[edu.joshuatly.com] gerak gempur perak stpm 2012 sejarah [e0d8478b]

60

Click here to load reader

Upload: leow-jing-hui

Post on 10-Nov-2015

60 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

hh

TRANSCRIPT

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    1

    Bahagian A

    1. Takrifkan Konsep Tamadun dan bincangkan faktor-faktor utama yang mewujudkan tamadun-tamadun awal seperti Mesir, Mesopotamia, Mohenjo-Daro Dan China.

    2. Dengan merujuk kepada tamadun Melayu dan Mesopotamia, bincangkan perkembangan sistem pentadbiran pusat dan wilayah.

    3. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kemunculan Srivijaya sebagai kuasa empayar dari abad ke-7 hingga ke-13 M.

    4. Huraikan taktik dan strategi peperangan yang dipraktikkan dalam dinasti Maurya di

    India.

    5. Sejauhmanakah faktor perlindungan diberikan oleh Negara China yang membolehkan Melaka muncul sebagai pelabuhan perdagangan pada abad ke-15

    6. Bincangkan peranan pemerintah dalam perkembangan sistem pendidikan di China

    sehingga Dinasti Chou.

    7. Bincangkan kesan penjelajahan dan penerokaan orang Eropah sehingga abad ke-16.

    8. Perang Salib telah banyak meninggalkan kesan positif dan negatif terhadap masyarakat kristian di Eropah dan masyarakat Islam di Asia Barat. Bincangkan kesan peperangan itu terhadap kedua-dua masyarakat.

    Bahagian B

    9. Huraikan pelbagai masyarakat yang terdapat pada Zaman Bani Umaiyah.

    10. Huraikan faktor-faktor penentangan terhadap ajaran Islam oleh kaum Quraisy pada zaman Nabi Muhammad di Makkah.

    11. Bincangkan kejayaan Nabi Muhammad S.A.W sebagai pemimpin dalam negara Islam Madinah.

    12. Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan menurut perspektif Islam dan konsep ketahanan dan pertahanan Barat.

    13. Jelaskan sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khulafa ar-Rasyidin.

    14. Jelaskan tentang jenis-jenis zakat yang terdapat dalam sistem ekonomi Islam. Bincangkan perlaksanaan zakat pada zaman Bani Abbasiyah.

    15. Huraikan Institusi pendidikan Islam di Alam Melayu.

    16. Bincangkan perkaitan antara hijrah Nabi Muhammad (S.A.W) ke Madinah dengan sejarah penjelajahan dan penerokaan umat Islam selepas kewafatan baginda.

    http://edu.joshuatly.com/

    http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    2

    Soalan : 1 Takrifkan Konsep Tamadun Dan Bincangkan Faktor-Faktor Utama Yang Mewujudkan Tamadun-Tamadun Awal Seperti Mesir, Mesopotamia, Mohenjo-Daro Dan China. A. Pengenalan.

    Sebelum munculnya tamadun terdapat kelompok kelompok masyarakat yang berselerak di merata rata tempat, menunjukan bentuk kebudayaan, kebendaan dan kerohanian yang berbeza. Semasa zaman Neolitik, terdapat perbezaan perbezaan yang disebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur unsur kehidupan. Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap Neolitik. Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang lebih jauh kompleks daripada perkampungan sebelumnya.

    B. Konsep Tamadun. 1. Tidak ada sesuatu takrifan yang muktamad. Salah satunya takrifan oleh Gordon Childe,

    seorang ahli kaji purba Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian diri dengan persekitarannya. Pada titik itulah, manusia berkumpul di suatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka, iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan, interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural potential untuk kehidupan yang lebih sempurna, pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan, kegiatan pertanian serta pertumbuhan seni, sains dan teknologi.

    2. Masyarakat yang terdapat di Mesir dan Mesopotamia menjadi lebih teratur apabila suatu bentu kerajaan timbul dengan munculnya golongan Paderi yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnya. Agama digunakan sebagai kuasa untuk mengawasi golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi.

    3. Pembinaan bangunan bangunan berlaku untuk memenuhi fungsi agama, sosial, politik dan ekonomi dan akhirnya ( terdapat penciptaan tulisan ) untuk merekodkan pengalamannya untuk kegunaan jangkamasa panjang. Proses perbandaran membolehkan manusia menghadapi cabaran cabaran fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya untuk menentukan takdir mereka.

    C. FAKTOR FAKTOR UTAMA. 1. Kemunculan tamadun-tamadun awal kira-kira 3000 sm adalah penting sekali dalam

    evolusi masyarakat manuisa dan corak kehidupannya. Ia melambangkan peringkat (kemuncak evolusi masyarakat manusia) permulaan di dalam peradaban Neolitik. Pada zaman Neolitik, kelengakpan kebendaan dan kerohanian manusia telah mencapai suatu peringkat yang membolehkan manusia memperbaiki kehidupan dengan wujudnya ekonomi dan sosial. Pada zaman ini pertanian, penenunan dan perternakan binatang binatang yang berguna kepada manusia telah wujud. Masyarakatnya bercorak perkampungan dan manusia dapat berkumpul di suatu tempat dan hidup bersama sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat kuasai dengan lebih berkesan. Oleh itu, kebudayaan Neolitik menjadikan asas perkembangan tamadun tamadun yang bersifat urbanisasi.

    2. Perkembangan dari perkampungan Neolitik dalam jangkamasa 1000 tahun sebelum 3000 SM berlaku selepas tamadun tamadun awal muncul di Mesopotamia dan Mesir, kemajuan teknologi terbukti dengan penggunaan logam tembaga, gangsa dan besi. Penciptaan bajak dan juga

    3. kekuatan tenaga binatang dapat mengubah corak pertanian. Kawasan kawasan pertanian kian diperluaskan. Akibatnya, pengeluaran ekonomi bertambah untuk

    http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    3

    menyokong sebahagian masyarakat yang kehidupannya tidak bergantung kepada pertanian.

    4. Proses pertanian/pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir membawa selangkah lagi kemampuan manusia untuk mengawal air air sungai untuk tujuan pertanian secara besar besaran misalnya tamadun tamadun awal terletak di tebing Sungai Besar Nil, Tigris Eupharates, Indus dan Hwang Ho.

    5. Penciptaan roda bukan sahaja mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Penggunaan roda sebagai alat industri, barang barang yang dikeluarkan menjadi seragam dalam bentuknya dan juga dapat dijadikan barag barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun tamadun lain. Misalnya perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan Mohenjo Daro.

    6. Angin digunakan sebagai punca tenaga yang menghasilkan corak pengangkutan baru dan peranan ( wind mills ) antara tamadun tamadun. Perdagangan jarak jauh menjadi satu kenyataan untuk mendapatkan bahan bahan mentah bagi keperluan agama, industri, dan pembinaan bangunan seta memperkayakan ciri ciri kebudayaan, akibatnya pertukaran fikiran dan teknik perindustrian.

    7. Penciptaan sistem tulisan yang menjadi asas penambahan pengetahuan dan melicinkan pengurusan ekonomi.

    D. KESIMPULAN.

    Secara keseluruhannya, sesuatu tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal dan berorganisasi. Urbanisasi telah membawa kepada pengurangan kebebasan individu dan hidup dalam suatu rangka kawalan. Masyarakat yang dahulu bercorak egalitarian telah berubah. Akibat urbanisasi, maka sesuatu yang berbentuk susun lapis yang berdasarkan kekuasaan, kelahiran dan kekayaan benda telah terbentuk.

    Soalan : 2 Dengan Merujuk Kepada Tamadun Melayu dan Mesopotamia, Bincangkan Perkembangan Sistem Pentadbiran Pusat dan Wilayah. Pendahuluan 1. Latar belakang Tamadun Melayu dan Tamadun Mesopotamia,. 2.Jelaskan konsep sistem pemerintahan dan pentadbiran - Nyatakan bentuk bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh tamadun- tamadun ini. 3. Maksud pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah

    Isi Jawapan A). Tamadun Melayu 1. Pentadbiran Pusat

    - Sultan atau raja pemerintah tertinggi- mempunyai kuasa suci dan berdaulat. Konsep devaraja - Raja jelmaan dewa\ dewi. Raja sebagai penaung rakyat, pemimpin perang, menjalinkan hubungan diplomatik dan lambang kesatuan dan kebesaran negeri. - Pembesar 2 menerima kewibawaan untuk memerintah-memberikan taat setia. - Kedudukan raja dikukuhkan melalui konsep daulat (jelaskan) dan dikaitkan dengan keturunan Raja Iskandar Zulkarnain - Dalam pentadbiran sultan dibantu oleh jemaah penasihat-golongan bangsawan. Pembesar diberikan wilayah jajahan dan menjalankan pentadbiran seperti keadilan, pemerintahan dan pengutipan cukai. - Pembesar mempunyai hak mengerahkan rakyat menjalankan kerja seperti http://edu.joshuatly.com/

    http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    4

    membina jalan raya, parit, dan berkhidmat sebagai tentera. - Dalam pentadbiran raja dibantu oleh Majlis Tertinggi- Bendahara,Temenggung, syahbandar dan Penghulu Bendarahi. Ahli majlis juga terdiri daripada Bentara dan Hulubalang. - Peranan dan tugas pembesar utama seperti Bendahara,Temenggung,Laksamana,Peaghulu Bendahari,Syahbandar dan penghulu perlu dijelaskan. - Di Kedah,Perak dan Pahang pembesar dibahagikan kepada beberapa kategori seperti Orang Besar Berlapan,Orang Besar 16 dan Orang Besar 32. 2. Pentadbiran Wilayah - Empayar Melaka meliputi seluruh Semenanjung T\Melayu dan Sumatera kecuali Aru dan Pasai. - Terdapat 3 kumpulan pentadbiran di Melaka : Melaka sebenar (pusat pemerintahan) ,kawasan Takluk (jajahan) dan kawasan Uftian (pegangan) - Pemerintahan di kawasan jajahan takluk adalah raja tempatan, anak2 tempatan, anak2 raja dari Melaka dan Mandelika. Pemerintahan jajahan takluk menyerahkan ufti, tenaga manusia dan ketenteraan serta mengadap raja hari2 kebesaran.

    2. B). Tamadun Mesopotamia (10M) 1. Pentadbiran Pusat - struktur pentadbirannya teratur dan diketuai oleh raja. Zaman Dinasti Awal ketua negara kota dikenali sebagai Ensi (gabenor). Raja dipilih oleh dewa negara kota dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan. - Raja berperanan sebagai panglima tentera, ketua pendeta dan ketua hakim. Untuk melicinkan pentadbiran raja dibamtu oleh pesuruhjaya, ketua penyelia dan jurutulis. - Zaman Ur ke 3, pemerintahan pusat juat- pegawai tertinggi di peringkat pusat (sukkal- mah) berperanan sebagai canselor. - Zaman Hamurabi langkah2 sosial,pentadbirab dan keagamaan diambil untuk mengukukkan kerajaan pusat. Beliau mengamalkan dasar kekerasan dan kesederhanaan. - Gabenor 2 provinsi dikawal ketat dan segala tindakan mesti dimaklunkan kepada kerajaan pusat. - Zaman Assyiria- raja berkuasa mutlak dan berkuasa dalam bidang keagamaan dan pentadbiran. Raja melantik gabenor provinsi, ketua pendita dan panglima perang di kalangan bangsawan. - Pegawai2 kerajaan bertindak sebagai ketua Komander, pengawas istana, pemegang mohor diraja bertindak sebagai penasihat kerajaan pusat. 2. Pentadbiran Wilayah - zaman Ur, empayer dibahagikan kepada 40 wilayah yang ditadbir oleh Ensi. Ensi dilantik oleh raja dan boleh ditukar dari wilayah ke wilayah lain. Wilayah tiada kuasa autonomi dalam bidang pemerintahan- tertakluk kepada arahan kerajaan pusat. - Raja melantik sakkana di bandar2 Uruk,Mari dan Der- berperanan sebagai gabenor dan panglima tentera.wilayah dikehendaki membayar ufti tahunan dan ensi-ensi dikehendaki membekalkan binatang ternakan untuk dikorbankan dalam upacara-upacara keagamaan. - Zaman hamurabi, gabnor-gabnor wilayah diawasi dan dikawal oleh kerajaan pusat.Hak memungut cukai dan mengendali kes-kes kecil diberi kepada Assembley of Elders diperingkat wilayah. - Zaman Assyiria,gabenor-gebenor wilayah diberikan sedikit kelonggaran dalam pentadbiran dan mereka dilantik oleh raja. Kesimpulan -Kedua-duanya mempunyai pentadbiran yang teratur -Kuasa terletak pada raja dengan dibantu oleh pembesar /gabnor-menyebabkan http://edu.joshuatly.com/

    http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    5

    wujudnya keamanan dan kemakmuran. Apa-apa sahaja yang sesuai.

    Soalan 3:

    Huraikan Faktor-Faktor Yang Mendorong Kemunculan Srivijaya Sebagai Kuasa Empayar Dari Abad ke-7 Hingga ke-13 M.

    Pengenalan (3 markah) 1. Kerajaan Srivijaya diasaskan pada tahun 434 M. 2. Srivijaya dalam bahasa Sanskrit bermaksud kemenangan yang gilang-gemilang. 3. Empayar Srivijaya muncul antara tahun 607 M hingga 1025 M berpusat di Palembang , Sumatera. 4. Kekuasaan Srivijaya meliputi selatan Sumatera, Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Ligor.

    Isi-isi penting (faktor-faktor) (7 isi X 3 markah) 1. Kekuatan tentera

    Berjaya menakutkan musuh yang ingin menggugat pentadbirannya. Pentadbiran Srivijaya terbahagi kepada tiga iaitu pentadbiran diraja , ketenteraan dan daerah. Pentadbiran tentera diketuai oleh seorang panglima atau Pratikava.

    Angkatan tentera telah dijadikan satu cabang utama dalam pentadbirannya. Catatan Telaga Batu, pentadbiran Srivijaya terbahagi kepada tiga, iaitu pentadbiran

    Diraja, Ketenteraan dan Daerah.

    2. Peranan Orang Laut. Orang laut dilantik sebagai tentera oleh raja Srivijaya. Mereka mampu

    menyelesaikan masalah lanun dan menggalakkan kapal dagang singgah di pelabuhan Srivijaya, terutama pedagang dari China.

    Kejayaan kerajaan Srivijaya mengatasi ancaman lanun, menarik minat China untuk mengadakan hubungan dengan Srivijaya.

    Kerajaan Srivijaya telah dijadikan kuasa tambahan kepada China untuk menjaga keamanan diperairan bagi pihak Maharaja China.

    3. Menguasai lalaun perdagangan di Selat Sunda dan Selat Melaka. Srivijaya sebagai pusat thallasocracy dengan pelabuhannya berfungsi sebagai

    tempat persinggahan, pengumpulan dan pengedaran barang. Dapat menguasai perairan di laut Nusantara Barat, mengawal lalu lintas Selat

    Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan. Dapat memungut cukai daripada kapal dagang yang melalui Selat Melaka dan

    Sunda. Menguasai hasil keluaran dari kawasan pedalaman di Sumatera dan Tanah Melayu,

    seperti rempah ratus, cendana, gaharu dan ubat-ubatan. Kegemilangan Srivijaya bergantung kepada kekuatan perdagangannya.

    4. Perkahwinan politik Melalui perkahwinan politik antara anak raja yang boleh dianggap mampu

    menggugat kekuasaan kerajaan. Samara Tungga mengahwinkan puterinya, Pramodha Wardhani dengan Raja

    keturunan Dinasti Sanjaya, Rakai Pikatan bagi mengukuhkan empayarnya. 5. Mempunyai struktur pentadbiran yang baik dan taratur

    Kerajaan diketuai oleh pemerintah yang bijak. http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    6

    Mengamalkan hieraki dalam pentadbiran yang melibatkan pentadbiran Diraja, pentadbiran tentera dan pentadbiran daerah.

    Pentadbiran Diraja melibatkan pentadbiran pusat seperti hal ehwal kehakiman, hal-hal denda dan hukuman serta pungutan cukai.

    Pentadbiran daerah diketuai oleh ketua wilayah atau datu, bertanggungjawab tentang tanah, kebajikan penduduk dan memastikan rakyat setia pada kerajaan.

    6. Hubungan Luar.

    Mempunyai hubungan diplomatik dengan China mula terjalin antara tahun 992 M hingga 1028 M .

    Hubungan diadakan dengan menghantar ufti dan duta ke negara China. Hubungan dengan China, telah menaikkan imej dan pengiktirafan serta perlindungan

    China. Hubungan yang baik telah memberi keyakinan kepada para pedagang untuk

    berdagang di Srivijaya.

    7. Sebagai Pusat Pengajian Agama Buddha. Muncul sebagai pusat penyebaran agama Buddha bertaraf antarabangsa di Asia

    Tenggara. Ibu Kotanya Palembang memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan dan

    keagamaan. Pembinaan Candi, sebagai lambang agama Buddha, di Dataran Kedu, di Kalasan

    dan di Prambangan pada zaman Kerajaan Sailendra. Candi terkenal ialah Candi Borobudor.

    8. Peranan Dinasti Sailendra.

    Sailendra bermaksud Raja di gunung. Raja pertama dan kedua dinasti merupakan raja-raja yang gagah dan besar

    kekuasaannya. Raja Sailendra yang kedua, digelar Sang Rama Dhanamjaya yang bermaksud

    pembunuh wira musuh kerana kejayaannya mengalahkan musuh. Cerita mitos, tentang kekuatan raja juga membantu mengerunkan musuh dan

    berjaya menundukkan kerajaan-kerajaan kecil.

    9. Peranan I-Tsing I-Tsing bertanggungjawab melaporkan keistimewaan Srivijaya sebagai pusat agama

    Buddha. I-Tsing berjaya menarik sami Buddha untuk belajar di Srivijaya seperti Hui Ning dan

    Atisa. 10. Kejayaan menguasai kerajaan-kerajaan sekitar.

    Penguasaan ke atas kerajaan-kerajaan sekitar, seperti Kerajaan Melayu-Jambi, Kedah, Bangku , Tulang Bawang, Minang, Tarimanag dan Langkasuka, bermakna Srivijaya berjaya menguasai Selat Sunda dan Selat Melaka.

    Pengawalan Selat Sunda dan Selat Melaka, serta kerajaan-kerajaan sekitar, membolehkan Srivijaya berkembang dari segi perdagangan dan muncul sebagai kuasa laut yang kuat.

    Kesimpulan (1markah) Kemunculan empayar Srivijaya bergantung kepada beberapa faktor yang saling

    berkaitan. Namun begitu akhirnya empayar Srivjaya juga mengalami kemerosotan sehingga

    kuasanya diambil alih oleh Majapahit. Soalan : 4 http://edu.joshuatly.com/

    http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    7

    Huraikan Taktik dan Strategi Peperangan Yang Dipraktikkan Dalam Dinasti Maurya di India. A - Pendahuluan (3 Markah) a. Latar belakang Dinasti Maurya.

    Dinasti Maurya ialah empayar pertama India. Diasaskan oleh Chandragupta Maurya (321SM-292SM) menjadikan Pataliputra sebagai ibu negerinya. Dinasti Maurya muncul apabila Chandragupta Maurya berjaya menggulingkan empayar Mogatha pada tahun 321SM. Kawasan empayarnya meliputi Magadha, barat laut India (Punjab), Lembah Indus (Gujerat) - meliputi hampir seluruh utara India. Zaman Asoka (273M-232M) pula hingga ke Kalingga. Empayar Maurya merosot selepas 50 tahun kematian Asoka iaitu kira-kira satu setengah abad.

    b. Strategi melibatkan seni merancang untuk memperdayakan musuh dan kebijaksanaan

    mengendalikan peperangan. Strategi sebagai ilmu helah atau muslihat untuk mengalahkan musuh atau mencapai sesuatu tujuan.

    c. Strategi peperangan merupakan suatu kempen peperangan yang merangkumi konsep

    peperangan. Penggunaan kuasa tentera, alatalat senjata logistik serta banyak unsur peperangan untuk pencapaian objektif ataupun sasaran peperangan dengan berkesan. Strategi sentiasa berubah ubah mengikut perkembangan baru keadaan geografi, keluasan dan saiz tentera musuh dan iklim.

    d. Strategi adalah suatu seni dan sains peperangan yang kemenangan atau kekalahan

    bergantung kepada perlaksanaannya. Daripada strategi muncul taktik-taktik peperangan seperti taktik pertahanan, perikatan tentera, penyerangan dan pengepungan. Strategi juga terdorong oleh semangat perjuangan musuh, kekuatan musuh dan keupayaan untuk meneruskan perjuangan. Strategi tertakluk kepada sokongan logistik iaitu termasuk pengangkutan, kemudahan dan perkhidmatan personel.

    e. Taktik pula merupakan tindakan di medan peperangan/pertempuran. Taktik ditakrifkan

    sebagai cara atau kaedah untuk melaksanakan sesuatu. f. Peperangan strategi semestinya didasarkan objektif objektif peperangan seperti

    mempertahankan sesuatu sasaran yang strategik, memperlambatkan kemaraan tentera musuh, mengatasi sesuatu halangan atau memperkukuhkan kedudukannya. Didasarkan juga sasaran jangka masa pendek atau jangka masa panjang dalam konteks perancangan keseluruhan.

    B - ISI: Taktik dan strategi peperangan yang dipraktikkan dalam dinasti Maurya di India. (5 isi X 4 Markah) 1. Strategi Kekuatan ketenteraan

    Terdapat empat jenis tentera iaitu tentera bergajah, tentera berkuda (kavalari), tentera berkuda dan infantri.

    Terdapat juga unit-unit seperti tentera laut, pengintip, kumpulan perintis dan komisariat.

    Kereta kuda digunakan secara meluas pada zaman Maurya. Raja-raja India mempunyai angkatan tentera yang besar. Candragupta Maurya (600,000 orang tentera ).

    http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    8

    2. Strategi Penggunaan Gajah dalam Pertempuran. Tentera gajah yang besar digunakan sebagai perisai untuk memecahkan barisan

    tentera, merobohkan pagar kubu, pintu kota dan benteng pertahanan musuh serta mengangkut dua atau tiga tentera yang lengkap dengan senjata seperti busar dan lembing.

    Penggunaan gajah sebagai hadiah persembahan dan faktor kritikal dalam hubungan diplomasi pemerintah India dengan kuasa luar.

    3. Strategi Membina kubu pertahanan.

    Pembinaan kubu pertahanan merupakan satu lagi aspek penting ketenteraan India. Umpamanya, sebuah tembok panjang telah dibina di Kota Rajagraha, ibu kota Magadha untuk menghalang musuh.

    Bandar berkubu Durga yang ideal dikelilingi oleh tiga parit. Di dalamnya terdapat kubu yang dilitupi oleh pohon renek berduri dan dikelilingi oleh tembok setinggi 36 kaki dengan banyak menara da balkoni beratap untuk kegunaan pemanah.

    4. Strategi Peperangan berdasarkan Buku Ketenteraan.

    Buku Arthasastra karya Kautilya menggariskan empat cara untuk memenangi peperangan:

    Memujuk musuh dengan perbincangan serta rasuah. Mencetuskan persengketaan dan melancarkan serangan Menanamkan benih permusuhan Melancarkan perang jika kesemua cara gagal

    5. Strategi Penggunaan Perisik.

    Pada zaman zaman Maharaja Chandragupta Maurya, dipercayai mendengar laporan daripada perisiknya serta memeriksa barisan tenteranya dan kubu-kubunya.

    Organisasi ketenteraan yang baik dan teratur serta Pejabat Peperangan yang sentiasa bersedia membolehkan Dinasti Maurya dapat mengalahkan tentera Greek di bawah Jeneral Seleucus.

    6. Kaedah Subversif Kaedah ini harus digunakan dalam memperlihatkan kemenangan terhadap

    musuh: Merasuah dan menghantar pasukan perisik Tentera digalakkan berjuang sehingga mati dalam usaha untuk mencapai

    matlamat spiritual Idealisme ini mempengaruhi pemerintahan India seperti Rajput dan Marathas.

    7. Penetapan tarikh dan masa untuk peperangan.

    Peperangan dikaitkan dengan upacara keagamaan Terdapat penetapan tarikh dan masa untuk berperang Perkara ini diuruskan oleh ahli astrologi. Upacara suci diadakan sebelum peperangan dan askar-askar akan mendengar

    kata-kata semangat daripada para sami dan raja. Mereka akan diberi galakan dengan janji untuk memberikan harta rampasan dan kekayaan.

    C - KESIMPULAN: (2 Markah) 1. Dinasti Maurya berjaya menguasai India Utara sehingga ke Deccan di India Selatan. 2. Organisasi ketenteraan mempunyai peranan yang penting dalam memastikan kejayaan

    sesuatu operasi ketenteraan. Terdapat organisasi ketenteraan yang terancang dan sistematik yang membantu pembentukan empayar yang besar. http://edu.joshuatly.com/

    http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    9

    3. Struktur pentadbiran yang sistematik membolehkan para pemerintah dapat mengawal askar-askar yang ramai dan merancang strategi peperangan dengan berkesan.

    4. Empayar Maurya mengalami keruntuhan pada 190 S.M. Pemerintah terakhir iaitu Brihadratha dibunuh oleh golongan Brahman dan digantikan dengan Empayar Gupta.

    Soalan : 5 Sejauhmanakah Faktor Perlindungan Diberikan Oleh Negara China Yang Membolehkan Melaka Muncul Sebagai Pelabuhan Perdagangan Pada Abad ke-15. Pendahuluan Pada abad ke-15, Melaka mengambil alih peranan Srivijaya sebagai pusat perdagangan antarabangsa di Asia Tenggara. Melaka telah meneruskan tradisi perdagangan masyarakat pribuminya yang telah berjalan sejak zaman Kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya iaitu dari abad ke-7 M hingga abad ke-13 M. Menurut Tom Pires, Melaka pernah disinggahi oleh 100 buah kapal besar dan 30 hingga 40 buah kapal kecil pada penghujung abad ke-16. Pelabuhan Melaka sangat besat sehingga boleh menampung sebanyak 2000 buah kapal sehari. Malahan lebih daripada 84 jenis bahasa dipertuturkan di pelabuhan Melaka menunjukkan betapa sibuk dan pesatnya pelabuhan tersebut. Isi [7 isi x 3 markah] 1. Perlindungan China Melaka mendapat perlindungan rasmi pada 1405 M selepas Maharaja Yung-lo mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka. Perlindungan China membolehkan Melaka berkembang pada tahap awal tanpa berhadapan dengan ancaman dari Siam dan Majapahit. Perlindungan ini menyebabkan lebih ramai saudagar Cina mengunjungi pelabuhan Melaka. 2. Sistem pentadbiran yang teratur Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Sultan, Pembesar 4, Pembesar 8, Pembesar 16 dan Pembesar 32. Hukum Kanun Melaka digubal semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah berkaitan dengan pantang larang, hak istimewa raja, tanggungjawab raja, pembesar dan penduduk. Manakala Undang-undang Laut Melaka berkaitan peraturan-peraturan jual beli atas kapal, peraturan pelayanan, bidang kuasa nakhoda dan tanggungjawab pegawai-pegawai kapal. Dari segi pentadbiran pula, Raja dibantu oleh para pembesar dalam melicinkan pentadbiran. Antaranya bendahara, temenggung laksamana dan syahbandar. Terdapat empat syahbandar yang bertugas memenuhi keperluan setiap komunit pedagang. Syahbandar bertanggungjawab menentukan kapal yang akan berlabuh, penggunaan gudang dan menguruskan pertemuan antara pedagang dan raja. 3. Kestabilan politik Pemerintahnya mengambil sikap berdamai dengan Siam. Ufti tahunan sebanyak 40 tahil emas dibayar kepada Siam. Pedagang dilindungi daripada ancaman lanun dengan penubuhan pasukan orang laut. Hubungan dengan kerajaan lain dijalinkan untuk mengembangkan perdagangan dan mengeratkan persahabatan. Kerajaan Melaka juga menjalankan dasar penaklukan dan ini membolehkannya menguasai kawasan Tanah Melayu sehingga ke pinggir laut Sumatera. 4. Jaminan Keselamatan Kerajaan Melaka membina gudang-gudang di bawah tanah dengan tujuan memudahkan para pedagang menyimpan barangan mereka. Gudang-gudang pula dikelilingi oleh pagar kayu dengan pintu-pintu berkunci ini dapat memberi perlindungan daripada kebakaran, kerosakan dan kecurian. Selain dikawal rapi, para pengawal turut bertindak dengan membunyikan loceng sekiranya berlaku sebarangnoerkara yang tidak diingini seperti kekecohan dan kebakaran. http://edu.joshuatly.com/

    http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    10

    5. Pemelukkan agama Islam Pemelukkan agama Islam oleh raja-raja Melaka menggalakkan pedagang Islam berdagang di Melaka. Pengislaman Parameswara menyebabkan ramai saudagar Islam berpindah ke Melaka dari Sumatera Utara. Nilai perdagangan meningkat kerana saudagar Islam ialah pedagang utama di Alam Melayu. 6. Kepimpinan Tun Perak Bendahara Melaka (1456-1498) bertanggungjawab bagi perluasan kuasa Melaka. Melaka memperluaskan empauarnya ke Tanah Melayu dan Sumatera. 7. Kedudukan geografi yang strategik Terletak dipertengahan jalan perdaganan antara China ndan India. Pelabuhan persinggahan bagi pedagang Cina dan India di samping terlindung dari tiupan angin monson dari pulau Sumatera. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau membolehkan Melaka menjadi kubu pertahanan yang baik. Bukit yang terdapat di Melaka menjadi panduan untuk kapal perdagangan keluar masuk dari perairan Selat Melaka dan merupakan antara yang terselamat di Alam Melayu. 8. Penggunaan mata wang dan ukuran timbangan Antara mata wang yang digunakan di pelabuhan Melaka adalah logam emas, perak dan timah dalam pelbagai bentuk. Mata wang syiling daripada logam pernah digunakan buat pertama kalinya semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Di atas permukaan mata wang ini terdapat nama Sultan Melaka yang memerintah. Selain itu kepingan wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay turut digunakan di Melaka. Sistem timbangan diukur dengan unit kati yang bersamaan dengan 20 tahir. Antara unit ukuran pada waktu itu ialah kati, tahil, emas, pau dan dram. Ukuran bahara digunakan untuk menimbang rempah, lada, bunga, cengkih dan jagung. Ukuran kati pula digunakan untuk menimbang emas, perak, bahan wangian, kapur, kelembak dan permata. Alat timbang yang digunakan adalah dacing. Kesimpulan Perlindungan China hanya satu faktor membantu kemajuan perdagang Melaka. Terdapat banyak faktor lain yang telah membantu kepesatan perdagangan Melaka. Soalan : 7 Bincangkan Kesan Penjelajahan dan Penerokaan Orang Eropah Sehingga Abad ke-16. PENDAHULUAN: (3 markah) 1. Definisi penjelajahan dan penerokaan

    Penjelajahan - mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat @ daerah. Penerokaan - menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi.

    2. Kuasa-kuasa Eropah Yang Terlibat Portugis, Sepanyol, Inggeris, Perancis & Belanda

    3. Tokoh-tokoh Pelayaran Eropah Marco Polo Vasco da Gama Christopher Columbus Ferdinand Magellan

    ISI: Kesan Penjelajahan Dan Penerokaan Orang Eropah Sehingga Abad Ke-16 Masihi. http://edu.joshuatly.com/

    http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    11

    (7 isi X 3 markah) 1. Titik Permulaan Proses Pemindahan Kekayaan Dari Amerika Dan Asia Ke Benua

    Eropah. Penemuan Columbus, Vasco da Gama dan Magellan memulakan pertapakan

    kepentingan ekonomi kuasa-kuasa Barat di kedua-dua benua itu. Penemuan tokoh-tokoh ini menjadi titik permulaan proses pemindahan kekayaan

    dari Amerika dan Asia ke Eropah. Contoh, kepulangan Vasco da Gama ke Portugal pada tahun 1498 membawa

    satu kargo rempah (setelah 2 buah kapalnya ditenggelamkan musuh) yang dapat dijual dengan memperoleh pendapatan lebih 60 kali ganda dari kos penjelajahannya.

    Beliau mendapat untung besar kerana laluan baru melalui Tanjung Pengharapan di hujung benua Afrika lebih murah berbanding jalan perdagangan lama melalui Asia Barat.

    2. Kewujudan Jaringan Perdagangan Eropah

    Selepas tahun 1505, secara purata 12 buah kapal setahun bertolak dari Lisbon ke Timur Jauh.

    Portugis menjadi pengasas kepada kewujudan jaringan perdagangan Eropah. Kekayaan dari timur mula mengalir ke benua itu.

    3. Sepanyol negara terkaya di Eropah

    Columbus menemukan sebuah benua yang kaya dengan logam berharga. Selepas menjelajah kali kedua ke benua itu, emas dan perak mencurah masuk

    ke dalam perbendaharaan kerajaan Sepanyol. Antara tahun 1500 sehingga 1650, tidak kurang dari 18 600 tan perak dan 200

    tan emas dibawa masuk ke Eropah. Jumlahnya lebih besar lagi sekiranya dicampur emas dan perak yang dibawa

    masuk melalui penyeludupan. Sepanyol muncul negara kaya di Eropah. Emas digunakan sebagai alat pertukaran untuk mendapatkan barangan dari luar. Melalui Sepanyol, emas dan perak dari benua Amerika tersebar secara meluas di

    benua Eropah.

    4. Pengenalan Tanaman Baru Selain logam, orang Eropah juga membawa masuk beberapa jenis tanaman

    seperti tomato dan lobak merah (carrot) yang mula mengubah kualiti makanan orang Eropah.

    Hal ini menyebabkan jumlah penduduk Eropah semakin bertambah. 5. Eropah Mengalami Revolusi Perdagangan Dan Revolusi Harga

    Pada abad ke-16, Eropah mengalami kedua-dua revolusi ini. Penemuan jalan baru ke timur dan kemasukan emas dan perak dari Amerika

    serta serta pembukaan koloni di sana mula mengubah kedudukan perdagangan di Eropah.

    Dua revolusi ini menjadi perangsang kepada kemajuan perdagangan dan perindustrian di benua Eropah.

    Dua revolusi itu membawa keuntungan yang besar kepada para saudagar dan pengeluar.

    Hasilnya, mereka mendapat kesempatan mengumpul kekayaan yang banyak. Keuntungan tersebut dilabur semula bagi menambahkan lagi kekayaan mereka.

    6. Kemerosotan Mediterranean Pusat perkembangan perdagangan tidak lagi tertumpu di Mediterranean tetapi

    telah beralih ke Lautan Atlantik. http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    12

    Pada abad ke-16, Portugal dan Sepanyol muncul sebagai kuasa perdagangan utama di Eropah.

    Peranan dan kepentingan pelabuhan Venice dan Genoa telah diganti oleh pelabuhan di Eropah Barat seperti Lisbon.

    7. Wujud Perdagangan Antara Asia, Afrika Dan Eropah

    Penemuan Columbus dan Vasco da Gama mengubah Eropah menjadi pusat perdagangan dan penghubung kegiatan perdagangan antara Asia, Afrika dan Amerika.

    Emas dan perak yang masuk dengan banyak menyebabkan aliran wang dalam pasaran di Eropah meningkat secara mendadak.

    Hal ini menyebabkan harga mengalami peningkatan yang pesat. Antara tahun 1520-1650, peningkatan harga barang di Eropah meningkat

    200-400 %. 8. Muncul Golongan Pemodal & Sistem Kapitalisme

    Perkembangan dalam perdagangan membawa kepada munculnya golongan pemodal dan bertapaknya sistem ekonomi kapitalisme di Eropah.

    Raja-raja Eropah juga mendapat faedah. Dengan kerjasama para saudagar, satu demi satu pembesar feudal yang

    menerima kesan teruk akibat kenaikan harga dapat dikalahkan. Kekalahan mereka membolehkan raja-raja Eropah mengukuhkan lagi sistem

    negara kebangsaan. Hasil kerjasama kedua-dua belah pihak itu semakin banyak kapal perdagangan

    Eropah menjelajahi Asia dan Afrika. Kapal-kapal ini membawa hamba dari Afrika untuk bekerja di ladang-ladang

    pemodal Eropah di Amerika. Hingga tahun 1560, dianggarkan 100 000 orang Afrika dijadikan hamba di sana. Keuntungan dari perdagangan hamba digunakan untuk membawa balik barang

    dari Amerika ke Eropah pula. Kegiatan perdagangan ini membawa keuntungan yang lumayan kepada

    saudagar-saudagar Eropah. 9. Perkembangan Teknologi Persenjataan Dan Perkapalan.

    Kerajaan-kerajaan negara kebangsaan di Eropah memberi sokongan kuat kepada perkembangan teknologi persenjataan dan perkapalan.

    Kejayaan ini meningkatkan teknologi baru Eropah memajukan kapal perang menyebabkan Lautan Hindi dan Lautan Atlantik dimonopoli kuasa-kuasa Eropah.

    Saudagar-saudagar Islam yang menguasai perdagangan di Lautan Hindi tidak dapat berfungsi lagi.

    Tempat mereka diambil alih oleh saudagar Portugis, Sepanyol, Inggeris dan Belanda.

    Pusat-pusat perdagangan penting di Laut Merah, Lautan Hindi dan di Asia Tenggara berada di tangan Portugis.

    Kuasa kapal perang menjadi penentu siap yang berjaya menguasai perdagangan 10. Berlakunya Penjajahan ke Atas Afrika Dan Asia

    Kuasa-kuasa Eropah seperti Inggeris, Sepanyol dan Belanda berjaya melakukan penjajahan ke kawasan-kawasan di timur seperti Tanah Melayu, Filipina dan Sumatera.

    Hal ini menyebabkan mereka dapat memonopoli hasil atau bahan mentah seperti rempah ratus yang terdapat di kawasan tersebut.

    KESIMPULAN: (1 markah)

    http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    13

    1. Bangsa Eropah yang melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan menyedari bahawa hasil kegiatan tersebut dapat memberikan sumbangan kepada peradaban mereka serta imej bangsa Eropah yang dapat dipertingkat.

    Soalan : 8 Perang Salib Telah Banyak Meninggalkan Kesan Posistif Dan Negatif Terhadap Masyarakat Kristian Di Eropah Dan Masyarakat Islam Di Asia Barat. Bincangkan Kesan Peperangan Itu Terhadap Kedua-Dua Masyarakat. A. PENGENALAN.

    1. perang Salib adalah peperangan yang berlaku diantara orang Kristian Eropah barat dengan orang orang Islam di Asia Barat.

    2. Sebelum Islam hubungan diplomatik antara pihak Islam di Asia Barat dan Kristian di

    Eropah Barat telah wujud, tetapi tidak bebas dan meluas. B. KESAN KESAN PERANG SALIB.

    1. Apabila berlakunya Perang Salib, orang orang Kristian Eropah dengan bebas menziarahi wilayah wilayah orang Islam di Timur.

    2. Orang Kristian Eropah telah mendapatkan maklumat mengenai orang islam,

    masyarakat, rumah rumah, sekolah, perpustakaan perpustakaan orang Islam dengan lebih dekat lagi.

    3. Ilmu dan pengalaman orang Kristian Eropah itu dibawa balik ke Eropah dan

    disebarkan ke seluruh Eropah. 4. Kristian Eropah telah berusaha untuk menjajah negara negara Islam yang lain

    seperti Sepanyol dan seluruh Asia Barat dan Utara Afrika. 5. Peperangan ini penting bagi Eropah kerana, selain dari faktor politik dan ekonomi,

    faktor agama adalah menjadi perkara utama juga. Pedagang pedagang Eropah telah mewujudkan perhubungan dengan orang orang Islam di Asia barat. Mereka mengadakan pusat perdagangan di beberapa kawasan khasnya di Itali ( Acre ) Akka, Saida ( Sidon ) dan lain lain. Peperangan ini yang menyebabkan kerajaan Mamalik menjadi makmur. Akibatnya juga Raja Louis VII telah memperkenalkan sistem cukai yang baru untuk mengumpulkan kekayaan akibat menanggung beban angkara Perang Salib.

    6. Akibat Perang salib ini, kerajaan Byzantine menjadi lemah, kerajaan kerajaan islam

    yang pada mulanya berpecah belah dan lemah telah bersatu dan menjadi kuat. Lahir tokoh tokoh islam yang baru, seperti Salahuddin Al Ayyubi, Imad al Din Zanki, Nur al Din Muhammad dan lain lain.

    7. Baitul Muqqadis telah berjaya ditawan oleh tentera Islam semula. 8. Sebelum peperangan Salib, keadaan masyarakat Eropah Barat masih dalam zaman

    kemunduruan kecuali di Sepanyol dan Scily. Apabila berlakunya Perang Salib, orang Kristian Eropah mula melihat kegiatan Ilmiah seperti penulisan dan penterjemahan sedang dan telah pun maju khasnya di Mesir dan Syria ( Syam ). Begitu juga tentang kemajuan alat alat perang, kubu kubu pertahanan orang islam telah ditiru oleh orang Kristian Eropah dan dibawa balik untuk diubah suai reka bentuknya. http://edu.joshuatly.com/

    http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    14

    9. Kesan sosial dan politik masyarakat Krisrtian Eropah telah dibebaskan dari

    kongkongan gereja dan telah melahirkan golongan feudal dan saudagar. 10. Perang Salib juga telah memakmurkan beberapa kota di Eropah seperti Kota Venice,

    Bacerlona, Marseilles, Nawbonne dan lain laian. C. KESIMPULAN.

    1. Orang orang Eropah telah membuka mata dan ingin datang ke negeri negeri sebelah timur.

    2. Kerajaan kerajaan Islam telah dapat bersatu pada dann bantu membantu. 3. Orang Islam berkerja keras untuk membangun semula di abwah runtuhan Perang

    Salib. Soalan : 9 Huraikan Pelbagai Masyarakat Yang Terdapat Pada Zaman Bani Umaiyah. A. Pendahuluan

    - Kerajaan bani Umayyah memerintah selepas zaman khulafa al-Rasyidin.Nama Bani Umayyah - Bersempena dengan nama pemimpin Quraisy terkenal pada zaman Jahiliyah iaitu Umaiyah bin Abd.Syam binAbd.Manaf. - Perlantikan Saidina Uthman bin Affan merupakan permulaan pengasasan kerajaan Bani Umaiyah.Pemecatan membawa kepada perang Siffin seterusnya ditamatkan dengan Majlis Tahkim, yang membuka ruang kepada Bani Umayyah memerintah Negara Islam. - Zaman pemerintahan bani Umayyah boleh dibahagikan kepada Zaman Kelahiran, Zaman Kemakmuran/Pembangunan dan Zaman kehancuran.

    B. Isi [ 7 isi x 3 markah= 21 markah] a. Golongan pemerintah.

    a. Golongan ilmu terdiri daripada khalifah dan pembesar-pembesar Arab berbeza dengan pemerintahan khulafa al-Rasyidin , kerajaan Bani Umayyah menggunakan

    b. Sistem pewarisan dalam perlantikan khalifah-khalifah baru . jawatan khalifah telah menjadi hak milik keturunan Umayyah dari keluarga Abu Sufyan dan Marwan. Amalan ini telah melahirkan masyarakat pemerintah.

    c. -sanak saudara dan kaum kerabat, keturunan Umayyah pula menjadi kelompok Bangsawan dan mempunyai beberapa kelebihan sosial dan politik.

    b. Golongan Mawali

    Hamba yang telah memeluk Islam.dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Namun begitu ada beberapa orang golongan Mawali berjaya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan bani Umayyah seperti maymun bin Mihran(Pengarah Jabatan Cukai di Mesopotamia)hanya layak bekerja sebagai buruh kasar dan petani.tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Arab. Tidak boleh solat jemaah dengan orang Arab.

    a. Golongan Zimmi

    http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    15

    Golongan bukan Islam yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai seperti golongan islam yang lain. Kerajaan tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama. Golongan ini juga menikmati hak-hak kerakyatan umat Islam yang lain. Mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu membayar jizyah.

    b. Golongan Hamba

    Perubahan taraf sosial dan corak kehidupan keluarga bangsawan dan pemerintah Umayyah yang hidup mewah telah menyebabkan mereka memerlukan ramai hamba. gologan hamba ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti orang Afrika, Monggol dan Goth dari Eropah.

    c. Golongan Azariqah

    Berpusat di Iraq mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Bagi mereka orang Islam yang melakukan dosa besar seperti berzina dianggap kafir dan kekal dalam neraka. Mereka juga telah mengkafirkan Saidina Uthman,Ali dan sesiapa yang menyertai perang jamal/P.Siffin. Mereka menganggap pemerintah yang zalim seperti Kerajaan umayyah perlu ditentang.

    d. Golongan Najdiyah

    Mereka berpusat di Yamamah juga berjuang untuk menjatuhkan bani Umayyah. Mereka berpendapat orang yang menyokong pihak lain akan melakukan dosa besar, tidak boleh dihukum kafir tetapi hanya bertaraf munafik. Golongan ini tidak mewajibkan adanya khalifah,asalkan komuniti mematuhi ajaran Al-Quran.Banyak terbabit dalam bidang politik dan tentera daripada bidang agama.

    e. Kaum Syiah

    Ingin menuntut bela atas pembunuhan Hussain putera kepada Saidina Ali di Karbala. Mereka ingin menebus dosa kerana tidak menjaga keselamatan Hussain sehingga dibunuh oleh tentera Bani Umayyah.

    C. Kesimpulan[ 1 markah Apa-apa sahaja yang berkaitan. Soalan : 10

    Huraikan Faktor-Faktor Penentangan Terhadap Ajaran Islam Oleh Kaum Quraisy Pada Zaman Nabi Muhammad di Makkah.

    PENGENALAN:

    1. Latar Belakang Nabi Muhammad s.a.w

    Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah Dari keturunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada 17

    Ramadhan 610M di Gua Hira.

    2. Latar Belakang Masyarakat Kota Makkah

    Nama asal Makkah ialah Makaroba, kemudian diubah kepada Bakkah dan Makkah. Makkah merupakan tempat permulaan rumah ibadat, Baitullah Kaabah, yang

    diberkati Allah swt. http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    16

    Penduduk terawal dikenali sebagai Amaliqah, dikuti oleh puak Jurhum. Pada zaman puak Jurhum, Nabi Ismail dilahirkan. Nabi Ibrahim (as) dan anaknya Nabi Ismail (as) telah membina Kaabah. Setelah itu tiba puak Khuzaah. Mereka memerintah Makkah selama 3 kurun sebelum

    ketibaan kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab pada permulaan kurun ke-5. Dengan adanya Kaabah, ramai pengunjung datang ke Makkah untuk melakukan

    ibadat haji dan perdagangan. Makkah merupakan kota yang bebas daripada kuasa dan pengaruh Byzantine dan

    Parsi. Makkah kekal sebagai suatu kawasan yang neutral hingga zaman Islam.

    3. Bentuk-bentuk Tentangan Orang-Orang Quraisy Makkah Terhadap Ajaran Nabi Muhammad Saw.

    Bertemu dengan Abu Talib supaya menasihatkan Nabi Muhammad menghentikan dakwah baginda.

    Menghina, memperolok-olok dan mengganggu dengan perkataan dan perbuatan Menyiksa Tawaran Harta & Pangkat Berkompromi Agama Pemulauan Ekonomi Dan Sosial Rancangan Membunuh Nabi

    4. Aktiviti Dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Sewaktu Di Kota Mekah

    Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui 2 peringkat:

    (a) dakwah secara sulit

    (b) dakwah secara terang-terangan

    ISI:

    Faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah [ 5 isi X 4 markah = 20 markah ]

    1. Faktor Agama

    Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.aw. itu bertentangan dengan agama berhala yang telah sebati menajadi darah daging orang-orang Makkah.

    Dari sudut akidah, Islam menekankan Tauhid, percayakan Allah yang Maha Esa dan menentang amalan syirik.

    Agama berhala dianggap sebagai agama tradisi nenek moyang mereka yang mesti dipertahankan

    Oleh itu menentang Nabi Muhammad s.a.w yang dianggap sebagai orang yang mahu meruntuhkan tradisi itu.

    2. Ingin Mengekalkan Kuasa Dan Pengaruh

    Sebelum ini kepimpinan kota Makkah terletak di tangan Hasyim, moyang Nabi Muhammad s.a.w dan Abd Mutalib.

    Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara Baginda. Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana

    keupayaannya yang luar biasa. http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    17

    Jika mereka memeluk Islam dan mengikut Baginda bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hasyim.

    3. Persamaan Taraf

    Agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.aw. ialah agama tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf manusia.

    Hal ini amat bertentangan dengan sistem sosial Jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan kaum Quraisy.

    Mereka masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza. Dengan terlaksananya ajaran Islam, bermakna tidak ada lagi perbezaan antara ketua

    dan pengikut; antara yang kaya dengan miskin dan antara tuan dengan hamba Pada pandangan Islam, semua manusia adalah sama sahaja kecuali bagi orang

    yang bertakwa.

    4. Faktor Ekonomi/Mempertahankan Pusaka Nenek Moyang.

    Orang-orang Quraisy mengamalkan penjualan atau berhala. Seandainya mereka memeluk Islam, maka sudah tentu punca rezeki mereka akan

    hilang kerana Islam tidak membenarkan pembuatan patung berhala dan menjualnya. Amalan membuat dan menjual patung pula merupakan warisan nenek moyang

    mereka, Oleh itu mereka begitu sensitif apabila Nabi Muhammad s.a.w. mencela agama

    berhala mereka.

    5. Takut Akan Hari Pembalasan

    Islam mengajar manusia tentang hari pembalasan atau hari kiamat Wajib percaya kepadanya dan merupakan satu daripada Rukun Iman Segala amalan di dunia sama ada baik atau jahat akan dikira pada hari pembalasan

    denganm saksama. Berita hari kiamat telah menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar

    bahawa mereka telah banyak melakukan perkara keji yang ditegah oleh Islam seperti mencuri, merompak, berzina, minum arak dan mengamalkan riba

    Perbuatan ini akan dibalas dengan seksaan api neraka Tetapi mengikut agama berhala, segala dosa itu dapat dihapuskan di dunia juga

    tanpa menerima apa-apa balasan pada hari kiamat.

    6. Perasaan Iri hati

    Mereka menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam kerana perasaan iri hati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul.

    Antara mereka ialah;

    i) Umayyah bin Abi al-Salt pernah menyatakan keinginan menjadi seorang nabi.

    ii) Al-Walid bin al-Mughirah berasa terlalu kecewa apabila mendengar Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu

    KESIMPULAN:

    1. Nabi Muhammad saw dan umat Islam Makkah tabah dan sabar menghadapi tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah.

    http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    18

    2. Terdapat pelbagai bentuk tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah seperti penghinaan,penyiksaan, pemulauan,memujuk Nabi Muhammad dan bapa saudaranya Abu Talib sehingga rancangan untuk membunuh Nabi Muhammad saw.

    Soalan : 11 Bincangkan Kejayaan Nabi Muhammad S.A.W Sebagai Pemimpin Dalam Negara Islam Madinah A. Pendahuluan (3 Markah) - Latarbelakang Nabi Muhammad s.a.w - Penghijrahan dan penubuhan Negara Islam Madinah - Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w B. Isi Kejayaan Rasulullah S.A.WDalamPelbagai Bidang (5/5 X 4 Markah = 20 Markah) 1. Nabi Seorang Pemimpin Politik - Baginda mengetuai bagi pihak orang Islam Makkah dalam perjanjian Aqabah I dan II - Kejayaan menubuhkan negara Islam, dilantik dan diiktiraf menjadi ketua negara Islam Madinah. - Juga berperanan sebagai ketua hakim - Penggubalan perlembagaan sebagai undang-undang negara - Melumpuhkan Yahudi sebagai pengkhianat Negara melalui perundangan - Mengadakan hubungan diplomatik 2. Nabi Sebagai Perancang Ekonomi. - Memperkenalkan prinsip ekonomi Islam berlandaskan syariah konsep keadilan dan pengagihan kekayaan saksama - Merancang danmelaksanakan projek ekonomi - pertanian dan perdagangan - Penghapusan monopoli Yahudi dalam ekonomi - Muncul ahli korporat Islam dan Madinahmuncul sebagai pusat perdagangan utama 3. Nabi Sebagai PemimpinMasyarakat - Pengenalan konsep Ummah- berjaya menyelesaikan masalah persengketaan antara kaum Aus dan Khazraj - Menyelesaikanmasalah antara kaumArab dengan Yahudi di Madinah - Mengatasi masalah ekonomi Muhajirin melalui persaudaraan Muhajirin dan Ansar - Memartabatkan kedudukan wanita 4. Nabi Sebagai Pemimpin Tentera Yang Berjaya. - Mengasaskan penubuhan tentera Islam - Menerapkan konsep jihad perjuangan berlandaskan akidah - Kejayaan merancang strategi dan taktik serta memeterai perjanjian denganmusuh - Kejayaan yang terbesar ialah dalam Perang Badar, Khandak dan pembukaan Kota Makkah. - Perangsang kepada kejayaan umat Islam membina empayar serta mengatasi Rom dan Parsi pada zaman-zaman berikutnya. 5. Pemimpin Agama - Dengan berpandukan al Quran, menjelaskan pelbagai aspek sama ada dalam soal ibadat, kekeluargaan, jinayat, siasah dan sebagainya. - Segala tindakan biasanya ditunjukkan dengan contoh dan amali agar difahami oleh umat Islam - Nabi sebagai contoh teladan umat sejagat - Kejayaan menyebarkan agama penghantaran utusan sebagai pendakwah C. Kesimpulan (1 Markah) - Nabi s.a.w dianggap sebagai role model membuktikan Nabi Muhammad s.a.w seorang negarawan yang unggul http://edu.joshuatly.com/

    http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    19

    Soalan : 12

    Bandingkan Konsep Ketahanan dan Pertahanan Menurut Perspektif Islam dan Konsep Ketahanan dan Pertahanan Barat.

    Pengenalan [3 markah] Tamadun Islam muncul sebaik sahaja Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pada tahun 610 Masihi di Gua Hira, Makkah. Selepas itu baginda mula berdakwah agar agama Allah SWT diterima oleh umat manusia. Sementara tamadun Barat atau Tamadun Eropah dikatakan bermula apabila muncul negara kota Yunani dan berhenti seketika apabila Eropah mengalami zaman Gelap. Kemudian bangkit semula apabila bermulanya era zaman kemuncak Pertengahan di Eropah Barat. Munculnya ketahanan dan pertahanan dalam sesebuah tamadun bermula apabila berlakunya peperangan dan konflik sesama manusia sepertimana yang berlaku dalam tamadun Islam dalam konflik sejak Nabi Adam yang melibatkan anak-anaknya Qabil dan Habil. Namun dalam konteks konsep Pertahanan dan Ketahanan Islam dan Barat masing-masing mempunyai ideologi sendiri dalam mempertahankan tamadun masing-masing. Isi/Fakta/Huraian [ 4 isi x 5 markah= 20 markah] 1. Konsep Ketahanan mengikut Perspektif Islam dan Barat

    Ketahanan dan pertahanan mengikut konsep Islam adalah kemampuan atau keupayaan mempertahankan diri atau negara daripada ancaman musuh. Ketahanan pula dimaksudkan sebagai kekuatan fizikal, spiritual khususnya aqidah Islam atau dengan kata lain umat Islam akan mempertahankan sesuatu kerana Allah serta berpandukan hukum-hukum Allah SWT atau hukum syarak. Sementara ketahanan dan pertahanan dalam tamadun Barat hanyalah merujuk kepada kekuatan fizikal semata-mata seperti kemantapan fizikal anggota tentera, jumlah tentera yang besar dan pelbagai jenis serta mempunyai pelbagai kelengkapan persenjataan. Rangsangan utama untuk mendapat dan mencapai kemenangan dalam sesuatu peperangan ialah sokongan moral dan material daripada pemimpin tertinggi mereka.

    2. Konsep Pertahanan Islam dan Barat

    Pertahanan dalam Islam merujuk kepada langkah-langkah untuk melaksanakan dasar-dasar ketahanan bagi memastikan kesucian agama, keutuhan negara dan masyarakat terjamin. Dalam konteks ini konsep pertahanan Islam merangkumi aspek melindungi golongan yang dizalimi atau difitnah. Islam juga menetapkan adalah menjadi kewajiban atau tanggungjawab bagi setiap umat Islam agar mempertahankan negara Islam jika sekiranya diancam oleh musuh-musuh Islam. Manakala bagi tamadun Barat pula, pertahanan merujuk kepada perihal mempertahankan diri, negara dan masyarakat dari ancaman musuh. Tamadun Barat lebih menekankan bahawa setiap individu terikat dengan arahan ketua atau pemimpin untuk mempertahankan negara dari ancaman musuh manakala dalam tamadun Islam untuk menangkis atau menghadapi musuh ianya lebih mementingkan kepada kepatuhan terhadap landas-landas hukum agama yang telah disyariatkan.

    3. Etika atau Tatacara perang

    Dalam melaksanakan sistem ketahanan dan pertahanan, tentera Islam dipandu oleh tatacara atau etika peperangan. Etika yang dianjurkan oleh Islam http://edu.joshuatly.com/

    http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    20

    merangkumi sebelum, semasa dan selepas peperangan. Etika ini harus dipatuhi kerana konsep ketahanan dan pertahanan dalam Islam adalah untuk menarik minat pihak musuh dengan agama Islam. Sementara dalam Tamadun Barat tidak terdapat suatu etika atau tatacara yang khusus kecuali tunduk dan akur dengan arahan pemimpin di medan perang. Setiap anggota mesti meneruskan perang selagi tidak ada kata putus daripada pemimpin. Sebagai contoh dalam tamadun Rom adalah menjadi tanggungjawab tentera membunuh musuh dan memusnahkan segala harta yang dimiliki oleh musuh mereka. Berlainan dalam tamadun Islam, anggota yang terlibat dalam perang tidak boleh membunuh musuh yang tidak bersenjata, orang tua, kanak-kanak, merosakkan rumah ibadat dan juga tumbuh-tumbuhan.

    4. Matlamat Peperangan Tamadun Islam mengaitkannya dengan istilah Jihad iaitu peperangan hanya akan berlaku jika sekkiranya umat atau agama Islam diperangi terlebih dahulu. Peperangan dalam Islam diizinkan oleh Syarak apabila kesucian agama Islam dicabuli oleh musuh, negara diancam, tersebarnya fitnah, maruah dicemar dan terganggunya perjalanan dakwah. Sebaliknya, bagi tamadun Barat pula peperangan yang dilancarkan adalah bermatlamatkan untuk meluaskan kuasa atau empayar, meningkatkan status kemegahan, mengaut keuntungan atau sumber ekonomi dan sebagainya.

    Kesimpulan[ 2 markah] Peperangan dalam Islam bukan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan di dunia tetapi lebih mementingkan persoalan akhirat. Oleh itu setiap individu Islam berlumba-lumba ke medan perang untuk mati sebagai syuhada yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT sedangkan bagi tamadun Barat pula peperangan hanyalah instrument untuk meneruskan kekuasaan agar dihormati oleh bangsa lain. Justeru itu pada hari ini masyarakat Barat khususnya berlumba-lumba memerangi negara-negara lain agar kuasa mereka tidak terguggat.

    Soalan : 13

    Jelaskan Sumber dan Peranan Baitulmal Pada Zaman Khulafa al-Rasyidin. Pendahuluan (3 markah)

    1. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus harta-harta umum atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan seumpamanya.

    2. Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman Khulafa al-Rasyidin dan selepasnya dan diperkemaskan perlaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin.

    3. Sumber Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber utama a. Harta Masyarakat - Sumber yang diperoleh daripada golongan kaya dan

    diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. b. Harta Negara-Sumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai

    kharaj, jizyah dan harta tanpa waris. c. Harta Umum-Terdiri daripada hasil perniagaan, pertanian dan sebagainya.

    4. Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara, menyediakan keperluan asas dan membasmi kemiskinan.

    5. Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan prinsip ekonomi Islam.

    http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    21

    Isi-isi Penting. 1. Sumber Baitulmal (5 isi X 2 markah)

    a. Zakat. i. Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada mereka yang

    berhak menerimanya. ii. Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat

    ternakan dan pertanian, zakat emas dan perak.

    b. Kharaj. i. Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah

    taklukan kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus.

    c. Jizyah. i. Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang

    bukan Islam yang berada di bawah naungan negara Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam iaitu orang kafir Zimmi.

    ii. Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu lelaki yang merdeka, baligh, masih bidup dan berupaya.

    iii. Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham.

    d. Ghanimah dan Al-fay. i. Ghanimah merupakan harta rampasan perang. ii. al-fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati

    yang tidak ada pewaris dan harta karun. iii. Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada

    perbelanjaan pusat di Madinah. Harta yang selebihnya dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan.

    e. Usyur.

    i. Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam.

    ii. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan usyur sebanyak 10%.

    iii. Bagi kafir Zimmi yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan sebanyak 5 %.

    iv. Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham.

    2. Peranan Baitulmal (5 isi X 2 markah)

    a. Membantu perkembangan ekonomi Islam. i. Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik. ii. Dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan

    golongan miskin. iii. Bentuk bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

    b. Sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera.

    i. Penting bagi menjamin negara islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan tentera.

    ii. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber baitulmal digunakan untuk memperkukuhkan angkatan tentera islam yang menghadapi ancaman daripada tentera Byzantine.

    c. Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat.

    i. Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera. http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    22

    ii. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki.

    iii. Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya perselisihan untuk memiliki tanah.

    d. Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat islam.

    i. Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati. ii. Pengagihannya mestilah adil dan saksama. iii. Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan

    harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat desakan daripada para sahabat.

    e. Menyimpan harta negara.

    Kesimpulan (2 markah)

    1. Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan.

    Soalan : 14 Jelaskan Tentang Jenis-Jenis Zakat Yang Terdapat Dalam Sistem Ekonomi Islam. Bincangkan Perlaksanaan Zakat Pada Zaman Bani Abbasiyah. A. Pengenalan [3 Markah] 1. Berasal dari kata dasar zaka, yang bermaksud kesucian, kebersihan, keberkatan, dan

    kepujian dariapada sifat-sifat mazmumah seperti bakhil dan tamak. 2. Syarak pula telah mengislahkan zakat sebagai sebahagian harta yang dikeluarkan

    untuk diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. 3. Kefardhuan zakat secara ijbari atau kuat kuasa di antara bulan Syaaban hingga bulan

    Syawal. Mulai tahun itu, keengganan membayar zakat boleh membawa hukuman bunuh atau dipaksa membayarnya oleh pemerintah.

    B. ISI-ISI [7 isi x 2 markah = 14 markah ( Maksimum 10 Markah)] Jenis-jenis Zakat. 1.Zakat Fitrah

    Orang Islam diwajibkan mengeluarkannya setiap tahun. Pengeluaran zakat bermula dari 1 Ramadhan hingga hari pertamabulan Syawal

    yakni sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri. Mengikut Mazhab Syafie, zakat fitrah perlu dikeluarkan sebanyak segantang

    daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti beras, gandum, barli dan seumpamanya.

    Imam Abu Hanifah dan Mazhab Hanafi pula mengharuskan zakat fitrah dikeluarkan dengan mata wang mengikut kadar atau nilai harga bahan makanan asasi tersebut.

    2. Zakat Harta

    Zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.

    Harta yang diwajibkan zakat terdiri dariapada harta yang penting dalam ekonomi seperti hasil tanaman, binatang ternakan, emas, dan perak serta barang-barang perniagaan. http://edu.joshuatly.com/

    http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    23

    3. Zakat Pertanian

    Zakat untuk buah-buahan dan biji-bijian wajib dikeluarkan. 5 ausuq (500 liter) secara timbangan merupakan kadar zakat pertanian yang perlu

    dikeluarkan. 1/10 (jika menggunakan air hujan) dan 1/20 (jika disiram sendiri)merupakan kadar

    yang perlu dikeluarkan bagi zakat tanaman. 4. Zakat Binatang Ternakan

    Setiap binatang ternakan perlu dikeluarkan zakat. Khalifah Umar al-Khattab pernah mengenakan zakat ke atas kuda kerana haiwan ini

    boleh diperniagakan. Syarat-syarat: Cukup hisab, tidak digunakan sebagai barangan modal, dan membiak

    sendiri.

    5. Zakat Saham / Pendapatan Harta saham yang dikeluarkan dalam syarikat-syarikat perniagaan atau badan-badan

    pelaburan. 2.5% atau nilai terendah semua saham yang dimiliki dalam masa satahun setelah

    ditolak pinjaman membeli saham merupakan pengiraan zakat ini. Zakat pendapatan atau zakat gaji. Syarat wajib ialah: Islam, Merdeka, Sempurna

    milik, Hasil usaha yang baik, Cukup nisab, dan Cukup haul. 6. Zakat Perniagaan

    2.5% adalah kadar wajib zakat yang perlu dikeluarkan. Syarat-syarat: Islam, Merdeka, Sempurna milik, Rezeki yang halal, Cukup haul, dan

    Cukup nisab (85 gram harga emas semasa) 7. Zakat Wang Simpanan

    Zakat daripada wang yang disimpan di dalam bank dalam bentuk akaun simpanan, akaun tetap atau akaun semasa.

    Wang simpanan dicampur wang ditangan apabila cukup nisab dan hari. Nilai zakat 2.5% daripada jumlah simpanan. Syarat-syarat: Islam, Merdeka, Sempurna milik, Cukup haul, dan Cukup nisab.

    Perlaksanaan Zakat Zaman Bani Abbasiyah [ 5 isi x 2 markah=10 Markah]

    Perlaksanaan zakat pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah merupakan kesinambungan ajaran yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para khalifah pada zaman Khulafah al-Rasyidin dan Bani Umaiyah.

    Zakat pada zaman Bani Abbasiyah terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

    Sumber zakat ini akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf sebagaimana zaman-zaman sebelumnya, iaitu golongan fakir, miskin, amil, orang mualaf, orang yang berhutang, orang yang berjihad, dan musafir serta hamba yang ingin memerdekakan dirinya.

    Bagi menguruskan perlaksanaan zakat, kadi yang pakar dalam bidang syariah telah dilantik terus oleh kerajaan pusat. Contohnya, pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, beliau telah mendapatkan nasihat daripada Abu Yusuf yang telah dilantik sebagai Ketua Kadi.

    Sesuai dengan perkembangan aliran pemikiran pada zaman Abbasiyah, kelahiran pelbagai mazhab turut membawa kepada pelbagai tafsiran tentang zakat sekaligus mempengaruhi urusan pentadbiran dan perlaksanaannya.

    Perlaksanaan zakat pada zaman Bani Abbasiyah juga secara tidak langsung telah membawa kepada perkembangan intelektual yang pesat pasa zaman ini. http://edu.joshuatly.com/

    http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    24

    Pelajar atau golongan cerdik pandai yang memperoleh zakat telah memanfaatkannya sebaik yang mungkin seterusnya membawa kepada kemasyhuran kota Baghdad sebagai pusat keilmuan pada zaman-zaman pemerintahan seperti Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-Mamum.

    C. Penutup [2 Markah]

    1. Zakat merupakan bukti seseorang itu beriman kepada Allah s.w.t dan mempunyai rasa belas kasihan ke atas orang yang memerlukannya.

    2. Dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesama Islam serta mengurangkan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin.

    3. Pemerintah atau kerajaan pula dilihat dapat menunaikan tanggungjawab sosial yang amat diharapkan oleh golongan tidak bernasib baik dengan adanya perlaksanaan zakat.

    Soalan : 15 Huraikan Institusi Pendidikan Islam di Alam Melayu A. Pendahuluan [ 3 Markah ]

    - Pendidikan melibatkan proses sepanjang hayat iaitu bermula dari dalam buaian sehingga ke liang lahad. Pendidikan dalam Islam memberikan kebebasan kepada semua orang untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina, kekayaan dan warna kulit.

    - Alam Melayu pada tahap awal penerimaan Islam masih terikat dengan asas pendidikan tidak formal yang berasas kepada pola kehidupan tradisional. Permulaan pendidikan melibatkan pembelajaran al-Quran dan juga hukum-hakam agama

    - Perkembangan pendidikan ini turut dimainkan oleh beberapa kerajaan Islam di alam Melayu seperti Pasai, Acheh dan Melaka

    B. Isi-isi Penting [ 20M ] Sistem Pendidikan Tidak Formal [ 3 isi x 2= 6 ] Max 5M

    - Pendidikan awal di alam Melayu berbentuk tidak formal, ilmu diturunkan melalui proses pengalaman melalui kerja-kerja pertukangan dan pertanian.

    - Anak lelaki akan belajar dengan cara mengikut orang tua dan ilmu yang dipelajari secara tidak langsung.

    - Anak perempuan pula di asuh dengan kerja-kerja berasaskan pembentukan peribadi, bersopan, lemah lembut dan persediaan untuk menjadi seorang suri rumah dan ibu. Mereka di asuhkan dengan pendidikan memasak, mengemas rumah dan kerja-kerja kraf tangan

    Sistem Pendidikan Islam Secara Formal [ 5 isi X 3 ] 1. Masjid

    - Masjid merupakan institusi utama bagi masyarakat Melayu bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, khususnya asas-asas ajaran Islam selain tempat beribadat. Institusi ini terbuka kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kelas. Proses pembelajaran berlaku secara tidak formal

    - Catatan Ibnu Battutah menjelaskan masjid di Pasai berperanan sebagai tempat pengajian pelbagai ilmu dan Sultan Pasai sendiri datang ke masjid untuk mendalami ilmu agama

    2. Pengajian di Istana

    http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    25

    - Merupakan institusi terawal di Alam Melayu. Walau bagaimanapun institusi ini hanya terbuka kepada kelas bangsawan khususnya anak-anak raja. Pembelajaran berlaku secara formal dan tidak formal. Ilmu yang dipelajari seperti ilmu agama dan ilmu pemerintahan

    - Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Melaka pernah menjadikan istana Melaka sebagai pusat pendidikan bukan saja kepada kerabat raja tetapi juga kepada wakil di jajahan takluknya untuk memperlajari agama di istana Melaka

    - Sebagai pusat penterjemahan contohnya kitab Darul Mazlum yang dibawa oleh Maulana Abu Bakar dari Jeddah ke Pasai untuk diterjemahkan

    3. Sistem Sekolah Pondok

    - Institusi pendidikan tertua di Asia Tenggara, sekolah pondok terawal di Alam Melayu di Acheh.Kebiasaanya terletak di kawasan pedalaman bagi mengelakkan berlakunya pengaruh negatif.

    - Pelajar diajar dengan ilmu agama secara intensif dan menghafal al-Quran selama beberapa tahun. Lulusan sekolah pondok akan menjadi pendakwah Islam dan apabila kembali ke kampung masing-masing akan bertindak sebagai guru

    - Di alam Melayu sekolah pondok dikenali dengan beberapa nama seperti di Tanah Melayu dan di Selatan Thai dikenali dengan pondok, di Minangkabau dikenali sebagai surau, di Jawa sebagai pesantren, di Sulawesi dikenali sebagai pengajian, di Acheh dan Pasai dikenali sebagai dayah

    4. Sistem Pendidikan Madrasah

    - Perkembangan sistem pendidikan Islam di alam Melayu berkembang dengan wujudnya madrasah

    - Pelajar masih dikekalkan dengan sistem pelajaran agama dan teras pendidikan adalah sebagai asas sebelum pelajar melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah

    - Terdapat beberapa madrasah terawal seperti madrasah al-Masriyyah di Bukit Mertajam, Madrasah Iqbal di Singapura, Madrasah al-Ahmadiyah di Riau

    5. Rumah Ulama

    - Ulama turut menjadikan rumah mereka sebagai tempat menyampaikan pengajaran agama. Hal ini terbukti dalam Sejarah Melayu apabila Sultan Mahmud Syah telah mendatangi rumah Maulana Yusuf untuk memperlajari agama

    C. Penutup [ 2M ] Sistem pendidikan awal Islam di Alam Melayu berkembang mengikut masa. Tahap awal pendidikan lebih bersifat tidak formal dengan pendidikan dengan pendidikan lebih didasarkan kepada pengalaman. Pendidikan Islam di Alam Melayu berkembang dengan kesedaran terhadap pentingnya penghayatan terhadap ajaran Islam sehingga wujud sistem pendidikan Islam berteraskan kepada sistem pondok, sistem madrasah, Istana dan masjid yang berperanan sebagai pusat pengajian Soalan : 16 Bincangkan Perkaitan Antara Hijrah Nabi Muhammad (S.A.W) ke Madinah Dengan Sejarah Penjelajahan dan Penerokaan Umat Islam Selepas Kewafatan Baginda.

    PENGENALAN ( 3 Markah) 1. Peristiwa hijrah Rasullullah SAW dari Mekah ke Madinah berlaku pada tahun ke

    3 selepas kerasulan baginda, bersamaan 12 September tahun 622Masihi. Peristiwa ini berlaku kerana tentangan hebat yang dihadapi oleh baginda tatkala menyebarkan agama Islam termasuk cubaan untuk membunuh baginda.

    2. Peristiwa ini sememangnya mempunyai hubungan yang amat rapat dengan

    peristiwa penjajahan dan penerokaan memandangkan ia kesemuanya memenuhi http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    26

    matlamat dan tujuan penjelajahan dan penerokaan umat Islam iaitu pembebasan, pengislaman, dan pengintelektualan. (Pengertian penjelajahan dan penerokaan boleh diterima).

    3. Maksud hijrah ialah perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke

    Kota Madinah. Hijrah merupakan titik permulaanTamadun Islam. Hijrah Nabi s.a.w bukan kerana takut tetapi atas perintah Allah s.a.w. Hijrah merupakan strategi baru dalam penyebaran Islam> Kepentingan kepada perkembangan Islam serta permulaan calendar Islam

    Isi-isi penting. ( 7x3 isi = 21 Markah) 1. Kepentingan politik:

    Umat Islam bebas menyebarkan dakwah Memudahkan lagi penyebaran Islam dengan kuasa poilitik. berjaya membebaskan masyarakat dari belenggu Rom dan Parsi dan dalam

    tempoh tidak sampai satu abad umat islam telah berjaya mendirikan sebuah empayar yang besar.

    Hijrah Nabi Muhammmad SAW dari kota Makkah ke Madinah boleh dianggap sebagai titik tolak kepada pembinaan dan pembangunan umat islam . Rasullullah dapat menyelesaikan masalah2 yg dihadapi oleh umat Islam baik dari kalangan Muhajirin/Ansar sama ada dari segi politik/ekonomi.

    2. Kepentingan ekonomi

    Menghapuskan ekonomi barat yang menindas golongan yang lemah. Mengelakkan monopoli perdagangan bag isatu-satu pihak sahaja. Ekonomi islam semakin mantap dan kukuh dan berjaya menghapuskan

    amalan riba dan monopoli dalam sistem perniagaan. menggalakkan umatnya berusaha dan bekerja untuk mendapat rezeki yang

    halal Dengan semangat hijrah Nabi Muhammad telah memberi dorongan dan

    perangsang kepada umat Islam berhijrah belayar meneroka kawasan-kawasan yang jauh merentasi benua-benua dan lautan samudera, bagi tujuan mencari rezeki bukan sahaja di Tanah Arab bahkan di luar Semenanjung Tanah Arab.

    Contohnya ke Negara China,India, Asia Tenggara dan Eropah.

    3. Kepentingan Sosial Masyarakat bebas untuk memeluk Islam tanpa penyiksaan dan gangguan Hijrah juga dapat menghapuskan sistem kasta yang diamalkan dalam

    masyarakat.pada zaman Jahiliyah dan diganti dengan nilai murni berasaskan akidah ,. Syariah dan akhlak

    Hidup berpuak-puak diganti dengan hidup sosial yang bersatu padu dalam bentuk ummah.

    Pemberian hak dan kebebasan tanpa mengira agama , kaum dan keturunan 4. Kepentingan pelayaran dan geografi

    mendorong meneroka ke kawasan yang lebih jauh merentasi benua dan lautan

    Abad ke 9 bidang geografi dan pelayaran dikuasai oleh orang islam Lahir tokoh-tokoh pelayaran islam seperti Ibn Masudi , Ibn Batuttah dll berjaya menghasilkan bahan-bahan penyelidikan serta teori berkaitan ilmu

    geografi dan pelayaran 5. Tahun Hijrah http://edu.joshuatly.com/

    http://fb.me/edu.joshuatly

  • GerakGempurSejarah1STPMKintaUtara 2012

    27

    Melahirkan tahun hijrah dalam takwim islam bermula dari tarikh orang islam dari Mekah ke Madinah pada 1 muharram 1H bersamaam 16 julai 622M. Penentuan tahun hijrah dibuat pada zaman Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 17H.

    Tujuan untuk mengingati peritiwa hijrah yang penuh pengajaran dan hikmat dan memudahan urusan pentadbiran berjalan lancar.

    Takwim hijrah mengikut peredaran bulan, dan daripada takwim ini, ilmu yang berkaitan dengan pelayaran dan penjelajahan telah dikembangkan kepada ilmu-ilmu khusus tentang alam seperti geografi dan astronomi.

    1. Menyebarkan agama islam.

    Hijrah Nabi untuk menyebarkan agama Islam ke wilayah baru telah dicontohi

    oleh beberapa pendakwah Islam seperti Syeikh Ismail di Pasai, Sayid Abu bakar di Jawa, Syeikh Abdul Aziz di Melaka yang mula-mula tiba di Alam Melayu dan memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di seluruh Alam Melayu.

    Kesannya keimanan rakyat tempatan diperkukuh. 2. Menyebarkan ilmu pengetahuan

    Melalui penerokaan dan penjelajahan, umat Islam telah dapat memperoleh

    ilmu pengetahuan dari tamadun sebelumnya atau melalui pemerhatian alam. Ilmu astronomi dari Yunani, Parsi dan India telah mempengaruhi ahli-ahli

    astronomi Islam. Ilmu geografi Islam juga semakin maju melalui p & p ke Mesir, Parsi, Yunani

    dan lain-lain. Banyak buku-buku dalam pelbagai bidang telah diterjemahkan daripada

    bahasa Yunani, Parsi , India dan Mesir seperti buku perubatan. Kesannya bidang pengintelektualan Islam telah berkembang ke seluruh dunia

    termasuklah ke Eropah.

    Kesimpulan ( 1 Markah)

    Penjelajahan dan penerokaan amat penting dari perspektif islam iaitu dlm konteks dakwah, politik, ekonomi, kebudayaan dan pengintelektulan .Hal ini kerana penjelajahan dan penerokaan dapat mmperluaskan lagi pemikiran dan pengetahuan umat islam supaya ia dapat mencakupi semua ruang lingkup kehidupan umat islam itu sendiri. Banyak ayat Al Quran yang member kepentingan tentang penerokaan dan penjelajahan. Umat islam harus mengambil iktibar daripada penghijrahan Rasulullah (S.A.W) untuk meneruskan perjuangan hidup untuk kebaikan umat Islam.

    http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • 1

    SULIT*

    940/2 STPM 2012

    SEJARAH

    KERTAS 2

    (SEJARAH MALAYSIA,ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR,1800-1963)

    (Tiga Jam)

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIAA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

    GERAK GEMPUR PPD KINTA UTARA

    Arahan kepada calon:

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

    Jawab empat soalan sahaja: dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.

    Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung ( ).

    Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara

    STPM 940/2 (Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

    http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • 2

    BAHAGIAN A

    1. Bincangkan struktur Susun lapis masyarakat Melayu tradisional sebelum 1874. .(25 markah)

    2. Bincangkan kegiatan ekonomi komersial di Malaysia pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20. .(25 markah)

    3. Bincangkan penentangan penduduk tempatan terhadap Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah dan pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke- 19. .(25 markah)

    4. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua. .(25 markah)

    5. Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963. .(25 markah)

    . 6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dari tahun 1957

    hingga 1963.(25 markah)

    BAHAGIAN B

    1. Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat di China dan di India sebelum kedatangan kuasa Barat. (25 markah)

    2. Bincangkan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di IndoChina pada abad ke 19. (25 markah)

    3. Sejauh manakah kelemahan institusi beraja di Thailand dan China telah mencetuskan revolusi pada awal abad ke 20. (25 markah)

    4. Huraikan sumbangan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji dalam pemodenan negara masing-masing dari tahun 1868 hinngga 1910. (25 markah)

    5. Bandingkan kesan-kesan Perjanjian Nanking 1842 kepada China dan Perjanjian Kanagawa 1854 kepada Jepun. (25 markah)

    6. Bandingkan dasar luar India dengan dasar luar Vietnam selepas kedua-dua Negara mencapai kemerdekaan(25 markah)

    SOALAN TAMAT

    http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • 3

    SOALAN 1: Bincangkan struktur Susun lapis masyarakat Melayu tradisional sebelum 1874. PENDAHULUAN ( 3 M)

    Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan golongan diperintah.

    Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana.

    Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba. ISI (20M) GOLONGAN DIPERINTAH 1) RAJA/SULTAN/YANG DIPERTUAN BESAR

    Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar. Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri. Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja Menjalinkan hubungan luar. Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.

    2) KELUARGA DAN KERABAT DIRAJA

    Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja. Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah. Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan. Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera. Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja. Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

    3) GOLONGAN BANGSAWAN DAN PEMBESAR a) Golongan bangsawan

    Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir. Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.

    b) Pembesar daerah

    Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.

    http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • 4

    Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah. Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya. Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat. Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi. Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka. Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.

    C) GOLONGAN ULAMA DAN PENDETA I) GOLONGAN ULAMA

    Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama. Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

    II) GOLONGAN PENDETA Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah

    raja. Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana. Merupakan penulis dan perawi diraja.

    GOLONGAN DIPERINTAH TERDIRI DARIPADA RAKYAT BIASA /MERDEHEKA. A) RAKYAT BIASA

    Petani, nelayan, dagang dan tukang. Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran. Mengamalkan tradisi gotong-royong. Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir. Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan.

    B) GOLONGAN HAMBA Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong. Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya. Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya. Terdapat tiga jenis hamba:

    i) Hamba raja o Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain o Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan ii) Hamba berhutang o Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

    http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • 5

    iii) Hamba biasa o Menjadi hamba seumur hidup. o Terdapat tiga jenis hamba biasa hamba abdi, hamba dengan dan biduanda. KESIMPULAN (2M)

    Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan dan

    penghormatan. Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.

    SOALAN 2: Bincangkan kegiatan ekonomi komersial di Malaysia pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

    PENDAHULUAN - Sebelum kedatangan Barat kegiatan ekonomi utama penduduk Tanah Melayu, Sabah dan

    Sarawak adalah tertumpu kepada pertanian sara diri. Kegiatan ekonomi adalah hanya untuk keperluan keluarga sahaja.

    - Kegiatan ekonomi komersial merujuk kepada aktiviti ekonomi yang berteraskan keuntungan - Semasa pemerintahan British kegiatan ekonomi Tanah Melayu, Sabah dan

    Sarawak telah berkembang pesat dalam sektor pertanian dan perlombongan - Permintaan tinggi dunia akibat revolusi perindustrian di Eropah telah menggalakkan

    kegiatan ekonomi komersial di Malaysia pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20

    TANAH MELAYU (12M)

    PERTANIAN KOMERSIAL 1.SISTEM KANGCU

    - Sistem Kangcu dijalankan di Johor sekitar 1840an. - Orang Cina dari Singapura diambil mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam di Selatan

    Johor - Orang Cina diberi surat tanah atau surat sungai - Hasil lada hitam dan gambir dipasarkan ke luar negara melalui Singapura - Dihantar melalui tongkang - Pada tahun 1860-an, Johor mempunyai 1 200 ladang gambir dan lada hitam

    2. TANAMAN KOPI

    - Diusahakan oleh peladang Eropah sehingga penghujung abad ke 19 - Ditanam secara besar-besaran di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor - Jenis kopi yang paling banyak diusahakan ialah baka liberica - Mula merosot kerana serangan penyakit dan pengeluaran berlebihan di Brazil

    http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • 6

    3.GETAH - Kemajuan perusahaan getah di Tanah Melayu banyak digerakkan oleh H.N Ridley - Benih getah berasal dari Brazil dibawa masuk dari Sri Lanka melalui Singapura - Penduduk Tanah Melayu ingin bertukar kepada penanaman getah disebabkan kejatuhan harga kopi

    awal tahun 1900 - Permintaan getah meningkat disebabkan perkembangan revolusi perindustrian di Eropah - Buruh asing dari India dan Sri Lanka dibawa masuk oleh British - British menggalakkan penanaman besar-besaran getah di Tanah Melayu dengan pelbagai insentif - Pelabur Eropah melabur dalam perusahaan getah dan pembukaan ladang seperti Guthrie dan Sime

    Darby - Tanah Melayu telah menjadi antara pengeluar getah dunia - Perusahaan getah mengalami kemelesetan menjelang akhir tahun 1920-an akibat

    penciptaan getah tiruan

    4.PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH

    - Sehingga tahun 1820-an, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan orang Melayu. Lombong-lombong ini dikuasai oleh raja dan pembesar. - Mereka menggunakan cara melampan dan mendulang untuk melombong hasilnya adalah

    terhad. - Atas inisiatif pembesar, mereka telah menggalakkan kemasukan orang Cina sebagai buruh - Mulai tahun 1820-an, orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah - Pada tahun 1840-an, perusahaan ini mula bertukar corak dengan penemuan kawasan baru,

    kemasukan modal Cina dan pengenalan cara-cara perlombongan yang lebih efektif oleh orang Cina

    - Kegiatan perlombongan bijih timah berkembang pesat setelah kehadiran penjajah dan pelabur Barat

    - Penggunaan kapal korek oleh British telah memaksimumkan pengeluaran bijih timah - Sejak pertengahan abad ke-19 permintaan tinggi terhadap bijih timah dari Eropah dan

    Amerika Syarikat - Industri pengetinan dan penghasilan peluru telah meningkatkan penggunaan bijih timah - Pada tahun 1920-an, Tanah Melayu menjadi pusat pengeluar bijih timah utama dunia

    SARAWAK( 4 M) PERTANIAN KOMERSIAL 1.LADA HITAM DAN GAMBIR

    - Semasa pemerintahan Charles Brooke beliau telah membawa masuk orang Cina dan Singapura melalui sistem Kangchu

    - Kos pengangkutan orang Cina ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan - Tanah tanah pertanian disediakan kepada pengusaha Cina tempatan - Menjelang tahun 1855, Sarawak telah Berjaya mengeksport 392 tan lada hitam dan 1370tan

    gambir. 2.GETAH

    - Getah mula ditanam di Sarawak pada tahun 1905. - Kerajaan telah membawa masuk buruh-buruh dari Jawa untuk bekerja di ladang getah. - Walaupun kawasan penanaman getah tidak dilakukan secara besar-besaran, hasilnya yang

    lumayan meningkatkan ekonomi negeri itu.

    http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

  • 7

    - Pengeluaran getah di Sarawak meningkat mendadak daripada 6 700 tan pada tahun 1924 kepada 10 450 tan pada tahun 1931

    - Menjelang pada tahun 1941 Sarawak telah menjadi pengeluar getah utama dengan keluasan tanah sekitar 97 021 hektar. 3.SAGU

    - Tanaman sagu merupakan hasil eksport utama Sarawak pada abad ke-19 - Penghasilan sagu daripada pokok rumbia telah diusahakan oleh orang Melanau secara

    meluas di bahagian kedua dan ketiga negeri Sarawak Sarawak telah berjaya mengeksport hasil sagu daripada 8700 tan pada tahun 1887 kepada 20

    400 tan pada tahun 1907 - Orang Cina menguasai pengeluaran dan semua perniagaan hasil sagu di Sarawak

    4.PERLOMBONGAN

    ANTIMONI - Sektor perlombongan secara komersial telah mula berkembang semasa pemerintahan

    Charles Brooke - Galian terpenting adalah antimoni dan menjelang tahun 1880-an , Sarawak telah menjadi

    pengeluar antimoni utama. - Kawasan perlombongan antimoni utama ialah daerah Bau. - Orang Melayu dan Cina aktif dalam perlombongan antimoni

    5.ARANG BATU

    - Aktiviti melombong arang batu di Sarawak telah bermula pada tahun 1889 hingga tahun1898

    - Jumlah pengeluaran arang batu telah meningkat daripada 500 tan pada tahun 18874kepada 31 390 tan pada tahun 1898. - Peningkatan ini telah meningkatkan pendapatan negeri Sarawak

    6. RAKSA

    - Raksa mula dieksport pada tahun 1868 yang menggantikan antimoni sebagai hasil perlombongan utama Sarawak 7.EMAS

    - Emas dilombong di Bau dan menjadi galian terpenting di Sarawak antara ta