ms: 4 buletin ict - treasury.gov.my · 4 transaksi teknologi near field communication (nfc) buletin...

8
DIGITAL TREASURY AMALAN SELAMAT APABILA MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR Memasang nombor PIN dan katalaluan pada telefon pintar... ms: 7 Penyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT kepada Warga Perbendaharaan Edisi 2 2013 www.treasury.gov.my BULETIN ICT PERBENDAHARAAN KE ARAH BUDAYA DIGITAL TRANSAKSI TEKNOLOGI NFC Terlupa membawa wang tunai? Tiada Kad Kredit? Tiada masalah jika anda ada telefon bimbit... ms: 4 IPv6 IPv6 adalah merupakan Internet Protocol version 6 di mana ia diwujudkan untuk menggantikan protokol sedia ada iaitu IPv4... ms: 6

Upload: ngonga

Post on 20-May-2019

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ms: 4 BULETIN ICT - treasury.gov.my · 4 Transaksi Teknologi Near Field Communication (NFC) Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2013 KINI pembayaran menggunakan telefon bimbit

DIGITALTREASURY

AMALAN SELAMAT APABILA MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR Memasang nombor PIN dan katalaluan pada telefon pintar... ms: 7

Penyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT kepada Warga Perbendaharaan

Edisi 2 2013 www.treasury.gov.my

BULETIN ICT

PERBENDAHARAAN KE ARAHBUDAYA DIGITAL

TRANSAKSI TEKNOLOGI NFC Terlupa membawa wang tunai? Tiada Kad Kredit? Tiada masalah jika anda ada telefon bimbit...

ms: 4

IPv6 IPv6 adalah merupakan Internet Protocol version 6 di mana ia diwujudkan untuk menggantikan protokol sedia ada iaitu IPv4...

ms: 6

Page 2: ms: 4 BULETIN ICT - treasury.gov.my · 4 Transaksi Teknologi Near Field Communication (NFC) Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2013 KINI pembayaran menggunakan telefon bimbit

SIDANG REDAKSI BULETIN ICT

PENAUNG: YBhg. Dato’ Dr. Azizah bt Arifin

KETUA EDITOR: Pn. Rohani bt Mohamad

Cik Tan Siew Mooi

SIDANG EDITOR: Pn. Siti Sapura bt Raffee

Pn. Norliza bt Jumeri

SUMBANGAN BAHAN: Pn. Norliza bt Jumeri

Pn. Sharifah Norhazira bt Said HamidPn. Sabriyah bt Mohd Akhir@Khairuddin

REKA BENTUK: En. Saidi b Murtada

EDARAN: En. Asahar b Ahmat

Pn. Nik Fadhlina bt Nik Marwan

DITERBITKAN OLEH:

Bahagian Pengurusan Teknologi

Maklumat, Aras 7, Blok Selatan,

Kompleks Kementerian Kewangan,

No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62592 Putrajaya

T : 603-8882 3448 F : 603-8882 4052 P : www.treasury.gov.my

DIGITAL TREASURY PERBENDAHARAAN KE ARAH BUDAYA DIGITAL

Transformasi Perbendaharaan adalah ungkapan yang tidak asing lagi di kalangan warga

Perbendaharaan. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan transformasi yang ingin dilakukan menjadi kenyataan. Melalui kaji selidik Engagement For Results (EFR) oleh perunding Program Transformasi Perbendaharaan (TTP) iaitu Boston Consultant Group (BCG), hampir semua pegawai bersetuju transformasi perlu dilakukan. Salah satu penemuan penting yang diutarakan oleh BCG adalah peranan ICT perlu diperkukuhkan bagi mewujudkan proses yang lebih efektif dan berkesan. Sehubungan itu budaya digital menerusi Perbendaharaan Digital (Digital Treasury) hendaklah dipupuk di kalangan warga melalui penggunaan ICT secara lebih meluas lagi.

Matlamat Digital Treasury ialah :

• A collaborative Treasury • Informed & Knowledgeable • High mobility - Anytime, Anywhere • Enterprise Architecture Driven • Information A-click Away • Delighting Customers

Page 3: ms: 4 BULETIN ICT - treasury.gov.my · 4 Transaksi Teknologi Near Field Communication (NFC) Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2013 KINI pembayaran menggunakan telefon bimbit

MYTOOLS

Di dalam merealisasi budaya digital BCG telah bekerjasama dengan BPTM

mewujudkan aplikasi yang dipanggil MyTools. Selain daripada itu Pekeliling Perbendaharaan yang diterbitkan di dalam Portal Perbendaharaan juga dilengkapi dengan fungsi carian yang lebih cepat dan berkesan.

MyTools diperkenalkan bagi mempertingkatkan komunikasi secara maya dan menggalakkan amalan go paperless. Bukan itu sahaja, ia juga bertindak sebagai pemangkin untuk warga Perbendaharaan dalam memanfaatkan sistem aplikasi yang sedia ada yang seterusnya menyumbang ke arah penjimatan sumber dan masa warga Perbendaharaan itu sendiri. Hal ini secara tidak lansung akan meningkatkan produktiviti kerja melalui digital culture.

MyTools boleh dicapai melalui laman Satu ID. Ia terdiri daripada empat (4) komponen iaitu e-Mail, e-Calendar, e-Booking dan Treasury Infobytes.

Emel Rasmi Perbendaharaan Malaysia

• Sistem Tempahan Kenderaan Rasmi Jabatan

• Sistem Tempahan Premis Gunasama

Anda boleh menetapkan temujanji, mesyuarat dan sebagainya dengan menggunakan fungsi kalendar.

• Economic Outlook• Hot Topics• Perspective on Budget• Perspective on Tax• Perspective on Debt• Procurement Related

Topics

3Digital Treasury : Perbendaharaan Ke Arah Budaya DigitalBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2013

https://satuid.treasury.gov.my

Oleh yang demikian, komponen e-Mail merupakan salah satu tunjang utama di dalam MyTools. Selain itu, penggunaan kalendar juga ditekankan kerana ia dapat membantu warga Perbendaharaan dalam mengurus jadual kerja mereka serta meringkaskan prosedur jemputan samada untuk ke perbincangan, mesyuarat dan sebagainya. Menyedari kepentingan tempahan kenderaan jabatan serta ruang gunasama di Perbendaharaan, sistem e-Booking juga diselitkan sebagai salah satu komponen utama MyTools.

Lazimnya, sebagai warga Perbendaharaan kita sentiasa diajukan pelbagai soalan dari banyak pihak tentang topik-topik berkaitan ekonomi serta kewangan. Lanjutan daripada itu, Treasury Infobytes diperkenalkan sebagai sumber informasi berkaitan Kementerian Kewangan di mana ia dapat membantu warganya dalam menyalurkan informasi kepada pihak berkenaan.

Dengan wujudnya MyTools ini diharapkan ia dapat memberi impak yang positif ke arah merealisasikan transformasi Perbendaharaan ke arah agensi kerajaan yang unggul di dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara.

e-Mail e-Calendar e-Booking Treasury Info

Page 4: ms: 4 BULETIN ICT - treasury.gov.my · 4 Transaksi Teknologi Near Field Communication (NFC) Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2013 KINI pembayaran menggunakan telefon bimbit

4 Transaksi Teknologi Near Field Communication (NFC) Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2013

KINI pembayaran menggunakan telefon bimbit bukan lagi mustahil di negara ini.

Walaupun ia mungkin masih jauh untuk dikecapi secara sepenuhnya, yang pasti, ia bukan mustahil. Menerusi teknologi wayarles terkini, Near Field Communication (NFC), transaksi seperti itu mampu dilakukan. Teknologi yang buat masa ini disasarkan kepada peranti telefon bimbit itu telah pun berjaya dipraktikkan di beberapa negara di dunia seperti Jepun.

Beroperasi menerusi kerjasama bersepadu tiga pihak iaitu bank, syarikat telekomunikasi mudah alih dan peruncit atau penyedia pengangkutan awam. Syarikat telekomunikasi NTT DoCoMo di Jepun telah merealisasikan pembayaran debit atau kredit, di kedai atau teksi.

Telefon bimbit pada masa kini dikatakan sebagai

teman paling akrab, teman setia dan sentiasa bersama anda sepanjang masa boleh membantu anda. Ia mampu menjadi medium transaksi pembayaran menerusi teknologi Near Field Communication (NFC).

Bayangkan, betapa mudahnya hidup anda kalau boleh membeli barang atau menggunakan perkhidmatan dengan membayar terus menggunakan telefon bimbit? Dompet kita tidak lagi perlu ‘membonjol’ kerana menampung banyak wang dan kad, sebaliknya dengan hanya sebuah telefon bimbit, kita mampu membayar hampir segalanya. Pelanggan pula tidak perlu bersemuka dengan peniaga atau jurujual, semuanya boleh dilakukan tanpa bersemuka.

Ia kedengaran seperti dunia yang berbeza. Dunia tanpa tunai dan dunia tanpa bersemuka.

Terlupa membawa wang tunai? Tiada kad kredit? Tiada masalah, jika anda ada telefon bimbit

Near Field CommunicationTRANSAKSI TEKNOLOGIN.F.C

Page 5: ms: 4 BULETIN ICT - treasury.gov.my · 4 Transaksi Teknologi Near Field Communication (NFC) Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2013 KINI pembayaran menggunakan telefon bimbit

5Transaksi Teknologi Near Field Communication (NFC) Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2013

Ia dilakukan dengan telefon bimbit berteknologi NFC diletak atau diimbas pada satu pembaca (reader). NFC merupakan teknologi wayarles jarak pendek yang membolehkan komunikasi antara peranti pada jarak kurang daripada 10 sentimeter. NFC beroperasi pada kadar 13.56 MHz dan boleh beroperasi sama ada secara aktif iaitu menggunakan bateri atau secara pasif iaitu menggunakan tenaga radio.

NFC dikatakan boleh membantu mempercepatkan transaksi dalam menerima dan berkongsi data serta membuat pembayaran dengan pantas dan selamat.

NFC boleh beroperasi dengan tiga (3) mod. Mod pertama adalah mod kad emulasi di mana peranti telefon bimbit itu sendiri bertindak seperti kad pintar tanpa bersemuka untuk pembayaran tiket pengangkutan awam berasaskan MiFare atau pembayaran perbankan sistem Visa payWave, MasterCard PayPass atau American Express ExpressPay.

Mod kedua adalah mod pembaca. Peranti NFC mampu membaca tag identifikasi frekuensi radio (RFID) pasif seperti membaca atau menyimpan maklumat pada poster dan sebagainya. Mod ketiga pula menemukan dua peranti NFC untuk pemindahan maklumat mirip Bluetooth.

Penglibatan syarikat pembuatan telefon bimbit dalam menghasilkan telefon bimbit berteknologi NFC juga dapat menyemarakkan lagi penggunaan teknologi ini. Selain memasukkan cip NFC ke dalam telefon bimbit, ada juga usaha untuk menghasilkan telefon bimbit berteknologi NFC berasaskan kad SIM.

Sumber : kosmo.com.my

KESELAMATAN

Berhubung isu keselamatan seperti kebimbangan data diakses oleh pihak tidak berkenaan atau bagaimana sekiranya telefon bimbit dicuri, itulah sebabnya fungsi Trusted Service Manager (TSM) diperkenalkan Gemalto kepada teknologi NFC.

TSM menjamin keselamatan end-to-end dengan adanya hubungan dalaman antara operator rangkaian mudah alih, mengaktifkan dan tidak mengaktifkan perkhidmatan, mengurus pangkalan data pelanggan NFC dan sebagainya. Justeru, sekiranya kehilangan telefon bimbit, NFC berasaskan kad SIM itu boleh dinyahaktif secara over-the-air.

Kajian yang telah dilakukan pada akhir Ogos tahun lalu menunjukkan ribuan kaunter transaksi over-the-air mengesahkan bahawa pembayaran mudah alih tanpa bersemuka telah membuktikan bahawa pengurusan sekuritinya berada di bawah kawalan.

Page 6: ms: 4 BULETIN ICT - treasury.gov.my · 4 Transaksi Teknologi Near Field Communication (NFC) Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2013 KINI pembayaran menggunakan telefon bimbit

Apakah itu IPv6?

IPv6 adalah merupakan Internet Protocol version 6 di mana ia diwujudkan untuk menggantikan protokol sedia ada iaitu IPv4 selain menjadi initiatif untuk menaiktaraf Internet secara keseluruhan. Tujuan utama IPv6 diperkenalkan adalah untuk menangani masalah kehausan alamat IPv4 yang dihadapi sekarang.

Apakah kelebihan IPv6?

IPv6 mempunyai pelbagai kelebihan namun yang paling penting merupakan keupayaan protokol tersebut untuk memberikan alamat IP yang lebih besar. Jumlah alamat IP yang besar ini akan membolehkan Internet berkembang dengan lebih besar dan pesat untuk menampung keperluan semasa dan akan datang.

Apakah perbezaan IPv6 dan rangkaian Internet masa kini?

Alamat IPv4 adalah bersaiz 32 bit manakala IPv6 pula adalah bersaiz 128 bit. Menggunakan IPv6, Internet akan berupaya untuk berkembang menjadi lebih besar (berjuta kali ganda) berdasarkan saiz, pengguna, peranti dan objek yang bersambung dengannya. Ciri IPv6 yang memperkenalkan ‘extension headers‘ telah memberikan keupayaan pada protokol tersebut untuk melakukan pemprosesan yang lebih berkesan. IPv6 juga menyokong Quality of Service (QoS) yang memberikan pengendalian istimewa bagi sesetengah jenis paket. Pengunaan Internet Protocol Security (IPsec) dalam IPv6 juga dapat meningkatkan ciri keselamatan

IPv6

Perkembangan Semasa IPV6 di Perbendaharaan

Satu penilaian dan pengujian ke atas rangkaian Perbendaharaan bagi menentusahkan bahawa ianya tersedia IPv6 telah dijalankan pada 23 November 2012 yang lepas. Pengujian ini dijalankan oleh My6 Initiative Bhd.

Hasil pengujian mendapati Perbendaharaan telah lulus dan tersedia IPv6 dengan “Standard Platinum”. Ini bermakna Perbendaharaan telah melaksanakan dan lulus dalam perkara-perkara seperti berikut :-• Menjalankan penilaian ketersediaan IPv6• Mewujudkan pelan pelaksanaan/migrasi IPv6 • Sistem rangkaian berjalan dalam mod ‘dual-

stack’• Perkara berikut boleh dicapai/akses secara

‘dual-stack’ :-i. Laman web rasmiii. DNS rasmi/korporatiii. E-mel rasmiiv. Beberapa aplikasi utama yang melalui

rangkaian boleh dicapai/akses secara ‘dual-stack’

6 IPv6 Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2013

Page 7: ms: 4 BULETIN ICT - treasury.gov.my · 4 Transaksi Teknologi Near Field Communication (NFC) Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2013 KINI pembayaran menggunakan telefon bimbit

7Amalan Selamat Apabila Menggunakan Telefon PintarBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2013

AMALAN SELAMAT APABILA MENGGUNAKAN

1. Memasang nombor PIN dan katalaluan pada telefon pintar

2. Tidak melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap konfigurasi ciri keselamatan telefon pintar

3. Pastikan hanya memuat turun aplikasi mobile dari sumber yang dipercayai. Pengguna seharusnya melakukan semakan dan mengkaji terlebih dahulu untuk memastikan aplikasi tersebut adalah dari sumber yang betul

4. Menyemak dan memahami "app permission" yang diperlukan sebelum memasang mana-mana aplikasi mobile

5. Melaksanakan update dan patch telefon pintar dari sumber yang dipercayai

6. Sentiasa berwaspada dalam menggunakan Wi-Fi di tempat awam bagi mengelakkan session hijacking dan serangan Man-in-the-Middle (Disarankan menggunakan encrypted VPN bagi akses Public Wi-Fi)

7. Pastikan melaksanakan data wipe sebelum menukar & menjual telefon pintar anda bagi memastikan maklumat sulit tidak bocor kepada pihak ketiga

8. Melaporkan kehilangan telefon pintar (kod IMEI) kepada syarikat telekomunikasi

9. Memasang aplikasi antivirus yang sah untuk mengimbas aplikasi yang telah/akan dipasang pada telefon pintar

TELEFON PINTAR

Page 8: ms: 4 BULETIN ICT - treasury.gov.my · 4 Transaksi Teknologi Near Field Communication (NFC) Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2 2013 KINI pembayaran menggunakan telefon bimbit

Pada 17 Mei 2013 yang lalu Perbendaharaan Malaysia telah berjaya mendapat pengiktirafan di dalam pengurusan keselamatan ICT melalui Persijilan MS ISO/IEC 27001:2007 Sistem

Pengurusan Keselamatan Maklumat yang lebih dikenali sebagai ISMS. Skop ISMS yang telah dipersijilkan adalah Pengurusan Pengoperasian Pusat Data.

Dengan persijilan ISMS ini, Perbendaharaan akan dapat memantapkan lagi perlindungan ke atas maklumat dan aset ICT berasaskan prinsip kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan.

Tahniah diucapkan.

PERBENDAHARAANTAHNIAH

B E R J A Y A M E N D A P A T

PERSIJILAN ISMS MS ISO/IEC 27001:2007

Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat