elemen mengenali murid dalam pengajaran guru

Upload: ana-dhiana

Post on 26-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Elemen Mengenali Murid Dalam Pengajaran Guru

    1/10

    The Online Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2

    10 | o j i e . u m . e d u . m y

    PENDAHULUAN

    Pengetahuan terhadap murid merupakan satu komponen penting dalam Pengetahuan KandunganPedagogi untuk dikuasai oleh guru Pendidikan Islam dalam menghasilkan pengajaran yang berkualiti (Shulman,1986, 1987; Ibnu Khaldun, 2000; Aintley & Luntley, 2007; Ahmad Yunus, 2011). Guru seharusnya mengetahui

    kebolehan murid, memotivasikan murid, mampu mengawal kelakuan murid, mewujudkan iklim belajarkondusif, mengklasifikasikan murid mengikut kumpulan, dan sering membuat penilaian (Shahril@Charil, 2004).Antara pengetahuan berkaitan murid yang disarankan oleh Rasulullah SAW ialah guru seharusnyamenitikberatkan waktu, keadaan dan bahan pengajaran yang sesuai dengan murid (Ibrahim, 1999; AbdulFattah, 2009; Ibrahim, 2012). Ini bermakna, para guru perlu sentiasa sabar dan berlemah-lembut dalammenyampaikan sesuatu isi pengajaran (Abdul Fattah, 2009), kerana medan utama dalam keberkesananpenyampaian pengajaran dan pembelajaran adalah kefahaman yang diterima oleh murid (Kamarul Azmi, 2012).Kajian mengenai pengajaran berkesan guru cemerlang telah dibincangkan secara meluas oleh ramai pengkaji(Kamarul Azmi, 2010; Mohd Kassim, 2010; Ahmad Yunus, 2011; Creasy et al., 2011; Van Driel & Berry, 2012;Caspersen, 2013). Oleh itu, kajian ini khusus menumpukan kepada pengetahuan terhadap murid peserta kajiandalam pengajaran ibadat Pendidikan Islam.

    [1] Fakulti Pendidikan

    Universiti Kebangsaan [email protected]

    [2] Jabatan Pendidikan danKesejahteraan KomunitiFakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan [email protected]

    [3] Jabatan Kepimpinan danPolisi PendidikanFakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan [email protected]

    Elemen Mengenali Murid dalam Pengajaran GuruCemerlang Pendidikan Islam

    Nur Hanani Hussin [1], Mohd Aderi Che Noh [2], Ab. Halim Tamuri [3]

    ABSTRACT

    Generally, recognizing students' ability is one of the elements ofeffective lesson and excellent teacher. It is also one of the maincomponents of Pedagogical Content Knowledge (PCK). Thus, allExcellent Islamic Education Teachers should accurately know theirstudents and this is regarded as the important concept in theteaching of Prophet Muhammad (PBUH).The main aim of thisqualitative study was to explore an Excellent Islamic EducationTeacher in terms of her knowledge about her students, particularlyin the lesson of Islamic worship. The subject of this study was afemale Excellent Islamic Education Teacher who has more than tenyears of teaching experience. The findings of the study wereanalyzed using NVivo 8.0. The study found that the teacher knowsher students on five key characteristics, namely studentsbackground, learning problems, characteristics, academic level andmotivation. In conclusion, the teacher knowledge about thestudents has encouraged her to appropriately plan and implementan effective teaching and learning process.

    Keywords: Excellent Islamic Education Teacher, PedagogicalContent Knowledge, Teaching of Worship.

  • 7/25/2019 Elemen Mengenali Murid Dalam Pengajaran Guru

    2/10

    The Online Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2

    11 | o j i e . u m . e d u . m y

    PERNYATAAN MASALAH

    Berdasarkan pandangan para sarjana Islam, guru mempunyai pengaruh yang signifikan terhadapmurid di sekolah (al-Ghazali, 1939; Al-Syaibani, 1975; Ahmad Tafsir, 2000; Ghazali, 2008). Guru dalam konteksPendidikan Islam bukan sekadar memindahkan maklumat kepada murid bahkan berperanan untuk melahirkankhalifatullah yang mempunyai perkembangan seimbang (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2012), berakhlak muliadan bertanggungjawab (Mustafa, 2002) serta menajamkan makna kemanusiaan agar murid mampu menempuhera globalisasi (Asmawati, 2005).

    Seseorang yang bergelar Guru Pendidikan Islam (GPI) sekali gus sebagai seorang daie mestilahmempunyai pengetahuan mendalam terhadap murid (Ab. Halim, 2012). Permasalahannya, berdasarkan kajianZalmiza (2004), 26 orang murid menyatakan Pendidikan Islam tidak berkesan/tidak pasti memberikan kesandalam kehidupan seharian mereka, 41 orang murid bersetuju corak pengajaran guru Pendidikan Islammembosankan, 31 murid tidak berminat dengan mengikuti pengajaran GPI dan 18 daripada mereka bersetujudengan kenyataan GPI mengajar tanpa persediaan yang rapi. Dapatan kajian Zarin dan Ab. Halim (2006)mendapati pengetahuan guru terhadap murid masih berada pada tahap memuaskan antaranya menjarakkanpengajaran (cepat/lambat) memperoleh min = 3.6, menyesuaikan strategi pengajaran dengan sumber yang ada

    (min = 3.47), mengesan masalah pembelajaran murid (min = 3.42) dan aspek yang agak ketara rendah ialahpengajaran dan pembelajaran berasaskan aras purata min hanya 2.96 sahaja. Seharusnya, GPI mengambil kirafaktor yang mempengaruhi kesediaan murid belajar antaranya kematangan mental, kematangan emosi,kematangan fizikal, kematangan sosial; pengalaman murid, motivasi, pengamatan (berlaku melalui maklumatyang diterima melalui lima deria), tanggapan murid terhadap pembentukan sesuatu konsep, ingatan danlupaan murid (Sahabuddin & Rohizani, 2003).

    Justeru, guru pendidikan Islam seharusnya mengenali murid mereka, menunjukkan kasih sayang,menghormati idea, membina potensi mereka, menegur dengan cara hikmah bahkan sekiranya menghukumadalah untuk mendidik bukannya mendenda. Secara asasnya, sangat penting bagi seseorang GPI menyedaribahawa bilik darjah mereka dipenuhi oleh pelbagai murid yang inginkan pengiktirafan sebagai individu,dipanggil dengan nama mereka dan mempunyai keperluan tersendiri yang mesti dipenuhi. Oleh itu, pengajaranPendidikan Islam sepatutnya berlangsung dalam suasana sihat persekitaran yang mendorong untuk belajar,murid bersemangat untuk menimba ilmu, mendapat sokongan dan motivasi daripada guru serta berlakunyainteraksi dua hala semasa proses pengajaran.

    PENGETAHUAN BERKAITAN MURID DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENGAJARAN PENDIDIKANISLAM

    Guru merupakan faktor kritikal dalam pengajaran Pendidikan Islam kerana kesediaan murid banyakbergantung kepada guru lebih-lebih lagi pengajaran ibadat memerlukan kepada kefahaman, tunjuk cara danpenghayatan (Ahmad Yunus, 2011; Ab. Halim, 2012; Fathiyah et al., 2013). Pengetahuan seseorang guruberkaitan muridnya, terutama mengenali mereka secara rapat akan mewujudkan hubungan yang positif antarakedua belah pihak (Kwo, 2004). Dari sudut profesionalnya pula, guru Pendidikan Islam sepatutnyamengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran untuk memudahkan kefahaman murid di samping mempunyai

    pengetahuan yang luas dan mendalam untuk membantu murid dalam pembelajaran (Eggen & Kauchak, 2012).Penggunaan profil ringkas murid boleh membantu guru Pendidikan Islam untuk lebih mengenali latar belakang,kemajuan dan keperluan khusus seseorang murid (Coombs, 2009). Di samping itu, guru juga digalakkan bukansekadar mengetahui nama murid bahkan keturunan dan negeri mereka, bertanyakan murid yang tidak hadirdan sakit serta menziarahi mereka (Ali Murad, 2003).

    Selain itu, guru seharusnya melazimi kata-kata yang sopan (Mahyuddin, 2001). Apabila inginmemanggil murid sebaik-baiknya menggunakan nama panggilan yang sopan dan disukai murid (AbdullahNasikh, 2006). Pengajaran Pendidikan Islam memerlukan kepada komunikasi yang baik daripada guru keranapenggunaan perkataan yang baik dapat memberi kesan yang mendalam terhadap jiwa seseorang pelajar(Ibrahim 14:24). Kajian Norliza (2011) mendapati kemahiran komunikasi dilihat sebagai faktor yangmenentukan keberkesanan pengajaran, malah komunikasi berkesan dapat membantu guru mengenal pastitingkah laku murid di samping menerapkan nilai-nilai positif bagi meningkatkan kemahiran sosial dan emosimurid.

  • 7/25/2019 Elemen Mengenali Murid Dalam Pengajaran Guru

    3/10

    The Online Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2

    12 | o j i e . u m . e d u . m y

    Menurut al-Syaibani (1975) pengajaran dan pembelajaran haruslah menggembirakan dan menarikperhatian murid. Dalam kata lain, pengajaran guru perlulah beransur-ansur mengikut aras pelajar. RasulullahSAW cukup menitikberatkan konsep beransur-ansur dalam memberi pengajaran dan sentiasa mendahulukanperkara yang lebih penting ke atas perkara penting dan mengajar satu persatu dan secara beransur (AbdulFattah, 2009). Tujuan adalah untuk mudah difahami dan diingati dan dicerna oleh murid baginda. Menurut al-Ghazali (1939) guru mesti mengajar mengikut kesesuaian tahap kemampuan akal pemikiran murid, rancanganpengajaran juga haruslah dirancang selaras dengan tahap pemahaman murid. Di samping itu, guru tidakmengemukakan sesuatu tajuk yang agak tinggi yang mana pelajar belum bersedia menerima. Guru jugahendaklah mengambil kira perbezaan individu dan kesesuaian ilmu dengan keupayaan murid. Pandangan al-Ghazali ini menunjukkan perlunya wujud keharmonian antara kandungan ilmu dan tahap intelek murid (AbdulSalam, 2010).

    Dalam bidang pendidikan, menurut Esah (2004) tugas pengajar ialah mendidik dan membentuk muridyang mempunyai perbezaan dari segi kebolehan kognitif, afektif dan psikomotor. Ini bermakna murid yangdiajar oleh guru adalah berbeza kebolehan intelek, kesediaan emosi dan kebolehan fizikalnya. Oleh itu,kemahiran dan kaedah tertentu yang digunakan dalam pengajaran belum pasti lagi sesuai dengan kesemuamurid dalam kelas itu. Al-Ghazali (1939) juga menegaskan guru mestilah mengajar dengan jelas kepada yang

    lambat faham, mengajar daripada mudah kepada kompleks serta sentiasa memberi idea dan pandangan yangdapat membimbing murid. Pengajaran ilmu syariat mestilah dimulai dengan menghafal serta memahami,kemudian meyakini dan membenarkannya (al-Ghazali, 1939). Hardaker dan Sabki (2012) menyokongpandangan al-Ghazali dengan menegaskan hafalan merupakan asas kepada penghayatan ilmu. Menurut Al-Ghazali (1939) penggabungan ilmu intelektual dan ilmu syariat adalah penting kerana kedua-duanya amatdiperlukan dan saling berhubung.

    Kepelbagaian aktiviti yang melibatkan guru dan murid boleh dilaksanakan dalam bilik darjah (AbdullSukor, 2008). Penggunaan pelbagai lokasi seperti surau, kelas, kawasan sekitar sekolah juga membantu muriduntuk belajar selaras dengan pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w (Abdul Ghafar & Jaffary, 2009;Wan Idros et al., 2011). Berkaitan perbezaan individu dalam bilik darjah, menurut Al-Nahlawi (1979) guru jugaperlu bersabar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Ini kerana proses pengajaran perlu dilakukan dengan

    berulang-ulang bagi memastikan pelajar memahami kandungan pengajaran yang disampaikan. Rasulullah s.a.w juga memberi garis panduan etika seorang guru seharusnya jujur, peramah, ikhlas, memudahkan pengajaranterhadap murid (Ibrahim, 2012). Menurut Abdul Salam (2010) Imam al-Ghazali menyatakan guru perlumemerhatikan masalah yang dihadapi oleh muridnya, kemudian atas dasar inilah penyelesaian dibentuk. AliMurad (2003) berpendapat guru hendaklah mengambil berat sekiranya terdapat pelajar kurang upaya dalambilik darjah agar proses pengajaran menjadi pengalaman yang menggembirakan mereka.

    Merujuk kepada Mohammed Sani (2006) guru seharusnya tahu untuk menilai hasil kerja murid,bagaimana menilai kemajuan murid dan menetapkan tahap kemajuan mereka. Coombs (2009) menyatakanbahawa guru yang menyedari murid belum memahami sesuatu idea perlu menambah masa dan segeramengubah suai rancangan pelajaran pada waktu itu berdasarkan pemahaman murid. Murid perlu diberitahu,diajar, dibantu bagi menggabungkan maklumat yang diterima daripada guru. Guru seharusnya sentiasamelakukan semakan untuk mengenal pasti kefahaman murid. Semakan boleh dilakukan secara tidak formaldengan mengemukakan soalan kepada murid. Oleh itu, guru Pendidikan Islam sepatutnya mempunyaipengetahuan berkaitan murid untuk memudahkan proses pengajaran dan menegur kesalahan pelajar keranailmu yang diperoleh murid melalui pembelajaran berbeza-beza mengikut tingkat kemampuan daya pemikiranmurid (al-Ghazali, 1939; Ibnu Khaldun, 2000).

    OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

    Berdasarkan perbincangan latar belakang kajian, maka kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

    1. Meneroka pengetahuan terhadap murid peserta kajian dalam pengajaran ibadat Pendidikan Islam.

    Persoalan Kajian

    1. Apakah pengetahuan terhadap murid peserta kajian dalam pengajaran ibadat Pendidikan Islam?

  • 7/25/2019 Elemen Mengenali Murid Dalam Pengajaran Guru

    4/10

    The Online Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2

    13 | o j i e . u m . e d u . m y

    METODOLOGI

    Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes.Pendekatan kualitatif digunakan untuk kajian ini kerana ia amat sesuai mengkaji sesuatu kes secara mendalamdan menyeluruh (Slavin, 1992) dan menghimpunkan maklumat yang banyak mengenai sesuatu kes. Selain itu,kaedah kualitatif dapat memberi peluang kepada penyelidik untuk memerhati dan meneliti pengetahuan GCPIterhadap murid dalam keadaan persekitaran yang sebenar (Merriam, 1998). Data dikumpul denganmenggunakan kaedah temu bual (US TB1; US TB2; US TB 3), pemerhatian (US OB1) dan analisis dokumen (USAD1). Penyelidik yang merupakan alat utama kajian akan memberi kefahaman yang lebih baik dan bermaknaterhadap apa yang diperhatikan (Marohaini, 2001). Pemilihan sampel adalah menggunakan kaedah purposivesampling atau persampelan bertujuan (Miles & Huberman, 1994). Ini bererti responden tersebut perlu dipilihdan dikenal pasti terlebih dahulu supaya dia dapat memberi maklumat yang bersesuaian dan mencukupi.Seorang Guru Cemerlang Pendidikan Islam DG44 telah dipilih dalam kajian ini berdasarkan cadangan yangditerima daripada Pejabat Pelajaran Daerah.

    DAPATAN KAJIAN

    Dapatan kajian ini memberi fokus untuk menjawab persoalan yang ditentukan berdasarkan objektifkajian yang telah ditetapkan iaitu pengetahuan terhadap murid peserta kajian dalam pengajaran ibadatPendidikan Islam. Ustazah Soleha (bukan nama sebenar) diiktiraf sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Islamketika berusia 29 tahun. Kes ini menarik dan unik antaranya kerana beliau merasakan tugas dantanggungjawabnya tidak hanya terhenti sebagai guru bahkan turut menggalas tugas daie di sekolah. UstazahSoleha pernah memegang jawatan utama sebagai Setiausaha Disiplin dan merupakan Jurulatih UtamaPendidikan Islam Daerah di negeri beliau bertugas. Berdasarkan pengamatan pengkaji terhadap beliau melaluitiga sesi temu bual dan pemerhatian yang dijalankan, Ustazah Soleha sangat mengambil berat terhadapmuridnya dan sering bertanya sama ada mereka melaksanakan solat Subuh atau sebaliknya.

    Sebelum memulakan pengajaran, biasanya saya akan bertanya, pagi tadi solat subuh ke tidak? Kalaumurid tidak solat, saya akan beritahu kenapa mesti solat. Memang pada mulanya tidak memberikesan. Tapi sekiranya, setiap hari kita tanya, pertanyaan itu akan menyentuh hati murid. Hakikatnya,apabila kita mengajar, set induksi seorang ustazah mesti tanya murid solat atau tidak. Kalau kelashadapan, mereka akan mengaku semua positif dan baik. Tapi, kalau kelas belakang mereka sangat jujur, dan murid kelas belakang ni lah yang akan rapat dengan guru apabila tamat belajar. (USTB1/125)

    Ustazah Soleha juga menganggap murid seperti anaknya. Bahkan, beliau sangat risau sekiranya muridtidak faham pengajaran ibadat yang disampaikan. Beliau berpendapat pengajaran ibadat memerlukan kepadakefahaman mengenai ilmu, murid boleh melaksanakannya dengan betul dan sepatutnya menghayati setiapamalan ibadat yang mereka laksanakan. Ustazah Soleha mengistilahkan muridnya sebagai budak. Dalam masayang sama, beliau, mengenal pasti kecenderungan muridnya lebih berminat dengan pengajaran selain dalambilik darjah.

    Memang sayang kepada budak-budak ni, dan sangat risau bila mereka tak faham. Ustazah ada buatkajian tindakan yang terapi zikir ni untuk budak kelas belakang paling hujung, mereka tak minatbelajar tapi sangat suka ke surau dan buat aktiviti luar. (US TB2/22)

    Beliau mengakui mengetahui maklumat umum berkaitan muridnya. Walaupun hakikatnya sekolahmenengah harian di bandar ternama kapasiti murid dalam sesebuah kelas antara 40 hingga 45 orang. UstazahSoleha mengenali muridnya berdasarkan nama murid, kemahiran jawi, latar belakang keluarga dan tulisanmurid. Bagi murid yang bermasalah membaca tulisan jawi beliau membenarkan muridnya menulis notamenggunakan tulisan rumi. Beliau menjelaskan pendekatan ini memudahkan murid untuk mendapatkan ilmuPendidikan Islam. Ustazah Soleha juga mengingati semua nama muridnya, malah mengenal pasti kesilapanejaan nama muridnya pada buku daftar sekolah dan kad keputusan peperiksaan. Perkara ini telah dikenal pastisemasa pemerhatian pengajaran dijalankan terhadap beliau.

  • 7/25/2019 Elemen Mengenali Murid Dalam Pengajaran Guru

    5/10

    The Online Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2

    14 | o j i e . u m . e d u . m y

    Pengajaran ibadat berkaitan sembelihan dilaksanakan secara amali oleh Ustazah Soleha denganmengambil dua waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kesungguhan Ustazah Soleha terbukti apabilaamali sembelihan ini pada asalnya dilaksanakan pada peringkat rintis kemudiannya diikuti oleh guru-guruPendidikan Islam lain di sekolah. Beliau sangat menekankan pengajaran ibadat yang perlu dilakukan amalimesti menggunakan kaedah amali supaya murid lebih jelas dengan sesuatu konsep.

    Amali sembelihan ni, saya laksanakan semasa P&P, asalnya saya rintis, tiada guru lain buat. Sayatempah ayam dan juru sembelih. Jadi sembelihan tu pakcik tu akan tunjuk cara sembelih. Murid punakan sembelih sendiri. Kemudian, ayam tu kita hantar kedai untuk proses dan masak. Waktu pengajaran dan pembelajaran sebenarnya dua masa tu cukup untuk amali sembelihan. (US TB1/40)

    Jadi cara paling berkesan amali la. Bila buat amali budak akan ingat sampai bila -bila. Contoh ustazahajar sembelihan tingkatan 4, bila naik tingkatan 5 budak tu kata usta zah, ni yang pakcik tu kata kenamengadap kiblat. Ustazah ulang pada mereka itulah sunat semasa sembelihan. . Pakcik tu bagi ayatsimple: Tak boleh angkat pisau. Itu ustazah kata dengan sekali sembelihan. Kita ni penyampai ilmuyang dia dapat. Biasa ibadat kena amali, macam-macam mana pun kena amali. Biar ilmu yang muriddapat memberi implikasi yang jelas pada akhlak dan penghayatan murid. (US TB1/56)

    Perbezaan sifat murid lelaki dan perempuan juga diambil perhatian oleh Ustazah Soleha contohnyasemasa amali sembelihan ayam yang dilakukan di sekolah, ustazah Soleha menyatakan kebiasaannya muridlelaki lebih berani dan boleh melaksanakan aktiviti tersebut. Murid perempuan pula agak takut untukmelakukan amali sembelihan. Namun sekiranya tugasan di dalam kelas, Ustazah Soleha lebih cenderungmemberikan tugasan lebih kepada murid perempuan iaitu ketika pengajaran Lambaian Kaabah, muridperempuan diberikan dua sampul soalan untuk disiapkan berbanding murid lelaki.

    Aspek seterusnya yang diberi perhatian semasa pengajaran ibadat berlangsung ialah motivasi murid.Ustazah Soleha menghargai hasil kerja muridnya dengan membuat salinan dan mengedarkan peta mindadaripada kumpulan terbaik kepada semua murid. Melalui pemerhatian pengajaran yang dilakukan UstazahSoleha kerap memuji murid dengan ucapan- ucapan positif bagus dan tahniah bahkan beliau memberi hadiahklip kertas bercorak menarik kepada murid yang menjawab dengan betul. Beliau juga menggalakkan muridnyaseorang demi seorang untuk memberi jawapan dengan menyebut nama mereka, antara kata-kata yang ustazahSoleha yang menggambarkan keprihatinan terhadap murid ialah:

    Biasanya pujian, memang kita sebut dalam kelas, dan saya ajak murid datang ke depan kelas. (USTB1/ 21) Kumpulan terbaik akan saya pilih dan fotostat dan bagi semua murid, semua murid akan dapat notakumpulan itu. Murid seronok (US TB1/19)

    Ustazah Soleha juga mengambil berat mengenai tahap pembelajaran murid-muridnya sebelummemberi tugasan kepada mereka. Murid kelas akhir sangat diberi perhatian olehnya , satu kajian tindakan yangdinamakan Kaedah Terapi Zikir dan Solat Sunat Taubat telah dirangka dan dilaksanakan di surau sekolah olehUstazah Soleha khusus untuk murid kelas akhir iaitu kelas ke-12 iaitu 4 Luhur. Berdasarkan usaha ini Ustazah

    Soleha seorang yang sangat komitmen dalam menyampaikan ilmu kepada muridnya. Justeru itu, usaha yangbeliau laksanakan,

    Memang sayang kepada murid dan sangat risau bila mereka tidak faham. Kajian tindakan yang terapizikir ini untuk murid kelas belakang, paling hujung, tidak minat belajar tapi sangat suka ke surau buataktiviti luar. (US TB 2/22)

    Solat sunat taubat tu memang buat. Kesannya memang ada. Murid jadi jinak sikit dengan subjekagama. (US TB1/166)

    Beliau juga memberi penerangan lanjut mengenai pendekatan pengajaran terhadap murid kelas akhir,biasanya Ustazah Soleha memudahkan mereka dengan memberi minimum silibus iaitu perkara asas fardu aincontohnya bacaan dalam solat, maksud dan pengertian sesuatu tajuk. Beliau menegaskan memberi terlalubanyak tekanan pengajaran kepada murid kelas akhir akan membebankan mereka. Matlamat utama pengajaranUstazah Soleha terhadap murid kelas akhir ialah supaya mereka minat dengan kelas Pendidikan Islam, walaupun

  • 7/25/2019 Elemen Mengenali Murid Dalam Pengajaran Guru

    6/10

    The Online Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2

    15 | o j i e . u m . e d u . m y

    gagal dalam peperiksaan tetapi tidak boleh gagal menunaikan solat. Sekiranya pengukuhan diberikan, UstazahSoleha meminta mereka menyiapkannya semasa kelas berlangsung dan beliau terus menyemak hasil kerjamurid. Berlainan pula dengan pendekatan terhadap murid kelas awal hingga pertengahan. Menurut UstazahSoleha murid kelas pertengahan selalunya memberi respon yang baik manakala murid kelas awal lebih mudahmemahami pengajaran. Beliau meletakkan matlamat tinggi terutamanya dalam peperiksaan terhadap kedua-dua tahap murid ini. Antara tugasan yang sesuai untuk mereka ialah folio dan pembentangan kumpulan.

    Jangan susahkan murid-murid kita, mengajar ni kita sebagai penyampai ilmu khususnya ibadat.Permudahkan. Jangan bagi nampak ibadat ni susah. Solat ni susah. Contoh, masa sakit boleh solatsambil duduk, baring dan isyarat mata. Boleh juga ganti wuduk dengan tayamum. Ustazah kenal tahapmurid ustazah, secara psikologinya, mudah ustazah sampaikan pengajaran. (US TB2/101)

    Ustazah Soleha mengenal pasti masalah pembelajaran miskonsepsi murid mengenai mandi wajib dansolat. Murid lelaki dan perempuan sering menggunakan istilah BMW (belum mandi wajib) untuk mengelakkanmereka ke surau. Beliau mendapati murid-muridnya lebih cenderung menyatakan mandi wajib tersebut sukaruntuk dilakukan, mengambil masa yang lama dan perlu dilakukan dengan sangat tertib dan hanya dilaksanakanselepas proses persetubuhan antara lelaki dan perempuan. Ustazah Soleha berpendapat miskonsepsi murid ini

    menjelaskan sifat tidak acuh murid terhadap rukun Islam kedua dengan menyatakan:

    Sebab apa ni nak mandi wajib? Dia jawab ye lah, lepas buat hubungan kena mandi wajib. Kalau mandiwajib ni kaitannya dengan sembahyang lah. Kalau orang sembahyang dia alert dengan mandi wajib(US TB1/71).

    Miskonsepsi murid juga dikesan pada pengajaran ibadat berkaitan Istinjak. Menurut Ustazah Solehakebanyakan murid beranggapan istinjak membersihkan kemaluan selepas qada hajat dengan menggunakanbatu.

    Kalau imbas tajuk-tajuk lepas, sebut saja istinjak, ramai yang ingat istinjak ni membersihkan kemaluandengan menggunakan batu. Jadi ustazah tanya, Jadi tiap -tiap hari awak guna batu lah? Masing -masing kehairanan. Ustazah jelaskan semula istinjak juga ialah dengan menggunakan air atau gunabenda-benda kesat kemudian disudahi dengan air. (US TB2/ 117)

    Model pengetahuan terhadap murid Ustazah Soleha dibina berdasarkan dapatan kajian yangdiperoleh melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Ustazah Soleha mengenali murid-muridnyaberdasarkan lima kategori utama iaitu (i) maklumat umum merangkumi nama, tulisan murid, latar belakangkeluarga dan kemahiran jawi, (ii) masalah pembelajaran, (iii) motivasi murid yang melibatkan ganjaran, pujiandan hasil kerja, (iv) sifat murid berdasarkan jantina lelaki dan perempuan, dan (v) tahap murid sama adadaripada kelas awal, pertengahan dan akhir. Rajah 1.0 menggambarkan Model Pengetahuan Terhadap MuridUstazah Soleha.

  • 7/25/2019 Elemen Mengenali Murid Dalam Pengajaran Guru

    7/10

    The Online Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2

    16 | o j i e . u m . e d u . m y

    Rajah 1.0 Model Pengetahuan Terhadap Murid Ustazah Soleha

    KESIMPULAN

    Berdasarkan dapatan kajian, pengetahuan terhadap murid yang merangkumi maklumat umum, sifat,tahap, motivasi dan masalah pembelajaran murid merupakan asas penting yang mesti dikuasai oleh guruPendidikan Islam. Hal ini memberi kesan kepada pemilihan pedagogi yang akan dipraktikkan dalam bilik darjahsesuai dengan tahap pembelajaran murid. Dalam masa yang sama perkara ini merangsang aktivitipembelajaran mereka. Secara tuntas, meraikan kepelbagaian individu dalam bilik darjah menjadikan guruPendidikan Islam lebih sensitif dengan persekitaran di sekeliling mereka. Pada masa yang sama, membukadimensi baru dan memberi peluang pelbagai inovasi serta kajian tindakan dirancang dan dilaksanakan khususkepada murid-murid tertentu. Malah, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam lebih bermakna danberkesan apabila hubungan positif antara guru dan murid terbina.

    RUJUKAN

    Ab. Halim Tamuri. (2012). Memugar Kecemerlangan Guru Pendidikan Islam. Kertas kerja Siri WacanaHadari 6/2012. 19 November 2012.

    Abdul Fattah Abu Ghuddah.(2009). Rasulullah Pendidik Terulung: 40 Teknik Mengajar Rasulullah. TerjHj Shuhadak Mahmud. Negeri Sembilan: Al-Azhar Media.

    Abdul Ghafar Hj Don, & Jaffary Awang. (2009). Knowledge Management and its Impact on IslamicDawah: A Historical Perspective. Journal of Islamic and Arabic Education 1(2 ): 61 68.

    Abdul Salam Yussof. (2010). Idea-idea pendidikan berkesan al-Ghazali dan Konfusius . Bangi: PenerbitUKM.

    Abdull Sukor Shaari. (2008). Guru berkesan: Petua dan panduan . Sintok: Penerbit Universiti UtaraMalaysia.

  • 7/25/2019 Elemen Mengenali Murid Dalam Pengajaran Guru

    8/10

    The Online Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2

    17 | o j i e . u m . e d u . m y

    Abdullah Nasikh Ulwan. (2006). Pedoman pendidikan anak dalam Islam . Kuala Lumpur: VictorieAgencie.

    Ahmad Tafsir. (2000). Ilmu pendidikan dalam perspektif Islam . Bandung: Penerbit PT RemahaRosdakarya.

    Ahmad Yunus Kasim. (2011). Pengetahuan pedagogikal kandungan (PPK) pengajaran akidah gurucemerlang Pendidikan Islam: Satu Kajian Kes . Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Aintley, J., & Luntley, M. (2007). Towards an articulation of expert classroom practice. Teaching andTeacher Education 23(2007): 1127-1138

    Al-Ghazali, Abu Hamid. (1939). Ihya Ulum al-Din . Juzuk 1. Mesir: Mutbaah Mustafa al -Bab al-Halabi.

    Ali Murad, Yahya Hasan. (2003). Adab al-'alim wa al-muta'allim 'ind al-mufakkirin al-muslimin minmuntasif al-qarn al-thani al-hijri wa hatta nihayah al-qarni al-sabi' . Beirut: Dar Kutub al-'Ilmiyyah.

    Al-Nahlawi, Abdul Rahman. (1979). Usul Tarbiyyah Islamiyyah. Beirut: Dar al-Ma'asir.

    Al-Quran al-Karim. Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian al-Quran: (30 juz). Ed. Ke 12. KualaLumpur: Darulfikir.

    Al-Syaibani, Omar Muhammad Al Toumy. (1975). Falsafah al-tarbiyyah al-Islamiyyah . Libya: al-Mansyaah al-Syabiyyah li al-nasyr wa al- tauzi wa al -ilam .

    Asmawati Suhid. (2005). Kerelevanan Pendidikan Nilai dan Agama Dalam Pembentukan MasyarakatMadani. Jurnal Pendidikan Islam , 11(2): 69-82.

    Caspersen, J. (2013, Feb). The valuation of knowledge and normative reflection in teacher

    qualification: A comparison of teacher educators, novice and experienced teachers. Teaching and TeacherEducation . 30: 109-119.

    Coombs, B. (2009). Mengajar secara efektif . Kuala Lumpur:Terj. Institut Terjemahan Negara MalaysiaBerhad.

    Creasy, J. A, Whipp P. R, & Jackson, B. (2011). Teachers Pedagogical Content Knowledge and Students 'Learning Outcomes in Ball Game Instruction 7 (1): 3 11.

    Eggen, P. D., & Kauchak, D. P. (2012). Strategies and models for teachers: Teaching content andthinking skills (6th ed.). Boston, MA: Allyn & Bacon.

    Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan pedagogi . Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

    Fathiyah Mohd Fakhruddin, Nor Hayati Alwi, Azimi Hamzah, & Lukman Abd. Mutalib. (2013, January).Pemahaman Dan Pengalaman Guru Pendidikan Islam Menerapkan Elemen Amalan Dalam Pengajaran. TheOnline Journal of Islamic Education, 1(1).

    Ghazali Basri. (2008). Peranan Pendidik Dalam Pembentukan Ummah dalam Said Ahmad Mohamad &A. Haris Khalif Muammar (Eds.), Pembangunan Watak Bangsa . Kajang: Kolej Dar al-Hikmah & Akademi KajianKetamadunan.

    Hardaker, G., & Aishah Ahmad Sabki. (2012). Educational innovation: Teaching and learning innovationfor Islamic Education. Kertas kerja Discourse on Educational Thought 2012, Putrajaya.

    Ibnu Khaldun. (2000). Muqaddimah Ibnu Khaldun . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • 7/25/2019 Elemen Mengenali Murid Dalam Pengajaran Guru

    9/10

    The Online Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2

    18 | o j i e . u m . e d u . m y

    Ibrahim A., Al-Sadan. (1999). The pedagogy of the Prophet. Muslim Education Quarterly, 16 :5-18.

    Ibrahim Mohammad Hamm. (2012). Islamic Perspective of Education and Teachers. European Journalof Social Sciences 30 (2): 223 235.

    Kamarul Azmi Jasmi, & Ab. Halim Tamuri. (2012). Pendidikan Islam kaedah pengajaran dan pembelajaran . Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

    Kamarul Azmi Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia: SatuKajian Kes. Tesis Dr. Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Aplikasi Pendekatan Berpusatkan Pelajar dalam pengajaran danpembelajaran Guru Cemerlang. Kertas kerja Persidangan Meja Bulat: Penyediaan Guru Cemerlang . IKIM 6September 2012.

    Kwo, Ora W. Y. (2004). Understanding the awakening spirit of a professional teaching force.International Journal of Educational Research 41 :292-306.

    Mahyuddin Ashaari. (2001). Strategi Pendekatan Penyayang dalam pendidikan. Jurnal PendidikanIslam, 9 (3): 1-7.

    Marohaini Yusoff. (2001). Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian . Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.

    Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education. San Francisco, CA:Jossey-Bass.

    Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1994). Qualitative Data Analysis . Thousand Oaks, CA: Sage.

    Mohammed Sani Ibrahim. (2006). Standard Kompentensi Guru Malaysia. Profesion Perguruan (Ed.Norzaini Azman & Mohammed Sani Ibrahim), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Mohd Kassim Tusin. (2010). Kualiti Diri Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Sabah . Tesis DrFal. Universiti Malaysia Sabah.

    Mustafa Daud. (2002). Cabaran Tamadun Islam pada alaf baru di Malaysia . Kuala Lumpur: UtusanPublication & Distributors.

    Norliza Abdul Majid. (2011). Kemahiran komunikasi dan motivasi kerja dalam kalangan GuruCemerlang. Tesis Dr. Fal., Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Sahabuddin Hashim, & Rohizani Yaakub. (2003). Psikologi pembelajaran dan personaliti . Bentong: PTSPublications.

    Shahril @ Charil Marzuki. (2004). Amalan pengajaran yang berkesan: Kajian di beberapa sekolahmenengah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Jurnal Pendidikan, 24 :29-40.

    Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational researcher,15(2): 4-14.

    Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard educationalreview, 57 (1): 1-23.

    Slavin, R. (1992). Research Methods in Education (2nd ed.). Boston: Allyn & Bacon.

  • 7/25/2019 Elemen Mengenali Murid Dalam Pengajaran Guru

    10/10

    The Online Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2

    19 | o j i e . u m . e d u . m y

    Van Driel, J. H., & Berry, A. (2012). Teacher professional development focusing on Pedagogical ContentKnowledge. Educational Researcher, 41 (1):26-28.

    Wan Idros Wan Sulaiman, Maizatul Haizan Mahbob, & Arina Anis Azlan. (2011). Learning outside theclassroom: Effects on student concentration and interest. Procedia - Social and Behavioral Sciences , 8:12 17.

    Zalmiza Zakariya. (2004). Penerimaan dan penghayatan pelajar terhadap mata pelajaran PendidikanIslam: Satu Kajian di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di daedah Kota Setar, Kedah. Disertasi Sarjana,Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Zarin Ismail & Ab. Halim Tamuri. (2006). Amalan pengajaran guru Pendidikan Islam di bilik darjah: satuanalisis pemerhatian . Seminar Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam 1 April 2006, Universiti KebangsaanMalaysia.