ekonomi

58
SEJARAH ISLAM TEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN BAB 9: EKONOMI 9.2 INSTITUSI EKONOMI TAJUK SOALAN: BINCANGKAN DAN ANALISIS PERANAN INSTITUSI EKONOMI DAN PELAKSANAANNYA PADA ZAMAN KHULAFAH AL-RASYIDIN (ABAD 7-8) DAN ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH (ABAD 9-10). DISEDIAKAN OLEH: NUR AZIANNA BINTI JAIVI

Upload: suziana15

Post on 17-Aug-2015

88 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

SEJARAH ISLAMTEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN

BAB 9: EKONOMI

9.2 INSTITUSI EKONOMI

TAJUK SOALAN: BINCANGKAN DAN ANALISIS PERANAN INSTITUSI EKONOMI DAN PELAKSANAANNYA PADA ZAMAN KHULAFAH AL-RASYIDIN (ABAD 7-8) DAN ZAMAN KHALIFAH

ABBASIYAH (ABAD 9-10).

DISEDIAKAN OLEH:

NUR AZIANNA BINTI JAIVI

PENGENALAN • Sebelum pengenalan sistem ekonomi Islam,

masyarakat dibelenggu dgn sistem dan keegiatan ekonomi yg tidak seimbang.

• Kedatangan agama Islam bukan sahaja telah merombak sistem ekonomi malah turut membawa kepada pengenalan institusi-institusi ekonomi agar pengurusan dan pelaksanaan segala aktiviti ekonomi lebih berkesan, sekaligus mewujudkan keadilan dalam masyarakat.

• Contoh institusi ekonomi ialah Baitulmal, zakat, dan cukai.

PENGENALAN BAITULMAL

Baitulmal ialah Perbendaharaan Negara yg merupakan sebuah institusi kewangan

Fungsinya untuk menyelenggarakan harta-harta umum atau tempat menyimpan barangan yang berharga sperti wang emas,  perak,  batu permata dan barang perhiasan yang berharga.

Sejarah penubuhan Baitulmal sudah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi.

Tetapi pendapatan negara pada waktu itu terlalu sedikit,  maka Baitulmal tidak diperlukan dan semua hasil yang diperoleh sama ada melalui zakat,  sedekah atau peperangan telah diagihkan oleh Baginda kepada yang berhak pada waktu itu.

Pelaksanaan Baitulmal Pada

Zaman Khulafah Al-Rasyidin

ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AL- SIDDIQ

Telah wujud institusi Baitulmal

Bukti;  Abu Ubaidah adalah pemegang kunci Baitulmal ketika itu

Walau bagaimanapun,  pelaksanaannya masih tidak formal dan sistematik. 

ZAMAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB Baitulmal ditubuhkan secara rasmi pada tahun 13 H.

Pada ketika itu agama Islam berkembang pesat dan pemerintah mendapat harta yang banyak dari rampasan perang dan penaklukan daerah-daerah yang luas.

Oleh itu, ia memerlukan pengurusan yang cekap dan tersusun rapi supaya perbelanjaan yang dilakukan tidak membazir  dan mengikut apa yang ditentukan  oleh undang-undang Islam.

Khalifah  Umar melantik ‘Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal dan Jubair bin Mu’tam utk mengendalikan Baitulmal ini.

Kota Madinah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal.

Institusi  Baitulmal ditubuhkan di setiap wilayah Islam sebagai cawangan Baitulmal yg berpusat di Madinah.

Disetiap cawangan Baitulmal ini dilantik pegawai-pegawai Baitulmal yg menjalankan tugas di bawah pentadbiran Baitulmal pusat

Khalifah Umar menyediakan buku kira-kira bagi mengesan perbelanjaan dan pendapatan yang sistematik.

Khalifah Umar telah mengasaskan penyelarasan pentadbiran kewangan negara dan penggunaan harta awam bersesuaian dengan perkembangan sosial, politik dan ekonomi negara pada masa itu

ZAMAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFANo Khalifah Uthman melaksanakan tanggungjawab dgn

baik dalam melaksanakan amanah Allah SWT

o Sugguhpun begitu, beliau telah dituduh menyalahgunakan harta Baitulmal untuk kepentingan diri dan keluarganya.

o Beliau dikatakan mengerah rakyat bayar cukai yang lebih dan tidak mengagihkan harta rampasan perang dan boros berbelanja.

o Semua tuduhan itu tidak tepat kerana khalifah Uthman terkenal dengan kekayaan dan sifat dermawannya.

ZAMAN KHALIFAH ALI BIN ABU TALIB Masih dilaksanakan walaupun menghadapi masalah

dalaman.

Khalifah Ali menolak gesaan pengikutnya agar mengambil sebahagian daripada harta Baitulmal untuk menguatkan tenteranya bagi menangani tentera Muawiyah.

Beliau juga menunjukkan kejujurannya apabila enggan memenuhi permintaan saudaranya Aqil supaya memberikan sedikit sumber drpd Baitulmal.

PERANAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

1.Mengeluarkan perbelanjaan kepada kerajaan pusat di Madinah

Cthnya: 1/5 drpd ghanimah dan fai’ diperuntukkn kpd perbelanjaan kerajaan utk membina sekolah, terusan, prasarana dan membiayai projek-projek pembangunan fizikal.

2.Membantu perkembangan ekonomi Islam Cthnya: Khalifah Umar al-Khattab telah

membina terusan utk pembangunan pertanian di Mesir dan Iraq

3.Menyelaraskan kutipan dan agihan berasaskan syariat Islam

Ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, beliau telah memperkenalkan Buku Kira-Kira utk merekod semua sumber kemasukan dan keluar wang negara agar tidak berlaku penyelewengan  

4.Menyimpan harta negara Cthnya: lebihan kutipan zakat

akan disimpan di Baitulmal dan akan digunakan utk pembangunan dan kebajikan awam apabila diperlukan.

5.Untuk mempertingkatkan pendapatan umat Islam melalui pinjaman subsidi dan mengeluarkan biasiswa untuk keperluan pelajar Islam.

6.Sumber utama keselamatan negara dan angkatan tentera Cthnya: Khalifah Umar al-Khattab menggunakan

perbendaharaan Baitulmal utk memperkukuhkan angkatan tentera Islam dlm meghadapi ancaman drpd tentera Byzantine

Pelaksanaan Baitulmal Pada Zaman Khalifah

Abbasiyah

PEMERINTAHAN KHALIFAH AL-MANSUR

• Beliau telah memindahkan pusat pemerintahan negara Islam dari Damsyik ke Baghdad (Iraq) selepas menyingkirkan pemerintahan Bani Umaiyah.

• Perpndahan pusat pemerintahn ini telah menigkatkan hasil Baitulmal kerana kejayaan Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan antarabangsa serta pusan kebudayaan dunia

PEMERINTAHAN KHALIFAH ABU JAAFAR AL-MANSUR (136-158 H)

• Sewaktu pemerintahan beliau hasil baitulmal telah menigkat sebanyak 810 juta dirham

PEMERINTAHAN KHALIFAH AL-MAHDI (158 H)

o Beliau telah banyak membuat pembaharuan sehingga kerajaan Abbasiyah dpt mengecapi kemakmuran.

o Antarnya, Jabatan Akauntan Negara ditubuhkan utk mengawal akaun setiap jabatan mengenai hasil pungutan dan perbelanjaannya.

o Beliau turut memperkenalkan sistem Muqasamah (perkongsian) ke atas hasil pertanian di Iraq. Cukai yg dikenakan kpd para petani berdasarkan hasil pendapatan yg sebenar setelah ditolak perbelanjaan yg diperlukan

PEMERINTAHAN KHALIFAH HARUN AL-RASYID (170-193 H)

Ketika pemerintahannya, karajaan Abbasiyah dikenali sbgi zaman keemasan.

Ini kerana pendapatan Bitulmal begitu banyak sehingga Baitulmal dpt memainkan peranannya yg paling berkesan dlm pembangunan negara dri semua bidang.

Hasil negara terus menigkat sehngga Kota Baghdad dpt membangun dgn sangat pesat. Bilangan penduduk turut menigkat.

Kota Baghdad menjadi pusat tumpuan ilmu dan perdagangan di kawasan Asia dan Eropah akibat pembangunan negara yg meningkat.

ZAMAN KEGELAPAN Baitulmal telah mengalami zaman kegelapan

apabila perebutan kuasa politik telah berlaku antara Khalifah al-Makmun dan Khalifah al-Amin (anak Khalifah Harun al-Rasyid)

Pendapatan Baitulmal mula merosot setelah Khalifah al-Makmun menjadi pemerintah.

Khalifah seterusnya turut gagal mengembalikan kegemilangan dan kekuatan Baitulmal, sehingga Baghdad dilanggar oleh Tatar pd thun 656 H (1258 M)

Perbendaharaan diambil ahli oleh org Mohgul selepas kejatuhan kerajaan Abbasiyah.

PENGENALAN CUKAI

Dalam konteks Islam, cukai bermaksud bayaran yg dikenakan kepada ahlul Zimmi (orng bukan Islam) yg tinggal di bawah pemerintahan Islam @ di wilayah yg diperintah oleh Islam dan terhadap org Islam tersendiri.

Mengikut Kamus Dewan: bayaran yg dikenakan oleh kerajaan terhadap org perorangan.

Cukai terbahagi kepada tiga iaitu:

Kharaj Jizyah ‘Usyur

Pelaksanaan Cukai Pada

Zaman Khulafah Al-Rasyidin

KHARAJ (CUKAI TANAH)

Kharaj ialah cukai tanah yg dikenakan ke atas tanah-tanah yg sebahagian besarnya ditakluki melalui kekuatan tentera tanpa mengira sama ada pemiliknya seorang dewasa, kanak-kanak, merdeka, hamba, muslim atau kafir.

Cukai yg dikenakan terhadap pemilik sesuatu bidang tanah yg ditakluki oleh tentera2 Islam sama ada melalui peperangan atau secara aman.

Terdapat dua cara pungutan cukai kharaj:

a. Kharaj Muqasamah(sebidang) – selepas pengeluaran semusim

b. Kharaj Wazifah (tetap) – akhir tahun

ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Sistem kharaj tidak diperkenalkan walaupun ketika itu sebahagian tanah Iraq telah dikuasai oleh tentera Islam

Pada zaman itu tanah yg dikuasai masih dianggap sebagai ghanimah atau harta rampasan perang yg dibahagikan kpd tentera-tentera islam

ZAMAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB

Tanah-tanah yg dikenakan kharaj terdiri daripada tanah yg ditakluki terutama di Iraq dan tanah yg bertuan tidak dikenakan kharaj sekiranya pemilik tanah memeluk Islam.

Tanah-tanah yg tidak bertuan dan tiada pemiliknya , tanah tersebut dijadikan hak milik bersama yg diusahakan oleh petani tempatan dan diawasi oleh badan induk (Pemegang Amanah)

Bagi tanah rampasan perang yg tidak bertuan secara automatik menjadi tanah kharaj dan dikenakan cukai kharaj

Hasil kutipan akan diletakkan di bawah pentadbiran Baitulmal

Kharaj terbahagi kepada dua iaitu:

kharaj wazifah/ masahah Dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau

jumlah pokok yg ditanam.

Cthnya: di Iraq setiap jarib anggur dikenakan sebanyak 10 dirham.

Kharaj muqasamah Merupakan cukai yg dikenakan

berdasarkan hasil yg diperoleh drpd tanaman.

Penentuan kadar cukai dibuat bgi mengelak penganiayaan kpd gol

petani.

JIZYAH (CUKAI PERLINDUNGAN)

Jizyah  merupakan cukai perlindungan yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang bukan islam yang tinggal di negara islam demi untuk menjamin keamanan dan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.

Tujuan jizyah;  merupakan gantian bagi usaha dan penat lelah yang dicurahkan oleh orang Islam bagi melindungi mereka dan diberi kebebasan beragama serta dikecualikan daripada bertugas dalam tentera.

Orang bukan Islam (zimmi) diwajibkan membayar jizyah mestilah mempunyai syarat-syarat seperti sihat dari segi fizikal dan mental,  lelaki,  baligh,  berkemampuan,  sihat, dan merdeka.

Jizyah dibahagikan kepada dua bahagian:

Jizyah secara baik yang  kadarnya ditetapkan secara persetujuan kedua-dua belah pihak.

Jizyah secara paksa yang kadarnya ditetapkan oleh kerajaan Islam.

Kewajipan membayar jizyah dengan sendirinya gugur apabila seseorang itu memeluk Islam atau kerajaan Islam gagal memberi jaminan keselamatan kepada orang kafir zimmi.

 

ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Beliau telah hantar beberapa ekspedisi tentera ke kawasan Iraq dan Syria

Ekspedisi di bawah pimpinan Khalid al-Walid dan panglima al-Qu’qa bagi menyaingi kekuatan kerajaan Parsi dan Byzantine(Rome)

Pemimpin Hirah yang tidak memeluk Islam telah bersetuju untuk membayar jizyah kepada kerajaan Islam Madinah setelah diberi 3 pilihan iaitu memeluk Islam,  membayar jizyah atau diperangi

Kadar jizyah yang dibayar ialah sebanyak 19 ribu dirham setahun.

Jizyah dibayar terus kepada kerajaan Islam Madinah.

ZAMAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Gabenor-gabenor wilayah telah dilantik untuk melaksnakan jizyah ke atas wilayah masing-masing.

Antara kawasan penting yang telah dapat dikuasai ialah Palestin, Iraq, Mesir dan Syria.

Wilayah-wilayah tersebut dikehendaki membayar jizyah.

Pemerintah Byzantine yang memerintah Baitulmaqdis telah menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Islam di bawah pimpinan Khalifah Umar al-Khattab.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah:

• i. Kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta penduduk

• ii. Menjamin kebebasan beragama• iii. Mereka dikehendaki membayar jizyah kepada kerajaan Islam• iv. Mereka diberi hak untuk mengerjakan tanah yang telah

dimiliki sebelumnya dengan syarat membayar cukai kharaj (cukai tanah)

Babylon yang ditawan oleh kerajaan Islam telah bersetuju untuk membayar jizyah.

Rakyat Mesir member jizyah sebanyak 2 dinar setahun.

Syria dikenakan kadar jizyah sebanyak 1, 2 @ 4 dinar mengikut keupayaan dan kemampuan seseorang kafir zimmi

ZAMAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

Beberapa wilayah berjaya ditakluki seperti Tarablus (Tripoli)- Libya, Nubah – Sudan dan Qairawan.

Penduduk kawasan tersebut telah meminta perdamaian dan perlindungan daripada kerajaan Islam dan besetuju untuk membayar jizyah.

ZAMAN KHALIFAH ALI BIN ABU TALIB

Perlaksanaan jizyah terus dikuatkuasakan walaupun berlaku kegawatan politik.

Tetapi kadar dan kawasan yang dipungut tidak jelas.

Buktinya,  surat Khalifah Ali kepada al-Asytar al-Nakhaii supaya tidak menolak perjanjian damai yang dihulurkan oleh orang kafir dhimmi yang bersetuju membayar jizyah.

‘USYUR

Cukai perniagaan yg dikenakan kpd semua peniaga sama ada Islam ataupun bukan Islam.

Kadar cukai yg dikenakan kpd para pedagang:

o Orang islam – 2.5 peratuso Kafir Zimmi (kafir yg bernaung di bawah

pemerintahan Islam) – 5 peratuso Kafir Harbi (kafir yg tidak ada perjanjian

damai dgn negara Islam) – 10 peratus

ZAMAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB Mewujudkan cukai ini bertujuan utk menegakkan

keadilan terhadap situasi perdagangan yg berkembang pesat pd ketika itu.

Pada mulanya ia dikenakan kpd pedagang muslim yg mendatangi wilayah lain utk berdagang.

Namun Khalifah Umar melihat situasi ini tidak adil bagi pedagang yg berdagang ke wilayah Islam tdk dikenakan cukai, maka Khalifah Umar memutuskan utk mengenakan cukai kpd pedagang yg dtg ke wilayah Islam.

Ia bertujuan utk mendorng kerjasama antara pedagang negara luar dan wilayah Islam.

Pelaksanaan Cukai Pada

Zaman Khalifah Abbasiyah

KHARAJ

o Kerajaan Abbasiyah mengecapi kecemerlangan dlm pentadbiran apabila tertubuhnya diwan.

o Antara diwan yg diwujudkan sprt Al-Jund, Al-Kharaj, Al-Sawafi, Al-Sirr Dan Al-Rasa’il

o Diwan al-Jund dan Diwan al-Kharaj diberi perhatian oleh para khalifah kerana penubuhannya dpt menjamin pembangunan negara serta menyumbang kpd kecemerlangan Kota Baghdad dan empayar Bani Abbasiyah sendiri.

Kadar kharaj tidak sama antara satu kawasan dgn kawasan yg lain.

Diwan al-Kharaj ( Jabatan Percukaian)Ditubuhkan utk mengendalikan semua perkara yg

berkaitan dgn masalah cukai tanah yg mengeluarkan hasil pertanian.

Diketuai oleh seorng pegawai. Pegawai ini akan meneliti dan memastikan peraturan dan sistem kharaj berjalan lancar. Berkuasa melantik wakil pemungut cukai dan menentukan jumlah cukai kharaj dihantar ke Baitulmal selepas ditolak perbelanjaan wilayah.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur (754-775 M)

• Beliau memperkenalkan mata wang• Cukai kharaj boleh dibayar dlm nilai mata wang.

Contohnya, 10 Dirham dikenakan bgi setiap unit tanah pertanian.

• Cukai kharaj telah dikenakan kepada petani, cukai ‘usyur kepada pedagang dan urusan kewangan negara diurus dan dikawal oleh kerajaan pusat.

Ketika pemerintahan Khalifah al-Mahdi Beliau telah menubuhkan Jabatan Akauntan

Negara Memperkenalkan Sistem Muqasamah dan

mengenakan cukai perniagaan di pasar dan kedai.

JIZYAH* Sebelum pemerintahan kerajaan

Bani Abbasiyah pelaksanaan jizyah telah dilaksanakan kerajaan

Bani Umaiyah.

* Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan gabenornya, Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi telah mengenakan jizyah terhadap org Islam bkn

berketurunan Arab

* Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan

rakyat Islam yg bukan berketurunan Arab kerana ia dianggap sbg satu kezaliman

dan penindasan.

* Ketika zaman kerajaan Bani Abbasiyah, sistem

jizyah telah kembali seperti zaman Khulafah’

al-Rasyidin* Sikap diskriminasi tidak

timbul kerana yg menguasai pentdbiran negara ialah

khalifah terdiri drpd golongan bukan Arab, iaitu bangsa Parsi

dan Turki.

* Pelaksanaan jizyah menjadi stabil dan tidak mendapat penentangan.

USYUR

+ pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur

• Beliau memindahkan pusat pemerintahan kerajaan dri Damsyik ke Baghdad dan di situlah terbina dan bermulanya Baghdad sbg pusat perdaganagn dan keilmuan.

• Ekonominya maju, terutamanya dlm sektor pertanian, perindustrian dan perdaganagn.

• Ibu Kota Baghdad menjadi pusat perdaganagn terbesar dan paling sibuk di dunia.

• Antara pelabuhan yg terkenal selain Baghdad ialah Basrah, Kaherah, Siraf dan Iskandariah telah menjadi pelabuhan antarabangsa.

+ Pemerintahan Khalifah al-Mansur

pengusaha dri Basrah yg membawa dagangannya dgn kapal laut ke pelbagai negari yg jauh. Masing-masing membawa muatan bernilai lebih drpd satu juta Dirham.

+ Pemerintahan Khalifah al-Mahdio ‘usyur menjadi cukai penting yg dikenakan

terhadap para pedagang yg menjalankan perniagaan mereka di pasar-pasar dan di kedai-kedai di sekitar Kota Baghdad dan wilayah yg berada di bawah kekuasaan pemerintahan Bani Abbasiyah.

+ Pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid• Beliau mengemaskini dan menambahkan sistem baitulmal dgn

menjadikan baitulmal kaya dan berjaya memainkan peranannya dlm pelbagai aspek Kutipan drpd ‘usyur merupakan sumber utama Baitulmal

ZAKAT

Zakat berasal drpd perkataan Arab yg bermaksud penambahan dan penyucian.

Dari segi bahasa, zakat bermaksud kesucian, kebersihan, keberkatan dan kepujian drpd perasaan tamak, bakhil dan sifat-sifat keji.

Dari segi syarak bermaksud sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kpd meraka yg berhak menerimanya.

Zakat difardukan secara ijbari (kuat kuasa) atau ilzami (wajib) mulai bulan Ramadan hingga pagi 1 Syawal (sebelum solat Hari Raya)

Sesiapa yg enggan membayar zakat boleh dihukum bunuh atau dipaksa membayarnya oleh pemerintah.

Pelaksanaan Zakat Pada

Zaman Khulafah Al-Rasyidin

ZAMAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Kutipan zakat dan cukai menigkat kerana beliau banyak melakukan ekspedisi ketenteraan dan penyebaran Islam.

Usaha terbesar yg dilakukan beliau ialah mengasaskan konsep pengembangan harta (an-nama’) kpd harta zakat, iaitu setiap harta yg berpontensi utk berkembangan wajib dizakatkan

Beliau telah mengenakan zakat terhadap semua haiwan ternakan, termasuk anak-anak kambing yg baharu lahir.

Beliau turut memperluaskan asas zakat ternakan dgn mengenakan zakat ke atas kuda, asas zakat pertanian dgn mengenakan zakat ke atas kacang kapas dan buah zaitun serta beberapa jenis hasil keluaran laut.

Turut melakukan perubahan ke atas perakaunan zakat. Beliau mengenakan zakat ke atas madu pd kadar lima peratus hingga 10 peratus berdasarkan kaedah guna tenaga yg digunakan dlm memperoleh hasil tersebut.

Petugas zakat ditempatkan di daerah-daerah kekuasaan Islam dan tugas mereka adalah memerhatikan golongan yg berharta, mentaksir dan mengmbil zakat drpd harta mereka.

Mereka turut bertanggugjawab memantau pengagihan harta zakat.

Beliau telah melantik petugas zakat bergaji yg bertugas di Baitulmal bagi memastikan

urusan zakat berjalan lancar

ZAMAN KHALIFAH UTHMAN AL-AFFAN

Beliau telah memberi keloggaran dlm pembayaran zakat.

Harta zakat boleh ditunaikan dgn tukaran wang (nilaian wang)

Turut mengenakan zakat ke atas harta bersih. Kaedah yg dilakukan, iaitu semua hutang pembayaran zakat ditolak terlebih dahulu. Kemudian baki drpd harta kekayaan yg ada itulah yg akan dikenakan zakat.

ZAMAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

Salah seorang yg arif dalam institusi zakat.

Pernah manjawat jawatan sebagai pegawai zakat ketika zaman Rasulullah SAW bersama Muaz bin Jabal.

Khalifah Ali meghapuskan zakat terhadap kuda yg diperkenalkan oleh Khalifah Umar.

Turut memperkenalkan kadar zakat setiap lima ekor unta boleh digantikan dgn unta yg lebih muda atau tua dgn syarat dibayarkan ganti rugi kepada tuannya dua ekor kambing biri-biri atau 10 tahun

Pelaksanaan Zakat Pada

Zaman Khalifah Abbasiyah

Pada tahun 132 H, selepas kerajaan Bani Abbasiyah mengambil alih pemerintahan Islam drpd kerajaan Bani Umaiyah, Khalifah Abbasiyah masih

meneruskan dasar dan pelaksanaan zakat.

Ketika pemerintahan Bani Abbasiyah Jabatan Kewangan merupakan antara institusi yg

diwujudkan. Jabatan ini berperanan penting dlm

pentadbiran negara.

Ketika pemerintahan

Khalifah Harun al-Rasyid dan Kalifah

Al-Makmum, mereka telah

memperhebatkan Baitulmal dgn

pelbagai projek sprt pembinaan hospital danmenanbahbaikk

an Baitul Hikmah

Ketika Khalifah Harun Al-Rasyid memimpin kerajaan Bani Abbasiyah, beliau telah mewujudkan jawatan baharu dalam pelaksanaan zakat, iaitu Ketua kadi yg dipegang oleh Abu

Yusuf.

Khalifah Harun al-Rasyid pernah mendapatkan khidmat nasihat tentang zakat drpd Kadi Abu Yusuf dan dgn bantuannya pegurusan

zakat dapat dilaksanakan dgn berkesan.

Tokoh-tokoh dari mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali telah mempegaruhi pelaksanaan zakat pada zaman Abbasiyah.

Zakat yg dikenakan terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

Menurut Imam Syafii• Bayaran zakat fitrah dibuat pada awal bulan Ramadah sehingga pagi 1

Syawal, iaitu sebelum solat sunat Aidilfitri.• Zakat harta pula boleh dibayar pda bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah

2.5% drpd jumlah harta.

KESIMPULAN Pelaksanaan institusi ekonomi ini telah

memberi banyak manfaat dalam perkembangan dan kemajuan negara terutamanya bagi kerajaan khulafah al-Rasyidin dan kerajaan bani Abbasiyah.

Penubuhan baitulmal dpt menyeleggara urusan pendapatan dan pentadbiran negara, zakat pula dapat merapatkan jurang sosial dalam kalangan masyarakat Islam, manakala cuki pula dapat menjana ekonomi negara dan umat Islam.

Penubuhan dan pelaksanaan institusi ekonomi ini semakin berkembang pada zaman seterusnya sehingga ke hari ini.

SOALAN

12

1.Sebutkan 2 jenis kharaj?

Kharaj muqasamah

kharaj wazifah/ masahah

2. Siapakah yang menyediakan buku kira-kira bagi mengesan

perbelanjaan dan pendapatan yang sistematik.

Khalifah Umar al-Khattab