Bahagian-Bahagian (Business Unit) Di PerbendaharaanMeningkatkan keupayaan analisa, produktiviti dan kecekapan melalui proses automasi, business intelligence serta menjalin hubungan yang lebih baik dengan pihak berkepentingan (stakeholder)

EA Blueprint telah menggariskan inisiatif Functional dan Non Functional yang perlu dilaksanakan

FUNCTIONAL INITIATIVES

INISIATIF KEFUNGSIAN (FUNCTIONAL INITIATIVES) DALAM TAHUN 2014

oleh: Pn. Azlina binti Muhd Yassin

7BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD)Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2014

JADI APA YANG DIKATAKAN BRING YOUR OWN DEVICE (BAWA SENDIRI PERANTI ANDA)? Pada asasnya ia bermaksud situasi di mana dasar membenarkan pekerja untuk membawa peranti mudah alih peribadi (komputer, tablet dan telefon pintar) di tempat kerja, dan menggunakan peranti tersebut untuk menjalankan tugas harian. Dasar ini juga membenarkan pekerja untuk mencapai data organisasi melalui peranti mudah alih mereka.

KEBAIKAN PENDEKATAN BYOD BYOD mempunyai manfaat dan risiko. Walau bagaimanapun dasar ini memerlukan perhatian dan pertimbangan yang teliti dari jabatan/bahagian Information Technology (IT) setiap organisasi. Antara manfaat dan kebaikan dasar BYOD adalah:

• PENINGKATAN PRODUKTIVITI DAN KEPUASAN PEKERJABYOD menyediakan fleksibiliti di mana pekerja boleh bertindak pantas terutamanya yang melibatkan permintaan di luar waktu pejabat dan secara tidak langsung akan meningkatkan kecekapan operasi. Menurut kajian, pekerja memperoleh tahap kepuasan yang lebih tinggi dengan urusan kerja kerana ia lebih fleksibel dan juga kebebasan untuk menggunakan peranti mereka sendiri.

• MENGURANGKAN PEROLEHAN DAN KOS SOKONGAN IT BYOD menjanjikan penjimatan kos yang besar jika pekerja bersedia untuk menanggung kos pembelian, selenggara dan menaik taraf peralatan sendiri yang digunakan untuk bekerja. Pelaksanaan BYOD memerlukan masa dan pelaburan awal untuk mewujudkan infrastruktur sokongan tetapi dalam jangka masa panjang ianya dapat mengurangkan kos perolehan dan sokongan IT.

• MENARIK, MENGEKALKAN DAN MENYOKONG TENAGA KERJA BARUFenomena BYOD ini dijangka akan menjadi segmen terbesar terutamanya di kalangan tenaga kerja muda, di mana kebanyakan mereka lebih berminat mencari persekitaran pekerjaan yang memberikan kebebasan untuk menggunakan peranti kepunyaan mereka sendiri yang disesuaikan dengan gaya hidup mereka.

• KERJASAMA YANG LEBIH BAIKPeranti milik pekerja dilengkapi dengan perkhidmatan mudah alih yang dipertingkatkan membolehkan kerjasama secara real time dan menyelesaikan tugas lebih cekap serta responsif kepada persekitaran dengan cepat. Dengan adanya sambungan internet secara Wifi (tanpa wayar) membolehkan pekerja mengakses kepada data dan juga aplikasi organisasi di mana-mana sahaja. Ini merupakan satu inovasi yang dapat membawa kepada peluang kerjasama yang lebih erat antara pekerja dan majikan/organisasi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Bring Your Own Device (BYOD) telah menjadi satu fenomena terkini dalam organisasi. Majoriti pekerja pada masa ini memiliki peranti mudah alih yang digunakan

secara kerap untuk tujuan peribadi atau urusan rasmi seharian iaitu sama ada telefon pintar (seperti iPhone, telefon Android Windows) digunakan untuk akses emel rasmi atau mengambil nota semasa mesyuarat menggunakan komputer/tablet peribadi.

Own Device..Bring Your

Sumber: techradar.com

8Latihan ICT PerbendaharaanBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2014

• SOKONGAN PERANTI YANG BERBEZA-BEZAPeranti BYOD yang digunakan juga terdiri daripada pelbagai jenis peranti, ini menyebabkan jabatan/bahagian IT perlu menyediakan kepakaran dan bantuan teknikal untuk menyokong pelbagai jenis peranti dan sistem operasi.

• RISIKO KESELAMTAN BYOD meningkatkan risiko pencerobohan keselamatan data yang penting dan sulit. Apabila seseorang pekerja meninggalkan organisasi, mereka tidak perlu memulangkan peranti. Oleh yang demikian, aplikasi organisasi dan data lain masih boleh diakses pada peranti mereka. Ini boleh membawa kepada pencerobohan beberapa data syarikat yang sulit.

• TIADA KAWALAN TERHADAP AKSES DARI PERANTI Organisasi tidak mempunyai kawalan ke atas aplikasi yang diletakkan pada peranti, ini menyebabkan kesukaran untuk menguatkuasakan keselamatan. Ini adalah disebabkan dalam kes BYOD, peranti adalah kepunyaan sendiri mereka bebas untuk memuat turun pelbagai jenis aplikasi peribadi pada peranti mereka.

• ISU INFRASTRUKTUR Setiap jenis peranti beroperasi pada kelajuan yang berbeza dan dengan sistem operasi yang berbeza. Ini mungkin sukar bagi jabatan/bahagian IT menyediakan infrastruktur bagi menyokong keperluan peranti yang berbeza. Selain itu, semua pekerja mungkin membawa komputer/tablet dan telefon pintar mereka untuk bekerja dan peralatan yang dibawa ini juga boleh menjejaskan kelajuan rangkaian sedia ada.

RISIKO BERKAITAN DENGAN BYODBYOD juga mempunyai beberapa risiko yang perlu diberi perhatian oleh organisasi. Antara risiko-risiko BYOD adalah :

latihan ictPerbendaharaan

SepanjangTahun2014

Sebanyak dua puluh tujuh (27) kursus telah diadakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) untuk warga Perbendaharaan.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti warga dalam menyampaikan perkhidmatan dengan lebih berkesan. BTM akan mengedarkan soal selidik Kajian Kepuasan Pengguna berhubung kemudahan ICT termasuk latihan ICT pada bulan November 2014. Semua warga Perbendaharaan dialu-alukan untuk mengisi soal selidik dan memberi cadangan/maklumbalas berkaitan latihan yang diperlukan pada tahun hadapan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi urusetia latihan:

Layari portal latihan di http://training.treasury.gov.my untuk nota latihan yang telah dijalankan pada tahun ini.

Pn Sharifah Norhazira binti Said Hamid 03 8882 3538

Pn Nor Sharimah binti Hj Shariff03 8882 3679

oleh: Pn. Sharifah Norhazira binti Said Hamid